Rabu, 6 November 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Tun Mahathir Dedah Dakwaan Salah Laku Peguam Negara

Posted: 06 Nov 2013 04:06 AM PST


Pertemuan dengan Dr M bincang dakwaan 'salah laku' AG

[MK] EKSKLUSIF Tiga bulan lalu, seorang bekas pengawai tinggi polis menerima satu panggilan telefon mengejutkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang menggesa beliau menghadiri pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panggilan tersebut dibuat oleh peguam yang dikaitkan dengan Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala bekas pegawai tinggi polis yang dimaksudkan adalah bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

Rentetan itu, Mat Zain bertemu dengan Shafee pada 10 Ogos di pejabat yang juga merupakan kediaman peguam tersebut di kawasan elit Bukit Tunku.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya berbincang mengenai dakwaan "salah laku" Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, termasuk isu yang mendapat perhatian umum seperti kes Batu Puteh – pulau di perairan Johor yang kini jatuh ke tangan Singapura selepas kes itu berlarutan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2008.

Beberapa jam kemudian, Mat Zain dan Shafee mengadakan pertemuan dengan Mahathir di Country Heights, Kajang. Bekas perdana menteri itu nampaknya baru saja pulang dari Kedah.

Turut menyertai pertemuan itu adalah bekas setiausaha politik Mahathir, Matthias Chang dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusuff, yang turut memaklumkan kepada Mahathir mengenai masalahnya dengan Gani.

Perbincangan semasa pertemuan dalam suasana sambutan Hari Raya itu tertumpu kepada dakwaan salah laku Gani.

Ia bermula dengan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana Mat Zain merupakan pegawai penyiasatnya. Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor disabitkan kesalahan dalam kes tersebut dan dipenjarakan.

Liwat I

Mat Zain memberitahu Mahathir bahawa beliau menemui pemalsuan bukti yang didakwa dilakukan oleh Gani seamsa siasatannya.

Gani pada masa itu merupakan salah seorang dari pendakwa utama kerajaan yang menangani kes Liwat I dan dakwaan penyalahgunaan kuasa Anwar.

Dakwaan pemalsuan bukti itu berlaku apabila Gani mengemukakan seorang ahli patologi Dr Abdul Rahman Yusoff sebagai saksi dan memberitahu mahkamah bahawa Anwar mendakwa kecederaan itu mungkin dilakukannya sendiri.

Perkara ini bertentangan dengan beberapa lagi laporan perubatan.

Susulan itu, satu suruhanjaya siasatan diraja dibentuk untuk menyiasat kes mata lebam tersebut, di mana Abdul Rahim kemudiannya didapati telah menumbuk Anwar.

Anwar membuat laporan polis pada 2008 – 10 tahun selepas kejadian tersebut – ke atas Gani dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang menjadi penyiasast dalam kes liwat Anwar.

Satu jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terdiri dari bekas hakim kanan kemudiannya dibentuk untuk menyiasat dakwaan tersebut dan membebaskan Gani dan Musa dari tuduhan salah laku dan memalsukan bukti yang dibuat ke atas mereka.

Dalam perbincangan semasa Hari Raya dengan Mahathir itu, Shafee bersetuju bahawa pelantikan jawatankuasa SPRM dibuat dengan tidak mengikut undang-undang yang sah, dan hanya satu tribunal yang boleh membebaskan AG atau IGP dari sebagai tuduhan salah laku – dan bukannya satu panel yang dibentuk oleh SPRM.

Mat Zain bagaimanapun hairan kerana Mahathir dan Shafee memanggilnya untuk pertemuan tersebut kerana bukti yang mereka kehendaki sudahpun dilaporkan dengan meluaas.

Salinan akuan berkanun

"Ia boleh didapati dengan mudah di Internet dan mereka boleh cari surat terbuka saya. Susulan pertemuan itu, Shafee meminta salinan dokumen yang saya miliki dan saya mengirimnya kepada peguam itu pada 24 September," kata bekas pegawai tinggi polis itu kepada Malaysiakini.

Susulan pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain membuat pengakuan berkanun berhubung perkara tersebut pada 7 Oktober.

Beliau mengirim salinan pengakuan berkanun tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua hari kemudian.

Malaysiakini berpeluang melihat salinan pengakuan berkanun tersebut.

Salinan pengakuan berkanun tersebut juga dihantar kepada Peguam Cara Negara Datuk Idris Harun dan dipercayai turut diperolehi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui seorang pembantu.

Malaysiakini telah menghubungi Shafee dan Chang untuk mendapatkan reaksi mereka.

Ironinya, Shafee dilantik oleh Gani untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan Anwar dari dakwaan Liwat II.

Mat Zain memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu turut melibatkan kekalahan Malaysia dan kes Pulau Batu Puteh dan juga perkara yang mungkin menyebabkan kes tersebut disia-siakan oleh Gani.

Sementara itu, Ramli pada hari Jumaat lalu memfailkan saman ke atas Gani, Musa dan 10 yang lain kerana pendakwaan berniat jahat. -6/11/13


Berkaitan:

Dr Mahathir Sasar Gani Patail, Dakwa Agen CIA di Pejabat Peguam Negara

[TMI] Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.

Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.

Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.

Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.

Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya di Country Height. Turut serta adalah bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang.

Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Gani bermula daripada kes mata lebam Anwar lagi.

Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa. Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.

Selepas pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut dihantar salinan Akuan Bersumpah itu adalah Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin. – 6 November, 2013.





Pengeluar Bihun Dipengerusikan Tokoh UMNO Mahu Saman Pengendali Blog

Posted: 05 Nov 2013 09:59 PM PST


[BH] Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus. 

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog 'Boikot Barangan DAP' bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu. 

Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang. 

"Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup. 

"Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang. -3/11/13

Berkaitan:


P/s: Siapa Datuk Sohaimi Shahadan, Pengerusi KBB Resourse? Takkan blogger UMNO tidak kenal Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini?

Isu lain yang mungkin terlepas pandang dalam laporan media perdana adalah tentang penarikan sijil halal oleh JAKIM terhadap produk syarikat ini.


Klik untuk besarkan imej.



Negara Laksana GST Catat Peningkatan Inflasi - MTEM

Posted: 05 Nov 2013 09:51 PM PST


[TMI] Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkata, sejarah negara luar yang melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menyaksikan berlakunya peningkatan kadar inflasi selepas pelaksanaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar, berkata kurangnya maklumat disampaikan kerajaan berhubung kumpulan yang akan menerima impak akibat pelaksanaan cukai tersebut juga membimbangkan.

Mohd Nizam berkata, Cukai Barangan dan Jualan (SST) sememangnya memberi tekanan kepada pengguna kerana kadar cukainya yang tinggi namun kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik sama ada melaksanakan GST atau model percukaian yang lain.

"Kita tahu dalam sejarah banyak negara yang melaksanakan GST, inflasi pasti berlaku. Itu yang kita bimbangkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan tempoh 17 bulan bagi sistem percukaian negara ditukarkan daripada SST kepada GST, maka tempoh yang diberi harus digunakan bagi mengenal pasti masalah.

"Inilah masa pemain industri dan pengguna meneliti dan memberi maklum balas kepada kerajaan. SST yang digunakan sekarang mempunyai masalah kerana kadar yang tinggi maka masalah sistem percukaian semasa perlu diatasi sama ada memperkenalkan GST atau sistem percukaian lain," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.

Najib semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pengenalan GST pada kadar 6% bermula April 2015 dan memansuhkan SST sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan pengurusan fiskal menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan.

Katanya, GST tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung serta bekalan air mentah. Cukai tersebut juga tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan kerajaan dan 200 unit pertama bekalan elektrik dalam tempoh sebulan untuk pelanggan domestik.

Mohd Nizam berkata, MTEM kini masih di peringkat perdebatan kerana mereka belum mempunyai maklumat yang cukup tentang model GST yang akan digunakan kerajaan.

"Kita sedar GST ada kebaikan dan keburukannya sendiri. Apabila kerajaan memberi butiran lanjut tentang GST, kami akan memberikan kata putus dan cadangan kepada kerajaan.

"GST tidak wajar dikenakan kepada barangan keperluan rakyat. Kerajaan harus jelas kumpulan mana yang layak dikenakan GST dan siapa yang akan menerima impak lebih besar akibat pelaksanaan cukai tersebut," katanya.

Beliau berkata, kumpulan berpendapatan rendah tidak harus menerima kesan akibat pelaksanaan GST sambil menggesa kerajaan untuk mengambil kira semua pandangan yang dikemukakan.

Katanya, MTEM gusar dengan cukai berganda yang akan dikenakan kepada pengguna dan dakwaan tersebut ada kebenarannya.

"Jika benar perkara itu berlaku dan rakyat yang menerima kesannya maka itu adalah tidak adil.

"Itu sebabnya kami mahu penjelasan lanjut mengenai model GST. Siapa yang terbeban, pengguna akhir atau hanya di peringkat pengilang? Jika cukai bermula dari peringkat pengilang dan pengguna menerima kesan berganda maka itu tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Hujung bulan lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang terdiri daripada 800,000 ahli menentang pelaksanaan GST yang dilihat membebankan pekerja berpendapatan rendah dan rakyat terbeban dengan cukai berganda dikenakan kepada mereka.

Presidennya, Mohd Khalid Atan, berkata golongan pekerja yang akan terkesan dengan pelaksanaan GST adalah mereka yang bergaji rendah dan pertengahan selain kerajaan tidak memberi jaminan kenaikan barang melampau tidak berlaku.

Katanya, meskipun Najib mendakwa barangan keperluan asas tidak dikenakan GST, namun barangan seperti sayur dan ikan sudah beberapa kali mencatatkan kenaikan harga yang menurutnya GST dikenakan bermula daripada peringkat pengilang, pemborong, peruncit dan akhir sekali kepada pengguna.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat pada minggu lalu turut meyakinkan hadirin bahawa GST tidak akan membebankan rakyat dan menyifatkannya sebagai kaedah penyusunan semula sistem percukaian negara.

Khatib berkata, dengan pelaksanaan GST, sistem percukaian negara akan dapat diurus tadbir dengan lebih berkesan, saksama dan efisien selain dapat mengelak berlakunya cukai yang terselindung dan bertindih.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Ahad turut berkata, kos perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak akan meningkat dengan pelaksanaan GST pada April 2015.

Beliau berkata, sektor kesihatan merupakan antara perkhidmatan dikecualikan cukai dan meminta mana-mana pihak tidak membuat spekulasi tentang peningkatan kos perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang boleh mengelirukan orang ramai.

Katanya, Kementerian Kesihatan akan meneliti dan seterusnya mengeluarkan senarai terperinci jenis perkhidmatan kesihatan dikecualikan GST untuk maklumat orang ramai apabila sistem cukai itu dilaksanakan kelak. – 6 November, 2013.


Mongolia dan Setev Shaariibuu Tunggu Penjelasan Rayuan Kes Pembunuhan Altantuya

Posted: 05 Nov 2013 08:38 PM PST



[TMI] Setev Shaariibuu (gambar), bapa kepada Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh, dan kerajaan Mongolia ingin tahu apa yang berlaku terhadap rayuan yang mereka bawa ke Putrajaya berikutan pembebasan dua bekas polis yang membunuhnya pada 2006.

Ini rentetan tiada apa-apa perkembangan dan khabar berita daripada Pejabat Peguam Negara selepas lebih dua bulan pembebasan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

Peguam, Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi Shaariibuu berkata, anak guamnya sentiasa berhubung dengannya untuk mengetahui perkembangan rayuan itu.

"Dua minggu lalu, duta Mongolia di Bangkok, yang juga bertanggungjawab terhadap Malaysia, menulis kepada saya untuk bertanya tentang kes ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kerajaan Mongolia berhasrat untuk menghantar delegasi untuk mengikuti prosiding di Mahkamah Persekutuan yang menjadi medan akhir bagi kes rayuan berkenaan.

"Kes ini bukan sahaja menarik perhatian penduduk tempatan, tetapi juga diikuti oleh orang luar di negara lain termasuk di Mongolia, " katanya.

Karpal berkata, rayuan bagi kes pembunuhan berprofil tinggi ini boleh berjalan dengan lebih cepat sekiranya Mahkamah Persekutuan mengambil inisiatif untuk menetapkan tarikh pendengaran.

"Mahkamah Persekutuan boleh membuat pengecualian kepada kes ini yang melibatkan kepentingan orang ramai, bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa, " katanya.

Karpal membandingkan dengan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh rayuan dengan segera.

Pada 18 September, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk membatalkan pelantikan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Timbalan Pendakwa Raya atas alasan pelantikan itu adalah sah dan mengikut peruntukan undang-undang.

Dalam kes jenayah, ia adalah satu amalan bagi mahkamah menetapkan tarikh rayuan apabila perayu memfailkan petisyen rayuan (alasan untuk merayu keputusan).

Bagaimanapun, sebelum Anwar boleh memfailkan petisyen rayuan, Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh rayuan itu.

Rayuan Anwar untuk membatalkan Shafee akan didengar pada 11 November.

Awal tahun lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, berkata bagi memastikan kes jenayah di Mahkamah Persekutuan diselesaikan dengan segera, semua rayuan akan didengar tiga bulan daripada tarikh rekod rayuan yang lengkap diterima.

"Jadi, terdapat pengecualian kepada peraturan umum seperti dalam perkara Anwar," kata Karpal yang juga peguam dalam kes itu.

Beliau berkata, Putrajaya dikatakan sengaja melengah-lengahkan rayuan terhadap pembebasan Azilah dan Sirul.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan itu pada 23 Ogos, hari yang sama rayuan polis itu dibenarkan.

Penghakiman bertulis disediakan pada 26 Ogos.

Satu panel yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamad Apandi Ali berkata, dalam penghakiman mereka, antara lain kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil DSP Musa Safri, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Najib Razak, melemahkan kes pendakwaan.

Namun Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata bahawa kes pendakwaan tidak akan terjejas, walaupun tanpa memanggil Musa untuk memberi keterangan.

Karpal berkata, Pejabat Peguam Negara seharusnya memfailkan petisyen rayuan dan menyatakan sebab mengapa Mahkamah Rayuan bersalah apabila ia membebaskan dua anggota polis berdasarkan penilaian bertulis semata-mata.

"Mereka boleh mempercepatkan proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan walaupun tanpa mempunyai rekod keseluruhan rayuan," katanya.

Beliau berkata, Gani yang juga adalah pegawai mahkamah, mempunyai peranan dalam memastikan perbicaraan dan rayuan dijalankan tanpa bertangguh.

Pemeriksaan dengan peguam yang hadir bagi kedua-dua bekas anggota polis itu mendedahkan bahawa Pejabat Peguam Negara masih belum memfailkan rekod rayuan kerana tiada salinan diberikan kepada peguam itu.

Kedua-dua polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya pada 2006.

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang didakwa sebagai kekasih kepada Altantuya, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi dari dakwaan bersubahat tanpa dipanggil untuk membela diri.

Bapa Altantuya, Setev juga mahu kes ini diselesaikan dengan segera kerana ingin mengambil tindakan saman sebanyak RM100 juta terhadap Abdul Razak, Azilah, Sirul dan kerajaan atas kematian anak perempuannya itu.

Bagaimanapun, samannya itu tidak boleh didengar selagi kes jenayah berkenaan tidak selesai. - 6 November, 2013.

Ular Tedung Selar Masuk Rumah

Posted: 05 Nov 2013 07:16 PM PST

Mohd Fauzi (kiri) dibantu dua anggota JPAM menjinakkan tedung selar yang ditangkap dalam sebuah rumah di Kampung Sokor, Tanah Merah.

[SH] TANAH MERAH - Cubaan mengusir keluar seekor tedung selar yang masuk ke dalam sebuah rumah di Kampung Sokor, dekat sini, cemas seketika apabila reptilia berbisa itu bertukar ganas dan cuba menyerang penduduk.

Seorang penduduk, Ahmad Faizal Dollah, 28, berkata, kejadian cemas itu berlaku ketika dia bersama beberapa penduduk cuba mengusir ular yang masuk ke rumah kakaknya menggunakan buluh.

Katanya, cubaan itu gagal dan dia terpaksa meminta bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) apabila tedung selar sepanjang lebih tiga meter itu mula bertindak agresif.

"Saya cuba usik-usik dengan buluh supaya ular ketika itu bersembunyi di belakang pintu dapur keluar tetapi saya mula rasa bahaya bila ular itu beberapa kali cuba menerkam ke arah kami," katanya, semalam.

Ahmad Faizal berkata, sebelum kejadian, tidak ada orang di rumah itu kerana kakak dan isterinya berada di rumah ibu mereka yang terletak bersebelahan.

"Masa bersembang depan rumah emak, mereka nampak seekor ular tedung menyusur tebing jalan sebelum menyusup masuk dalam rumah kakak melalui pintu depan.

"Bila saya masuk ke dalam rumah kakak dengan beberapa anggota Rela, kami temui ular itu sedang bersembunyi di belakang pintu dapur dan cuba usirnya keluar tetapi gagal," katanya yang menghubungi JPAM untuk bantuan.

Haiwan berbisa itu akhirnya berjaya dijinakkan sepasukan empat anggota JPAM daerah ini termasuk seorang anggota yang berkebolehan menangkap ular, Mohd Fauzi Sarwani Seman.

Mohd Fauzi Sarwani berkata, ular itu bertindak agresif ketika cuba ditangkap dan dia mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum dapat menjinakkannya.- 6/11/13


Tiada ulasan: