RAKYAT MARHAEN |
- Tan Sri pun Air Kosong... - Ustaz Azhar Idrus
- Pemilihan PAS: Kupasan bersama Dr Mujahid
- KL's anti-Chogm protest falls flat
- Isu Sebenar dari Bajet 2014 - Dato Husam
- WACANA PEMUDA: MEMIMPIN KEBANGKITAN
- Egyptian army accused of war crimes
- Syrian army battles for major strategic highway
- Clashes break out in Mozambique ahead of election
- State of emergency declared in Tripoli
- Pemimpin muda Umno panaskan hubungan Putrajaya dan Sarawak
- Balada nasi Ganja...
- Ustaz Ishak Muar: Hijrah Rasulullah SAW
- Forum Kekeluargaan bersama Ustaz Haslin Bollywood
- PAS perlu pertahan tahaluf siyasi, jangan tinggalkan PR
- Hadiah: Antara 2 Darjat...!!!
- "Apes" And The Billion-Ringgit Consultants
- Ejen CIA di pejabat AG, SAMM buat 9 laporan polis
- Peguam setuju ketelusan diperlukan dalam kenaikkan pangkat hakim
- MCA@BN selar DAP gagal halang Hudud di Kelantan
- Pendokong Mursi Berdemonstrasi Bantah Sistem Kehakiman Yang Berat Sebelah
- Raja Nazrin: Kekukuhan badan kehakiman, kemantapan sistem keadilan prasyarat untuk kemajuan negara
- Kerajaan Pusat perlu matang beri peruntukan MP Pakatan
- Habis Berpuluh Juta: Kawalan Esscom longgar, sebabkan pelancong Taiwan ditembak, isteri diculik, Najib perlu jelaskan di Parlimen
- Pemegang PhD Perancis dedah kajian terhadap Pekida
- Hudud di Kelantan masih perlu kelulusan Putrajaya, kata penganalisis
Tan Sri pun Air Kosong... - Ustaz Azhar Idrus Posted: 16 Nov 2013 09:09 PM PST |
Pemilihan PAS: Kupasan bersama Dr Mujahid Posted: 16 Nov 2013 08:40 PM PST |
KL's anti-Chogm protest falls flat Posted: 16 Nov 2013 08:40 PM PST |
Isu Sebenar dari Bajet 2014 - Dato Husam Posted: 16 Nov 2013 08:40 PM PST |
WACANA PEMUDA: MEMIMPIN KEBANGKITAN Posted: 16 Nov 2013 04:53 PM PST |
Egyptian army accused of war crimes Posted: 16 Nov 2013 04:51 PM PST |
Syrian army battles for major strategic highway Posted: 16 Nov 2013 04:50 PM PST |
Clashes break out in Mozambique ahead of election Posted: 16 Nov 2013 04:50 PM PST |
State of emergency declared in Tripoli Posted: 16 Nov 2013 04:49 PM PST |
Pemimpin muda Umno panaskan hubungan Putrajaya dan Sarawak Posted: 16 Nov 2013 04:44 PM PST Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing, menuduh pemimpin muda di peringkat Persekutuan daripada Umno menimbulkan kekecohan di antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak. Beliau berkata, kurangnya persefahaman Perjanjian Malaysia dan pembentukan Persekutuan Malaysia menyebabkan mereka beranggapan mereka berkuasa. Tanpa menamakan mereka, Masing yang juga menteri kanan dalam Kabinet Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pemimpin muda Umno itu seharusnya membaca kembali buku sejarah. "Apabila bercakap dengan kami mereka rasa mereka kuat dan menjadikan kami dari Sarawak ibarat kuli. "Secara peribadi, saya menyampah dengan pemimpin yang tidak melayan kami dari Sarawak dengan adil dalam pentadbiran," katanya. Masing berkata, beliau sedih dengan pemimpin Umno yang kerap bertanyakan soalan seperti:"Oh bila keluar Malaysia?" ketika berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya ketika menghadiri mesyuarat. "Saya katalah saya tidak tinggalkan Malaysia. Saya hanya terbang dari Kuching. Itu mungkin kecil, tetapi ia menunjukkan pemikiran mereka. "Kami dari Sabah dan Sarawak dilihat umpama tambahan kepada Malaysia Barat. "Hanya empat tandatangan yang membentuk Malaysia - Malaya, mewakili 11 negeri Selat dan negeri Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah (yang dikenali sebagai Borneo British Utara). "Bukan 11,12 atau 15 tandatangan. Hanya empat. Sarawak dan Sabah adalah wilayah sendiri dan kami perlu dilayan sepatutnya," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 16 Nov 2013 04:40 PM PST Amin Iskandar Petang Khamis ketika kesibukan di bilik berita, saya diberitahu oleh pihak atasan tempat saya bekerja bahawa restoran nasi Ganja di Ipoh terpaksa ditutup selama dua minggu kerana dituduh menggunakan najis manusia dalam masakannya. Walaupun terkejut mendengar cerita itu, kesibukan di bilik berita menyebabkan ianya dilupakan seketika sehinggalah pada waktu malam apabila membaca tentangnya di Facebook dan beberapa laporan media. "Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November." Keesokan harinya, pengurus restoran itu menafikan sekeras-kerasnya penggunaan najis manusia dalam nasi kandar terkenal mereka itu. Kebanyakan rakan yang merupakan peminat nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom terkejut dengan berita itu. Read More / Baca Lagi >> |
Ustaz Ishak Muar: Hijrah Rasulullah SAW Posted: 16 Nov 2013 07:52 AM PST |
Forum Kekeluargaan bersama Ustaz Haslin Bollywood Posted: 16 Nov 2013 07:51 AM PST |
PAS perlu pertahan tahaluf siyasi, jangan tinggalkan PR Posted: 16 Nov 2013 06:17 AM PST RIDUAN SHAMSUDIN& AMIRUDDIN AHMAD Ulasan: Bahang Pemilihan Agung PAS semakin panas berikutan pendedahan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad wujudnya adu domba golongan berhaluan kanan dalam parti itu yang ingin membawa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Pada sisi lain, Umno telah memulakan serangannya dengan kenyataan Annuar Musa bahawa beliau menyokong pelaksanaan Hudud di Kelantan. Sehari selepasnya MCA menyerang DAP kerana gagal menghalang hukum Hudud dilaksanakan. Sekali lagi DAP dan PAS akan berlaga. Isu Hudud yang tiba-tiba timbul adalah serangan terancang Umno menjelang Muktamar PAS bagi menaikkan sokongan golongan anti PR kepada barisan calon berhaluan kanan pada pemilihan kelak. Sebelum ini, spekulasi telah bertiup kencang sejak mutaqa ulama di Kota Sarang Semut, Kedah dua bulan lalu terdapatnya ura-ura PAS akan meninggalkan PR. Malah di peringkat Dewan Ulama, perdebatan isu tersebut tidak pernah selesai sejak kerjasama PAS bersama-sama PKR dan DAP pada 1999 lalu. Dewan Ulama menentang kerjasama bersama parti-parti bukan bertunjangkan Islam, apatah lagi yang datang dari serpihan Umno. Alasan dikemukakan, PAS pernah dikecewakan oleh Semangat 46 dalam kerjasama tahun 1989 – 1996. Sejak itu, mana-mana parti yang bukan memperjuangkan Islam secara total diragui komitmen mereka. Apatah lagi penyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang dilihat liberal pada kaca mata ulama PAS. Menentang pendapat itu adalah agenda tahaluf siyasi yang dibawa Presiden PAS almarhum Fadhil Noor, yang kebetulan abang angkat Anwar Ibrahim. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 16 Nov 2013 05:36 AM PST Pelajar 5A UPSR Dapat Hadiah Kereta – Antara Kejahilan Bapa Dan Kedengkian Masyarakat Pelbagai berita tentang reaksi masyarakat selepas keputusan UPSR diumumkan baru baru ini. Isu hadiah Mini Cooper ini menjadi hangat mengiringi kejayaan seorang anak seorang peniaga ayam yang mendapat 5A di Kota Bharu. Walaupun telah banyak diulas di media sosial dan akhbar, namun pembaca tetap meminta kami memberikan ulasan kami kerana kononnya ulasan kami selalunya berbentuk ilmiah yang adil dan lain dari yang lain. Kami ucapkan terima kasih dan bersyukur kehaderat Allah atas penilaian positif yang diberi. InsyaAllah akan kami kongsikan ulasan kami secara akademik Islam berdasarkan pertimbangan sunnah dan fitrah sebagai seorang Muslim semampunya. Bagi yang belum membaca berita tersebut, ada kami paparkan di blog kami. Sila klik link berikut. http://prihatin.net.my/v3/ |
"Apes" And The Billion-Ringgit Consultants Posted: 16 Nov 2013 04:41 AM PST A Kadir JasinON last June 27, I published in this blog a posting entitled Malaysian Parliament vs Animal Planet. Can read here.On Nov 14, judging from media reports, the Dewan Rakyat was transformed from the more respectable Animal Planet into a mere zoo.It was the climax of yet another uncivilized behaviour of our elected representatives, when the opposition PKR member from Padang Serai, N. Surendran was suspended for six months for allegedly insulting Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia outside the House on Nov 12.How I wish the government of Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak acts equally swiftly and decisively on the plights of the rakyat, like the plan by the Kuala Lumpur City Hall to hike assessment rates by as much as 200% or the spike in deadly shootings around the country.It is interesting that the National News Agency, Bernama should use the term "allegedly" to describe the circumstance surrounding the Surendran's suspension.Does this mean that the charges against the PKR member were never conclusively proven?According to Bernama, the suspension motion, which was tabled by Minister in the Prime Minister's Department Nancy Shukri amid protest by members of the opposition, was passed via block voting.The opposition questioned the legitimacy of the motion, triggering a heated argument, which lasted almost 90 minutes. When the division was called by Deputy Speaker, Datuk Ronald Kiandee, 92 BN parliamentarians voted for the motion while the opposition representatives abstained. Read More / Baca Lagi >> |
Ejen CIA di pejabat AG, SAMM buat 9 laporan polis Posted: 16 Nov 2013 04:38 AM PST SHAH ALAM 16 NOV – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat sembilan laporan polis di seluruh negara hari ini bagi menggesa polis menyiasat dakwaan wujudnya ejen perisikan Amerika (CIA) di pejabat Peguam Negara. Ini berikutan laporan media yang mendakwa wujud satu akuan bersumpah menggambarkan penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam membuat tuduhan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat – agen perisikan asing (CIA). Selain itu, SAMM Kelantan akan membuat laporan di IPD Bachok esok manakala SAMM Selangor di IPD Sungai Besar pada Isnin ini. Ketua Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata polis perlu mengambil tindakan progresif menyiasat dakwaan yang dikemukakan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam akuan bersumpah. "Kita bertegas pihak polis ambil tindakan untuk siasat perkara ini. SAMM Kebangsaan dan SAMM Wilayah akan membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pada 24 November ini. Read More / Baca Lagi >> |
Peguam setuju ketelusan diperlukan dalam kenaikkan pangkat hakim Posted: 16 Nov 2013 04:36 AM PST Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) perlu lebih telus dan terbuka dalam kenaikkan pangkat hakim, kata kumpulan peguam hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL). Pengasas bersama LFL, Eric Paulsen memberitahu kepada The Malaysian Insider ketika tiada ketelusan sebenar dalam perlantikan mahupun kenaikkan pangkat para hakim. Petunjuk paling muda adalah dalam menaikkan pangkat seseorang hakim bergantung kepada keseniorannya tapi ini tidak berlaku. Terdapat lebih banyak hakim baru yang naik pangkat daripada senior. "Kenaikkan secara cepat Zaki tidak telus dan sudah tentu tidak mempunyai asas kriteria tertentu. Ada hakim-hakim yang lebih kanan daripada Zaki semasa beliau dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan," kata Paulsen. "Sebaik beberapa tahun dilantik ke Mahkamah Persekutuan, Zaki dilantik pula sebagai Ketua Hakim. Beliau tidak dikenali sangat semasa dilantik di Mahkamah Persekutuan jadi ia timbulkan rasa kurang senang." Kenyataan Paulsen keluar sejurus ucapan oleh bekas hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham buat kali pertama selepas bersara empat bulan lalu berkata di dalam majlis anjuran Majlis Peguam Pahang di Kampus Cawangan Universiti Islam Antarabangsa di Indera Mahkota. Singham, 65, menyeru pentadbir perundangan untuk adil kepada hakim dan pegawai mahkamah apabila melibatkan soal kenaikan pangkat, kerana ia seharusnya bebas tanpa diskriminasi dan campur tangan pihak berkuasa. Read More / Baca Lagi >> |
MCA@BN selar DAP gagal halang Hudud di Kelantan Posted: 16 Nov 2013 02:10 AM PST MCA membidas lawannya DAP kerana gagal menghalang rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada melaksanakan hukum Hudud, susulan pengumuman hasrat kerajaan PAS negeri Kelantan meneruskan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut. Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok (gambar), berkata sebarang kenyataan DAP yang lantang mengkritik pelaksanaan hukum Hudud tidak relevan lagi. "Kenyataan ketua Mahkamah Syarie Kelantan yang sedia melaksanakan Hudud jika kerajaan negeri sedia menguatkuasakannya membuktikan sebarang kenyataan oleh pemimpin DAP mengenai Hudud tidak relevan lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Pemimpin Pakatan sengaja cuba melindungi tindakan PAS. "Mereka sering berkata hukum Hudud yang dibawa PAS tidak akan dilaksanakan tanpa konsensus. Namun, tiada sebarang tindakan di kalangan pemimpin Pakatan diambil untuk mengkritik PAS," katanya. Loh berkata, tidak akan ada jalan untuk berpatah balik sekiranya pelaksanaan hukum Hudud tetap diteruskan. "Ia jelas menunjukkan kerajaan negeri sedia ada meluluskan pelaksanaan hukum Hudud PAS. "Jika dikuatkuasakan, tiada jalan berpatah balik. Apa janji sekali pun oleh pembangkang, ia pasti sudah terlambat," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Pendokong Mursi Berdemonstrasi Bantah Sistem Kehakiman Yang Berat Sebelah Posted: 16 Nov 2013 02:05 AM PST Dalam pernyataannya, pakatan tersebut menyebutkan bahawa bukti keterlibatan pihak kehakiman dengan kudeta di Mesir sudah sangat jelas. Pakatan berkenaan meminta para elit peradilan agar tidak mengotorkan pakaian kehakiman yang bersih, dan agar menghentikan tindakan-tindakan yang merendahkan martabat kehakiman. Pakatan itu mengambil contoh pengadilan Presiden Mursi dalam kes terbunuhnya dua orang demonstran di istana Ittihadiyah. Hal itu melanggar perlembagaan di dalam mengadili seorang presiden. Selain itu, pengadilan hanya membahas kematian dua orang penentang Presiden Mursi, sedangkan kematian pendukung Presiden Mursi yang jauh lebih banyak lansung tidak mendapatkan perhatian. Contoh yang lain adalah adanya 12 orang mahasiswa Al-Azhar yang dihukum 17 tahun penjara dalam kejadian pejabat Syeikh Al-Azhar. |
Raja Nazrin: Kekukuhan badan kehakiman, kemantapan sistem keadilan prasyarat untuk kemajuan negara Posted: 16 Nov 2013 02:03 AM PST Badan kehakiman yang kukuh serta sistem keadilan yang mantap merupakan prasyarat bagi pertumbuhan dan kemajuan negara, kata Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah (gambar). Baginda bertitah, dalam masyarakat demokratik seperti Malaysia, sistem undang-undang menjadi tonggak utama yang menjamin bahawa setiap pihak mendapat layanan secara adil dan saksama. "Oleh itu, mahkamah dan peguam mempunyai peranan penting dalam memulihara hak, kesaksamaan dan kebebasan yang dijamin perlembagaan," titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Syarahan Undang-undang Badan Peguam Perak 2013 di Ipoh hari ini. Titah baginda ini kerana setiap warganegara mengharapkan wujudnya sistem undang-undang yang tidak boleh dinodai. Read More / Baca Lagi >> |
Kerajaan Pusat perlu matang beri peruntukan MP Pakatan Posted: 16 Nov 2013 02:02 AM PST SHAH ALAM 16 NOV : Kerajaan Umno-BN yang kini melebihi setengah abad menerajui pemerintahan negara digesa untuk bersikap lebih matang dan terbuka dalam isu pemberian peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat (PR). Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata memang terdapat peruntukan kepada setiap kawasan Parlimen namun ianya tidak disalurkan secara terus kepada Ahli Parlimen PR. Menurut beliau, tindakan itu menyebabkan pelbagai rancangan pembangunan terganggu di kawasan yang dimenangi PR, seterusnya mengkhianati amanah rakyat yang mengundi. "Kerajaan seharusnya meletakkan titik noktah kepada permasalahan yang berlarutan sekian lama ini dan mengambil pendekatan yang memenangkan rakyat di akhirnya. "Kalau benar-benar menjunjung demokrasi seperti diuar-uarkan selalu, maka Umno-BN perlu lebih terbuka dan mementingkan rakyat serta jangan politikkan peruntukan ini," ujar Shamsul yang dihubungi Selangor Kini. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 16 Nov 2013 01:59 AM PST KUALA LUMPUR, 16 NOVEMBER: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan di Parlimen, Isnin ini mengenai kelonggaran Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sehingga menyebabkan seorang pelancong dari Taiwan ditembak mati dan isteri mangsa diculik kumpulan yang disyaki pengganas Abu Sayyaf di Pulau Pom Pom berhampiran Semporna, awal pagi semalam. Ketua Parlimen DAP, Patah Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya berkata, Najib perlu memaklumkan kepada Parlimen supaya Esscom mengetatkan kawalan keselamatan supaya kejadian pembunuhan dan penculikan oleh pengganas Filipina tidak berulang di Sabah.Katanya, laporan awal menyatakan bahawa sekumpulan lelaki lengkap bersenjata tiba di pusat peranginan Mandur Pom Pom dan menyerbu restoran serta melepaskan beberapa das tembakan di pusat peranginan yang ketika itu hanya dilanggani oleh pasangan pelancong dari Taiwan itu. Mangsa yang dikenali Lim Min Hsu, 57, terkena dua das tembak pada bahagian dada dan rusuk dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isteri mangsa, Lim Min Hsu, 57, dilarikan kumpulan bersenjata terbabit dengan sebuah bot kecil ke arah Filipina selatan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi. "Pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom Pom itu memberi tamparan hebat kepada usaha memulihkan keyakinan pelancong dan orang ramai terhadap kawalan keselamatan di Sabah selepas pencorobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, pada Februari lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Pemegang PhD Perancis dedah kajian terhadap Pekida Posted: 16 Nov 2013 01:50 AM PST Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di Malaysia, Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida atau Tiga Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan Islam. Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya yang berwarna merah (untuk darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam). Lemiere berkata berdasarkan temubualnya yang luas dengan anggota-anggotanya dan carian di internet, kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik. Pekida, menurut kajian Sophie, adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO. Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah. Lemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan Pekida . Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang. 'Kuasa dan wang jadi pendorong ' Katanya, objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza. Read More / Baca Lagi >> |
Hudud di Kelantan masih perlu kelulusan Putrajaya, kata penganalisis Posted: 15 Nov 2013 11:03 PM PST Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof, berkata cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan masih memerlukan kelulusan Putrajaya sekiranya kerajaan negeri PAS masih berhasrat untuk meneruskannya. Beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang jenayah masih lagi tertakluk di bawah kerajaan pusat seperti peruntukan Senarai 1, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan. "Undang-undang Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan pusat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagaimanapun, katanya, jika kerajaan PAS Kelantan tetap dengan pendirian tersebut mereka perlu melakukannya dengan meminta Parlimen menggubal undang-undang sedemikian bagi membolehkan hukum Hudud dilaksanakan. "Jika negeri tetap mahu melaksanakan hukum Hudud ini, ia boleh dilakukan dengan meminta kerajaan pusat (Parlimen) membuat undang-undang bagi hal yang sedemikian seperti yang terdapat dalam Perkara 76(1)(c)," katanya. Agus berkata, bagi mendapatkan kelulusan tersebut kedua-dua pihak kerajaan negeri dan pusat perlu bertolak ansur mengenai pelaksanaan undang-undang Islam tersebut, jika tidak ia akan menimbulkan percanggahan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara. "Jika dilaksanakan juga, maka ia bertentangan dengan Perkara 75 perlembagaan yang menyatakan: Jika mana-mana undang-undang negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang negeri dan undang-undang negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan