MIMPI SENJA |
- Remaja bawah umur jadi hamba seks teman lelaki ...
- TERKINI Dari Pulau Pom Pom [11.30am 17 Nov 13]
- Inilah gambar pengikut 'Tuhan Harun' yang dikehendaki polis
- [JALAN-JALAN] . . .Istanbul
- Punya 12 jari, mampu menaip 100 perkataan seminit
Remaja bawah umur jadi hamba seks teman lelaki ... Posted: 16 Nov 2013 09:29 PM PST BATU GAJAH - Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu. Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini. Menurutnya, lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan. Katanya, selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas. "Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya. "Namun kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut kemahuannya," katanya. Shaharon berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya. Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi kelmarin. Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya. "Mangsa dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya," katanya. Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini. Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi semalam. Polis kini masih memburu teman lelaki mangsa.- SH |
TERKINI Dari Pulau Pom Pom [11.30am 17 Nov 13] Posted: 16 Nov 2013 07:30 PM PST SEMPORNA: Terdapat kapal Pasukan Petugas Khas yang berlabuh di jeti kayu apabila saya dan rakan sekerja tiba di perairan jernih yang indah di pulau peranginan Pom Pom dengan menaiki bot yang disewa. Beberapa anggota petugas sedang melakukan kawalan di jeti dan ada yang berjalan di dalam dan luar chalet di mana ahli perniagaan Taiwan Hsu Min Li, 57, ditembak mati dan isterinya, Chang An Wei, 58 diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf, awal Jumaat lalu. Ketika kami berjalan di atas laluan berkayu menuju ke arah pintu masuk utama resort yang dimiliki oleh hartawan balak dari Tawau itu, kami melihat pelancong sedang melakukan aktiviti snorkeling dan bersantai di perairan pantai di pantai. Mereka kelihatan tenang dan bahagia walaupun dengan kehadiran anggota keselamatan bersenjata. Walau bagaimanapun, seorang lelaki dan seorang wanita gelisah apabila mereka melihat rakan saya mengambil gambar-gambar pemandangan. Mereka memberi amaran kepada kami supaya tidak menyiarkan gambar mereka dan mengancam mengambil tindakan jika ia disiarkan. Kami terus bergerak ke arah pintu masuk chalet yang mana kos satu malam bagi setiap seorang ialah RM650. Terdapat papan tanda yang tertulis: "Harta persendirian, dilarang menceroboh". Kami meneruskan perjalanan kerana mahu meninjau suasana di tempat itu selepas kejadian pembunuhan dan penculikan. Kami bercakap dengan seorang lelaki di lobi utama jika kami boleh masuk ke chalet. Beliau berkata, "ya" dan kemudian, bertanya: "Adakah anda tetamu?". Apabila kami berkata "tidak", beliau berkata: "Saya minta maaf ini adalah harta peribadi dan anda tidak dibenarkan berada di sini. Anda perlu membuat tempahan melalui pejabat kami di Kota Kinabalu sebelum anda boleh masuk." Ketika berjalan pulang ke jeti, kami lalu di lima buah chalet air lima bertiang di mana terdapat pasukan polis di situ. Kami pergi mendapatkan anggota polis untuk mengumpul maklumat lebih lanjut mengenai kejadian itu dan mengambil gambar chalet di mana Hsu telah ditembak mati dan Chang telah diculik. Polis dilihat sedang membawa keluar barang-barang dari chalet. Terdapat juga beberapa warga asing, dipercayai pegawai dari Taiwan. Mereka beralih ke tempat lain apabila kami cuba untuk mendekati mereka. Seorang pegawai polis memberitahu bahawa barang-barang mangsa dibiarkan dan tidak disentuh oleh lelaki Dbersenjata, menolak khabar angin bahawa motif di sebalik serangan adalah rompakan. Kamera dan telefon bimbit mangsa masih berada di dalam begnya. Anggota polis yang kami temui berkata mereka hairan mengapa lelaki itu dibunuh manakala yang wanita diculik. Beberapa spekulasi menyatakan bahawa seseorang telah membantu kemasukan kumpulan bersenjata terbabit ke kawasan itu, kerana agak mustahil mereka masuk tanpa disedari. Mereka juga melahirkan kekecewaan atas kekurangan kerjasama yang diberikan oleh pemilik resort dan kakitangan sambil berkata mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kenyataan daripada saksi. Kami meninggalkan pulau itu dengan tanggapan bahawa adalah satu tugas yang sukar bagi pasukan keselamatan untuk mengawal resort itu kerana ia seolah-olah menghargai privasi berbanding segala-galanya.- mStar KUALA LUMPUR— In the aftermath of the harrowing murder and abduction of a Taiwanese couple in Sabah on Friday, the Taiwan government has expressed deep concern to its Malaysian counterparts over the incident and sent its own representative to observe investigations. Focus Taiwan reported yesterday that Lee Kun-Ta from Taiwan's Criminal Investigation Bureau (CIB) had arrived earlier in the day at the Pom-Pom Island Resort off Semporna in Sabah's east coast to keep tabs on the case. The media firm noted in its online report that without formal diplomatic ties with Malaysia, Taiwan's police team cannot get directly involved in the investigation. Quoting Foreign Affairs Ministry (MOFA) spokesman Anna Kao, however, the report said that the Taiwanese government has already indicated its concern over the case, which Malaysian investigators believe involved terrorists from the Al-Qaeda-linked rebel group Abu Sayyaf in southern Philippines. "The Malaysian government is fully aware of our concern and Malaysian police are actively investigating the case," Kao was quoted saying. The report added that MOFA had also established contact with Chang An Wei, 58, who is believed to have been abducted by the terrorists in the early morning incident on Friday. Her husband Hsu Lim Min, 57, was killed in the melee. The Taiwan government has also reportedly sought assistance from the Philippines to locate Chang who is believed to be still alive. Yesterday, the Taiwan government issued an "orange" travel alert for Sabah's east coast, warning its citizens to take precaution or avoid travelling to the area unless necessary. "Orange" is the second-highest warning level in Taiwan's four-colour code travel advisory system, with "red" advising tourists to avoid the marked area and "yellow" at third place urges travelers to take precautions, followed by "gray" at fourth place. Unidentified gunmen stormed the usually serene Pom-Pom Island Resort off Sabah's eastern coast at about 1am on Friday, raiding five water villas, killing Taiwanese tourist Hsu and abducting Chang. At a press conference earlier yesterday, Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar said that the police believe that the Al-Qaeda-linked Abu Sayyaf terror network was likely involved in the intrusion. "We believe the terrorists were able to slip in because there has been a big mobilisation of resources of the Philippine armed forces from the country's south to the north to help out in relief work for victims of super typhoon Haiyan... they had taken advantage of the situation to commit terrorist acts," he was quoted by Bernama as telling a press conference after attending a "Sunathon" (mass circumcision ceremony) here. According to English daily The Star, the couple had checked into the resort on Tuesday and were scheduled to leave the following day. The resort, which is accessible by a 45-minute boat ride from Semporna in Sabah and just a 30-minute ride from the Philippines' Tawi-Tawi islands, is located under a kilometer away from a General Operations Force (GOF) base. The GOF base was among the others set up under Esscom, which covers the 1,400-km coastline from Kudat to Tawau, following the incursion of Sulu militants from southern Philippines into Lahad Datu in February. Esscom was allocated RM75 million in Budget 2014. Esscom director-general Datuk Mohammad Mentek was also quoted as saying by national news agency Bernama last September that seven battalions - comprising military and police personnel - would be deployed soon in the Sabah east coast, but did not specify the date. A group of over 200 gunmen claiming to be the "royal army" of the Sulu Sultanate had landed without trouble in Lahad Datu on February 9 to lay claim over Sabah, using the loosely guarded 40-minute sea passage between Philippine's Muslim south and the coastal district in northern Sabah. Their landing had resulted in nearly 80 deaths, including eight policemen and two soldiers, and forced thousands of villagers out of their homes in remote areas of the eastern-most Malaysian state. Commenting on the latest intrusion, Sabah's opposition politicians said yesterday that the incident proved the failure of Putrajaya's security measures at the Sabah border. — AFP Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=188451:taiwan-investigators-arrive-in-pom-pom-as-taipei-expresses-concern-to-putrajaya&Itemid=2#ixzz2ks97kTH9 Follow us: @MsiaChronicle on Twitter |
Inilah gambar pengikut 'Tuhan Harun' yang dikehendaki polis Posted: 16 Nov 2013 01:56 PM PST Kuantan: Hanya dua daripada 27 pengikut Tuhan Harun yang didedahkan identiti dan gambar mereka, hadir di balai polis daerah semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata seorang pengikut ajaran berkenaan, Mohd Edham Mohd Nizam, 18, dari Selangor tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini jam 3 petang. Dibebaskan "Kedua-dua mereka dibebaskan selepas selesai memberi keterangan. Berikutan itu polis meminta baki pengikut termasuk ketuanya, Harun Mat Saat tampil segera ke mana-mana balai polis berdekatan. "Usaha menghubungi mereka gagal, namun polis percaya mereka masih berada dalam negara," katanya ketika dihubungi semalam. Mohd Jasmani berkata, beliau percaya beberapa pengikut lagi akan tampil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat. "Dua pengikut yang hadir semalam turut diminta membantu memaklumkan kepada rakan mereka supaya tampil membantu siasatan polis," katanya. Terima cemuhan Selain itu beliau berkata, seorang pengikut yang hadir semalam memaklumkan dia dan beberapa ahli lain terpaksa menutup akaun laman sosial termasuk Twitter dan Facebook apabila kerap menerima cemuhan masyarakat selepas kes Tuhan Harun disebarkan di media. "Dia memaklumkan ramai ahli yang rasa tertekan dengan kes ini. Ada yang dicemuh dan dimaki masyarakat di laman sosial sehingga memaksa menutup akaun. "Mereka juga mendakwa rasa malu sehingga ada yang terpaksa menukar nombor telefon bimbit kerana kerap diganggu pihak tidak dikenali. Mungkin atas sebab ini juga ada yang tidak mahu tampil ke balai polis bagi memberi keterangan," katanya. |
Posted: 16 Nov 2013 06:45 AM PST Penulis di Selat Bosphorus. Foto BernamaDaripada Kurniawati Kamarudin ISTANBUL (Bernama) -- Menikmati 'Chai" atau teh O panas sambil menikmati pemandangan indah Selat Bosphorus, yang memisahkan benua Eropah dan Asia, dari atas Bukit Camcila, Istanbul, sememangnya memberi satu kepuasan kepada pengunjung. Peluang berdiri di atas bukit di benua Asia, menghadap ke bahagian Eropah, sudah pasti mata akan terpaut dengan keindahan dan pembangunan pesat Istanbul, sebuah kota yang mempunyai peninggalan sejarah empayar-empayar terdahulu seperti Rom, Byzantine dan Uthmaniyyah. Berketinggian 268 meter dari aras laut, Bukit Camcila adalah bukit tertinggi daripada tujuh bukit yang terdapat di Istanbul. Lokasi ini menjadi pilihan bukan sahaja dalam kalangan pelancong, tetapi penduduk di Turki untuk bersantai terutama pada hujung minggu. Udara segar bukit yang dingin membangkitkan suasana romantis terutama ketika malam menjengah dengan limpahan cahaya daripada bangunan-bangunan yang terdapat berhampiran Selat Boshporus. Ini menjadikan Turki sebagai lokasi idaman setiap pelancong yang mencakupi dari pelbagai keindahan khususnya seni bina, budaya serta tarikan alam semula jadi. MISI MALAYSIA DI TURKI Oleh itu, tidak hairanlah Turki menjadi destinasi ketujuh di dunia yang paling dikunjungi pelancong sepanjang 2012. Kehidupan serba moden masyarakat di Istanbul sepertimana di negara-negara Eropah lain, sedikitpun tidak menjejaskan keagungan sejarah yang masih dipelihara dengan baik, yang menjadi kebanggaan kira-kira 80 juta penduduk Turki. Istanbul yang dahulunya dikenali sebagai Constantinople mempunyai kepadatan penduduk yang kini mencecah 17 juta orang. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini berada di sini mengetuai satu delegasi untuk menarik seberapa ramai pelancong Turki berkunjung ke Malaysia terutama pada Tahun Melawat Malaysia 2014. Dengan menjanjikan percutian mewah dengan harga yang jauh lebih murah, kunjungan selaku menteri yang bertanggungjawab ke sini baru-baru ini, memberi makna yang cukup besar dalam merealisasikan hasrat itu. Pembukaan semula pejabat Tourism Malaysia di Istanbul sejak 2011 selepas ditutup pada tahun 2009 mempunyai signifikasinya dengan menyasarkan lebih 13,000 pelancong Turki ke Malaysia semasa Tahun Melawat Malaysia tahun hadapan. MENYUSURI SELAT BOSHPHORUS Jika pernah menonton filem "Istanbul Aku Datang" yang memilih kota itu sebagai lokasi pengambarannya, pasti asyik melihat keindahan yang terdapat di dalamnya. Suasana nyaman, bangunan dan seni bina yang cantik membuatkan ramai memasang angan-angan untuk datang ke sini. Terbayang lakonan Lisa Surihani didalam filem itu sedang menaiki bot di Selat Boshporus sambil menikmati 'chai" atau teh Turki yang menjadi minuman wajib masyarakat di sini. Sememangnya tidak akan lengkap nota perjalanan ke Istanbul sekiranya tidak melalui pengalaman menyusuri pemandangan indah sepanjang Selat Boshporus, satu-satunya laluan antara Laut Mati dan Mediterranean. Perjalanan kira-kira 45 minit menaiki bot atau feri yang menyusuri selat itu bagai tidak terasa apabila mata terpukau dengan pemandangan indah bandar yang dipenuhi stuktur bersejarah seperti Istana Dolmabahce, Sariyer, Kanlica dan Kubu Rumeli. Dua jambatan menyeberangi selat ini - Jambatan Bosphorus dan Jambatan Sultan Mehmet Fatih - menghubungkan benua Eropah dan Asia dari atas manakala terowong kereta api bawah air sejauh 13.6 km menghubungkan kedua-dua bahagian itu dari bawah dibuka baru-baru ini. KEINDAHAN ISTANA DOLMABAHCE Terdapat banyak tempat bersejarah yang berdiri megah di kota Istanbul sehingga hari ini, dan satu daripadanya ialah Istana Dolmabache. Saat melangkah masuk ke pintu kawasan Istana Dolmabache yang pernah menjadi pusat pemerintahan Republik Turki ini, mata sudah terpegun dengan keindahan ukiran dan senibinanya. Kilauan Bohemian Crystal Chandelier yang terbesar didunia menyambut kedatangan pengunjung saat melangkah ke dewan utama istana berkenaan. Ia adalah hadiah daripada Ratu Voctoria dengan memiliki 750 lampu dengan berat 4.5 tan. Banyak menggunakan ukiran-ukiran emas pada dinding-dindingnya, kos untuk membina istana itu dikatakan menelan belanja 35 tan emas yang dibina semasa pemerintahan Sultan Abdul Mecid I, yang merupakan Sultan Ottoman ke-30 pada 1843 hingga 1856. Istana paling besar dan mewah di Istanbul itu pernah menjadi tempat tinggal enam orang sultan dan keluarganya serta menjadi pusat pemerintahan Turki sejak 1856 hingga 1922. Berkeluasan 11.2 hektar, ia mempunyai 285 kamar, 44 dewan, enam tempat mandi dan 68 tandas. MELAWAT JANTUNG ISTANBUL Lawatan ke Istanbul dianggap tidak lengkap jika tidak melawat Masjid Sultan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru, yang umpama jantung bagi Istanbul sebagai sebuah negara Islam. Dibina antara 1609-1616 semasa pemerintahan Sultan Ahmad 1 yang menggunakan arkitek terkenal, Sedefkar Mehmed Aga, jelas menggambarkan kehebatan seni bina Islam itu masih utuh dengan dihiasi kira-kira 20,000 seramik berwarna biru di dinding bahagian dalam masjid hingga ia mendapat gelaran Masjid Biru. Enam menara yang dilengkapi tidak kurang daripada 30 kubah membuatkan masjid ini sangat cantik dan megah untuk dirakamkan foto sebagai kenangan. Masih digunakan untuk menunaikan solat, tiada bayaran dikenakan untuk memasukinya. Mereka yang bukan beragama Islam dibenar memasuki ruang di dalam masjid dengan berpakaian menutup aurat. Kira-kira 500 meter dari Masjid Biru, berdiri teguh bangunan Hagia Sophia (Aya Sofya) yang pada awalnya adalah sebuah gereja sebelum berfungsi sebagai masjid. Kini ia menjadi sebuah muzium yang menerima ribuan pengunjung setiap hari untuk melihat keindahan seni binanya. Tiket masuk berharga TRY 25 atau (RM40) berbaloi untuk melihat pertembungan senibina Islam, Kristian di dalam satu bangunan. Dibina pada zaman Rom sekitar 537 Masehi, ia pernah menjadi gereja terbesar di dunia selama hampir 1,000 tahun. Apabila kejatuhan Rom ketika Perang Salib, Hagia Sophia diubah menjadi sebuah masjid semasa Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 Masehi. Walaupun begitu, lukisan ibu Maria masih dikekalkan di bahagian dindingnya. Kalimah Allah dan Muhamaad serta lukisan-lukisan di dinding memberi keunikan yang tersendiri yang menggambarkan hubungan baik kedua-dua agama itu. Banyak lagi lokasi menarik yang boleh diterokai di Istanbul antaranya Istana Topkapi, yang dahulunya mampu memuatkan 4,000 penghuni dalam satu masa, terletak tidak jauh dari tebing Sungai Boshporus. Merupakan bekas kediaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah selama hampir 400 tahun, istana itu kini dijadikan muzium dengan menyimpan khazanah yang tidak ternilai antaranya pedang Rasullullah. MEMBELI HASIL TANGAN TURKI Pulang ke tanah air dengan tangan kosong tanpa membeli cendera hati, mungkin tidak akan berlaku jika datang ke Istanbul. Ini kerana terlalu banyak hasil barangan dan produk tempatan yang boleh didapati di sini. Terkenal dengan penghasilan permaidani buatan tangan, ia menjadi tarikan utama sekiranya pergi ke Grand Bazaar, pasar tertua dibina pada 1461 Masehi. Dengan lebih 4,000 buah kedai menjual pelbagai barangan produk tempatan seperti tudung pashmina, pinggan tembikar, tembaga dan manisan, pelancong harus pandai menawar bagi mendapat harga yang berpatutan. Selain itu, sebuah lagi bazar yang tidak kurang terkenalnya dalam kalangan penduduk Istanbul dan pelancong ialah Spice Bazaar, di Fatih. Saiznya agak kecil berbanding Grand Bazaar dan di sini terdapat pelbagai jenis rempah ratus seperti safron, kekacang serta buah kering. Akhir sekali, jangan lupa membawa pulang manisan terkenal Turki yang pelbagai warna dan bentuk yang menambah lagi kenangan manis pelancong yang pernah mengunjungi Istanbul. -- BERNAMA |
Punya 12 jari, mampu menaip 100 perkataan seminit Posted: 16 Nov 2013 03:49 AM PST
JURUTAIP warga India mampu menaip 100 patah perkataan seminit dengan menggunakan 12 jarinya. Vijay Singh, 48, berasal dari Agra, Utara India berkata, kelebihan yang dimiliki itu bagaimanapun menjadi halangan buatnya untuk mendapatkan pekerjaan di India. "Majikan hanya mahu jurutaip wanita, berwajah cantik dan bukannya lelaki. Kini saya sedang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di Britain selepas lebih 50 percubaan mencari kerja di sini gagal," katanya dipetik DilyMail Sing mengalami sindrom polydactyly sejak lahir menyebabkan jari tangan dan kaki mempunyai satu lebihan jari sekali gus menjadikan setiap tangannya mempunyai enam jari kiri dan kanan. Kebanyakan kes, lebihan jari biasanya hanya mengandungi tisu lembut namun ada juga yang mempunyai tulang tetapi tidak mempunyai sendi. Kecekapan Sing menaip menandingi jurutaip terpantas dunia Michael Shestov apabila beliau boleh menaip dalam 27 bahasa dengan mencapai kelajuan 17 perkataan sesaat.- sinar harian |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan