RAKYAT MARHAEN |
- Sultan berjiwa rakyat, disanjung lagi disukai
- Jenazah pegawai Jaip selamat dikebumikan
- Muktamar 59: Awas jarum musuh dalam kempen pemilihan PAS
- Suspek bunuh pegawai AmBank adalah warga Indonesia...siapa dalang IC Palsu..??
- BENARKAH IC PEROMPAK AMBANK PALSU..!!!
- Al-Wathan Mesir: Kenyataan rasmi PAS petang ini
- Muktamar 59: Mat Sabu 10 tahun ke hadapan berbanding Mohd Amar - Penganalisis
- Kempen anti GST, TPPA Pakatan Rakyat bermula di Lembah Pantai
- NFC: Shahrizat tarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi, Zuraida
- Debat antara pimpinan : Bersediakah PAS memulakan tradisi keilmuan sebegini?
- Dapat Cara Haram..Tumbang Pun Haram Jadah: Dengarnya Lebih Dari Dua ADUN Perak Sedang 'Berbulu' Dengan Zambry
- Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin
- Komplot bunuh penggempur Syiah
- Muktamar 59: Populariti kelebihan Mat Sabu - Penganalisis
- Peningkatan jenayah berterusan bukti Malaysia tidak lagi selamat
- Kes PKFZ: Siapa kena dakwa selepas Dr Ling bebas..???
- The battle for control of Syrian army base
- Typhoon Deaths Rise Dramatically in Philippines
- Al Jazeera Investigates - Killing Arafat
- Jenayah bunuh: Kerajaan jangan tipu diri sendiri
- Tuan Guru Abdul Hadi sebagai pimpinan sebenar kepada seluruh ikhwan muslimin
- ‘Penahanan suspek tembak isteri tak mampu hilangkan kesedihan saya’
- Abim kecam pembunuhan ketua penguatkuasa JAIP
- Suspek bunuh pegawai bank sembunyi di rumah kosong sepanjang pelarian
- Syria: Who holds the key to Geneva II?
Sultan berjiwa rakyat, disanjung lagi disukai Posted: 10 Nov 2013 07:50 PM PST GELARAN 'Sultan berjiwa rakyat' begitu sinonim dengan baginda yang merupakan Sultan Kelantan ke-29, walaupun diputerakan sebagai anak raja namun jiwa tersebut sudah wujud sejak azali menyebabkan baginda disenangi semua golongan. Merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid, baginda yang diberi nama Tengku Muhammad Faris Petra, berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebaik dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Oktober 2010. Difahamkan, pemilihan gelaran tersebut sebagai kesinambungan kepada sejarah salasilah negeri Kelantan apabila sultan terakhir menggunakan gelaran Sultan Muhammad IV, berkebetulan pula dengan nama baginda Muhammad, menyebabkan gelaran tersebut menjadi pilihan pertamanya. Baginda yang begitu disanjung tidak kekok untuk menjalankan aktiviti bersama rakyat, malah baginya melakukan perkara disukai tanpa mengira pangkat dan darjat akan lebih memberi kepuasan. Sikap baginda yang tidak pernah berkira untuk membantu rakyat dalam kesusahan dan kesempitan, ditimpa musibah serta berdepan masalah kesihatan juga boleh menjadi contoh terbaik kepada masyarakat. Tubuh Yayasan Sultan Kelantan Sikap terpuji itu turut diadaptasikan dengan penubuhan Yayasan Sultan Kelantan, bertujuan untuk mengetengahkan penjagaan kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat negeri ini. Tidak mustahil jika baginda mempunyai tempat yang begitu istimewa di hati rakyat tanpa mengira usia, dan latar belakang, malah kehadiran dalam masyarakat sentiasa ditunggu-tunggu walaupun sekadar kunjungan ringkas. |
Jenazah pegawai Jaip selamat dikebumikan Posted: 10 Nov 2013 07:48 PM PST KUANTAN - Jenazah Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak semalam, selamat dikebumikan hari ini. Lebih 500 anggota keluarga, saudara-mara serta rakan Allahyarham berada di tanah perkuburan Jalan Bukit Ubi di sini ketika jenazah dikebumikan pada pukul 10.20 pagi tadi. Terdahulu jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota. Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpanya tengah hari semalam di kediamannya di Indera Mahkota 2 di sini. Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback warna putih. Polis mengesahkan kes bermotifkan bunuh. - Bernama |
Muktamar 59: Awas jarum musuh dalam kempen pemilihan PAS Posted: 10 Nov 2013 07:31 PM PST ANALISIS: Menjelang pemilihan PAS kali ini, akhbar-akhbar media perdana akan memberikan ruang yang secukupnya untuk melagakan pihak-pihak yang bertanding sempena Muktamar Tahunan PAS ke-59 kali ini. Akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia yang terkenal dengan kes kalah saman fitnah, sikap tegasnya menolak hukum Allah dan pernah menuduh PAS parti sesat serta menghina ulama seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiba-tiba menjadi akhbar yang sayangkan PAS apabila membuat liputan bersungguh-sungguh terhadap pemilihan kali ini. Begitu juga akhbar milik MCA seperti The Star yang sebelum ini mengambil setiap peluang untuk menakut-nakutkan bukan Islam kepada PAS, tiba-tiba dilihat cuba mempromosi PAS pula. Para calon yang sedang bertanding dinasihatkan berhati-hati dengan taktik dan soalan yang diberikan akhbar-akhbar ini. Kesemua tulisan mereka untuk memuji mahupun mengkritik seseorang sebenarnya sudah dimasukkan jarum untuk memecahkan PAS. Read More / Baca Lagi >> |
Suspek bunuh pegawai AmBank adalah warga Indonesia...siapa dalang IC Palsu..?? Posted: 10 Nov 2013 07:30 PM PST Suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan pegawai AmBank dalam satu rompakan lebih dua minggu lalu dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Sulawesi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek dikenali sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, dari Desa Latugoh, Kacamatan Lawa, Sulawesi. Katanya, Laode Ardina menggunakan dokumen pengenalan palsu dengan nama sebagai Ardi Hamzah dari Sabah untuk memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. Laode Ardina yang menyamar menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Bakar pada 23 Oktober sebelum melarikan RM450,000. Polis percaya sejumlah besar wang disimpan oleh rakan Laode Ardina, seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Joemar. "Kami tahu suspek yang berada dalam tahanan melakukan jenayah dengan bantuan seorang rakan yang masih lagi bebas," kata Khalid kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini. Semalam, polis menahan Laode Ardina di Johor semasa cuba melarikan diri ke luar negara. |
BENARKAH IC PEROMPAK AMBANK PALSU..!!! Posted: 10 Nov 2013 06:53 PM PST Betulkah IC perompak AMBANK palsu.
|
Al-Wathan Mesir: Kenyataan rasmi PAS petang ini Posted: 10 Nov 2013 06:46 PM PST KUALA LUMPUR: PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini berhubung laporan akhbar prokerajaan reim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim. Read More / Baca Lagi >>Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun. Beliau juga mendakwa, tanzim antarabangsa ikhwan telah meletakkan fasal baru dalam undang-undang tubuhnya iaitu jawatan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir yang disandang Dr Muhammad Badie hanya simbolik sahaja manakala yang sebetulnya adalah jawatankuasa pengurusan antarabangsa. "PAS sedang meneliti kandungan laporan akhbar Al-Wathan dari Mesir yang menyiarkan berita mengenai Presiden PAS. "Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan lewat hari ini mengenai hal ini oleh Setiausaha Agung PAS," kata setiausaha politik kepada Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kepada Harakahdaily. |
Muktamar 59: Mat Sabu 10 tahun ke hadapan berbanding Mohd Amar - Penganalisis Posted: 10 Nov 2013 06:44 PM PST Penyandang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempunyai kelebihan 10 tahun ke hadapan daripada segi politik berbanding pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagi perebutan jawatan kedua tertinggi parti Islam itu, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Kebangsaan (MPN), Profesor Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Dr Shamsul berkata, pengalamannya dalam perjuangan parti serta kepimpinan yang sangat luas menyebabkan nama Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu lebih dikenali masyarakat. "Mungkin kerana sikapnya yang suka turun padang, bersalam dengan orang ramai, bagi seminar dan forum menjadikan beliau lebih menonjol. Read More / Baca Lagi >> |
Kempen anti GST, TPPA Pakatan Rakyat bermula di Lembah Pantai Posted: 10 Nov 2013 06:41 PM PST Pakatan Rakyat (PR) memulakan kempen anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di kawasan Parlimen Lembah Pantai malam tadi. Dengan kehadiran lima panel yang terdiri daripada pemimpin ketiga-tiga parti dalam PR - PAS, PKR, DAP - ceramah di Dewan Gasing Indah, Petaling Jaya itu menyaksikan sekitar 150 penduduk setempat hadir mendengar penerangan berhubung GST dan TPPA. "Kita bukan menjalinkan kerjasama dengan Barrack Obama, dia baik. Kita tandatangan TPPA dengan syarikat korporat Amerika Syarikat (AS) yang hanya mementingkan keuntungan," kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dalam ucapannya malam tadi. Dalam ceramah anjuran PAS dan Pejabat ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Wong Chen bagaimanapun turut mengakui pembangkang tidak akan berupaya menghalang sekiranya Putrajaya bertekad untuk menandatangani perjanjian yang disifatkannya sebagai "bentuk penjajahan baru AS." "Kita tiada kuasa untuk menghalang TPPA di Parlimen. Memang susah, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) komited untuk menandatangani perjanjian dengan korporat AS. "Kita perlu bersedia menjaga ekonomi kita sekiranya TPPA ditandatangani," katanya. Wong Chen mendakwa, AS meletakkan 400 peguam mereka untuk meneliti terma perjanjian berkenaan, sedangkan Malaysia dakwanya hanya meletakkan kurang 30 peguam untuk meneliti TPPA. "Macam mana hendak lawan?. "Kita tidak tolak perjanjian bebas kerana ia baik untuk membasmi kemiskinan, namun kita hendak pastikan ia tidak disalahgunakan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
NFC: Shahrizat tarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi, Zuraida Posted: 10 Nov 2013 06:39 PM PST Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan. Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC). |
Debat antara pimpinan : Bersediakah PAS memulakan tradisi keilmuan sebegini? Posted: 10 Nov 2013 04:31 PM PST Prof Mohammad Agus Yusoff Saya dijemput untuk menjadi moderator debat antara Saudara Suhaizan Kayat dan Zulhazmi Sharif, dua calon Ketua Pemuda PAS pada 13 November ini di Kedah. Saya teruja untuk pergi dan memohon tarikh tersebut ditukar kerana 13 November saya tidak boleh hadir justeru terlibat dengan kuliah kelas Sarjana saya sehingga ke malam. Saya mahu terlibat dalam forum sebegini kerana inginkan corak baru politik Malaysia, iaitu calon-calon yang menawarkan diri perlu dinilai keberanian dan keyakinan menyampaikan wawasan mereka kepada para ahli. Letih nanti apabila dilantik menjadi pemimpin, tidak cekap dalam menjawab soalan. Atau apabila berada di parlimen diam membisu tanpa banyak peranan yang efektif. Saya melihat parti lain tidak ada debat sebegini. UMNO tidak mengambil peluang untuk melakukannya dalam pemilihannya yang lalu. Maka apabila Pemuda PAS melakukannya saya gembira. Saya selalu berharap agar forum sebegini dijadikan suatu tradisi dalam pemilihan pemimpin bagi semua parti supaya ahli mempunyai maklumat untuk mengenali kebolehan dan wibawa para pemimpin yang bakal mereka pilih. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 10 Nov 2013 04:18 PM PST Walaupun Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir menyatakan isu kemungkinan dua orang ADUN dari negeri itu akan melompat parti merupakan hanya khabar angin dan mainan politik semata-mata, wajah beliau yang dilihat kurang ceria sejak kebelakangan ini mungkin menggambarkan hakikat sebenarnya gelora politik yang sedang berlaku di negeri itu. Mulutnya mungkin berkata tiada apa-apa tetapi gambaran suram pada wajahnya yang disedari oleh ramai orang kebelakangan ini seperti menunjukkan kemungkinan itu ada kebenarannya. Zambry ketika ini seperti sedang menghadapi tekanan daripada kelompok tertentu serta dalam misi menyelesaikan masalah yang jika gagal diselesaikan dengan baik, bakal menyebabkan kerajaan BN Perak tumbang dan digantikan dengan Pakatan Rakyat. Beberapa maklumat yang diperolehi daripada negeri Perak juga mengakui kejadian melompat parti oleh ADUN BN Perak memang tidak mustahil kerana ketika ini semakin ramai yang tidak puas hati dan sedang "berbulu" dengan Menteri Besar Perak itu. Dua hari lalu, dilaporkan melalui laman Twitter bahawa dua orang ADUN BN Perak bakal melompat parti menyertai Pakatan Rakyat dan mereka berkenaan sudah pun mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Meskipun tidak disebut nama dua ADUN berkenaan, adalah dilaporkan mereka itu adalah ADUN senior di Perak. Mereka dikatakan kecewa kerana tidak diberi kedudukan dan jawatan dalam kerajaan negeri, selain Zambry juga didakwa tidak lagi memberi perhatian dan semakin kurang meminta nasihat daripada pemimpin-pemimpin lama sama ada dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri mahu pun parti. Sikap ini nyata berbeza ketika mula-mula menjadi Menteri Besar Perak dahulu di mana Zambry ketika itu sering meminta nasihat dan pandangan daripada mereka, tetapi selepas PRU 13 lalu perkara itu tidak lagi dilakukannya dan ini menyebabkan mereka rasa tidak lagi dihargai. Read More / Baca Lagi >> |
Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin Posted: 10 Nov 2013 04:03 PM PST Oleh Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga 'ketidak fahaman' tok kadi dan seterus pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat 'nikmat seks' secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung. MANGSA NAFSU SOMBONG Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf 'jenama keluarga'. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah lagi jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat 'nafsu seks' hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya 'ditumbangkan' seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:"Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; 'kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?". Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya. Read More / Baca Lagi >> |
Komplot bunuh penggempur Syiah Posted: 10 Nov 2013 03:45 PM PST KUANTAN – Sekumpulan tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah putih bertindak kejam apabila berkomplot menembak mati seorang ustaz yang terkenal dengan ketegasannya dalam menggempur ajaran Syiah dan maksiat di negeri ini dalam kejadian di Indera Mahkota 2 di sini semalam. Kejadian menggemparkan pada pukul 1.55 petang itu mengakibatkan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, terbunuh selepas terkena tembakan dari jarak dekat di dada dan kerongkongnya. Difahamkan, mangsa merupakan seorang yang tegas terutama dalam membanteras isu Syiah dan maksiat di negeri ini. |
Muktamar 59: Populariti kelebihan Mat Sabu - Penganalisis Posted: 10 Nov 2013 03:42 PM PST Populariti adalah sandaran terbaik buat penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bagi mempertahankan kedudukan itu berbanding pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Kebangsaan (MPN), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu lebih 10 tahun terkedepan daripada pencabarnya dalam arena politik. Menurutnya, disebabkan pengalamannya dalam perjuangan parti serta kepimpinannya sangat luas, maka nama Mat Sabu lebih dikenali masyarakat. "Mungkin kerana sikapnya yang suka turun padang, bersalam dengan orang ramai, bagi seminar dan forum menjadikan beliau lebih menonjol. "Namanya juga sering disebut berbanding Mohd Amar. Mungkin Mohd Amar hanya terkenal di Kelantan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Peningkatan jenayah berterusan bukti Malaysia tidak lagi selamat Posted: 10 Nov 2013 03:39 PM PST PAS menyifatkan Malaysia tidak lagi selamat berhubung kejadian jenayah berat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih bermain angka statistik untuk menyakinkan rakyat bahawa negara berada dalam keadaan selamat. "Peningkatan kadar jenayah berat kini menuntut kerajaan supaya meneliti kelemahan ketara dalam kawalan kemasukan senjata api ke negara ini. Kebanjiran warga asing yang tidak terkawal turut menjadi penyumbangnya. "Adakah kerana penjenayah tahu mereka mudah terlepas daripada tuduhan atau kecuaian polis dan penguatkuasaan menjadi punca penjenayah semakin berani," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Kes PKFZ: Siapa kena dakwa selepas Dr Ling bebas..??? Posted: 10 Nov 2013 03:38 PM PST Pembebasan Tun Dr Ling Liong Sik dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) oleh mahkamah menimbulkan persoalan siapakah yang akan didakwa berhubung "faedah dua kali ganda" dalam perjanjian tanah kontroversi itu. Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng, berkata perlu ada pihak yang bertanggungjawab walaupun Jabatan Peguam Negara mempunyai hak untuk tidak membuat rayuan terhadap pembebasan bekas menteri pengangkutan itu. "Saya gembira Dr Ling dibersihkan daripada kes itu. Tetapi, seseorang perlu bertanggungjawab terhadap kerugian RM720 juta itu, ia adalah wang pembayar cukai," kata ahli politik yang bertanggungjawab membuat laporan polis empat tahun lalu sekaligus memulakan pendakwaan kes PKFZ. "Jadi, adakah peguam negara akan mendakwa pegawai-pegawai itu, " katanya. Read More / Baca Lagi >> |
The battle for control of Syrian army base Posted: 10 Nov 2013 03:30 PM PST |
Typhoon Deaths Rise Dramatically in Philippines Posted: 10 Nov 2013 03:29 PM PST |
Al Jazeera Investigates - Killing Arafat Posted: 10 Nov 2013 03:26 PM PST |
Jenayah bunuh: Kerajaan jangan tipu diri sendiri Posted: 10 Nov 2013 07:54 AM PST KUALA LUMPUR: PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mohd Rafli Ab Malik (gambar) yang terkorban dalam kejadian tembakan petang tadi. Read More / Baca Lagi >>"PAS mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam ini," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan. Katanya, pemergian Mohd Rafli merupakan satu kehilangan seorang pegawai penguatkuasa yang sentiasa tegas dalam menjalankan tugasnya. "Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tambahnya, tragedi itu sangat mengerunkan rakyat Malaysia dan amat dikesali dalam keadaan pihak kerajaan menjamin negara dalam keadaan aman. Semalam, ujarnya rakyat dikejutkan dengan penculikan Freddie. Sebelum ini, seorang pegawai operasi AmBank Norazita Abu Bakar terkorban dalam kejadian rompakan di bank oleh seorang warga asing yang memilik IC palsu. |
Tuan Guru Abdul Hadi sebagai pimpinan sebenar kepada seluruh ikhwan muslimin Posted: 10 Nov 2013 06:32 AM PST Ini adalah satu pengiktirafan kepada tghh daripada ikhwan sedunia. Maka pada pendapat ana, tidak wajar lagi jemaah jemaah islamiyyah di malaysia yang lain tidak wala' kepada pimpinan pas. Tghh sudah dipilih sebagai pemimpin ikhwan sedunia. Allahu akbar! |
‘Penahanan suspek tembak isteri tak mampu hilangkan kesedihan saya’ Posted: 10 Nov 2013 06:20 AM PST SHAH ALAM 10 NOV : Suami Allahyarham Norazita Abu Talib yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di Ambank USJ Sentral 2, Subang Jaya, 23 Oktober lalu hari ini melahirkan rasa lega selepas suspek utama kes itu ditangkap polis di Johor Bharu awal pagi tadi. Bagaimanapun, Irwan Kamaruddin, 37, berkata penangkapan suspek yang merupakan Pengawal Keselamatan itu tetap tidak dapat menghilangkan kesedihan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau dan dua anaknya yang memerlukan belaian seorang ibu. "Saya puas hati dengan tertangkapnya suspek dan berharap dia akan mendapat hukuman yang seberat-beratnya tetapi macam mana sekalipun masih tidak dapat hilangkan kesedihan kami sekeluarga. "Saya percaya pihak pendakwa akan bersedia dengan bukti dan saksi bagi memastikan suspek tidak terlepas dari hukuman yang setimpal. "Bagaimanapun kita sebagai seorang Islam, saya terima yang pergi tetap pergi tidak dapat dikembalikan lagi walaupun pembunuh itu menerima hukumannya nanti," kata Irwan ketika dihubungi Selangor Kini hari ini. Mengulas lanjut, Irwan melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak polis dan orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penangkapan tersebut. Irwan juga berharap agar kejadian yang menimpa isteri beliau dijadikan pengajaran kepada semua pihak bertanggungjawab. Read More / Baca Lagi >> |
Abim kecam pembunuhan ketua penguatkuasa JAIP Posted: 10 Nov 2013 05:51 AM PST Pengerusi Abim Amidi Abdul Manan berkata, pembunuhan tersebut satu tindakan tidak wajar kerana Islam tidak membenarkan nyawa diambil secara sesuka hati. "Memandangkan pelbagai khabar angin tersebar menerusi media, Abim menyeru masyarakat agar bertenang serta memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya. Amidi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan menyifatkan Ahmad Rafli sebagai seorang pegawai berdedikasi serta bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah. Ahmad Rafli meninggal dunia hari ini selepas ditembak oleh penjenayah di rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang sekitar jam 2 petang tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Suspek bunuh pegawai bank sembunyi di rumah kosong sepanjang pelarian Posted: 10 Nov 2013 05:49 AM PST KUALA LUMPUR - Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis. Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor. "Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas. "Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Syria: Who holds the key to Geneva II? Posted: 10 Nov 2013 04:45 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan