Jumaat, 27 Disember 2013

Addin

Addin


Ini Penjelasan Terbaru Prof. Muhaya Ekoran Didakwa Tidak Prihatin

Posted: 27 Dec 2013 09:48 AM PST

Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut."Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. 

Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

"Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. 

Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap."Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah."Katakanlah, minyak atau susu tumpah. 

Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?"Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

"Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

"Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

"Tetapi bagaimana kita nak 'empower' seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?," katanya.

Tambahnya, "saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. 

Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita," katanya.

Jelasnya, "saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan." ~sh


Iklan C (ii)



Surat Aduan Bertaraf Macai Mula Tersebar

Posted: 27 Dec 2013 06:12 AM PST


Surat ini mula tersebar di alam siber baru-baru ini. Dikatakan surat ini di tulis oleh penyokong tegar Umno kepada Jabatan Agama Islam Pahang mendakwa konon takut berkembangnya pengaruh Syiah dan Pas di surau tersebut.

Sepatutnya pengadu tersebut tak payahlah sibuk-sibuk orang ramai yang mengimarahkan surau. Baguslah masih ada lagi hamba Allah yang sanggup mengimarahkan surau.

Sekiranya pengadu seorang yang berani dan bertanggungjawab kenapa tiada indentiti pengadu di surat tersebut. Surat tersebut boleh dikategorikan sebagai surat layang yang tiada kredibiliti.

Pihak berkuasa seharusnya tidak melayan aduan tersebut.Mudah-mudahan pengadu ini sempat bertaubat..



Iklan C (ii)



MP Kuantan Dedah Keburukan Terkini Umno BN

Posted: 27 Dec 2013 03:48 AM PST

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan berhubung bantuan kemanusiaan USD10 juta (RM39.2 juta) yang akan disalurkan kepada mangsa banjir di Malaysia.

Katanya, penjelasan itu penting untuk memastikan sama ada mangsa banjir di Kuantan turut tergolong dalam kumpulan yang mendapat bantuan.

Kata Fuziah, berdasarkan laporan dipetik daripada Kuwait News Agency (KUNA), ia hanya merujuk kepada Kelantan dan Pekan.

"Saya sudah membuat draf surat dan sedang mencari 'direct link' untuk berhubung dengan pihak UAE.

"Saya takut akan ada pihak yang menggunakan kenyataan KUNA ini untuk menafikan bantuan kepada penduduk Kuantan," katanya kepada Keadilandaily.

Laporan KUNA pada 22 Disember menyatakan antara bantuan kemanusiaan yang dihulurkan termasuk inisiatif Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE untuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah selain menyediakan barangan keperluan asas.

"Saya bimbang bantuan ini akan semuanya pergi ke Pekan seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebelum ini, yang mana penduduk Kuantan tidak dipedulikan.

"Masih ramai yang duduk secara setinggan tanpa rumah. Tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku lagi," katanya.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, bantuan RM500 dijanjikan kerajaan Pusat masih belum diagihkan, manakala masih tidak ada bantuan dari kerajaan negeri.

"Di Kuantan hanya kawasan Tanah Putih dapat bantuan daripada kerajaan negeri iaitu RM250 dan tambahan RM100 daripada tabung misi kemanusiaan," katanya. ~kd


Iklan C (ii)



Usah Merungut Kenaikan Kos Sara Hidup, Kata Menteri Tak Guna

Posted: 27 Dec 2013 12:58 AM PST

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.

Hassan ketika ditemui di program "Kembali ke Sekolah" anjuran sebuah pasaraya di Kuala Lumpur hari ini, berkata peniaga juga tidak seharusnya menaikkan harga barangan dengan keterlaluan.

"Jangan memanaskan keadaan dan menaikkan harga. Tolong pertimbangkan dan bantu kementerian.

"Sesetengah barangan bantuan kerajaan turut disalahgunakan sesetengah pihak dengan menaikkan harganya," katanya lagi.

Hassan turut menjelaskan, kementeriannya sedang berusaha membantu rakyat ekoran kenaikan harga sesetengah barangan yang berlaku disebabkan penstrukturan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga bahan api, elektrik, dan juga barangan keperluan harian yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup rakyat.

"Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk berada di bawah berhubung dengan orang ramai.

"Kita akan lakukannya bersama dengan agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan," tambahnya.

Ditanya tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya menjimatkan kos perbelanjaan dan bukannya menaikkan harga barangan, Hassan cuma menjawab beliau menghormati pandangan bekas perdana menteri itu.

"Kita akan melihat sebarang kemungkinan terhadap cadangan beliau... saya hanya boleh katakan kami menghormati pandangannya," katanya, dan menambah, perkara itu juga akan dibawa ke dalam mesyuarat.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan didedahkan kepada umum pada Selasa lalu mendapati, isu kenaikan kos sara hidup bakal menjadi penentu masa depan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjelang 2018.

Tiga kenaikan barangan yang memberi kesan langsung termasuk kenaikan kadar caj elektrik, peningkatan kos barangan dan kenaikan harga barang api.

Umcedel turut mencadangkan Putrajaya memandang berat hasil dapatan kajian mereka sekiranya ingin terus kekal berkuasa. ~tmi


Iklan C (ii)



Akibat Tekanan, Bung Mohktar Bersara Dari Twitter?

Posted: 26 Dec 2013 10:38 PM PST


Betul lah perumpamaan orang-orang tua dulu-dulu, "kerana mulut badan binasa". Dan inilah yang dihadapi oleh Bung Mohktar. Moga menjadi pengajaran kepada semua untuk mengatur tutur kata.


Bung Moktar akan tutup akaun Twitter?
Susulan bertali arus serangan daripada cybertrooper melalui laman Twitter, hari ini Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin menyatakan akan "bersara" daripada terus aktif di laman sosial mikro itu.

Beliau yang dipetik dari laman sosial itu berkata :

"Kalau dah begini jadinya dunia Twitter mungkin saya nak bersara daripada terus bertwitter," tulisnya.

Pemerhatian, Sinar Harian Online, akaun Twitter Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yang menggunakan nama Twitter @MyKinabatangan itu telah diasak dengan pelbagai soalan daripada pengikutnya.

Sebelum ini, media juga melaporkan pemimpin itu turut berperang tweet dengan beberapa cybertrooper pembangkang mengenai isu koyak kertas usul di pesidangan Dewan Rakyat. ~sh

Iklan C (ii)



Rupanya Berita Ini Hanya Khabar Angin

Posted: 26 Dec 2013 07:45 PM PST

Kejadian tsunami yang melanda Acheh dan Jepun masih menjadi igauan ngeri masyarakat dunia
Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial.

Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.

"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami.

Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

"Sayapun tak faham macam mana cerita begini boleh timbul," katanya.

Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook.

Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial. ~bernama


Iklan C (ii)



Luahan Hati Seorang Penyokong PAS Terhadap Portal Harakahdaily

Posted: 26 Dec 2013 04:10 PM PST


Addin  ada terima e-mel dari salah seorang penyokong PAS yang bernama Abd. Wahab Dawam (gambar). Ianya berkaitan dengan artikel bertajuk "Isu Sunni-Syia​h: Kerajaan perlu akui 'Mesej Amman'" yang dikeluarkan oleh portal Harakahdaily 25 Disember 2013. Editor Harakahdaily mungkin boleh ambil perhatian tentang isu ini..


Assalamu 'alaikum

Sdr, Tajuk diatas keluar dalam harakah daily 25.12.2013. Tajuk ini menampakkan bahasan yang membawa manusia kepada pro Syiah.

Adalah lebih baik Harakah lidah resmi PAS jangan lagi mengeluarkan artikel yang seperti ini. Ulamak PAS telah membuat kenyataan bahawa hanya Ahli sunnah wal jamaah sahaja yang jadi ahli PAS.

Tetapi HARAKAHDAILY mengerluarkan artikel tesebut mendatangkan kesan tidak baik. Seolah-olah pengarang harakah ni cendrerong pada Syiah.

Penafian pengamal atau pro Syiah sukar diterima kerana Syiah ada taqiyyah. Kemudia artikel ini menjadi perbincangan di alam maya.

Kita dapat lihat betapa jahil nya orang Islam di Malaysia tentang ugama mereka terutama yang nampak menyokong Syiah.

Kalau orang yang mengaji dengan para ulamak ASWJ, mereka tidak sekali-kali cenderong kepada Syiah. Kini ada pihak dalam PAS berselindung disebalik "Permainan UMNO" dalam isu Syiah ni.

Maka dengan ini puak yang pro Syiah ibarat api dalam sekam terus menjalar dalam masyarakat kita. Dengan tidak mereka sedari bahawa iman mereka dah terpesong.

Jadi cuba Harakah ghentikan daripada menyiarkan apa jua berita yang mengheret masyarakat apa lagi ahli PAS kepada cenderongkan Syiah. Muatkan artikel-artikel yang menyedarkan masyarakt kepada aqidaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Dpd
ABD WAHAB DAWAM

abdwahab_dawam@yahoo.com


Iklan C (ii)





Tiada ulasan: