Rabu, 27 November 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Blogger Papagomo

Posted: 27 Nov 2013 01:31 AM PST

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


[BERITA BAIK] Wan Ahmad SPR Bersara Wajib Esok, "Bersara Kekal" Akan Tiba.

Posted: 26 Nov 2013 11:31 PM PST


T/>imbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kan bersara wajib bermula esok setelah berkhidmat dengan suruhanjaya itu selama 16 tahun.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata persaraan Wan Ahmad adalah mengikut Perkara 114 (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa seorang anggota SPR adalah terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun.

Beliau berkata Wan Ahmad memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi itu sejak 17 Disember 2004 dan beliau bertanggungjawab selaku pengerusi Jawatankuasa Panel Penerbitan, Pendidikan Pengundi, Latihan, Penerangan dan Komunikasi SPR.

"Beliau juga telah membantu SPR mengetuai beberapa pasukan kerja dalam SPR untuk mengkaji penambahbaikan SPR dan urusan pilihan raya di negara ini," katanya.

Beliau berkata pasukan kerja tersebut menjalankan tugasan termasuk mengkaji struktur organisasi dan fungsi SPR; mengkaji bagi memperkasakan Akademi Pilihan Raya SPR; mengkaji penambahbaikan sistem dan proses pelantikan SPR; dan beberapa pasukan kerja lain mengikut perkara-perkara yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Abdul Aziz berkata sepanjang 16 tahun, Wan Ahmad terlibat dalam empat pilihan raya umum negara (1999, 2004, 2008 dan 2013); 42 pilihan raya kecil (dari 1998-2013) dan tiga urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak iaitu pada 1990 dan 2003 (bagi Semenanjung dan Sabah) dan persempadanan semula Sarawak pada 2005.

Selain menghadiri seminar demokrasi dan pilihan raya peringkat antarabangsa, Wan Ahmad juga pernah mewakili SPR mengetuai beberapa delegasi sebagai pemerhati pilihan raya umum di 19 buah negara antaranya United Kingdom, Australia, Jerman, Afrika Selatan, Bosnia, India, Uzbekistan, Kazakhstan, Indonesia, Thailand dan Filipina. - Bernama,

ULASAN GB

Enggan meletak jawatan walaupun sudah diminta oleh rakyat berkali-kali. Lalu berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh dielak. Perlu bersara wajib.

Sesiapa pun tidak akan berupaya untuk melawan hukum berkenaan. Katakanlah Najib masih mahu mengekalkan Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi SPR. Tetapi Najib sendiri tidak boleh melawan hukum Tuhan, hukum kebenaran dan keadilan. Paling tidak pun jika ungkapan "bersara wajib" itu dipadamkan untuk jawatan-jawatam di dalam SPR supaya penipuan dapat berjalan terus, mereka tidak akan dapat melawan mati... tolaklah kematian jika kamu mampu...."Persaraan kekal" tetap akan tiba juga. "Kullunnafsin za'iqatul-maut" (Setiap jiwa pasti mati").

Akhirnya kebenaran itu akan terserlah juga...

GB rasa, kes Wan Ahmad tidak mudah dilupakan dan dimaafkan oleh ramai rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan.

Malaysia Bakal Bankrap Jika BN Terus Memerintah Negara

Posted: 26 Nov 2013 08:01 PM PST


Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mendakwa negara harus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mahu menghadapi kemungkinan bankrap.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.

"GST ini bukannya 'miracle cure', ia tidak bermakna dengan laksanakan GST negara tidak akan bankrap.

"Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST. Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap.

"Jadi, isu asas sesebuah negara bankrap bukan dengan melaksana GST, isu pokoknya adalah akibat amalan rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Pada sidang media sama, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli pula meminta Najib lebih konsisten membuat penilaian kewangan negara.

"Saya pelik, bagaimana Najib boleh katakan kita akan menghadapi masalah bankrap, sedangkan semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan betapa kukuhnya kewangan negara berbanding dengan negara lain. Ini bercanggah.

"Ahmad Maslan ketika diminta menjawab mengenai kadar hutang negara, beliau mengatakan kita tidak ada masalah, negara masih lagi kaya dan beliau sertakan senarai negara yang kononnya lebih teruk daripada Malaysia. Malaysia saja paling baik.

"Kita mahukan jawapan konsisten daripada beliau, adakah kita sedang menghampiri bankrap atau kewangan kita sememangnya kukuh? Kalau betul-betul kukuh maka tidak timbul soal pelaksanaan GST kerana mengikut Najib GST ini diperlukan apabila negara nak bankrap," tegasnya.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula mempertikai tindakan Najib yang kononnya mahu menyelamatkan kewangan negara tapi dalam masa sama mengamalkan pembaziran dengan menggunakan wang negara dalam rangka lawatan peribadi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur baru-baru ini.

"Apa guna bercakap soal kewangan negara jika pada masa sama boleh guna jet peribadi untuk menghantar 'First Lady', Rosmah Mansor ke luar negara menggunakan wang negara.

"Bercakap soal pelaksanaan GST yang kononnya akan menyebabkan negara bankrap jika tidak dilaksanakan, ini tidak masuk akal kerana pada masa sama guna wang negara untuk lawatan Rosmah.

"Saya setuju dengan Tony dan Rafizi, laksana GST bukan jalan penyelesaiannya, apa yang terbaik sebenarnya adalah 'good governance', iaitu bagaimana menguruskan kewangan negara dengan cara yang sepatutnya," katanya. -Roketkini


Masha Alalykina, Bekas Model Yang Peluk Islam, Benci Foto Dirinya Di Masa Lalu

Posted: 26 Nov 2013 04:10 PM PST

Masya Alalykina sangat benci foto-foto dirinya sewaktu menjadi model dahulu. Dengan menjadi model, semua auratnya terbuka dan dilihat orang dari seluruh dunia. Ketika ia masuk Islam, ia merasa memulai sebuah kehidupan baru.

"Seseorang dapat bertaubat dan membersihkan kesalahan masa lalu dengan beramal soleh, Insya Allah," ujarnya.

Hingga 2006, Masha merupakan artis dan model terkenal di Rusia dan negara-negara berbahasa Rusia lainnya. Ketika itu Masha mencapai puncak populariti dan Fabrik, kumpulan muziknya, juga merupakan kumpulan muzik teratas di Rusia.

Sekarang, Masha memakai jilbab dan mengalihkan aktiviti keartisannya dengan mengajar. Masha mengatakan dia membenci masa lalunya dan merasa bahwa baginya saat ini lah kejayaan yang sesungguhnya.

Saat masih menjadi penyanyi, tidak pernah terlintas sedikitpun dalam benaknya bahwa dia akan menjadi seorang muslim, berpuasa, menunaikan ibadah haji, dan meminum air zamzam. Masha berpindah keyakinan menjadi seorang muslimah pada tahun 2006.

Saat itu Masha mendapat khabar bahawa salah satu teman terdekatnya di kota lain mengalami koma. "Saya tidak tahu bagaimana saya dapat menolong teman saya. Hari itu, untuk pertama kali, saya berdoa dan memohon pada Tuhan," ungkapnya dalam satu wawancara.

Hari berikutnya, teman Masha tersebut menelefon Masha dan berkata bahwa ketika koma, dia melihat Masha menolongnya. Masha menangis seketika kerana itu pertama kali dalam hidupnya Masha menginginkan sesuatu dari Tuhan. Saat itu juga Masha mulai meninggalkan dunia modelnya dan menerima Islam.

"Sebuah keimanan kepada Allah telah mengubah hidup saya. Keinginan untuk beriman kepada Allah ada dalam hati nurani setiap orang. Saya tidak percaya bahwa Allah memberikan kecerdasan manusia hanya untuk kita hidup, makan, tidur, dan kemudian mati. Allah memberi kita kesempatan untuk hidup pada jalan yang dengan itu kita dapat mencapai-Nya," Masha menghuraikan.

Masha melihat Islam memiliki landasan yang paling kuat dalam hubungannya dengan agama lain. Ia melihat bahawa semua aturan Islam dapat diterapkan dalam kehidupan, dan menurutnya, jalan Islam adalah jalan kejayaan.

"Saya merasa bersyukur. Sekarang saya mendapat kesempatan untuk membandingkan bagaimana saya dahulu dan sekarang. Sekarang saya menjalani kehidupan yang sebenarnya dan kemudian saya berhasil."

Pada awalnya Masha merasa berat mempelajari bahasa arab pada Al-Qur'an, namun ketika menjalaninya, Masha menyukainya. "Saya fikir ini adalah kunci untuk mempelajari pengetahuan lainnya,"

Ketika ini Masha mengajar di universiti. Masha menguasai 5 bahasa di Eropah dan menulis beberapa lagu Islam. Ia masih tetap menikmati muzik, namun beralih pada Nasyid seperti Raihan, Sami Yusuf, dan Yusuf Islam. -sumber asal:islampos

MB Selangor: Bukan Lambat Tapi Berhati-hati Guna Wang Rakyat

Posted: 26 Nov 2013 05:01 AM PST


MB Selangor: Lambat kerana berhati-hati

SHAH ALAM - Selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kritikan terhadap Menteri Besar Selangor tentang pergerakannya yang lambat untuk melaksanakan arahan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan tindakan "lambat" itu kerana berhati-hati dalam membuat keputusan.

Abdul Khalid juga berkata, untuk melakukan perubahan sikap daripada "lambat" kepada agresif untuk melaksankan arahan telah terlalu lewat.

"Baguslah (teguran), ia tiada menjadi masalah.

"Tidak, saya sudah terlalu lambat untuk melakukan perubahan.

"Ia bagaimana kita menggunakannya (duit rakyat). Itu adalah duit rakyat, jika kita kehilangan duit rakyat, kesemua perkara yang kita lakukan tidak memberi apa-apa kepada mereka," katanya yang dipetik daripada portal Antarapos, hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan media mengulangi kritikan terhadap Abdul Khalid.

Anwar juga berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.

"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar.

"Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur.

"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya. -SH

Anwar akui 'terlanjur' tegur pentadbiran Abdul Khalid

Pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor masih cemerlang jika dibandingkan dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tegurannya kepada Abdul Khalid bertujuan penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih mengutamakan golongan yang memerlukan.

"Teguran itu mungkin kerana kita terlanjur dan lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor terdapat pimpinan, kewangan serta pembaziran jauh lebih terkawal. Perbezaannya terlalu jauh kalau diteliti akaun pengurusan ekonomi zaman BN dengan Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

anwarAnwar berkata demikian dalam ucapan penggulungannya Kongres Nasional Khas 2013 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam kongres berkenaan adalah barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan 885 anggota perwakilan PKR seluruh negara.

Perwakilan yang hadir sebulat suara meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan.

Sebelum ini, Anwar memberi teguran kepada Abdul Khalid kerana kerajaan negeri gagal menggunakan rizab negeri bagi membantu golongan yang memerlukan di Selangor.

Anwar berkata, Abdul Khalid antara pemimpin PR yang berfikiran terbuka dan sentiasa mengambil teguran ke atas dirinya.

"Saya tegur sebagai seorang sahabat dengan memuji rekod yang baik, tetapi ada beberapa yang perlu diperbaiki," katanya.

Katanya, beliau yakin Abdul Khalid adalah pemimpin yang jujur sepanjang menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini. Anwar berkata, Abdul Khalid tidak pernah mengambil tanah atau balak untuk kepentingan peribadi.
-selangorkini

Tiada ulasan: