Ahad, 3 November 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Amal politik ugutan, pengundi Cina Sungai Limau di seru tolak BN

Posted: 03 Nov 2013 02:31 AM PST

Sejumlah 1,800 pengundi komuniti Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau  di seru menolak Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya kecil esok kerana parti itu didakwa mengamalkan politik ancaman, dendam dan diskriminasi.

Walaupun mengalu-alukan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan peruntukan sejumlah lebih RM2 juta untuk tiga sekolah rendah jenis kebangsaan di kawasan berkenaan.

Kita menyambut baik perubahan hati kerajaan BN dalam isu peruntukan bagi sekolah Cina..Namun  Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir telah berkata tidak akan melayan sebarang permohonan daripada sekolah Cina dengan berkata tidak akan meminggirkan sokongan pengikut mereka yang menyokong BN serta populasi majoriti komuniti Melayu di Kedah.

Ternyata perubahan itu menunjukkan BN membuat 'U-Turn' kerana mahukan 1,800 pengundi Cina memilih mereka..

Malah, kenyataan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek bahawa sejumlah RM1 juta untuk 15 pelajar Cina sebagai "ujian besar" untuk komuniti Cina turut di lihat  bahawa  kerajaan BN sebenarnya tidak ikhlas menjaga sekolah Cina.

Sekiranya BN ikhlas dan memberi layanan sama rata terhadap sekolah Cina, mereka seharusnya memberikan peruntukan berkala dan bukan hanya menjelang pilihan raya..

Kerajaan yang adil tidak akan menghukum pengundi dan apa yang dikatakan Soi Lek tiada beza dengan Mukhriz -nampaknya bantuan kerajaan BN untuk sekolah Cina hanya untuk mendapatkan sokongan mereka..

Justeru itu kita  menyeru agar pengundi komuniti Cina di Sungai Limau memilih calon PAS Mohd Azam Abdul Samat bagi menghantar mesej jelas mereka tidak termakan dengan amalan politik BN.

Walaupun kita menyambut baik peruntukan sekolah Cina, kita tidak seharusnya diperbodohkan dengan politik ancaman, dendam dan diskriminasi BN..

Demokrasi lebih subur dalam PAS berbanding Umno

Posted: 03 Nov 2013 02:08 AM PST

kita  menyifatkan kesuburan demokrasi lebih menjadi amalan PAS berbanding Umno meskipun kedua-dua parti politik berteraskan Melayu itu memilih untuk mengekalkan penyandang kerusi Presiden mereka.

Perbezaan wujud apabila jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditentukan akar umbi, sebaliknya oleh anggota Majlis Tertinggi.

Bagi PAS hanya jawatan presiden tidak dicabar, Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden. Jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu mungkin menyaksikan pertandingan..

Untuk rekod, lima telah dicalonkan bertanding dalam pemilihan PAS, iaitu Mohamad; dua Naib Presiden Husam Musa dan Salahuddin Ayub; serta Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Mohd Amar Nik Abdullah.

Setakat ini Husam, Tuan Ibrahim dan Mohd Amar belum memberi kata putus..

Pertembungangan antara Mohamad yang dikenali Mat Sabu dengan Mohd Amar pada 22 hingga 24 November nanti  bakal menyaksikan pertembungan kumpulan ulama dan bukan ulama.

Sekiranya berlaku, ia sangat menarik. Ia akan mengulang tayang pemilihan 2011, tetapi dengan satu perbezaan.

Perbezaan PAS dengan Umno jelasnya adalah Umno menjadi parti memenangi kerusi terbanyak dalam Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 (PRU13) berbanding PAS yang menjadi parti paling lemah dalam Pakatan Rakyat (PR).

Jadi tidak hairanlah jika PAS mahu mengkaji semula hubungan dalam PR..Pemilihan PAS dijangka berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam penghujung November.

Realiti paling getir yang terpaksa dihadapi dan diakui kepimpinan PAS ketika muktamar adalah prestasi buruk parti itu dalam PRU13..

 

 

penyapu sial

 

 

Penyakit UMNO tidak terhad kepada parti tetapi merebak ke Barisan Nasional dan tidak lama lagi seluruh negara. Itulah sebabnya kita perlu kepada perubahan. ABU.

oleh kerana  UMNO tidak mempunyai rasa bersalah mengenai memanipulasi pilihan raya umum  yang lalu maka mudah lah ia melakukan perkara yang sama dalam pilihan raya UMNO..

Demokrasi dan UMNO tidak boleh digunakan dalam ayat yang sama!

 

Tiada ulasan: