Addin |
Panas!! Ali Rustam Keluar Umno? Posted: 09 Dec 2013 08:34 AM PST "Bohonglah kalau saya tidak ada rasa kecewa dengan apa yang berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2013 ini. Tapi saya pasrah kerana bila terjadi begini, barulah saya sedar siapa lawan, siapa kawan,". Itulah kata Datuk Seri Wira Ali Rustam, bekas ketua Menteri Melaka yang masih mampu tersenyum walaupun dalam diam dipinggirkan oleh semua Umno Bahagian di Melaka. "Memang pedih sangat hati saya apabila lima Bahagian di Melaka tidak menyokong saya sebagai calon Naub Presiden UMNO yang lalu. Tapi siapa saya yang hendak menegur kelima-lima bahagian tersebut? "Kalau saya masih lagi Ketua Menteri Melaka, saya pasti semua Bahagian di negeri kelahiran saya ini akan menyokong penuh hasrat saya. Oleh kerana saya sudah bukan sesiapa lagi dan tidak ada kuasa memerintah, mungkin itulah sebabnya mereka tidak mahu menyokong saya,"katanya. Apapun kata Ali, sewaktu memegang tampuk kuasa, memang semua ahli UMNO mendampinginya tidak kira masa. "Yang sudah tu sudahlah. Saya tak mahu berdendam. Biarlah orang buat kita dan tak perlu kita nak benci sesiapa. Cuma saya kini sedar yang mana kawan dan yang mana lawan. "Tak sangkalah juga ramai di kalangan kawan-kawan saya rupa-rupanya ada kepentingan diri dan tidak ikhlas dalam menjalin persahabatan," ujarnya. Tambah Ali, walaupun tidak memegang apa-apa jawatan pentig dalam negeri, dia tetap berpuas hati kerana berjaya membangunkan Melaka sebagai antara negeri termaju dan tercantik di Malaysia. "Biarlah kalau orang negeri sendiri lupa pada saya asalkan orang luar tahu bahawa perubahan Melaka hari ini adalah antara hasil kerja saya selama menjadi Ketua Menteri selama 15 tahun," katanya. ~malaysiagazette |
Senarai Menteri Yang Bakal Di Pecat Oleh Najib? Posted: 08 Dec 2013 08:37 PM PST Datuk A. Kadir Jasin berpendapat bahawa Perdana Menteri harus melantik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak dituduh menyalahgunakan kuasa. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri. Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan. "Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata. "Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas," katanya dalam tulisan di blognya bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa".Najib semasa ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 semalam menyebut dua peristiwa jasa Rosmah kepada negara. Katanya bantuan pertama adalah menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip dan kedua menggunakan hubungan baik dengan keluarga diraja Arab Saudi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara tanpa visa. Kadir berkata, berdasarkan sumbangan Rosmah tersebut adalah lebih baik Najib menimbang semula kedudukan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Begitu juga kedudukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri berkenaan. "Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri yang berprestasi rendah sekaligus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian," katanya. Kadir turut menolak hujah perwakilan Wilayah Persekutuan semasa perhimpunan Umno tempoh hari yang mendakwa semua lelaki tidak sayangkan isteri kecuali Najib.Katanya, media melaporkan Affandi berkata isteri Perdana Menteri seharusnya dibenarkan menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya. "Saya sangat berkecil hati dengan tuduhan ini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan itu. Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU 2013."Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki lain tidak sayang isteri, saya rasa itu satu penghinaan yang sangat dahsyat. Bayangkan tekanan emosi Najib jika sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya. Beliau sayangkan isterinya," katanya. Affandi dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno berkata, jika Rosmah berada dalam jet eksekutif, Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah orang bodoh pun tahu penerbangan dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial tetapi ia perlu dilihat daripada aspek keselamatan. "Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang akan Perdana Menteri tanggung sekiranya sesuatu buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?" kata Affandi. Rosmah dikritik hebat oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan