RAKYAT MARHAEN |
- RM10 000 – RM12 000 bawa warga Bangladesh ke Malaysia
- Ambiga: Isu '40,000 pengundi Bangladesh' helah Najib
- Imran rides the waves, from personal tragedy to polls victory
- (Sg Limau) Azmin Ali: Tak Tipu Bukan UMNO, UMNO Tipu, SPR Tipu
- Sg Limau: 'Siapa yang kurang ajaq tu?'
- Sg Limau: Undi Cina beralih kepada BN?
- Sg Limau: UMNO@BN guna premis awam, pemuda PAS lapor polis
- Tengok bola, jangan lalai musuh menyusup di Sg Limau
- Sg Limau: Replika patung provokasi cetus kemarahan penduduk
- Sg Limau: Pemimpin PR berkempen untuk PAS demi kemenangan rakyat
- Egyptian army chief seeks immunity for the military
- Sg Limau: Berita Harian bersekongkol dengan Umno BN Menipu Rakyat
- PAS Yakin Pertahankan Kerusi Sg Limau
- Sg Limau: KJ ampun dan lambung Mukhriz macam bola takraw
- Wang Kerajaan Macam DUIT Mak Bapak Kau di tabur PRK Sg Limau
- Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 2-11-2013
- Sg Limau: Bahang pilihan raya kian terasa
- Sg Limau: PAS dijangka kekal, majoriti lebih kecil – Ilham Centre
- Sungai Limau : Ketirisan Berlaku Dalam Agihan Bantuan Kerajaan
- Patung Kaki: Tindakan Tidak Berakhlak Kempen Di Sungai Limau
- (Sg Limau) Leman Raja Lawak: UMNO Memainkan Isu Rakyat Miskin Cukup Kuat
- SIRI 2: Ulasan Kempen Akhir PRK Sungai Limau
- Sg Limau: Isu kalimah Allah juga diguna untuk meraih undi
- Sg Limau: Penyelidik ramal PAS menang
- (Sg Limau) Azam Samad: Pilihan Kita Perlu Lahir Daripada Hati, Bukan Lahir Daripada Wang
RM10 000 – RM12 000 bawa warga Bangladesh ke Malaysia Posted: 02 Nov 2013 09:04 PM PDT JOHOR BAHRU: Beribu-ribu pekerja haram Bangladesh membanjiri negara ini dengan kebanyakannya menyamar sebagai pelajar asing dan adakalanya sebagai pelancong. Mereka dibantu oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia yang tidak bertanggungjawab dan pusat-pusat pendidikan yang bekerjasama dengan sindiket penyeludupan manusia. Institut-institut dan pusat-pusat ini turut bertindak lebih jauh lagi dengan memalsukan rekod kehadiran dan menyediakan "laporan kemajuan" untuk "pelajar" untuk diserahkan kepada Imigresen Malaysia apabila visa mereka perlu diperbaharui. Sindiket, sebahagian besarnya lebih gemar membawa masuk warga Bangladesh di bawah nama pelajar kerana mereka diberikan visa antara dua hingga enam bulan, berbanding hanya satu bulan sebagai pelancong. Agensi pekerjaan dan sindiket penyeludupan manusia mengenakan bayaran antara RM10,000 dan RM12, 000 untuk membawa masuk warga Bangladesh ke negara ini dan menyamar sebagai pelajar asing atau pelancong. – mStar Online |
Ambiga: Isu '40,000 pengundi Bangladesh' helah Najib Posted: 02 Nov 2013 08:55 PM PDT Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terus-menerus menafikan mengenai dakwaan 40,000 warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum lalu hanyalah satu helah untuk mengelak dari menjawab dakwaan penipuan dalam pilihan raya. Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini, Ambiga berkata beliau sangat sangsi kerana isu tersebut terus dibangkitkan. "Saya rasa ia satu helah supaya mereka tidak perlu menjawab dakwaan penipuan piliahn raya lain yang disokong bukti," katanya. Ambiga berkata demikian ketika mengulasa kenyataan Najib dalam satu wawancara dengan rangkaian televisyen CNN. Read More / Baca Lagi >> |
Imran rides the waves, from personal tragedy to polls victory Posted: 02 Nov 2013 08:54 PM PDT A personal condolence letter from PAS leader Datuk Nik Aziz Nik Mat eight years ago made First Admiral (R) Mohd Imran Abdul Hamid change ships in life. The career naval officer moved from tacitly supporting the government to joining the Islamist party. Today, Mohd Imran is the "giant-slayer" who unseated incumbent Lumut MP and then transport minister Datuk Seri Kong Cho Ha in Election 2013. But eight years ago, the father of six made news because of a tragedy – he lost four daughters in a road accident in Grik on February 11, 2005 when they were returning from Kota Baru. Saying that he accepted it as the will of Allah, he went on to reveal that it was the letter from Nik Aziz that stirred his interest in joining the Islamist party. Navy veteran to opposition politician But it was not until five years later when he retired that he officially joined PAS and became the head of the party's Sitiawan Barat branch. "After 2005, I began to support PAS openly because I had been through the worst in life, what was there to be afraid of? "If they wanted to take action against me, I didn't care anymore," said the 59-year-old, referring to his job with the navy. Mohd Imran added that as a navy man, he was expected to support the ruling government, and did just that prior to the accident that took away his four daughters. "When you wear a uniform, you sort of have to support Umno. They tell you what to believe and you just toe the line," said the man who was in the navy for 37 years. General Election 2013 In the run-up to 13th general election this year, Mohd Imran was named as third reserve for the Pasir Panjang state seat, after former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin and PAS Lumut Muslimah chief Rohawati Abidin. Nizar was then named to contest the Changkat Jering seat and Rohawati, the Pasir Panjang state seat. Mohd Imran was left out in the cold. Read More / Baca Lagi >> |
(Sg Limau) Azmin Ali: Tak Tipu Bukan UMNO, UMNO Tipu, SPR Tipu Posted: 02 Nov 2013 08:48 PM PDT |
Sg Limau: 'Siapa yang kurang ajaq tu?' Posted: 02 Nov 2013 08:40 PM PDT Kelihatan patung yang tidak berkaki digantung ditepi jalan Sungai Limau sempena kempen Pilihanraya Kecil N20 Dun Sungai Limau, Kedah. KURANG ajaq, atau sebutlah apa sahaja... biadab, terhina, terkutuk, melampau - semuanya paling untuk menceritakan hal satu perbuatan keji dalam kempen PRK Dun Sungai Limau ini.Ya, mungkin ramai sudah tahu perbuatan terkutuk itu ialah meletakkan di tempat-tempat awam patung bahagian pinggang ke bawah dengan sebelah kaki terpotong (kudung) dengan tulisan 'KAKI USTAZ'. Amat mudah untuk difahami bahawa sindiran itu dikaitkan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, seorang tokoh pemimpin yang amat disanjungi oleh kawan dan lawan yang meninggal dunia pada 26 September lalu, antara lain bersabit komplikasi diabetes yang sebelum itu menjadi sebab kedua-dua kakinya terpaksa dipotong. Baru-baru ini, tercetus kontroversi ketika kempen PRK Dun Sungai Limau apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa terlepas cakap mengaitkan penyakit yang dihidapi Azizan ketika mengulas isu kenaikan harga gula selepas kerajaan menarik balik subsidi harga bahan pemanis itu. Susulan itu, anak Azizan, Mohamad Rafi'iy, 32, menuntut Muhyiddin meminta maaf kerana dikatakan menyentuh sensitiviti keluarganya yang masih bersedih atas pemergian bekas Menteri Besar Kedah itu. |
Sg Limau: Undi Cina beralih kepada BN? Posted: 02 Nov 2013 08:38 PM PDT YAN - Undi pengundi Cina akan beralih semula kepada BN? Itulah yang menjadi perbincangan ramai orang di sini setelah berlaku tsunami undi Cina kepada BN dalam PRU13. Berdasarkan sambutan kepada program anjuran BN di kawasan pengundi Cina beberapa hari lalu menunjukkan mereka sudah bersama BN walaupun petunjuk yang sama juga dapat dilihat pada PRU13. Walaupun nampak bersama BN ketika itu tetapi undi mereka tetap diberikan kepada PR. Tetapi adakah keadaan sudah berubah atau dilakukan demi survival dan ekonomi setempat. Seorang rakan singgah di kedai runcit di pekan Sungai Limau Dalam untuk membeli sesuatu sambil bertanya kepada pemiliknya seorang Cina mahu undi siapa dalam PRK Dun Sungai Limau. "Undi orang kita lah," katanya. Rakan saya bertanya: "orang kita siapa?" Lalu dijawab pemilik kedai itu: "itulah ... BN". Seorang lagi rakan ketika singgah di sebuah kedai di Dulang Besar turut mengajukan soalan sama kepada seorang pemilik kedai Cina. Jawapannya sama: "Kita undi orang kita, BN". Tengah hari semalam, saya sempat berbual dengan seorang rakan media Cina dan bertanya mengenai ke mana undi Cina kali ini. Secara sinis, beliau berkata berdasarkan perbualan dengan beberapa penduduk Cina mereka memaklumkan akan memberi undi kepada BN kali ini atas faktor pembangunan. Menurutnya, setiap kali PRK, peruntukan lebih mudah disalurkan dan inilah masa untuk mereka mengambil peluang berbanding dalam pilihan raya umum. "Kalau dalam PRK, mudah dapat peruntukan sama ada RM100,000 hingga RM1 juta. Dalam PRU, nak dapat RM10,000 pun susah. Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: UMNO@BN guna premis awam, pemuda PAS lapor polis Posted: 02 Nov 2013 08:35 PM PDT JERAI: Dewan Pemuda PAS Kedah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dan juga calon BN Dr Sohaimi Lazim kerana didakwa melanggar peraturan pilihan raya. Kedua dua mereka didakwa telah dan akan menggunakan Sek Men Keb Dulang sebagai tempat berkempen dalam program Berani Hijrah yang dijadual diadakan semalam. Menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria, tindakan berceramah, meletakkan lambang parti dan bertemu penyokong BN dalam kawasan sekolah tersebut adalah bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 24 b (7), yang melarang penggunaan premis awam untuk kempen pilihan raya. |
Tengok bola, jangan lalai musuh menyusup di Sg Limau Posted: 02 Nov 2013 08:33 PM PDT KUALA LUMPUR: Malam ini boleh dikatakan semua mata pasti tertumpu di Stadium Shah Alam. Dua gergasi Pantai Timur, Pahang dan Kelantan akan bertempur untuk merebut Piala Malaysia. Read More / Baca Lagi >>"Maka, kehangatan malam terakhir berkempen di PRK Dun Sg Limau pasti sedikit berkurangan," tulis blogger Wfauzdin NS di dalam blognya.. Menurut beliau, dari segi taktikalnya, sepatutnya malam ini PAS dengan dibantu oleh rakan-rakan di dalam PR wajib berkempen habis-habisan dan berganda dari sebelum ini. "Jangan lupa, malam ini jugalah boleh membuatkan seseorang pengundi atas pagar boleh berubah fikiran. Malam ini jugalah para 'penyangak atau penipu' akan beroperasi habis-habisan di kala kita semua leka di hadapan TV atau beramai-ramai bersorak di hadapan layar skrin besar," tulisnya lagi. Justeru itu, beliau menggesa semua petugas PAS dan PR harus berhati-hati malam ini. "Anggaplah ini suatu peperangan, jangan tinggalkan kubu kita dan jangan alpa dengan keseronokan yang dihidangkan," nasihatnya. |
Sg Limau: Replika patung provokasi cetus kemarahan penduduk Posted: 02 Nov 2013 08:32 PM PDT JERAI: Kurang 24 jam hari pengundian, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, dicemari dengan insiden replika patung yang dipotong kaki di beberapa tempat sekitar Dun Sungai Limau. Walaupun sebelum ini kedua-dua belah pihak berjanji memastikan kempen ini berlangsung secara damai namun terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mencemari suasana tersebut dengan melakukan tindakan itu. Dalam laporan yang disiarkan Sinar Harian semalam, keluarga Azizan akan mengambil tindakan atas provokasi tersebut. Malah jelas Muhamad Rafi'ie Azizan beliau cukup kecewa, marah dan sedih atas penghinaan yang dilakukan terhadap ayahnya serta sengaja memprovokasi PAS dan Umno pada PRK ini. Sementara itu Barisan Nasional turut membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. Dalam pada itu, PAS dijangka akan membuat sidang media pada jam 11 pagi ini untuk mengulas isu itu. Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: Pemimpin PR berkempen untuk PAS demi kemenangan rakyat Posted: 02 Nov 2013 08:29 PM PDT Pemimpin utama DAP dan PAS bersatu malam tadi dalam pusingan akhir kempen pilihan raya kecil Sungai Limau demi "persahabatan" untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat (PR) Ustaz Azam. Pemimpin utama PR antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Dr Hatta Ramli dan calon hadir bersama-sama hampir seribu pengundi masyarakat Cina Sungai Limau malam tadi dalam satu majlis makan malam dipanggil "Super Saturday". Di majlis lain sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah juga turun berkempen. "Salam kekal... masyarakat Cina dan pengundi Sungai Limau boleh mencipta sejarah satu lagi kali ini. "Kali ini kita cipta sejarah dengan menambah majoriti yang lebih kuat untuk beri kemenangan kepada calon kita, calon daripada PAS Ustaz Azam," kata Lim yang disahut dengan sorakan oleh orang ramai yang hadir di dalam dewan yang padat. Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan pertemuan antara calon PAS dan masyarakat Cina malam tadi sebagai jalinan "persahabatan" antara parti komponen dalam PR. "Inilah persahabatan antara kaum-kaum lain di Malaysia. "Jangan risau, kita ada masa depan yang lebih baik walaupun ada golongan ekstremis di Malaysia. Kita masih ada PR yang akan mempertahankan rakyat tanpa mengira kaum," kata Hatta dalam ceramah yang sama. Read More / Baca Lagi >> |
Egyptian army chief seeks immunity for the military Posted: 02 Nov 2013 08:21 PM PDT |
Sg Limau: Berita Harian bersekongkol dengan Umno BN Menipu Rakyat Posted: 02 Nov 2013 08:19 PM PDT |
PAS Yakin Pertahankan Kerusi Sg Limau Posted: 02 Nov 2013 08:18 PM PDT |
Sg Limau: KJ ampun dan lambung Mukhriz macam bola takraw Posted: 02 Nov 2013 08:17 PM PDT |
Wang Kerajaan Macam DUIT Mak Bapak Kau di tabur PRK Sg Limau Posted: 02 Nov 2013 08:46 AM PDT |
Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 2-11-2013 Posted: 02 Nov 2013 08:12 AM PDT |
Sg Limau: Bahang pilihan raya kian terasa Posted: 02 Nov 2013 08:00 AM PDT YAN - Bahang pilihan raya kian dirasai setelah hampir 10 hari kempen bermula dengan beberapa tempat mula mengalami kesesakan lalu lintas. Ia bermula tengah hari Jumaat kerana cuti mingguan di negeri menyebabkan ramai anak tempatan yang bekerja di luar kawasan pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga. Orang luar termasuk penyokong parti yang bertanding mulai tiba di kawasan Sungai Limau pada sebelah petang berikutan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Deepavali. Suasana meriah dan riuh rendah serta kesesakan jelas kelihatan di Sungai Limau Luar, Simpang Tiga Sungai Limau, Simpang Tiga Sungai Daun, Bukit Besar, pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil. Keadaan sesak juga berlaku di sekitar Sungai Limau sehingga Sungai Daun apabila satu lorong jalan utama ditutup untuk membolehkan kerja menurap jalan dilakukan dengan lancar. Pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil mulai sesak dari pagi hingga tengah hari dan sebelah malam dengan kenderaan berulang alik bertali arus. Seorang peniaga warung minuman di Pekan Sungai Limau Dalam yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din bersyukur dengan kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu. Beliau gerbira kerana mampu memperolehi pendapatan tambahan berikutan kunjungan orang ramai yang berterusan dari pagi hingga malam. Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: PAS dijangka kekal, majoriti lebih kecil – Ilham Centre Posted: 02 Nov 2013 07:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Asas sokongan pengundi Sungai Limau kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus. "Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau," ujar Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar dalam satu kenyataan. Menurutnya, sepanjang kajian itu dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di Dun Sungai Limau. Dalam pilihan raya kecil ini, ujarnya jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Berikut ialah kenyataan penuh. Selepas menghampiri saat-saat akhir tempoh berkempen, asas sokongan pengundi kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus. Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau. Sepanjang kajian ini dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini. Dalam pilihan raya kecil ini, jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Ilham Centre membuat kajian lapangan bermula 28 Oktober dan berakhir pada 1 November 2013 dan berjaya menemubual secara tatap muka dengan 602 responden di kesemua 19 daerah mengundi dalam N20 Sungai Limau. Kajian ini memfokuskan untuk menilai pendapat di kalangan pengundi berdaftar bagi membekalkan dapatan yang komprehensif, mempunyai hubungkait serta mewakili pandangan populasi di DUN Sungai Limau ini. Kajian ini sebagai rujukan bagaimana dan kenapa pengundi berdaftar mereka menentukan sikap dalam pilihan raya kecil Dun Sungai Limau 2013. Identifikasi parti dan pengaruh pondok Read More / Baca Lagi >> |
Sungai Limau : Ketirisan Berlaku Dalam Agihan Bantuan Kerajaan Posted: 02 Nov 2013 07:52 AM PDT |
Patung Kaki: Tindakan Tidak Berakhlak Kempen Di Sungai Limau Posted: 02 Nov 2013 07:49 AM PDT |
(Sg Limau) Leman Raja Lawak: UMNO Memainkan Isu Rakyat Miskin Cukup Kuat Posted: 02 Nov 2013 07:48 AM PDT |
SIRI 2: Ulasan Kempen Akhir PRK Sungai Limau Posted: 02 Nov 2013 05:11 AM PDT Oleh Wan Nik Wan Yussof Menggarap kekuatan calon Walau pun begitu, pilihan raya kecil Sunga Limau kali ini, bukannya medan yang membicarakan persoalan menyambung tradisi legasi arwah Ustaz Azizan semata-mata. Di sananya bersempah isu yang telah diketengahkan sepanjang kempen (oleh penceramah dan perayu undi). Ia dikira boleh mendorong pengundi membuat keputusan memilih siapa atau parti mana. Bermula dengan isu-isu pembangunan di Sungai Limau, bergerak kepada isu pembentangan Bajet 2014 kerajaan BN pimpinan Najib, sehinggalah kepada isu-isu peribadi calon di kedua-dua belah pihak. Oleh itu, timbullah perbandingan betapa semua isu-isu tersebut tlah meletakkan peluang kemenangan seimbang antara PAS dan BN. Maka sekarang penentu kemenangannya adalah terletak pada sejauh mana faktor calon sebagai pendorong untuk para pengundi keputusan. Dalam hal ini, penilaian umumnya mendapati kekuatan calon PAS, Ustaz Mohd Azam adalah berpotensi besar bagi memastikan pilihan raya kecil ini berpihak kepada PAS. Potensi itu bukan setakat beliau seorang yang mewakili kelompok pengundi muda (berjumlah 60 peratus), malah selaku Ketua Pemuda PAS Jerai yang berpengalaman dalam bidang pendidikan adalah sesuai baginya untuk membawa beberapa agenda hebat yang boleh memukau sikap pengundi agar berpihak kepada PAS. Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: Isu kalimah Allah juga diguna untuk meraih undi Posted: 02 Nov 2013 05:02 AM PDT JERAI: Isu kalimah Allah nampaknya turut digunakan pihak tertentu dalam meraih undi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau ini. Biarpun tidak terdengar ianya dimainkan secara jelas di mana-mana ceramah setakat ini, namun versi kain rentangnya dilihat bertebaran dipasang di simpang-simpang jalan di sini. Tinjauan Harakahdaily mendapati kain rentang itu turut terdapat di simpang tiga Sungai Daun dan satu lagi di simpang tiga Sungai Limau Luar. Pada kain rentang yang dikesan dipasang sejak beberapa hari lalu itu tertera gambar Perdana Menteri, dengan tulisan "...Kalimah Allah boleh diguna oleh Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja". Selain itu tertulis juga di bahagian bawahnya, "terkandung dalam resolusi 10 perkara kabinet Malaysia". Bagaimanapun tinjauan terbaru hari ini mendapati wajah perdana menteri itu telah digunting dan hanya tinggal tulisannya sahaja. |
Sg Limau: Penyelidik ramal PAS menang Posted: 02 Nov 2013 04:58 AM PDT Badan penyelidikan Ilham Centre menjangka PAS akan mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau apabila mendapati sokongan untuk parti Islam itu antara 53 hingga 55% menjelang hari membuang undi pada pilihan raya Isnin ini. Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar dalam kenyataannya kepada media berkata, perolehan ini berdasarkan kajian mereka secara bersemuka dengan 602 pengundi di Sungai Limau sejak 28 Oktober hingga 1 November. "Sepanjang tempoh kajian dijalankan, kami mendapati faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi penyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini," kata Hisomudin. Read More / Baca Lagi >> |
(Sg Limau) Azam Samad: Pilihan Kita Perlu Lahir Daripada Hati, Bukan Lahir Daripada Wang Posted: 02 Nov 2013 04:49 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan