MIMPI SENJA |
Jangan Angkuh Sebagai Menteri – Siti Nurhaliza kepada KJ Posted: 12 Nov 2013 04:37 AM PST November 12, 2013 · Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, hari ini menasihat Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar menggunakan pendekatan berhemah dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Kenyataan melalui Twitter beliau itu merujuk kepada isu teguran Menteri Belia Dan Sukan tersebut kepada FAM yang dianggap oleh banyak pihak sebagai keterlaluan dan biadap kepada Presiden FAM, Tuanku Sultan Ahmad Shah. Selain Siti Nurhaliza beberapa pihak lain termasuk bekas pemain negara Datuk Jamal Nasir Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia, Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi nasihat yang hampir serupa beberapa hari lalu. Sejak mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy beberapa kali memberi kritikan yang keras kepada FAM termasuk isu penjualan tiket perlawanan akhir, keselamatan stadium dan beberapa isu pentadbiran FAM sehingga dilihat ada agenda tertentu bekas Timbalan Presiden FAM tersebut. Seorang bekas ahli majlis FAM yang enggan dipetik menyatakan adalah wajar Khairy bertenang dan memahami selok belok kementerian beliau dan semua persatuan sukan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa teguran. "Sebagai orang yang pernah diberi laluan menjadi Timbalan Presiden FAM oleh Tuanku Sultan Ahmad Shah, Khairy sepatutnya menunjukkan sedikit rasa hormat kepada Baginda. Jika tidak sebagai seorang sultan pun, sebagai seorang yang lebih tua. Tuankulah yang memberi laluan kepada KJ menjadi Timbalan Presiden FAM."Sumber |
Rahmat (Mega) Lesap RM6,000 Ditipu 'Tuhan Harun' Posted: 12 Nov 2013 02:44 AM PST PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Mega iaitu Rahmat Tohak merupakan antara artis yang pernah diperdaya oleh individu yang dikenali sebagai 'Tuhan Harun' melalui satu skim pelaburan beberapa tahun lalu. Rahmat, 44, yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan berkata, individu berkenan iaitu Harun Mat Saad, 47, memintanya melabur sebanyak RM6,000 sebagai modal permulaan untuk satu skim pelaburan selain menjanjikan akan mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa yang singkat. "Selepas menunggu sehingga waktu yang dijanjikan, wang RM30,000 itu tidak saya terima manakala individu berkenaan pula melarikan diri. Akhirnya saya tahu yang saya sudah diperdaya," katanya kepada mStar Online. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin menggesa pengikut Tuhan Harun agar menyerah diri kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu. Harun, yang menggelar dirinya sebagai Tuhan Harun ketika ini berada dalam tahanan polis selepas gagal dalam ikat jamin melibatkan pelbagai kes penipuan selain menubuhkan kumpulan ajaran sesat. Dia dipercayai berjaya mengumpul aset melalui urus niaga palsu yang dianggarkan bernilai RM200 juta pada tahun 2008. Dalam pada itu Rahmat berkata, selain penipuan dalam bentuk pelaburan, individu berkenan juga berjaya memperdayakan beberapa artis ternama apabila tidak membayar upah mereka selepas mengadakan persembahan dalam Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati, Shah Alam pada April 2009. Antara artis yang diperdayanya dalam konsert itu ialah Amy (Search), Mawi, Yantzen, Datuk Jamal Abdillah dan juga Datuk Ramli Sarip. "Saya percaya ramai lagi artis yang pernah ditipu oleh Tuhan Harun ini tetapi mereka tidak mahu bersuara. Saya harap tindakan tegas dapat dilakukan kepada dia dan pengikut-pengikutnya," kata Rahmat.- mStar |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan