Selasa, 26 November 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat – Aspan Alias

Posted: 26 Nov 2013 01:39 PM PST

Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat – Aspan Alias

November 26, 2013

Najib dan seluruh kabinet Malaysia perlu berterus-terang, daripada mengelak isu sebenar diketahui ramai. Kita hendak tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang ini dan hendak melihat apa yang akan dilakukan beliau dan kabinet keseluruhan untuk menyelesaikan masalah besar yang sedang hadapi kini. Jangan bermain dengan silap mata lagi dan menafikan yang anda dan seluruh ahli kabinet telah gagal mendapatkan penyelesaiannya.

Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat. Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.

Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan pelbagai cara bagi menambahkuatkan kedudukan kewangan. PM Najib tidak perlu takut dan menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.

Kepada Najib dan seluruh kabinet dan Majlis Tertinggi Umno serta BN, kita ingin menyakinkan anda semua, negara yang anda semua tadbir ini adalah sebuah negara kepunyaan rakyat yang demokratik.
Sesungguhnya masalah yang berlaku sekarang ini bukannya untuk melonggokkan semua kesalahan kepada Najib dan Rosmah semata-mata malahan ia sepatutnya menjadi tanggungan semua ahli kabinet lantikan Najib itu. Lebih awal mengaku lebih baik untuk rakyat dan Najib serta kabinet sekalian boleh menumpang hasil kebaikan daripada tindakan mereka mengundurkan diri daripada mentabir.

Bukannya orang pandai dan bijaksana sahaja yang boleh berbudi kepada negara.  Yang tidak pandai pun boleh membantu menyelamatkan negara ini. Jika yang bijak pandai menggunakan kebijaksanaan mereka membina negara secara betul, yang tidak pandai pula boleh meninggalkan nama dan budi serta jasa mereka dengan meletakkan jawatan dan berundur untuk menyelamatkan negara daripada jatuh tersungkur.

Banyak pendapat memberikan pandangan yang kabinet pimpinan Najib ini merupakan kumpulan yang kedua tadi, iaitu yang tidak pandai seperti saya dan ramai lagi di bawah ini. Maka mengundurkan diri daripada memegang amanah rakyat itu merupakan budi dan jasa yang amat besar kepada negara dengan tidak terus menjahanamkan negara. Pendeknya mereka boleh membuktikan yang mereka juga adalah rakyat yang sangat patriotik dan sanggup berhenti dan bersara demi kepentingan negara.

Jangan jadi pelepah mati kelapa yang tergantung yang hanya menunggu waktu untuk jatuh kebumi. Masalahnya sekarang ini pemimpin tidak mahu mengakui kelemahan mereka sedangkan mereka tahu negara akan bankrap jika mereka masih mentadbir dan memimpin negara ini.

Justeru, tindakan semua ahli kabinet bersara dan berundur itu adalah satu-satunya cara bagi mereka melakukan 'redemption' terhadap kesalahan dan kelemahan mereka di sisi rakyat, lebih-lebih lagi di sisi agama dan Tuhan.

Najib selalu berkata beliau mahukan peluang untuk berjasa dan menabur budi kepada rakyat. Sekarang peluang beliau dan ahli-ahli kabinet menyempurnakan niat untuk menabur jasa itu sudah sampai pada masanya. Beliau dan kabinet lantikan beliau perlu bersara secara 'en block'. Tentu rakyat akan ber"gumbira" menerima khabar berita ini.


Pemimpin yang gagal mentadbir dan tidak pula mahu mengakui kelemahan mereka, adalah selemah-lemah pemimpin dan akan menjadi ingatan buat selama-lamanya bagi rakyat serta generasi yang akan datang. – aspanaliasnet.blogspot.com, 26 November, 2013.

KERAJAAN DIINGAT JANGAN MEMBERI HARAPAN KEPADA KAKITANGANNYA

Posted: 26 Nov 2013 04:50 AM PST

Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 : Kenaikan Gred & Gaji Penjawat Awam Naik. 100 Skim Terlibat!

Semakan Gred Kakitangan 2014
Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 : Berita baik yang Berita Semasa terima apabila bermula Januari 2014 , kalangan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) akan terima kenaikan gaji naik 2014. Tahniah Berita Semasa ucapkan. Semoga kenaikan gaji kali ini terus memberikan semangat dan motivasi kepada kumpulan ini untuk terus berkerja keras bagi selepas ini. Tetapi….
Tetapi bagaimana pula dengan skim pelaksana yang lain? Ramai kalangan kakitangan awam & penjawat awam yang tertanya-tanya mengapa mereka masih dilihat tercicir dalam kenaikan gred? Terkini….
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjangkakan yang mana Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 akan selesai sekitar bulan Mei atau Jun 2014 kelak yang mana Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 kali ini akan melibatkan 100 skim perkhidmatan yang akan mula dijalankan kajian dan semakan gaji serta gred bermula Januari 2014 ini.

Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 : Harapan Penjawat Awam?

"Seperti pelaksanaan kajian sebelum ini, ia turut dirunding bersama pihak berkepentingan termasuk Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, CUEPACS, Majlis-majlis Bersama Kebangsaan dan kesatuan pekerja," katanya selepas merasmikan Forum Sektor Awam 2013, di sini
Sebelum ini dalam ucapannya, Ali berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan Bajet 2014 mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam bagi menarik dan mengekalkan modal insan terbaik sektor awam, selain menambah baik laluan kerjaya serta mudah alihan penjawat awam.
Menurutnya, penambahbaikan membabitkan 613,743 penjawat awam dengan peruntukan tambahan RM31 juta setahun.
Berikutan itu, beliau berkata pihaknya sudah memberi taklimat berasingan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia kementerian, agensi persekutuan dan negeri, CUEPACS serta kesatuan penjawat awam mulai 22 Oktober 2013 lalu.
"Ketua Jabatan diminta segera melaksanakan urusan penawaran opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai terbabit. Tempoh tawaran opsyen adalah 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan,"katanya.
"Bagi perkhidmatan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, ia tertakluk kepada 30 hari daripada tarikh pekeliling perkhidmatan dikeluarkan," katanya.
Sumber : Bernama Malaysia Oleh itu, apa harapan & cadangan kalangan kakitangan awam 
bagi Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 kali ini?

SELAMAT TINGGAL KPF

Posted: 26 Nov 2013 04:44 AM PST


SENGAJA KES INI DIBAWA DALAM BLOG INI AGAR PARA PENEROKA TIDAK LAGI DITIPU.KEPADA ANAK-ANAK PENEROKA, SEDIH MELIHAT ANDA BERGANTUNG KEPADA MEMOTONG GETAH DAN MENGAIT KELAPA SAWIT.NAMUN KERJA-KERJA INI PULA DIAMBNIL ALIH OLEH PEKERJA DARI KEMBOJA DAN INDONESIA,GENERASI KEDUA DANKETIGA PULA TERLIBAT DENGAN PENAGIHAN DADAH YANG AMAT SERIUS.

OLEH:  IRFAN ES
 
Seperti biasa, kisah ini tidak menjadi sesuatu yang menggemparkan – ia disenyapkan oleh media massa, atau dilagukan sebagai sesuatu yang positif kepada peneroka Felda. Tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung (keluarga peneroka) dan faham tentang isu yang sedang melanda, berita ini merupakan sesuatu yang amat menggerunkan.


Pada 27 Oktober lalu, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah meluluskan usul penjualan baki 51 peratus saham Felda Holdings yang dimilikinya kepada syarikat bermasalah yang kita kenali Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Mulanya saya tidak sedar akan perkara ini akibat terlalu sibuk dengan kerja. Saya tahu menerusi laman Facebook saudara Mazlan Aliman tentang cadangan penjualan ini dalam sebulan lepas, tetapi sangka saya ia akan ditolak dalam mesyuarat agung KPF itu nanti. Cuma hari ini apabila ditanya oleh ayah saya (seorang peneroka Felda), baru saya gali semula perkembangan proses tersebut, dan apa yang saya jumpa amat memeranjatkan.

Hanya satu perkataan boleh saya gunakan untuk menggambarkan penjualan itu – gila!

Asal-usul Felda

Terlebih dahulu mari kita secara ringkas menyusuri asal-usul penubuhan Felda. Tanah rancangan Felda dibuka bagi membantu rakyat yang tidak bertanah agar mendapat tanah pertanian untuk diusahakan (walaupun sebenarnya hanyalah pajakan 99 tahun, bukan hak milik tetap).

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 digubal membolehkan kerajaan persekutuan membuka tanah yang asalnya di bawah kuasa kerajaan negeri dengan syarat ia kemudiannya diberi kepada rakyat. Maka orang ramai pun masuk ke kawasan-kawasan tanah rancangan ini. Mereka dipanggil peneroka Felda.

Pada era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mengubah semua ini atas dasar pensyarikatan Malaysia dan penswastaan. Tanah masih dibuka, tetapi tidak diberikan kepada rakyat. Sebaliknya ia diletakkan di bawah syarikat Felda Holdings yang ditadbir oleh Felda di bawah seliaan kerajaan persekutuan. Sebab itulah kini kita tidak lagi mendengar rancangan Felda baru didirikan walaupun begitu ramai rakyat tidak mempunyai tanah dan rumah.

Meskipun ini sebenarnya melanggar matlamat asal Akta Tanah itu sendiri, tetapi ia masih diterima dengan janji bahawa keuntungan Felda Holdings akan diagihkan kepada peneroka  (dan keluarga) dan staf Felda sedia ada menerusi pegangan saham KPF. Ada peneroka menerima saham KPF bernilai RM 10,000 dan bayaran semula dibuat beransur-ansur melalui potongan dividen saham berkenaan. Selebihnya perlu dibeli sendiri oleh peneroka sampai nilai maksimum tidak melebihi RM 200,000 bagi setiap keluarga.

Kemunculan FGV

Felda Global Ventures Holdings (FGV) ditubuhkan pada 2007 sebagai sayap Felda dalam bidang-bidang komersial. Pada Jun 2012, FGV telah disenaraikan di bursa saham Malaysia. Dengan kata lain, kini FGV dibuka untuk semua, tidak kira sama ada anda peneroka Felda, rakyat Malaysia, orang asing atau para kapitalis dari Barat atau Israel.

Pada waktu itu FGV memegang 49 peratus saham Felda Holdings, yang kini hasil dan keuntungannya bukan lagi untuk para peneroka sebagaimana asal tujuan Felda ditubuhkan, tetapi untuk para pelabur yang tidak kita kenali.

Malangnya (seperti yang dijangka), FGV tidak pergi jauh. Malah nilai sahamnya menyusut dari semasa ke semasa sehingga kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli saham-saham FGV bagi mencegah harganya daripada terus merundum.

Namun itu semua belum cukup.

Felda Holdings (dan hak peneroka) dijual

Perladangan kelapa sawit adalah nadi utama Felda. Dari situ pelbagai industri berasaskan minyak sawit boleh dibuka, daripada kilang pemprosesan minyak sawit, makanan, pengangkutan bahan-bahan ini, eksport dan lain-lain. Kebanyakan syarikat yang mengendalikan bidang-bidang ini berada di bawah Felda Holdings, yang 51 peratus sahamnya dipegang oleh KPF.

Pulangan dividen KPF buat peneroka dan staf Felda pula adalah agak memberangsangkan – tidak pernah kurang daripada 10 peratus setiap tahun, malah pernah mencecah 18 peratus. Pada tahun 2013 sahaja dividen KPF ialah 16.5 peratus. Dalam istilah perniagaan, Felda Holdings bolehlah disifatkan sebagai 'cash cow' – sumber utama kewangan KPF.

Tiba-tiba pada 27 Oktober lalu, semua baki 51 peratus saham KPF dalam Felda Holdings dijual kepada FGV. FGV memerlukan keseluruhan Felda Holdings untuk memperkukuh kedudukannya memandangkan Felda Holdings amat menguntungkan.

Apa yang tinggal untuk peneroka Felda?

Lalu diberitakanlah bahawa wang jualan saham Felda Holdings itu akan dilaburkan KPF dalam sektor-sektor lain. Persoalannya, sektor apa yang lebih menguntungkan?

Perumpamaan mudah. Anda sudah ada sebidang tanah subur dengan hasil yang sangat banyak setiap tahun. Tiba-tiba anda hendak jual tanah itu supaya anda boleh buka kedai di bandar dalam keadaan untung ruginya belum dapat dipastikan. Dalam masa yang sama anda turut menyedari bahawa perniagaan bukanlah kemahiran anda. Sebab itu saya katakan ini kerja gila.

Kembali kepada mesyuarat agung 27 Oktober lalu. Dikatakan hampir semua perwakilan KPF meluluskan usul penjualan tersebut. Tetapi, siapakah para perwakilan KPF ini?

Di setiap tanah rancangan Felda ada koperasinya. Koperasi ini menguruskan pelbagai urusan perniagaan berkaitan peneroka, termasuk membelikan baja untuk peneroka sehinggalah menjual barangan keperluan harian. Setiap koperasi ini ada ahli lembaga pengarah dan pemimpinnya.

Dan yang datang bermesyuarat pada 27 Oktober lepas adalah pemimpin-pemimpin koperasi ini, bukannya pemegang saham KPF. Sesetengah pemimpin koperasi ini ada yang sudah pun menjual semua sahamnya dalam KPF. Manakala para peneroka yang menyimpan dalam KPF tidak tahu-menahu langsung tentang mesyuarat terbabit.

Saya ada mengenali peneroka Felda yang menabung sejak usia mudanya untuk disimpan dalam KPF sehinggalah nilai sahamnya mencecah jumlah maksimum. Saya juga ada mengenali anak-anak peneroka yang membuat pinjaman besar di bank untuk digunakan bagi melabur dalam KPF. Jika mereka ini yang hadir ke mesyuarat tersebut, adakah usul penjualan Felda Holdings diluluskan semudah itu?

Kemudian datang pula cerita tentang saguhati buat peneroka Felda atas penjualan (dan kerugian) ini. Dan telah diputuskan bayaran dibuat sama rata untuk semua peneroka, tidak kira sama ada anda telah menabung seumur hidup buat menyimpan dalam KPF atau pun anda telah mengeluarkan semua wang anda daripada KPF.

Jadi, apa yang tinggal untuk peneroka Felda? Mungkin kenangan manis bagaimana suatu masa dahulu Felda berjaya mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan.

Syukurlah, sekurang-kurangnya Malaysia masih aman. Dan syukurlah sekurang-kurangnya Felda bayar zakat, bukan seperti Petronas.




Pulau Batu Putih dijual oleh pengkhianat! (LM)

Posted: 25 Nov 2013 10:17 PM PST

Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh

Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007.

Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu. 


Tiada ulasan: