Addin |
- Berita Memeritkan Hati Rakyat.. Kena Tipu Lagi
- Berita Dari Selangor Yang Tidak Di War-Warkan Oleh Utusan, Berita, RTM Dan TV3
- Allahu Akhbar!! Kiamat Semakin Hampir.. Mungkinkah Ini Petandanya?
- Pemimpin Umno Pasti Bengang Dengan Kenyataan Bekas Menteri Ini
- Rafizi Anjur Pertandingan E-mel Palsu, Hadiah RM1,000
Berita Memeritkan Hati Rakyat.. Kena Tipu Lagi Posted: 31 Dec 2013 03:00 PM PST Rebat tol sebanyak 20% kepada pengguna lebuh raya di Lembah Klang yang membayar tol menerusi Touch 'n Go akan dimansuhkan esok, lapor Sinar Harian. Akhbar itu berkata hari ini adalah hari terakhir pengguna boleh menebus rebat tol, yang bermula sejak September 2009. 24 Disember lalu, akhbar tersebut melaporkan sebanyak RM49 juta berupa rebat tol masih belum dituntut kerana kurang publisiti. Walau bagaimanapun, seorang kakitangan pejabat operasi tol dipetik akhbar itu sebagai berkata, lebih ramai kini tampil untuk menebus rebat. Sinar Harian juga memetik sumbernya yang mengecam Touch 'n Go, syarikat itu tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung rebat tol kerana ia merupakan dasar kerajaan dan pemansuhan perlu diumumkan oleh Putrajaya. Rebat 20% itu diberikan kepada pengguna Touch 'n Go yang membayar tol sekurang-kurangnya 80 kali dalam tempoh sebulan. Rebat akan diberi apabila pengguna membuat tambahan nilai kad mereka di mana-mana plaza tol di Lembah Klang. Najib mengumumkan sistem rebat tol tersebut pada 11 Julai 2009, antara 11 'hadiah' kepada rakyat sempena 100 hari beliau dilantik Perdana Menteri. ~sh Addin: Nasiblah rakyat M'sia selalu kena tipu.. Niat dah bagus nak bagi rebat 20% tapi syaratnya sekurang-kurangnya 80 kali pengunaan kad Touch n GO dalam tempoh sebulan. Nak bagi serupa tak nak bagi.. Jangan biarkan diri anda semua ditipu seumur hidup oleh manusia ini. |
Berita Dari Selangor Yang Tidak Di War-Warkan Oleh Utusan, Berita, RTM Dan TV3 Posted: 31 Dec 2013 08:24 AM PST Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma, mengekalkan cukai premis kediaman selain menyediakan rumah mampu milik dan menambah peruntukan beberapa program dan skim yang sedia ada, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menghadapi tahun 2014. Beliau berkata, biarpun Selangor mempunyai kuasa terhad dalam menentukan harga barangan keperluan dan perkhidmatan, itu tidak bermakna kerajaan negeri hanya membiarkan keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tambahnya, peluang sama rata juga diberikan kepada seluruh rakyat yang menetap di Selangor bagi menikmati hasil negeri tanpa mengambil kira keturunan atau kedudukan . "Saya memberi jaminan bahawa sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008, kita tidak mengamalkan fahaman populis, sosialis dan sebagainya. "Sebaliknya program-program kebajikan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor adalah berterusan dan diterima baik oleh majoriti rakyat negeri ini," kata Khalid dalam satu kenyataan sempena Tahun Baru. Selain itu, Khalid berkata kerajaan Selangor memahami bebanan rakyatnya yang khuatir kenaikan barang dan perkhidmatan seperti tol dan kadar elektrik boleh menyebabkan harga kediaman rumah mampu milik menjadi mahal. Katanya lagi, di atas kepercayaan rakyat yang memilih PR pada pilihan raya lalu, telah mendorong kerajaan negeri meneruskan kecemerlangan apabila dalam Belanjawan Negeri Selangor 2014, sebanyak RM2.28 bilion diperuntukkan bagi pembangunan negeri dan rakyatnnya. Menurut Khalid, rakyat Selangor bakal menyaksikan kerajaan negeri menyediakan beberapa langkah mengurangkan beban rakyat. "Lebih dari itu kerajaan negeri juga mahu keupayaan rakyat ditingkatkan bukan sekadar menerima pelbagai bantuan kebajikan, antaranya menerusi pembangunan desa yang dijangka dilaksanakan di kesemua daerah Selangor pada tahun depan," katanya. Beliau pada masa turut menegur rakyatnya untuk menghormati kebebasan hak beragama seperti titah Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. "Demi keharmonian yang berkekalan, saya percaya rakyat berbilang kaum dan agama serta budaya di Selangor sedia mengambil maklum akan titah Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Setiap rakyat perlulah menghormati kebebasan beragama dan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang perasaan marah atau berlakunya perkara tidak diingini," katanya. ~tmi |
Allahu Akhbar!! Kiamat Semakin Hampir.. Mungkinkah Ini Petandanya? Posted: 30 Dec 2013 11:01 PM PST Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal. Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah. Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan. Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika. Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang. Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan. Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas. Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju. Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu? Kiamat menurut Islam Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat: Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu: 1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH. 2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH. 3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH. 4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH. 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH. (Hadis Riwayat Bukhari) Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman? Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, 'Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.' (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud) Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran. ALLAH SWT berfirman : Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Al-A'raf, Ayat 187) Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH." Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat 63) ~sh |
Pemimpin Umno Pasti Bengang Dengan Kenyataan Bekas Menteri Ini Posted: 30 Dec 2013 06:14 PM PST Tekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah yang membangkitkan mengenai tuduhan bahawa acara tersebut merupakan usaha untuk menggulingkan kerajaan. Saifuddin tidak menjelaskan konteks kenyataan tersebut, namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan polis dan pemimpin kerajaan yang konsisten menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan. Saifuddin berkata, langkah rakyat menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan demokrasi. Perkara itu berbeza dengan tekanan kerajaan ke atas rakyat yang menurutnya merupakan penindasan. "Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi," katanya dalam tulisan di Twitter. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan akhbar The Star hari ini turut meminta penganjur membatalkan rancangan tersebut kerana pihak berkuasa "tidak akan berkompromi" dalam mengambil tindakan. Tekanan juga semakin memuncak dari NGO pro-kerajaan yang dilaporkan membuat lebih 1,300 laporan polis di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan tersebut. Antaranya, Persatuan Veteran Tentera Malaysia yang mahu anggota NGO dan pasukan berpakaian seragam untuk menyertai sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka sebagai sokongan kepada kerajaan. Beberapa NGO pro-kerajaan menyeru agar orang ramai agar tidak menghadiri himpunan di Dataran Merdeka malam tahun baru ini. Jurucakapnya, presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah uga meminta anggota NGO tersebut untuk hadir bagi memerhatikan kejadian yang bakal berlaku malam esok. "NGO sila datang ke dataran esok..saksikan walaupun dtg tunjukkan kita sebagai ngo sokong kerajaan. "Kita akan kumpul untuk menyaksikan apa yang berlaku. NGO tak ada kuasa pertahankan perhimpunan cuma kita tengok dan yakin dengan keupayaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM)," kata Abdul Rani. Turut hadir di sidang media tersebut ialah wakil Persatuan Veteran Tentera Melayu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia dan Kelab Penyokong Aspirasi Najib 1Malaysia. ~tmi |
Rafizi Anjur Pertandingan E-mel Palsu, Hadiah RM1,000 Posted: 30 Dec 2013 05:01 PM PST Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli menganjurkan pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan bertindak ke atas perbuatan seperti itu. "Saya, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dengan ini menganjurkan satu pertandingan email palsu yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 bertujuan menguji sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil individu-individu yang disabitkan di dalam email palsu ini, seperti mana mereka memanggil dan menyiasat saya," kenyataan Rafizi dipetik. Syarat-syarat pertandingan adalah email palsu itu hendaklah dialamatkan kepada salah seorang sama ada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara, Untuk layak menyertai pertandingan ini, setiap email yang dihantar kepada salah seorang dari mereka perlulah disalinkan kepada pertandinganemail@gmail.com Menurut penganjur, pertandingan dibuka selama seminggu bermula hari inim 30 Disember 2013 dan berakhir 6 Januari 2014. Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2014. Maklumat lanjut berhubung pertandingan boleh diperolehi melalui laman blog emailpalsu.blogspot.com. ~kd |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan