Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Anggota Polis Dipenjara Seumur Hidup Kerana Menculik
- [VIDEO] Bukan Dengan Dr.Morsi Saja, Dengan Ust Hadi Pun Kudeta Fitnahkan Juga
- Wanita Kristian Ini Menutup Aurat & Merasai Ketenangan Yang Tak Pernah Dirasa Sebelumnya
- Batman Bin Suparman Dihukum Penjara 33 Bulan Kerana Mencuri
- Anggota BN Tempelak Ahmad Maslan Kerana Salahguna Kuasa
[VIDEO] Anggota Polis Dipenjara Seumur Hidup Kerana Menculik Posted: 13 Nov 2013 01:31 AM PST Alor Setar: Tiga lelaki, termasuk seorang anggota polis, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang lelaki bagi mendapatkan wang tebusan RM40,000 di Bedong, Sungai Petani tahun lepas. Koperal Mat Rani Zakaria, 51, dari Negeri Sembilan serta dua pekerja tempat cuci kereta iaitu Mohamad Shukri Ibrahim, 33, dan Jeffri Abdullah, 29, didakwa menculik mangsa, 24, yang bekerja sendiri, di depan sebuah hotel di Bedong pada 15 Mac 2012. Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab turut menjatuhkan hukuman 10 sebatan setiap seorang ke atas Mohamad Shukri dan Jeffri manakala Mat Rani terlepas kerana faktor usia. Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata pembelaan kesemua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Beliau berkata mereka tidak menafikan menahan dan membawa mangsa ke sebuah hotel di Klang, Selangor serta meminta RM40,000 daripada abangnya. "Ketiga-tiga tertuduh, dalam pembelaan mereka, mengatakan mereka meminta duit itu sebagai 'kautim' untuk tidak membawa mangsa ke Bukit Aman selepas mereka menemui dadah dalam kereta mangsa," katanya. Terdahulu, peguam Mohd Fadli Shuib yang mewakili Mat Rani meminta hukuman anak guamnya diringankan kerana tertuduh memiliki rekod yang baik sebagai anggota polis. Bagaimanapun, Mohd Zaki berkata beliau tidak dapat menerima alasan itu kerana sebagai anggota polis, Mat Rani sepatutnya memahami kesan tindakannya. "Seorang anggota polis tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian, dia sepatutnya melindungi orang ramai," katanya. Sementara itu, peguam T.Jayaraj yang mewakili Mohamad Shukri dan Jeffri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana mangsa dalam kes ini tidak dicederakan. Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani. – BERNAMA |
[VIDEO] Bukan Dengan Dr.Morsi Saja, Dengan Ust Hadi Pun Kudeta Fitnahkan Juga Posted: 13 Nov 2013 12:20 AM PST Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menafikan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa beliau ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin. Beliau berkata, walaupun beliau dan PAS mendukung demokrasi dan menentang kudeta di Mesir namun adalah tidak munasabah beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin. "Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir. "Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan. "Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah nak letak saya sebagai setiausaha agung," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun. Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga menyifatkan laporan tersebut sebagai provokasi untuk mengganggu hubungan PAS dengan pihak luar. "Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa," katanya. Justeru, tegasnya PAS sedang mengkaji tindakan guaman yang boleh diambil ke atas akhbar tersebut. "Saya telah hubungi rakan-rakan di Asia Barat termasuk rakan di UK untuk menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan sewajarnya," tegasnya yang juga Adun Rhu Rendang. Pada 22 Oktober 2007, Tuan Guru Abdul Hadi memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau. Daily Mirror dalam akhbar dan juga web mereka, secara terang-terangan menyiarkan gambar Datuk Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent. Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al-Qaeda, dan sedang ditahan di Guantanamo Bay. -HD |
Wanita Kristian Ini Menutup Aurat & Merasai Ketenangan Yang Tak Pernah Dirasa Sebelumnya Posted: 12 Nov 2013 08:31 PM PST Wanita Kelantan menutup aurat, tergerak hati saya' KOTA BHARU: "Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya," kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu. Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat. Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan. Menurut beliau lagi, kehidupannya sebelum ini seperti penganut Kristian lain yang hidup dalam keadaan sosial dan berpakaian tidak menutup aurat. "Tetapi apabila saya datang ke Kelantan dan melihat wanita Kelantan menutup kepala dan aurat sempurna, tergerak hati saya untuk melakukannya. "Apabila saya berpakaian seperti ini saya dapat merasa suatu ketenangan yang belum pernah saya rasa," ujarnya yang memukau perhatian yang hadir. Sebelum itu Dr Ramli dalam ucapannya berkata bahawa kurikulum yang digubal dan digunakan oleh Pasti mendapat pengiktirafan antara kurikulum pendidikan pra sekolah yang terbaik dalam negara. Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' yang berusia setahun itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna hampir 50 orang kanak-kanak, pelbagai persembahan, pertandingan fesyen dan cabutan bertuah. -HD? ULASAN GB Mungkin pengalaman wanita Krisitian ini dapat meneggerakkan hati, bukan saja kaum hawa bukan Islam yang lain, tetapi untuk kaum hawa yang beragama Islam (yang belum menutup aurat sepenuhnya) juga, untuk mcuba menggunakan pakaian yang menutupi aurat... dan rasakan ketenangan sepertimana dialami olehnya. |
Batman Bin Suparman Dihukum Penjara 33 Bulan Kerana Mencuri Posted: 12 Nov 2013 04:10 PM PST Namanya boleh super hero tapi kelakuannya seorang penjahat, itulah yang terjadi terhadap seorang lelaki Singapura bernama Batman bin Suparman yang menjadi selebriti media sosial baru-baru ini. Batman bin Suparman, yang berarti "Batman anaknya Suparman" dalam bahasa Melayu, dijatuhi hukuman penjara selama hampir tiga tahun pada hari Isnin kelmarin (11/11/2013) kerana melakukan pelbagai kesalahan, termasuk pencurian, pecahrumah serta mengambil dadah. Penganggur berusia 32 tahun ini ditangkap pada 19 Ogos lepas lalu, setelah video pihak keselamatan memperlihatkan dia menyelinap ke sebuah kedai di malam hari pada dua kesempatan yang berasingan. Ia juga dituduh mencuri kad ATM adiknya dan melakukan penarikan sebesar S$500 yang wangnya digunakan untuk mengambil heroin. Batman, yang dijatuhi hukuman sejumlah 33 bulan penjara, menjadi sensasi media sosial setelah kad pengenalannya beredar secara online. Meski pun penjahat, sebuah halaman "Batman bin Suparman Fan Club" di laman jejaring sosial Facebook telah mengumpulkan lebih 11,000 likes. |
Anggota BN Tempelak Ahmad Maslan Kerana Salahguna Kuasa Posted: 12 Nov 2013 05:35 AM PST MCA: Ahmad Maslan, bukan tugas GLC sokong Utusan MCA mempersoalkan arahan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan supaya syarikat berkaitan kerajaan lebih banyak beriklan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia. Menggelarkan langkah itu sebagai salah guna kuasa, Naib Presiden MCA Gan Peng Sieu berkata, bukan tugas kerajaan untuk memberikan subsidi atau menyebelahi mana-mana organisasi media swasta seperti Utusan. Katanya, jika harian berbahasa Melayu, Cina dan Inggeris lain boleh bersaing menarik lebih pembaca dan sekali gus iklan, beliau tidak nampak kerana Utusan harus menikmati keistimewaan daripada dana kerajaan. "Ini juga penghinaan kepada kecekapan dan profesionalisme mereka," kata Gan dalam kenyataan. Ahmad kelmarin dilapor berkata, beliau sudah menulis surat kepada pemimpin tertinggi GLC berkenaan supaya membelanjakan bajet iklan mereka kepada akhbar berbahasa Melayu khususnya yang dimiliki Umno iaitu di Utusan Malaysia dan Berita Harian. Menurut Ahmad, perbelanjaan 3.7 peratus daripada 35 GLC utama untuk bajet pengiklanan di Malaysia terlalu amat sedikit jika dibandingkan dengan "perjuangan Utusan, Berita Harian ini untuk negara". -mk
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan