Kelab Greenboc |
- Suspek Kes AMBANK Akan Didakwa Esok
- Azeez Rahim Kena Hempap Besi Khemah Di FIlipina
- Pendokong Mursi Berdemonstrasi Bantah Sistem Kehakiman Yang Berat Sebelah
Suspek Kes AMBANK Akan Didakwa Esok Posted: 17 Nov 2013 12:30 AM PST Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank Subang Jaya yang ditahan pada 10 November di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor akan didakwa Isnin ini. Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama, tidak menyatakan di mahkamah mana suspek akan didakwa. Dalam kejadian pada 23 Oktober, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000. Pada 11 November, polis menemui senjata api jenis 'pump gun' yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari bank berkenaan. - Bernama
|
Azeez Rahim Kena Hempap Besi Khemah Di FIlipina Posted: 16 Nov 2013 08:51 PM PST Presiden KP1M cedera dihempap besi khemah Abdul Azeez Abdul Azeez (tengah) dipapah setelah mengalami kecederaan di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez di Tacloban hari ini. - Foto Bernama FILIPINA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, di sini hari ini. Kejadian kira-kira 1.45 petang waktu tempatan itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan. Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, di sini, dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus. Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. - Bernama ULASAN GB Jika dulu, Azeez didakwa berbohong dan berlakon masuk hospital kerana mendakwa dirinya dipukul oleh penyokong PAS di PRK Bagan Pinang, kali ini betul-betul "kena pukul" dengan besi khemah sehingga betul-betul berdarah dan betul-betul kena bawa ke klinik dan kena empat jahitan. Berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan. Apa-apa pun semuga lekas sembuh dan diucpakan Inalillahiwainna ilahi rajiun. p/s Lafaz Tarji (Innalillah..) ini pun ada kesnya. Semasa GB melaporkan musibah menimpa Sdra Azeez dulu, maka GB tulislah Inalillah... maka ketika itu bangunlah beberapa orang pro-UMNO marah kat GB menyatakan GB mendoakan Sdra Azeez supaya mati. Maka GB menjawab inilah padahnya bila orang UMNO tak baca Al-Quran. Di dalam Surah Al-Baqarah:156 dah jelas "(Yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Susah betul bila nak berdebat/bercakap dengan golongan UMNO ni... botingkek-botingkek bodohnya akibat tak baca AL-Quran. Itu pun kita kena sebut Innalillah jugak..kena kebodohan itu adalah satu musibah yang menimpa bangsa Melayu kerana tinggalkan Al-Quran. |
Pendokong Mursi Berdemonstrasi Bantah Sistem Kehakiman Yang Berat Sebelah Posted: 16 Nov 2013 02:30 PM PST Kaherah - "Tolak Pengadilan Balas Dendam", itulah slogan yang diusung demonstrasi yang dilakukan oleh Pakatan Pro-Demokrasi Anti-Kudeta semalam, Jumaat (15/11/2013) . Demonstrasi diadakan di berbagai wilayah di Mesir. Dalam pernyataannya, pakatan tersebut menyebutkan bahawa bukti keterlibatan pihak kehakiman dengan kudeta di Mesir sudah sangat jelas. Pakatan berkenaan meminta para elit peradilan agar tidak mengotorkan pakaian kehakiman yang bersih, dan agar menghentikan tindakan-tindakan yang merendahkan martabat kehakiman. Pakatan itu mengambil contoh pengadilan Presiden Mursi dalam kes terbunuhnya dua orang demonstran di istana Ittihadiyah. Hal itu melanggar perlembagaan di dalam mengadili seorang presiden. Selain itu, pengadilan hanya membahas kematian dua orang penentang Presiden Mursi, sedangkan kematian pendukung Presiden Mursi yang jauh lebih banyak lansung tidak mendapatkan perhatian. Contoh yang lain adalah adanya 12 orang mahasiswa Al-Azhar yang dihukum 17 tahun penjara dalam kejadian pejabat Syeikh Al-Azhar. Hukuman itu adalah akumulasi tuntutan-tuntutan dalam satu peristiwa yang sama. Padahal banyak keterangan saksi menyebutkan bahawa yang terlibat dalam kerusakan pejabat Syeikh Al-Azhar adalah para anggota keselamatan yang berpakaian preman, bukan mahasiswa. Hukuman seperti ini terang-terangan melanggar undang-undang, dan terlihat ada unsur balas dendam kepada para pendukung Ikhwanul Muslimin . Hukuman 17 tahun ini, menurut Pakatan, adalah malapetaka bagi rakyat Mesir. Tuduhan yang diajukan adalah kerusakan, dan itu juga belum terbukti, sedangkan pihak keselamatan (polis dan tentera) sudah jelas membunuh dan menyiksa rakyat, tapi lansung tidak disentuh. Tiga bulan setelah pembantaian di R4BIA (14/8/2013), Pihak Forensik Rasmi pemerintah menyebutkan bahawa yang meninggal dalam pembantaian di R4BIA adalah 627 orang. Sedangkan jumlah korban meninggal hingga sekarang dari seluruh peristiwa setelah kudeta adalah 989 orang. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan