Selasa, 26 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bekas pemandu saman pelakon Zahida Rafik

Posted: 26 Nov 2013 10:56 PM PST

Bekas pemandu pelakon Zahida Mohamed Rafik hari ini memfailkan saman terhadap Zahida berhubung kenyataan yang dikatakan fitnah, disiarkan di akhbar berikutan kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000.
    
Noor Azman Azemi, 39, yang pernah bekerja selama lima tahun dengan Zahida memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di ibunegara.
    
Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'

    
Beliau mendakwa pada 5 Mac tahun lepas, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan Noor Azman telah melarikan wang tunai miliknya.
    
Noor Azman turut mendakwa berikutan kenyataan fitnah itu, beliau gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman selama empat hari.
    
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain.- Bernama

GEMPAR : Mahkamah Perintah Waran Tangkap Dikeluar Terhadap Papa Gomo

Posted: 26 Nov 2013 08:15 PM PST

Pic: www.papagomo.comPic: www.papagomo.comSHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pengendali blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isterinya, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya satu waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalan responden untuk hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.
Sebelum itu, mahkamah pada 2 September lalu memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak mereka, Wan Cassandra yang berusia empat tahun dan Wan Camillea, dua tahun kepada bekas isterinya namun, dia ingkar untuk berbuat demikian.
 :-Berita Harian

Hamba di London : Kakak mangsa berlepas ke London bersama Hishamuddin Rais

Posted: 26 Nov 2013 06:30 PM PST

OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

NOVEMBER 26, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 27, 2013 09:44 AM
Kamar Mautum  bersama Hishamudin dan Dean Nelson di KLIA untuk penerbangan ke London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.Kamar Mautum bersama Hishamudin dan Dean Nelson di KLIA untuk penerbangan ke London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.Keluarga kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai menjadi "hamba psikologi" selama 30 tahun di Britian berangkat ke ibu kota negara itu malam ini untuk bertemu kembali sesudah berpuluh tahun terpisah.
Menurut Kamar Mahtum Abdul Wahab yang merupakan kakak kepada Siti Aishah, pertemuan ini memang sudah lama ditunggu-tunggu oleh keluarga semenjak ibunya masih hidup lagi.
"Saya tidak pasti sama ada dia masih ingat pada saya, akan tetapi saya percaya dia pasti kenal saya" kata Kamar kepada The Malaysian Insider apabila ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.
"Saya berharap dia berada dalam keadaan baik, terjaga, kesihatannya baik dan mendapat pertolongan dan perhatian diperlukan," katanya sambil air mata berlinangan di pipi.
"Saya berharap dia masih mengingati saya..." kata Kamar Mautum kepada The Malaysian Insider sambil menunjukkan gambar Siti Aishah yang masih tersimpan baik dalam buku nota peribadinya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.Kamar yang merupakan bekas guru itu percaya pihak Kedutaan Malaysia akan memberi khidmat sepenuhnya kepada Siti Aishah dan keluarganya di atas semua urusan berkaitan dengan kes ini sehingga beliau pulang ke tanah air.
Turut bersama mengiringi Kamar ke London adalah bekas anak muridnya, Hishamudin Rais dan wartawan The Telegraph, Dean Nelson. 
Pagi ini Hishamuddin memecahkan kebuntuan kepada The Malaysian Insider berhubung identiti Siti Aishah yang baru dibebaskan selepas 30 tahun terkurung.
Wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.
Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut  tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.
Hishamuddin berkata, Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.
Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan". - 26 November, 2013.-TMI

Nabila Huda dikecam kerana muat naik gambar seksi diInstagram

Posted: 26 Nov 2013 02:28 AM PST

..
Sedang dia sibuk menjalani penggambaran filem biopik Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma dalam beberapa minggu ini, alih-alih timbul agi kontroversi mengenai dirinya.
Ternyata, menjadi Saloma bukan mudah buat Nabila Huda. Menghidupkan watak isteri kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iru, satu hal. Ditambah pula dia perlu berhadapan dengan komen negatif dan kritik dari para peminat tentang gambar-gambarnga yang agak seksi yang dimuatkan di Instagram

Namun Nabila Huda tidak berdiam diri dengan situasi tersebut apabila beliau turut memberikan komen balas kepada mereka yang meninggalkan kata kata negatif terhadapnya.
"Apa masalah kau ni? Aku ni tengah shooting based on the true story. Kau kalau nak memekak kat IG aku nak membebel tak tentu pasal, buat semak je baik kau unfollow. Kalau baik sangat, delete Instagram kau. Stop using any smart phone sebab buat tambah dosa je"
Antara komen yang ditinggalkan para peminat yang negatif adalah soal dosa dan pahala - ini respons dari Nabila Huda.
"Macam bagus je semua bila bercakap. Dosa dan pahala tu antara aku dan Tuhan. Korang takde hak nak nilai apa apa atau bagi nasihat pun. Aku share gambar belakang tabir Saloma ni and it's supposed to be P&C, so tolong la hargai"

Tiada ulasan: