Sabtu, 28 Disember 2013

Addin

Addin


Gambar Saat Akhir Pembunuh, Perogol Digantung Sampai Mati

Posted: 28 Dec 2013 08:06 AM PST

article-2343916-1A61CB79000005DC-760_634x484 (1)

Dua lelaki digantung hingga mati oleh pihak berkuasa Kuwait baru-baru ini atas kesalahan jenayah seks. Ahmad Abdulsalam al-Baili dan Hajjaj Saadi digantung serentak di perkarangan tempat parkir kereta di sebuah penjara di negara tersebut.

Saadi ditahan pada Julai 2007 dan mengaku mengaku telah merogol dua remaja lelaki dan wanita berusia 18 tahun manakala Baili dituduh membunuh sepasang kekasih yang berasal dari sebuah negara di Asia.

Dia membunuh pasangan itu dengan membakar kediaman pasangan berkenaan. Menurut sumber, ada berpuluh lagi pesalah yang kini sedang menunggu untuk menjalani hukuman seumpama itu di Kuwait.

Saksikan detik akhir sebelum hukuman itu dijalankan ke atas Ahmad dan Saadi..

article-2343916-1A61CAA4000005DC-503_634x421 (1)

article-2343916-1A61CAA0000005DC-711_634x443 (1)
article-2343916-1A61CB79000005DC-760_634x484 (1)
Execution_05_1702436a
nic6204836
article-2343916-1A61CA04000005DC-884_634x418
Execution_03_1702438a

~mynewshub

Iklan C (ii)


Rupanya Berita Gempar Ini Palsu..

Posted: 28 Dec 2013 01:26 AM PST

Petronas menafikan berlaku fenomena luar biasa berhampiran pelantarnya di perairan Terengganu kononnya pelbagai spesies hidupan laut timbul di permukaan laut dan melompat naik ke atas pelantar seperti yang tersebar luas di internet.

Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur, Zamri Mohamad berkata, siasatan pihaknya mendapati tidak wujud kejadian seumpama itu di pelantar milik Petronas iaitu Bekok A dan Bekok C, di Terengganu baru-baru ini.

Malah, jelasnya, berdasarkan maklum balas kakitangan yang bertugas di pelantar berkenaan sejurus dihubungi bagi mengesahkan fenomena yang didakwa berasaskan gambar dalam internet tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Saya sudah hubungi mereka (kakitangan Petronas) di pelantar, mereka sahkan keadaan di sana selamat dan dalam suasana aman damai.

"Tiada langsung gambaran seperti disiarkan dalam gambar yang kini tersebar luas di internet, dakwaan itu palsu," katanya.

Zamri berkata, adalah sukar untuk membolehkan kehidupan laut termasuk ikan lumba-lumba melompat naik ke atas pelantar memandangkan jarak antara permukaan laut dengan dek pelantar bersamaan ketinggian tiga tingkat bangunan.

Kata beliau, sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai motif sebenar gambar itu dimuat naik di dalam internet.

"Setakat ini kita tak tahu siapa yang bertanggungjawab merakam gambar itu dan memuat naik dalam internet dan apa tujuan dia buat begitu sedangkan semua dakwaan dibuat adalah tidak benar," jelasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan gambar tersebut dirakamkan di tempat lain atau menggunakan teknik superimpose bertujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Semalam, gambar tersebut mula disiarkan di dalam satu laman blog sebelum tersebar luas menerusi internet mengenai pelbagai spesies kehidupan laut melompat-lompat di permukaan laut serta dakwaan ikan naik ke atas pelantar di perairan Terengganu dekat Kemaman.

Keterangan gambar itu antaranya menyebut: "Pelantar minyak di perairan Terengganu… ikan lumba2.. ketam dan segala jenis haiwan laut berlompatan lari ke darat… sampai pekerja pelantar melaungkan azan… jaga2." ~agendadaily


Iklan C (ii)


Luahan Hati Mahasiswa Undang-Undang UKM Berkenaan Kenaikan Harga Barang

Posted: 27 Dec 2013 11:31 PM PST

Revolusi kebangkitan bukan fenomena baru, ia telah bermula sejak berpuluh tahun dahulu, era 70an. Banyak revolusi telah dilakukan, bermula Revolusi Iran, Revolusi Syria, Arab Spring dan banyak lagi tempat termasuk Indonesia dan Malaysia.

Fenomena "street protest" di Malaysia bukan penglibatan golongan berpendidikan rendah, namun ia adalah penglibatan rakyat dan pemimpin.

Berikut rentetan demonstrasi jalanan dan himpunan rakyat di Malaysia: Bersih, Bersih 2.0, Himpunan Hijau, Tuntutan Royalti, Lynas, Hapus AUKU, Mansuh PTPTN, Mansuh ISA dan sebagainya.

Keadaan ini sebenarnya melihatkan protes rakyat Malaysia untuk menuntut keadilan dan ketelusan dalam pemerintahan kerajaan di Malaysia. Adakah mereka ini salah turun ke jalan raya menuntut keadilan buat mereka?

Tidak kerana ini negara demokrasi, kita berhak bersuara dan melemparkan rasa tidak puas hati. Namun adakah acuannya di jalan raya semata-mata?

Persoalan ini yang kita tinggalkan sepi. Hairan, sudah 56 tahun Malaysia merdeka, kenapa seolah-olah negara kita masih belum merdeka?

Perlembagaan Persekutuan menjamin suara rakyat didengari oleh pemerintah, namun kita ada 28 juta suara rakyat, jadi bagaimana hendak memenuhi permintaan 28 juta suara ini ?

Sebab itu di Malaysia kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Rakyat menjalani proses Pilihan Raya Umum (PRU), diberi hak memilih calon yang akan mewakili suara rakyat.

Wakil Rakyat inilah yang akan ke Parlimen dan menyampaikan suara hati rakyat.

Namun, sayangnya, setelah PRU13 berakhir, kehidupan rakyat semakin terbeban dan dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga.

Kos sara hidup meningkat sekali ganda baik di desa mahupun bandar, kita semua rakyat yang merasai peningkatan kos sara hidup ini.

Harga minyak dinaikkan, harga public transport bas domestik dinaikkan, taarif elekrik dinaikkan, GST diluluskan menjelang 2015, harga tol dinaikkan, harga gula dinaikkan dan selepas ini harga apa lagi yang kerajaan rasa perlu dinaikkan?

Hairan, bagaimana sebuah negara yang dikatakan mempunyai status pembangunan ekonomi yang baik, tetapi rakyat hidup dihimpit kesusahan dan terbeban dengan peningkatan sara hidup ini?

Hairan, di mana pelaburan kewangan negara bergerak? Lebih hairan, adakah rakyat perlu menanggung sengsara akibat perbelanjaan kurang cermat kerajaan?

PRU13, kerajaan menjanjikan pelbagai perubahan dan manifesto utk rakyat dengan matlamat mengurangkan beban rakyat.

Namun, ini semua ibarat melepaskan batuk di tepi tangga. Bukan salah kerajaan? Jadi ini salah siapa? 56 tahun Malaysia diperintah oleh Barisan Nasional, takkanlah ini salah rakyat?

Saya bukan pro-pembangkang, namun isu yang dibawa pembangkang sangat dekat di hati. Pakatan Rakyat tampil membawa isu ini ke Parlimen, namun ini tidak menjamin suara mereka didengari.

Jadi adakah suara rakyat hanya boneka yang tidak dipandang di Parlimen?

Benar, tidak semua dasar yang kerajaan lakukan salah, namun dalam isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, ini benar-benar membuat rakyat terhimpit.

Jika di Parlimen sudah kita bawakan, jika aduan sudah kita lakukan, jika di Facebook penuh kita luahkan, jika di blog penuh rakyat tuliskan , jadi di mana lagi suara ini perlu di bawa?

Sejarah kebangkitan di seluruh dunia menunjukkaan betapa kebangkitan rakyat sangat memberi kesan kepada pemerintahan.

Saya bukan orang yang sentiasa bersetuju dengan idea pembangkang kerana pada saya ada sesetengah perkara yang dibawa Pakatan Rakyat baik PAS, DAP mahupun PKR, adalah tidak masuk akal dan tidak relevan untuk dipanjang lebarkan.

Namun, apabila Pakatan Rakyat sudi mengajak rakyat bersama mereka menuntut keadilan buat rakyat, perkara ini saya kira bukan suatu kesalahan untuk kita sambut baik? Ya benar, kalau inilah jalan yang terbaik untuk kita semua.

Saya percaya, di dalam pemerintahan kerajaan sendiri ada sesetengah wakil rakyat yang simpati dengan nasib rakyat, namun mungkin atas kepentingan parti, nasib rakyat pula diperjudi.

Saya tidak suka rakyat menjadi hamba demokrasi, namun saya juga tidak mahu rakyat sakit di bumi sendiri.

Kesimpulannya, kerajaan sedia ada perlu bimbang akan keadaan dan beban yang rakyat tanggung pada hari ini. Bukan salah rakyat jika membantah kerana kerajaan perlu bekerja untuk rakyat, ini negara demokrasi berparlimen.

Jika Parlimen sudah tidak mampu menjadi saluran utama, maka sebab itu jalan raya menjadi pilihan rakyat. ~tmi


Muhammad Naim Fital adalah seorang pelajar Fakulti Undang-undang UKM


Iklan C (ii)



Tinggalkan Malaysia Jika Tidak Suka Kerajaan BN, kata Ketua Wanita Umno

Posted: 27 Dec 2013 09:09 PM PST

Wanita Umno Bahagian Kuantan meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) meninggalkan negara ini dan tinggal di negara yang disukainya.

Ketuanya Datuk Zaiton Mat berkata, adalah mudah untuk mempertikaikan kelemahan kerajaan tetapi dalam masa yang sama menafikan usaha kuat yang dibuat kerajaan untuk melahirkan suasana yang bebas dan harmoni di negara ini. Zaiton berkata demikian selepas mengetuai 50 anggota Umno Kuantan dan Paya Besar yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam, lapor The Star.

Laporan polis itu dibuat berikutan cadangan "Himpunan Guling Kerajaan" menjelang sambutan tahun baru di Kuala Lumpur.

Masyarakat Kuantan dan Paya Besar antara pihak yang paling marah dengan kerajaan ekoran kegagalan jentera kerajaan membantu mereka ketika banjir besar melanda Kuantan baru-baru ini.

Ekoran itu, pelbagai kata nista ditujukan kepada kerajaan khasnya Umno ekoran kegagalan pemimpinnya turun membantu mangsa banjir.

Usaha anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh untuk mendapatkan bantuan melalui usul agar diumumkan darurat di Kuantan pula dicerca oleh ahli Parlimen daripada BN termasuk meminta beliau pulang sahaja ke kawasannya yang sedang banjir itu.

Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil yang menggunakan perkataan "bangsat" terhadap beliau semakin memarahkan penduduk Kuantan kepada kerajaan BN. ~tmi

Iklan C (ii)


Berita Ini Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia

Posted: 27 Dec 2013 07:37 PM PST


Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York, menurut Sarawak Report.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal yang menyatakan Riza membeli hartanah tujuh bilik itu pada 19 November 2012.

Laporan New York Times itu menyatakan, unit megapuri (penthouse) yang terletak di Central Park West dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankan sebaik tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.

Laporan Sarawak Report itu turut mendedahkan penglibatan Riza dibelakang pembikinan filem 'The Wolf on Wall Street'.

Los Angeles Times melaporkan, filem 'R-rate' itu menelan belanja sekitar USD 100 juta.

Sarawak Report turut bertanyakan tentang soalan: 'Dari mana wang ini datang?'

Malah, lebih mengejutkan penglibatan jutawan Taek Jho Low sebagai rakan rapat Riza Shahriz. Jho Low sebelum ini dilaporkan berkata bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosman Mansor adalah 'kawan baik' kepadanya.

Nama Jho Lho sebelum ini dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). ~kd


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: