DIALOG RAKYAT |
- Ada isu besar negara bakal meletup?
- Saranan SPRM kaji kaedah rundingan terus kontrak kerajaan tidak bermakna selagi BN berkuasa
- PKR kecam tindakan 2 ADUN Sabah lompat parti
- Malaysia wajar bina institusi pengajian tinggi sukan
- Berita ceria kepada pengundi BN PRU13
- Husam pertahan Naib Presiden, tolak timbalan
- Manifesto PRU-13 : Selangor wujudkan Maahad Tahfiz Integrasi Sains, Kafa Menengah setiap daerah
- MB:Tiada pemberhentian kakitangan SYABAS
- Patung Kaki: Keluarga Tetap Ambil Tindakan
- Ghani Patail, Najib Bakal Kepanasan Tak Lama Lagi?
- Kenaikan Harga Rumah Naik & Melambung Tinggi Angkara Pelaksanaan GST 6% April 2015?
- Jamil Khir Berdusta Lagi... Kebetulan... Katanya...
- Harga Minyak 3 September 2013 US$108.50 (Jual di Malaysia RM2.10). Terkini, Harga Minyak Turun US$94.80. Rakyat Dapat?
- 559 jemaah haji Sarawak disaring
- SPR: Mana ada pengundi hantu di Sungai Limau
- Muktamar fokus kukuh kerjasama PR
- 18,349 disyaki anggota kongsi gelap ditahan
- 1BestariNet sekat akses maklumat, hina kebebasan maklumat
- Tuan Ibrahim tanding naib presiden PAS
- Anak Hadi disebut-sebut tanding jawatan anak Nik Aziz
Ada isu besar negara bakal meletup? Posted: 08 Nov 2013 06:52 AM PST Mengejutkan! Perkembangan terbaru mengenai satu isu membabitkan negara ini agak menarik dan mungkin boleh mengejutkan banyak pihak. Seperti mana dilaporkan oleh sebuah protal berita, kononnya Dr Mahathir Mohamad kini sedang memberi tekanan ke atas salah laku Pegaum Negara Abdul Ghani Petail yang disyaki terlibat dengan dua orang pegawai perisik risikan pusat (CIA) yang berkerja di pejabat Peguam Negara. Isu ini adalah serius. Lapor portal berita itu juga, keraguan Mahathir terhadap tingkah laku Ghani Petail itu telah sampai ke pengetahuan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi. Dakwa portal itu Mahathir ada memanggil Zahid dan bertanya hal itu. Zahid pula dilaporkan memberi jaminan akan menyiasat perkara itu. Apabila Mahathir sedia untuk memanggil Zahid ini bermakna tindakan Mahathir itu bukan bersifat peribadi tetapi demi negara. Walaupun begitu perkembangan ini dilihat satu perancangan yang cukup rapi oleh pihak tertentu dalam mencorakkan politik negara ini. Isu serius itu memberi peluang terbaik kepada Mahathir untuk terus menyerang Najib Razak demi kepuasan naluri politiknya. Kalau ia benar isu ini merupakan rezeki buat Mahathir menjalankan agenda politiknya. Kebelakangan ini Mahathir telah menyerang kepimpinan Najib secara senyap dan lantang dalam isu-isu tertentu seperti mengkritik pendekatan politik Najib dalam memastikan kemenangan UBN semasa pilihan raya umum lalu. Salah satu dikirik Mahathir ialah penggunaan wang BR1M oleh Najib yang dianggap sesuatu yang tidak memberi manfaat. Boleh jadi apa dibangkitkan Mahahir ini serius dan membimbangkan. Beliau katanya sedia berjumpa semula dengan berberapa pegawai tinggi kerajaan yang selama ini agak 'renggang' dengannya. Hasil perjumpaan itulah terbongkar mengenai salah laku Ghai Petail ini? Kita percaya beberapa hari lagi isu ini akan meletup. | ||
Saranan SPRM kaji kaedah rundingan terus kontrak kerajaan tidak bermakna selagi BN berkuasa Posted: 08 Nov 2013 06:24 AM PST SHAH ALAM : Saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia (SPRM) supaya projek kerajaan yang dianugerahkan melalui rundingan terus dan membabitkan pinjaman mudah perlu diteliti kabinet boleh dianggap sia-sia selagi Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasa mereka. BN dilihat menjadikan anugerah kontrak rundingan terus itu sebagai sumber dana politik mereka sehingga mampu mencecah jutaan ringgit bagi setiap projek. Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, keadaan itu menjadikan SPRM sebuah suruhanjaya tidak bertaring. "Perkara ini masih berlaku kerana tidak ada kehendak politik kerana dana jentera BN sendiri datang dari kontrak kerajaan yang dianugerahkan secara rundingan terus. "Selagi BN berkuasa, cadangan SPRM itu hampir mustahil untuk dilaksanakan, dan tidak membawa sebarang makna," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam. Badrul Hisham berkata, jentera BN memerlukan jumlah dana yang tinggi untuk membiayai program kepartian mereka yang berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) Terdahulu, SPRM dalam laporannya menyarankan projek kerajaan yang dianugerahkan melalui rundingan terus dan membabitkan pinjaman mudah perlu diteliti kabinet, terutama jika membabitkan 'keluarga dan sekutu'. SPRM juga mengemukakan syor mengisytiharkan konflik kepentingan anggota keluarga yang mendapat pinjaman kerajaan, garis panduan untuk pinjaman mudah bagi kementerian kewangan serta peranan dan tanggungjawab pihak mewakili kerajaan dalam lembaga pengarah syarikat. Laporan itu turut menyebut beberapa masalah dalam penganugerahan projek National Feedlot Corporation (NFC) kepada syarikat yang dimiliki dan diuruskan keluarga Ketua Wanita Umno yang juga bekas menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menurut SPRM dalam laporan 2012 itu, NFC turut diberikan pinjaman mudah RM250 juta walau tidak mempunyai kemahiran teknikal mahupun kewangan.NFN | ||
PKR kecam tindakan 2 ADUN Sabah lompat parti Posted: 08 Nov 2013 06:16 AM PST SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beretika dua pemimpin PKR dari Sabah yang bertindak meninggalkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu, baru-baru ini. Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata tindakan dua pemimpin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu disifatkan sebagai satu pengkhianatan besar kepada rakyat Malaysia, khusunya Sabah. Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu juga jelas mengkhianati amanah yang diberikan rakyat Sabah ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu. "Kenyataan bahawa mereka berdua sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti hanya satu helah dan alasan biasa bagi membenarkan langkah pengkhianatan mereka ini. "Tindakan ADUN lompat parti ini adalah modus operandi biasa Barisan Nasional (BN) di Sabah untuk cuba melemahkan semangat perjuangan rakyat yang menginginkan perubahan," katanya. Justeru katanya, PKR menggesa rakyat Sabah supaya bersatu padu dan tidak membiarkan taktik kotor BN untuk memecah-belahkan semangat perjuangan dan reformasi PR. Desas-desus berkenaan hasrat ADUN Matunggong, Jailani Hamdan dan ADUN Kadamaian, Jeremy Malajad @ Malazah untuk keluar parti menjadi perhatian selepas mereka didapati tidak hadir dalam mesyuarat bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu. Jeremy dalam satu kenyataan menegaskan tindakannya keluar PKR dan menyokong BN adalah bagi membolehkan kawasan diwakilinya menikmati pembangunan. Beliau yang mengumumkan keputusan menjadi wakil rakyat bebas turut meletak jawatan Ketua Penerangan PKR negeri, berkuatkuasa serta-merta, baru-baru ini.-NFN | ||
Posted: 08 Nov 2013 06:04 AM PST Selangor negeri pertama lulus lesen burung walitPosted in: Berita, Exco, Fokus Rakyat, Kebajikan Rakyat, Pembaikpulihan, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Perpaduan, Pihak Berkuasa Tempatan, Tayangan, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan – November 8, 2013SHAH ALAM : Selangor muncul negeri pertama meluluskan pemberian lesen industri penternakan dan perusahaan sarang burung walit melalui tawaran pakej insentif yang adil kepada penternak serta pengusaha sedia ada, berkuatkuasa 1 Januari 2014. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata pelaksanaan dasar itu diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mengadakan sesi dialog bersama persatuan dan pengusaha industri berkenaan, pada 25 September lalu. Katanya, pelaksanaan terbabit akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Undang-undang Kecil Penternakan Burung Walit dan Perusahaan Sarang Burung Walit 2013 di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor. "Dalam proses pertimbangan, kerajaan negeri mengambil kira beberapa faktor termasuk kepentingan dan masalah pengusaha, selain kepentingan orang ramai dari segi kebersihan, wabak penyakit, pencemaran bunyi, kesan negatif terhadap nilai hartanah serta pembinaan bandar yang selesa," katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini. Pada masa sama, Teng turut menjelaskan beberapa perkara utama berkenaan pelaksanaan dasar perlesenan itu yang harus dipatuhi penternak dan pengusaha burung walit seperti yang diputuskan MMKN. "Semua penternak dan pengusaha di tanah pertanian akan diberikan lesen, mulai 1 Januari 2014. Penternak dan pengusaha sedia ada di premis perniagaan menerima lesen dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016, manakala penternak serta pengusaha di sawah padi pula akan diberikan lesen dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2020. "Bagi penternak dan pengusaha di premis perniagaan serta sawah padi, mereka akan diberikan insentif iaitu fi lesen, cukai tanah serta cukai pintu percuma selama lima tahun di tapak baru, jika memindahkan operasi penternakan burung walit ke tanah pertanian di tempat sedia ada dalam tempoh lesen diberikan," katanya. Chang Kim berkata, pemberian lesen adalah tertakluk kepada syarat- yang diperuntukkan di bawah undang-undang kecil berkenaan dan semua pengusaha serta penternak perlu mengemukakan permohonan lesen, selewat-lewatnya 31 Disember ini. "Permohonan lesen untuk operasi di premis perniagaan dan sawah padi, sama ada sedia ada atau yang baru tidak akan dipertimbangkan selepas 31 Disember ini dan segala permohonan perlu dikemukakan kepada PBT berkenaan. "Kita berharap dengan pemberian lesen ini, penternakan dan perusahaan sarang burung walit di Selangor akan berkembang dengan teratur, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri," katanya.-NFN | ||
Malaysia wajar bina institusi pengajian tinggi sukan Posted: 08 Nov 2013 06:00 AM PST SHAH ALAM : Kerajaan pusat perlu mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) khusus untuk pembangunan sukan dalam usaha meningkatkan taraf profesionalisme ahli sukan atau atlet di Malaysia. Exco Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pembangunan institusi sukan secara terancang memberi peluang kepada atlet negara meneruskan pelajaran di peringkat tertinggi, sekali gus menjadikan sukan sebagai industri penting yang memberi keuntungan kepada negara. Katanya, atlet juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam acara dan permainan diceburi secara lebih konsisten dengan kelengkapan fizikal dan saintifik yang lengkap melalui penubuhan IPT sukan itu. "Kita juga dapat mendidik rakyat bahawa sukan bukan sahaja sekadar aktiviti sampingan tetapi membabitkan masa depan kerjaya yang baik dengan kelulusan sijil ditahap tinggi," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas usul yang dibentangkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang mencadangkan supaya kerajaan pusat mewujudkan kolej universiti sukan bagi melahirkan atlet yang bukan sahaja maju tetapi berintelektual tinggi di Dewan Rakyat, semalam. Ahmad Yunus berkata, beliau turut mencadangkan kawasan Bukit Jalil dijadikan lokasi pembangunan IPT itu bagi mengurangkan kos pembinaan jika kerajaan pusat bersetuju. "Mungkin pembangunan IPT pertama sukan negara juga boleh dibuat di Selangor selaku negeri yang menjadi tumpuan pembangunan di Malaysia. Kita juga mempunyai Stadium Shah Alam yang diiktiraf sebagai antara stadium terbaik di negara ini. "Justeru, saya berharap kerajaan pusat dapat mempertimbangkan cadangan ini dan merealisasikannya, sekurang-kurangnya sebelum tahun 2020," katanya.-NFN | ||
Berita ceria kepada pengundi BN PRU13 Posted: 08 Nov 2013 04:51 AM PST
BERITA YANG MEMBAWA KEGEMBIRAAN DAN KECERIAAN KEPADA PENGUNDI UMNO/BN PRU 13 LALU ... TARIF ELEKTRIK BAKAL NAIK TAHUN DEPAN!!!!Berita ini sudah pasti yang ditunggu-tunggu oleh semua para pengundi UMNO/BN pada PRU13 lalu. Akhirnya yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan sudah datang dan menjadi kenyataan jua. Mengikut laporan ... Tarif elektrik bakal dinaikkan tahun depan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan restu dan kebenaran dari Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak. Omak Kau pasti agak para penyokong UMNO/BN pasti gembira .. terbayang akan wajah senyuman lebar sampai ke telinga setiap penyokong, pendokong dan ahli UMNO yang memberikan undi kepada UMNO/BN pada PRU13 lalu. Inilah masanya para pengundi UMNO menerima balasan hasil kerja penat berpeluh-peluh nak memenangkan UMNO/BN tempoh hari. Masa UMNO/BN membalas budi. ... Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada kesemua pengundi UMNO/BN .. Kerana kamulah rakyat menerima hadiah lumayan ini dari UMNO/BN. Kalau Pakatan Rakyat menang tempoh hari janji dan manifesto PR ialah mengurangkan tarif elektrik. .. Tapi para pengundi UMNO tidak mau itu semua sebab mungkin tidak ada class bayar elektrik murah .. Lagi mahal lagi bergaya dan menunjukkan negara kita maju. | ||
Husam pertahan Naib Presiden, tolak timbalan Posted: 08 Nov 2013 04:48 AM PST
KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa hari ini mengesahkan hanya akan mempertahan jawatan Naib Presiden PAS yang disandangnya dan menolak untuk pencalonan jawatan Timbalan Presiden. Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, pengesahan penerimaan pencalonan itu baru sahaja dibuat sebentar tadi. "Penerimaan untuk bertanding hanya jawatan Naib Presiden sahaja dan tidak jawatan lain adalah berpedoman kepada jumlah pencalonan terbanyak untuk saya adalah untuk jawatan tersebut. "Saya menggagap itu adalah isi hati dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana mereka inginkan saya tempatkan diri saya," katanya. Dalam pada itu beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawasan yang telah mencalonkannya. "Semoga amal perjuangan kita diterima oleh Allah dan keutuhan PAS sentiasa terpelihara. "Kepada semua kawasan yang menaruh harapan kepada saya dengan pelbagai bentuk pencalonan yang mereka berikan, saya hargai dan berterima kasih," katanya. | ||
Manifesto PRU-13 : Selangor wujudkan Maahad Tahfiz Integrasi Sains, Kafa Menengah setiap daerah Posted: 08 Nov 2013 04:43 AM PST BANGI : Kerajaan Selangor mensasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan sebuah Sekolah Kafa Menengah di setiap daerah di negeri itu. Rancangan itu dibuat bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja memiliki ilmu duniawi untuk menjana kemajuan Selangor tetapi mempunyai pegangan agama yang mantap. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata sehingga kini kerajaan negeri sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah. "Kita mahukan generasi yang mantap Al-Quran kerana itu adalah sumber ilmu yang akan membentuk pembangunan negeri dalam acuan yang murni, selain memiliki kepakaran ilmu sains dan teknologi dalam usaha menjadikan Selangor negeri maju. "Kita komited melahirkan modal insan yang mempunyai gabungan kepakaran ilmu sains teknologi dan kemantapan pegangan agama kerana ini adalah proses perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu," katanya pada Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Islam Bangi (KPi Bangi), di sini, hari ini. Pembinaan KPi Bangi yang dianggarkan menelan kos RM2.7 juta itu turut menerima sumbangan RM240,000 dari kerajaan negeri dan selebihnya hasil sumbangan daripada orang perseorangan, masyarakat Bangi dan kutipan daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan. Penaung KPi Bangi, Dr Tajul Ariffin Noordin, berkata pihaknya masih memerlukan dana tambahan bagi tujuan pembinaan bumbung di Dataran KPi Bangi bagi kemudahan pelajar mengadakan pelbagai aktiviti. KPi Bangi yang mempunyai sebuah bangunan tiga tingkat itu turut memiliki kelengkapan kemudahan asas serba moden seperti auditorium, dewan serba guna, bilik mesyuarat, bilik transit lelaki, bilik tasmi perempuan, makmal komputer, makmal Bahasa Arab, perpustakaan, bilik guru dan tiga buah kelas. KPi Bangi turut menempatkan Sekolah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski), Sekolah Agama Kafa dan Sekolah Menengah Kafa Tahfiz (Faiz) itu mempunyai hampir 600 orang pelajar dengan dikendalikan 25 tenaga pengajar. -NFN- | ||
MB:Tiada pemberhentian kakitangan SYABAS Posted: 08 Nov 2013 04:36 AM PST Saksikan secara langsung "FOKUS" yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda. Paparan menarik untuk hari ini : 1. Tidak ada pemberhentian kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) jika proses pengambilalihan syarikat konsesi itu berjaya diselesaikan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 2. Kerajaan negeri bakal membangunkan semula sungai Klang termasuk pembersihan dan penaiktarafan akan dimulakan, pada Mac 2014. 3. Kerajaan Pusat didakwa terus bersikap boros apabila berbelanja hampir RM182 juta setahun untuk kos bahan api dan penyelenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif (VVIP) dalam setiap urusan rasmi kerajaan. 4. Sistem pesanan ringkas (SMS) 'menyeru' pengundi memilih PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai 'tiket ke syurga' sebenarnya bukan dihantar jentera pilihan raya PAS tetapi sebaliknya dihantar Barisan Nasional (BN). 5. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beretika dua pemimpin PKR dari Sabah yang bertindak meninggalkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu, baru-baru ini. | ||
Patung Kaki: Keluarga Tetap Ambil Tindakan Posted: 08 Nov 2013 04:16 AM PST KELAB GREENBOC Alor Setar - Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab menggantungkan patung kaki kudung tertera perkataan 'Kaki Azizan', ketika kempen PRK Dun Sungai Limau. Anak kelima Allahyarham, Muhammad Rafi'iy Azizan berkata, biar pun Pas mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau, pihaknya tidak berhasrat membatalkan tindakan perundangan itu supaya menjadi pengajaran pada masa depan. "Provokasi itu tindakan melampau dan keterlaluan, disebabkan itu kita tetap teruskan tindakan mengikut prosedur perundangan. Laporan polis juga sudah dibuat dan buat masa ini, kita sedang menunggu hasil siasatan sebelum ambil tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, pihaknya telah melantik peguam, yang juga anak Allahyarham, iaitu Ahmad Faiq untuk mengendalikan kes itu. Pada 2 November lalu, penduduk setempat dikejutkan dengan kewujudan patung tanpa kaki oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang dikesan di tiga lokasi iaitu berhadapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Bukit Besar, Kampung Titi Batu dan Simpang Tiga Sungai Limau Luar digantung pada kabel elektrik. Mengulas kemenangan Mohd Azam Abdul Samat menggantikan tempat bapanya sebagai Adun Sungai Limau, Muhammad Rafi'iy berkata, kemenangan itu menunjukkan masyarakat di Dun Sungai Limau mahukan tokoh ulama sebagai wakil rakyat. "Saya sangat bersyukur atas kemenangan Mohd Azam kerana beliau mewakili Pas. Ini pastinya isyarat daripada penduduk bahawa mereka mahu golongan ulama terus menerajui kawasan, seperti dilakukan Allahyarham," katanya. -SH | ||
Ghani Patail, Najib Bakal Kepanasan Tak Lama Lagi? Posted: 08 Nov 2013 04:13 AM PST http://shahbudindotcom.blogspot.com/Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara, Ghani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini. Selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat peguam negara, isu salah laku Ghani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan. Tambahan pula isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Secara langsung ini bukan saja memberi tekanan kepada Ghani Patail, tetapi kepada Perdana Menteri, Najib Razak juga. Sebagaimana yang dilaporkan, dalam pertemuan dengan Mahathir itu, selain isu salah laku Ghani yang bermula dengan kes mata lebam melibatkan Anwar Ibrahim yang turut menjadi perbincangan, bahkan juga berkaitan kelemahan hujah pihak Peguam Negara sehingga menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Dalam hal yang berkaitan pengintip di pejabat Peguam Negara pula, dilaporkan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi turut dipanggil oleh Mahathir dan ditanya sama ada beliau mengetahui adanya dua orang pengintip yang sedang bekerja dengan pejabat peguam negara sekarang ini. Dalam hal ini, Zahid dikatakan berjanji akan menyiasat mengenainya. Ghani Patail sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan sasaran pelbagai pihak yang mengecamnya kerana didakwa mengamalkan pendakwaaan berpilih dan mempunyai kuasa tanpa had dalam menentukan pendakwaan. Selain isu liwat dan rasuah yang melibatkan Anwar Ibrahim, beliau juga dikecam dalam pelbagai kes lainnya seperti kes pembunuhan Altantuya. Susulan daripada itu, desakan agar beliau meletakkan jawatan juga kerapkali kedengaran. Malangnya, bukan saja beliau menolak untuk meletakkan jawatan, bahkan Najib sendiri seperti mempertahankan kedudukannya dan mahu beliau terus kekal mengetuai jabatan peguam negara itu. Tersebarnya berita mengenai adanya pertemuan itu yang dianggap sebagai tekanan Mahathir kepada Ghani Patail, ia bukan saja bertepatan dengan hangatnya perbualan orangramai mengenai pengintipan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada beberapa negara termasuk Malaysia, tetapi juga bertepatan dengan iklim politik negara yang menyaksikan anaknya, Mukhriz kecundang sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai sebulan iaitu dalam percubaan merebut jawatan Naib Presiden UMNO dan dalam mengemudi pilihanraya kecil Sungai Limau. Walaupun keprihatinan Mahathir bertindak dalam menangani isu yang melibatkan pengintipan CIA di pejabat Peguam Negara boleh dipuji meskipun beliau bukan lagi memegang jawatan Perdana Menteri, tetapi kaitannya dengan isu politik semasa yang sedang berlaku, sukar juga ditolak. Ia seolah-olah tiada kena mengena tetapi dalam masa yang sama macam ada kaitannya pula. Sebelum ini Mahathir telah membangkitkan tentang politik wang yang masih berlaku dalam UMNO dan kepimpinan Najib yang dianggapnya lemah kerana selalu tunduk kepada tuntutan ekstrem daripada pihak pembangkang. Meski dakwaan Mahathir ini disanggah oleh beberapa pemimpin UMNO yang cuba mempertahankan Najib tetapi ramai yang percaya bahawa dakwaan Mahathir itu banyak kebenarannya. Dengan timbulnya pendedahan mengenai pertemuan beliau dengan bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan ini dan kaitannya dengan tekanan terhadap Ghani Patail, penjelasan Mahathir yang seterusnya pasti sedang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Lebih-lebih lagi mengenali cara dan gaya bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak akan memulakan sesuatu perkara tanpa asas yang kukuh. Penjelasan Mahathir selepas ini mungkin bukan saja berkaitan pengintip CIA di pejabat Peguam Negara tetapi barangkali juga melibatkan peranan Apco yang kini menjadi penasihat dan perunding kepada pentadbiran Najib. Apco ini pula sudah pun bertapak dalam pentadbiran kerajaan sebaik saja Najib mengambil alih kepimpinan negara sejak 2009 lagi. Oleh itu, ditambah dengan adanya pengintip CIA yang sedang bertugas di pejabat peguam negara, adalah mudah dan berasas untuk mengaitkan pentadbiran Najib dengan pengaruh luar, khususnya Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi Najib juga dilihat amat suka dilihat mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan kuasa besar itu. Tidak dinafikan Ghani Patail mungkin sedang dijadikan sasaran, tambahan pula beliau merupakan individu yang rapat dengan pentadbiran Najib tetapi dalam masa yang sama paling banyak isu. Ghani Patail mungkin dijadikan sasaran tetapi matlamat akhirnya ialah Najib. Oleh itu, bukan saja Ghani yang sedang kepanasan sekarang ini, dengan desakan mulai kedengaran agar tugasnya sebagai Peguam Negara digantung kerana dakwaan adanya pengintip disisinya adalah dakwaan yang berat dan serius, bahkan bahang kepanasan itu mulai turut dirasakan oleh Perdana Menteri juga. Kita hanya perlu bersabar sedikit dan menunggu Mahathir bersuara untuk mengetahui "siapa yang kena" dalam isu ini. | ||
Kenaikan Harga Rumah Naik & Melambung Tinggi Angkara Pelaksanaan GST 6% April 2015? Posted: 08 Nov 2013 04:10 AM PST Harga rumah naik 10% (DI SINI) : Kerajaan baru-baru ini melalui pembentangan Bajet 2014 telah mengumumkan pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 kelak pada kadar 6% dengan harapan kerajaan dapat meningkatkan pendapatan dan kantung negara sejumlah RM27 bilion. Lantas dengan pengumuman kerajaan, pelbagai reaksi dapat diperhatikan. Ada yang bersetuju dan ada juga kurang senang dengan berita pengumuman GST itu. Antaranya….. Saudara Wan Syazwan yang sedang mengendalikan secara bersama syarikat pemaju hartanah telah berkongsi pendapatnya seperti di bawah ini, menjangkakan harga rumah akan terus melambung tinggi ditambah dengan pelaksanaan GST kelak. Wan Syazwan juga merupakan seorang jurutera Petronas yang terlibat dengan aktiviti carigali minyak. Ikuti selanjutnya apa pandangan beliau mengenai kesan pelaksanaan GST kepada sektor hartanah di Malaysia.. Bagaimana? Bersetuju dengan pendapat Wan Syazwan ini? GST 6% : Kesan Kepada Harga Rumah di Malaysia?Berkenaan dengan faktor GST 6% boleh mengakibatkan harga rumah terus melambung tinggi, kurang tepat sebenarnya.
Bagi pendapat Berita Semasa, harga rumah dapat dikawal sekiranya DEMAND JATUH. Jadi bagaimana mahu jatuhkan permintaan? Ia berkaitan dengan : "Economic theory about equlibrium point. When supply over demand? What happen to price? price will drop in other to sustain at equlibrium point." Apa permintaan tinggi mengatasi penawaran? Apa yang terjadi? Jadi seperti yang anda, anda semua alami sekarang di mana permintaan rumah berkedatan dengan Kuala Lumpur amat-amat tinggi. | ||
Jamil Khir Berdusta Lagi... Kebetulan... Katanya... Posted: 08 Nov 2013 03:56 AM PST PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain KELAB GREENBOC PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain. Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan. "Mana boleh kebetulan… Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama," katanya dalam perbualan telefon. Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja. "Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana," cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan. Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN. Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13. Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi. Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya -FMT
ULASAN GB Sekali berdusta, akan setiap kali berdusta lagi. Inilah "penyakit" yang dihidap oleh Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom. Semasa PRK Sungai Limau, beliau berdusta dan menipu kononnya 351 ahli UMNO sertai PAS Kini beliau menyatakan jualan murah semasa PRK Sungai Limau hanya satu kebetulan! Kalau bukan kebetulan,, pertama, lakukan jualan murah yang sama di tempat lain seperti disebut oleh Timbalan Presiden PAS. Yang kedua, jika kebetulan, mengapa tiada jualan murah selepas PRK? Apakah belum sampai kepada Menteri Agama di JPM itu hadith-hadith berikut? Yang pertama: "Tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berkata dia berdusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila diberi amanat berkhianat." (Muttafaq 'Alaih) Kedua, di dalam hadith Samurah bin Jundab yang sangat panjang, dijelaskan akibat yang akan ditanggung oleh pendusta yang kebohongannya sudah sampai ke ufuk. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menceritakan apa yang beliau temui dalam mimpinya: فَانْطَلَقْنَا فَأَتَيْنَا عَلَى رَجُلٍ مُسْتَلْقٍ لِقَفَاهُ، وَإِذَا آخَرُ قَائِمٌ عَلَيْهِ بِكَلُّوِبٍ مِنْ حَدِيْدٍ، وَإِذَا هُوَ يَأْتِي أَحَدَ شِقَّيْ وَجْهِهِ فَيُشَرْشِرُ شِدْقَهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمِنْخَرَهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنَهُ إِلَى قَفَاهُ. (قَالَ : وَرُبَّمَا قَالَ أبو رَجَاء: فَيَشُقُّ). قَالَ: ثُمَّ يَتَحَوَّلُ إِلَى الْجَانِبِ الآخَرِ فَيَفْعَلُ بِهِ مِثْلَ مَا فَعَلَ بالجَانِبِ الأَوَّلِ، فَمَا يَفْرُغُ مِنْ ذَلِكَ الْجَانِبِ حَتَّى يَصِحَّ ذَلِكَ الْجَانِبُ كَمَا كَانَ، ثُمَّ يَعُوْدُ عَلَيْهِ فَيَفْعَلَ مِثْلَ مَا فَعَلَ الْمَرَّةَ الأُوْلَى. قَالَ: قُلْتُ لَهُمَا : سُبْحَانَ الله، مَا هَذَانِ؟ قَالَ: قَالاَ لِي : اِنْطَلِقْ اِنْطَلِقْ. "Kemudian kami berangkat lagi mendatangi orang yang terlentang pada tengkuknya. Ternyata ada orang lain yang berdiri di atasnya sambil membawa kait (yang dibuat) dari besi. Tiba-tiba ia datangi sebelah wajah orang yang terlentang itu, lalu ia robek (dengan kait besi tersebut) mulai dari sebelah mulutnya hingga tengkuknya, mulai dari lubang hidungnya hingga tengkuknya, dan mulai dari matanya hingga tengkuknya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kemudian bersabda: "Selanjutnya orang itu berpindah ke sebelah wajah lainnya dari orang yang terlentang tersebut dan melakukan seperti yang dilakukannya pada sisi wajah yang satunya. Belum selesai ia berbuat terhadap sisi wajah yang lain itu, sisi wajah pertama sudah sehat kembali seperti sedia kala. Maka ia mengulangi perbuatannya, ia lakukan seperti yang dilakukannya pada kali pertama." Di penghujung hadith dijelaskan dosa yang diperbuat oleh laki-laki tadi, "Sesungguhnya laki-laki itu setiap keluar dari rumahnya ia berdusta (berbohong) yang kebohongannya sampai ke kaki-kaki langit (tersebar ke mana-mana,-terj)" (HR. Al-Bukhari) dalam riwayat lain, "Ia disiksa demikian hingga tiba hari kiamat." | ||
Posted: 08 Nov 2013 03:43 AM PST Harga minyak Turun (KLIK SINI) : Minyak mentah apabila proses (disulingkan) akan menghasilkan beberapa jenis minyak seperti gas, petrol,miyak jet, diesil, kerosin dan bitumen. Tetapi atas dasar Malaysia mahu berniaga di negara sendiri dengan rakyat Malaysia bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda, Malaysia sanggup membeli minyak dari negara-negara padang pasir di Timur Tengah sana dengan harga murah untuk diproses dan dijual di Malaysia. Manakala…. Manakala hasil minyak Malaysia yang mempunyai gred yang tinggi dijual ke luar untuk kegunaan pesawat komersil dan jet pejuang. Ibarat seperti……
Dan…..kerajaan Malaysia bertambah untung lagi apabila pada ketika naik harga minyak dinaikkan atas alasan harga minyak dunia meningkat. Malangnya apabila harga pasaran dunia turun dunia dan kembali stabil, macam tiada apa-apa yang berlaku pula. Trend Harga Minyak Dunia Murah Ketika Ini. Sila Semak!!Siapa pernah lupa apabila api kemarahan rakyat malaysia begitu membuak-buak tatkala Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia sekitar pertengahan tahun 2008 telah mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 secara mendadak sehingga RM2.70 disebabkan pada ketika itu harga minyak dunia telah melambung tinggi sehingga mencecah USD127.79 setong. Zaman sekarang harga minyak RON97 telah dinaikkan ke paras RM2.70 pada 1 April 2011 pada ketika harga minyak dunia hanya mencecah US$106.70. Kali terakhir harga minyak diturunkan pada 3 September 2013 yang lepas di mana harga minyak dunia agak tinggi pada ketika itu iaitu sekitar US$108.50. Tetapi sekarang harga minyak dunia telah pun mencecah US$94.80. Apa pendapat anda pula, adakah subsidi minyak patut dihapuskan terus bagi mengelakkan terus kekeliruan rakyat melihatkan sejauh mana sumbangan sebenar kerajaan terhadap harga minyak di Malaysia dan diagihkan terus sumbangan dalam bentuk tunai kepada rakyat, ataupun subsidi minyak patut diberikan seperti yang dilakukan sekarang malh ditingkatkan lagi nilainya? mana satu pilihan anda? | ||
559 jemaah haji Sarawak disaring Posted: 07 Nov 2013 08:50 PM PST SINAR HARIAN KUCHING - Jabatan Kesihatan Sarawak akan menjalankan proses saringan kesihatan ke atas 559 orang jemaah haji dari negeri ini sebagai langkah mengekang penularan jangkitan 'Middle East Respiratory Syndrom Coronovirus (MERS-CoV). Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, proses yang akan dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, mulai esok dan 11 Nov itu bakal melambatkan proses jemaah untuk keluar dari balai ketibaan. "Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin memohon kerjasama anggota keluarga yang akan menyambut kepulangan jemaah haji ini supaya bersabar dan mengikut arahan dari pihak berkuasa dan agensi-agensi yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini. Kenyataan akhbar itu diedarkan semasa taklimat media berkenaan MERS-CoV di pejabat Jabatan Kesihatan Negeri, hari ini. Menurutnya jemaah yang mempunyai gejala saluran pernafasan akut yang teruk akan dibawa ke hospital menggunakan ambulans dengan kadar segera. Zulkifli juga menasihatkan para jemaah yang baru kembali dari Tanah Suci agar mengehadkan aktiviti pertemuan dengan orang lain dalam jumlah yang ramai dalam tempoh dua minggu selepas ketibaan serta mengambil langkah kebersihan lebih intensif. Jemaah ini juga diminta untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya menghidap demam, sukar untuk bernafas atau cirit-birit. MERS-CoV merupakan satu daripada virus daripada kumpulan coronavirus yang mula dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak September lepas dan setakat 1 Nov lepas, ia telah menyebabkan 63 kematian dari 149 kes yang dilaporkan di seluruh dunia. Katanya, punca jangkitan dan cara jangkitan MERS-CoV ini masih belum dapat dikenal pasti. "Pihak WHO juga menegaskan tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya tidak diketahui dan tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini," katanya. - Bernama | ||
SPR: Mana ada pengundi hantu di Sungai Limau Posted: 07 Nov 2013 08:47 PM PST SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan wujudnya pengundi hantu di PRK Dun Sungai Limau pada 4 November lalu. Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dakwaan kononnya wujud pengundi haru itu hanyalah 'salah tanggapan' semata-mata. "Pada SPR tiada istilah pengundi hantu. "… apa yang berlaku sebenarnya ialah pengundi tersebut mendaftar sebagai pengundi di Dun Sungai Limau, namun pengundi tersebut telah berpindah tetapi tidak memaklumkan hal tersebut kepada SPR," katanya ketika di hubungi oleh Sinar Harian Online hari ini. Beliau berkata demikian menggulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim yang mendakwa pada PRK lalu, terdapat pengundi yang tidak dapat dikesan kerana alamat tidak sama dengan tempat pembuangan undi. Sehubungan itu, Shahidan mendakwa wujudnya "pengundi hantu" di Dun Sungai Limau. Shahidan turut mendakwa berlakunya perpindahan beramai-ramai pengundi ke suatu kawasan lain tanpa dikesan terutama di kawasan Bukit Besar. Menjelaskan perkara itu, Abdul Aziz berkata, mereka yang dimaksudkan itu adalah pemilih berdaftar yang sah. "Pengundi tersebut merupakan pengundi yang sah bukan 'pengundi hantu' seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak," tegas beliau. | ||
Muktamar fokus kukuh kerjasama PR Posted: 07 Nov 2013 08:44 PM PST SHAH ALAM – Resolusi Multaqa Ulama Pas sebelum ini yang mencadangkan agar tahaluf siyasi dalam PR dikaji semula, berkemungkinan tidak akan diusulkan dalam Muktamar Pas ke-59, 22 hingga 24 November ini. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, sebaliknya usul lebih fokus membincangkan usaha untuk merapatkan lagi kerjasama antara ketiga-tiga parti dalam PR. "Saya masih belum berkesempatan melihat usul yang akan dibentangkan. Namun, saya jangkakan antara usulnya ialah berkaitan hal PR. "Ia tidak ada kena mengena dengan cadangan Multaqa Ulama yang mahu tahaluf siyasi dikaji semula. Sebaliknya, usul ini lebih kepada pengukuhan PR," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya lagi, antara usul lain yang dijangka dibangkitkan ialah usaha untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan Islam. "Kita akan bincangkan bagaimana isu perkauman yang dimainkan oleh Umno telah memecahbelahkan perpaduan Melayu dan Islam. "Ini termasuklah menerusi pelbagai medium seperti media dan modul latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) yang dilihat sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman," katanya. Selain itu, katanya, beliau menjangkakan usul berkaitan prestasi Pas dalam PRU 13 lalu dan isu pergolakan di Mesir dan Syria akan turut dibentangkan. | ||
18,349 disyaki anggota kongsi gelap ditahan Posted: 07 Nov 2013 08:42 PM PST Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka merupakan sebahagian daripada 40,313 orang yang dikenal pasti menganggotai 49 kumpulan atau pertubuhan yang diharamkan mengikut Akta Pertubuhan 1966. "Dakwaan yang menyatakan bahawa polis tidak menangkap anggota kumpulan kongsi gelap adalah kenyataan tidak berasas sama sekali dan mempunyai agenda tersendiri," katanya dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat hari ini. Katanya angka berkenaan diperoleh daripada maklumat risikan dan juga percakapan ketua serta anggota kongsi gelap yang ditangkap semasa Operasi Khas Cantas dari 17 Ogos hingga 13 Okt lepas. Mereka yang ditangkap akan didakwa di mahkamah jika ada bukti kukuh mengenai pembabitan mereka dalam kegiatan kongsi gelap, katanya. - Bernama | ||
1BestariNet sekat akses maklumat, hina kebebasan maklumat Posted: 07 Nov 2013 08:35 PM PST KUALA LUMPUR: Projek 1BestariNet kelolaan Kementerian Pelajaran ternyata menghina kapasiti intelek profesyen guru dengan mengenakan sekatan akses kepada beberapa laman web politik. Projek 1BestariNet bernilai RM663 juta yang diuruskan pihak YTL Communications disebut sebagai bertujuan "mengubah arena pendidikan dan menjadikan Malaysia sebagai model cemerlang di dalam pembelajaran bersepadu berteras internet." Namun amat mengecewakan apabila akses internet akhirnya dikawal dan dihalang, seolah-olah guru tidak mampu menghadam maklumat yang pelbagai dan membuat keputusan sendiri. Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong; Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mendedahkan dalam satu kenyataan bersama hari ini bahawa pihak Kementerian menghalang akses kepada beberapa laman web dan blog dapmalaysia.org (DAP Malaysia) liewchintong.com (Liew Chin Tong) ongkianming.com (Ong Kian Ming) dan juga zairil.com (Zairil Khir Johari). "Malahan, entiti berkaitan BN seperti laman web MCA (mca.org.my) dan laman web Pemuda UMNO (pemudaumno.org.my) juga turut dihalang aksesnya kerana sebab yang tidak diketahui," kenyataan itu dipetik berkata. Tambah mereka lagi, adalah amat malang pula apabila laman web yang membawa sudut pandang perkauman dan pelampau tidak pula dihalang aksesnya seperti http://pribumiperkasa.blogspot.com dan perkasaonline.com.my. Turut tidak dihalang aksesnya adalah organ rasmi UMNO, umno-online.my, laman web Wanita UMNO, wanitaumno.my dan portal Puteri UMNO, puteriumno.my "Memandangkan 1BestariNet adalah sebuah projek yang bertujuan menggalakkan budaya pengajaran dan pembelajaran yang akan menjadi kayu ukur piawaian pendidikan pada masa akan datang, adalah sangat menghina sekali untuk meletakkan kawalan dan sekatan ke atas maklumat yang boleh diakses oleh guru dan pelajar," ujar mereka. "Ia adalah penghinaan tambahan kepada profesyen perguruan, yang sudah pun dibebani setakat ini dengan segala macam tugas pentadbiran, ketimbang urusan mengajar dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak kita. "Kini kebebasan mereka untuk mendapatkan maklumat pun disekat dengan tindakan menghalang akses laman web ini," tambah mereka lagi. "Kami amat pasti bahawa MCA dan Pemuda UMNO juga turut berminat untuk mengetahui kenapa laman web mereka turut terhalang," ujar mereka lagi sambil menuntut penjelasan daripada Kementerian Pelajaran tentang sebab musabab akses ke laman tersebut dihalang. "Kami juga menuntut penjelasan tentang pendirian Kementerian mengenai polisi kerajaan dan MSC bahawa internet tidak boleh ditapis." – Roketkini.com | ||
Tuan Ibrahim tanding naib presiden PAS Posted: 07 Nov 2013 08:23 PM PST MALAYSIA KINI Ulama terkenal PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk bertanding jawatan naib presiden parti Islam itu dalam pemilihan kali ini, walaupun turut dicalonkan ke peringkat timbalan presiden."Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara ahli jawatankuasa, naib presiden dan timbalan presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai naib presiden dalam muktamar PAS ke-59 kali ini. "Penerimaan ini adalah seimbang bagi merai kehendak kawasan yang mencalonkan saya sebagai ahli jawatankuasa Pusat PAS dan timbalan presiden," katanya. Pengumumannya itu sekali gus dilihat melegakan Mohamad Sabu yang mempertahankan jawatan timbalan presiden. Bagaimanapun, ia pasti memberikan tamparan hebat kepada ketiga-tiga penyandang naib presiden sedia ada. Tiga naib presiden PAS kini disandang oleh Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa. Penyertaan Tuan Ibrahim dilihat penting bagi merebut kembali kelompongan ulama dalam kerusi nombor dua parti yang gagal dimenangi dalam pilihan lalu, setelah menguasainya untuk tempoh sekurang-kurangnya sepuluh tahun terakhir. Dilihat pesaing terbaik proulama Daripada sudut peluang, Tuan Ibrahim dilihat tokoh terbaik bagi menggalas tugas itu berbanding ulama heavyawight PAS lain yang turut dicalonkan, iaitu Mohd Amar Nik Abdullah, Idris Ahmad dan Abu Bakar Chik. Mohd Amar pula mungkin tidak menyertai persaingan ini selepas dilihat cenderung bertanding di peringkat timbalan presiden. Manakala Idris pula disebut-sebut pengamat politik PAS sebagai bakal bertanding kerusi jawatankuasa pusat sahaja. Setakat ini, hanya Abu Bakar (kiri) dan Salahuddin sahaja yang menyatakan pendirian bertanding jawatan itu Dalam kenyataannya dari Doha, Qatar, Tuan Ibrahim menjelaskan, beliau memutuskan bertanding jawatan naib presiden tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, berdasarkan penilaian terhadap kemampuan sendiri. Keputusan itu juga, tambahnya, mengambil kira tugasnya sebagai pesuruhjaya Pahang, yang memerlukan tumpuan gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, Tuan Ibrahim juga berharap supaya penyokong PAS tidak masuk ke "perangkap" untuk memecahkan perpaduan dalamalan parti itu. Menurutnya, semua pihak tidak kira aktivis, ulama atau profesional, semuanya memainkan peranan penting menyatupadukan parti. Tarikh akhir penerimaan pencalonan ditetapkan hari ini. | ||
Anak Hadi disebut-sebut tanding jawatan anak Nik Aziz Posted: 07 Nov 2013 08:19 PM PST Anak lelaki kepada presiden PAS Muhamad Khalil Abdul Hadi disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda bagi mewakili kumpulan proulama pada pemilihan Pemuda pada 21 Oktober ini. Jawatan itu kini disandang anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh, yang turut dicalonkan semula. Nik Abduh (kanan) bagaimanapun telah menyatakan pendirian tidak mempertahankan jawatannya. Turut dicalonkan bertanding jawatan itu, Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, bekas anggota Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad. Bagaimanapun, Muhamad Khalil dilihat bakal berdepan Raja Ahmad Iskandar ekoran calon-calon lain dilihat tidak berminat berentap jawatan nombor dua dalam dewan itu. Berdasarkan ketokohan dan pencapaian akademik, kedua-dua pemimpin yang berpendidikan tinggi itu dilihat mempunyai peluang seimbang. Raja Ahmad Iskandar mempunyai gelaran doktor falsafah daripada United Kingdom (UK) manakala Muhamad Khalil pula memporoleh sarjana daripada negara sama. "Perwakilan akar umbi juga dilihat berbelah bagi. Sama-sama kuat. Mereka sama-sama di UK. "Aktif berpersatuan di sana," kata sumber-sumber kepada Malaysiakini. Tarikh akhir penerimaan pencalonan jatuh kepada hari ini. Jawatankuasa pemilihan PAS dijangka mengumumkan siapa lawan siapa esok. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan