Ahad, 3 November 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Remaja Jual Dara RM94 410

Posted: 03 Nov 2013 06:00 AM PST


SHATUNIGHA menjual daranya dengan harga RM94,410.

[HM] Moscow: Seorang remaja dilapor menjual daranya dengan harga sebanyak AS$30,000 (RM94,410).

Gadis berusia 18 tahun itu yang hanya dikenali dengan nama gelarannya Shatunigha, mengiklankan jualan itu secara online, dengan menyifatkan dirinya sebagai 'baru dan tidak pernah diguna.' 

Berasal dari Siberia, dia mencadangkan pertemuan di sebuah hotel di Krasnoyarsk, tempat dia berharap menerima bayaran sebelum tidur dengan lelaki yang bersedia membayar lebih daripada harga minimum yang ditawarkannya. 

Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang.

"Saya perlukan wang dan kerana itu saya menjual barang paling berharga saya," katanya dalam laman lelong. menurut akhbar The Siberian Times.

Dia juga menuntut supaya wang itu diberikan secara tunai. 

Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov. 

Bagaimanapun tidak ada butir lanjut mengenainya disiarkan. 

Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja. 

"Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong dalam kesalahan melacur," kata seorang jurucakap polis. 

Menurut laporan, remaja itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu. - 3/11/13



P/s: Di Malaysia, ada anak dara menyerahkan daranya secara percuma sahaja!

[Video] Pengasuh Dipercayai Pemilik Taska Dera Kanak-kanak

Posted: 03 Nov 2013 05:03 AM PST



Yakin anak didera

[HM] Kuala Lumpur: "Saya tahu itu anak saya apabila lihat rambutnya," kata seorang ibu yang mahu dikenali Munirah, 35, selepas melihat rakaman kamera tersembunyi yang disiarkan Buletin Utama TV3, malam kelmarin.

Difahamkan, kamera terbabit sengaja diletakkan dalam beg sekolah kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di sebuah taska di Taman Melati di sini, bagi merakam perbuatan kejam pengasuh taska berkenaan yang mendera beberapa kanak-kanak jagaan mereka. 

Rakaman lebih setengah jam itu memaparkan seorang pengasuh bukan saja menghentak kepala kanak-kanak terbabit, malah turut menampar dan ada yang tersembam ke lantai akibat dipukul dengan kuat. 

Munirah berkata, sebaik melihat rakaman itu, dia segera menghubungi unit berita TV3 untuk mendapat kepastian sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju di sini, semalam.

"Saya kenal itu anak saya. Malah, rakaman itu juga ada merakam seorang pengasuh taska berkenaan.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah melihat rakaman itu malam tadi (kelmarin). Disebabkan tidak sedap hati, saya hubungi stesen televisyen itu untuk melihat semula rakaman berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita, semalam. 

Difahamkan, taska berkenaan tidak berdaftar dengan JKM dan tindakan lanjut akan diambil pihak terbabit. -3/11/13


Cerita lanjut di sini dan  di sini.



PRK DUN Sg Limau: Guru Agama NAFI Laporan Beliau Mimpi Sohaimi Jadi Calon BN

Posted: 03 Nov 2013 04:36 AM PST


[HD] JERAI: Guru agama, Ustaz Rozali Abdul Hakim, 76, menafikan dakwaan yang disiarkan akhbar Berita Harian yang menyatakan beliau bermimpi Dr Ahmad Sohaimi Lazim menjadi calon Barisan Nasional (BN).

Rozali yang tampil pada sidang media di Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau pagi ini memberitahu hanya terlintas di fikirannya ketika dimaklumkan Sohaimi sebagai calon BN merupakan anak murid beliau dan bukannya bermimpi.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan pembohongan yang dilakukan media milik Umno dalam usaha menarik perhatian pengundi.

"Kita kesal dengan politik murahan Umno dalam usaha menarik sokongan pengundi, berita yang menyatakan guru agama bermimpi mengatakan Sohaimi sebagai calon itu satu pembohongan.

"Hari ini Rozali yang merupakan guru kepada calon hadir dengan rela hati menafikan apa yang disiarkan, beliau tak bermimpi tapi hanya terlintas bila dikatakan Sohaimi menjadi calon.

"Mimpi dan terlintas itu jauh sekali maknanya, jangan nak ambil publisiti murahan dalam hal ini dengan harapan untuk menipu pengundi Sungai Limau," jelasnya.

Sementara itu, Rozali dalam kenyataan ringkasnya mengakui menerima kunjungan Sohaimi di kediamannya tetapi beliau tidak pernah mengatakan ada bermimpi.

"Mimpi tak betul, bila orang kata Sohaimi jadi calon saya cuma mengatakan dia anak murid saya itu saja.

"Hanya terlintas bila diberitahu, saya datang ni dengan kerelaan untuk menafikan apa yang disiarkan dan tidak ada orang paksa untuk saya hadir pagi ini," kata beliau.

Akhbar Berita Harian semalam menyiarkan di muka hadapan dengan tajuk "Ustaz mimpi Ahmah Sohaimi jadi calon BN".

PAS yang melihat kenyataan tersebut bukan saja tujuan mengelirukan rakyat tetapi satu tindakan yang tidak wajar diperlakukan terhadap seorang guru agama. - 2/11/13


P/s: TERDESAK SUNGGUH!!!!

PRK DUN Sg Limau: Drama Ahli Pas Masuk UMNO Terbongkar

Posted: 03 Nov 2013 04:31 AM PST


[HD] JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.


Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.

"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya.

Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak.

Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS. - 3/11/13







P/s: AMAT MEMALUKAN!!!




Tiada ulasan: