Jumaat, 20 Disember 2013

Addin

Addin


Gani Patail Panas Punggung.. Cabarannya Di Sahut Rafizi Sehingga Ke Hong Kong

Posted: 20 Dec 2013 08:46 AM PST

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong awal Januari 2014 untuk memeriksa akaun bank Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ini berikutan dakwaan dibuat dalam akuan bersumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa wujud unsur rasuah dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh hingga negara kalah di dalam tuntutan tersebut. "Saya akan ke sana pada awal tahun hadapan (Januari) memandangkan sekarang penduduk Hong Kong sibuk membuat persiapan Krismas.

"Masa yang sesuai dalam minggu pertama atau kedua Januari," kata Rafizi kepada Keadilandaily ketika ditemui di ibu pejabat KEADILAN.

Katanya, beliau akan tetap ke sana walaupun tidak mendapat surat kuasa daripada Gani.

"Saya sudah hantar surat rasmi kepada beliau pada 19 Disember lalu dan hanya menunggu jawapan daripada pihak beliau berhubung syarat-syarat yang saya tetapkan.

"Jika tidak mendapat surat kebenaran daripada beliau, saya akan bekerjasama dengan pihak di Hong Kong bagi memastikan urusan siasatan ini berjalan lancar," ujarnya.

Menurut Rafizi, beliau sedang mencari masa yang sesuai dengan jabatan dan individu yang terbabit di sana.

"Siasatan melibatkan beberapa pihak dan salah satunya ialah 'Security of Justice'," katanya. ~kd


Iklan C (ii)



Kantoi!! Tembelang Kerajaan Umno BN Terbarai?

Posted: 20 Dec 2013 05:18 AM PST

PKR menggesa agar satu sidang tergempar Parlimen dilangsungkan untuk membincangkan kemungkinan aset negara yang telah dijual sebagai langkah terakhir kerajaan BN untuk mencapai sasaran defisit negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau terkejut apabila penjualan itu dilaporkan dalam laporan terkini Bank Dunia yang terkini, 'Malaysia Economic Monitor: December 2013'.

Beliau memetik halaman sepuluh laporan itu yang memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 peratus dalam tahun 2013.

Menurut laporan itu, pendapatan tambahan RM11.8 bilion yang melebihi anggaran belanjawan asal terdiri daripada RM7.4 bilion daripada sumber bukan cukai.

Ini termasuklah RM1.4 bilion daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.

Gadai janji kerajaan adalah pinjaman yang diberikan kerajaan dan digunakan untuk membeli rumah atau hartanah.

Pensekuritian gadai janji pula adalah proses mengumpulkan gadai janji dan menjualkannya kepada pelabur untuk mendapatkan wang tunai.

"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya," kata anggota Parlimen Pandan itu.

Rafizi mengesyaki rancangan menjual aset negara itu sudah pun berlaku kerana sasaran kadar defisit empat peratus dalam tahun 2013 telah gagal.

"Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

"Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin," katanya. ~mk


Iklan C (ii)




Anwar Gagal Sekali Lagi..

Posted: 20 Dec 2013 01:19 AM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam cubaan untuk mengetepikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagap pendakwaraya dalam kes liwat beliau apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak penggunaan Akuan Bersumpah (SD) Datuk Mat Zain Ibrahim.

Hakim tiga panel yang diketuai Datuk Aziah Ali dalam penghakimannya di Putrajaya memutuskan permohonan kedua ketua pembangkang itu tidak berasas.

Anwar, 66, pada 6 Disember memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada pasukan pendakwa, dengan kali ini menggunakan maklumat yang terkandung di dalam SD bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu sebagai asas.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak permohonan pertama beliau pada 17 September tahun ini termasuk rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan. ~tmi



Iklan C (ii)




Panas!! Zamihan KDN Mahu Letak Jawatan?

Posted: 19 Dec 2013 11:28 PM PST

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghar mencabar Datuk Seri Shahidan Kassim untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.

Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.

"Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing.

"Saya tidak pernah sesekali mengelirukan umat Islam tentang Wahabi sebaliknya hanya menyeru supaya berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab Shafie dan memberi iltizam akhlak Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Shahidan menyelar Zamihan kerana melibatkan Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap Syiah.

Katanya, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahabi dan ramai ahli Umno marah dengan kenyataan tersebut.

"Pegawai di KDN hendak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya.

Zamihan berkata, Shahidan tidak layak untuk membincangkan isu Wahabi atau yang berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa menteri itu.

Katanya, tindakan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membela Wahabi membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran Wahabi.

"Mengapa beliau perlu bimbang dan melenting apabila disebut tentang Wahabi? Adakah beliau menyokong Wahabi? Mengapa perlu membela ajaran itu sedangkan di Malaysia kita mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Apakah alasan Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di negara ini," katanya.

Zamihan berkata, semasa deklarasi Amman Message, Shahidan merupakan salah seorang pemimpin kerajaan yang terlibat menandatangani perjanjian itu.

"Beliau sebut fahaman Syiah adalah salah tetapi siapakah antara individu menandatangani Amman Message mengiktiraf Syiah, bukankah beliau salah seorang daripadanya," katanya.

Pada 2004, Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam, Tan Sri Abdul Hamid Othman menandatangani perjanjian Amman Message.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada sesebuah negara dan itu sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada ketika ini.

"Ia sudah termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka dia bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan," katanya. ~tmi


Iklan C (ii)




Gara-Gara Tampal Pelekat Tuan Guru Nik Aziz, Tayar Kereta Ini Di Kunci

Posted: 19 Dec 2013 04:08 PM PST


Gara-gara meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di cermin depan, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak.

Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis.

Rata-rata pengguna Facebook mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti tersebut kerana dikatakan menyekat kebebasan untuk berpolitik.

Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'.

Menurut sumber di institut pengajian awam berkenaan, sebelum kejadian itu berlaku, satu risalah dikatakan telah diedarkan bagi melarang pelajar-pelajarnya membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.


Bagaimanapun, pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen. ~mstar


Iklan C (ii)




Tiada ulasan: