MIMPI SENJA |
- Shout Award 2013 : KJ lawan Yuna & Aaron Aziz malam esok
- Saman isteri kerana anak hodoh
- Mayat Belasan Tahun Masih Dalam Keadaan Sempurna
Shout Award 2013 : KJ lawan Yuna & Aaron Aziz malam esok Posted: 08 Nov 2013 11:02 PM PST Malam esok akan diadakan malam gemilang untuk menghargai bakat-bakat seni tanahair iaitu Shout Award 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis ini adalah anjuran stesen televisyen 8TV daripada kumpulan Media Prima dan bakal disiarkan juga secara langsung di stesen TV tersebut. Shout Award tahun ini majlis kali keempat diadakan untuk menghargai penggiat seni daripada kategori muzik, TV, filem, radio, works dan social media. Sebagaimana majlis-majlis anugerah lainnya, Shout Award tahun ini tidak banyak bezanya dengan pelbagai majlis yang serupa dengannya tetapi ia agak istimewa kerana seorang menteri iaitu Khairy Jamaluddin, yang juga Ketua Pemuda Umno, turut serta bertanding untuk merebut salah satu daripada 17 kategori yang dipertandingkan. Barangkali juga, ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia seorang menteri menyatakan persetujuan untuk turut serta bertanding merebut anugerah dalam acara hiburan tanahair. Dan barangkali juga, inilah sebenarnya salah satu daripada transformasi yang sering dilaung-laungkan sekarang ini. Perdana Menteri, Najib Razak tentunya turut bangga dengan kesediaan Khairy menyertai pertandingan ini kerana transformasi yang sering dijajanya telah difahami melalui pemikiran luar kotak oleh menterinya sendiri. Dalam Shout Award 2013 ini, Kahiry akan bertanding merebut gelaran Wired Celebrity Award dalam kategori Social Media dan pesaing-pesaingnya ialah Aaron Aziz, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar/Sharifah Amani/Sharifah Aleeya, Sofea Jane dan penyanyi Yuna. Pengundian pula boleh dilakukan melalui talian dalam laman web khas yang disediakan oleh pihak penganjur. Khairy sendiri dalam Twitter menampakkan rasa terujanya dengan penyertaannya dalam Shout Award ini dengan menulis "Baru selesai pemilihan parti, sekarang lawan Aaron Aziz pula. Mohon sokongan rakan2. Haha". Walaupun kewajaran seorang menteri menyertai pertandingan glamour seperti ini menimbulkan pelbagai andaian dan ada yang setuju dan ada yang tidak, hakikatnya Khairy seperti masih memerlukan sorotan kemilau cahaya neon dalam meniti kehidupannya, meskipun pencapaiannya menjadi anggota kabinet dalam usia 37 sudah boleh dikira membanggakan. Jika beliau hanya hadir dan menyampaikan hadiah di majlis seumpama itu, ia mungkin dikira munasabah dengan kedudukannya sebagai seorang menteri tetapi dengan turut serta bertanding, ia ternampak sedikit luar biasa dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini. Meskipun ramai pemimpin yang menjadi menteri dalam usia awal 30an sebelum ini seperti Najib, Anwar Ibrahim, Isa Samad, Annuar Musa dan Rahim Thamby Chik, namun belum pernah di antara mereka yang menyertai pertandingan seperti Khairy ini. Mungkin Khairy ada alasan tersendiri kenapa beliau menyanggupkan dirinya menyertai pertandingan ini tetapi sebagai pemimpin politik yang tidak pernah surut dengan isu, tambahan pula kelemahan jentera Pemuda Umno dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Limau yang baru lalu masih menjadi percakapan ramai, penyertaannya dalam pertandingan ini sudah pasti bakal menambahkan lagi kecaman dan cebikan bibir musuh-musuh politik beliau terhadapnya. Beliau tentu saja akan dituduh dan dilabel dengan pelbagai gelaran serta dianggap lebih mementingkan glamour daripada perjuangan hakikinya sebagai seorang pemimpin dan menteri. Jika dalam pertandingan malam esok, beliau menang dan mampu menewaskan pencabar-pencabarnya, glamournya mungkin terus berambah, tetapi bagaimana jika kalah? Tidakkah kekalahan beliau nanti akan merendahkan lagi martabat dirinya dan Pemuda Umno yang sedang dipimpinnya? Oleh kerana dalam Twitternya, Khairy sudah meminta sokongan rakan-rakan untuk memenangi pertandingan ini, ada baiknya semua ahli Pemuda Umno mulai mengundi dan memberi sokongan kepadanya dan pastikan beliau yang sudah menang bergaya sebagai Ketua Pemuda Umno baru-baru ini, mampu menang lagi di pentas hiburan pula. Janganlah biarkan beliau kalah dan nama Pemuda Umno tercemar. Juga janganlah dibiarkan sisi lain perjuangan untuk orang-orang Melayu ini kecundang. Lebih-lebih lagi jika nanti beliau bukannya kalah kepada Aaron Aziz, pelakon terkenal yang punyai ramai peminat dan pemuja itu, tetapi kecundang di tangan Yuna atau Sofea Jane pula. Musuh-musuh politiknya pasti akan ketawa terbahak-bahak nanti. – shahbudindotcom, 8 November, 2013. |
Saman isteri kerana anak hodoh Posted: 08 Nov 2013 08:08 PM PST BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh. Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin. Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya. Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya. Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR. |
Mayat Belasan Tahun Masih Dalam Keadaan Sempurna Posted: 08 Nov 2013 07:42 AM PST SEGAMAT 8 Nov - Sebanyak 16 mayat membabitkan dua janin dan 14 dewasa ditemui dalam keadaan sempurna termasuk kain kafannya ditemui dalam keadaan baik serta bersih. Penggalian dilakukan sejak 6 November lalu dan mayat dewas yang ditanam belasan tahun itu dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini. Mayat dewasa itu ditanam antara lapan hingga belasan tahun lalu dan akan dipindahkan ke lokasi lain bagi memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat -Ledang. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan