Tukar Tiub |
- DARI MANA DATANGNYA ILMU
- NAJIB UMPAN SUAMI PERANGKAP MUSUH
- RAMPAS HARTA NEGARA
- CINTA ORANG GEMOK
- SERBAN DAN JANGGUT
- ARAH DAN GARIS POLITIK PAS
- SIAPA PUNYA KERJA
- LIM GUAN ENG DI TUDUH LAGI
- BEZANYA NEGARA ISLAM DENGAN NEGARA KAPIR
Posted: 20 Nov 2013 06:58 PM PST NOTA calon bani melayuu ke stockholm 2014 bertemu raja sweden untuk anugerah hadiah nobel perubatan berbangga sebagai bani melayu bani kafir telah gagal buat kajian bani melayu dapat ilmu dalam mimpi kah kah kah Pengamal perubatan dakwa temui penawar HIV/AIDSMACHANG 20 Nov. - Seorang pengamal perubatan tradisional, Tuan Muhammad Tuan Bongsu, 54, hari ini membuat pengakuan beliau telah menyembuhkan kira-kira 10 pesakit HIV/AIDS. Walau bagaimanapun, ubat penawar penyakit itu yang menggunakan kombinasi 30 herba belum disahkan secara saintifik oleh mana-mana institusi perubatan termasuk Kementerian Kesihatan. Begitupun, seorang daripada pesakit itu turut tampil pada sidang akhbar di kediaman Tuan Muhammad di Taman Seri Mentara di sini hari ini, bagi membuktikan dakwaan itu dengan menunjukkan keputusan pemeriksaan klinikal yang pada awalnya positif, telah bertukar kepada nonreactive atau negatif. Menurut Tuan Muhammad, kesemua herba itu antaranya daun mengkudu, daun hempedu bumi dan ginseng, telah diadun menjadi kapsul dan saling bekerjasama bertindak balas terhadap penyakit berkenaan. Bekas kontraktor itu memberitahu, beliau telah menceburi bidang perubatan tradisional secara serius sejak 2003 apabila seorang ahli keluarganya disahkan menghidap AIDS dan berazam untuk membuktikan bahawa semua penyakit ada ubatnya. "Sebenarnya kira-kira setahun sebelum itu, ada kenalan saya yang ahli keluarganya meninggal dunia kerana HIV, ekoran itu saya terpanggil untuk mengkaji dan mendapatkan teori mengenai penyakit itu. "Tiba-tiba saya diuji Allah apabila ahli keluarga saya sendiri yang menghidap HIV pada 2003. Masa itu saya benar-benar terdesak, dalam masa yang sama juga dia penagih dadah tegar. Dua masalah serentak. "Saya banyak memohon Allah memberi petunjuk dan daripada petunjuk itu, saya menemui doktor-doktor dan tabib Cina untuk lebih memahami penyakit ini dan memperkuatkan lagi teori yang saya sudah kumpul sebelum ini. Saya belajar virus dan kesannya kepada manusia, fungsi sistem tubuh manusia dan penyesuaian antara herba dan penyakit itu. "Saya menjadikan ahli keluarga saya itu sebagai eksperimen, perbaiki penawar dari semasa ke semasa, sehinggalah saya berjaya menghasilkan formulanya. "Hasilnya ahli keluarga saya itu sembuh daripada penyakit tersebut dalam tempoh tiga tahun mengambil penawar saya," dakwanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... HEBAT BANI MELAYU.... kah kah kah... kah.. KAPIR DAPAT ILMU MENGKAJI BERTAHUN TAHUN... kah kah.. kah kah...BANI MELAYU DAPAT DENGAN MIMPI DAN DOA... kah kah.. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MANA DIA PERSATUAN PROFESOR.... kah kah kah.. kah kah kah..JEMPUT LAAA MAMAT NI JADI AHLI BERSEKUTU... kah kah woit..MAMAT NI WAJIB DI KAWAL.... kah kah kah... kah kah kah...TAKUT DI CULIK OLEH KOMPENI YAHUDI... kah kah kah kah kah kah...NANTI MOSANTO NGAP DIA.... kah kah kah -------- |
NAJIB UMPAN SUAMI PERANGKAP MUSUH Posted: 20 Nov 2013 06:09 PM PST Isu jet Rosmah: Muhyiddin sedang diperangkap?Dalam perkembangan yang semakin membingungkan orang ramai berhubung isu penggunaan jet eksekutif yang membawa Rosmah Mansor ( gambar) dalam lawatan ke Qatar baru-baru ini, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mendedahkan bahawa lawatan ke Qatar itu adalah atas jemputan peribadi dan bukannya urusan rasmi yang melibatkan kerajaan. Pendedahan ini, jika benar, secara automatik menolak hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim sebelum ini yang mengatakan lawatan Rosmah ke Qatar itu adalah atas jemputan kerajaan negara Arab itu dan membawa banyak faedah kepada negara. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...INI BETUL LAWAK.... kah kah kah... kah kah kah... MUHYIDDIN KENA PERANGKAP.... kah kah kah... kah kah kah...UMPAN NYA ANAK BADAK..... kah kah kah... kah kah kah...KAH KAH KAH.... kah kah kah.... kah kah kah...MUSTAHIL MUHYIDDIN TAK NAMPAK.... kah kah kah.. kah kah kah.... ANAK BADAK MEMBUKIT DEPAN MATA..... kah kah kah JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG woit...BIJAK NAJIB INI....kah kah kah kah kah kah... SERAMPANG DUA MATA.... kah kah kah.... kah kah kah ....HULURKAN BINI JADI UMPAN.... kah kah kah... kah kah kah... KEMUDIAN TIBAI MUHYIDDIN.... kah kah kah.... kah kah kah.... TAPI APA PERANAN PURTAN?.... kah kah kah NOTA tahukan anda apa itu purtan kah kah kah kah kah -------- |
Posted: 20 Nov 2013 05:00 PM PST KENYATAAN AKHBAR MP ALOR SETAR GOOI HSIAO LEUNG MENGENAI USUL SEGERA YANG TELAH DIKEMUKAKAN KE ATAS ISU PENYAHSENARAI KELUAR BERNAS DARIPADA BURSA MALAYSIA - 20 Nov 2013 Semalam semasa perbahasan peringkat jawatankuasa bajet 2014 bagi Kementerian Pertanian, saya telah membangkitkan isu pelaksanaan aktiviti korporat BERNAS untuk menyahsenarai keluar daripada Bursa Malaysia, dan telah meminta Kementerian Pertanian menjawab mengapa kerajaan tidak menggunakan "golden share" ataupun hak di bawah Perjanjian Penswastaan yang ditandatangani dengan BERNAS pada 18hb Januari 1996 yang memberikan kerajaan hak veto untuk menghalang pelaksanaan aktiviti korporat BERNAS demi kepentingan negara dan keselamatan Malaysia. BERNAS memainkan peranan negara yang kritikal dalam industri beras dengan tanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan makanan utama negara (kini mengawal 24% pasaran padi, dan 45% permintaan beras tempatan), dan juga tanggungjawab social dengan bertindak sebagai pembeli terakhir bagi petani padi pada harga lantai yang ditentukan oleh kerajaan. Hari ini, BERNAS yang memiliki monopoli pengimportan beras mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM1.67 bilion dengan pendapatan hasil sebanyak RM3.63 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM165 juta pada tahun 2012. Pendapatan ini diramalkan akan semakin meningkat setiap tahun di bawah kepimpinan Syed Mokhtar Al- Bulkhary, dengan jaringan syarikat-syarikat beliau yang memegang lebih daripada 83 peratus saham BERNAS. Dengan hak monopoli industri beras yang dipegang oleh BERNAS, orang awam menjadi amat bimbang sekiranya BERNAS berjaya menyahsenarai, ia boleh jatuh ke tangan individu persendirian, contohnya dalam kes ini, Syed Mokhtar Al-Bulkhary, melalui jaringan syarikat-syarikat dia. Selepas penyahsenaraian BERNAS, ia tidak lagi tertakluk kepada peraturan-peraturan Suruhanjaya Sekuriti atas akauntabiliti dan ketelusan yang ketat - tidak akan ada apa-apa keperluan untuk mematuhi peraturan ketat ke atas laporan kewangan, peruntukan kewangan, aktiviti korporat, pelupusan atau penstrukturan semula pegangan saham, ini termasuk penjualan BERNAS kepada mana-mana entiti milikan asing. Dalam penggulungan ucapan Timbalan Menteri Pertanian lewat semalam, beliau tidak mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap urusan BERNAS, sebaliknya beliau hanya menimbulkan persoalan yang lebih serius daripada kalangan orang ramai, dan seterusnya menimbulkan keperluan untuk mendebatkan isu ini serta-merta di Parlimen mengenai isu BERNAS. YB Dato' Tajuddin Bin Abdul Rahman telah memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan memang bimbang dengan penyahsenarai BERNAS tetapi beliau tidak menyatakan dengan jelas pandangan kerajaan ke atas penyahsenaraian BERNAS, sama ada kerajaan menyokong ataupun menentang langkah penyahsenaraian BERNAS. Beliau juga tidak menjelaskan apa langkah-langkah yang sedang diambil untuk rapat meneliti penyahsenaraian BERNAS. Timbalan Menteri telahpun mendedahkan rancangan BERNAS untuk menjalani proses konsolidasi selepas penyahsenaraian yang tersebut, dan selepas itu BERNAS akan menyenaraikan semula lagi - suatu fakta yang kemudian beliau mengata tidak dapat disahkan sama ada benar ataupun sebaliknya. Ini menimbulkan soalan lanjut mengenai niat sebenar penyahsenaraian ini - sama ada ia adalah dirancangkan untuk mengkayakan kroni-kroni BN UMNO. Memandangkan jawapan Timbalan Menteri yang tidak memuaskan dan tidak boleh diterima, saya telah mengemukakan Usul Segera kepada Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat pagi ini dengan harapan bahawa soalan-soalan yang penting ini dapat dibahaskan dengan sepenuhnya demi kepentingan negara dan keselamatan makanan di Malaysia sebelum ia terlalu lewat untuk menterbalikkan penyahsenarian ini. Gooi Hsiao Leung Ahli Parlimen ALOR SETAR Naib Pengerusi Kedah PKR --------- |
Posted: 20 Nov 2013 07:00 AM PST Shahidan sekali lagi pertahankan RosmahKAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...TAK SANGKA ABANG SHAHIDAN MINAT YG GEMOK... kah kah kah.. kah kah kah...DAH LUPA KE KEKASIH LAMA?.... kah kah kah.. kah kah kah... DAH BERALIH TASTE KE?... kah kah kah... kah kah kah... MASA DI UM MINAT LEMBU.... kah kah kah.. kah kah kah... SEKARANG MINAT BADAK.... kah kah kah.. NOTA mana cinta sejati you kah kah kah ------------ |
Posted: 20 Nov 2013 06:00 AM PST MENCARI HASAN MALEK SERBAN DAN JANGGUT TT, Setakat berserban dan berjubah tu belum pasti sejauhmana kealiman mereka. Rasanya kalau Guan Eng atau Lim Hong Siang dicampakkan hidayah Islam kedada mereka, kemungkinan mereka lebih baik dalam berilmu dan beramal. Bertudung labuh waima berhijab tinggal 2 bijik mata tu pun tidaklah boleh diukur kemampuan kesolehan mereka. Mungkin kalau Hannah Yeoh dapat hidayah, dia tentu lebih baik dari ahli PAS totok. Walak tak tentu kalu pun pelik jugak. Nabi sendiri lebih selesa dan bersahaja. Layan semua sama bahkan bila Abu Bakar bertanya siapa yang lebih baik antara dia dan Umar, Nabi menjawab Umar..antara dia dan Othman pun nabi masih menjawab Othman. Jadinya tak payah nak beralim sangat sebelum menetapkan yang tuan-tuan tu tergolong dalam senarai ulamak. PAS semakin cac marba dengan agenda alim ulamak sehingga menidakkan kekuatan Mad Sabu dan sumbangan Mad Sabu dalam mengukuhkan parti Islam 1 Malaysia. Janganlah menganggap tuan-tuan tu semua dah hebat dalam berpolitik. Apalah on ARAH DAN GARIS POLITIK PAS Publish | Delete | Spam Qaseh Bonda on 11/20/13 --------- |
Posted: 19 Nov 2013 09:00 PM PST UCAPAN SERLAMAT BERMUKTAMAR DARI PEMBACA TUKAR TIUB PERJUANGAN DAN GARIS POLITIK Mukatamar PAS ke 59 kali ini bukan hanya diperhatikan rapi oleh warga Malaysia sahaja malah bekas rakan sakerja Edward Snowden dalam National Security Agency di Amerika (NSA) dan Goverment Communication Headquaters (GCHQ)di England turut sibuk merakamkan apa yang sedang berlaku. Keputusan pemilihan pucuk pimpiann PAS kali ini bukan hanya mempengaruhi arah politik Malaysia malah ianya juga akan mempengaruh ASEAN dan Asia Tenggara. Ahli PAS yang akan mengundi dimuktamar kali ini berpeluang memilih pucuk pimpinan dari dua jalur atau dua garis politik. Media milik gerombolan United Malays National Organisation dan suku sakatnya mentakrif dua garis ini sebagai kumpulan Ulamak dan kumpulan Erdorgan. Sesekali 'Erdorgan' ini dikatakan juga kumpulan professional. Sebenarnya ini nama-nama ini hanya 'papan tanda' untuk mengelompokkan agar dapat diberi tanda. Ketika Ku Li melawan Mahathir dulu dikatakan wujud Tim A dan Tim B dalam United Malays National Organisation. Sebenarnya ada dua garis yang jelas yang diwakili oleh Ku Li atau Mahathir walau pun media tidak menerangkan secara tuntas. Nama diberi untuk memudahkan media membuat kerja. Dalam PAS memang wujud kumpulan yang dipanggil Ulamak. Dalam bahasa Arab ulamak membawa erti pemikir atau intelektual. Alim ertinya berilmu pengetahuan. Di Malaysia ini dua perkataan Arab ini telah disakralkan dan hanya diasosiasi dengan Agama. Wal hal alim dan ulamak ini adalah untuk sesiapa sahaja yang memiliki daya fikrah yang kritikal dalam bidang keilmuan masing masing tidak samestinya hanya agama. Erdorgan pula ialan ikutan nama Perdana Menteri Turki yang bukan ulamak yang berjaya memimpin Turki dengan garis politik Islam. Nama ini muncul di Malaysia kerana gulungan yang dikatakan kumpulan Erdorgan adalah gulungan professional bukan guru agama, bukan lulusan pondok, tidak berserban, tidak berjubah dan tidak berjanggut panjang. Jauh sekali hidup mencari makan dengan menjual air jampi. Kadang kala kumpulan Erdorgan ini dipanggil Anwarista. Jika perkataan Anwarista atau Anwarisna saperti dalam ucapan Zul Nordin maka kita tahu dibelakang sebutan ini ada niat tidak baik. Anwarista ini digunakan untuk menggambarkan para pemimpin PAS ini sebagai macai kepada Anwar Ibrahim. Disebalik jenama ini sebenarnya ada garis politik yang amat jelas. Garis politik inilah yang wajib kita ketahui untuk memahami apakah tanda dan makna Muktamar PAS kali ini. Muhamad Sabu a.k.a Mat Sabu dan Nik Amar yang merebut jawatan Timbalan Presiden PAS adalah manifestasi dari dua garis politik yang amat jauh berbeza. Dua sosok ini membawa dua pendekatan politik yang berlainan. Apa yang membezakan mereka ialah cara mereka melihat dan mentafsir Islam dalam konteks realpolitik Malaysia dan dalam konteks realpolitik dunia kontemperori. Umum mengetahui bagaimana kumpulan Ulamak ini telah bersidang tidak berapa lama dahulu. Hasil persidangan ini satu ketetapan telah diluluskan. Mengikut ketetapan ini para Ulamak meminta parti PAS menilai kembali hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat. Menilai kembali ini bermakna telah wujud perasaan TIDAK puas hati dikalangan alim ulamak dalam hal perserikatan kerjasama dengan Parti Kedailan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik. Apa yang menimbulkan ketidak puas hatian ini tidak pula jelas. Yang diumumkan kepada orang ramai hanyalah ulamak mahu ' menilai kembali' kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Untuk yang arif politik - melintas Mat Bangla didepan mata telah diketahui sama ada pendatang haram atau tidak. Justeru, ketetapan dari persidangan ulamak ini bermakna ada jalur dalam parti PAS yang tidak mahu terus bersama dalam Pakatan Rakyat. Garis Ulamak ini menolak usaha menggalang barisan bersatu untuk menjatuhkan United Malays National Organsiation dan kuncu-kuncunya. Terlulusnya ketetapan ini bermakna garis politk para ulama PAS ialah menentang kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Dalam bahasa anak muda yang cool - PAS nak blah dari Pakatan Rakyat. Justeru garis PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat ini menjadi mistos umum apabila pemerhati politik membincangkan Muktamar PAS kali ini. Umum juga telah mengetahui bagaimana secara terbuka Nik Amar sendiri mengakui bahawa dirinya adalah 'seorang ulamak'. Justeru Nik Amar dianggap mewakili dan membawa garis ulamak dalam mukatmar PAS kali ini. Manakala Mat Sabu dalam ceramahnya telah berkali-kali berkata bahawa "... apabila PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan taklok PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman.." Ucapan Mat Sabu ini jelas memperlihatkan bahawa garis politik yang dibawa oleh Mat Sabu ini ialah garis politik yang bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Mat Sabu memahami realpolitik Malaysia. Dalam politik pilihanraya – satu warga satu undi – tidak ada jalan lain untuk mengambil alih kuasa melainkan bekerja sama dengan kumpulan yang bukan dari Parti PAS. Ikatan kerjasama ini dari pandangan Mat Sabu telah memberi kejayaan dalam tahun 1999, 2004, 2008 dan dalam PRU13 yang baru selesai. Hanya dengan bekerja sama dengan parti-parti yang bukan dari bakul Ketuanan Melayu barulah PAS mendapat kejayaan. Malah di Selangor kemenangan PAS yang amat cemerlang itu adalah hasil dari kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Apakah perlawanan antara Mat Sabu dan Nik Amar ini membawa makna Mat Sabu menentang ulamak? Dalam konteks Mat Sabu dan Ulamak – ianya satu yang pelik yang sukar untuk dipercayai. Sejarah masih belum merakamkan secara tuntas tentang konsep kepimpinan ulamak dalam PAS. Tidak ramai yang mengetahui bahawa konsep ini adalah hasil dari gerakan Mat Sabu dan kawan-kawan yang telah melihat kejayaan Revolusi Iran 1979. Ketika konsep 'Kepimpinan Ulamak' ini diajukan Mat Sabu sedang bergerak aktif dalam Pemuda PAS. Apakah para ulamak tidak melihat realpolitik dimana Malaysia ini sebuah negara majmuk – berbilang bangsa dan agama. Malah dalam kumpulan penganut Islam itu sendiri tidak semua yang berkad pengenalan Islam bersetuju dengan apa yang cuba dibawa dan dilakukan oleh kumpulan ulamak ini. Jawabnya: para alim ulamak ini melihat realpolitik ini. Tetapi kefahamam politik dan analisa politik mereka tidak memasukan ekonomi dan kelas sebagai asas politik. Gerakan parti politik bertujuan untuk mengambil kuasa. Dengan memenangi kuasa maka punca-punca ekonomi boleh dimiliki. Dengan memiliki punca ekonomi maka barulah dapat dilaksankan satu sistem ekonomi yang berkemungkinan melahirkan Negara Berkebajikan. Tanpa kuasa politik tidak ada kuasa ekonomi. Tanpa kuasa ekonomi tidak ada satu habuk. Yang ada hanya selipar Jepun dan kain cukin. Ini difahami jelas oleh Mat Sabu. Tetapi agak kabur dalam pandangan mata para ulamak. Justeru kita melihat bagaimana akhbar Utusan Malaysia berhempas pulas cuba menimbul ajenda hudud, isu Shiah, isu Allah – semua ini bertujuan untuk memerangkap ahli PAS agar gagal memahami ekonomi sebagai asas politik. Niat dan cita-cita Utusan ini cukup jelas. Selagi PAS bersama Pakatan Rakyat maka kesehatan parti Ketuanan Melayu ini akan terus merudum menuju ke liang lahad. Dalam realpolitik kuasa United Malays Natiopnal Organsiation telah lupus. Yang membolehkan gerombolan ini terus berkuasa hanyalah melalui kuasa Polis, Special Branch atau kuasa mahkamah. Sebanyak 52% rakyat Malaysia tidak lagi menyokong United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Apakah para ulama tidak melihat ini? Jawabnya : Ada melihat dan ada tidak. Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini ialah melimpah dengan kekayaan hasil bumi. Sayangnya kekayaan negara Islam ini disaluti dengan kebebalan fikrah warganya. Tidak ada yang alim dan tidak ada yang ulamak. Para alim dan ulamak ini hanya tinggal nama sahaja. Mengikut Mat Sabu gerakan Islam hari ini masih lagi ditahap 'takfiri'. Masih lagi membincangkan apa yang suci dan apa yang haram. Masih lagi menuduh siapa kafir dan siapa boleh masuk syurga. Islam gagal untuk mengajukan satu sistem sosial yang berkebajikan. Wal hal hampir tiga suku ayat-ayat dalam Quran ialah tentang kebajikan umat manusia. Samenjak tahun lalu mimpi berahi United Malays National Organisation dan Utusan Malaysia ialah kekalahan Mat Sabu. Gerombolan Ketuanan Melayu bermimpi sambil merancang agar parti PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Jika semua ini gagal, parti Ketuanan Melayu beharap PAS akan kembali menjadi parti ' takfiri' yang akan menuduh sesiapa sahaja sebagai kafir dan musuh Islam. Gerombolan Ketuanan Melayu berharap PAS akan menjadi parti politik yang kerjanya hanya mengeluarkan fatwa fatwi untuk menghukum dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang dianggap tidak bersetuju dengan garis politik PAS. Bila ini berlaku maka anak muda akan lari lintang pukang mejauhi PAS. Bukan takut dengan PAS tapi menyampah dengan parti kolot yang menggangu hidup mereka. Jika ini terjadi maka jaringan luas yang wujud hari ini dari anak semua bangsa dan dari agama semua kaum yang menyokong PAS akan kendur. Inilah yang dikatakan oleh Mat Sabu ' wilayah taklok PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman'. Maka akan bergumbiralah ahli United Malays National Organisation kerana mereka boleh merompak harta negara tanpa sekatan. Setakat ini Utusan Malaysia akhbar milik parti Ketuanan Melayu sedang berkempen memutar alam. Tapi ahli PAS yang akan bersidang ke Muktamar telah dewasa. Setitik dakwat Utusan telah diketahui jantan betinanya. ( TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terkini sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92- 21-10 -45 ---------- |
Posted: 19 Nov 2013 08:42 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB dunia tahu kerajaan najib hari ini adalah kerajaan haram pakatan rakyat mendapat 52% undi rakyat united malays national organisation menang dengan cara tipu undi mat bangla undi hantu undi awal dakwat kekal yang tidak kekal dan kini saheh terbukti ramai pendatang haram telah diberi kad pengenalan untuk mengundi united malays national organisation ini diakui oleh jabatan pendaftaran negara pilihan raya adalah satu penipuan yang diatur pilihan raya disusun untuk memastikan gerombolan ketuanan melayu menang PRU14? jangan mimpi akan ada berlaku perubahan mustathil jangan angan angan persempadan semula sedang diatur malah pru14 mungkin banyak kerusi pakatan akan gugur SEBUAH BUKU HISHAMUDDIN RAIS APA DIA GILA? gila ialah melakukan sesuatu berulang kali dengan harapan ianya membawa hasil yang berbeza NOTA i rest may case me lord kah kah kah Ahli Parlimen BN desak kerajaan jelaskan "Unit Khas Sabah" yang keluarkan MyKadPutrajaya perlu memanggil semua warga asing Sabah memiliki MyKad melalui saluran rahsia Unit Khas Sabah yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata ahli parlimen Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau, berkata tiada yang tahu operasi unit itu kerana ia terlalu rahsia. "MyKad diberikan oleh Unit Khas Sabah yang ditubuhkan di bawah JPN, sebuah agensi kerajaan persekutuan. "Mesyuarat kedua Parlimen kali ini, saya bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai kewujudan unit khas ini dan mereka mengesahkannya namun kami masih belum mengetahui kaedah operasinya, malah tiada jawapan yang memuaskan berhubung isu ini," katanya kepada The Malaysian Insider.MAKAN NASI JANGAN ------- MAKAN DEDAK |
Posted: 19 Nov 2013 08:00 PM PST DARI FACE BOOK Aduhai, alangkah banyaknya macai2 Umno di dalam PAS. Semalam aku nampak di Pulau Pinang. PERMATANG PAUH 19 Nov. - Kontroversi baharu melanda pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang apabila parti sekutu, Pas secara terbuka mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi. Ancaman daripada Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang itu dikemukakan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya negeri, Muhammad Fauzi Yusoff di sini hari ini selepas beberapa surat yang dihantar kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mendapat jawapan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... ADA TUDUHAN BARU.... kah kah kah... kah kah kah... DULU TUDUH LIM GUAN ENG KAPIR HARBI.... kah kah kah.. kah kah kah... SEKARANG TUDUH LIM GUANG ENG SHIAH.... kah kah kah --------- |
BEZANYA NEGARA ISLAM DENGAN NEGARA KAPIR Posted: 19 Nov 2013 07:30 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB sila baca berita dibawah seorang menteri dalam kerajaan britain telah letak jawatan dan di dakwa di mahkamah kerana apa? kerana buat klim belanja di parlimen hukuman akan dijatuhkan minggu depan bekas menteri ini kapir dia makan bacon dan babi dia minum arak dan wine dia tak sembahyang dia tak puasa dia tak pergi umrah dia tak naik haji tetapi bila tuduhan sampai dia letak jawatan di malaysia yang menterinya tunggang tunggit yang menterinya turun naik ke saudi arabia yang mulut berbuih buih mengakui negara islam mustahil kes salah guna kuasa macam ini akan didakwa nijib terlibat kes bunuh rais yatim terlibat kes rogol muhyiddin terlibat kes tipu tanah zahid hamidi terlibat kes pukul shahrizat terlibat kes tipu duit semua buat sibuk mengaku islam semua tunggang tunggit hampeh satu dakwaan pun tak ada NOTA semua ketetapan tuhan kah kah kah kah kah kah Denis MacShane pleads guilty to expenses fraudThe former Labour minister Denis MacShane has admitted filing nearly £13,000 of bogus parliamentary expenses. The ex-MP pleaded guilty on Monday to false accounting by entering fake receipts for £12,900 for "research and translation" services. He used the money to fund trips to Europe, including one to judge a literary competition in Paris. |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan