Ahad, 22 Disember 2013

Addin

Addin


Najib Sudah Boleh Dikategori Perdana Menteri OKU

Posted: 22 Dec 2013 08:27 AM PST

Sesiapa pun kini tidak dapat lagi menyembunyikan kebimbangannya terhadap keupayaan Najib dalam memimpin negara ini. Pretasinya merosot hari demi hari, kedudukan ekonomi kian memburuk, hutang negara bertambah dan kehidupan rakyat tidak pernah menjadi lebih baik.

Menambahkan beban derita rakyat melalui pelbagai kenaikan kos sara hidup bagaikan sudah menjadi amalannya, terutama sejak berakhirnya PRU 13 lalu. 

Di sebalik pelbagai janji untuk memulihkan ekonomi dan menyatakan prestasi ekonomi negara berada di landasan yang betul, hakikatnya semakin hari semakin banyak wang dari poket rakyat yang cuba disedut atas nama kesejahteraan negara dalam jangka panjang kononnya.

Dan setiap kali berlaku kenaikan dan menambahkan derita rakyat, Najib seolah-olah tidak berasa berdosa melakukannya. Beliau sentiasa mencari hujah-hujah yang logik untuk mewajarnya segala kenaikan itu, walaupun banyak daripada hujahnya kelihatan dangkal dan tidak masuk akal.

Dalam mempertahankan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, Najib telah membandingkan dengan kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat di Selangor dengan menyatakan kerajaan PRlah yang lebih dulu melakukan kenaikan. 

Sekali pandang, hujah Perdana Menteri itu nampak ada betulnya tetapi hakikatnya beliau lupa bahawa kerajaan telah menaikkan harga minyak sebaik saja berakhir pilihanraya pada 5 Mei lalu sedangkan kenaikan gaji wakil rakyat Selangor hanya baru diluluskan dan belum pun berkuatkuasa lagi.

Ia kemudian diikuti dengan kenaikan harga gula, tarif letrik, tol dan pelbagai lagi. Inilah yang telah menambahkan lagi kos sara hidup hidup rakyat. 

Lagi pula tiada kaitan antara kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan Najib itu. Beliau hanya cuba memesongkan kesalahannya ke bahu orang lain.

Dalam masa yang sama, jika Najib ingin membandingkan kenaikan gaji wakil rakyat, beliau sepatutnya melihat kepada kerajaan negeri Sarawak yang telah melakukan kenaikan gaji dan elaun lebih awal serta pada peratusan yang lebih tinggi lagi berbanding di Selangor.

Bercakap mengenai kenaikan kadar tol pula, Najib mempertahankan cadangan kenaikan itu dengan mengatakan jika tol tidak dinaikkan, maka cukai terpaksa dinaikkan. 

Terlihat di sini bahawa untuk menambah pendapatan dan mengelakkan hutang negara terus bertambah, Najib hanya melihat cara mudah untuk memperolehi wang iaitu melalui kenaikan harga barang, menambah kadar cukai dan penghapusan subsidi.

Bahkan melalui apa yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli bahawa kerajaan juga didapati telah menjual dan memajak beberapa aset negara untuk mencapai sasaran defisit negara 2013 pada kadar 4 peratus daripada KDNK sebagaimana yang dijanjikan, berbanding 4.5 peratus pada tahun lalu, jelas membuktikan bahawa Najib semakin kehilangan upaya dalam mentadbir negara ini.

Sudah tentu penjualan aset negara ini adalah berdasarkan nasihat daripada Pemandu yang diketuai oleh Idris Jala di mana ketika mengetuai MAS, beliau juga pernah mengambil pendekatan sama iaitu menjual bangunan ibu pejabatnya untuk memperolehi pendapatan.

Lalu apa jadi kepada MAS sekarang, sudahlah hilang bangunan, prestasinya juga terus merosot. Catatan untung hanya direkodkan pada tahun awal Idris Jala mengetuainya saja dan jelas keuntungan itu kerana menjual bangunannya.

Daripada menaikkan harga barang, menambah kadar cukai, menghapuskan subsidi dan menambah derita rakyat, Najib kini menjual aset negara pula. Beliau sudah menjadi seorang yang kurang upaya atau OKU dalam memimpin negara ini.

Jika dalam kehidupan seharian OKU bermaksud orang kelainan upaya tetapi dalam kes Najib, maksud yang sesuai ialah orang kurang upaya. Beliau kini dilihat tidak mampu lagi membawa negara melangkah lebih jauh menuju kemajuan dan memberi kebahagiaan kepada rakyatnya. Setiap hari berita yang diterima rakyat adalah berita sedih belaka.

Najib pada hakikatnya sudah menjadi Perdana Menteri yang OKU sifatnya. Yang beliau nampak hanyalah menaikkan cukai, memotong subsidi dan menaikkan harga barang sebagai jalan mudah memperolehi wang dan pendapatan bagi negara. Kesengsaraan dan kesusahan rakyat semakin jauh daripada lubuk hatinya.

Jika dalam dunia pekerjaan, mereka yang sudah mengalami kecacatan kekal atau dikategorikan OKU sudah dibolehkan mengambil pencen Socso, maka Najib juga sebenarnya layak dimasukkan dalam kategori itu. 

Beliau pada hakikatnya sudah menjadi OKU dalam memimpin, berfikir dan merencana sesuatu yang bermakna untuk negara. Beliau juga tidak mampu lagi memimpin dengan lebih kreatif atau beraksi dengan lebih baik untuk tahun-tahun seterusnya.

Lagi lama, lagi derita rakyat dibuatnya. Lagi lama juga, tiada apa lagi yang tinggal akhirnya nanti. ~shahbudin


Iklan C (ii)



Blogger-Blogger BN Buat U-Turn

Posted: 22 Dec 2013 02:57 AM PST

Semua sudah sedia maklum mengenai isu kenaikan harga barang kebelakangan ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada pelbagai pihak terutama penyokong pembangkang.

Namun pemerhatian Sinar Harian mendapati penyokong BN juga turut merungut dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang apabila subsidi dikurangkan itu. Rata-rata tidak  puas hati apabila kebanyakan barang dan perkhidmatan dinaikkan secara serentak bermula tahun hadapan termasuklah gula, tarif elektrik, tambang LRT dan terbaharu kadar tol.

Antaranya, blogger The Unspinners menyatakan penyakit pengurusan harga berlaku di negara ini ialah apabila semua harga mahu dinaikkan secara serentak."Berlumba-lumba sapa dulu.

Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat berkaitan kerajaan pun guna alasan sama, padahal syarikat kerajaan sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat menikmati harga murah.

"Menaikkan harga barang memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuk pengurangan kadar cukai berkaitan," kata blog tersebut.

Sementara satu lagi blogger, Gerakan Anti PKR pula mempersoalkan kesan kenaikan kadar tol yang akan menyebabkan poket rakyat semakin nipis."Apa kesan tol naik? Kesan tol naik adalah menyebabkan poket rakyat makin kempis.

"Bukan setakat itu, tatkala tol naik ini bermakna pedagang akan menolak kos kenaikan itu kepada rakyat. Justeru rasionalisasi bermakna kos kenaikan kepada rakyat," katanya.

Selain itu, blog Medan Info Kita juga mempersoalkan tindakan BN yang tidak menepati janji pada PRU13."Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah 'Janji Ditepati'? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dipersalahkan dalam hal sebegini.

"Kita harus melihat siapakah di belakang tabir membuat keputusan yang kurang bijak ini. Siapakah penasihat kepada Najib memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan parti dan mengundang kebencian rakyat?" soalnya.

Manakala, blogger Sahabat Gunung pula menerbitkan kenyataan Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyatakan kerajaan hanya akan menguji kesetiaan rakyat kepada BN dengan menaikkan harga tambang pengangkutan awam.

"Nazir berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar.

"Sehubungan dengan itu, Pemuda Umno mendesak pihak kerajaan menilai semula cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat khususnya warga kota berpendapatan sederhana saban hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari," katanya  dipetik blog berkenaan.

Satu lagi blog iaitu Malaysia Heaven menyatakan langkah menubuhkan makmal untuk mengkaji siri kenaikan barang dirasakan kurang perlu.Katanya, dengan menubuhkan makmal baru, lebih banyak duit akan dihabiskan pada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin cakap makmal akan ditubuhkan untuk kaji kos sara hidup masyarakat. 

Makmal ditubuhkan akan diletakkan di bawah Pemandu. Habis apa tanggungjawab kementerian yang ada?"Adakah selama ini Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat tak selidik kesusahan rakyat? 

Adakah menteri masih tak tahu, kenaikan harga minyak, gula dan lain lain tu antara punca rakyat hidup susah?" katanya.Blog lain yang turut memperkatakan isu yang sama ialah Parpukari dan Selangorchronicle. ~sh


Iklan C (ii)




Gambar Sambutan 'Hambar' Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Langkawi

Posted: 21 Dec 2013 11:11 PM PST


Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Hana, Pekan Kuah,Langkawi, Kedah Darul Aman pada 21 Disember 2013 di hadiri ribuan masyarakat sekitar Langkawi.

Orang ramai melimpah ruah sampai terpaksa duduk bersila atas jalan diluar kawasan masjid. Saksikanlah gamabr-gambar kulaih Ustaz Azhar Idrus dibawah..







Iklan C (ii)




Setiausaha Agong Umno Kantoi.. Saksikanlah

Posted: 21 Dec 2013 06:51 PM PST

Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memohon maaf jika golongan wanita terasa dengan kenyataannya yang dikatakan menyamakan wanita dengan hartanah.

Beliau bagaimanapun berkata, kenyataan itu disalahertikan oleh pihak tertentu dan beliau tidak bermaksud membuat wanita tersinggung."Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. 

Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga...kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati golongan wanita kerana beliau sendiri memiliki ramai anak perempuan.

"Saya tidak pernah tidak hormat perempuan. Saya ada enam anak perempuan, bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita, sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud begitu," katanya.

Semalam, Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur. ~tmi


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: