Sabtu, 16 November 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kes Gani Patail & CIA: SAMM Buat Laporan Polis Seluruh Negara Hari Ini

Posted: 16 Nov 2013 12:35 AM PST


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat laporan polis secara serentak di seluruh negara hari ini untuk terus mendesak supaya semua aktiviti yang melibatkan Pejabat Peguam Negara dibekukan.

Ini berikutan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan terdapat dua agen perisik agensi CIA yang bekerja di pejabat itu.

SAMM turut mengatakan yang negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus.

"Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim (bekas pegawai kanan Polis), negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui Pejabat Peguam Negara,"

"SAMM juga tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktiviti pengintipan ini juga mampu menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa.

Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat," kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan melalui satu siaran media.

Selain itu, SAMM turut mendesak supaya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diberkas untuk disoal-siasat dan Mahathir sendiri tampil memberi penjelasan.

"Laporan polis akan mula dibuat oleh SAMM di Pulau Pinang jam 11.00 pagi di Balai Polis Bayan Baru, diikuti oleh SAMM dari negeri lain termasuk dari Sabah dan Sarawak.

"SAMM juga menyeru orang ramai dan aktivis sekutu turut membuat laporan polis di atas kecelaruan yang dibiarkan ini," tambahnya lagi.

Ujarnya lagi, akan menyeru semua aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai untuk berkumpul beramai-ramai di hadapan Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk memberi tekanan yang lebih serius pada 24 November ini jika tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak polis. -FMT


Ejen Amerika di Pejabat Peguam Negara: Anwar gesa "rehatkan" Gani


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen agensi perisikan Amerika Syarikat di Pejabat Peguam Negara.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.

"Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen Amerika adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar dalam kenyataan di Kuala Lumpur lewat malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan, Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber, Ahmad Zahid dikatakan turut dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Abdul Gani.

"Gani juga perlu memberi penjelasan terhadap semua dakwaan ini termasuk yang mengaitkan beliau dengan kegiatan haram dan aktiviti konspirasi yang turut didakwa melibatkan pejabatnya," kata Anwar.

Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh Muhammad Shafee pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya dengan disertai bekas setiausaha politiknya, Matthias Chang.

Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Abdul Gani yang bermula daripada kes 'mata lebam' Anwar lagi.

Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam kes Pulau Batu Putih di Mahkamah Antarabangsa.

Abdul Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.

Ekoran pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Abdul Gani dalam kes 'mata lebam' Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Najib.

Ia turut dihantar kepada Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa polis menyiasat Abdul Gani tanpa menunggu laporan polis dibuat.

Karpal berkata, pada masa lalu polis pernah mengambil inisiatif sendiri dengan memulakan siasatan selepas membaca laporan akhbar.

Menurut Karpal, polis mesti merekodkan kenyataan orang penting termasuk Abdul Gani, Dr Mahathir dan Ahmad Zahid bagi memahami kes ini.

"Saya harap tiada apa yang diselindungkan," katanya.

Abdul Gani, 58, menyertai pejabat Peguam Negara pada 1980 dan dilantik sebagai Peguam Negara pada 2002.

Beliau pernah menerima kritikan hebat daripada pembangkang dan badan bukan kerajaan berhubung kegagalan kerajaan dalam kes di bawah seliaannya termasuk kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes penipuan membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.
-TMI


ULASAN GB

GB sudah lama meminta agar Gani Patail ini ditangkap dan disiasat dengan segera di dalam posting GB bertarikh 5 Mei 2011 lagi. Baca: Tangkap Dan Siasat Gani Patail Segera

Kes Belasah Zahid Hamidi-Bazli: Terma Penyelesaian Bakal Terbongkar!

Posted: 15 Nov 2013 08:35 PM PST


Terma penyelesaian luar mahkamah kes belasah antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah akan didedahkan kepada umum pada 5 Disember ini.

Ia berikutan arahan Mahkamah Tinggi pada Khamis baru-baru ini kepada Amir Bazli supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku sepanjang proses pengantaraan empat bulan lalu.

Peguam Amir Bazli, Karpal Singh, memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Vernon Ong sudah mengeluarkan arahan di dalam kamar selepas pertemuan dengan wakil peguam kedua-dua pihak. Ahmad Zahid diwakili oleh peguam Datuk Shashi Menon.

Bulan lalu, Karpal menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu.

Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail, yang juga seorang hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam.

Sejurus selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi wakil peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian.

Rohani dikatakan memberitahu kedua-dua pihak supaya merahsiakan terma penyelesaian tersebut.

Bagaimanapun, Karpal tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut memandangkan perbicaraan kes saman Amir Bazli sudah ditetapkan pada bulan Ogos lalu.

Amir Bazli hilang selepas 18 Julai dan tidak menghubungi Karpal sejak itu.

Karpal tidak berpuas hati kerana perkara tersebut disembunyikan daripadanya.

Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dimaklumkan mengenai perkara sebenar yang berlaku semasa proses pengantaraan walaupun kes itu dikatakan sudah selesai.

"Hakim perbicaraan akan merekodkan status kes itu dan kemudian membatalkan perkara tersebut jika kedua-dua sememangnya menyelesaikan tanpa perbicaraan.

"Biarlah dia (Amir Bazli) datang ke mahkamah sendiri dan memberitahu hakim apa yang berlaku. Jika dia berpuas hati dengan terma penyelesaian, biarlah ini direkodkan untuk menutup kes tersebut. Jika tidak, tarikh perbicaraan baru boleh ditetapkan," katanya.

Selepas penyelesaian luar mahkamah dicapai, Ahmad Zahid berkata, Amir Bazli meminta maaf kepadanya.

Amir Bazli, 41, memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.

Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman menteri itu di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap Amir Bazli.

Amir Bazli juga membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid tetapi tiada apa-apa tindakan diambil menyebabkan ahli perniagaan itu memfailkan saman. -TMI

Calon BN Sendiri Dedahkan FAMA Disalahguna Beri Berlori Anak Ayam Semasa Kempen

Posted: 15 Nov 2013 04:10 PM PST


Undi saya dapat, tak sebanyak anak ayam - Sohaimi

KUALA LUMPUR: Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen.

Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri.

"Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan.

"Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

"Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak," katanya dipetik TMI.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

"Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

"Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN," katanya. -HD

Tiada ulasan: