Addin |
- Gambar Memalukan Dari Perhimpunan Agung Umno 2013.. Saksikanlah
- Perwakilan Umno Belasah Putrajaya Berkenaan Kenaikan Tarif Elektrik Dan Barangan
- Isu Banjir.. Terserlah Wajah Sebenar Parti Penyelamat Bangsa
- (Video) Penyokong Tegar Umno Bergembira Ketika Mangsa Banjir Sengsara
- Kisah Sayu Mangsa Banjir Di Kuantan Yang Tidak Di Hebohkan Media Pencacai Umno
- Nelson Mandela Meninggal Dunia
Gambar Memalukan Dari Perhimpunan Agung Umno 2013.. Saksikanlah Posted: 06 Dec 2013 09:12 AM PST Inilah realiti yang tidak siapa boleh nafi ... rakyat di Kuantan dan Kemaman dua daerah yang cukup teruk dilanda banjir tetapi para perwakilan UMNO di PAU 2013 . Termasuklah para pemimpin tertinggi suami isteri anak beranak boleh ada selera makan besar di PWTC malam tadi.Apa punya hati para perwakilan dan pemimpin-pemimpin UMNO ... Langsung tidak ada rasa ehsan dan simpati langsung kepada rakyat bawahan yang sedang menderita kerana bencana banjir. Bila nak undi pandai bermuka-muka buat muka sardin seposen .. bila rakyat dilanda duka dan kepayahan langsung tidak menunjukkan rasa simpati sedih sedikit pun. |
Perwakilan Umno Belasah Putrajaya Berkenaan Kenaikan Tarif Elektrik Dan Barangan Posted: 06 Dec 2013 03:10 AM PST Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno. Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Osman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan akan naik selepas ini. "Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Osman dari Jerlun. Beliau yang membahaskan ususl ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, kenapa harga barangan-barangan berkenaan perlu naik. Pembangkang jelas Osman melihat isu-isu kenaikan harga barangan keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial. "Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya.Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya untuk menjawab segala isu berkenaan dan tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif. "Kerajaan kena bagi peringatan berjimat-cermat kepada rakyat. Kita boleh umum tangguh projek dan fokus kepada perkara asas."Kalau kita kempen jimat elektrik lebih awal, bila elektrik naik tidak rakyat terasa sangat," katanya lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Disebabkan perkara itu, Osman menegaskan kerajaan semakin tertekan dengan asakan pembangkang. "Ini jadikan kita defensif. Kita selalu tertekan dengan asakan pembangkang."Jentera kita perlu gunakan media-media yang ada beri penerangan," tambahnya. ~tmi |
Isu Banjir.. Terserlah Wajah Sebenar Parti Penyelamat Bangsa Posted: 06 Dec 2013 12:52 AM PST Ketika ini, sedang rakyat Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor mengharungi derita banjir dengan kemusnahan tempat tinggal dan harta benda tanpa sumber makanan mencukupi, bekalan elektrik dan air yang terputus, selain anggota keselamatan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menyelamat mangsa dan menghulurkan bantuan, di mana parti yang sering mendabik dada sebagai "pembela rakyat"? Sekadar melaungkan retorik di Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung di dewan berhawa dingin sambil berbangga bahawa parti itulah penyelamat bangsa? Atau sekadar meninjau dari helikopter tanpa turun padang mengalami sendiri penderitaan rakyat yang majoritinya berbangsa Melayu dari kawasan pedalaman (yang majoritinya telah memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13)? Di mana Kelab Putra Umno 1Malaysia yang begitu gigih memberi bantuan kemanusiaan sejauh Gaza di Palestin, Somalia dan terbaru di Filipina? Mengapa diam membisu dalam krisis banjir yang mengancam nyawa ribuan rakyat di tanah air sendiri? Di mana pula sayap Puteri yang katanya tidak mahu sekadar dianggap "penyeri" parti? Di mana pula sayap Wanita yang mendabik dada sebagai "tulang belakang" parti? Hanya sekadar jadi perayu undi di musim pilihan raya? Adakah sayap elit Pemuda pula sedang bersenang-lenang di hotel lima bintang usai berpantun, menyanyi dan berlawak jenaka di persidangan agung? Lebih pelik, kelibat Menteri Besar Pahang dan Terengganu pula langsung tidak kelihatan di sisi rakyat! Adakah kerana ini belum lagi musim pilihan raya umum? Seharusnya parti yang mengaku "pembela rakyat" ini menangguhkan sidang agungnya itu serta-merta dan segera mengerahkan ahlinya yang mencecah ratusan ribu turun padang menjadi sukarelawan semasa dan pasca banjir. Tidak cukup sekadar Presiden parti meninjau pusat pemindahan dan bersalaman dengan para mangsa banjir tanpa sebarang jaminan bantuan segera apatah lagi jaminan keselamatan para mangsa yang masih terperangkap di kediaman masing-masing. Anehnya, Presiden parti "pembela rakyat" ini yang juga Perdana Menteri yang begitu ligat memberi pelbagai jenis bantuan berjuta ringgit hampir setiap hari sebelum PRU13 lalu sekadar memberi kenyataan bahawa "kerajaan akan mempertimbangkan bantuan kepada mangsa banjir" tanpa sebarang pengumuman bantuan khusus. Lebih menjelikkan lagi sikap segelintir ahli palimen dari parti "pembela rakyat" ini yang memperkecil-kecilkan usaha Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sehingga usul tergempar isu banjir di Kuantan yang dikemukakannya semalam ditolak mentah-mentah oleh Speaker, walaupun penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak memuaskan. Sudahlah tidak turun padang menghulurkan bantuan kepada para mangsa, terjerit-pekik pula di Dewan Rakyat menentang usaha murni Pakatan Rakyat dalam membela nasib rakyat marhaen. Ternyata inilah wajah sebenar pemimpin parti "pembela rakyat" ini! Mengapa begitu sukar sekali pemimpin mereka memahami bahawa dalam keadaan krisis sebegini, politik wajib diketepikan dan para pemimpin perlu bersatu mengutamakan kepentingan dan keselamatan rakyat? Lihat pula kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang menyatakan kemudahan logistik yang terhad menjadi punca bantuan lambat disalurkan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang sedang dilanda banjir. Persoalannya adakah ini kali pertama negara ini, terutamanya negeri-negeri Pantai Timur dilanda banjir besar? Kenyataan Menteri ini menunjukkan betapa rendah komitmen kerajaan BN yang mendabik dada kononnya mendahulukan rakyat dalam isu banjir ini. Umum mengetahui menjelang akhir tahun, lumrahnya musim tengkujuh atau monsun timur laut akan melanda negara tetapi kerajaan langsung tidak peka akan isu-isu yang harus ditangani untuk mengelakkan kemusnahan besar ekoran bencana ini. Tiada usaha pencegahan banjir atau peningkatan infrastruktur di sepanjang sungai-sungai seperti tebatan banjir dan sebagainya, dan tiada pula persediaan kelengkapan untuk menghadapi musim banjir saban tahun. Lalu terjadilah situasi seperti sekarang ini; kekurangan bantuan makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan asas bagi mangsa banjir, keadaan pusat pemindahan banjir yang serba kekurangan, kekurangan fasiliti untuk menyelamat mangsa di kawasan terpencil seperti bot dan helikopter. Ironinya, kita punya sejumlah jet peribadi untuk keperluan pemimpin tertinggi negara dan anak isteri ke luar negara tanpa had peruntukan. ~tmi |
(Video) Penyokong Tegar Umno Bergembira Ketika Mangsa Banjir Sengsara Posted: 05 Dec 2013 07:14 PM PST Diketika masih terdapat seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang, bersesak-sesak di lebih dari 50 pusat pemindahan.. Dan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 2,852 orang malam ini berbanding 2,027 orang di sebelah petang. Serta jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima jajahan di Kelantan malam ini naik mendadak menjadikan kesemuanya berjumlah 2,078 orang berbanding 1,284 orang di sebelah petang.. Bersesak kesejukkan serta kelaparan memikirkan nasib mereka.. memikirkan kerugian yang ditanggung mereka akibat bencana alam itu.. Masih ada saudara mereka yang kononnya dari parti pejuang bangsa, langsung tidak prihatin akan malang yang menimpa mereka.. Mereka sedang menderita tetapi ahli parti pejuang bangsa ini sedang bergembira.. Saksikan video di SINI. |
Kisah Sayu Mangsa Banjir Di Kuantan Yang Tidak Di Hebohkan Media Pencacai Umno Posted: 05 Dec 2013 05:40 PM PST Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan untuk menghantar bantuan segera ke tempat yang dinaiki banjir di Kuantan ekoran dakwaan pelbagai kekurangan yang berlaku kepada mereka. Antara laporan yang diterima The Malaysian Insider adalah bekalan makanan tidak cukup, kanak-kanak dan bayi menangis kesejukan manakala warga emas pula menggigil kerana terpaksa bertahan di dalam pusat pemindahan yang juga dimasuki air. "Kami tak ada alternatif. Dia orang terpaksa bertahan dalam air. Kesian bayi dan warga emas la. Suasana gelap dan sejuk sangat malam ni. "Bekalan air bersih pun kurang. Kami yang jadi sukarelawan ni petang tadi baru dapat makan sebab bekalan tak cukup," lapor seorang sukerelawan yang bertugas di Kuantan hari ini. Yang lebih merisaukan mereka adalah banjir gelombang kedua yang dikatakan bakal datang. "Info yang kami dapat gelombang kedua akan bermula malam ini," kata sukarelawan yang bertugas di Kuantan itu. Gelombang kedua maknanya banjir akan naik lagi sekali. Petang ini, katanya, ada tempat air dah surut tetapi amaran gelombang kedua bermula malam ini. Menurut beliau, Bukit Rangin, Kuantan ditenggelami air sepenuhnya. Kawasan Sungai Isap, Jalan Gambang, Jalan Pekan, Permatang Badak dan Chendering adalah tempat yang paling teruk dilanda banjir kali ini. "Sedih la tengok keadaan ni... sayu. Seharian kami tunggu bantuan tapi sampai sekarang belum ada lagi. Setakat petang tadi makan nasi kawah lauk ikan masin saja," katanya lagi. Bagi beliau, ini adalah banjir besar yang teruk dengan kemusnahan harta benda besar besaran termasuk haiwan ternakan yang mati bergelimpangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meninggalkan Perhimpunan Agung Umno lebih awal untuk meninjau sendiri apa yang berlaku di sana menggunakan helikopter. Beliau berjanji akan memberikan bantuan segera termasuk wang tunai untuk mangsa banjir kali ini. Sementara itu, Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga melawat kawasan yang dilanda banjir di Kemaman. Antaranya, baginda melawat sendiri jambatan yang runtuh akibat banjir kali ini. Turut turun melawat mangsa banjir adalah para pemimpin PAS. Kebanyakan pemimpin Umno berada di Kuala Lumpur untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menaiki bot untuk melihat sendiri keadaan banjir di Kemaman. ~tmi |
Nelson Mandela Meninggal Dunia Posted: 05 Dec 2013 03:43 PM PST Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia secara aman di rumahnya di Johannesberg selepas menderitai penyakit jangkitan paru-paru kata Presiden Jacob Zuma dalam kenyataan secara langsung disiarkan stesen televisyen negara itu. Mandela, 95, yang merupakan bekas presiden kulit presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan itu memimpin perlawanan terhadap dasar Apartheid dan pernah dipenjarakan selama 27 tahun. Beliau menerima rawatan di rumahnya selepas tiga bulan terlantar di hospital. "Negara kita kehilangan besar," kata Zuma. "Rakyat kita kehilangan bapa mereka." Menurut Zuma, Mandela akan dikebumikan dalam upacara negara dan bendera Afrika Selatan akan dikibarkan separuh tiang. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan