DUNIACACAMARBA |
- [Video Kantoi] Lawatan Rosmah Jemputan Peribadi, Tetapi Guna Pesawat Swasta dengan Kos Ratusan Ribu
- Wanita Mengaku Pembunuh Bersiri
- Sebanyak 565157 MyKad Hilang Sehingga Oktober 2013
- Guru Mengaku Beri Murid Biskut Salut AIR MANI
- Dahulu Rokok, Kini KETAGIH Makan
[Video Kantoi] Lawatan Rosmah Jemputan Peribadi, Tetapi Guna Pesawat Swasta dengan Kos Ratusan Ribu Posted: 20 Nov 2013 05:35 AM PST Lawatan Rosmah jemputan peribadi, TPM lulus guna jet' [MK] Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor semasa satu sidang kemuncak wanita di Qatar, di mana isteri perdana menteri mengguna jet peribadi, mengakui bahawa jemputan untuk menghadiri sidang kemuncak itu disampaikan kepada Rosmah atas kapasiti peribadinya dan bukan kepada kerajaan. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Azalina juga menaiki jet peribadi bersama Rosmah. Jemputan itu dibuat bukan atas dasar kerajaan tetapi atas dasar peribadi, jelas Azalina sewaktu membahaskan Belanjawan 2014 bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah petang tadi. Bagaimanapun, tegas Azalina, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet yang meluluskan penggunaan jet peribadi untuk perjalanan itu dan bukan suami Rosmah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Azalina lagi, bukan Rosmah sahaja tetapi terdapat juga pegawai-pegawai kanan kerajaan, kakitangan media dan NGO. Beliau bagaimanapun tidak juga menyebut sama ada yang lainnya turut menaiki pesawat tersebut Azalina juga mempertahankan penggunaan jet peribadi itu dengan mendakwa bahawa majlis itu ialah satu kejayaan dan pembangkang cuba untuk menafikan kejayaan ahli politik BN dan isteri mereka. -20/11/13 P/s: Tahniah rakyat Malaysia berkongsi beban tanggung kos penerbangan Rosmah. | ||
Wanita Mengaku Pembunuh Bersiri Posted: 20 Nov 2013 04:00 AM PST [HM] London: Seorang wanita menyebabkan seluruh dewan mahkamah tergamam apabila mengaku bersalah membunuh tiga lelaki dan membuang mayat mangsa ke dalam longkang. Joanna Dennehy mengaku membunuh Kevin Lee, 48, Lukasz Slaboszewski, 31, dan John Chapman, 56, yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman antara Mac hingga April di Cambridgeshire. Joanna, 31, dari Peterborough turut mengaku salah cuba membunuh dua lelaki, Robin Bereza dan John Rogers. Mayat pengusaha pembangunan hartanah, Lee ditemui di dalam longkang di Newborough, Cambridgeshire pada 30 Mac dan dua lagi mayat mangsanya ditemui di Thorney Dyke.
Pengakuannya mengejutkan peguam bela Nigel Lickley QC yang berkata: "Saya tidak jangka dia akan membuat pengakuan ini. Kami perlukan sedikit masa untuk menilai apa yang sudah berlaku." Joanna yang duduk di kerusi tertuduh enggan bercakap dengan sesiapa. "Saya mengaku bersalah, kes ditutup," katanya. Dia turut mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan menghalang pengebumian rasmi terhadap tiga mangsanya. Kekasihnya yang memiliki ketinggian 2.17 meter, Gary Stretch, 57, menafikan terbabit terhadap dua cubaan membunuh dan membantu Joanna membuang mayat mangsa. Leslie Layton, 47, dan Robert Moore, 55, sebelum ini turut menafikan membantu melenyapkan bukti pembunuhan dan menyembunyikan Stretch dan Joanna ketika mereka diburu polis.- Agensi - 20/11/13 | ||
Sebanyak 565157 MyKad Hilang Sehingga Oktober 2013 Posted: 20 Nov 2013 12:54 AM PST [AA] KUALA LUMPUR: Kes kehilangan kad pengenalan MyKad dilaporkan terus meningkat. Mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tahun ini sahaja, sehingga 30 Oktober 2013, sebanyak 565,157 MyKad telah dilaporkan hilang. Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar memaklumkan pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, pada tahun 2010 sebanyak 397,079 kes kehilangan direkodkan manakala bagi 2011 sebanyak 413 068 kes dan 429 137 lagi kes direkodkan pada 2012. Antara punca kehilangan MyKad yang dilaporkan adalah menjadi mangsa ragut, kecurian dan penjualan MyKad kepada sindiket. Sehubungan itu, kementerian katanya sedang menyediakan pelan tindakan drastik untuk menangani masalah itu yang disifatkan semakin berleluasa. Wan Junaidi berkata langkah-langkah penyelesaian akan dimuktamadkan dengan segera dan akan didedahkan selepas menerima pandangan dari pejabat Peguam Negara. - 20/11/13 P/s: GILA!!! | ||
Guru Mengaku Beri Murid Biskut Salut AIR MANI Posted: 19 Nov 2013 10:30 PM PST [HM] Los Angeles: Seorang bekas guru mengaku menutup mata dan memberi anak muridnya makan biskut disalut air maninya. Mark Berndt, 62, mengaku bersalah terhadap 23 tuduhan yang dilakukan terhadap 30 anak muridnya di Sekolah Rendah Miramonte, Los Angeles. Dia mungkin dihukum penjara 25 tahun. Berndt dilapor menggelar tindakannya itu permainan merasa dan menawarkan biskut disalut air maninya kepada pelajar yang ditutup mata mereka. Sebelum membuat pengakuan, ibu mangsa membuat kenyataan di mahkamah mendakwa hidup anak perempuan mereka kini musnah. Menurut laporan, ada pelajar yang kini mengalami masalah pemakanan. Berndt akhirnya ditahan selepas juruteknik gambar kedai menjual ubat melihat gambar pelajar berusia lapan tahun ditutup mata. Polis kemudian menemui sudu plastik yang mengandungi air mani di kelas itu. Dia turut disyaki meletakkan lipas di muka pelajar yang ditutup mulutnya. Peguambela Manny Medrano memaklumkan kepada stesen televisyen KTLA 5, Berndt amat kesal dengan perbuatannya itu. Tertuduh mengajar di sekolah itu selama 30 tahun dan dipecat pada 2011 selepas dakwaan terhadapnya dibuat. Berndt ditahan pada Januari 2012. - Agensi - 20/11/13 | ||
Dahulu Rokok, Kini KETAGIH Makan Posted: 19 Nov 2013 09:38 PM PST
[HM] Medan: Pada usia dua tahun, Aldi Rizal mengejutkan dunia kerana tabiatnya yang suka merokok. Kini, Aldi, 5, berjaya berhenti merokok, tapi memiliki ketagihan baru, makanan. Aldi menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa apabila dirakam menaiki basikal roda tiganya sambil merokok di sebuah kampung di Sumatera. Laporan itu menyebabkan kerajaan Indonesia melancarkan kempen membanteras tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak dan menganjurkan program pemulihan khas untuk Aldi berhenti rokok. Aldi dibawa ke Jakarta menjalani terapi selama dua minggu bagi membantunya melupakan tabiat menghisap 40 batang rokok sehari. Usaha itu berjaya, tapi Aldi masih tidak menjalani hidup secara sihat. Ibunya, Diane Rizal, 28, mengaku masih ada yang menawarkan rokok, tapi Aldi menolak. Bagaimanapun Diane kini bimbang terhadap berat badan Aldi yang beralih kepada makanan. Malah, perangai Aldi kini sama seperti ketika dia meronta-ronta meminta rokok, bezanya kali ini dia meminta makanan. "Pada awal berhenti rokok, Aldi meminta mainan. Dia akan menghantukkan kepala ke dinding jika tidak dapat apa yang diingininya. "Rumah kami didiami ramai orang dan sukar menghalang Aldi memperoleh makanan," katanya. Ibu dan bapanya sudah mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan mereka dinasihati supaya memberi makanan sihat kepada Aldi. "Tubuh Aldi terlalu berat, tidak sesuai untuk usianya. Dia makan terlalu banyak karbohidrat," kata pakar pemakanan Fransisca Dewi. - Agensi - 19/11/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan