Rabu, 20 November 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


PAS perlukan kombinasi ulamak profesional (20/11/13)

Posted: 19 Nov 2013 11:36 PM PST


Tidak.
Tiada pertembungan antara ulamak dan professional dalam PAS pada Muktamarnya kali ini.

Kerana PAS adalah sebuah gerakan Islam yang terkandung di dalamnya ahli dari berbagai disiplin dan latarbelakang. Ulamak khasnya yang berpendidikan agama samada dari luar Negara atau tempatan, mereka yang lulusan pendidikan tinggi dari dalam atau luar Negara yang tidak berlatarbelakangkan pengajian Islam, mereka yang memiliki kominasi keduanya, mereka yang berpendidikan sederhana, orang kebanyakkan, peniaga kecil dan besar, petani, peneroka, nelayan,  kakitangan kerajaan dan swasta, mereka semua ini mewakili ahli-ahli PAS di semua peringkat.
PAS adalah sebuah gerakan Islam lantas cenderung dan mendukung Kepimpinan Ulamak adalah sesuatu yang "natural" atau lumrah dalam parti. Kerana itu bagi saya semua dalam PAS seadanya selesa dengan "Kepimpinan Ulamak", lebih-lebih lagi rata-rata ahli-ahli PAS melalui proses tarbiyah dari peringkat akar umbi, kesemuanya di bawah tangan ulamak.

Isunya di sini adalah pertandingan jawatan tertinggi peringkat parti.
Amalan membenarkan pertandingan dari kalangan ahli-ahli yang kawasan-kawasan fikirkan layak. Lalu apabila berlaku tahun pemilihan maka tercetuslah pertandingan menurut kehendak kawasan-kawasan.

Bagi jawatan Presiden contohnya, rata-rata kawasan menerima dan mengiktiraf sekali lagi Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang yang kebetulan dari kelompok ulamak sebagai pemimpin nombor satu parti.
Kali ini bagi jawatan nombor dua dan nombor tiga serta ahli-ahli jawatankuasa Agung akan berlaku pertandingan. Maka biarlah bertanding, pokoknya kita mahu cari yang terbaik antara yang baik-baik. Semuanya mahu kepada Islam, semuanya punya cita-cita menegakkan Negara Islam, jika tidak bukan tempatnya mereka berada dalam PAS.

Mungkin kelihatan samada secara terancang ataupun tidak kewujudan dua kelompok dalam pertandingan kali ini. Bagi saya dua tiga atau berapa puluh sekalipun ianya tidak menjadi masalah asalkan proses kempen dan pemilihan berjalan menurut tertib yang telah diputuskan paling penting akhlak dan syaksiyah Islam terpelihara.
Lalu dilontarkanlah kononnya dalam pemilihan kali ini berlaku pertandingan antara golongan Ulamak vs Profesional.

Betulkah begitu?
Adakah kerana calon-calon bagi jawatan nombor dua seorang ulamak dan seorang bukan ulamak lalu kita label ia pertandingan Ulamak vs Profesional? Memang yang berlawan kebetulan seorang ulamak dan seorang bukan ulamak, lantas kalau mahu dilabel begitu, begitulah. Anehnya dalam pemilihan sebelum ini apabila dua ulamak bertanding melawan seorang bukan ulamak, tidak pula dipanggil Ulamak vs Profesional.

Apa pun kali ini secara jujur memang kelihatan wujud dua kumpulan tetapi ia bukan Ulamak vs Profesional sebab masing-masing kumpulan kelihatan mempunyai calon campuran dari kedua-duanya, mungkin satu lebih dari yang lain tetapi untuk menyatakan ia mutlak Ulamak vs Profesional adalah tidak benar.
Dalam blog ini sebelumnya saya sudah pun menyatakan kecenderungan saya.Saya senang jika Ustaz Dato Nik Amar diangkat sebagai Timbalan Presiden begitu juga Dato Tuan Ibrahim serta Salahuddin Ayub sebagai Naib-naib. Jika sebelum ini saya tiada pilihan untuk ketiga, setelah diamat-amati saya memilih Ustaz Dato Abu Bakar Chik sebagai Naib ketiga, bukankah itu campuran Ulamak dan Profesional?

Bagi AJK Pusat pula saya cenderung dengan: YB Ustaz Nasruddin Hassan, YB Ustaz Nik Abduh, YB Tuan Hj Iskandar Samad, YB Dato Ir Amiruddin, YB Dr Khairuddin Takiri, YB Ustaz Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Dr Rosni Adam, Ustaz Zaharuddin Mohamad, Dr Riduan Mohd Nor, Dr Muhaimin Sulam, YB Ustaz Abdullah Hussin, Ustaz Nik Zawawi, Ustaz Mokhtar Senik, Hj Razman Zakaria, Ustazah Nuridah Salleh, Mohd Suhaimi Embong dan Ustaz Norazli Musa.
Kecenderungan saya jelas kombinasi mantap Ulamak dan Profesional, masing-masing teguh mendukung Kepimpinan Ulamak dan sedia membawa arus perubahan dalam PAS menurut cita-cita perjuangannya yang ada. Siapa yang berkongsi cenderung boleh terima yang tidak boleh "Kekal" terpulanglah.

Saya yakin apa pun kesudahan pemilihan ini kelak, keputusan akhirnya nanti akan diterima oleh semua dengan hati yang lapang dan terbuka khasnya oleh yang menang dan kalah. PAS kita doa siapa pun menang kekal sebagai sebuah parti Islam tidak berganjak dan terus kukuh berada di atas landasan mengejar cita-cita dan matlamat perjuangan yang jelas termaktub dalam perlembagaannya.
Takbir.

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan: