Rabu, 6 November 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Malam Pertama Presiden Mursi di Penjara Burj Arab

Posted: 06 Nov 2013 01:13 AM PST


Kaherah - Sumber keselamatan Mesir menyebutkan bagaimana Presiden Mursi menghabiskan malam pertamanya, Isnin (4/11/2013) di penjara Burj Arab, Alexandria.

Beliau menghabiskan malam itu dengan melaksanakan solat, tilawah Al-Qur'an dari waktu asar hingga subuh.

Menurut sumber yang tidak mahu disebutkan identitinya, setelah sampai di penjara, Presiden Mursi menerima baju seragam penghuni penjara. Seragam itu berupa baju olahraga yang berwarna putih. Presiden Mursi juga menyerahkan baju jas rasmi yang dikenakannya saat menghadiri persidangan di Kaherah. Baju itu disimpan di tempat penitipan para penghuni pejara.

Begitu sampai di tempatnya, Presiden Mursi didatangi seorang pegawai penjara. Mereka berdua berbincang-bincang selama sekitar satu jam. Pegawai itu menerangkan peraturan yang harus dipatuhi di penjara itu. Di antara yang dikatakan pegawai itu, "Pak, engkau sekarang bekas presiden. Oleh karena itu, di sini akan ada penjagaan yang ketat, dan tempatmu dipisahkan dari para penghuni penjara yang lain."

Ketika mendengar azan asar, Presiden Mursi langsung mengambil air wudhu. Lalu beliau melaksanakan soalat di tempatya yang baru. Tempat itu berupa dua buah kamar yang terletak menempel di rumah sakit penjara.

Menurut sumber informasi itu, di dalam tempat Presiden Mursi terdapat pesawat television, kulkas, meja tamu dan tempat tidur.

Di malam harinya, Presiden Mursi tampak tenang dan tidak banyak aktiviti. Awalnya beliau menghidupkan television, tapi kemudian beliau tenggelam dalam solat dan tilawah Al-Qur'an hingga waktu subuh. -sumber asal:dakwatuna

Macai UMNO Bakal Lunyai: Pengeluar Bihun Mahu Saman

Posted: 05 Nov 2013 11:45 PM PST


Pengeluar bihun mahu saman pengendali blog

Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus.

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog 'Boikot Barangan DAP' bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu.


Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang.

"Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup.

"Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang.

Cegah Jenayah, Wanita DAP Selangor Edar Wisel Percuma

Posted: 05 Nov 2013 07:31 PM PST


Wanita DAP Selangor melancarkan kempen keselamatan awam memerangi jenayah dengan mengedarkan 1,000 wisel percuma di sekitar Pasar Seri Kembangan, semalam.

Wisel itu diedarkan kepada orang awam, penjaja dan pemilik restoran.

Menurut Ketuanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh, langkah itu wajar yang mampu menghalang berlakunya jenayah.

"Pihak polis juga bersetuju, kaedah meniup wisel ini boleh menghalang jenayah berlaku malah boleh membantu memudahkan tertangkapnya penjenayah," ujarnya.

Menurut ADUN DAP Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, kempen sebegini perlu digalakkan supaya masyarakat turut bekerjasama memerangi jenayah yang berlaku di sekitar kawasan mereka.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Selangor, Evonne Lee dan Medaline Chang.

Menurut Evonne, selain usaha itu, pihak polis yang melakukan rondaan juga perlu dipertingkatkan terutamanya di kawasan panas lebih-lebih lagi golongan wanita sering menjadi mangsa jenayah.

"Dua kes yang berlaku baru-baru ini masing-masing di Taman Bukit Belimbing dan Kampung Seri Kembangan, mangsa adalah wanita. Justeru kita berharap, dengan usaha ini dan kerjasama pihak keselamatan, jenayah mampu dibanteras dengan lebih berkesan," katanya -Roketkini.

[VIDEO TERKINI] Dr.Mursi Suarakan 7 Bantahan Di Sidang Pengadilan

Posted: 05 Nov 2013 04:15 PM PST

Kaherah -Dalam persidangan semalam, Presiden Mursi hadir dengan mengenakan pakaian jas rasminya. Beliau tampak tenang dan teguh dalam mempertahankan sikapnya.

Dalam kesempatan di persidangan tersebut, Presiden Mursi sempat menyampaikan tujuh hal. Seperti disampaikan oleh sumber informasi yang berkesempatan masuk ke ruangan dan menghadiri sidang hari Isnin (4/11/2013).

Pertama, Presiden Mursi menunjukkan simbol R4BIA. Beliau lalu berkata kepada hakim yang memimpin sidang, "Aku adalah Dr. Muhammad Mursi Ayyath. Akulah presiden Mesir yang sah. Sedangkan engkau tidak sah (menjadi hakim)."

Kedua, "Apa yang terjadi pada tanggal 3 Julai adalah kudeta. Itu adalah sebuah pengkhianatan."

Ketiga, "Aku menuntut pengadilan menghentikan hal yang lucu ini."

Keempat, "Aku berada di sini kerana dipaksa, tanpa kehendakku. Aku berharap peradilan Mesir tidak terlibat dalam kudeta militer ini."

Kelima, "Keputusan melimpahkan kes ke pengadilan dikeluarkan oleh pihak yang tidak ada kuasa. Berasal dari kumpulan yang ditunjuk oleh penguasa kudeta."

Keenam, "Aku menolak semua tuduhan yang ditujukan kepadaku. Kerana semua tuduhan itu berasal dari pengkudeta."

Ketujuh, "Kalian (para hakim) akan dimintai pertanggung-jawabannya kerana tidak membiarkanku keluar dari ruangan ini untuk melaksanakan tugasku sebagai presiden Mesir."

Beberapa sumber informasi juga menekankan bahawa 14 orang yang dituduh dalam kes ini menolak untuk tunduk dan menolak keabsahan persidangan kes ini.

Bahkan Muhammad Beltagi berkata kepada hakim, "Aku punya 10 alasan faktual dan konstitusional yang mengesahkan ketidak-absahan persidangan ini."

Namun 10 alasan ini belum sempat disampaikan, beliau meneriakkan "Jatuh-jatuh pemerintahan militer." Kemudian Dr. Salim Awwa dan anggota kumpulan pembela juga meneriakkan jeritan "Rakyat ingin membela Presiden," "Rakyat ingin konstitusi Presiden."

Ketika suasana sudah gawat, majlis hakim memutuskan untuk menutup persidangan, dan menundanya hingga bulan Januari tahun mendatang.

Presiden Mursi duduk di dalam kurungan tertuduh, dikelilingi oleh 14 orang lainnya yang berdiri. -sumber asal:dakwatuna


Muhammad Mursi Melawan Saat Diadili


Presiden (terguling) Mesir Muhammad Mursi mempersoalkan kesahihan authoriti lembaga peradilan di negara tersebut. Kata Mursi, peradilan tidak punya dasar apa pun untuk menyeret dirinya ke dalam persidangan. Menurutnya semua lembaga negara di Negeri Piramid itu adalah tidak sah.

"Saya Muhammad Mursi, presiden republik ini (Mesir). Saya Presiden Mesir (yang) sah. Anda (peradilan) tidak punya hak melakukan persidangan terhadap presiden (yang sah)," tegas Mursi, Isnin (4/11) waktu setempat.

Pernyataan Mursi membuat persidangan paling hangat bagi negeri itu ditunda. Panel hakim memutuskan untuk kembali membuka persidangan serupa pada 8 Januari 2014 mendatang. Namun persidangan apa pun terhadap Mursi tetap dianggap ilegal dan inkonstitusional.

Peradilan Kaherah memulai persidangan terhadap Mursi, Isnin (4/11). Persidangan tersebut juga menyeret 14 nama tokoh senior Ikhwanul Muslimin (IM) lainnya. Persidangan tersebut adalah kemunculan Mursi pertama kali di hadapan khalayak pasca penggulingannya 3 Julai lalu. Anadolu Agency menyiarkan, persidangan terhadap Mursi dilakukan di Aula Akademi Polis Mesir di Ibu Kota Kaherah.

BBC News mencatat sekira 20 ribu kakitangan keselamatanbersenjata lengkap bersedia mengawal persidangan ini. Mursi tiba dengan stelan jas warna gelap dengan kemeja warna terang. Mursi sampai di aula sidang sekira pukul 07.30 waktu temoatan. Pendukungnya meneriakkan jeritan dukungan terhadap presiden sokongan kumpulan Islam terbesar di negeri itu. Panel hakim membuka persidangan tepat sejam kemudian.

Mursi sempat melemparkan senyum dan memberikan tanda empat jari ke para pendukungnya. Simbol empat jari, dengan ibu jari tertekuk adalah ikon tenar perjuangan kelompok pendukungnya. Mursi memasuki ruang sidang sebelum tokoh IM lainnya mengikuti. Tampak dijejeran tertuduh lain adalah Essam el Erian, Mohammed al - Beltagi dan Ahmed Abdel Aatie. Tiga nama terakhir adalah pentolan kelompok Islamis Mesir.

Desakan pertama dua hakim adalah meminta Mursi mengganti stelan jas dengan pakaian tahanan. Mursi tegas menolak dan memerintahkan hakim membebaskan kurungan terhadapnya. "Saya adalah presiden yang sah. Biarkan saya melaksanakan tugas saya (sebagai presiden)," sambungnya.

Hakim juga mendesak Mursi menerima pengacara negara untuk mendampinginya. Peradilan mengutus nama Mohamed Selim al - Awa sebagai pendamping. Tapi Mursi sekali lagi menjawab tidak memerlukakan peguam untuk dirinya. Aksi penolakan Mursi itu memaksa hakim menghentikan persidangan. Hakim menutup persidangan sekitar pukul 10.00 waktu setempat. Mursi kemudian dibawa ke Penjara Burj al-Arab di Alexandria. Polis membawanya dengan sebuah helikopter dengan persenjataan lengkap.

Mursi terancam hukuman mati setelah Pendakwaraya Mesir mendakwa dirinya sebagai pembunuh. Mursi dituduh melakukan tindakan provokasi yang membuat puluhan demonstrasi anti-Mursi dan IM terbunuh di Istana Presiden Disember 2012. Saat itu, Mursi masih menjawat sebagai Presiden Mesir. Tuduhan terhadapnya dilayangkan setelah pemenang pemilihan umum 2011 itu digulingkan secara paksa oleh menteri Pertahanan dan Panglima Militer Jenderal Abdel Fattah el-Sisi 3 Julai lalu.

Sejak dikudeta, Mursi pun dipenjarakan. Seorang ahli kumpupan Pembela IM Mohammed Tousson mengatakan tertundanya persidangan adalah bukti agenda culas pemerintahan ilegal di Kaherah. Menurut Tousson, Mesir masih menganggap Mursi sebagai presiden hingga 2016 mendatang.

"Saya tidak ragu jika dirinya (Mursi) melawan dan membela diri sampai penghabisan," kata dia, seperti disiarkan Aljazeera, Selasa (5/11). Tousson menambahkan, pengadilan apa pun terhadap Mursi adalah bentuk kesewenang-wenangan.
-sumber asal:republika



Rakyat Sudah Buat Keputusan, Persetankan Polemik Majoriti

Posted: 05 Nov 2013 04:05 AM PST

Sg Limau: Mengapa majoriti PAS merosot?

Penantian terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau telahpun berakhir dengan PAS mengekalkan kemenangan kali keenam berturut-turut.

Seperti yang dijangkakan, calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang mengatasi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazin dengan majoriti 1,084.

Ustaz Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Apa yang menarik dengan keputusan ini, BN turut mengaku mereka sebenarnya tidak kalah, atau dengan kata lain, "kalah dalam menang".

Ini disandar kepada kejayaan mereka mengurangkan jumlah undi majoriti yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Allahyarham pada PRU13 lalu menang dengan majoriti 2,774 undi.

Apapun justifikasi yang dibuat, ia sekadar alasan klise bagi menampakkan kejayaan yang diperoleh parti masing-masing dan sikap itu adalah biasa bagi parti-parti politik bertanding yang tidak mahu dilihat kalah dan lemah.

Tapi ada menariknya juga bila Umno BN mengaku mereka tidak kalah, dengan kata lain mereka juga menganggap mereka menang.

Apa kesannya? Kesannya adalah terhadap janji Datuk Mukhriz Mahathir yang mahu mengambil Sungai Limau Sebagai Dun angkat Menteri Besar.

Jadi dengan mendakwa mereka juga menang, maka ia telah mengikat janji Mukhriz itu. Lalu rakyat Sungai Limau berhak menuntut janji itu dari BN dan Mukhriz perlu segera mengisytiharkannya.

Saya tidak mahu mengulas panjang soal Dun angkat itu kerana ia soal tanggungjawab pemimpin untuk "menepati janji", tetapi saya mahu memberi sedikit pandangan atas isu jumlah majoriti yang diperdebatkan.

Bagi saya, post-mortem PAS yang akan dibuat sedikit masa lagi tentu sekali akan merungkai faktor penurunan jumlah majoriti itu.

Sebelum mereka melakukan bedah siasat itu, izinkan saya memberi sisi pandang saya berdasar 10 hari saya berkampung dalam membuat liputan di sana.

Ia sekadar analisis ringkas, tetapi dirasakan boleh menjadi asas dalam perdebatan penurunan jumlah majoriti yang diperolehi PAS kali ini.

Bagi saya, asas kepada penurunan jumlah majoriti ini adalah faktor calon itu sendiri.

Jika diimbau kembali, PRU13 lalu adalah penyertaan kali kelima Allahyarham Ustaz Azizan bertanding mempertahan Dun Sungai Limau (dahulu dikenali Dun Sala) yang dimenanginya sejak PRU ke-9 pada tahun 1995.

Hakikatnya ketika mula bertanding pada 1995, Allahyarham Ustaz Azizan hanya menang dengan majoriti 196 undi sahaja.

Pada waktu itu beliau mendapat 8,367 undi menewaskan calon BN yang mendapat 8,171 undi.

Majoriti itu meningkat sehingga yang tertinggi pada PRU2008 iaitu dengan 3,212 undi sebelum menurun pada PRU ke-13 lalu dengan 2,774 undi.

Jika itu faktanya, maka apakah adil untuk menjustifikasi penurunan majoriti PRK Sungai Limau dengan penampilan kali partama Ustaz Azam? Itu persoalan awal yang harus dijawab.

Fakta kedua, pada PRU13 lalu, pengundi Sungai Limau tentunya mengambil kira faktor jawatan Ustaz Azizan ketika itu yang sudah sepenggal menjadi Menteri Besar Kedah untuk terus memilih beliau.

Dengan Ustaz Azizan sebagai menteri besar, dan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS, sudah tentu dua faktor berkembar ini mempengaruhi pengundinya yang yakin kemenangan Ustaz Azizan akan memberi kebaikan kepada mereka di Sungai Limau.

Cuma nasib tidak menyebelahi PAS Kedah pada PRU13, terpaksa akur bahawa rakyat mahukan perubahan kerajaan, walaupun di Sungai Limau Ustaz Azizan mengekalkan kemenangan.

Lalu sekali lagi persoalan sama timbul, maka apakah adil untuk menjustifikasi penurunan majoriti PRK Sungai Limau kali ini dengan penampilan kali partama Usta Azam?

Secara jujurnya saya melihat bahawa faktor besar kemenangan Ustaz Azam adalah faktor dirinya sendiri, tanpa tidak menafikan bayangan Ustaz Azizan juga membantu kemenangannya.

Dengan mendapat majoriti 1084 undi (biarpun menurun dari yang diperoleh Ustaz Azizan pada PRU13 lalu), sudah cukup besar menampakkan penerimaan rakyat terhadap beliau untuk mewakili mereka.

Selaku seorang anak muda, kali pertama pula bertanding, dan kemudiannya menang, menggambarkan betapa pemilihan beliau sebagai calon oleh PAS adalah tepat.

Kepada Ustaz Azam, persetankan jumlah majoriti yang dipolemikkan, rakyat telah menunaikan hak mereka dengan memberi mandat kepada anda, maka tunaikanlah pula hak rakyat Sungai Limau selepas ini.

Pada saya, dengan majoriti 1,084 undi untuk penampilan pertama, dan naik melalui pilihan raya kecil (di mana seluruh jentera BN turun bertumpu untuk berkempen) anda sudah boleh dianggap wira. -HD

Tiada ulasan: