Jumaat, 1 November 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PENDUDUK KAMPUNG HAKKA MANTIN DITIPU HIDUP-HIDUP OLEH UMNO@BN

Posted: 01 Nov 2013 08:57 PM PDT

Media BN sembunyi isu Kampung Chubadak, riuh isu binaan haram Serdang Perdana

Posted: 01 Nov 2013 08:55 PM PDT

tian chua pc pkr 01
SHAH ALAM 2 NOV: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kesal dengan tindakan media arus perdana yang cuba mengaitkan isu perobohan struktur haram milik peniaga di Serdang Perdana dengan isu perkauman.
Beliau berkata, selain dipercayai bagi menjejaskan imej Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR), tindakna itu juga mampu menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
Tian Chua menegaskan, media arus perdana didapati cuba menyembunyikan isu perobohan rumah di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur, baru-baru ini, kerana bimbang menjejaskan imej kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Isu di Serdang Perdana ini sengaja disensasikan dengan perspektif perkauman untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan Selangor, tetapi nasib penduduk Kampung Chubadak langsung tidak disentuh," katanya ketika dihubungi TV Selangor, di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia, under Umno, morphing from Apartheid to NAZISM?

Posted: 01 Nov 2013 08:53 PM PDT

UMNO now appears to be hell-bent on serving only Malays. After all the Malays now form about 65% of the population and UMNO is going to increase the figure to 90% if not 99.99%. UMNO wants to make sure Malaysia is turned to a country just for the Malays.
The non-Malays can "balik negeri" (go back to their ancestral lands). After all, the Malayan peninsula was dubbed Tanah Melayu, not Tanah Cina, not Tanah India, not even Tanah Asli. Never mind that the term "Melayu" is more a political construct than a tribal grouping (like the Orang Asli) - since Malays comprise a diverse mix of genetics ranging from Austronesian, Micronesian, Sulawesian, Javanese, and Sumatran to Cambodian, Chinese, Thai, Filipino, Burmese, Indian, Turkish, Yemeni, and Arab. In the last century, a generous amount of Anglo-European DNA has also been added to the cocktail.
Indeed, the name Malaya derives not so much from being the Land of Malays as it does from the Tamil word for mountain, malai. As recently as 13,000 years ago, you could walk from what is now Peninsular Malaysia to Sumatra and Java. As the last glacial period ended, around 10,800 BCE, the sea level rose some 150 feet, creating what colonial geographers call the Malay Archipelago. In effect, Tanah Melayu is merely an unfounded claim – so long as a single Orang Asli insists he or she is NOT Melayu. Which is why the Orang Asli Affairs Department (JAKOA) has taken on the mission of systematically "assimilating" the Orang Asli through conversion to Islam. An anthropologist wryly noted that the Malays want the Orang Asli to become Malays – so they themselves can lay claim to being Orang Asli!
The fact that the United Malays Nationalist Organisation is better known as UMNO than Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu or PKMB reveals its colonial origins. The British worked out a deal with the Malay aristocracy, represented by Tunku Abdul Rahman, which would grant a semblance of political independence to Malaya – while allowing Britain to retain a firm grip on Malaya's rich natural resources.
In short, UMNO was founded on a gigantic deception. That's why they tend to spend so much energy and money on propaganda, hype and braggadocio, to cover up their deep-seated insecurity. Originally, the bulk of UMNO members were schoolteachers, junior civil servants, fishermen and farmers. By the time the party was declared illegal by Justice Harun Hashim in February 1988, it was largely populated by contractors, small entrepreneurs, and professional rent-seekers.
In its new incarnation as UMNO BARU, it became an extension of Mahathir Mohamad's insatiable lust for wealth and the power it brings. A breed of instant Bumi billionaires was artificially created by Mahathir, with the help of his finance minister Daim Zainuddin, as a personal power base. This gave rise to the UMNOputra or nouveau riche ruling elite who began to taste the intoxication of seemingly limitless wealth, luxury, and political influence. Every UMNO warlord who made his first million desired to imitate the regal lifestyles of the Sultans – so they went on to making their first billion, or rather stealing it!
To maintain their grip on the national purse-strings, they needed the unquestioning support of the rural Malays, whom they began to deliberately dumb-down by manipulating the education system and controlling the mass media. Having replaced English with Malay as the medium of instruction, they realized the advantages of effectively keeping the rural Malays monolingual and monocultural – insulated from outside influences and sheep-like in their religious indoctrination.
The various stages of UMNO's strategy
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah Allah: PAS tetap terima dialog perdamaian walaupun debat berterusan

Posted: 01 Nov 2013 08:52 PM PDT


Di kala perdebatan keputusan mahkamah mengenai kalimah Allah berterusan, pemimpin PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa (gambar) masih menerima jemputan untuk mesyuarat dan dialog di gereja.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau menerima lebih banyak jemputan sekarang berbanding sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan akhbar mingguan Katolik, Herald.
Mujahid berkata, jemputan itu kebanyakannya datang daripada gereja di Perak dan Pulau Pinang di mana beliau dikenali untuk memulakan dialog antara agama.
"Keputusan mahkamah dan perdebatan mengenainya tidak menjejaskan usaha saya untuk memulihkan hubungan keruh antara orang Islam dan Kristian. Respon penganut Kristian untuk dialog ini sangat menggalakkan," katanya.
Katanya, pemimpin agama mengiktiraf kalimah Allah menjadikan dialog antara dua agama menjadi lebih penting walaupun ahli politik dan kumpulan sayap kanan mengotorkan isu itu dengan kefahaman masing-masing berhubung keputusan mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Sidang Media: KEKAL Sungai Limau -1-11-2013

Posted: 01 Nov 2013 08:50 PM PDT

Sg Limau: Anwar kecam GST dan RM1.6 juta konsert K-pop

Posted: 01 Nov 2013 08:47 PM PDT

Rasuah, pembaziran melampau kerajaan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) antara isi ceramah yang ditekankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam siri ceramah di Sungai Limau malam tadi.
Bagaimanapun, Anwar tidak menolak pelaksanaan GST, tetapi mempersoal kaedah ia dilakukan yang didapati tidak kena pada masanya kerana masalah kebocoran dan ketirisan dalam kerajaan masih belum diatasi.
"GST adalah sebuah sistem yang baik dan saya akuinya. Tetapi, sebelum melaksanakannya, kerajaan terlebih dahulu perlu menangani isu rasuah, pembaziran melampau yang merugikan jutaan bilion ringgit, wang rakyat dan memperbaiki kualiti taraf hidup rakyat," katanya kepada penduduk Sungai Limau yang hadir ke ceramahnya di Simpang Tiga Luar.
Anwar kemudiaan membidas pembaziran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menghabiskan RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan artis K- pop mengadakan persembahan sempena Hari Belia pada tahun lalu.
"Mereka habiskan berjuta untuk konsert itu. Ini yang kami katakan, kerajaan berbelanja besar," katanya merujuk kepada pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru-baru ini mengenai pembiayaan konsert tersebut oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Selain itu, Anwar menyentuh isu dibangkitkan pengundi Sungai Limau yang terdiri daripada petani sawah padi iaitu antaranya ialah berkait dengan harga padi.
"Kerajaan tidak boleh melaksanakannya sekarang kerana harga padi masih tidak berubah. GST tidak boleh dilaksanakan dalam situasi ketika ini.
"Ini hanya akan menindas rakyat," katanya.
Terdahulu, Anwar menyampaikan tazkirah di surau, menjelajah untuk berceramah di beberapa kampung dalam Sungai Limau serta menyeru mereka untuk membuat pilihan yang tepat pada 4 November nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Parti menang dapat kelebihan jangka panjang

Posted: 01 Nov 2013 08:44 PM PDT


YAN - Walaupun Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau, Isnin ini, tidak akan mengubah stuktur kerajaan negeri Barisan Nasional (BN), tetapi keputusannya memberi impak yang besar kepada BN dan Pas dalam jangka masa panjang.   
Bagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, walau apa pun alasan dan persepsi PRK ini, kedua-dua parti tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.
BN mahu menang kerana kemenangan ini akan memberi impak besar kepada BN kerana DunSungai Limau adalah kubu kuat Pas dan kawasan bekas Menteri Besar dari Pas iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak, kata Dr Mohd Azizuddin yang juga Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada Bernama di sini.
"Kalau Pas kalah ia satu tamparan besar kepada Pas. Pemimpin Pas dan ahlinya akan lemah semangat. Ini beri kekuatan dari segi psikologi kepada BN, dan rakyat akan beri pernyataan sah yang lebih mantap lagi khususnya kepada agenda pembangunan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu," katanya.
Dr Mohd Azizuddin berkata, walaupun kempen kedua-dua pihak dilihat kurang agresif selepas proses penamaan calon pada 23 September lepas, sebenarnya ia agresif tanpa tidak ditunjukkan kerana kedua-dua parti menyedari akan sentimen tempatan, dan kerana itu penampilan calon-calon dilihat sederhana.
"Ini kerana penduduk di Dun Sungai Limau agak konservatif dan cara hidup bersederhana. Jadi penampilan calon perlulah bersederhana. Yang saya bimbang orang luar yang berkempen cara agresif tapi tak faham pendekatan dan cara hidup di Dun Sungai Limau.
Kesopanan dan tatasusila kena jaga ketika berkempen di sana," kata Dr Mohd Azizuddin.
Beliau berkata, peluang kedua-dua parti pada PRK kali ini dilihat  seimbang walaupun Dun Sungai Limau dikatakan kubu kuat Pas sejak 1995.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Lensa Anwar Beri Tazkirah Di Masjid Batu 16, Jalan Guar Chempedak

Posted: 01 Nov 2013 08:24 PM PDT

Sg Limau: Anwar Turun Padang..UMNO@BN jadi pening...!!!

Posted: 01 Nov 2013 08:22 PM PDT


Anwar Ibrahim masih punya aura yang hebat



Beberapa blog pro Bn menunjukkan kain rentang yang kononnya dipasang oleh penyokong PAS Sungai Limau yang menolak kehadiran Anwar Ibrahim ke sana.

Sebaliknya apabila Anwar Ibrahim hadir di Sungai Limau semalam, keadaan penuh sesak dengan manusia yang pastinya para penyokong PAS Kedah.

Tidak mungkin penyokong BN pula yang memenuhi ruang di kawasan ceramah Anwar Ibrahim.

Program Dato' Seri Anwar Ibrahim Di Sungai Limau 1 November 2013

1) 7.30 mlm: Tazkirah Maghrib di Masjid Batu 16 Pdg Lumat

2) 8.30 mlm: Makan malam di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Kg Setia Jaya, Ulu Sedaka

3) 9.15 mlm: Perjumpaan dengan masyarakat Cina di Pekan Sg Limau Dalam

4) 10.00 mlm: Ceramah Perdana di Simpang Tiga Sg Limau Luar

5) 11.00 mlm: Ceramah Perdana di Dulang Besar

Sg Limau: Perhitungan 48 jam terakhir UMNO@BN

Posted: 01 Nov 2013 08:20 PM PDT


Selepas 10 hari berlalu PRK Sungai Limau berlangsung, nampaknya ia tidak banyak berbeza dengan PRK di tempat lain – iaitu parti dari Pakatan Rakyat lawan Kerajaan Pusat. Andainya pengundi di Sungai Limau semuanya terdiri dari golongan tidak berparti lalu membuat keputusan berdasarkan kempen antara kedua pihak tersebut semata-mata maka calon PAS bukan setakat kalah tetapi hilang deposit.

Mana tidaknya PAS berkempen dengan kudrat parti semata-mata tetapi BN berkempen dengan kekuatan sebahagian besar kementerian yang terdapat di Putrajaya, duit dan habuan yang banyak untuk 'merasuah' pengundi  serta kempen menggunakan semua saluran media utama dalam negara.

Di mata dunia luar, mereka merasa aneh melihat amalan demokrasi yang berat sebelah lagi hodoh itu. Namun perkara yang lebih aneh dari itu ialah, dalam keadaan BN mempunyai kelebihan kekuatan umpama langit dengan bumi, parti tua itu terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan PAS bahkan belum tentu mereka akan menang nanti.

BN memasuki PRK Sungai Limau dalam keadaan tempang dan parut luka memenuhi badan. Maklumlah baru lepas berkelahi dalam pemilihan Umno. Belum sempat mencari formula perdamaian, terpaksa pula membuat pemilihan calon. Ditakdirkan calon BN yang terpilih tidak mengikut kehendak majoriti ahli Umno akar umbi.

Atas sebab tersebut, PRK Sungai Limau bagi BN adalah yang terlembab dalam siri PRK yang mereka lalui di seluruh negara. Jentera BN benar-benar digerakkan hanya selepas tiga, empat hari berlangsungnya penamaan calon. Tenaga membantu dari luar Kedah hanya muncul selepas seminggu penamaan calon. Gambar calon BN melalui banting, banner dan billboard hanya muncul selepas seminggu berkempen. Berbeza dengan PAS, segala persediaan logistik bermula seawal hari kedua berkempen.

Dari segi isu, PAS lebih banyak menyerang dan sasaran utamanya ialah Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Lima bulan sebagai Menteri Besar sudah cukup banyak kelemahan dan kegagalan yang tersenarai. Mukhriz dalam kenyataannya, mengambil sikap tidak mahu menjawab. Iyalah nak jawab apa lagi, memang betul pun semua dakwaan kegagalan anak bekas Perdana Menteri itu.  
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: BN salahguna jentera, wang kerajaan

Posted: 01 Nov 2013 08:14 PM PDT

MENJADI amalan BN dalam setiap kali kempen pilihan raya, jentera kerajaan umpama jentera parti mereka khasnya Umno. Kakitangan awam, agensi kerajaan dan peralatan kerajaan dipergunakan untuk tujuan politik mereka. Mengupas isu ini, wartawan Harakah, SARINA ISMAIL menemui Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar yang juga Pengerusi PRK Dun Sungai Limau

WARTAWAN: Sebagaimana menjadi amalan BN, menjelang pilihan raya, mereka menggunakan jentera kerajaan membantu kempen mereka. Bagaimana pula dengan kempen mereka di Sungai Limau ini?
MAHFUZ OMAR: Ya, perkara sedemikian juga berlaku di Sungai Limau. Pada hari penamaan calon misalannya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan jet eksklusif untuk hadir memberi sokongan terhadap calon BN. Ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Secara tidak langsung ianya meningkat perbelanjaan negara sedangkan program yang dihadirinya adalah program parti. Sepatutnya dia menggunakan kenderaan sendiri bukannya kenderaan milik kerajaan keranakita semua tahu, wang kerajaan adalah wang rakyat Malaysia, tidak mengira fahaman politik, kenapa ianya digunakan untuk programprogram kepartian. Jelas sekali menunjukkan pemimpin Umno tidak amanah dalam menguruskan harta milik rakyat.
Begitu juga, mereka sewenangwenangnya menggunakan sekolah, dewan orang ramai serta jentera kerajaan untuk tujuan kempen mereka. Kalau mereka boleh masuk ke premis seperti itu, PAS juga sepatutnya boleh melakukan perkara yang sama tetapi kenapa hanya mereka (BN) sahaja yang dibenarkan. Mereka menggunakan jawatan kerajaan untuk mendapatkan ruang sedangkan sah digunakan untuk kempen parti.
Apabila berlaku pilihan raya kecil, semestinya rezeki untuk penduduk di situ akan datang berlimpah-limpah dan tentunya penduduk Dun Sungai Limau juga tidak terkecuali, apa pandangan Dato'?
Saya bersetuju kita melakukan kebajikan kepada rakyat tetapi kenapa perlu tunggu berlakukan pilihan raya kecil atau sebagainya. Kebajikan ini sepanjang masa, bukannya bermusim tapi apa kita lihat sekarang, pemimpin BN tidak ikhlas dalam melakukan kebajikan kepada rakyat khususnya pengundi Sungai Limau. Sekiranya tiada pilihan raya kecil, BN tidak buat.
Dan pula apa makna pula selepas memberi, berpesan pula, "Jangan lupa ya 4 November ini." Tidakkah ini jelas menunjukkan kepada kita pemberian untuk memancing undi, sedangkan itu sememangnya hak rakyat tapi dimanipulasikan atas nama parti BN.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Reaksi pengundi menyebelahi PAS – Ustaz Azam

Posted: 01 Nov 2013 08:13 PM PDT

Seminggu menempuh kempen PRK N.20 Sungai Limau, calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat tetap bersemangat di sebalik kepadatan aktiviti yang disusun kepadanya. Di celah masa sibuknya wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM, bergegas menjejakinya. Beliau tetap tenang menjawab soalan diajukan.


WARTAWAN: Setakat ini adakah Ustaz ber puas hati dengan usaha kempen yang diadakan?
USTAZ MOHD AZAM: Alhamdulillah, sepanjang tempoh kempen ini kita masih teruskan perjumpaan de ngan pengundi. Usaha kita ini tidak terhad di kawasan- kawasan tertentu, te tapi pihak jawatankuasa telah menyelaraskan dengan setiap Unit Peti Undi (UPU) untuk kita turun seberapa banyak tempat dan menemui seramai mungkin pengundi.
Saya juga perhatikan di samping kita bertemu pengundi, kita juga hebahkan aktiviti kita di alam maya.
Ini kita harap beri kesan kepada pengundi-pengundi luar yang kebanyakannya generasi muda supaya mereka tahu kesungguhan kita mendekati penduduk.
Alhamdulillah, bila kita turun, kita diberi kata-kata rangsangan. Sahabat-sahabat petugas memberi semangat dan ada juga bekas pelajar, bekas guru saya.
Bagaimana Ustaz me lihat penerimaan pengun di, khususnya antara pengundi di Melayu dan Tionghoa?
Dalam dun ini majoritinya pengundi Melayu dan kita telah agihkan beberapa program dengan pengundi termasuk pengundi BN.
Setakat ini, reaksi dapat amat baik, tidak ada yang menolak atau mengungkap perkataan tidak elok.
Semuanya menerima kedatangan kita dengan baik.
Pihak masyarakat kaum Tiong hoa juga memberi reaksi baik dalam setiap program yang kita buat. Kita ziarah mereka waktu petang ketika mereka bersama keluarga.
Bila kita sapa mereka yang di dalam rumah, mereka membuka pintu, mereka mendengar rayu undi kita untuk memastikan kaum Tionghoa terus memberi kepercayaan kepada PAS dan Pakatan Rakyat un tuk membela nasib mereka khususnya dalam Sungai Limau ini.
Alhamdulillah, setakat kita turun ini positif dan harap ia berterusan sehingga hari mengundi. Kita yakin dengan pergerakan jentera kita, dengan munajat yang kita laksana, Allah akan beri kemenangan kepada PAS.
Kita harap petugas dan penyokong, terutamanya pe ngundi PAS, jangan ada sikap terlalu yakin hingga tidak keluar atau pulang me ngundi. Tanggung jawab di peringkat petugas, kita telah laksana bersungguhsungguh.
Apa ulasan Ustaz terhadap isu-isu yang dimainkan BN setakat ini?
Read More / Baca Lagi >>

Pakistan Taliban chief killed in drone strike

Posted: 01 Nov 2013 08:08 PM PDT

'Deepavali tidak ada makna tanpa Uthaya'

Posted: 01 Nov 2013 08:07 PM PDT

Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 1-11-2013

Posted: 01 Nov 2013 06:52 AM PDT

















SIRI 1: Ulasan Kempen Akhir PRK Sungai Limau

Posted: 01 Nov 2013 06:46 AM PDT

Oleh Wan Nik Wan Yussof

Kehangatan bahang kempen pilihan raya kecil Sungai Limau dalam tiga hari terakhir amat terasa. Meskipun cuacanya lembap, ia tidak menghalang jentera kempen PAS dan BN bergerak rancak meneruskan aktiviti merayu undi di kalangan pengundi yang berjumlah 27,222 orang.

Sasaran utama adalah kepada pengundi muda seramai 11,000 (kira-kira 60 peratus). Tidak ketinggalan jentera kempen turut mendepani 13,129 pengundi lelaki dan 14,093 wanita atau 93.09 peratus adalah pengundi Melayu dan 6.83 peratus Cina.

Kempen pilihan raya kecil kali ini bermula sejak hari penamaan calon (23 Oktober) dan berakhir pada jam 12 malam, 3 November (selama 12 hari). Justeru program kempen bagi kdua-dua pihak untuk tiga hari terakhir (1-3 November) agak hangat menjelang hari mengundi 4 November apabila masing-masing parti meledakkan semua isu yang mempu meningkat sokongan. Ia berlaku kerana peluang menang ketika itu sudah dibaca 50:50. Maka pantang ada sebarang kesilapan, melainkan menggunakan semua kekuatan dan peluang ke arah menang.

Demokrasi terencat
Keputusan pihak mana akan menang adalah tertakluk kepada pihak mana yang berjaya menawan majoriti hati pengundi. Prinsip demokrasi ini pasti berlaku apabila pihak PAS mahu pun BN berjaya menawarkan pilihan terbaik. Lebih-lebih lagi tawaran berkaitan kepentingan dan cita rasa pengundi di Sungai Limau bersifat selektif.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa: Gerakan ‘berjaga-jaga’ dalam pilihanraya akan datang..!!

Posted: 01 Nov 2013 06:36 AM PDT

Ketua Wira Perkasa Irwan mendakwa, tanpa menamakan sesiapa, bahawa seorang pemimpin tertinggi parti itu telah memberi amaran kepada Perkasa untuk tidak bermain api.

PETALING JAYA: Dalam satu lagi siri pertelingkahan di antara parti Gerakan dan Perkasa, Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris hari ini memberi amaran supaya parti komponen Barisan Nasional itu untuk 'berjaga-jaga' dalam pilihanraya akan datang.
Irwan mendakwa, tanpa menamakan sesiapa, bahawa seorang pemimpin tertinggi parti itu telah memberi amaran kepada Perkasa untuk tidak bermain api.
"Kalau nak berperang, sila cakap anytime… Perkasa bukan parti politik dan tak bertanding dalam PRU…tunggu election, bila Gerakan bertanding, tengok nanti," kata Irwan dalam siaran medianya.
Senada dengan Presidennya Datuk Ibrahim Ali, beliau turut mempersoalkan adakah Gerakan masih lagi relevan setelah gagal merampas kembali Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu mereka pada tahun 60an pada pilihanraya umum yang lalu, .
"Gerakan sudah tidak relevan dalam arena politik Malaysia bilamana peranan parti itu dilihat hanya sekadar mencukupkan kuota dalam pilihanraya.
"Lihat sahaja Pulau Pinang yang telah jatuh ketangan pembangkang walaupun semua maklum bahawa Pulau Pinang adalah kubu kuat bagi Gerakan buat sekian lama. Di situ boleh dilihat kesinambungan Gerakan telah telah terkubur bila mana gagal mempertahankan Pulau Pinang malah gagal juga untuk merampas kembali Pulau Mutiara itu," ujar beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Gagal bantu, baik tutup saja Jabatan Orang Asli, desak NGO

Posted: 01 Nov 2013 06:32 AM PDT


Beberapa ahli JKOAK luahkan ketidakpuasan terhadap Jabatan Orang Asli di pejabat Suhakam. Gambar Malaysia Insider oleh Nazir Sufari, 1 November, 2013.Beberapa ahli JKOAK luahkan ketidakpuasan terhadap Jabatan Orang Asli di pejabat Suhakam. Gambar Malaysia Insider oleh Nazir Sufari, 1 November, 2013.Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) mendesak kerajaan menutup saja Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) memandangkan institusi itu gagal membela hak Orang Asli, khususnya berkaitan tanah dan wilayah adat Orang Asli di Kelantan.
Timbalan Pengerusi JKOAK Harum Asir, 60, mengulas mengenai tindakan jabatan itu yang tidak menggalas tanggungjawab mempertahankan kepentingan Orang Asli berhubung isu pengukuran tanah.
Menurut Harum, perbuatan jabatan itu membayangkan mereka bersekongkol dengan kerajaan Kelantan untuk membenarkan tanah Orang Asli dicuri.
"Untuk apa jabatan ini ditubuhkan bila timbul isu-isu begini, dimana mereka," kata Harum kepada media selepas penyerahan memorandum di Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

MyKad palsu: Pengawal keselamatan warga Filipina dipenjara

Posted: 01 Nov 2013 06:31 AM PDT

Dua pengawal keselamatan warga Filipina masing-masing dikenakan hukuman sebulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini kerana memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu.

Mereka didakwa di dua mahkamah berlainan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh Totoh Sabatal, 40 dan Yusri Sabiron, 41, menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan memerintahkan mereka dihantar ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Totoh selepas dia mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Abdulzan Ludjuman, 43, sebagai dokumen pengenalan dirinya.

Totoh, didakwa melakukan kesalahan itu di Bayan Villa, Guard House 2, Seri Kembangan, pukul 1.15 pagi tadi dan didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (e) dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa KDN: 1,000 hilang kerja syarikat keselamatan digantung

Posted: 01 Nov 2013 06:28 AM PDT

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang rompakan bersenjata yang dilakukan pengawal keselamatan di salah sebuah bank di ibu negara. Akibat daripada peristiwa tersebut syarikat kawalan keselamatan tersebut telah ditamatkan lesen oleh pihak Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa 31 Oktober 2013.

Saya salah seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan tersebut telah kehilangan kerja akibat tindakan KDN itu. Tidak adakah rasa belas kasihan pihak kementerian?

Sebelum ini banyak peristiwa-peristiwa seumpama yang berlaku tetapi tidaklah sampai menarik balik lesen syarikat tersebut.

Akibatnya hampir 1,000 orang telah kehilangan kerja. Bagaimana nasib kami dan apakah dosa kami.

Bukankah kementerian boleh memberi amaran terlebih dahulu dan memberi peluang?

Di dalam hal ini tidaklah patut menyalahkan pihak syarikat kami semata-mata. Memang pihak syarikat terlepas pandang isu pengambilan pekerja dan peraturan-peraturan berkaitan. Tetapi bagai mana orang asing sewenang-wenangnya memiliki IC (MyKad) palsu.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana MyKad dengan mudah diklonkan?

Posted: 01 Nov 2013 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 NOV: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa siasatan terhadap dalang yang mengeluarkan kad pengenalan palsu yang diperolehi dua pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes rompakan dan bunuh baru-baru ini.
Naib Ketuanya, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan bagaimana My Kad yang dikatakan mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan mudah ditiru dan digunakan oleh penjenayah.
"Bagaimana IC palsu ini boleh dikeluarkan. JPN kata My Kad tidak boleh diklonkan. Ia boleh diperiksa serta merta dan ada ciri keselamatan yang tidak boleh ditiru. Tapi kita lihat IC palsu ini sama seperti kad pengenalan yang sah.
"Adakah ini menunjukkan MyKad tidak bagus dari segi kualiti.  Sekarang jadi masalah, bagaimana nak kenalpasti sama ada IC itu palsu, sebab ia (kelihatan) sama," ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu menyiasat dalang tersebut dan sama ada terdapat pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang turut terlibat.
"Siapa dalang dalam JPN yang mengambil kesempatan hingga negara terancam? Adakah sindiket yang mengeluarkan IC palsu ini menggunakan peralatan JPN. Hanya JPN yang tahu," ujarnya yang juga Ketua AMK Selangor.
Pada 24 Oktober lalu, negara dikejutkan apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, selepas mangsa membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.
Read More / Baca Lagi >>

KDN didesak lancar operasi buru sindiket IC palsu

Posted: 01 Nov 2013 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 NOV: Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu dalang Kad Pengenalan (IC) palsu yang diperolehi penjenayah termasuk warga asing.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian susulan kejadian rompakan terbaru sebuah Kedai emas, di Setapak Kuala Lumpur semalam.
Dalam kejadian itu, polis mengesahkan suspek yang berasal dari Sabah menggunakan kad pengenalan palsu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan peribadi kepada pemilik kedai emas terbabit.
Kes itu berlaku seminggu selepas kejadian rompakan dan tembak mati seorang pegawai Bank di Subang Jaya 24 Oktober lalu.
"Kita pertikaikan bagaimana pengawal keselamatan ini mendapat kad pengenalan palsu. Bagaimana rakyat yang tidak sah dapat IC dan seterusnya dapat kelebihan sebagai warganegara," ujar Shamsul.
Menurutnya, operasi besar-besaran itu boleh dilakukan dengan memulakan siasatan ke atas kesemua syarikat kawalan keselamatan yang mendapat lesen senjata api.
"Siasat sekiranya berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa atau kemungkinan sendiket IC palsu ini didalangi pemimpin tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

BN's Sg Limau candidate: "I think I've won already"

Posted: 01 Nov 2013 06:13 AM PDT

BN Ketagih Umum Projek 'Ayat Liuk' Setiap Kali Prk

Posted: 01 Nov 2013 04:36 AM PDT

Kampung Hakka villagers: We will rebuild our homes on the same site

Posted: 01 Nov 2013 03:57 AM PDT

Tiada ulasan: