Selasa, 19 November 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Betulkah Kelantan tidak boleh laksanakan hudud

Posted: 18 Nov 2013 08:56 PM PST

"Sebelum kita pergi lebih jauh ada baiknya kita fahami dahulu apakah dia "hudud" Mustahil masih ada umat yang tidak faham apakah dia "hudud".

Penulis yakin kebanyakan umat Islam salah faham mengenai hudud. Setengah mengatakan hudud potong tangan bagi mmereka yang mecuri dan rejam kepada mereka yang sudah kahwin melakukan zina dan 80 sebatan kepada yang belum kahwin.

Kita difahamkan hudud adalah "hukum Allah". Ia tiada kaitan langsung dengan undang undang ciptaan manusia yang kita gunapakai yang  tidak pernah dipertikaikan miskipun ada seksyen 302 bunuh dibalas bunuh.

Persoalan yang timbul dua tiga minggu ini ada pihak yang mengatakan Kelantan boleh laksanakan hudud dan dicadang supaya negeri itu melaksanakan hukum Allah yang sudah sedia ada pada kerajaan tersebut.

Akan tetapi ada pihak yang mengatakan Kelantan tidak boleh melaksanakan hukum Allah berdalilkan bercanggah dengan undang undang sivil kerajaan persekutuan.

Atas sebab itulah kerajaan Kelantan menerusi bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pemohonan untuk melaksanakan hudud agar berjalan tanpa gangu gugat pihak kerajaan persekutuan.

Penulis pernah menulis rencana dalam akhbar watan agar kerajaan Kelantan melaksanakan hudud (hukum Allah itu) tetapi mendapat komentar dari salah seorang ahli parlimen PAS negeri tersebut.

Komentar tersebut kelihatan betapa marahnya kepada penulis. Setahu penulis orang yang marah hendak melaksanakan hudud tidak lain dan tidak bukan orang umno menerusi pelbagai aandaian yang bukan bukan.

Buktinya ada yang tergamak menyaman hudud Kelantan.Menunjukkan mereka teramat marah dengan cadangan melaksanakan hudud dinegeri Kelantan.Hari ini salah sebuah persatuan china sudah nyatakan ketidaksetujuan perlaksanaan hudud di Kelantan.

Yang paling peliknya, ada pihak yang mengaku Islam mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan dan ada pihak yang tegas mengatakan hudud boleh dilaksanakan. Mereka terdiri daripada pengamal undang undang yang faham dengan implikasi undang undang Negara.

Penulis tetap dan berpendirian bahawa Kelantan boleh laksanakan hudud kerana hudud (hokum Allah) ada beberapa bahagian yang boleh dilaksanakan dan ada bahagian perlu ditangguh dahulu atas sebab sebab tertentu.

Oleh itu, hudud boleh dilaksanakan kerana ada bahgian yang tidak bercanggah dengan undang undang persekutuan, malah ada persamaaan dengan hudud sepertimana seksyen 302 dan hukum zina dan tuduh orang baik melakukan zina yang tidak ada pada undang undang sivil.

Penulis masih ingat dengan hadis yang maksudnya:


"Apabila hambaku bercita cita hendak melakukan satu kebaikan ditulis untuknya satu kebaikan. Jika dia benar benar melakukan kebaikan itu, ditulis 10 kebaikan, sehingga kepada 700 kali ganda . Apabila dia bercita cita untuk melakukan kejahatan dan tidak melakukannya, tidak ditulis untuknya apa apa keburukan. Jika dilakukannya, ditulis untuknya satu amalan keburukan."


Tiada ulasan: