RAKYAT MARHAEN |
- MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan JPM 2014 [ 18 Nov 2013 ]
- Dewan Rakyat: Kalimah Allah & 10 Point Solution
- MP DAP Gelang Patah Bahas Peruntukan JPM 2014 [ 18 Nov 2013 ]
- Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan JPM 2014 (2 & 3)
- Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan JPM 2014 (1)
- Dewan Rakyat 18 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
- MALAYSIA NEGARA ISLAM YANG WASATIYYAH
- Umno hanya lempar senyum ketika lemah - Abang Mat
- Selongkar misteri Pejabat Peguam Negara
- Selamat tinggal KPF
- Bangladesh bentang karpet merah untuk Najib....Sambutan Khas Buat Pemimpin Banglasia..!!!
- GST, rasionalisasi subsidi adalah tanggungjawab ekonomi, kata menteri BN
- PAS ada formula tambah Adun di Melaka – Husam
- Hudud: Pengajaran terbaik jauhi jenayah
- Jangan lawan umno, sebab umno guna duit ahli parti dia bangunkan negara Malaysia sejak merdeka..!!!
- Graduan perubatan menganggur, Kerajaan Pusat perlu bertindak
- Adun Sg Limau angkat sumpah jawatan hari ini
- Gantung 6 Bulan: 'Saya akan kembali dan kejutkan Parlimen' - N Surendran
- Jangan Ketawa: Hasan Ali Bakal Jadi Orang Tengah KahwinKan UMNO Dengan PAS.
- Muktamar 59: Hassan JATI Sokong Ulama - Sokongan Yang Membawa Rebah?
- Fakta Sebenar Syiah di Malaysia - Dr MAZA
- Muktamar 59: Haram ikut permainan media musuh – Presiden PAS
- Belum apa-apa, PAS sudah mahu ‘diHasan-Alikan’
- Muktamar 59: Ubah dan kekal
- Dr Mahathir miliki ‘sarjana’ kosong, kata Pak Samad
MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan JPM 2014 [ 18 Nov 2013 ] Posted: 17 Nov 2013 09:00 PM PST | ||
Dewan Rakyat: Kalimah Allah & 10 Point Solution Posted: 17 Nov 2013 08:35 PM PST | ||
MP DAP Gelang Patah Bahas Peruntukan JPM 2014 [ 18 Nov 2013 ] Posted: 17 Nov 2013 08:31 PM PST | ||
Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan JPM 2014 (2 & 3) Posted: 17 Nov 2013 08:30 PM PST | ||
Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan JPM 2014 (1) Posted: 17 Nov 2013 08:30 PM PST | ||
Dewan Rakyat 18 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 17 Nov 2013 08:29 PM PST | ||
MALAYSIA NEGARA ISLAM YANG WASATIYYAH Posted: 17 Nov 2013 07:55 PM PST | ||
Umno hanya lempar senyum ketika lemah - Abang Mat Posted: 17 Nov 2013 07:53 PM PST PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin PAS diingatkan jangan mudah tergoda dengan pujukan Umno untuk bekerjasama kononnya bagi memastikan hak orang Melayu dan agama Islam terus terbela. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan Umno hanya melemparkan senyuman ketika parti itu berada dalam keadaan lemah tetapi apabila kembali kuat, ia tidak lagi peduli kepada pihak yang menghulurkan tangan untuk membantu survival politiknya. Katanya, jika BN sanggup menghabiskan wang sebanyak RM46 bilion untuk membina imej Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak adalah tidak mustahil bagi parti itu memperuntukkan dua atau tiga bilion ringgit untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat. "Segala propaganda yang dilakukan BN selama ini adalah untuk melihat perpecahan di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat. Jika berlaku perpecahan maka itulah yang ditunggu BN," katanya ketika merasmikan Ijtimak PAS Selangor, di Dewan Sivik, dekat sini, semalam. Sehubungan itu beliau yakin, jika propaganda Umno-BN dapat dipatahkan tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14. Read More / Baca Lagi >> | ||
Selongkar misteri Pejabat Peguam Negara Posted: 17 Nov 2013 07:47 PM PST Oleh Ahmad Lutfi Othman Naratifnya seakan-akan filem James Bond. Sememangnya saya tidak berminat dengan cerita-cerita konspirasi, komplot atau pengintipan, yang didakwa berlaku di alam nyata. Saya juga tidak tertarik dengan kisah pengkhianatan atau seumpama double agent, kecuali menontonnya di kaca televisyen. Tentu ada yang bertanya, kalau begitu, mengapa kontroversi berkaitan Pejabat Peguam Negara, yang dikatakan terdapat dua agen perisik CIA, dan sumbernya dipercayai datang daripada Dr Mahathir Mohamad, mendapat tempat utama pada muka depan Harakah, dua keluaran berturut-turut? Agen CIA di Jabatan Peguam Negara, yang menyusup masuk membawa agenda jahat Amerika Syarikat? Adegan yang suspens, 'kan? Mengapa tiba-tiba Abd Gani Patail pula, yang selama ini bertindak mempertahankan kerajaan, terutama dalam kes-kes politikal, dijadikan sasaran dan nampak seolah-olah ada usah terancang untuk menyingkirnya. Segera saya teringat babak-babak mendebarkan 15 tahun lalu, semasa Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dalam kerajaan dan Umno, seterusnya diaibkan, dengan bermacam-macam tuduhan. Anwar juga didakwa menjadi ancaman kepada negara apabila dikaitkan dengan CIA dan perisik asing. Bukankah Dr Mahathir juga "pengarah filem" ketika itu? Tidak terhenti setakat itu, timbul isu terdedahnya rahsia negara kepada pihak luar, dan keselamatan nasional terancam, disulami dengan kisah sensasi tilam, lendir, pelacur datang haid yang dipaksa, lelaki memakai rambut palsu ... Ingatan saya tidaklah begitu kuat terutama selepas dua kali diserang angin ahmar, tetapi saya sukar melupakan adegan berkaitan percubaan Peguam Negara untuk "membeli" saksi, dengan mengancam membuat pendakwaan berkaitan senjata api yang boleh membawa hukuman bunuh. Dan di situlah minat saya sebenarnya -- kedudukan, keistimewaan dan kuasa tidak terbatas Peguam Negara, tetapi begitu berkait rapat dengan Perdana Menteri -- sehingga menyebabkan kami memilih kontroversi terbaru ini sebagai laporan utama. Peguam Negara bukan saja bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan -- yang adakalanya bercanggah dengan fungsinya untuk mewakili kepentingan umum -- tetapi kuasanya yang "menggerunkan" adalah seperti diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan: "... mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan ...." Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 17 Nov 2013 07:42 PM PST
Seperti biasa, kisah ini tidak menjadi sesuatu yang menggemparkan – ia disenyapkan oleh media massa, atau dilagukan sebagai sesuatu yang positif kepada peneroka Felda. Tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung (keluarga peneroka) dan faham tentang isu yang sedang melanda, berita ini merupakan sesuatu yang amat menggerunkan. Read More / Baca Lagi >>Pada 27 Oktober lalu, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah meluluskan usul penjualan baki 51 peratus saham Felda Holdings yang dimilikinya kepada syarikat bermasalah yang kita kenali Felda Global Ventures Holdings (FGV). Mulanya saya tidak sedar akan perkara ini akibat terlalu sibuk dengan kerja. Saya tahu menerusi laman Facebook saudara Mazlan Aliman tentang cadangan penjualan ini dalam sebulan lepas, tetapi sangka saya ia akan ditolak dalam mesyuarat agung KPF itu nanti. Cuma hari ini apabila ditanya oleh ayah saya (seorang peneroka Felda), baru saya gali semula perkembangan proses tersebut, dan apa yang saya jumpa amat memeranjatkan. Hanya satu perkataan boleh saya gunakan untuk menggambarkan penjualan itu – gila! Asal-usul Felda Terlebih dahulu mari kita secara ringkas menyusuri asal-usul penubuhan Felda. Tanah rancangan Felda dibuka bagi membantu rakyat yang tidak bertanah agar mendapat tanah pertanian untuk diusahakan (walaupun sebenarnya hanyalah pajakan 99 tahun, bukan hak milik tetap). Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 digubal membolehkan kerajaan persekutuan membuka tanah yang asalnya di bawah kuasa kerajaan negeri dengan syarat ia kemudiannya diberi kepada rakyat. Maka orang ramai pun masuk ke kawasan-kawasan tanah rancangan ini. Mereka dipanggil peneroka Felda. | ||
Bangladesh bentang karpet merah untuk Najib....Sambutan Khas Buat Pemimpin Banglasia..!!! Posted: 17 Nov 2013 07:40 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sambutan karpet merah ketika tiba di ibu negara Bangladesh sempena lawatan sulung rasmi tiga hari beliau, bermula semalam. Read More / Baca Lagi >>Ketibaan Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada 8.05 malam waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal dari Colombo, Sri Lanka disambut rakan sejawatannya, Sheikh Hasina serta Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh Norlin Othman dan menteri kanan Bangladesh. Kehadiran Najib, atas jemputan Sheikh Hasina, amat bermakna kepada negara ini kerana Malaysia adalah antara negara terawal mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh dan negara Islam pertama yang berbuat demikian pada 1971. | ||
GST, rasionalisasi subsidi adalah tanggungjawab ekonomi, kata menteri BN Posted: 17 Nov 2013 07:38 PM PST Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi yang diumumkan baru-baru ini adalah kebertanggungjawaban ekonomi yang dilaksanakan kerajaan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) hari ini. Pakar ekonomi Putrajaya tersebut mempertahankan pengenalan polisi fiskal seperti diumum dalam Bajet 2014 baru-baru ini bertujuan untuk memakmurkan negara dan rakyat. "Pelbagai mekanisma polisi fiskal telah diperkenalkan seperti penstrukturan hasil kerajaan menerusi cukai GST dan rasionalisasi subsidi adalah bertujuan untuk memakmurkan negara dan rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||
PAS ada formula tambah Adun di Melaka – Husam Posted: 17 Nov 2013 07:34 PM PST Husam berucap pada majlis penutup Konvensyen PAS Melaka kali kedua. MELAKA: PAS mempunyai formula untuk mencapai kejayaan dan menambah jumlah Ahli Dewan Undangan Ngeri (Adun) di Melaka, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Justeru, tegasnya kemenangan Dr Md Khalid Kassim di Dun Bukit Baru pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) amat penting kepada PAS khususnya di negeri ini. Katanya, 'anak sulung' PAS Melaka itu yang lahir daripada kerjasama PAS bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat amat penting untuk menambah bilangan Adun di negeri ini. "Kita nak Adun Melaka bertambah," tegasnya ketika berucap menutup Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini. Katanya, pendekatan dakwah yang dilaksanakan PAS dan diperkukuhkan lagi oleh Presiden sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mampu menarik sokongan rakyat kepada parti itu. | ||
Hudud: Pengajaran terbaik jauhi jenayah Posted: 17 Nov 2013 07:33 PM PST Presidennya, Musa Awang berkata, dari segi konsep hukumannya wujud bertujuan untuk menggerunkan masyarakat daripada melakukan kesalahan. "Sebenarnya masyarakat tidak perlu bimbang jika hudud ini dilaksanakan kerana biarpun hukumannya berat namun ia cukup sukar untuk dibuktikan dan dijatuhkan kepada tertuduh. "Namun hukuman ini perlu ada kerana ia akan menjadi pengajaran terbaik dan mengingatkan masyarakat untuk menjauhi jenayah dan seterusnya negara menjadi lebih aman," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, terdapat dua perkara membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman hudud kepada pesalah. | ||
Jangan lawan umno, sebab umno guna duit ahli parti dia bangunkan negara Malaysia sejak merdeka..!!! Posted: 17 Nov 2013 07:30 PM PST Jangan lawan umno. Sebab umno guna duit ahli parti dia bangunkan sekolah sekolah. Sebulan ahli umno perlu bayar RM1000 seorang kepada parti untuk bayar gaji cikgu sekolah. Bina sekolah dari tadika lagi. Duit SEKOLAH PERMATA ROSMAH tu sebenarnya dari duit ahli umno sebenarnya. Sebab itu tak perlu AUDIT. Sekian. . Harap maklum. Sebarkan kepada jiran2..maklang..pak lang.. pak ngah.. kucin ... | ||
Graduan perubatan menganggur, Kerajaan Pusat perlu bertindak Posted: 17 Nov 2013 07:29 PM PST SHAH ALAM 18 NOV : Kerajaan Pusat perlu mengambil tindakan segera terhadap dakwaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sektor kesihatan bakal gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada lepasan graduan perubatan tahun hadapan. Kekurangan peluang pekerjaan itu menurut MMA, disebabkan kegagalan kerajaan membina hospital secukupnya bagi keperluan rakyat dan juga bilangan kolej perubatan swasta yang terlalu banyak sekaligus melahirkan ramai graduan perubatan. ADUN Meru, Dr Abdul Rani bin Osman, berkata keadaan ini menyumbang kepada ketidakseimbangan antara kewujudan bilangan peluang perkerjaan dan jumlah graduan perubatan yang dikeluarkan. "Kalau MMA sendiri keluarkan kenyataan, ini memang serius dan satu perkara yang mengerunkan. Saya harap Kementerian Kesihatan cepat respon perkara ini, kena teliti kerana graduan kita di luar sana pun ramai lagi. "Kita juga tidak boleh jangka graduan kita di luar negara akan bekerja di luar negara seperti Arab dan United Kingdom misalnya sebab biasanya kalau bekerja di sana sekalipun mereka akan balik untuk kerja di tanah air," kata Dr Rani kepada Selangor Kini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Adun Sg Limau angkat sumpah jawatan hari ini Posted: 17 Nov 2013 07:28 PM PST ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat selesai mengangkat sumpah di hadapan Speaker, Datuk Paduka Rozhan Sapian sebentar tadi. Majlis angkat sumpah diadakan pada sidang Bajet 2014 Negeri Kedah. Seusai majlis angkat sumpah, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir membentang Bajet 2014 Negeri Kedah. Sidang bajet negeri Kedah berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 21 November hadapan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Gantung 6 Bulan: 'Saya akan kembali dan kejutkan Parlimen' - N Surendran Posted: 17 Nov 2013 07:25 PM PST Penggantungannya daripada parlimen kerana memperjuangkan apa yang dirasakannya terbaik untuk kepentingan awam dan masyarakat India tidak banyak memberikan kesan kepada anggota Parlimen Padang Serai N Surendran. "Saya akan terus melakukan apa yang saya buat sebelum perkara ini berlaku. Satu-satunya cara yang tidak boleh saya buat, membangkitkan isu kepentingan awam di Parlimen. "Mereka penuh jaya menghalang saya melakukannya."Read More / Baca Lagi >> | ||
Jangan Ketawa: Hasan Ali Bakal Jadi Orang Tengah KahwinKan UMNO Dengan PAS. Posted: 17 Nov 2013 07:20 PM PST Dah la aku rasa pengakuan Hasan Ali nak masuk PAS semula MEMANG LAWAK NAK MAMPOS andaikata PAS perjuangkan 3 perkara iaitu ; 1. Islam 2. Melayu 3. Sultan Ini tambah satu lagi lawak BANGANG. Aku nak gelak ah. Pasal KELAKAR NAK MAMPOS. Aku sebenarnya dah ubah pemikiran aku. Mungkin disebabkan pergaualan dan pembacaan aku dan juga disebabkan keadaan sekeliling. Yelah, benda yang aku fikir tahun lepas mungkin dah tak sama dah macam benda yang aku fikir sekarang kan. So benda2 macam tue mempengaruhi gak la pendapat2 aku terhadap isu2 politik di negara ini. Jika dulu aku rasa memang marah sangat jika PAS mahu bersatu dengan UMNO. Jika. Aku tak kata PAS nak bersatu dengan UMNO oke. Pasal aku selalu fikir bahawa PAS tidak akan bersatu dengan UMNO. Aku pegang kata2 Tuk Guru dan Presiden PAS. Aku percaya kita patut sama2 beri ruang untuk mempercayai penafian mereka. Sehingga terbukti sebaliknya baru la kita boleh buka citer lain kan. Sekarang aku dah tak kisah dah. Sapa2 nak bersatu dengan UMNO ke, apa ke, lantak p la parti2 politik neh. Mereka talian hayat ataupun jambatan untuk aku sebagai rakyat meluahkan ketidakadilan yang berlaku. Jika tiada parti itu, akan sentiasa muncul parti2 lain yang akan sedia mengambil peranan tersebut. Tidak la aku bersandar harapan aku titik kepada satu2 parti ataupun parti2 tertentu. Sebab tue aku dah tak heran dah apa2 yang Hasan Ali ke Utusan ke nak buat semata2 nak satukan ahli2 PAS dengan ahli2 UMNO neh. Buat la korang macam2 pun. Kita orang tunggu dan lepak tepi je la. Kalau jadi realiti, gelak je la. Kalau tak jadi realiti pun gelak la juga. Samada jadi realiti atau tidak hidup dan perjuangan tetap perlu diteruskan. Takde apa2 yang berubah pun. | ||
Muktamar 59: Hassan JATI Sokong Ulama - Sokongan Yang Membawa Rebah? Posted: 17 Nov 2013 07:16 PM PST Kami sokong ulama, kata Jati PETALING JAYA: Kumpulan pembela Melayu dan Islam, Jalur Tiga Malaysia (Jati) hari ini menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kepimpinan ulama didalam parti PAS untuk muktamar pemilihan yang bakal berlangsung minggu depan. Presiden Jati, Datuk Hassan Ali turut menempelak golongan profesional di dalam PAS yang menurut beliau adalah serpihan parasit yang cuba memecah-belahkan parti Islam itu. Beliau turut berkata PAS pada saat ini sedang berada di persimpangan untuk memilih antara dua kelompok untuk menentukan hala tuju masa depan parti tersebut. "Jati amat mengharapkan kelompok ulama akan terus menerajui PAS. Syukur presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicabar dan kami harap beberapa jawatan penting turut dimenangi oleh golongan ulama," "Kelompok profesional ini bagi saya adalah parasit yang cuba meruntuhkan asas perjuangan PAS selama ini," beliau bertegas. Dalam pada itu, Hassan Ali berkata bahawa masanya juga telah tiba untuk PAS menimbang semula perjuangan meraka di dalam parti Pakatan Rakyat. Beliau menambah bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS ketika piliharan raya umum yang lepas menunjukkan bahawa PAS telah hilang sokongan besar undi orang Melayu ekoran penglibatan mereka bersama DAP dan PKR. "Muktamar ini juga satu peluang besar untuk PAS menimbang semula hubungan mereka di dalam Pakatan Rakyat," | ||
Fakta Sebenar Syiah di Malaysia - Dr MAZA Posted: 17 Nov 2013 07:10 PM PST | ||
Muktamar 59: Haram ikut permainan media musuh – Presiden PAS Posted: 17 Nov 2013 07:07 PM PST PETALING JAYA: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan haram bagi ahli PAS yang mengikut permainan media luar konon berlaku pertembungan dalam PAS antara golongan ulama dengan profesional. Katanya, dakwaan mengatakan dalam PAS bertembung golongan ulama dan profesional merupakan permainan media dan tidak seharusnya ahli PAS terpengaruh dengan permainan media tersebut. "Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu," katanya ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor, di dewan Sivik, Ahad lalu. Beliau menegaskan tanggungawab semua ahli dan pimpinan PAS mesti menyatukan semua pendokong parti bukan memecahbelahkan mereka. Katanya, PAS bukan sahaja telah berjaya menarik golongan muda tetapi telah berjaya memecahkan paradigma kalangan orang bukan Islam yang menjadi sebahagian masyarakat majmuk untuk memberi sokongan kepada PAS. "Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam," tegasnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Belum apa-apa, PAS sudah mahu ‘diHasan-Alikan’ Posted: 17 Nov 2013 07:05 PM PST Tanpa angin, tanpa ribut, bahkan mungkin tidak ada sesiapa yang mempelawanya pun, secara tiba-tiba saja bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali membayangkan kemungkinan untuk kembali menyertai PAS, parti politik Islam yang telah memecatnya tidak lama dahulu. Mungkin muktamar dan pemilihan PAS yang bakal berlangsung tidak lama lagi telah membangkitkan kembali ghairahnya terhadap parti itu. Tetapi keinginannya itu bukan tidak bersyarat, bahkan syaratnya pula seolah-olah beliau lebih besar daripada PAS itu sendiri. "Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan PAS di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi Raja dan menghormati peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Negara, saya sedia mempertimbangkannya," tambah beliau lagi. Mengenai muktamar PAS yang bakal berlangsung tidak lama lagi, beliau berkata, PAS perlu dipimpin oleh golongan ulama agar perjuangannya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya yang kini goyah disebabkan wujud golongan 'Anwarinas yang didakwanya seperti anai-anai yang mahu merosakkan parti itu. "Saya secara peribadi mahu golongan ulama kembali memimpin PAS - presiden, timbalan presiden, naib presiden daripada kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati golongan sebegitu masih ada dalam PAS," katanya yang juga Presiden NGO Jati atau Jalur Tiga. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 17 Nov 2013 07:00 PM PST 1. Sikap yang perlu kita ambil dalam satu-satu pilihan yang kita buat sama ada untuk ubah atau kekal mestilah jelas bersandarkan piawaian dan skima yang ditetapkan oleh syara'. Read More / Baca Lagi >>a] maksiat dan mungkar WAJIB diubah. Tidak boleh kekalkan kerana ia dimurkai oleh Allah swt dan sabit nas dari Sunnah an Nabawiyah supaya kita menentang mungkar dan maksiat. b] soleh dan adil WAJIB dikekal. Tidak boleh ubah kerana ia telah dimuktamadkan oleh Allah swt dan sabit dari Sunnah an nabawiyah supaya kita menjadi soleh dan berlaku adil. c] adapun perkara yang melibatkan kedua - duanya soleh dan adil. Baik dan bagus, maka HARUS untuk ubah atau kekal. Namun AFDHAL memilih yang terbaik dari keduanya. d] adapun perkara yang melibatkan kedua - duanya jahat dan zalim. Buruk dan tidak baik, maka WAJIB tolak keduanya. Namun jika tiada pilihan malah terpaksa memilih salah satunya, maka PILIHlah yang paling minima mudharatnya. 2. Asasnya, kita mesti bijak memilih. Berdasarkan neraca Islam. Perkara ini banyak dibahas dalam Feqh Al Awlawiyat dan juga Feqh al Muwaazanat. | ||
Dr Mahathir miliki ‘sarjana’ kosong, kata Pak Samad Posted: 17 Nov 2013 06:53 PM PST Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (gambar) meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belajar mengakhiri karier politiknya dengan cara yang lebih mulia dan dihormati. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata sikap Dr Mahathir yang suka memberikan ulasan dalam pelbagai isu telah memperlihatkan dirinya hanya memiliki 'sarjana kosong' yang mahu mengkritik tetapi tidak mempunyai hujah konkrit. "Saya fikir Dr Mahathir mahu masuk dalam semua bidang. Dia memiliki 'sarjana' kosong. Apa isu pun dia masuk juga. Awal Oktober lalu, Perdana Menteri paling lama memerintah negara itu menyelar tindakan kerajaan membatalkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana menurutnya tindakan kerajaan itu diambil kerana terlalu mendengar permintaan Pak Samad. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan