Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Ust Hadi: PAS Akan Terus Jadi Rakan Aktif Pakatan Rakyat
- Mat Sabu, Hanipa Mungkin Mengundi Dari Mahkamah
- [VIDEO] Keputusan Penuh Pemilihan Pemuda & Muslimat PAS Pusat 2013-2015
- Tangis Bahagia Janda Syuhada Patani
[VIDEO] Ust Hadi: PAS Akan Terus Jadi Rakan Aktif Pakatan Rakyat Posted: 22 Nov 2013 12:05 AM PST Hadi jamin PAS akan terus jadi rakan aktif Pakatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan PAS akan terus menjadi rakan aktif Pakatan Rakyat (PR) dan bukan penumpang semata-mata. Ia bertujuan untuk memenuhi mesej tema "PAS adalah Rahmat Untuk Semua" yang menjadi tema muktamar PAS ke-59 ini, katanya ketika memberikan ucapan dasar dalam majlis perasmian muktamar PAS di Stadium Melawati, Shah Alam pagi ini. "Ingatlah, bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang, tetapi semua parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap lebih maju," katanya. Kenyataan Abdul Hadi boleh dianggap sebagai menjawab beberapa isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini khasnya oleh PAS Pulau Pinang. PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya membuat sidang akhbar khas bagi mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP kononnya mereka (PAS) adalah penumpang sahaja. Dalam ucapan di depan kira-kira 1,300 perwakilan dari seluruh negara dan lebih 5,000 pemerhati, Abdul Hadi berkata, PAS dan Pakatan Rakyat adalah pilihan majoriti rakyat negara ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. "Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah undi keseluruhan," katanya. Katanya, kedudukan itu sedikit pun tidak melemahkan semangat untuk ahli PAS terus berjuang. "Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan. "Kita masih menjadi pilihan di DUN Sungai Limau Kedah, dalam pilihan raya kecil yang baharu sahaja berlalu," katanya. -TMI
|
Mat Sabu, Hanipa Mungkin Mengundi Dari Mahkamah Posted: 21 Nov 2013 10:20 PM PST Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan peguamnya yang juga ahli jawatankuasa pusat, Mohamad Hanipa Maidin tidak dapat menghadiri muktamar parti pagi ini kerana mereka perlu berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hanipa berkata, mereka mungkin terpaksa mengundi dari mahkamah sekiranya mahkamah terus tidak membenarkan penangguhan. "Apapun, kami berdua akan berada di mahkamah pagi ini dan mungkin tidak dapat menghadiri perasmian muktamar oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana mahkamah tidak membenarkan penangguhan, malaysiakini terbitan semalam dipetik. "Tetapi kita akan cuba untuk memohon penangguhan sekejap selepas Mat Sabu memberi keterangan di mahkamah untuk memudahkan kita mengundi di sebelah petang. Jika ini tidak dibenarkan, kami berharap pihak parti akan membenarkan kami mengundi dari mahkamah," katanya kepada Malaysiakini petang semalam. Ini berikutan saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda. Penyiaran dua artikel dalam bulan Februari tahun ini dalam penerbitan PAS, Harakah, bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap timbalan pengerusi SPR itu. Wan Ahmad telah memberi keterangan dalam perbicaraan semalam dan mengikut Hanipa, Mat Sabu akan memberi keterangan sebagai defendan pertama dalam saman itu hari ini. Hanipa mewakili Mat Sabu dan defendan dalam saman itu manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun. Menurut ahli jawatankuasa pusat PAS itu, mereka telah memohon untuk penangguhan bagi menghadiri muktamar itu kerana ia diadakan setiap dua tahun sekali tetapi Hafarizam bertegas membantahnya, menyebabkan mereka perlu hadir di mahkamah. |
[VIDEO] Keputusan Penuh Pemilihan Pemuda & Muslimat PAS Pusat 2013-2015 Posted: 21 Nov 2013 06:10 PM PST Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru selepas meraih undi tertinggi iaitu sebanyak 320, mengalahkan rakan-rakan pencabarnya Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Shariff. Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman mengekori rapat di belakang dengan mendapat 307 undi manakala peguam Zulhazmi hanya berjaya 7 undi. Keputusan telah dikeluarkan pada 9:50 malam tadi. Pengundian bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada 4:15 petang. Seramai 638 perwakilan dari 162 kawasan telah membuang undi bagi pemilihan Pemuda PAS. Mantan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi tidak mempertahankan jawatan kerana beliau telah mencapai usia 43 tahun ini. Nasrudin berkata beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda untuk memberi laluan kepada calon-calon yang baru. Walau bagaimanapun, beliau akan bertanding untuk salah satu kerusi jawatankuasa PAS Pusat. Untuk jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi Awang menewaskan mantan naib ketua pemuda Raja Ahmad Iskandar Al- Hiss Raja Yaacob. Mohd Khalil yang juga Ketua Pemuda PAS Marang dan juga merupakan anak presiden parti Abdul Hadi Awang. Mohd Khalil mendapat 355 undi lebih suara 282 Raja Ahmad. Mantan Timbalan Ketua Pemuda, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz tidak mempertahankan jawatannya. Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi - yang bertanding bagi kerusi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya umum lepas tetapi tewas kepada Johari Ghani - telah dikalahkan oleh pesaingnya Khairil Nizam Khirudin untuk kerusi Naib Ketua. Khairil mencapai 411 undi manakala Zamri mendapat 226 undi. Lain-lain calon dipilih sebagai ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS Pusat untuk 2013-2015 istilah ialah: Syed Abdul Kadir Al-Jofree (433) Afnan Hamimi Taib Azamuddin (433) Ahmad Fadhli Shaari (417) Mohd Shahir Sulaiman (415) Abang Ahmad Kerdee (404) Zaharudin Muhammad (379) Ahmad Yahya (377) Mohd Faizol Salleh (371) Mohd Fadhli Ghani (359) Mohd Zawawi Abu Hassan (358) Nurul Islam Mohd Yusof (355) Mohd Sany Hamzan (340) Berikut pula ialah senarai keputusan pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2013-2015 PENGERUSI TETAP Norhashimah Deraman TIMBALAN PENGERUSI TETAP Nor Azlin Md Samsudin KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT Siti Zailah Muhd Yusoff TIMBALAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT Dr. Siti Mariah Mahmud NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT Mumtaz Md. Nawi AHLI JAWATANKUASA KERJA DMPP Aida Yusof Rawa Aiman Athirah Dr. Asiah Ali Dr. halimah Ali Khairiah Mohammad Normala Sudirman Wan Ubaidah Wan Omar Mastura Mohammad Siti Aisyah Ghazali Azizah Khatib Mat Wan Hasrina Wan Hassan Kartini Ahmad PEMERIKSA KIRA-KIRA - Menang tanpa bertanding Basmatul 'Uyun Yusoff Siti Fathiah Daud |
Tangis Bahagia Janda Syuhada Patani Posted: 21 Nov 2013 02:05 PM PST Alhamdulillah, saya bahagia, mereka syahid..Tolong pesan ini ke Indonesia…" Kemuning senja menemani perjalanan kami, tim Jurnalis Islam Bersatu (JITU) kembali ke Malaysia. Mentari berjalan perlahan ke balik bukit-bukit hijau sepanjang jalan yang mengular entah di mana hujungnya. Patani, Narathiwat, Yala di Negeri Patani (kini Thailand Selatan), tak terasa kami harus berpisah dengannya. Rintik hujan membelai lembut jalanan di Patani di penghujung senjanya. Titisnya membasahi bumi, mengingatkan akan air mata yang menitis pagi tadi. Butiran bening itu berkumpul pada sudut matanya yang sedang berkaca-kaca. Suaranya seakan berat, tertahan, "..terima kasih.." ungkapnya sambil menghela nafas sembari berusaha menyeka air mata. Ucapan syukur tiada terkira, berkali-kali ucapan terima kasih itu terlafal. Linangan air mata itu tak dapat disembunyikan, ketika kami, tim JITU mengunjunginya di bumi Patani, Wilayah Narathiwat, Rusok-Jaba. Sekitar satu jam dari wilayah Yala. Hayati, wanita bercadar itu diam sejenak. Kami hanya bisa menghela nafas, mendengarkan kisahnya dengan mata berkaca-kaca. Hayati memang tak sendirian. Di sampingnya ada Syamsiah dan Murni, yang kini senasib dengannya. Beralas tikar, beratap asbes, di dalam rumah sederhana itu, di dinaungi pepohonan lebat, kami mendengar kisah mereka, kisah tentang perjuangan sang suami yang kini tak dapat bersua dengan mereka. "Alhamdulillah…saya bahagia..suami saya insya Allah mendapatkan apa yang diinginkannya," lirih Hayati tegar. Tak terasa, air mata ini berkumpul di sudut mata. Masih ingat dalam benaknya, 5 Oktober 2013 silam, ketika tentara rezim Thailand itu merangsek masuk. Memberondong rumah di kampungnya dengan peluru. Mulai detik itu, status janda disandang Hayati, Murni, dan Syamsiyah. Kejadian seperti ini sudah tidak terhitung dan terus berlangsung hingga detik ini. Abdurrahim, Sofyan, Zulkifli, dan Utsman, memilih jalan yang Allah janjikan balasan terbaik. Lihatlah wajah senyumnya menjemput maut, tak ada yang lebih indah daripada karunia syahid di jalan Allah. Lihatlah, ketika mereka tinggalkan istri mereka dengan suatu yang tak pernah dirasakan orang lain ketika ditinggal keluarga tercinta. Ketika ketiga isterinya, Hayati (Abdurrahim), Syamsiah (Sofyan), Murni (Zulkifli) begitu tegar dan gembira menyambut syahidnya suami tercinta. Bulir bening itu hanya menetes dalam bahagia dan haru, ketika saudara seiman mereka datang bersua dengan mereka. "Kabarkan pada dunia, biar mereka tahu," pesannya kepada kami. Berkali-kali air mata ini terseka. Melihat begitu tegarnya mereka.Tak ada rasa gelisah di sana, ketika sang suami kini telah tiada. Tak ada kesedihan mendalam, hanya lara sesaat, sebagai fitrah wanita yang ditinggal suami. Setelahnya, senyum kembali tersimpul. Dikisahkan dengan tegar kepada kami kejadian yang menimpa suami-suaminya. "Insya Allah kami tak menyesal memilih jalan ini," ungkap Syamsiah. Syamsiah, wanita berjilbab lebar, sambil memangku sang buah hati, kini tak bisa lagi mengasuh puterinya bersama Sofyan. Wanita 21 tahun itu harus berjuang sendiri mengasuh anaknya yang masih berusia tiga tahun dan 9 bulan. Pun dengan bayi mungil yang baru berusia 6 bulan dalam asuhan Hayati, tak kan bisa menatap ayahnya. "Ayah ingin berjumpa dengan Allah nak, kini beliau sudah berjumpa," kata Murni, menjawab tegar ketika anaknya yang berusia 10 tahun dan 7 tahun bertanya," Ayah kemana umi?". "Insya Allah mereka sudah paham," kenang Murni. Jika sang isteri begitu bersyukur atas nikmat syahid (insya Allah) yang akhirnya Allah berikan pada suami mereka, begitupun sang Ayah dalam senyum lembut pun merelekan putra-putranya. "Alhamdulillah..mereka mendapatkan yang mereka inginkan," kata Umar, ayah Zulkifli. Matanya berkaca-kaca, dibalik lipatan kulitnya yang sudah tak lagi muda, ada rasa gembira dalam lubuk hatinya. "Perasaan kami senang, semoga perjuangan putra kami dilanjutkan," ungkap Yaqub, mengenang Sofyan, putranya yang baru berusia 28 tahun sudah menjemput kematian dengan senyuman. Umar, Yaqub, Murni, Syamsiah, Hayati kini tak dapat menatap lagi wajah lembut orang-orang kesayangannya. Kini, putra-putranya tak dapat memanggil "Abah" lagi. Takkan ada lagi rengekan putra Hayati memanggil kalimat 'Abah'. Kini, tak ada lagi sosok pejuang di tengah keluarga mereka. "Setiap pagi, insya Allah saya ke kuburan ayah mereka," ungkap Syamsiah. Mengenang itu mengingatkan. Mungkin, dengan ziarah ke makan ayahnya, mengingatkan bahwa perjuangan ini tak kan berhenti walau ayahnya telah tiada. "Insya Allah perjuangan ini akan dilanjutkan, hingga keturunan kami," ungkapnya. "Semoga Patani tidak ada kezaliman, tercipta kedamaian dan kebebasan," ungkap mereka. Dalam rumah sederhana itu, tak lupa terselip doa bagi umat Islam di Indonesia, dari para keluarga syuhada (insya Allah). "Agar Indonesia semakin berjaya," bisik mereka. Terakhir, Toni Syarqi, perwakilan tim JITU dan Road4Peace Indonesia menyampaikan "Kami merasa turut.." ucapnya berhenti sejenak, menghela nafas. Dengan terbata, dilanjutkan harapan kami,"Barangkali kalau melihat makam mereka, kita semua sedih. Tapi di sini, kami melihat harapan, kami masih berharap umat Islam Patani akan berjaya." "Kami berterima kasih diterima disini, kami mohon maaf tak membawa apa-apa ke sini, tapi akan membawa pesan (berita) ini ke Indonesia. Kami tak meninggalkan apa-apa kecuali hati kami. Walau fisik kami harus berpisah, tapi hati kami bersama umat Islam Indonesia tetap di sini," ucapan kami terakhir untuk warga Patani. Berat memang, meninggalkan saudara kita yang terus berjuang, melawan kezaliman. Patani, Bumi Nusantara silam, dimana Islam mempersaudarakan kita di bumi ini. Islam dan bahasa Melayu, ikatan kuat bangsa Melayu. Sejauh mata memandang, dari Merauke hingga Patani. Kini, tanah ini mencari kedamaian. Kuncup Syuhada bermekaran. Hingga suatu saat, bumi Nusantara kembali tersenyum, dalam pangkuan Islam. Ada doa kita yang terselip untuk Patani. -islampos
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan