WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MAT SABU MENANG?
- Najib minta bantuan PM Bangladesh tutup penipuan pilihan raya
- ANWAR HARUS KEKAL SEBAGAI KETUA UMUM
Posted: 22 Nov 2013 06:16 PM PST BETUL KE TIDAK BELUM DI PASTIKAN.MUNGKIN INI HANYA KIRAAN UNDI AWAL.SEBAB AKAN DIUMUMKAN PETANG NANTI.ADA SAHABAT POS DI FB. Mohamad Sabu - 733 undi Dato Nik Amar - 396 undi |
Najib minta bantuan PM Bangladesh tutup penipuan pilihan raya Posted: 22 Nov 2013 05:45 PM PST Najib minta bantuan PM Bangladesh tutup penipuan pilihan raya(Oleh Norasikin Samsi)KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER: Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada Perdana Menteri Bangladesh menyatakan kononnya Pakatan Rakyat mendakwa 40,000 rakyat negara itu mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13. Sebaliknya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pembentangan Bajet lalu mengelirukan Dewan Rakyat dengan berkata, Pakatan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi. "Najib sebenarnya mengelirukan Dewan. Kita dah jelaskan dan kita buat semakan sama ada wujud atau tidak kenyataan begini. "Dalam semakan kita tidak ada. Kita hanya temui tiga fakta berhubung isu penipuan pengundi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau menjelaskan, semakan Pakatan Rakyat mendapati pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak. Kedua katanya, kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa terdapat 62,000 pengundi yang diragui didaftar sebagai pemilih. Seterusnya Anwar merujuk kenyataan beliau selepas pengundian awal dengan bukti nama, kad pengenalan dan status kewarganegaraan. "Warganegara tersebut termasuk India, Bangladesh, Filipina, Indonesia. Soalan saya bagaimana orang dalam kategori warganegara ini boleh dibawa masuk sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis. "Tetapi sekarang ini, dia (Najib) lemparkan (tuduhan) dan minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan tidak ada pengundi Bangladesh mengundi di negara ini. "Mana PM Bangladesh tahu. Ini urusan dalam Malaysia dan patut dipantau oleh SPR. SPR memang terbukti berat sebelah, tidak wibawa, tidak dipercayai lagi," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Perkara ini diberitahu Najib kepada Sheikh Hasina, semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh itu di negara tersebut. Mengulas lanjut, Anwar berkata, jumlah 40,000 warga Bangladesh seperti didakwa Najib itu sebenarnya merupakan ciptaan blogger Umno. "Siapa yang kata 40,000? Ini telah dipusing oleh blogger Umno. Kenyatan kita memang ada pengundi luar dan kita buktikan dengan nama dan warganegara dalam senarai pemilih dengan merujuk kenyataan SPR. Perkara ini sekarang disahkan dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) tentang nama-nama yang dikemukakan untuk pertimbangan SPR," katanya. Tegas Anwar, perkara itu perlu diserahkan kepada pasukan bebas atau dibawa kepada RCI, bukan dicanang seperti dilakukan Najib. |
ANWAR HARUS KEKAL SEBAGAI KETUA UMUM Posted: 22 Nov 2013 03:19 PM PST JIKA JAWATAN PRESIDEN DI PERTANDINGKAN,MAKA BIARLAH IANYA DI PERTANDINGAN. DS WAN AZIZAH DIHORMATI MASYARAKAT PERMATANG PAUH KERANA BELIAU PERNAH MENJADI WAKIL RAKYAT DI KAWASAN ITU.MALAH DIAWAL GERAKAN REFORMASI DS WAN AZIZAH ADALAH TOKOH PEJUANG YANG DIHORMATI. JASA DS WAN AZIZAH TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN BEGITU SAHAJA. "Jika jawatan Ketua Umum diperlembagakan dalam parti, PKR akan berhadapan dengan RoS yang 'kejam' dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR)," kata seorang pemimpin PKR merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan. "Ini akan memaksa Anwar untuk mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya. "Jika jawatan Ketua Umum diperlembagakan dalam parti, PKR akan berhadapan dengan RoS yang 'kejam' dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR)," kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan. Sumber itu memberitahu, satu kumpulan mahu Anwar terus kekal sebagai Ketua Umum dan jawatan itu dijadikan sebagai jawatan rasmi dalam pindaan perlembagaan kali ini. Ini akan menyebabkan Dr Wan Azizah terus kekal sebagai presiden. Sementara kumpulan kedua mahu Anwar menjadi presiden parti itu dan Dr Wan Azizah direhatkan selepas sekian lama memegang pucuk pimpinan sejak Ketua Pembangkang itu dipenjarakan pada 1998. "Sesetengah pihak percaya, kedudukannya akan tergugat sebaik sahaja mengambil alih jawatan presiden kerana pada ketika ini, kedudukannya di atas semua pihak. Jika beliau menjadi presiden PKR, kedudukan Anwar akan menjadi sama taraf dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng," kata sumber itu lagi. Sementara kumpulan kedua percaya Anwar sebagai presiden PKR tidak akan menimbulkan masalah kerana PAS dan DAP sudah menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika PR berjaya menawan Putrajaya. Seorang wakil rakyat PKR memberitahu, kebanyakan ahli parti mahu melihat Anwar menjadi presiden supaya parti itu lebih mantap dan kukuh kerana jawatan Ketua Umum tidak jelas dan terikut-ikut dengan struktur parti politik di Indonesia. "Jawatan Ketua Umum dulu diwujudkan kerana selepas dibebaskan daripada penjara, Anwar mempunyai halangan undang-undang daripada memegang jawatan politik, kini halangan sudah tiada. "Jadi tiada sebab lagi untuk Anwar tidak memimpin PKR sekarang," kata wakil rakyat PKR itu dan menambah Dr Wan Azizah pernah memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan