Jumaat, 1 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Banyak sungguh Najib perabih duit rakyat

Posted: 01 Nov 2013 05:11 AM PDT


ekonomi-pertumbuhan-121218b
UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak lebih 50 tahun lalu memang melakukan banyak pembaziran, boros serta membiarkan rasuah berleluasa sehingga hutang negara kini mencecah lebih RM500 juta.
Macam manalah rakyat masih boleh terima dan percayakan BN untuk terus memerintah negara dengan pemborosan, rasuah dan pembaziran sehingga Malaysia kini terkenal negara paling ramai pendatang asing, 'jenayah besar, tiada penjenayah', membela kroni daripada jatuh miskin dan papa kedana, sebaliknya membiarkan rakyat menderita dan terbeban dengan kenaikan harga barang.
Walaupun Sungai Limau kubu kuat PAS, tidak mustahil BN akan menang lagi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini sekiranya pengundi 'memekakkan telinga dan membutakan mata' apabila mereka 'disajikan' dengan pelbagai sogokan dan janji projek pembangunan.
Inilah taktik BN yang memenangkan BN pada PRK DUN Kuala Besut, 24 Julai lalu selepas menawarkan projek bernilai lebih RM500 juta. Tidak tahulah projek yang dijanjikan itu sudah dilaksanakan atau belum, hanya rakyat Kuala Besut yang lebih mengetahui.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula hanya tahu meminta rakyat berjimat, sedangkan kerajaan yang diterajuinya boros berbelanja, membazir dan membiarkan rasuah rasuah berleluasa.
Subsidi gula untuk rakyat miskin dimansuhkan dengan kenaikan 34 sen adalah bukti kerajaan tidak membela rakyat dan membela kroni yang sudah jutawan apabila subsidi gas untuk Loji Janakuasa Bebas (IPP) tidak dihapuskan.
Selain itu, Malaysia terkenal sebagai negara paling ramai penjawat awam di dunia iaitu seramai 1.4 juta atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara.
Pada 2009, nisbah kakitangan awam di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia-Pasifik, nisbah ketika itu 4.68 peratus berbanding 1.4 peratus bagi Singapura, 1.79 peratus (Indonesia), 1.85 peratus (Korea Selatan) dan 2.06 peratus (Thailand)
Berlebihan kakitangan awam juga kerana kerajaan melanjutkan tempoh persaraan daripada umur 58 tahun kepada 60 tahun.
Parti pembangkang, termasuk DAP sudah membangkit perkara itu dan menggesa kerajaan mengambil langkah berjimat serta mengkritik penubuhan agensi baru yang membabitkan perbelanjaan besar.
Mereka juga menggesa Najib mengurangkan perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat 13% daripada RM14.6 bilion pada 2013 kepada RM16.5 bilion pada 2014.
Gaji yang dibayar kepada pengarah eksekutif agensi di bawah JPM juga mencecah ratusan ribu ringgit setahun contohnya gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500, kira-kira RM69,000 sebulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40, 000 sebulan), sedangkan penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara hanya RM23,577 sebulan.
Beberapa bekas menteri yang tidak lagi berpengaruh seperti Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Isa Samad (bekas Menteri Besar Negeri Sembilan), Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Rahim Tamby Chik (kedua-duanya bekas Ketua Menteri Melaka) masih diberi jawatan penting dalam agensi kerajaan, termasuk Felda, Risda, SPAD dan PUNB.
Ini bermakna kerajaan UMNO/BN lebih bimbangkan mereka itu 'jatuh miskin dan papa kedana' sebab itu masih diberi peluang memegang jawatan penting di agensi berkenaan, sebaliknya rakyat dibiarkan menjadi bertambah miskin dan 'papa kedana' tanpa pembelaan kerana dibeban hutang dan kenaikan harga barangan.
Beberapa rakan yang menduduki jawatankuasa UMNO bahagian dan cawangan turut mengeluh dengan tindakan UMNO/BN yang masih 'menjaga dan membela' pemimpin UMNO yang sudah 'tidak laku' termasuk tewas dalam pemilihan UMNO baru-baru ini adalah semata-mata untuk memastikan kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO tidak tergugat.
Sepatutnya mereka yang sudah lama 'mengaut kekayaan' tidak terus dilantik sebaliknya beri peluang kepada mereka yang 'belum kaya' tetapi berkemampuan memegang jawatan penting dalam GLC atau agensi kerajaan seperti Risda, Kesedar, Felda dan SPAD.
Perbelanjaan kerajaan meningkat begitu ketara sejak empat tahun lalu kerana agensi kerajaan terbabit pengambilan staf kontrak yang dibayar gaji amat tinggi walaupun fungsi agensi terbabit 'bertindih' dengan agensi sedia ada.
Contohnya penubuhan agensi baru seperti Yayasan Hijau dan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC), SPAD adalah satu pembaziran kerana agensi seperti Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang sedia sebelum ini menjalankan fungsi yang sama.
Ini tidak termasuk pembaziran sebanyak RM2.5 juta bayaran bil elektrik kediaman rasmi Najib di Kompleks Seri Perdana dan kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM865,458 bagi tahun 2012.
Jadi tiada asasnya bagi Najib untuk bercakap mengenai penjimatan jika beliau sendiri dibenarkan melakukan pembaziran secara berleluasa dan bermewah melalui wang pembayar cukai atau wang rakyat.-Roketkini.com

Bekas pegawai polis saman Peguam Negara, bekas IGP, kerajaan Malaysia RM128.5 juta

Posted: 01 Nov 2013 02:29 AM PDT

NOVEMBER 01, 2013
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff (gambar) hari ini memfailkan saman berjumlah RM128.5 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia dan sembilan yang lain atas dakwaan mendakwanya secara salah.
Ramli, 61, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di Kuala Lumpur melalui Tetuan Vin Partnership.
Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai-pegawai polis sebagai defendan.
Ramli mendakwa defendan dengan niat jahat dan tanpa sebab munasabah menyiasat dan menuduhnya di mahkamah terhadap empat pertuduhan mengikut SPRM dan satu pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.
Beliau mendakwa antara Julai 2009 dan Ogos 2010, beliau telah dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu.
Bekas pegawai polis itu berkata akibat pendakwaan terhadapnya itu, beliau telah mengalami kecederaan dari segi reputasi, kerjayanya dan mengalami kesusahan, kesulitan dan kerugian.
Beliau menuntut ganti rugi khas, am, teruk, teladan dan faedah kos yang kesemuanya berjumlah RM128.5 juta. – Bernama, 1 November, 2013.

PRK Sg Limau : ha ha ha hangpa takut apa? FRU dah sampai di Sg Limau ... mlm ni kan DSAI ada disana ...

Posted: 31 Oct 2013 11:57 PM PDT

Dok kata dah 'geng' topi merah kompom turun aih jika ANWAR turun.. takut apa tak tau..??


  

sumber -  KedahLanie

"Ketua Gangster" pun didapati turun di Sg Limau

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvY3P-wimpmghowrKCo7aCf2MBCCFgdxwlw29KFUDdrXXFGGhkj6pbkinUh0tbQ15znX6SCLQTw2d5XiPwj8_ooj8iX_qHvkhrPORlSvK8pz_Brr2SGghXkCmNvxY-WNApYisK69bcpYW1/s640/06.JPGhttp://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/KLGangster2_Watakpalingjahat/pix_gal1

pasai tu FRU turun hehehe .......

Tiada ulasan: