Jumaat, 8 November 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lagi ADUN PKR Sabah Letak Jawatan, Yang Peliknya...

Posted: 08 Nov 2013 06:05 AM PST



[UM] KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dari Parti Keadilan Rakyat hari ini mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1 PKR Sabah berkuat kuasa serta merta.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa dakwaan dia akan keluar daripada PKR langsung tidak timbul kerana pada hakikatnya tidak menjadi ahli parti berkenaan. - UTUSAN ONLINE

P/s: Bagaimana proses pemilihan calon PRU PKR? Yang bukan ahli dipilih menjadi wakil parti dalam PRU13 dan dilantik memegang jawatan Naib Pengerusi 1 PKR Sabah??

Siapa nak jawab?




Johor Umum Pemberian 35 Meter Padu Air PERCUMA

Posted: 08 Nov 2013 06:00 AM PST



Khabarnya, Johor telah memberikan 20 meter padu air percuma sejak tahun 2010. Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid pula memberikan 20 meter padu air percuma sejak tahun 2008, iaitu selepas PRU12.

Dahulu ketika Kerajaan PR Selangor mengumumkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat, pemimpin BN mencanangkan bahawa kerajaan negeri akan bankrap dalam tempoh 2 tahun. Selepas 5 tahun terbukti kerajaan negeri Selangor tidak bankrap malah rizab negeri bertambah sehingga RM3 bilion.

Lucunya, BN memasukkan pemberian "20 liter padu" dalam manifesto mereka di Selangor ketika berkempen untuk PRU13 yang lalu. 

Hari ini MB Johor mengumumkan pemberian rebat air sebanyak 35 meter padu kepada rakyat di negeri itu. Tak takut kerajaan negeri muflis?

Kalau tidak meniru, bukan.... -DCM



DERA: Pemilik Taska Permata Harapan Serah Diri

Posted: 08 Nov 2013 05:30 AM PST


[AA] KUALA LUMPUR: Pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati yang dikehendaki polis berhubung dakwaan mendera kanak-kanak yang diasuhnya, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) di sini, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata wanita itu, Rozita Awang, 35, menyerah diri pada 10.30 pagi setelah diarah polis untuk berbuat demikian, semalam.

Wanita yang mempunyai enam anak itu ditahan reman bermula esok, katanya kepada Bernama di sini.

Menurut laporan media, penderaan itu dikesan apabila seorang bapa merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya.

Setakat semalam, lima laporan polis berhubung insiden itu juga dibuat di Balai Polis Sentul dan Balai Polis Wangsa Maju antara 29 Okt dan 4 Nov lepas.

Berdasarkan laporan itu, dua kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana terdapat kesan lebam pada tubuh mereka manakala tiga lagi mendakwa anak mereka ketakutan ketika berada di taska berkenaan. - 8/11/13





Amuk di Stesen LRT: Pemandu Van Dihadapkan ke Mahkamah

Posted: 08 Nov 2013 05:19 AM PST



[AA] KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Majistret Khamis terhadap pertuduhan membunuh dua lelaki dalam kejadian amuk di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati di sini, dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Zamri Yusof, 26, didakwa membunuh penjual peralatan tulis, Lee Kah Ghee, 44 di hadapan stesen LRT Taman Melati, Persiaran Pertahanan, Wangsa Maju di sini, antara kira-kira pukul 11 pagi sehingga 12 tengah hari, 24 Okt lalu.

Muhammad Zamri juga didakwa membunuh seorang pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Kwan Chun Thai, 25, di tepi tiang LRT bernombor P 24/55, Kampung Wira Jaya Luar, Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju di sini, pada waktu dan tarikh yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang kelihatan tenang mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret turut memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan mental.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Dis ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa ASP Zulkifli Osman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian itu, media melaporkan kedua-dua mangsa meninggal dunia selepas ditikam menggunakan pisau Rambo oleh tertuduh yang dipercayai penuntut ekstrem ajaran sesat. -8/11/13


Skandal PKFZ: Ling Liong Sik Boleh Tidur Lena, Kerajaan Tidak Kemuka Rayuan

Posted: 08 Nov 2013 04:47 AM PST


Dr Ling Boleh Tidur Lena, Kerajaan Tidak Buat Rayuan Kes PKFZ

[TMI] Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik (gambar) boleh tidur lena sekarang selepas pihak pendakwa iaitu kerajaan Malaysia tidak akan membuat rayuan ke atas pembebasan beliau berkaitan skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ).

Sehingga tarikh tutup tamat jam 4 petang hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, tidak ada permohonan untuk membuat rayuan kes difailkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Asmadi Asnawi telah membebaskan Dr Ling pada 25 Oktober lepas.

Alasan yang diberikan adalah pihak pembela telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Sepanjang pendakwaan, sembilan saksi telah dikemukakan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara saksinya.

Hakim berkata, kenyataan Dr Mahathir telah menyelamatkan Dr Ling dari pendakwaan ini.

Dr Ling didakwa telah menyebabkan Kabinet meluluskan pembelian tanah yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan.

Projek PKFZ asalnya dianggar berharga RM1.1 bilion selepas dimulakan oleh Dr Ling pada tahun 1997 namun ia menjadi empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada tahun 2007. – 8 November, 2013.


P/s: Macam wayang. Macam-macam boleh jadi di Bolehland Banglasia.


Bubar PAS: Kenyataan Media Karpal Singh

Posted: 08 Nov 2013 04:27 AM PST


Saya Tidak Menyeru PAS Dibatal Pendaftaran – Karpal

[HD] KUALA LUMPUR: "Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu," tegas Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadapnya oleh beberapa pemerhati politik, ahli akademik dan para pengulas politik tertentu. 

"Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini," ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadap saya oleh beberapa pemerhati politik, mereka yang kononnya ahli akademik dan para pengulas tertentu terhadap kenyataan saya pada Selasa lalu berkenaan parti-parti politik dan badan-badan profesional yang ditubuhkan dengan garis perkauman harus membuka pintu kepada semua kaum atau dibatalkan pendaftarannya, khususnya kenyataan saya yang dikatakan bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya.

Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini.

Terence Netto telah benar-benar termakan dengan putar belit Utusan Malaysia bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya; yang kemuncaknya menyifatkan saya sebagai seorang yang cuai serta tidak cermat dan saya tidak bertambah matang seiring dengan usia dan pelbagai kata-kata buruk lain di dalam artikelnya.

Saya terkejut bagaimana Terence Netto yang telah meningkat usianya tetapi tidak banyak mengambil pengajaran. Tidak mahu kalah, sesetengah orang kuat PAS pun turut terjun ke dalam kancah yang buruk ini melalui kritikan mereka terhadap saya tentang dakwaan seruan saya ke atas PAS itu.

Sudah tentu, terdapat ramai lagi, termasuklah seorang profesor, yang turut mempamerkan ketidakmatangan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa memastikan kebenaran fakta atau memastikan saya telah benar-benar membuat dakwaan itu terhadap PAS.

Benar, saya telah menyeru agar Persatuan Peguam-Peguam Muslim dibatalkan pendaftarannya kerana mengecam Majlis Peguam bahkan, melakukan ugutan jenayah, terhadap majlis itu kerana menyokong mingguan Katolik Herald berkenaan penggunaan kalimah Allah.

Presiden kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim mengugut akan bertindak ke atas Majlis Peguam. Saya tegas dengan pendirian saya menyeru agar dibatalkan pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1988 ketika kemuncak pemecatan Tun Salleh Abas dan terang-terang mendapat sokongan penuh perdana menteri waktu itu Dr. Mahathir, yang langsung membawa kepada perhimpunan dan demonstrasi agak ganas di hadapan pejabat Majlis Peguam berdekatan stesen Masjid Jamek.

Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS telah pun memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan bergama Islam.

Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu.

Terence Netto dan mereka yang seangkatan dengannya jelas telah terlepas pandang akan perkara itu. Sama ada disengajakan atau disebabkan oleh nurani personaliti-personaliti ini.

Bolehkah PAS menafikan ia telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebelum pilihan raya umum 2004?

Bolehkah PAS menafikan ia telah bersetuju untuk meletakkan calon bukan beragama Islam di dalam pilihan raya umum 2013?

Bolehkah PAS menafikan bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, pada 13.10.13 telah berkata, ketika ditanya sama ada keahlian penuh akan diberikan kepada bukan beragama Islam berikutan sokongan besar yang PAS terima daripada DHPP di dalam pilihan raya umum, beliau berkata:

"Buat masa ini, kami mempunyai sayap penyokong PAS (DHPP) untuk yang bukan beragama Islam. Ia adalah cara yang baik untuk kami meletakkan di kami di kalangan bukan beragama Islam. Seterusnya, cabaran kami ialah untuk menjadikan diri kami releven di kalangan semua rakyat Malaysia. Cabaran kami sekarang adalah untuk mengekalkan sokongan yang kami terima daripada bukan beragama Islam dan meningkatkan sokongan daripada umat Islam."

Bolehkah PAS menafikan pada pilihan raya umum 2008, ia meletakkan calon dari masyarakat India, R. Kumutha, untuk bertanding kerusi dewan undangan negeri Tiram di kawasan parlimen Johor Bharu?

Bolehkah PAS menafikan pada 6.11.2013, DHPP melalui setiausahanya K. Deepakaran dalam membahaskan ucapan dasar Presiden sewaktu Muktamar PAS di Pengkalan Chepa menggesa ahli parti supaya tidak melihat DHPP dengan rasa curiga sebaliknya menganggap golongan bukan beragama Islam di dalam PAS sebagai sebahagian daripada jenteranya.

"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS. Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo 'PAS For All'."

Beliau juga menekankan, "Kalau dahulu memang PAS untuk orang Islam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua yang mahu menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam."

Di sidang akhbar pada hari Selasa, saya menekankan sekali lagi, saya tidak meminta PAS dibatalkan pendaftarannya malah memberikannya talian hayat dengan menyatakan bahawa PAS telah sedar keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan DHPP tidak seperti Umno, MCA dan MIC yang jelas-jelas merupakan parti rasis yang perlu dibatalkan pendaftarannya.

Saya tidak meletakkan PAS di dalam bakul yang sama apabila saya menentang parti politik dan badan profesional yang ditubuhkan atas dasar kaum. Saya telah menyatakan kebenaran. Tuntutan memohon maaf oleh pemimpin-pemimpin PAS tidak akan dipenuhi. Itu saya boleh jamin.

PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan DHPP sebagai ahli penuh parti. Jauh daripada dibatalkan pendaftaran, tindakan sedemikian akan menjadikan PAS salah satu parti politik berbilang kaum di negara ini. -8/11/13


Kerajaan Selangor Ambil Alih Syabas dan 3 Syarikat Konsesi yang Lain

Posted: 07 Nov 2013 08:11 PM PST


S'gor Dimuktamad Ambil Alih SYABAS dan 3 Syarikat Konsesi Air

[Bernama] Kerajaan negeri Selangor dimuktamadkan untuk mengambil alih dan mengurus sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Beliau berkata surat rasmi yang diterima pada 9 September lepas daripada kerajaan persekutuan menunjukkan kesepakatan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan segera isu pengurusan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

"Benar, pengurusan SYABAS telah diberikan kepada kerajaan negeri namun sekarang, kita masih berunding dengan pihak terlibat tentang bayaran dan nilai pengambilalihan tersebut.

"Jika rundingan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini, proses mengambi alih akan memakan sedikit masa...mungkin dalam tiga hingga enam bulan.

"Apa yang penting, para pekerja syarikat konsesi air itu tidak akan diberhentikan malah boleh bekerja seperti biasa cuma di bawah pentadbiran baru saja," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini. 

Katanya, biarpun pihaknya diberi kuasa penuh mentadbir industri air di negeri itu, namun kerajaan persekutuan tetap menjadi pemegang saham emas sebagai syarat keempat-empat syarikat itu tidak boleh dijual kepada pihak lain melainkan kerajaan persekutuan. 

Terdapat empat syarikat konsesi air di Selangor - Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Gamuda; dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS); serta Korsortium Abass Sdn Bhd.

Kerajaan negeri telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat tersebut. 

Abdul Khalid sebelum itu menghadiri majlis Himpunan Penghulu, Ketua-ketua kampung serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) seluruh negeri Selangor bagi mengenal pasti permasalahan penduduk. 

Berhubung isu-isu penduduk yang disuarakan semasa himpunan itu, Abdul Khalid berkata pihaknya akan berusaha membantu menyelesaikan isu yang timbul.

Beliau berkata jumlah peruntukan kepada ketua-ketua masyarakat itu sebagai dana pembangunan komuniti desa akan diumum pada pembentangan belanjawan negeri 18 November ini. -7/11/13

P/s: SYABAS!


Tiada ulasan: