Kelab Greenboc |
- Menjelikkan Apabila Kerja MP UMNO Menjadi Tukang Ampu Najib & Rosmah....
- Miros, Apakah Kemalangan Ini Disebabkan Jangkahayat Kereta Lebih 12 Tahun?
- PAS Tidak Mudah Terperangkap Dengan Jerat UMNO
- Bagaimana Cara Untuk Jadi Wanita Cantik?
- Kesatuan Eropah Selar Media Burukkan Ikhwan
Menjelikkan Apabila Kerja MP UMNO Menjadi Tukang Ampu Najib & Rosmah.... Posted: 21 Nov 2013 12:35 AM PST Shahidan sekali lagi pertahankan Rosmah Kritikan terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah 'tidak adil' kerana ia akan menjauhkan pelabur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim semalam. Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, ahli Parlimen Arau itu melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan bagi lawatannya ke Qatar baru-baru ini. "Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?" tanya beliau kepada wartawan. "Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma." Shahidan kemudian menyalahkan media kerana berterusan melemparkan kritikan terhadap Rosmah, sambil berkata kritikan itu tidak adil kepada Rosmah. "Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini. "Beliau telah membina negara ini," katanya. Semalam, Shahidan mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana isteri Perdana Menteri telah dijemput ke negara teluk untuk berbincang 'banyak perkara'. "Hasil lawatan sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri. "Lawatan ke negara luar bukan untuk suka-suka. Ia membabitkan banyak tanggungjawab," katanya selepas ahli parlimen pembangkang menyerang beliau berhubung isu Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan minggu lalu di Parlimen. Rosmah berada di Qatar minggu lalu bagi menyampaikan ucaptama Forum Perniagaan Wanita ke-4 di Doha yang dianjurkan oleh Persatuan Usahanita Qatari dan Interactive Business Network. Turut sama dalam rombongan itu adalah Penasihat Khas Usahawan Wanita dan Profesional kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria. Pemimpin pembangkang mengkritik penggunaan jet itu yang dilihat sebagai satu bentuk salah guna kuasa yang menurut Shahidan telah diluluskan kabinet.
|
Miros, Apakah Kemalangan Ini Disebabkan Jangkahayat Kereta Lebih 12 Tahun? Posted: 20 Nov 2013 11:45 PM PST Melaka: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, malam ini. Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu. "Kecederaan datuk seri (Dr Subramaniam) tidak serius manakala pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam 'operating theater' (dewan bedah) Hospital Besar Melaka. "Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini malam ini. Beliau berkata Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera. Chuah berkata lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori terbabit. Sementara itu, Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata Dr Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov di sini. Ambulans yang membawa Dr Subramaniam tiba Hospital Besar Melaka pada pukul 11.10 malam dan beliau berbaring dalam keadaan sedar dengan 'neck braces' dipasang di leher bagi menyokong lehernya yang cedera. Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melawat menteri berkenaan di Hospital Besar Melaka.
|
PAS Tidak Mudah Terperangkap Dengan Jerat UMNO Posted: 20 Nov 2013 07:30 PM PST Mohd Sabu: 'Senyuman Umno beracun dan berbisa' Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu meminta ahli parti itu agar tidak tergoda dengan 'senyuman' yang diberikan oleh Umno. Sebaliknya, Mohamad mengingatkan pemimpin pelapisnya mengenai pengkhianatan yang dilakukan tatkala ia bekerjasama dengan PAS satu masa lalu. "Jangan tergoda senyuman Umno, senyuman beracun dan berbisa" "Umno bila kuat menindas kita, bila lemah baru mengenyit mata," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) di Dewan Sivik MBPJ malam ini. Mohamad menyatakan sebaliknya perlu untuk meneruskan tahalul siyasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai bakal kerajaan akan datang. "Mengenyit mata ku tak balas, melampai tangan, ku tepis tangan itu," ujar beliau diiringi dengan deraian tawa hadirin. Pertahan alam sekitar Sementara itu, Mohamad juga mahu PAS ke depan dalam memperjuangkan isu semasa seperti pencemaran alam bagi menangkis stigma parti tersebut yang menjurus pada perjuangan agama semata. Beliau memberi contoh kumpulan pencinta alam antarabangsa 'Greenpeace' dan Kaum Tionghua yang sanggup bermatian dan bersusah payah mempertahankan alam sekitar. "Kita lihat siapa yang ke depan dalam isu seperti Lynas dan Bukit Merah. Sepatutnya PAS yang menjuarai isu tersebut kerana menjaga alam dari dirosakkan merupakan kewajipan dalam Islam," katanya. Tingkat kerjasama Pemuda Pakatan Sebelum itu Mantan ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan menegaskan perlunya peningkatan kerjasama pembangkang khususnya membabitkan sayap pemuda Pakatan Rakyat. Menurutnya, kerjasama masih dilihat dilihat goyah dan tidak sehaluan hingga boleh menjejaskan hubungan antara parti komponen pembangkang tersebut. "Sehingga setakat hari ini, pemuda Pakatan Rakyat masih belum dilihat sederap dan selangkah walaupun menghayun kaki dan tangan bergerak ke arah yang sama," katanya dalam ucaptama terakhir beliau.
[VIDEO SIMPANAN] Pandangan TG Nik Aziz Terhadap Mohd Sabu |
Bagaimana Cara Untuk Jadi Wanita Cantik? Posted: 20 Nov 2013 03:45 PM PST Kosmetik Beginilah Cara Jadi Wanita Cantik 1) Jadikanlah ghadul basar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. Insya ALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening. 2) Calitkanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al-haq) pada ulasan bibir delima kalian. Insya ALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai sesama. 3) Bedakkan raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. Insya ALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang. 4) Lumurilah seluruh anggota badan kalian dengan sabun istighfar. Insya ALLAH, ia dapat mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan. 5) Rawatlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. Insya ALLAH, ia akan menyelimuti azaraul-jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas dari tambatan keimanannya. 6) Sarungkanlah kedua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. Insya ALLAH, kelak kalian akan temui warga solihin yang nilainya melebihi segunung emas permata. 7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul-Quran dan dzikrullah. Insya ALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman (kemanisan iman) akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan. 8) Luruskanlah gaya tubuh kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan beribadah kepada-Nya Yang ESA. Insya ALLAH, takkan DIA sia-siakan keikhlasan dan keistiqomahan kalian dalam mencari keridhoan-NYA. 9) Hembuskanlah nafas ta'abud wa taqarrub ilaALLAH ke dalam ruh dan sanubari kalian. Insya ALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang maupun kegelisahan dalam kehidupan. Inilah sebahagian dari cara menjadi wanita cantik dengan kecantikan yang sesungguhnya, bukan kecantikan yang lambat laun tergerus oleh zaman. Cintailah Allah di tempat yang utama maka sesungguhnya dalam sebuah hadits disebutkan: "Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibrilpun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai pulalah dia oleh kalian semua, maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (HR. Bukhari). Wallahu a'lam bis-sowwaab. [rki] |
Kesatuan Eropah Selar Media Burukkan Ikhwan Posted: 20 Nov 2013 04:45 AM PST Bernardino Leon Gross, utusan khas Kesatuan Eropah untuk Afrika Utara memandang berat sikap penguasa kudeta Mesir yang ketika ini memperlakukan Ikhwanul Muslimin sebagai syaitan, atau menunjukkan kepada awam bahawa Ikhwan adalah kelompok yang sangat buruk. Hal itu disampaikanya pada sebuah persidangan di Maghribi, Jumaat (15/11/2013) yang lalu. Menurutnya, Ikhwan tidak ada niat untuk merubah politiknya menjadi kelompok diktator tatkala berkuasa. Demikian tegasnya di dalam konferensi di Maghribi itu. Presiden Mursi saat itu hendak mengakomodasi semua kalangan. Bahkan Kesartuan Eropah sempat menawarkan bantuan sebesar 5.5 juta Euro kepada Mesir jika Presiden Mursi mengakomodasi semua kekuatan politik, menghormati perlembagaan, dan menjalankan pilihanraya umum. Oleh kerana itu, Leon mengajak semua pihak, terutama media, untuk tidak menyebarkan kebencian terhadap Ikhwan, menganggap mereka sebagai syaitan, sedangkan memuji yang lain kononnya mereka sebagai malaikat belaka. -sumber asal:ikhwanonline |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan