Khamis, 7 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kampung, separa bandar bukan simpanan tetap BN lagi

Posted: 07 Nov 2013 07:01 AM PST

 

 

Kawasan kampung dan separa bandar bukan lagi menjadi simpanan tetap BN pada pilihan raya umum akan datang memandangkan kedudukan geopolitik kawasan itu berubah pada hari mengundi, kata bekas timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

NONEDalam wawancaranya dengan Malaysiakini, beliau berkata sewaktu pilihan raya, kawasan kampung dan separa bandar ini, masing-masing boleh bertukar menjadi separa bandar dan bandar ekoran berbondong-bondong pengundi luar pulang ke kawasan mereka.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Temerloh berhujah dengan menggunakan kawasannya sendiri di Pahang dan parlimen Bachok di Kelantan bagi menyokong pandangannya.

"Di Kelantan, secara geografi dua pertiga kawasannya adalah kampung. Tetapi semasa pilihan raya ia bertukar menjadi dua pertiga kawasan separa bandar.

NONE"Temerloh menjadi kawasan bandar pada pilihan raya kerana seramai 6,000 pengundi pulang untuk mengundi. Sebenarnya kalau kamu kira sokongan saya dari kalangan pengundi Cina yang tinggal di Temerloh sendiri, sokongan terhadap saya cukup bagus.

"Di Bachok, di mana Awang Adek (Husin) kalah, beliau kata disebabkan 16,000 pengundi balik mengundi pada pilihan raya itu. Tapi Bachok secara kasarnya adalah kawasan kampung," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Saifuddin tewas kepada Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dengan majoriti sebanyak 1,070 undi. Temerloh yang mempunyai 66,105 pengundi berdaftar, adalah kerusi Melayu dengan 24 peratus pengundi Cina.

Tuan Ibrahim tanding naib sahaja, jawatan timbalan presiden dijangka tiga penjuru

Posted: 07 Nov 2013 06:57 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER
 

















Pertandingan tiga penjuru dijangka berlaku untuk jawatan timbalan presiden PAS apabila Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) memutuskan untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja.

Ini bermakna kebarangkalian jawatan itu kini akan ditandingi oleh Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar dan Datuk Husam Musa.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Facebook beliau malam ini, Tuan Ibrahim mengesahkan tidak akan bertanding jawatan itu.

Sebelum ini Mohamad mengesahkan akan mempertahankan jawatannya, manakala Husam pula menunggu keputusan Tuan Ibrahim.

Nik Amar pula dijangka akan mewakili ulama untuk merebut jawatan itu.

Tuan Ibrahim dalam kenyataannya mengucapkan  terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua kawasan yang telah mencalonkan beliau dalam mesyuarat agong PAS kawasan masing-masing.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Ibrahim:

Pencalonan ini adalah satu penghormatan tinggi kepada saya. Setelah surat pencalonan yang dihantar oleh Jawatankuasa Pemilihan, saya dapati ada tiga jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat. Saya berasa amat bertuah atas kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh kalian semua.

Di dalam perlembagaan PAS, hak pencalonan diberikan sepenuhnya kepada PAS kawasan, manakala yang dicalon pula diberikan hak untuk menerima atau tidak menerima.

Keputusan seseorang calon untuk tidak menerima pencalonan bukan bermakna calon tidak menghargai pencalonan kawasan; manakala keputusan menerima pula tidak harus dilakukan sekadar untuk alasan merai kehendak kawasan.

Pada pandangan saya, kepimpinan adalah amanah besar yang perlu dipikul di dunia sampai akhirat. Kerana itu, keputusan menerima atau tidak menerima perlu dilakukan berdasarkan kemampuan seseorang untuk memikul amanah tersebut.

PAS kini berhadapan dengan cabaran besar masa depan dan muafakat dalam Pakatan Rakyat yang perlu diperkukuhkan serta ukhuwah jamaah yang perlu diperkasakan, antara faktor penting dalam penilaian kemampuan menerima atau tidak sesuatu jawatan itu.

Walaupun saya amat menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden, namun pada saya, jawatan itu adalah sangat besar dan di luar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.

Tambahan pula buat masa ini, saya masih diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Negeri Pahang, yang memerlukan tumpuan gerak kerja dan masa yang banyak bagi menghadapi PRU ke 14 akan datang.

Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini.

Penerimaan ini adalah seimbang bagi merai kehendak kawasan yang mencalonkan saya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Presiden.

Namun, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan parti dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan.

Keputusan untuk bertanding Naib Presiden adalah keputusan yang diambil diri saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ia lebih kepada penilaian diri dengan kemampuan melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Sebagai seorang ahli PAS, saya tetap istiqamah dalam memberi khidmat dan terus berusaha menguatkan jamaah dan memenangkan parti Islam sekalipun tanpa sebarang jawatan.

Akhirnya saya ingin berpesan agar jangan sesekali kita termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh musuh bagi memecah-belah antara kita, dan jangan pula kita membenarkan apa yang musuh  tuduh kepada kita. Semua pihak sama ada aktivis, ulama atau profesional adalah tenaga penting bagi memperkukuhkan perjuangan parti.

Mari kita memperkukuhkan jamaah ini dengan memelihara ukhuwah, thiqah pada pimpinan dan menghargai mereka yang lama dalam perjuangan yang berliku ini, serta tasamuh dalam perbezaan pandangan. Setiap orang perlu memainkan peranan sebagai faktor penyatu parti. Menyatukan parti tidak harus diletakkan di atas bahu mana-mana individu tertentu sahaja.

Kepada semua yang telah memberikan sokongan, kepercayaan, bantuan, nasihat dan teguran kepada saya, saya ucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan.

Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mahkamah tolak petisyen PKR di Parlimen Kota Merudu

Posted: 07 Nov 2013 06:50 AM PST

MALAYSIA KINI
 
 
 
Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini menolak dengan kos petisyen difailkan calon PKR untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi Parlimen Kota Marudu yang dimenangi Barisan Nasional (BN).
  
Hakim Datuk Yew Jen Kee memutuskan petisyen yang difailkan Datuk Maijol Mahap daripada PKR gagal membuktikan Borang 14 yang merekodkan jumlah undi diperoleh setiap calon serta bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR, dan ia tidak menjejaskan keputusan pilihan raya mengikut Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
  
Yew berkata dakwaan pempetisyen bahawa ejennya tidak diberikan Borang 14, namun borang itu telah diserahkan untuk ditandatangani dan tiada bantahan dikemukakan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM).
  
Beliau berkata Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Kota Marudu Luvita Koisun juga menerima semua Borang 14 yang telah disahkan dan dihantar KTM yang bertugas di pusat mengundi terbabit.
  
Sehubungan itu, Yew memerintahkan Maijol membayar kos masing-masing RM40,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Mahap menamakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebagai responden pertama, Luvita responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.
  
Pada 13 Ogos lepas, Yew memutuskan supaya dakwaan amalan rasuah terhadap Ongkili digugurkan daripada petisyen itu, tetapi Ongkili kekal sebagai responden kerana beliau merupakan pemenang kerusi berkenaan.
  
Bercakap kepada pemberita kemudian, Ongkili berpuas hati dengan prosiding yang dijalankan dan ia mempamerkan suatu proses yang baik kepada kerajaan dan SPR.
  
Ongkili, yang mewakili BN, memenangi kerusi itu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Mahap meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) mendapat 444 undi manakala 911 undi ditolak.
  
Ongkili diwakili peguam Chin Teck Ming, sementara Luvita dan SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan Mahiran Mohd Isa dan Zawawi Ghazali manakala Maijol diwakili peguam Fulton Mark Sitiwin.- Bernama

Lim: Kenyataan Karpal diputarbelit

Posted: 07 Nov 2013 06:40 AM PST


MALAYSIA KINI


VIDEO l 1:23 minit


Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pengerusi parti itu Karpal Singh langsung tidak pernah menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan seperti yang digembar-gembur dalam laporan media sejak dua hari lalu.

Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Harakahdaily hari ini, Lim berkata perkara itu dimaklumkan selepas perbualan beliau dengan ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

"Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan," kata Lim yang juga ahli parlimen Gelang Patah.

Sebaliknya, Karpal hanya mengkritik Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengugut Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The Herald, tetapi kenyataan itu telah diputar belit, kata Lim lagi.

Katanya, Karpal menjelaskan kepadanya bahawa kenyataan itu menekankan bahawa badan-badan politik atau profesional tidak wajar beroperasi dalam kerangka perkauman atau keagamaan, demi kepentingan perpaduan nasional.

Lim juga mengesyaki bahawa terdapat pihak tertentu yang cuba merosakkan kesepaduan dalam Pakatan melalui isu tersebut.

Oleh itu, parti komponen dalam Pakatan perlu berjaga-jaga bagi menghadapi usaha seperti itu, tambahnya dalam kenyataan yang tersebut, yang dihantar kepada Harakahdaily pada malam tadi.

Beliau mengulas kontroversi yang timbul susulan laporan yang mendakwa Karpal menyarankan supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai rakyat tanpa batasan kaum dan agama.

Karpal didakwa menyebut bahawa cara itu merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini dan sudah tiba masa semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftaran, termasuk PAS jika mahu membentuk negara yang bersatu-padu.

Ekoran itu, bantahan keras timbul dari pelbagai pihak dalam PAS termasuk Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkannya kenyataan itu sebagai "serius dan membahayakan".

Mengulas lanjut, Lim berkata rakyat kini runsing dengan melonjaknya kadar retorika perkauman, kurangnya toleransi agama dan kebencian di negara ini.

"Kerisauan sebegini tidak wajar dibiar terpinggir dan diputarbelitkan dengan dakwaan-dakwaan tidak berasas kononnya Karpal mahu PAS dibatalkan pendaftarannya.

"Apa yang diperlukan kini ialah supaya warga Malaysia yang rasional dan patriotik untuk mengekalkan fokus mereka menuntut supaya segala retorik perkauman kebencian dan kurangnya toleransi agama ini kian berkurang.

"(Perkara ini) jelas berlawanan dengan nilai-nilai wasatiyah dan inklusif yang dirangkum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam polisi 1Malaysianya, selain di kempen antarabangsanya ke arah 'Global Movement of Moderates'," katanya.

RM470,000 untuk setiap penerbangan jet eksekutif

Posted: 07 Nov 2013 06:38 AM PST

 

 

Satu jawapan bertulis oleh kerajaan di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa perjalanan menggunakan tujuh pesawat kapal terbang dan helikopter persendirian kerajaan pada 2012 melibatkan kos purata hampir setengah juta ringgit untuk setiap penerbangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya kepada Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia termasuk kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.

Shahidan berkata kos tersebut bagi 372 perjalanan ke 339 destinasi untuk urusan rasmi.
Ia memberi jumlah purata lebih 470,000 untuk setiap penerbangan.

Pesawat tersebut yang dikhaskan untuk kegunaan orang kenamaan termasuk perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong, melibatkan satu pesawat Falcon, Global Express, Business Jet, Blackhawk, dua Augusta dan sebuah Fokker F28.

Loke berkata ia tidak termasuk kos yang ditanggung pada 2013, ketika mana perdana menteri mengunjungi banyak destinasi dalam negeri menjelang pilihan raya umum ke-13.

Kita tahu pesawat tersebut tidak boleh digunakan untuk urusan parti namun BN nampaknya tidak malu menggunakan dana kerajaan untuk kerja parti," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.

Penyeludupan senjata: Tingkat kawalan di sempadan, henti intip Pakatan

Posted: 07 Nov 2013 06:33 AM PST

Oleh Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR: Pasukan polis digesa meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan bagi membanteras jenayah penyeludupan senjata api dan berhenti menjalankan intipan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata demikian susulan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor bahawa faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan punca penyeludupan senjata api semakin
berleluasa.
Sim
"Kawalan sempadan perlu dipertingkatkan bagi menghalang senjata api diseludup. Polis sendiri boleh menambah anggota di kawasan sempadan bagi menjalankan pemeriksaan dan risikan benteras jenayah.

"Saya ulangi sekali lagi supaya pihak polis berhenti mencampuri urusan politik. Mereka seharusnya diberi tugasan untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara," ujar Sim menyatakan hanya 13 peratus anggota polis terlibat dalam operasi membanteras jenayah manakala 40 peratus yang lain ditugaskan untuk mengintip pemimpin Pakatan.

Mazlan semalam dilapor berkata, hasil risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pemeriksaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand hanya dijalankan secara rawak membolehkan kumpulan penjenayah menyeludup senjata api dengan mudah.

Ini menurutnya membuka peluang kepada segelintir kumpulan penjenayah mengambil kesempatan menyeludup dadah dan senjata api ekoran pemeriksaan longgar di kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang berkeluasan 640 kilometer.

Hasil analisis pihak polis mendedahkan sebanyak 573 senjata api dirampas termasuk 212 pistol jenis semi-automatik, 134 pistol buatan sendiri, 80 revolver, 15 butir bom tangan, 14 'pump gun' dan 71 pistol angin yang diseludup melalui negara jiran.

Anwar: Seluruh negara Asean harus bantah intipan Amerika

Posted: 07 Nov 2013 06:31 AM PST

KEADILAN DAILY


JAKARTA: Seluruh negara Asean harus membantah keras intipan Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara terlibat, kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lapor Kompas.com, Anwar berkata, melalui penyatuan semua negara Asean, bantahan lebih mudah dan didengari.

Anwar Jakarta

"Kita harus ambil sikap (tindakan), harus tegas, terutama menuntut mereka untuk minta maaf. Segera keluarkan (ungkapan(kenyataan)) siapa saja yang terlibat," kata Anwar pada pertemuan dengan Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Irman Gusman di Jakarta, semalam.

Katanya, negara-negara Asean seperti Indonesia dan Malaysia yang dikhabarkan diintip Amerika masih berlembut dan tidak tegas.

Menurut Anwar, Indonesia hanya sekadar melakukan bantahan tanpa tindakan lebih jauh.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan, reaksi Indonesia itu lebih baik dibandingkan pemerintah Malaysia yang sama sekali belum mempamerkan bantahan.

"Sampai sekarang pemerintahan Malaysia belum ada pernyataan keras terhadap (isu) ini. Sering kali kita menemukan sikap yang lemah," kata mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu, lapor portal Indonesia itu dipetik.

Anwar selanjutnya membandingkan dengan negara-negara Eropah seperti Jerman yang juga menjadi sasaran intipan Amerika. Ini kerana Jerman menentang keras setelah mengetahui Kanselor Jerman, Angela Merkel diintip.

"Jerman sebagai negara tetangga (jiran) masih dicurangi, apalagi negara Asia. Untuk itu, kita harus memprotes keras. Harus tegas, terutama menuntut untuk (Amerika) meminta maaf," tegas Anwar.

Dilaporkan, Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS diketahui mengintip komunikasi negara-negara sekutu mereka di Eropah. AS juga disebut mengintip komunikasi pemerintah Indonesia. Australia juga dilaporkan melakukan hal yang sama terhadap Indonesia.

Laporan terbaru di laman Sydney Morning Herald 31 Oktober lalu menyebut, pejabat Kedutaan Besar Australia di Jakarta turut menjadi lokasi intipan maklumat elektronik.

Sehubungan itu, Kerajaan Indonesia meminta pengesahan Kedutaan Besar AS dan Australia mengenai intipan yang diduga dilakukan kedua-dua negara tersebut terhadap negara itu tetapi hasilnya, AS mahupun Australia sekadar membisu.

Anwar dalam kenyataan sebelum itu menyelar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membisu terhadap tindakan tercela itu.

S'gor dimuktamad ambilalih SYABAS dan 3 syarikat konsesi air

Posted: 07 Nov 2013 06:27 AM PST

MALAYIA KINI
 
 
 
Kerajaan negeri Selangor dimuktamadkan untuk mengambil alih dan mengurus sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
  
Beliau berkata surat rasmi yang diterima pada 9 September lepas daripada kerajaan persekutuan menunjukkan kesepakatan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan segera isu pengurusan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  
"Benar, pengurusan SYABAS telah diberikan kepada kerajaan negeri namun sekarang, kita masih berunding dengan pihak terlibat tentang bayaran dan nilai pengambilalihan tersebut.
  
"Jika rundingan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini, proses mengambi alih akan memakan sedikit masa...mungkin dalam tiga hingga enam bulan.
  
"Apa yang penting, para pekerja syarikat konsesi air itu tidak akan diberhentikan malah boleh bekerja seperti biasa cuma di bawah pentadbiran baru saja," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
  
Katanya, biarpun pihaknya diberi kuasa penuh mentadbir industri air di negeri itu, namun kerajaan persekutuan tetap menjadi pemegang saham emas sebagai syarat keempat-empat syarikat itu tidak boleh dijual kepada pihak lain melainkan kerajaan persekutuan.

Terdapat empat syarikat konsesi air di Selangor - Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Gamuda; dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS); serta Korsortium Abass Sdn Bhd.
  
Kerajaan negeri telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat tersebut.
  
Abdul Khalid sebelum itu menghadiri majlis Himpunan Penghulu, Ketua-ketua kampung serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) seluruh negeri Selangor bagi mengenal pasti permasalahan penduduk.
  
Berhubung isu-isu penduduk yang disuarakan semasa himpunan itu, Abdul Khalid berkata pihaknya akan berusaha membantu menyelesaikan isu yang timbul.
  
Beliau berkata jumlah peruntukan kepada ketua-ketua masyarakat itu sebagai dana pembangunan komuniti desa akan diumum pada pembentangan belanjawan negeri 18 November ini.  - Bernama

Penduduk marah dakwa pemaju 'Hakka makan Hakka'

Posted: 07 Nov 2013 06:18 AM PST


 
VIDEO l 1:35 minit


Kumpulan yang kini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Hakka, Mantin diranapkan pada akhir bulan lalu melepaskan kemarahan mereka dengan menampal nota di pintu pejabat pemaju yang bertanggungjawab ke atas operasi tersebut.

Kumpulan kira-kira 50 orang itu berbuat demikian kerana tidak berjaya bertemu dengan wakil syarikat terbabit di pekan Mantin – kira-kira 1 kilometer dari tapak kampung mereka.

Pejabat jualan tersebut menutup pintu mereka selepas kehadiran kumpulan terbabit yang turut berhimpun di hadapan bangunan terbabit.

Nota berkenaan mengecam tindakan pemaju tersebut yang disifatkan sebagai satu tindakan "pengkhianat" dan juga "Hakka makan Hakka".
Antara nota itu berbunyi "Hentikan membuli", "Kemanusiaan sebelum keuntungan", "Kami mahu rumah kami, bukan pampasan" dan "Datuk Ng Kek Kong, Hakka Makan Hakka".

Ng adalah pengerusi lembaga pengarah syarikat Mega 9 Development Sdn Bhd, yang merupakan pemaju hartanah yang bertanggungjawab melaksanakan projek kontroversi itu.

Beliau dilahir dan dibesarkan di Mantin, dan merupakan bekas presiden Persekutuan Persatuan Fui Chiu Malaysia, sebuah badan payung untuk suku Hakka di Semenanjung Malaysia.

Menjawab 'penghinaan' Ng


Semalam, Ng mendakwa sekumpulan "setinggan profesional" dan orang kurang upaya telah sengaja diupah untuk tinggal di rumah-rumah yang dijadualkan untuk dirobohkan minggu lepas bagi menimbulkan masalah bagi menarik perhatian media.

Kumpulan yang memprotes hari ini berkata mereka tersinggung dengan kenyataan Ng itu.

Chong Tze Yaw, penganjur protes itu berkata dakwaan Ng bahawa mereka mengambil RM500 adalah untuk menghina maruah mereka.

Beberapa orang yang dipercayai kakitangan syarikat tersebut dilihat membuang nota-nota tersebut selepas kumpulan berkenaan beredar dari situ.

Seasukan kecil anggota polis berada di sekitar kawasan tersebut, tetapi mereka tidak mencampuri protes selama sejam itu.

Tiada ulasan: