Kelab Greenboc |
- Patung Kaki: Keluarga Tetap Ambil Tindakan
- Surat Seorang Pemuda Kristian Untuk Dr.Mursi: "Mursi Simbul Keteguhan!"
- [AL-FATIHAH] Syazwani, Calon SPM Meninggal Dunia Selepas 30 Minit Jawab Soalan
- Macai UMNO BN Gunakan Foto Ini Untuk Memfitnah Presiden PKR
Patung Kaki: Keluarga Tetap Ambil Tindakan Posted: 07 Nov 2013 01:30 AM PST Alor Setar - Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab menggantungkan patung kaki kudung tertera perkataan 'Kaki Azizan', ketika kempen PRK Dun Sungai Limau. Anak kelima Allahyarham, Muhammad Rafi'iy Azizan berkata, biar pun Pas mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau, pihaknya tidak berhasrat membatalkan tindakan perundangan itu supaya menjadi pengajaran pada masa depan. "Provokasi itu tindakan melampau dan keterlaluan, disebabkan itu kita tetap teruskan tindakan mengikut prosedur perundangan. Laporan polis juga sudah dibuat dan buat masa ini, kita sedang menunggu hasil siasatan sebelum ambil tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, pihaknya telah melantik peguam, yang juga anak Allahyarham, iaitu Ahmad Faiq untuk mengendalikan kes itu. Pada 2 November lalu, penduduk setempat dikejutkan dengan kewujudan patung tanpa kaki oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang dikesan di tiga lokasi iaitu berhadapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Bukit Besar, Kampung Titi Batu dan Simpang Tiga Sungai Limau Luar digantung pada kabel elektrik. Mengulas kemenangan Mohd Azam Abdul Samat menggantikan tempat bapanya sebagai Adun Sungai Limau, Muhammad Rafi'iy berkata, kemenangan itu menunjukkan masyarakat di Dun Sungai Limau mahukan tokoh ulama sebagai wakil rakyat. "Saya sangat bersyukur atas kemenangan Mohd Azam kerana beliau mewakili Pas. Ini pastinya isyarat daripada penduduk bahawa mereka mahu golongan ulama terus menerajui kawasan, seperti dilakukan Allahyarham," katanya. -SH |
Surat Seorang Pemuda Kristian Untuk Dr.Mursi: "Mursi Simbul Keteguhan!" Posted: 07 Nov 2013 12:31 AM PST Romy Jan, seorang pemuda aktivis Kristian Koptik, menuliskan sepucuk surat terbuka. Surat itu ia tujukan untuk Presiden Mursi setelah persidangan yang terjadi Isnin (4/11/2013) kelmarin. Dalam suratnya itu, Romy menyatakan bahwa Presiden Mursi adalah sebagai simbol kebebasan, kemuliaan, dan keteguhan di dunia moden ini. Berikut isi surat terbuka tersebut yang tersiar dilamanweb berita kimtly dan juga dikutip dakwatuna, Rabu (6/11/2013). "Yang mulia, Presiden Mursi. Aku yang menulis surat ini seorang rakyat Mesir bernama Romy Jan. Aku beragama Kristian Koptik dan pendiri Gerakan Kristian Koptik Anti-Kudeta. Di awal suratku, aku ingin meminta maaf karena tidak memilihmu dalam pilihanraya presiden yang lalu. Aku termasuk orang yang menjadi mangsa kesesatan di dalam menilai Ikhwanul Muslimin dan tentangmu. Namun sekarang semuanya sudah jelas; mana yang benar, dan mana yang salah. Yang mulia, Presiden Mursi. Hari ini engkau tampil di persidangan sebagai simbol kebebasan, kemuliaan dan keteguhan. Sikapmu telah memberi inspirasi dunia. Sekarang, engkau bukan saja sebagai presiden Mesir, engkau telah menjadi simbol kebebasan di dunia moden. Yang mulia, Presiden Mursi. Aku bersaksi bahwa engkau orang yang sangat melindungi pemeluk agama yang berbeza dengan agamamu. Engkau adalah pelindung seluruh rakyat Mesir, baik penganut Islam, Kristian, bahkan Yahudi. Yang kami lakukan, walaupun sedikit, kami anggap sebagai balas budi baikmu kepada Mesir. Engkau telah meletakkan prinsip demokrasi yang sangat berat bagi kaum militer. Kerana (beralasan) pegangan mereka menyatakan tidak ada demokrasi. Mereka hanya mengenal kuasa/perintah. Di akhir surat ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada yang mulia, Presiden Mursi. engkau telah mengajari erti keteguhan." -sumber asal:dakwatuna |
[AL-FATIHAH] Syazwani, Calon SPM Meninggal Dunia Selepas 30 Minit Jawab Soalan Posted: 06 Nov 2013 08:02 PM PST SEBAHAGIAN daripada 198 pelajar memasuki dewan yang menempatkan seorang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nur Syazwani Ariffin, 17, (gambar kecil) yang meninggal dunia ketika sedang menduduki peperiksaan Kertas 1 Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Agama Saniah, Pasir Puteh, hari ini. - Foto Zaman Huri Isa/BH Kota Bahru: Seorang calon yang menduduki hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Agama (SMA) Saniah, Pasir Puteh, dekat sini dilaporkan rebah dan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit menjawab soalan, pagi ini. Pelajar terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini. Pelajar perempuan berkenaan, NurSyazwani Arifin, 17, dikatakan sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 apabila tiba-tiba rebah dan pengsan di atas lantai dewan pemeriksaan sekolah itu. Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik. Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini. Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini. "Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa. "Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya. Beliau berkata Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A. "Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital. - BERNAMA
ULASAN GB Ingatlah sentiasa bahawa Allah swt boleh mengambil kita pada bila-bila masa...tak kira di mana dan tak kira siapa... ALFATIHAH UNTUK ADIK SYAZWANI |
Macai UMNO BN Gunakan Foto Ini Untuk Memfitnah Presiden PKR Posted: 06 Nov 2013 04:40 PM PST Penjelasan berkenaan gambar di atas yang digembar-gemburkan untuk memfitnah DS Wan Azizah oleh macai-macai UMNO BN. Jangan tuduh2 kalau tatau cerita sebenar wahai bloggers BN. ------------------------ 1. Ketika berkempen PRK SG. Limau, Wan Azizah turun ke seme lokasi. 2. Ini termasukla ke pusat gerakan MCA. Di mana gambar ini di ambil oleh wartawan akhbar untuk tujuan laporan. 3. Yang dikatakan menceroboh, Wan Azizah mengintai orang tak berbaju apa seme itu karut dan dayus. 4. Hari tersebut panas. Dah orang laki buka baju nak buat macam mana. Takan la Wan Azizah nak tegur2 dorang? Dah la Wan Azizah datang tempat orang, datang berkempen dan minta undi PAS, alih2 Wan Azizah nak sound2 orang kenapa tak pakai baju apa bagai? 5. Wan Azizah sendiri berkipas, sebab panas. 6. Lagipun itu semua lelaki. Kalau perempuan yang berbogel boleh la bising bagai. 7. Wan Azizah tak terlibat dalam apa2 bentuk maksiat. 8. Hanya sekadar berkempen tak lebih dan tak kurang, dan paling penting tak CURANG. 9. Jangan merepek kalau tak citer oke. Sebarkan. -fb pakatan harapan rakyat MUngkin yang di bawah ini tak apa bagi macai-macai UMNO BN! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan