Addin |
- Rupanya Ini Punca 200 Guru KAFA Terengganu Di Berhentikan Serta Merta
- Akhirnya.. Perkasa Dedah Pekung Busuk Kerajaan Umno BN
- Subhanallah!! Fenomena Laut Terbelah Di Korea Selatan
- Panas!! Kerajaan BN Perak Bakal Tumbang?
Rupanya Ini Punca 200 Guru KAFA Terengganu Di Berhentikan Serta Merta Posted: 25 Dec 2013 08:11 AM PST Tindakan Yayasan Islam Terengganu (YIT) menghentikan kontrak kira-kira 200 guru Kafa di negeri ini secara serentak seolah-olah agenda membalas dendam politik oleh pihak tertentu."Tindakan tersebut menghairankan kerana dibuat dalam jumlah yang besar. "Seolah-olah satu agenda bagi membalas dendam politik oleh pihak tertentu," kata Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah dalam kenyataan. Justeru kata Hamzah, sekiranya tenaga pengajar kurang mahir dijadikan alasan, pemberhentan beramai-ramai tersebut bercanggah dengan keadaan sebenar. "Kerana pencapaian Kafa Terengganu antara yang terbaik di Malaysia. Apa alasan yang sebenarnya?, soal Hamzah.Surat penamatan kontrak guru KAFA oleh Yayasan Islam Terengganu. Hamzah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Bukit Payong berkata, penamatan kontrak secara besar-besaran ini memberi kesan kepada para pelajar keseluruhannya. "Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari guru pengganti dalam masa yang singkat dengan jumlah yang begitu besar."Apatah lagi tarikh bermulanya sesi persekolahan 2014 hanya tinggal lebih kurang seminggu," kata Hamzah. Katanya, tindakan kerajaan negeri dan Yayasan Islam Terengganu memperjudikan nasib para pelajar. Dalam pada itu, Hamzah mengingatkan rakyat Terengganu agar peka dengan perkembangan di negeri ini kerana tindakan seperti dilakukan YIT mungkin melibatkan ahli keluarga sendiri. "Ia mungkin juga melibatkan saudara mara atau orang-orang terdekat dengan anda semua," kata Hamzah. ~kd |
Akhirnya.. Perkasa Dedah Pekung Busuk Kerajaan Umno BN Posted: 25 Dec 2013 05:03 AM PST NGO pendesak PERKASA mengakui bahawa tiga agensi utama kerajaan – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyalurkan bantuan kepada pertubuhan berkenaan bagi menjayakan programnya. Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN. Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan PERKASA untuk mengantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu. Beliau berkata, Isa membuat kenyataan tidak bertanggungjawab apabila menyatakan bahawa PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini. "Perkasa harap Tan Sri Isa dpt senaraikan jumlah bantuan diberi kpd Perkasa utk jayakan program2 selama ini. Berapa banyak? Berjut-jutakah? Berbilion-bilionkah?," katanya dalam satu kenyataan. "Begitu juga dakwaannya bahawa agensi-agensi kerajaan bantu PERKASA. Kami tak nafikan ada agensi seperti MKN (Majlis Keselamatan Negara), BTN (Biro Tatanegara) dan JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) bantu PERKASA untuk jayakan beberapa program terpilih yang mana pada PERKASA tidak lebih yg diberi kepada NGO lain termasuk NGO kaum Cina dan India. "Bantuan seperti pemberian kepada anak kecil itu usahlah diungkit-ungkit. Kalau nak banding apa yang PERKASA dah laksanakan untuk menarik sokongan balik Melayu kepada BN, apalah sangat jumlah bantuan yang agensi itu beri," katanya. ~mk |
Subhanallah!! Fenomena Laut Terbelah Di Korea Selatan Posted: 24 Dec 2013 10:35 PM PST 24 Disember 2013 orang sibuk dengan peristiwa ikan melompat naik ke darat di kepulauan Tambisan, Lahad Datu, Sabah. Ramai yang percaya peritiwa itu ada kaitan dengan Tsunami seperti yang pernah melanda Acheh, India, Phuket dan Malaysia pada 26 Dicember 2004. Tsunami adalah peritiwa hebat dalam sejarah dunia. Mengubah bentuk muka bumi demi menstabilkan ekologi. Kuasa tuhan tidak terhad dan perancanganNYA adalah sebaik-baik rancangan. Tapi bukan satu-satunya peritiwa yang menunjukkan perancangan hebat ALLAH. Fenomena taufan, pencairan ais, kewujudan salji di kawasan padang pasir dan lain-lain adalah kerana perancangan ALLAH. Fenomena hebat yang menakjubkan yang menjadi fokus hari ini ialah fenomena yang pernah berlaku di Korea Selatan seolah-olah ulangan kisah Nabi Musa membelah lautan. Kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter. Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter. Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali 'Jindo Yeongdeung Festival' atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April. Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram. Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu. Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain. |
Panas!! Kerajaan BN Perak Bakal Tumbang? Posted: 24 Dec 2013 07:40 PM PST Tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dua calon PAS Perak mengambil tindakan mahkamah untuk menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana tidak menjadi penduduk negeri itu semasa hari pengundian, 5 Mei lalu. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014. Salah seorang peguam dalam kes itu, Robin Lim, berkata saman difailkan terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Perak. Katanya, Adun negeri tersebut mesti menjadi penduduk tetap Perak semasa hari pengundian."Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan," katanya kepada The Malaysian Insider. Saman difailkan oleh Jamil Dzulkarnain yang tewas kepada Mohamed Kamil sementara satu lagi saman difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Shahrul Zaman. Mohamed Kamil menang 231 undi majoriti sementara Shahrul Zaman menang dengan majoriti 613 undi.Dalam tuntutan saman, plaintif Jamil dan Misbahul Munir berkata, Adun BN tersebut tinggal di luar Perak dan alamat di MyKad mengesahkan mereka bukan penduduk tetap negeri itu. Plaintif mahu mahkamah mengisytiharkan Adun BN tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat.Mereka juga menggesa mahkamah mengeluarkan arahan bagi menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagaimanapun, Adun berkenaan berkata, penyingkiran seseorang wakil rakyat perlu dibuat melalui petisyen pilihan raya.Jamil dan MIsbahul Munir dalam kenyataan balas berkata, mereka tidak mencabar keputusan pilihan raya tetapi kelayakan dua Adun tersebut. Semasa pilihan raya umum lalu, BN berjaya mengukuhkan penguasaannya di Perak selepas menang 31 kerusi DUN sementara Pakatan Rakyat (PR) memenangi 28 kerusi dengan DAP 18 kerusi, PAS (4) dan PKR (6). Selepas PRU13, PAS memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya di kawasan DUN Pasir Panjang, Manong, Selama, Lubuk Merbau, Rungkup dan Manjoi.Selain Lubuk Merbau, petisyen tersebut gagal dibicarakan atas alasan teknikal. Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengarahkan hakim pilihan raya mendengar semula petisyen Lubuk Merbau. The Malaysian Insider difahamkan permohonan sama difailkan terhadap Adun Manjoi dari BN kerana tidak menjadi penduduk tetap Perak.Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi itu selepas menewaskan Asmuni Awi dengan majoriti 132 undi. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan