Kelab Greenboc |
- Mengaku Sajalah UMNO BN Sudah Kalah Jika Berdasarkan Undi Popular!
- Jamil Khir Berdusta Lagi... Kebetulan... Katanya...
- Yusuf Al-Qardawi: Presiden Mursi Diadili, Kemenangan Semakin Dekat
Mengaku Sajalah UMNO BN Sudah Kalah Jika Berdasarkan Undi Popular! Posted: 08 Nov 2013 01:01 AM PST Malaysia lebih sesuai menggunakan sistem 'First past the post' (FPTP) atau majoriti mudah bagi amalan demokrasi dalam pilihan raya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, hanya sistem FPTP itu sesuai kerana Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum. "Sistem 'First past the post' terbukti dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sejak merdeka. "Kerajaan belum bersedia untuk menerima sistem 'Proportionate representation' atau perwakilan berkadar yang mana mengambil kira undi popular kerana sistem sedia ada masih relevan untuk diamalkan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia menerima cadangan jawatankuasa Pilihan Raya untuk mengkaji pelaksanaan sistem 'Proportionate Representation' bagi menggantikan sistem pilihan raya di Malaysia. Bagaimanapun katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang membuat kajian sama ada ia dapat dilaksanakan atau tidak. "Setakat ini, sistem 'First past the post' terbukti relevan dan kami merasakan sesuai kerana ia dilaksanakan selepas zaman kemerdekaan lagi. Isu ini timbul susulan kejayaan PR meraih undi popular yang lebih besar berbanding BN pada PRU13 lalu. Mengikut FPTP, satu parti atau gabungannya boleh membentuk kerajaan jika memenangi jumlah kerusi paling banyak dengan majoriti mudah, tanpa mengira jumlah undi yang diraih. -SH ULASAN GB Alasan yang memualkan diberikan oleh menteri di JPM di dalam mempertahankan sistem 'First past the post'. Yang sebenarnya UMNO BN tahu bahawa mereka sudah tidak layak menduduki tampuk pemerintahan negara dan tidak layak menghuni Putrajaya berdasarkan undi popular di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Kita tinjau kembali grafik keputusan PRU13 yang lalu: |
Jamil Khir Berdusta Lagi... Kebetulan... Katanya... Posted: 07 Nov 2013 08:20 PM PST PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain. Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan. "Mana boleh kebetulan… Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama," katanya dalam perbualan telefon. Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja. "Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana," cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan. Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN. Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13. Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi. Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya -FMT
ULASAN GB Sekali berdusta, akan setiap kali berdusta lagi. Inilah "penyakit" yang dihidap oleh Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom. Semasa PRK Sungai Limau, beliau berdusta dan menipu kononnya 351 ahli UMNO sertai PAS Kini beliau menyatakan jualan murah semasa PRK Sungai Limau hanya satu kebetulan! Kalau bukan kebetula,, pertama, lakukan jualan murah yang sama di tempat lain seperti disebut oleh Timbalan Presiden PAS. Yang kedua, jika kebetulan, mengapa tiada jualan murah selepas PRK? Apakah belum sampai kepada Menteri Agama di JPM itu hadith-hadith berikut? Yang pertama: "Tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berkata dia berdusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila diberi amanat berkhianat." (Muttafaq 'Alaih) Kedua, di dalam hadith Samurah bin Jundab yang sangat panjang, dijelaskan akibat yang akan ditanggung oleh pendusta yang kebohongannya sudah sampai ke ufuk. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menceritakan apa yang beliau temui dalam mimpinya: فَانْطَلَقْنَا فَأَتَيْنَا عَلَى رَجُلٍ مُسْتَلْقٍ لِقَفَاهُ، وَإِذَا آخَرُ قَائِمٌ عَلَيْهِ بِكَلُّوِبٍ مِنْ حَدِيْدٍ، وَإِذَا هُوَ يَأْتِي أَحَدَ شِقَّيْ وَجْهِهِ فَيُشَرْشِرُ شِدْقَهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمِنْخَرَهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنَهُ إِلَى قَفَاهُ. (قَالَ : وَرُبَّمَا قَالَ أبو رَجَاء: فَيَشُقُّ). قَالَ: ثُمَّ يَتَحَوَّلُ إِلَى الْجَانِبِ الآخَرِ فَيَفْعَلُ بِهِ مِثْلَ مَا فَعَلَ بالجَانِبِ الأَوَّلِ، فَمَا يَفْرُغُ مِنْ ذَلِكَ الْجَانِبِ حَتَّى يَصِحَّ ذَلِكَ الْجَانِبُ كَمَا كَانَ، ثُمَّ يَعُوْدُ عَلَيْهِ فَيَفْعَلَ مِثْلَ مَا فَعَلَ الْمَرَّةَ الأُوْلَى. قَالَ: قُلْتُ لَهُمَا : سُبْحَانَ الله، مَا هَذَانِ؟ قَالَ: قَالاَ لِي : اِنْطَلِقْ اِنْطَلِقْ. "Kemudian kami berangkat lagi mendatangi orang yang terlentang pada tengkuknya. Ternyata ada orang lain yang berdiri di atasnya sambil membawa kait (yang dibuat) dari besi. Tiba-tiba ia datangi sebelah wajah orang yang terlentang itu, lalu ia robek (dengan kait besi tersebut) mulai dari sebelah mulutnya hingga tengkuknya, mulai dari lubang hidungnya hingga tengkuknya, dan mulai dari matanya hingga tengkuknya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kemudian bersabda: "Selanjutnya orang itu berpindah ke sebelah wajah lainnya dari orang yang terlentang tersebut dan melakukan seperti yang dilakukannya pada sisi wajah yang satunya. Belum selesai ia berbuat terhadap sisi wajah yang lain itu, sisi wajah pertama sudah sehat kembali seperti sedia kala. Maka ia mengulangi perbuatannya, ia lakukan seperti yang dilakukannya pada kali pertama." Di penghujung hadith dijelaskan dosa yang diperbuat oleh laki-laki tadi, "Sesungguhnya laki-laki itu setiap keluar dari rumahnya ia berdusta (berbohong) yang kebohongannya sampai ke kaki-kaki langit (tersebar ke mana-mana,-terj)" (HR. Al-Bukhari) dalam riwayat lain, "Ia disiksa demikian hingga tiba hari kiamat." |
Yusuf Al-Qardawi: Presiden Mursi Diadili, Kemenangan Semakin Dekat Posted: 07 Nov 2013 04:15 PM PST Kaherah - Persatuan Ulama Muslimin Dunia, yang dipimpin oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi, mengeluarkan satu kenyataan yang mengecam pengadilan Presiden Mursi, Isnin (4/11/2013) kemarin. Dalam kenyataan ulama yang berjudul "Bergembiralah, Kemenangan Sudah Dekat" disebutkan: "Untuk pertama kalinya terjadi di Mesir, seorang presiden sah yang dipilih oleh rakyatnya dalam pilihanraya yang bersih, diajukan ke pengadilan, setelah sebelumnya diculik dalam waktu yang cukup lama oleh penguasa kudeta. Selain itu, penguasa kudeta juga menculik dan membunuhi ribuan rakyat Mesir yang memperjuangkan kebebasan." Pernyataan ulama yang disiar dalam lamanweb rasmi Syeikh Qaradhawi ini juga mengajak seluruh rakyat Mesir untuk memenuhi jalan-jalan dan tempat luas di Mesir, memprotes kejahatan-kejahatan penguasa kudeta, dengan tetap mempertahankan sikap damai dalam melaksanakannya. Beberapa kejahatan penguasa kudeta yang dilakukan hari-hari terakhir ini di antaranya menginjak-injak kemuliaan Universiti Al-Azhar dan universiti-universiti yang lain, menangkap kaum wanita (baik mahasiswa ataupun warga biasa), dan yang terakhir adalah mengadili Muhammad Mursi, presiden sah Mesir yang dipilih rakyat secara demokrasi. Para ulama juga menyatakan, "Ikatan Ulama Muslimin Dunia mengajak seluruh rakyat Mesir yang sedang berjuang untuk berbahagia kerana kemenangan dari Allah swt. akan segera datang." Terakhir, para ulama mengajak orang-orang yang terlibat dalam kudeta (militer, orang awam dan media) agar kembali kepada kebenaran, mengembalikan pemerintahan yang sah dan lembaga-lembaga perlembagaan hasil proses demokrasi. Jangan sia-siakan pengorbanan yang diberikan pada Revolusi 25 Januari.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan