Kelab Greenboc |
- Darurat Ditamatkan, Kaherah Kembali "Bernyawa" Di Malam Hari
- Siling Wad Hospital Serdang Runtuh Kali Ke 4, Menteri Perlu Letak Jawatan!
- [ANUGERAH TERTINGGI NEGARA] Najib, PM Paling Boros!
Darurat Ditamatkan, Kaherah Kembali "Bernyawa" Di Malam Hari Posted: 15 Nov 2013 01:03 AM PST Kaherah - Suasana jalan-jalan kota Kaherah yang sebelumnya sangat sepi seperti kawasan kubur di waktu malam, kini mulai kembali ramai, setelah Pemerintah Mesir menamatkan perintah keadaan darurat bermula malam tadi Khamis (14/11). Keadaan darurat dan jam malam atau larangan keluar rumah di waktu malam itu dikuatkuasakan sejak 14 Ogos, atau bersamaan dengan pembubaran paksa aksi duduk pendukung presiden terguling Muhammad Mursi di Bundaran Rabiah Adawiyah dan Bundaran Al Nahdah di Kaherah. Bundaran Rabiah Adawiyah yang sebelumnya ditutup sejak pembubaran paksa tersebut, kini dibuka kembali untuk lalu lintas umum. Penguatkuasaan keadaan darurat itu menimbulkan pro dan kontra di Negeri Piramid tersebut. "Penamatan keadaan darurat ini penting untuk menggerakkan kembali roda ekonomi," kata pemilik kiosk di kawasan Attaba, pusat kota Kaherah, Mohsen Reyad. Sebaliknya Ahmed Serageddin yang mengaku sebagai pendukung kudeta, khuatir pencabutan keadaan darurat itu. "Saya khawatir Ikhwanul Muslimin pendukung Mursi menggunakan momentum ini untuk mengganggu keamanan yang mulai kondusif," katanya. Serageddin merujuk pada unjuk rasa pendukung Mursi yang terus dilancarkan di beberapa tempat di Kaherah dan berbagai provinsi meskipun jumlahnya pengunjuk rasa semakin berkurangan. Kalangan antarabangsa terutama Amerika Syarikat juga telah berulang kali mendesak Mesir untuk mencabut keadaan darurat yang ditetapkan Presiden Adly Mansour tersebut. Sebelumnya, pada Selasa kemarin pengadilan Mesir memerintahkan pengakiran keadaan darurat atas desakan beberapa kalangan masyarakat tempatan. Namun, pasukan keselamatan kelihatan di beberapa tempat di kota Kaherah pasca pencabutan keadaan darurat tersebut. "Keamaan harus terus diperketatkan untuk menjamin keamanan dan keselamatan masyarakat," kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim yang bertanggangungjawab keatas pasukan polis. |
Siling Wad Hospital Serdang Runtuh Kali Ke 4, Menteri Perlu Letak Jawatan! Posted: 14 Nov 2013 09:50 PM PST Beberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh awal pagi semalam. Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang, berkata runtuhan kira-kira jam 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi tetapi tiada sebarang kecederaan dilapor. Gambar fail. "Bahagian berkenaan sebelum ini dikosongkan untuk kerja ubah suai dan membaiki kerosakan. Memang ada tanda-tanda kerosakan kerana itu pesakit dialihkan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Memetik Malaysia Kini yang bersumberkan Bernama, usaha untuk menjalankan tinjauan di wad berkenaan gagal selepas dihalang pengawal keselamatan. Hospital itu menelan belanja RM690 juta itu eroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi. Sebelum ini, kejadian runtuhan siling dan bumbung pernah dilaporkan berlaku di hospital berkenaan. Pada 30 September lalu, siling wad bersalin runtuh, menyebabkan timbul gesaan supaya Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam meletakkan jawatan jika siling runtuh lagi. Insiden pertama berlaku pada 30 Januari 2011 di lobi utama tetapi tidak ada yang tercedera. Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera apabila berlaku lagi insiden siling runtuh, kali ini di Jabatan Kecemasan pada 13 Ogos 2012. |
[ANUGERAH TERTINGGI NEGARA] Najib, PM Paling Boros! Posted: 14 Nov 2013 04:05 PM PST Najib, PM paling boros? PKR semalam mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.2 bilion untuk bayaran kepada khidmat perunding sejak lima tahun lalu. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendedahkan angka itu melalui jawapan bertulis yang diperolehinya daripada Parlimen, sekaligus memberi maksud bahawa jika diperhalusi, bayaran kerajaan kepada perunding adalah berjumlah RM4juta sehari. Perbelanjaan yang amat besar ini tentunya menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya yang sedang mengurus kerajaan sekarang, kakitangan kerajaan atau perunding luar ini? Ia juga menimbulkan persoalan mengapakah perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan untuk membayar khidmat perunding ini sedangkan negara sudah pun mempunyai kakitangan kerajaan yang bukan saja besar, kira-kira 1.4 juta orang saiznya tetapi juga di dalam perkhidmatan kerajaan juga terdapat mereka yang berpengalaman, berilmu pengetahuan, berkelulusan tinggi dan sebagainya. Oleh kerana wang RM7.2 juta ini wang rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibelanjakan dan pecahannnya. Apakah sebenarnya jenis perkhidmatan yang diberikan oleh perunding luar ini? Lebih bertanggungjawab sekiranya Najib atau kerajaan dapat menjelaskan secara detail menyenai perkara ini di Parlimen supaya ia dapat dibahas dan diperdebatkan kewajaran atau sebaliknya perbelanjaan sebesar itu telah diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk bayaran kepada perunding saja. Dengan hutang negara yang kian meningkat, terbaru dilaporkan sudah pun mencecah lebih RM622 billion, subsidi gula ditarik dan rakyat diminta mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, perbelanjaan sebanyak ini hanya untuk khidmat perunding luar saja, tentunya menunjukkan "kegilaan" melampau kerajaan yang ada sekarang dalam membelanjakan wang rakyat. Selama ini kita hanya mendengar bayaran RM70 juta setahun untuk APCO yang memberikan khidmat perunding media kepada Perdana Menteri dan terbaru ini pula dilaporkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia oleh perunding luar McKinskey and Co bernilai RM20 juta, rupa-rupanya ketaksuban kerajaan kepada perunding luar ini jauh lebih besar lagi. Khidmat perunding luar ini mungkin mencakupi beberapa perkhidmatan yang tidak terfikir oleh kita semua, tetapi dilakukan semata-mata kerana Najib mahukan kerajaan yang dipimpinnya benar-benar berbeza dengan Perdana Menteri sebelumnya. Penggunaan khidmat perunding luar ini turut juga memperlekeh khidmat dan keupayaan kakitangan kerajaan sedia ada dan seolah-olah mereka tiada keupayaan langsung menjalankan tugas, terutamanya berkaitan penyelidikan, penyediaan kertas kerja dan mewujudkan program-program baru untuk kerajaan. Apakah kakitangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib ini hanya layak melakukan kerja-kerja fotostat dan diangkut ke sana ke mari untuk meramaikan program-program politik sahaja? Dengan perbelanjaan sebanyak itu, sudah tentu juga kebanyakan syarikat yang dilantik memberi khidmat perunding itu adalah dari luar negara atau sekurang-kurangnya dari Singapura, tentulah tidak mustahil juga unsur-unsur asing seperti CIA turut juga meresap dalam kerajaan. Mungkinkah khabar angin yang didengar oleh Mahathir bahawa terdapat dua orang ejen CIA dalam Jabatan Peguam Negara merupakan sebahagian daripadanya? Tidak dinafikan bahawa angka RM7.2 bilion hanya untuk bayaran kepada khidmat perunding luar saja adalah suatu jumlah yang besar dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Ia jelas menunjukkan pemborosan yang luar biasa dan tiada taranya telah dilakukan oleh Najib sejak menjadi Perdana Menteri walaupun saban tahun hutang negara terus meningkat jumlahnya. Jika dikira dengan pelbagai perbelanjaan lainnya yang juga luar biasa seperti bil ulititi Seri Perdana berjumlah RM2.5 juta, kos rumah terbuka RM2.88 juta, kos lawatan ke luar negara berpuluh juta, kos minyak dan penyelenggaran jet bernilai ratusan juta dan pelbagai kos lainnya yang turut dalam lingkungan puluhan atau ratusan juta nilainya, Najib sebenarnya layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri paling boros sekali dalam sejarah negara. Dalam tempoh lima tahun yang sudah berlalu, pelbagai pendedahan mengenai kos dan perbelanjaan yang terpaksa dibayar oleh pembayar cukai hanya untuk memuaskan nafsu dan kehendak beliau sebagai Perdana Menteri. Bayangkanlah berapa puluh bilion lagi akan dibelanjakan untuk tempoh lima tahun akan datang? – shahbudindotcom
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan