Sabtu, 14 Disember 2013

Addin

Addin


Bekas Menteri Nasihat Mat Sabu Jangan Buang Masa Saman Zahid Hamidi

Posted: 14 Dec 2013 03:00 PM PST

Bekas anggota Kabinet Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya berhubung Syiah.

Menurut bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, lebih baik Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menumpukan perhatian kepada isu rakyat.

"Saya beritahu kawan saya Mat Sabu usah buang masa nak saman Zahid. Dulu komunis now Syiah esok entah apa lagi. Tumpu kpd isu Rakyat #fb," tulis Zaid melalui akaun Twitternya @zaidibrahim.

Menurut Zaid, Mohamad tidak perlu berdepan dengan Ahmad Zahid di mahkamah kerana perkara ini tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang, sebaliknya bergantung kepada pendapat orang ramai mengenainya.

Zaid turut berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu tidak akan memberi kesan terhadap Mohamad sebaliknya, ia akan hanya akan menjejaskan imej Naib Presiden Umno itu.

"Memang Zahid tak gentar disaman Mat. Dia hanya gentar bila PRU14 di pimpin oleh Mat. Dia takut pada PAS; tak payah layan dengan saman #fb," tulis Zaid lagi.

Utusan Malaysia melaporkan hari ini Ahmad Zahid tidak sedikit pun gentar dengan tindakan undang-undang yang mahu diambil oleh Mohamad ekoran dakwaannya sebagai berfahaman Syiah.

Sebaliknya beliau cukup bersemangat untuk bersemuka dengan Mohamad di mahkamah.

Katanya, beliau yakin peluang tersebut dapat digunakan sepenuhnya untuk mendedahkan lebih banyak bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS itu dengan gerakan Syiah di Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah diantaranya ialah kerana Timbalan Presiden PAS itu dikatakan kagum kepada perjuangan pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini.

Antara yang didedahkan KDN adalah Mohamad pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008. ~tmi






Iklan C (ii)




(Advertorial) Produk Vxgra

Posted: 14 Dec 2013 08:44 AM PST


Produk VXGRA keluaran pengilang melayu bumiputra #1 jenama bertaraf antarabangsa mampu 

bersaing di pasaran global.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam mengeluarkan produk kesihatan & skincare, kini dengan 

kajian RND terhadap herba-herba khasiat lelaki maka hasilnya jenama VXGRA mengeluarkan 4 produk 

utama lelaki :


1. Vxgra Men Cream – Segar & Bertahan

2. Vxgra Men Attraction – Pewangi Rangsangan Wanita

3. Vxgra Men CafĂ© – Pembekal Mineral & Testerone.

4. Vxgra Men Booster – Penjana Ghairah Lelaki

Dengan kajian RND dan teknologi terkini digabungan dengan herba-herba terpilih kaya dengan mineral 

penjana rangsangan sexual lelaki mampu membantu meningkatkan daya kesihatan lelaki 100% .

Bahan-bahan herba antaranya :

1. Catuaba – Pencetus Rasa Sexsual

2. Butea Superba – Tingkatkan Sperma

3. Panax Ginseng – Tenaga Batin

4. Tongkat Ali – Hormon Seksual

5. Maca – Rangsangan Sex

6. Tribulus – Booster Sexsual





Klik laman web rasmi Vxgra : www.vxgra.com

Tiada sebarang bahan terlarang racun atau sebagainya, pemgambilan yang berterusan akan 

meningkatkan prestasi kelakian dan kesihatan yang baik. Anda PASTI TERUJA !!

Pihak Vxgra menawarkan SATU peluang perniagaan kepada individu yang ingin menjadi 

ejen / stokis Vxgra bagi pasaran tempatan dan global. Anda boleh layari laman web kami 

www.vxgra.com untuk peluang menjana pendapatan dan informasi lengkap.

VXGRA MEN HERBS TECHNOLOGY


Pengurusan Asia Pacific

Encik Fakhri Hashim




Patutlah BN Giat Mainkan Isu Syiah.. Ini Puncanya

Posted: 14 Dec 2013 07:50 AM PST

Tindakan Umno dan Barisan Nasional memainkan isu Syiah kebelakangan ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap isu kenaikan harga kebelakangan ini, kata Dyana Sofya Mohd Daud Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang.

Dyana tersebut berkata serangan ke atas penganut Syiah bertujuan menutup keadaan sebenar rakyat yang tersepit.

"Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah. Ia dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar rakyat Malaysia yang tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi.

"Contohnya pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel," kata Dyana hari ini.

Dyana juga mendakwa kerajaan bersikap berat sebelah apabila menekan rakyat Malaysia berfahaman Syiah walhal ramai penuntut asing pengajian tinggi yang melanjutkan pelajaran di Malaysia menganuti ajaran tersebut.

"Malah, ribuan daripada pelajar antarabangsa ini adalah warganegara Iran yang kebanyakannya pengikut ajaran Syiah yang bergaul secara terbuka dengan mahasiswa-mahasiwa rakyat Malaysia sendiri.

"Saya percaya di dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sendiri terdapat kelompok pelajar-pelajar antarabangsa yang merupakan pengikut Syiah," kata Dyana yang juga bekas pelajar UiTM dalam jurusan undang-undang.

Kebanyakan pelajar tersebut dibawa masuk menerusi Pusat Promosi Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Promotion Centre – MEPC) dan mereka bergaul dengan pelajar tempatan.

Dyana juga mempersoalkan sama ada kerajaan akan mengarahkan pelajar antarabangsa ini berhenti atau terpaksa mengamalkan ajaran mereka secara senyap-senyap.

"Sekiranya kerajaan Malaysia serius dalam memerangi Syiah, adakah pelajar-pelajar antarabangsa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia seperti yang digalakkan oleh kerajaan sendiri ini akan diarahkan untuk berhenti mengaji dan keluar dari Malaysia secara serta-merta?

"Ataupun, adakah mereka akan diarahkan untuk mengamalkan ajaran mereka secara sembunyi supaya umat Islam di Malaysia tidak akan keliru?" soal Dyana lagi susulan tindakan Putrajaya melancarkan perang ke atas penganut Syiah.

Dalam pada itu, Dyana juga membidas kerajaan yang berfikiran sempit sehingga mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat Melayu terhadap ajaran Islam.

"Akhir sekali, saya ingin bertanya sama ada kegiatan memerangi Syiah ini khas untuk orang Melayu-Islam di Malaysia sahaja?

"Sekiranya ini benar, adakah umat Islam di Malaysia ini berlainan dengan umat Islam dari negara lain? Jika definisi Islam disempitkan di negara kita adakah ia akan bermaksud bahawa umat Islam dari negara lain itu tidak akan dianggap sebagai Islam di negara kita?" kata Dyana lagi.

Isu fahaman Syiah mendapat perhatian umum setelah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.

Kenyataan beliau menyebabkan Mohammad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. ~tmi




Iklan C (ii)



Jurutera Lynas Ditemui Mati Lemas

Posted: 13 Dec 2013 11:00 PM PST

Seorang jurutera kilang nadir bumi Lynas mati lemas di sebuah kolam di kawasan kilang itu di kawasan Perindustrian Gebeng di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam itu pada kira-kira 9 pagi.

"Seorang rakan mangsa, Sharizal Samsudin, 40, membuat laporan polis di Balai Polis Gebeng sejurus kejadian," katanya.

Beliau berkata polis dan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa di kolam itu pada 2.40 petang dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Projek Lynas di Gebeng ini mendapat bantahan oleh aktivis dan penduduk setempat, yang mengatakan kilang Lynas RM2.5 bilion akan menjadi "tempat pembuangan sisa radioaktif terbesar di dunia", walaupun sebuah firma yang berpangkalan di Sydney mengatakan bahawa radiasi yang dihasilkan berada di tahap yang sangat rendah.

Tahun lepas, Lynas berjaya memperoleh lesen operasi sementara (TOL) selepas jawatankuasa pilihan parlimen dipanggil untuk mengeluarkan lesen berkata "fakta saintifik" menunjukkan bahawa kilang berkenaan adalah selamat. ~tmi




Iklan C (ii)


Bukti Terbaru Yang Kantoikan Zahid Hamidi.. Saksikanlah

Posted: 13 Dec 2013 10:08 PM PST

Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak."Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.

Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah.

"Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.

"Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi.

Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini.

Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. ~tmi







Iklan C (ii)



Bukti KDN Tak Cukup Tuduh Mat Sabu Syiah - Ibrahim Ali

Posted: 13 Dec 2013 07:24 PM PST

Datuk Ibrahim Ali berkata bukti yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mencukupi bagi membuktikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menganut fahaman Syiah kerana beliau sendiri pernah bertemu dengan pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, dakwaan pihak tertentu beliau menganut Syiah adalah satu jenaka besar kerana pertemuan sahaja tidak boleh dijadikan seseorang cenderung mengikuti fahaman tertentu.

"Menyanjung tinggi Revolusi Islam Iran tiada kena mengena dengan kefahaman Syiah. Itu adalah perjuangan politik rakyat Iran menentang bekas pemerintah zalim ketika itu, Mohammad Shah Reza Pahlavi," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider

"Jika isu bertemu dengan Khomeini, saya dikatakan Syiah, ini satu jenaka paling besar kerana pertemuan kita dengan sesiapa tidak harus menjadikan kita setuju atau mengikut fahaman mereka. Isu Mat Sabu dikaitkan dengan Syiah, saya tak tahu. Itu beliau kena jawab dan tiada kena mengena pertemuan saya bersama Khomeini."

KDN pada Khamis mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu atau juga dikenali sebagai Mat Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Imam Khomeini.

Sejurus selepas pendedahan KDN, gambar Ibrahim bersama Khomeini tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter.

Antara yang didedahkan KDN adalah Mohamad pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.

Ibrahim berkata KDN hanya boleh membuat dakwaan ke atas Mohamad sekiranya mempunyai bukti yang lebih kukuh berbanding pendedahan yang dilakukan kementerian itu sebelum ini.

"Jika bertemu Khomeini seperti saya sekali pun, saya tidak akan mendakwa Mat Sabu pengikut Syiah tetapi jika KDN ada lebih banyak bukti, itu saya tak campur. KDN bukan sahaja perlu menunjukkan bukti tetapi adakah pemimpin itu pernah menyertai latihan atau pengkaderan anjuran kumpulan Syiah.

"Mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak pernah bertemu dengan Mao Tze Tung dan merintis hubungan diplomasi dengan China. Saya tidak fikir Tun Razak menyokong ideologi komunis. Tun Dr Mahathir Mohamad banyak kali mengadakan pertemuan bersama Friedel Castro, tidak bererti beliau juga berfahaman sosialis," katanya.

Ibrahim berkata, beliau sangat berbangga apabila pertemuannya bersama Imam Khomeini didedahkan semula di media sosial kerana menurutnya 35 tahun dahulu banyak pihak yang menafikan pertemuan itu.

Katanya, peristiwa itu sukar dilupakannya kerana Khomeini sendiri tidak suka bergambar pada ketika itu kerana berada dalam keadaan revolusi.

"Saya teruja apabila didedahkan semula dengan Imam Khomeini kerana dahulu apabila saya tunjuk gambar mereka mendakwa itu gambar tipu. Sesetengah pihak berasa tidak senang hati saya dapat bergambar dengan Imam Khomeini.

"Gambar itu diambil pada tahun 1978, lebih kurang 35 tahun lalu. Saya fikir saya satu-satunya rakyat Malaysia yang dapat bertemu Khomeini sebelum revolusi," katanya yang menyatakan pertemuan bersama Khomeini adalah secara kebetulan ketika sedang berbulan madu selepas baru berkahwin.

Menceritakan sejarahnya bertemu Imam Khomeini, Ibrahim berkata beliau ketika itu dalam perjalanan menjelajah ke Amerika, London dan kemudian ke Paris sebelum menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Katanya, kisah wawancara bersama pemimpin revolusi Iran itu dimuatkan dalam bukunya bertajuk "Wawancara bersama Ayatollah Khomeini" yang diterbitkan pada 1979 dan 35,000 naskhah habis dijual.

"Ketika isu revolusi Iran sedang hangat diperkatakan. Saya bertemu Khomeini untuk menemubualnya. Ketika berjumpa saya solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah di satu tempat bernama Chateu Melu, satu jam setengah perjalanan dari Paris.

"Beliau menceritakan tentang kezaliman Mohammad Reza yang dikenali juga sebagai Shah Iran. Bagaimana pemimpin itu membolot kekayaan dan menjadi tali barut Amerika. Ini yang beliau ceritakan. Langsung tidak bercerita tentang fahaman Syiah," katanya.

Ibrahim berkata Imam Khomeini tidak bertutur bahasa Inggeris dan perbualannya bersama pemimpin itu menggunakan khidmat penterjemah.

Katanya, Imam Khomeini hanya bertutur dalam bahasa Perancis dan Parsi serta turut menggambarkan pemimpin itu sebagai orang yang cukup lembut dan bersuara halus.

"Saya tidak lihat beliau sebagai pejuang politik. Beliau hanya menentang Mohammad Reza yang zalim terhadap rakyat. Sebab itu apabila revolusi Iran berjaya, Khomeini tidak jadi presiden tetapi pulang ke Qom dan meneruskan dakwahnya," kata beliau yang menyifatkan pertemuan bersama Khomeini adalah satu perjalanan hidup bagi mengenali perjuangan pemimpin hebat dunia.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata, Khomeini bukanlah satu-satunya pemimpin dunia yang ditemuinya tetapi beberapa pemimpin hebat lain turut ditemui seperti Castro, Al-Gore dan Mohd Kutub.

"Saya pernah bertemu dengan Mohd Kutub, adik kepada Syed Kutub, pemimpin Ikhwanul Muslimin dari Mesir ketika berada di Mekah. Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan sementara menunggu bulan haji," katanya.

Kedua-dua Ibrahim dan Mohamad merupakan bekas mahasiswa UiTM. ~tmi




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: