RAKYAT MARHAEN |
- Witness: Typhoon Haiyan 'was incredibly intense'
- High death count feared in Philippines
- Typhoon Haiyan stronger than Katrina and Sandy combined
- Jawapan UAI Tentang Hukum "Zikir Menari"
- Hukum Tidur Dengan 'Tomboy' - Ustaz Azhar Idrus
- Pergi KULIAH Dengan MEREMPIT, Kalau MATI Kira Macamana? - Ustaz Azhar Idrus
- Takut Belajar Ilmu Akhirat, Takut ALLAH Marah Kalau Tak Amal - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Jual Pakaian Secara Bergambar Melalui Internet - Ustaz Azhar Idrus
- Malaysia Aman: Bayi warga Britain dilarikan di depan rumahnya
- Mohamad vs Mohd: Why should anyone care about the PAS elections?
- Muktamar 59: Saingan sengit isi kerusi Timbalan, Naib Presiden
- Muktamar 59: Ahli PAS yang rugi bila terpaksa memilih calon kurang popular untuk timbalan presiden
- Utusan UMNO Aka Suara UG: Mat Sabu dicabar ulama
- Pakatan, wake up!
- Muktamar 59: ‘Tak semua yang kalah dibenci’
- Muktamar 59: Mat Sabu perlu menang demi hubungan politik PR
- Mahathir mahu saya mati, saya berdoa Mahathir hidup
- Ilham Centre berusaha bawa “iklim” politik kajian di Malaysia
- Gila Talak: Umno Pulau Pinang cadang kajian oleh badan bebas untuk gabung Umno dan PAS
- Taikun bayar denda RM200 juta dalam operasi Bank Negara terhadap penghantaran wang haram
- Tarif Letrik Naik: Berita ceria kepada pengundi UMNO@BN PRU13
- Rakyat Dah Kena Kencing: Dr Ling boleh tidur lena, kerajaan UMNO@BN tidak buat rayuan kes PKFZ
- Muktamar 59: Dua Mohd bertembung untuk timbalan presiden PAS
- Muktamar PAS medan perkukuh tahaluf siyasi
- Muktamar 59: Legasi baru untuk Pemuda PAS?
Witness: Typhoon Haiyan 'was incredibly intense' Posted: 08 Nov 2013 07:09 PM PST | ||
High death count feared in Philippines Posted: 08 Nov 2013 07:07 PM PST | ||
Typhoon Haiyan stronger than Katrina and Sandy combined Posted: 08 Nov 2013 07:06 PM PST | ||
Jawapan UAI Tentang Hukum "Zikir Menari" Posted: 08 Nov 2013 07:04 PM PST | ||
Hukum Tidur Dengan 'Tomboy' - Ustaz Azhar Idrus Posted: 08 Nov 2013 07:02 PM PST | ||
Pergi KULIAH Dengan MEREMPIT, Kalau MATI Kira Macamana? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 08 Nov 2013 07:00 PM PST | ||
Takut Belajar Ilmu Akhirat, Takut ALLAH Marah Kalau Tak Amal - Ustaz Azhar Idrus Posted: 08 Nov 2013 07:00 PM PST | ||
Hukum Jual Pakaian Secara Bergambar Melalui Internet - Ustaz Azhar Idrus Posted: 08 Nov 2013 06:59 PM PST | ||
Malaysia Aman: Bayi warga Britain dilarikan di depan rumahnya Posted: 08 Nov 2013 06:55 PM PST Seorang bayi lelaki warga Britain berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dikenali sebagai Freddie Joseph dipercayai dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka. "Ketika kejadian pukul 6.10 petang itu, ibunya Sarah Joseph berusia 38 tahun yang masuk sekejap ke rumah terdengar bunyi bising di luar lalu keluar semula untuk melihat apa yang berlaku. "Dia yang ternampak seorang lelaki cuba melarikan anaknya terus menerpa ke arah lelaki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya itu sambil menjerit meminta tolong sehingga berlaku pergelutan," katanya dalam satu sidang media di ibunegara. Akibat daripada pergelutan itu, ibu bayi berkenaan mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan, katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mohamad vs Mohd: Why should anyone care about the PAS elections? Posted: 08 Nov 2013 06:52 PM PST Who was that again? This was the response from a Selangor-based national PKR leader when told that Datuk Mohd Amar Nik Abdullah would be the sole challenger to Mohamad Sabu, PAS's incumbent deputy chief. This article, however, is not meant to deride Mohd Amar, who is Kelantan deputy menteri besar, or in anyway lobby for Mohamad. The 58-year-old Islamist party is the largest component in Pakatan Rakyat (PR) in terms of membership. It also has hopes of replacing Umno as the party that represents Malay-Muslims as seen in its slogan "PAS ganti Umno". If PR manages to one day rule the country, PAS as the dominant Malay-Muslim party will have a crucial voice in determining government policies and the country's direction. So, the PAS deputy president is expected to be a leader with intelligence and charisma who is comfortable on the national stage and also with all Malaysian communities. Who fills the post of deputy president and the make up of the party's central committee will also determine whether the party goes back to becoming inward-looking and conservative or whether it continues to reach out to a larger pluralistic audience. Also of importance is whether the new leadership continues to stay the course with PR, seeing as how there have been rumblings after the May 5 elections from certain leaders who wanted PAS to reconsider its relationship in the coalition. Mohd Hisomudin Bakar of the independent think tank, Ilham Centre, believes that delegates who will vote for the post of deputy chief and 18 members of the party's central working committee (CWC) are looking for leaders with vision. "They want leaders who can plan, who can chart a direction for the party to take it to the next level," said Hisomudin. Going by the results of PAS's kawasan annual general meetings (PAS's version of divisions), Hisomudin believes that the party's grassroots want their delegates to make rational, practical choices for the CWC and the senior posts. Read More / Baca Lagi >> | ||
Muktamar 59: Saingan sengit isi kerusi Timbalan, Naib Presiden Posted: 08 Nov 2013 06:43 PM PST KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan dewan-dewan bagi penggal 2013-2015, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi. Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon bertahan, Mohamad Sabu yang akan dicabar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Sementara itu, kerusi Naib Presiden pula menggamit pertandingan lima penjuru. Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan berdepan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik. Seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK PAS Pusat. Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, tiga pencalonan disahkan iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif. Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu. Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua. Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda. Bagi Dewan Muslimat PAS, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan di dalam muktamar. Ketua Dewan Muslimat pula memperlihatkan pertandingan antara Ustazah Nuridah Salleh dan penyandang, Siti Zailah Mohd Yusof. Sementara jawatan Timbalan Ketua Muslimat yang kini disandang Dr Siti Mariah Mahmud akan dicabar oleh Dr Najihatussalehah Ahmad. Calon bertahan bagi kerusi Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi pula akan dicabar oleh Dr Rosni Adam manakala 23 calon bertanding untuk mengisi AJK Dewan Muslimat. Tiga jawatan utama Dewan Ulama PAS Pusat telah dimenangi tanpa bertanding. Mereka ialah Ketua, Datuk Ustaz Harun Taib, Timbalan Ketua, Datuk Ustaz Ahmad Yakob dan Naib Ketua, Datuk Dr Mahfodz Mohamad. Ustaz Hamdan Mohamad dipilih sebagai Pengerusi Tetap manakala pelantikan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan dalam muktamar. Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini yang akan diadakan di Shah Alam bermula 20 November ini. | ||
Muktamar 59: Ahli PAS yang rugi bila terpaksa memilih calon kurang popular untuk timbalan presiden Posted: 08 Nov 2013 06:39 PM PST oleh Zulkifli Sulong Pihak paling rugi apabila berlaku pertembungan antara Mohamad Sabu dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk jawatan timbalan presiden PAS adalah ahli PAS keseluruhannya. Ini kerana, pilihan utama mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa tidak menyertai pertandingan itu. Mereka hanya dapat memilih di kalangan kurang popular sahaja padahal mereka perlu menentukan orang nombor dua dalam parti Islam itu. Tuan Ibrahim dan Husam semalam, menjelang tarikh tutup pengesahan pertandingan parti pada 5 November, mengumumkan mereka hanya akan bertanding jawatan naib presiden dan menolak untuk bertanding timbalan presiden. Husam pula dikatakan mendapat pencalonan kedua terbanyak. Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum. Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan sahaja. Dalam poll yang dibuat sebuah laman pro PAS, Tranungkite.net, Tuan Ibrahim menjadi calon paling popular di kalangan ahli PAS manakala Husam ditempat kedua. Keputusan ini selari dengan peratusan pencalonan yang mereka terima. Menurut poll itu, Mohamad berada di tempat ketiga manakala Nik Amar tempat keempat selepas seorang lagi calon Salahudin Ayub yang sejak awal mengumumkan hanya bertanding bagi jawatan naib presiden sahaja. Tuan Ibrahim ketika mengumumkan hanya menerima pencalonan untuk naib presiden berkata, berasa tidak mampu untuk memikul jawatan yang lebih tinggi daripada itu. Husam pula dalam kenyataannya berkata, pencalonan paling banyak yang beliau terima adalah untuk jawatan naib presiden. "Saya anggap ia adalah isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka ingin saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Utusan UMNO Aka Suara UG: Mat Sabu dicabar ulama Posted: 08 Nov 2013 06:08 PM PST Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dilihat bakal berdepan cabaran getir daripada Mohd. Amar yang dicanangkan sebagai mewakili kepimpinan ulama. Tiga pemimpin Pas yang turut dicalonkan untuk jawatan nombor dua parti iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub serta Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan menarik diri. Husam memilih untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden manakala dua lagi rakan sejawatannya, Salahuddin dan Datuk Mahfuz Omar berkemungkinan besar mengambil keputusan serupa. Tuan Ibrahim pula memutuskan akan mencabar tiga penyandang jawatan Naib Presiden tersebut dan beliau mungkin turut disertai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menarik diri daripada persaingan merebut jawatan Naib Presiden dan memilih untuk mempertahankan jawatan AJK Pas Pusat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 08 Nov 2013 06:01 PM PST Some wonder whether Pakatan leaders are suffering political fatigue - the 'strong opposition watchdog' seems to be in slumber and acts too slow. Consider recent events: a hike in RON95 petrol price from RM1.90 to RM2.10 in early September, announcement of the GST (Goods & Services Tax) implementation in April 2015 and re-delineation of electoral boundaries beginning end of this year. PR leaders should organise ceramahs to inform the rakyat about the impact of the GST on one's pocket. BN are already launching their nationwide efforts to explain the GST to the citizens. Although Pakatan have organised some forums – the pace is very slow. Pakatan needs to present their side of the argument as the BN Government will do everything in its power to present the GST as a people-friendly tax. Pro-GST economists will inform the rakyat that many goods are zero-rated but will not tell the rakyat that most goods are not. Under the present system of Sales & Service Tax (SST), over 3,000 items are tax-exempted but under the GST system, over 1,000 items only are to be given tax-exemption. Low-income earners need to buy soap – previously they do not pay tax on the soap, now they will. The same goes for stationery, toothpaste, detergent and other daily necessities, not to mention shoes, bags, etc. Does this not show clearly that the poor will be taxed? A taxi driver told this columnist that the GST is a method of 'forcing' the poor to pay taxes through the purchase of items needed for daily living, therefore low-wage earners will have less money in their pockets once GST is implemented. "The BN government is trying to deceive me by saying that GST is good. How is it good for me when I have less money in my pocket? "Only stupid people will believe the government," said the taxi driver who goes by the surname of Ng. Read More / Baca Lagi >> | ||
Muktamar 59: ‘Tak semua yang kalah dibenci’ Posted: 08 Nov 2013 05:57 PM PST Penganalisis politik berpendapat, tidak semua pemimpin Pas yang kalah pada PRU13 lalu dibenci, sehingga tidak melayakkan mereka bertanding dalam pemilihan parti, November ini. Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, kebolehan setiap ahli dalam parti itu tidak boleh dipandang rendah. Justeru, katanya, semua ahli Pas termasuk pemimpin utama parti yang tewas pada PRU13 lalu layak bertanding pada Muktamar Pas ke-59, dijadualkan bermula 22 November ini. "Kalah dalam PRU ukuran lain, (pemilihan) parti ukuran lain. Kalah dalam parti dan pilihan raya ialah faktor lain. Sesiapa saja yang sesuai untuk bertanding, boleh bertanding (dalam pemilihan parti), kalau sudah 'ukur baju di badan sendiri'. "Hak memilih (untuk pemilihan Pas nanti) adalah hak ahli. Sebaik mana pun pemimpin, tak semestinya mereka disokong dan tak semua yang kalah itu dibenci," katanya kepada Sinar Harian, semalam. PRU13 pada 5 Mei lalu menyaksikan beberapa pemimpin utama Pas antaranya timbalan presiden, Mohamad Sabu dan dua naib presiden, Salahuddin Ayub serta Datuk Husam Musa kalah di kawasan ditandingi mereka. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas kepada Datuk Othman Abdul daripada BN di Parlimen Pendang, Kedah, manakala Salahuddin pula gagal menembusi kubu kuat BN di Johor iaitu masing-masing di kerusi Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Muktamar 59: Mat Sabu perlu menang demi hubungan politik PR Posted: 08 Nov 2013 05:55 PM PST Penganalisis politik berpendapat Mohamad Sabu perlu menang dalam Muktamar Pas ke-59, 22 hingga 25 November ini bagi menguatkan hubungan parti itu dengan PR. Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata peluang penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad adalah "aset" yang berguna untuk hubungan politik antara parti perikatan pembangkang yang lain. Menurutnya, perwatakan dan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak terutama rakan PR akan turut menyumbang kepada kemenangannya dalam pemilihan muktamar kali ini. "Orang PR suka dia, dia juga pemimpin popular yang boleh dianggap profesional. "Dia juga yang banyak bersama PR dalam aktiviti anjuran PR, dalam soal hudud, dia disenangi pemimpin PR lain terutama DAP akan mengeratkan lagi hubungan politik PR dan Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mahathir mahu saya mati, saya berdoa Mahathir hidup Posted: 08 Nov 2013 05:51 PM PST
Mahathir mahu saya mati, kerana itu beliau menjalankan misinya dalam Pilihanraya Umum ke-13 dengan berkempen di Gelang Patah untuk menjadikan kawasan itu "kubur" politik saya. Read More / Baca Lagi >>Sebelum pilihanraya umum ke-13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengerah tenaga bagi memastikan negeri Johor menjadi "kubur" saya. Seruan beliau itu diberi sambutan hangat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan bahawa saya "terperangkap" di Gelang Patah dan kerjaya politik saya telah "tamat". Persaingan di Gelang Patah dalam PRU13 adalah pertempuran politik "hidup dan mati" bagi saya kerana saya berdepan bukan saja dengan Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjadi Menteri Besar selama empat penggal, tetapi juga kerana saya terpaksa berdepan dengan tiga lagi orang kuat Umno – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin dan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan di Malaysia, iaitu Tun Mahathir sendiri. Tetapi saya bersedia mempertaruhkan nasib, meninggalkan kerusi parlimen selamat bagi saya, iaitu Ipoh Timur, yang telah saya menangi pada tahun 2008 dengan majoriti lebih dari 21,000 undi, untuk bertanding di Gelang Patah di mana MCA/BN telah menang hampir 9,000 undi majoriti pada tahun 2008 dan 21,666 undi majoriti pada tahun 2004. | ||
Ilham Centre berusaha bawa “iklim” politik kajian di Malaysia Posted: 08 Nov 2013 05:49 PM PST Nama Ilham Centre tidak berapa dikenali sebelum ini. Namun selepas kejayaan demi kejayaan membuat ramalan dengan tepat terhadap keputusan beberapa pilihan raya kecil (PRK) khasnya, badan penyelidik bebas ini mula dihormati. Badan yang dikendalikan oleh sekumpulan anak muda ini mempunyai misi tersendiri iaitu untuk membawa "iklim" politik kajian di Malaysia, mengubah persepsi masyarakat dan ahli politik terhadap kajian-kajian yang dihasilkan oleh badan penyelidik tempatan. Penyelidik tempatan tersebut mencuri tumpuan pemerhati politik kerana ketepatan ramalan keputusan dalam siri PRK sejak tahun 2008 lagi, namun Pengarah Eksekutif Muhamad Hisommudin Bakar (gambar) mengakui kajian politik di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara jiran. "Justeru, semua pihak yang terlibat dalam sistem politik memberi galakan kepada firma-firma yang membuat kajian ini supaya lebih banyak lagi memberi pandangan bagi dapatan tersebut boleh dikongsi dan seterusnya memperbaiki demokrasi di Malaysia," kata Muhamad Hisommudin yang ditemui The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> | ||
Gila Talak: Umno Pulau Pinang cadang kajian oleh badan bebas untuk gabung Umno dan PAS Posted: 08 Nov 2013 05:47 PM PST Umno Pulau Pinang mencadangkan agar satu badan khas ditubuhkan bagi menjalankan kajian di peringkat akar umbi Umno dan PAS sama ada mereka mahu dua parti itu bergabung demi kepentingan orang Islam di negara ini. Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Shabudin Yahya (gambar) berkata sudah sampai masanya, biar rakyat menjadi penentu sama ada kedua-dua parti itu perlu bergabung atau sebaliknya. Katanya ia juga bagi menggantikan kaedah perbincangan di peringkat pemimpin kedua-dua parti yang telah dilaksanakan sebelum ini dan tidak pernah menemui keputusan bagi mewujudkan kerjasama itu. "Jangan tunggu nasi sudah jadi bubur baru hendak bertindak (jalin kerjasama) kerana PAS dan Umno pernah bekerjasama sebelum ini dan saya percaya lebih 50% daripada ahli kedua-dua parti mahukan kerjasama ini menjadi kenyataan kerana mereka tahu hanya melalui kerjasama ini sahaja Islam dan Melayu dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Taikun bayar denda RM200 juta dalam operasi Bank Negara terhadap penghantaran wang haram Posted: 08 Nov 2013 05:43 PM PST Seorang taikun Malaysian terpaksa membayar denda hampir RM200 juta baru-baru ini kerana menghantar wang secara haram melalui penggurup wang dalam tindakan Bank Negara yang bermula kira-kira empat tahun lalu, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan hartawan yang bergelar tan sri itu terpaksa membayar denda itu untuk mengelakkan didakwa di mahkamah yang dijangka dalam seminggu dua ini. "Perkara ini telah berjaya diselesaikan dan tidak akan dibawa ke mahkamah," kata sumber kepada The Malaysian Insider. "Beberapa serbuan telah dibuat dan kita dapat melihat sebahagian mereka telah didakwa di mahkamah tetapi saya tidak tahu bila," kata satu sumber. Dia tidak menyatakan secara khusus berapa jumlah yang sedang disiasat tetapi ia memerlukan masa untuk diambil tindakan mahkamah. Siasatan Bank Negara terhadap penggurup bermula sejak 2009 apabila tiga penggurup wang yang besar telah ditarik balik lesen mereka kerana melanggar Akta Pertukaran Wang 1998. Tindakan ini telah mendedahkan aktiviti haram dalam penghantaran wang yang melibatkan jutaan ringgit tetapi hanya satu kes profil tinggi didedahkan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menggunakan khidmat pengurup wang untuk menghantar RM10 juta dalam bulan Mac 2008 lalu. Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang (gambar) atau lebih dikenali sebagai Tian Chua dalam pendedahannya di Parlimen pada 2009 memberitahu isteri seorang menteri dan tokoh korporat bergelar Tan Sri juga dikaitkan dengan penghantaran wang yang banyak melalui pengurup wang. Menurut Tian Chua, isteri menteri itu dikatakan telah menerima RM600,000 semasa berada di Dubai pada buan Mac 2008 lalu. Pemaju perumahan dari Malaysian dikatakan telah menghantar wang itu melalui penggurup wang, lapor mingguan perniagaan yang dihormati, The Edge pada 2009. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tarif Letrik Naik: Berita ceria kepada pengundi UMNO@BN PRU13 Posted: 08 Nov 2013 02:51 AM PST Berita ini sudah pasti yang ditunggu-tunggu oleh semua para pengundi UMNO/BN pada PRU13 lalu. Akhirnya yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan sudah datang dan menjadi kenyataan jua. Mengikut laporan ... Tarif elektrik bakal dinaikkan tahun depan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan restu dan kebenaran dari Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak. Para penyokong UMNO/BN pasti gembira .. terbayang akan wajah senyuman lebar sampai ke telinga setiap penyokong, pendokong dan ahli UMNO yang memberikan undi kepada UMNO/BN pada PRU13 lalu. Inilah masanya para pengundi UMNO menerima balasan hasil kerja penat berpeluh-peluh nak memenangkan UMNO/BN tempoh hari. Masa UMNO/BN membalas budi. ... Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada kesemua pengundi UMNO/BN .. Kerana kamulah rakyat menerima hadiah lumayan ini dari UMNO/BN. Kalau Pakatan Rakyat menang tempoh hari janji dan manifesto PR ialah mengurangkan tarif elektrik. .. Tapi para pengundi UMNO tidak mau itu semua sebab mungkin tidak ada class bayar elektrik murah .. Lagi mahal lagi bergaya dan menunjukkan negara kita maju. | ||
Rakyat Dah Kena Kencing: Dr Ling boleh tidur lena, kerajaan UMNO@BN tidak buat rayuan kes PKFZ Posted: 08 Nov 2013 02:48 AM PST Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik (gambar) boleh tidur lena sekarang selepas pihak pendakwa iaitu kerajaan Malaysia tidak akan membuat rayuan ke atas pembebasan beliau berkaitan skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ). Sehingga tarikh tutup tamat jam 4 petang hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, tidak ada permohonan untuk membuat rayuan kes difailkan. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Asmadi Asnawi telah membebaskan Dr Ling pada 25 Oktober lepas. Sepanjang pendakwaan, sembilan saksi telah dikemukakan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara saksinya. Hakim berkata, kenyataan Dr Mahathir telah menyelamatkan Dr Ling dari pendakwaan ini. Dr Ling didakwa telah menyebabkan Kabinet meluluskan pembelian tanah yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan. Projek PKFZ asalnya dianggar berharga RM1.1 bilion selepas dimulakan oleh Dr Ling pada tahun 1997 namun ia menjadi empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada tahun 2007. | ||
Muktamar 59: Dua Mohd bertembung untuk timbalan presiden PAS Posted: 08 Nov 2013 02:46 AM PST Jawatan timbalan presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad Sabu dengan timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Ia berlaku berikutan keputusan Datuk Husam Musa hanya sedia untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja dengan alasan "untuk kestabilan parti". Husam menyerahkan borang penerimaan pencalonan untuk naib presiden kepada Setiausaha Eksekutif PAS pada jam 4.40 petang ini. Tarikh tutup adalah jam 5 petang. "Saya anggap ia adalah isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka inginkan saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya. Husam ketika memaklumkan keputusan ini kepada The Malaysian Insider berkata, memandang suasana parti yang ada sekarang, beliau berpendapat faktor kestabilan menjadi sangat penting. "Atas dasar itu saya memilih untuk bertanding naib presiden sahaja walau pun mendapat pencalonan yang agak baik untuk timbalan presiden," kata Husam. Keputusan Husam ini bermakna, dua tokoh paling popular iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat pencalonan terbanyak dan beliau yang kedua untuk bertanding jawatan timbalan presiden memilih untuk menolak bertanding jawatan itu. Sebelum ini, Salahudin Ayub telah mengumumkan beliau akan bertanding naib presiden sahaja menjadikan yang tinggal adalah Mohamad Sabu dan Mohd Amar. Read More / Baca Lagi >> | ||
Muktamar PAS medan perkukuh tahaluf siyasi Posted: 08 Nov 2013 02:44 AM PST 1. Saya diamanahkan untuk membahas tentang perkara yang berkaitan dengan Tahaluf Siyasi semasa Konvensyen PAS Negeri Johor yang diadakan pada hari Ahad yang lalu. Read More / Baca Lagi >>2. Saya telah membentangkan tentang sejarah tahaluf siyasi yang pernah dilalui oleh PAS Johor sejak ditubuhkan pada 19 Mac 1954. Sepanjang tempoh ini, ada kalanya PAS dilihat tidak mendapat kelebihan dan ada kalanya ia menguntungkan. 3. Apabila PAS menyertai Parti Perikatan selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana kerusi Melayu Umno di dalam Perlimen ketika itu sangat sedikit dan untuk mengekalkan kuasa Melayu PAS telah bersetuju untuk menjadi anggota baru Parti Perikatan dan seterusnya menukar nama kepada Barisan Nasional pada tahun 1974. 4. Dek kerana Johor adalah kubu Umno maka PAS Johor tidak meletakkan calon dalam PRU ke 4 iaitu pada tahun 1974 di atas pemuafakatan politik pada ketika itu dan BN terus menguasai pentas politik dan Pilihan Raya di Johor. Keputusan PAS Johor untuk tidak meletakkan calon telah menyebabkan beberapa ahli PAS mengisytiharkan diri bertanding sebagai calon bebas. | ||
Muktamar 59: Legasi baru untuk Pemuda PAS? Posted: 08 Nov 2013 02:43 AM PST Seperti yang dijangka, selepas ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan timbalannya Nik Abduh Nik Aziz tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan sayap PAS kali ini, persaingan merebut dua jawatan teratas sayap itu terbuka luas tetapi sengit. Read More / Baca Lagi >>Mahu tidak mahu, Pemuda dan penyokong Pemuda PAS di seluruh negara bakal mendapat ketua dan timbalan yang baru dalam pemilihan dewan itu kali ini, selepas langkah mengejut Nasrudin dan Nik Abduh itu. Yang pasti, pemilihan kali ini menjadi kayu ukur sama ada calon kepimpinan Pemuda yang baru mampu berdepan dan menangani isu besar untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan Pemuda DAP dan PKR. Ini ekoran legasi, agenda dan pendekatan sedia menerima kritikan hebat banyak pihak kerana dilihat gagal untuk menyaingi keupayaan Pemuda BN yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Kedua-dua kumpulan itu kini rancak mencongak dan berkempen bagi memastikan pilihan masing-masing terpilih mengisi kekosongan jawatan itu, termasuk jawatan naib ketua Pemuda pada saat-saat akhir penerimaan pencalonan petang ini. Sepanas pemilihan kepimpinan tertinggi PAS Pusat, penentuan calon ketua Pemuda bakal menyaksikan pertembungan antara Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang mewakili kumpulan profesional dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad bagi kumpulan proulama. Sementara seorang lagi calon ketua Pemuda Zulhazmi Sharif yang turut menawarkan diri dilihat tidak mampu memberi saingan kepada kumpulan ini dan peguam itu sekadar memeriahkan demokrasi dalam pemilihan Pemuda PAS. 'Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat' Zulhazmi juga adalah peguam Kempen Anti-Saman Ekor (Kase) yang tidak mewakili kumpulan tertentu dan membawa tema kempen "Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat". |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan