Sabtu, 21 Disember 2013

Addin

Addin


Ini Penjelasan Dari PI Wimax Berkenaan Insiden Selayang Mall Dan Rempuhan Kereta

Posted: 21 Dec 2013 08:40 AM PST


Rupanya ini kisah sebenar di sebalik kisah P1 Wimax mengenai kejadian insiden Selayang Mall dan rempuhan kereta. Artikel ni hasil kiriman dari Packet Buddy. P1 Wimax telah mengeluarkan penafian berkenaan kedua-dua kejadian ekoran tersebar di alam siber. 

Di alam siber, kejadian tersebut kononnya dilakukan oleh para pengguna PI Wimax yang tak berpuas hati. Namun penjelasan pihak PI Wimax ini akan merungkaikan segalanya..







Sebenarnya blog Addin  terjebak juga dalam mengeluarkan artikel tersebut.. justeru pihak admin memohon maaf pada pihak PI Wimax di atas kesilapan mengeluarkan artikel yang di copy paste dari blog lain. Pihak admin tiada niat secara sengaja untuk memburukkan PI Wimax.

Pihak admin akan lebih meneliti setiap artikel yang dikeluarkan selepas ini. Pihak admin juga berterima kasih kepada  Packet Buddy kerana mengirimkan artikel penafian tersebut.

Lihat artikel penafian PI Wimax di SINI.


Iklan C (ii)




Najib Tawar 'Viagra Politik' Pada Chua Soi Lek

Posted: 21 Dec 2013 04:30 AM PST

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak gembira dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa MCA memerlukan "viagra politik" untuk bangkit semula dalam pilihan raya akan datang.

Presiden MCA itu berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu kerana MCA masih lagi belum bangkit selepas kehilangan banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Dalam Pilihan Raya 2008, MCA hanya berjaya mendapat 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Dalam Pilihan Raya 2013 pula, kerusi MCA merosot lebih teruk dengan hanya mendapat tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.

Mengulas ucapan Najib, Dr Chua berkata, rakyat seharusnya bijak membuat penilaian terhadap BN secara keseluruhannya terutama MCA kerana parti itu merupakan sebahagian komponen daripada entiti itu.

"Ini bukan soal pucuk pimpinan sahaja... ini soal sokongan kepada kerajaan. MCA merupakan sebahagian daripada BN, apa dasar yang dilaksanakan oleh BN akan ditafsirkan seperti MCA sebahagian daripadanya.

"Kalau dasar itu rakyat tak terima, maka MCA dan parti komponen lain (juga) akan menanggung beban ini," katanya.

Apabila ditanya apakah MCA memerlukan Viagra untuk kembali bangkit, Dr Chua berkata: "Anda perlu tanya kepada PM apakah dia tahu apa itu Viagra?"Najib semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 60 hari ini menyeru MCA mengambil "viagra politik" bagi mengembalikan semangat anggota parti berkenaan terutama ketika sokongan daripada kalangan masyarakat Cina semakin merosot.

Presiden Umno itu berkata, MCA masih mempunyai ahli di peringkat akar umbi, namun semangat mereka lemah."Kita perlukan viagra politik. Lemah semangat. MCA ada ahli di akar umbi, tetapi tiada semangat.

"Nanti kita minta Menteri Kesihatan buat," katanya berseloroh.Najib turut memberikan beberapa langkah penambahbaikan kepada MCA dalam usaha parti komponen itu meraih semula sokongan masyarakat Cina.

Beliau berharap kepimpinan MCA dapat bersatu di peringkat pusat dan bekerjasama serta mengetepikan kepentingan peribadi.

Selain itu, Dr Chua berkata, beliau tidak menyesal apabila membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden MCA."Kehidupan saya tidak semata-mata hanya berkisar kepada politik sahaja, malah saya masih ada rancangan lain selepas berundur nanti.

"Namun, saya masih seorang perwakilan dan anggota parti dan akan terus memberi sokongan kepada parti tidak kira dalam memberi nasihat ataupun menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh parti," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mengundi pada pemilihan parti sempena Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 di Wisma MCA, hari ini, beliau berkata, keputusan tidak mempertahankan jawatannya itu untuk memberi peluang kepada pucuk pimpinan yang baharu menerajui parti.

"Saya turut berharap dan sentiasa mendoakan pucuk pimpinan yang baharu ini dapat mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA dan sama-sama berjuang untuk berkhidmat kepada mereka," katanya.

Sementara itu, Dr Chua juga menyeru semua perwakilan menghormati keputusan yang dibuat selepas pemilihan dan bekerjasama dengan barisan kepemimpinan yang baharu bagi menerajui parti.

"Saya tidak mahu sejarah berulang apabila ada perwakilan yang tidak puas hati ketika saya dipilih menjadi presiden pada pemilihan 2010 lalu meletakkan jawatan meninggalkan parti.

"Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, tidak menghormati sistem demokrasi yang diamalkan serta tidak menghormati keputusan perwakilan kerana golongan ini mementingkan diri sendiri yang mahukan individu tertentu sahaja memimpin parti dan enggan bekerjasama dengan pemimpin baharu," katanya. ~tmi


Iklan C (ii)




Kalau Tol Tidak Naik, Cukai Akan Naik - Najib

Posted: 21 Dec 2013 02:57 AM PST

Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.

Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan."Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. 

Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.

"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menyindir pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu mengkritik sedangkan mereka hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri, dan bukannya negara."Pembangkang di negeri sahaja. 

Ingat mereka kalau ditempat sama tidak buat tindakan sama!" tegas Najib dalam ucapannya di hadapan perwakilan MCA dari seluruh negara.

Najib turut menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya masih bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat ekooran kenaikan kos sara hidup yang disebabkan program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan pimpinannya.

"Saya tak kata kerajaan sempurna, tapi kerajaan ini sedia mendengar suara rakyat. Supaya tak terlalu berat bebannya kepada rakyat."Inilah langkah kehadapan, yakinlah ekonomi kita berada di landasan yang betul," kata Najib. ~tmi


Iklan C (ii)



Warga Internet Mengamuk Gara-Gara Bengang Status Terbaru Najib Di Facebook

Posted: 20 Dec 2013 09:58 PM PST


Bila rakyat semakin benci.. buat apa semua tak jadi. Terbaru post di fb Najib teruk kena belasah oleh pengguna fb. Kebanyakannya memberi komen-komen pedas, Addin cuba jugak untuk memberi komen tapi dah kena ban dengan admin fb Najib.

Najib kononya nak tunjukan keprihatinan dengan menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup, yang bertujuan merangkan langkah-langkah susulan untuk meringankan beban rakyat.

Namun menerima kritikan pedas dari pengguna fb, saksikanlah petikan komen-komen tersebut..



Nampaknya Najib cuba menutup kesalahannnya dengan menaikkan harga barang. Jikalau ikhlas untuk membantu rakyat, sepatutnya kenaikkan harga barang perlu di elakkan. Rata-rata rakyat mungkin berpendapat biar gaji tidak naik asalkan harga barang murah..


Iklan C (ii)








Tiada ulasan: