Rabu, 6 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Kak Tunda' MCA: RM200,000 apa dari bos?

Posted: 06 Nov 2013 02:45 AM PST

 

 

Pemilihan Pemuda MCA Selangor dihangatkan lagi dengan dakwaan Jessie Ooi - yang mencuba nasib di peringkat tertinggi - menerima bantuan kewangan daripada presiden parti Datuk Seri Chua Soi Lek.

Ooi yang popular dengan gelaran "Kak Tunda" (Miss Tow Truck) bagaimanapun menafikannya.

NONEKatanya, dakwaan itu menyebabkan orang ramai terus bertanya sama ada beliau benar-benar menerima RM200,000 daripada Chua dan ada juga yang mahukan bahagian daripada wang itu.

Dalam sidang media hari ini, Ooi (kanan) menyifatkan dakwaan itu sebagai taktik kotor dan tidak adil terhadapnya.

Pertandingan untuk ketua Pemuda Selangor pada Sabtu ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Ooi dan Chong Sin Woon, yang kini ketua biro pendidikan MCA.

Dalam MCA, jawatan ketua Pemuda boleh ditandingi calon lelaki atau perempuan.

Chong sebelum ini dilaporkan berkata, terdapat pemimpin negeri campur tangan dalam proses pemilihan. Beliau bagaimanapun tidak menamakan sesiapa.

Chong: Kamu hina ibu pejabat
Oii hari ini berkata, tiada campur tangan dengan pasukannya.

NONEPerkara itu dipersetujui regunya, Tan Bok Koon yang mengintai jawatan setiausaha Pemuda MCA Selangor, turut bersetuju dengan Ooi.

Tan malah mempersoalkan bagaimana Chong mendapat nombor telefon kebanyakan perwakilan bagi membolehkannya menghantar pesanan yang merayu sokongan.

Tan mencadangkan bahawa ia diperoleh daripada pejabat Pemuda MCA.

Ketika dihubungi, Chong (atas) menafikan perkara itu. Beliau juga menjelaskan akses terhadap nombor telefon itu telah disimpannya sejak beberapa tahun lalu.

"Kamu menghina ibu pejabat dengan berkata saya dapat nombor telefon dari sana. Mereka sangat tegas. Saya tidak akan dapat daripada mereka," katanya.

"Kamu harus tahu bagaimana hendak dapatkan nombor telefon (semasa musim) pilihan raya. Kamu harus tanya pakar kalau tidak tahu."

Nelayan bantah Kerajaan Pusat kurang subsidi diesel

Posted: 06 Nov 2013 02:39 AM PST


fish Malaysia



KUALA LUMPUR  : Kira-kira 50 orang nelayan hari ini mengadakan perhimpunan secara aman di luar bangunan Parlimen pagi tadi bagi menbantah tindakan Kerajaan Pusat mengurangkan subsidi minyak diesel.

Mereka turut meminta kerajaan untuk mengkaji semula penggunaan saiz mata 38 milimeter (mm) keroncong pukat tunda.

Wakil nelayan, Cheah Swee Teck, berkata bot laut dalam Zon C2 iaitu perairan sehingga 30 batu nautika dari tanah besar kini dicas RM 2.00 manakala Zon A, B dan C pula meningkat dari RM 1.25 kepada RM 1.45.

"Tindakan kurangkan subsidi membebankan golongan nelayan seluruh negara.

"Penggunaan pukat 38mm pula menjejaskan hasil tangkapan nelayan, contohnya nelayan di Hilir Perak yang banyak terjejas kerana pukat 38mm tidak sesuai dengan tangkapan udang di sana," ujar Swee Teck.

Menurut beliau, cubaan mengadakan rundingan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri sehingga kini tidak diendahkan.

"Begitu juga dengan cadangan berkenaan mata saiz pukat, pihak kerajaan tidak memberikan maklum balas.

"Jadi kami mengambil keputusan menghantar memorandum bantahan pada hari ini untuk diserahkan kepada Ismail Sabri," kata beliau.

Perhimpunan aman itu turut disertai kumpulan nelayan dari Selangor, Johor, Perak dan Pahang itu berlangsung selama kira-kira 30 minit.

Turut menyertai demonstrasi tersebut ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.

Kerajaan Mongolia rancang ke Malaysia ikuti prosiding kes Altantuya

Posted: 06 Nov 2013 02:35 AM PST


3d32cc3cb3dad58e4bdc2da97ca4055c_XL


SHAH ALAM : Setev Shaariibuu, bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh secara kejam dan kerajaan Mongolia ingin tahu apa yang berlaku terhadap rayuan yang mereka bawa kepada Kerajaan Malaysia berikutan pembebasan dua bekas polis yang membunuhnya pada 2006.

Ini berikutan tiada apa-apa perkembangan dan khabar berita daripada Pejabat Peguam Negara selepas lebih dua bulan pembebasan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

Peguam, Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi Shaariibuu berkata, anak guamnya sentiasa berhubung dengannya untuk mengetahui perkembangan rayuan itu.

"Dua minggu lalu, duta Mongolia di Bangkok, yang juga bertanggungjawab terhadap Malaysia, menulis kepada saya untuk bertanya tentang kes ini," katanya, dipetik The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Kerajaan Mongolia berhasrat untuk menghantar delegasi untuk mengikuti prosiding di Mahkamah Persekutuan yang menjadi medan akhir bagi kes rayuan berkenaan.

"Kes ini bukan sahaja menarik perhatian penduduk tempatan, tetapi juga diikuti oleh orang luar di negara lain termasuk di Mongolia," katanya.

Karpal berkata, rayuan bagi kes pembunuhan berprofil tinggi ini boleh berjalan dengan lebih cepat sekiranya Mahkamah Persekutuan mengambil inisiatif untuk menetapkan tarikh pendengaran.

"Mahkamah Persekutuan boleh membuat pengecualian kepada kes ini yang melibatkan kepentingan orang ramai, bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa," katanya.

Karpal membandingkan dengan kes Fitnah II Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh rayuan dengan segera.

Beliau berkata, Putrajaya dikatakan sengaja melengah-lengahkan rayuan terhadap pembebasan Azilah dan Sirul.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan itu pada 23 Ogos, hari yang sama rayuan polis itu dibenarkan.

Penghakiman bertulis disediakan pada 26 Ogos.

Satu panel yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamad Apandi Ali berkata, dalam penghakiman mereka, antara lain kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil DSP Musa Safri, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Najib Razak, melemahkan kes pendakwaan.

Karpal berkata, Pejabat Peguam Negara seharusnya memfailkan petisyen rayuan dan menyatakan sebab mengapa Mahkamah Rayuan bersalah apabila ia membebaskan dua anggota polis berdasarkan penilaian bertulis semata-mata.

"Mereka boleh mempercepatkan proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan walaupun tanpa mempunyai rekod keseluruhan rayuan," katanya.

Beliau berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang juga adalah pegawai mahkamah, mempunyai peranan dalam memastikan perbicaraan dan rayuan dijalankan tanpa bertangguh.

Pemeriksaan dengan peguam yang hadir bagi kedua-dua bekas anggota polis itu mendedahkan bahawa Pejabat Peguam Negara masih belum memfailkan rekod rayuan kerana tiada salinan diberikan kepada peguam itu.

Kedua-dua polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya pada 2006.

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang didakwa sebagai kekasih kepada Altantuya, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi dari dakwaan bersubahat tanpa dipanggil untuk membela diri.

Bapa Altantuya, Setev juga mahu kes ini diselesaikan dengan segera kerana ingin mengambil tindakan saman sebanyak RM100 juta terhadap Abdul Razak, Azilah, Sirul dan kerajaan atas kematian anaknya.

Bagaimanapun, samannya itu tidak boleh didengar selagi kes jenayah berkenaan tidak selesai.
-Keadilan Daily

SPRM : Projek NFC dianugerah syarikat tidak berkeupayaan

Posted: 06 Nov 2013 02:32 AM PST


NFC - SPRM Grafik


SHAH ALAM  : Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpendapat bahawa projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) dianugerahkan kepada syarikat yang tidak memiliki kemampuan teknikal dan kewangan.

SPRM menyatakan bahawa konflik kepentingan di antara menteri kabinet dan syarikat yang memenangi kontrak tersebut tidak diisytiharkan kerana keputusan itu tidak dibincangkan di kabinet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata Kementerian Kewangan perlu menyediakan satu garis panduan standard, jelas serta telus berhubung pinjaman mudah bagi mengelakkan persepsi negatif atau keraguan.

Katanya, Kementerian Kewangan perlu menyediakan kriteria jelas menentukan jumlah sesuatu pinjaman mudah serta memastikan permohonan dibentangkan di peringkat Kabinet terlebih dahulu untuk kelulusan.

"Kerajaan perlu membuat kajian secara mendalam untuk memilih syarikat yang benar-benar kompeten bagi menjalankan projek NFC sama ada daripada aspek kewangan mahupun pengalaman.

"Untuk itu, proses 'due diligence' perlu dilaksanakan terlebih dahulu terhadap syarikat yang bakal dipilih," kata Abu Kassim dalam satu kenyataan.

SPRM mengemukakan Laporan Tahunan SPRM 2012 dan Ulasan Tahunan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR2012 kepada Jawatankausa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di Bangunan Parlimen, hari ini.

Tambah Abu Kassim, peranan, tanggungjawab dan terima rujukan perlu ditetapkan sebelum pelaksanaan projek yang perlu dimaktubkan sebagai sebahagian daripada kontrak pelaksanaan.

Kata beliau, Kerajaan perlu menyediakan garis panduan mengenai peranan dan tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan/syarikat milik kerajaan/syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi memastikan mereka mengamalkan Profesionalisme.

"SPRM mencadangkan supaya semua anggota pentadbiran mengisytiharkan kepentingan sekiranya ahli keluarga terdekat mereka mendapat kemudahan pinjaman daripada kerajaan

"Memandatorikan setiap projek kerajaan yang melibatkan rundingan terus, pinjaman mudah, geran dan lain-lain kemudahan kewangan dibentangkan kes mesyuarat Kabinet terutamanya yang melibatkan anggota pentadbiran, keluarga atau sekutu mereka," kata beliau.

Kata beliau kerajaan perlu mewujudkan agensi yang dipertanggungjawab sebagai agensi penyelaras secara khusus dan rasmi di kalangan agensi yang terlibat dalam projek berimpak tinggi.

Agensi yang dipertanggungjawabkan ini perlu memantau dan mengawal selia perkembangan dan perjalanan keseluruhan projek

"Mewujudkan satu standard dokumentasi apabila satu kelulusan dasar dibuat terutama yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat

"Membuat kajian pasaran secara komprehensif terhadap projek sebelum ia dijalankan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa pelaksanaan," kata beliau.

Jelas beliau, kajian ini termasuk menjalankan penilaian dan pengurusan risiko. Kajian yang dibuat dapat mengelakkan kerajaan daripada mengalami kerugian

"Perincian dan klausa perjanjian pinjaman yang dibuat bagi pihak kerajaan perlu menjaga dan melindungi kepentingan kerajaan kerana dana yang dikeluarkan adalah daripada duit rakyat," kata beliau.

Macai UMNO Bakal Lunyai: Pengeluar Bihun Mahu Saman

Posted: 06 Nov 2013 02:20 AM PST


Pengeluar bihun mahu saman pengendali blog

KELAB GREENBOC


Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus.

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog 'Boikot Barangan DAP' bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu.



Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang.

"Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup.

"Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang.

Bisnes Online Kena GST 6%. Perniagaan Internet Tidak Terkecuali Bayar Cukai!

Posted: 06 Nov 2013 02:17 AM PST

   
bisnes online gst


Berapa ramai anda di sini yang ada buat samada ada part time atau pun full time bisnes online? Sebab? Jimat masa, jimat minyak, dapat menjimatkan kos operasi dan tidak lupa juga berpeluang untuk lari daripada membayar cukai (opps!!) di mana dengan bisnes online sekurang-kurang dapat menambah pendapatan seharian bagi menampung lonjakan kos sara hidup di Malaysia ketika ini. 

Walaubagaimanapun…..

Walaubagaimanapun, bermula tidak lama lagi bermula April 2015 lebih ramai usahawan internet yang menjalankan bisnes online dan perniagaan Internet akan menjadi pelanggan kepada pihak Kastam bagi membayar cukai GST bagi setiap aktiviti perniagaan mereka.
  • Jikalau sebelum ini ada perkhidmatan bercukai, ada juga perniagaan yang terlepas daripada membayar cukai
  • Selepas ini lebih ramai yang akan "terkena" bagi menyumbang sebahagian kecil pendapatan terbaru kerajaan yang dianggarkan sejumlah RM25 bilion – RM27 bilion.

 

Cara Kesan Bisnes Online & Perniagaan Internet Anda?

  • Melalui pendaftaran syarikat anda di SSM bagi bisnes online dan perniagaan Internet anda
  • Ada mengambil geran SKMM RM1000 untuk membantu mendapatkan modal awal dalam bisnes online
  • Transaksi yang berlaku dalam akaun bank anda
  • Di mana seperti yang dilakukan sekarang, akan dipilih secara rawak audit peniaga online di Malaysia

 

Antara Pelaksanaan GST Terhadap Bisnes Online?

  1. Peniaga bisnes online perlu mengeluarkan invois  bercukai kepada pelanggan dan boleh menuntut bayaran balik GST dalam input perniagaan mereka
  2. Semua wajib membayar cukai dan tiada pengecualian dengan kadar GST 6%
Bagi Berita Semasa, pastinya kalangan pelanggan bisnes online akan menerima kesannya. Pelaksanaan GST ini sebenarnya tidak banyak beza dengan sistem "sales & service tax" yang lama. Cumanya, cara graf tunjuk sistem yang bakal digunapakai akan bertingkat-tingkat, sedangkan SST lama hanyalah dikenakan sekali sahaja.

Peniaga Bisnes Online yang menjual barang dalam pasaran domestik, termasuk dropshipper contohnya & penjual barangan fizikal yang akan menerima kesannya. Apa pendapat anda dengan pelaksanaan GST terhadap anda sebagai peniaga bisnes online atau pelanggan barangan di Internet?

Facebook Paling Popular di Asia Tenggara

Posted: 06 Nov 2013 02:14 AM PST

alt

 RAKYAT NEWS


Laman media sosial Facebook adalah aplikasi paling popular bagi pengguna telefon pintar di Asia Tenggara, menurut laporan firma kajian pengguna Nielsen.

Tinjauan 10 Aplikasi Telefon Pintar Paling Popular Asia Tenggara itu berdasarkan Laporan Telefon Bimbit Nielsen baru-baru ini, merangkumi pasaran Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.

Menurut kajian itu, Facebook adalah aplikasi telefon pintar paling banyak digunakan di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Aplikasi popular lain di rantau ini adalah Google Play Store, YouTube, Line dan  permainan Candy Crush Saga.

"Pemilik telefon pintar di Asia Tenggara meluangkan purata 45 minit setiap hari untuk menggunakan aplikasi di telefon pintar mereka.

"Pengguna di Malaysia menggunakan aplikasi bagi tempoh paling lama iaitu 66 minit setiap hari diikuti Thailand (46 minit), Filipina (41 minit) dan Indonesia (40 minit)," menurut Pengarah Telekom dan Amalan Teknologi Serantau Nielsen Sagar Phadke.

Pemandu Teksi Ditemui Mati

Posted: 06 Nov 2013 02:12 AM PST

alt

 Aqilah Radzuankaidi


GUA MUSANG - Seorang pemandu teksi warga emas ditemui mati tempat duduk dalam keretanya yang enjin masih hidup dipercayai serangan jantung di Kilometer 46 Jalan Gua Musang - Lojing.

Azharudin Mohd Nor, 31 anak kepada arwah Mohd Nor Mat Ali, 70, berkata arwah sepatutnya pulang ke rumah semula selepas keluar untuk membeli makanan sarapan pagi kira-kira jam 9 pagi dengan memandu teksi secara seorang diri, tetapi didapati tidak pulang ke rumah sehingga waktu tengah hari.

"Kebiasaan ayah pulang semula ke rumah untuk bersarapan bersama ahli keluarga dan saya mengesyaki sesuatu kejadian berlaku kerana menyebabkan saya terus mencarinya sekitar bandar Gua Musang, namun gagal menemuinya.

"Secara kebetulan, saya menerima maklumat ada pengguna Jalan Gua Musang - Lojing menemui sebuah teksi yang enjin masih hidup tersadai di tepi jalan dekat Pos Blau," katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan penemuan mayat seorang pemandu teksi dalam keretanya di hantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.

Menurut Saiful Bahri, hasil bedah siasat telah dijalankan dan mengesahkan yang Mohd Nor mati secara mengejut kerana serangan jantung.

Polis Buru Teman Wanita Suspek Rompakan Kedai Emas

Posted: 06 Nov 2013 02:10 AM PST

alt

 Aqilah Radzuankaidi


KUALA LUMPUR  - Polis masih memburu teman wanita suspek utama rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Setapak, Khamis lalu.

Suspek Norina Lamudin, 27, warga Filipina yang menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Hasnah Hassan.

Polis percaya suspek masih berada di sekitar Lembah Klang dan tidak menolak turut menyimpan sebahagian besar hasil rompakan terbabit.

Sebelum ini, seorang pengawal keselamatan bertindak mengacukan senjata api ke arah pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.

Pada 3 Nov lalu, pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas itu ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Caj Harga Astro Naik RM2 (Pakej Family) & Pakej Sukan (RM6) Bermula 24 November 2013!

Posted: 06 Nov 2013 02:05 AM PST

   


astro naik


Jikalau sebelum ini, taikun gula Malaysia yang memegang konsesi gula di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary  telah pun berjaya mendapatkan pulangan di mana subsidi bagi harga gula telah pun dikurangkan sejumlah 34 sen yang mana selepas kadar keuntungan yang bakal diperolehi kelak mampu mengurangkan sedikit sebanyak kadar hutangnya yang dijamin kerajaan iaitu sejumlah RM35 bilion (KLIK SINI) .

Kali ini taikun Astro & Maxis ini mengorak langkahnya apabila mula mengorak langkah apabila harga Astro naik sekali lagi….

 

Bayaran Bulanan Bagi Harga Astro Naik Bermula 24 November 2013

  • Bayaran bulanan Harga Astro naik RM2 (bagi pakej keluarga)
  • Bayaran bulanan Harga Astro naik RM6 (bagi pakej sukan)
  • Caj Astro akan mula naik bermula 24 November 2013 ini.
astro naik harga

Masalah program berulang-ulang dan kadar siaran iklan yang semakin memenuhi ruang siaran di Astro adalah antara tindakan melampau pihak Astro ketika ini. Dan sehingga kini Astro masih belum berani "diusik" oleh sesiapa bagi memperbaiki perkhidmatan yang ditawarkan seleras dengan peningkatan kos langganan setiap bulan.

Masih kebal tanpa sebarang tindakan ketika ini…

Kenaikan Caj Astro

Nampaknya ramalam Berita Semasa terbukti benar merujuk kepada laporan berita (DI SINI) di mana kos pelaburan yang tinggi bagi mendapatkan hak ekslusif EPL kini bakal ditanggung oleh kalangan peminat bola yang melanggan pakej sukan.

Berita Semasa lebih syorkan UniFi berbanding Astro. Gambar lebih jelas tidak blur seperti ketika menonton Astro. Rancangan-rancangan yang ditawarkan jugak agak berkualiti ditambah menikmati kelajuan tinggi Internet & tontonan TV. Hampir semua siaran HD ditawarkan. Bagai kaki bola EPL pun turut ditawarkan. Malangnya….

Malangnya, coverage UniFi agak terhad ketika ini. Apa respon balas dengan berita kenaikan caj Astro kali ini?

P/S : Cadangan Berita Semasa, sepatutnya kerajaan letakkan paras had bagi nilai keuntungan Astro memandangkan mereka masih lagi memonopoli industri TV berbayar di Malaysia iatu sekitar RM1 bilion sahaja sehinggalah rival mereka seeprti Unifi dan ABN (SUMBER)  berjaya memecah saiz pasaran yang dipegang Astro ketika ini.

Isu Projek : SPRM Cadang Tubuh Jawatankuasa Pantau Agensi

Posted: 06 Nov 2013 01:58 AM PST

alt

RAKYAT NEWS

 
KUALA LUMPUR  - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan kerajaan menubuhkan sebuah agensi penyelaras untuk memantau secara khusus agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam projek mega yang berimpak tinggi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, agensi penyelaras itu juga akan bertanggungjawab mengawal selia perkembangan dan perjalanan keseluruhan projek.

Ia adalah antara 12 cadangan penambahbaikan yang telah digariskan dalam Laporan Tahunan SPRM 2012 dan Laporan Tahunan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) 2012, berikutan kegagalan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Laporan itu dikemukakan oleh Abu Kassim kepada pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang juga Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Kedua-dua laporan itu akan diteliti oleh JKMR yang dianggotai tujuh anggota Parlimen dan kemudiannya laporan penuh akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Abu Kassim berkata laporan itu turut mencadangkan supaya memandatorikan setiap projek kerajaan yang melibatkan rundingan terus, pinjaman mudah, geran dan lain-lain kemudahan kewangan terutamanya yang melibatkan anggota pentadbiran, keluarga dan sekutu mereka, dibentangkan ke mesyuarat Kabinet.

Bagi meningkatkan ketelusan, katanya laporan itu mencadangkan supaya semua anggota pentadbiran mengisytiharkan kepentingan sekiranya anggota keluarga terdekat mereka mendapat kemudahan pinjaman daripada kerajaan.

"Kementerian Kewangan perlu menyediakan satu garis panduan standard, jelas serta telus berhubung pinjaman mudah bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif atau keraguan.

"Kementerian Kewangan juga perlu menyediakan kriteria yang jelas menentukan jumlah sesuatu pinjaman mudah serta memastikan permohonan dibentangkan di peringkat Kabinet terlebih dahulu untuk kelulusan dan mewujudkan satu standard dokumentasi apabila satu kelulusan dasar dibuat terutama melibatkan kepentingan negara serta rakyat," katanya.

Abu Kassim turut meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah yang bertanggungjawab melantik, mengesah dan meluluskan kenaikan pangkat anggota SPRM.

Menurutnya Seksyen 23 Akta SPRM 2009 perlu dipinda kerana ia didapati boleh mewujudkan ruang dan peluang bagi penyalahgunaan kuasa khususnya berhubung isu pemberian kontrak, tender, tanah, perolehan atau sebagainya oleh seseorang anggota pentadbiran kepada anggota keluarga terdekat.

"Pihak pendakwaan SPRM telah pun mengenal pasti beberapa peruntukan di dalam akta ini yang perlu dipinda demi kejayaan pendakwaan kes rasuah di mahkamah. Sehubungan itu, LPPR berharap tindakan akan diambil dengan pihak relevan untuk menghasilkan matlamat ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abu Kassim juga menarik perhatian mengenai kejayaan SPRM sepanjang 2012 termasuk peningkatan kadar sabitan iaitu 85 peratus tahun lepas berbanding 75 peratus 2011, 71 peratus 2010 dan 54 peratus 2009.

"Ini telah mencapai standard antarabangsa kerana dapat melepasi 80 peratus. Ini terhasil sumbangan semua peringkat tugas iaitu perisikan, siasatan dan pendakwaan," katanya.

Beliau berkata keseluruhan denda dikenakan ke atas pesalah rasuah mencatatkan RM14,570,799.

Sepanjang tahun lepas, SPRM menerima 5,496 aduan berunsur rasuah dan 1,078 kertas siasatan telah dibuka, manakala 701 orang telah ditangkap dengan 75 peratus kertas siasatan berjaya disiapkan dalam tempoh itu.

"Kejayaan pendakwaan tahun lepas mencatatkan peningkatan dan keseluruhan pertuduhan 313 orang iaitu melibatkan 33.5 peratus penjawat awam, 53 peratus orang awam, 13 peratus sektor swasta dan 0.5 peratus ahli politik," katanya.

Mahasiswa Bantah Proses Pemilihan MPP, Desak Campurtangan Suhakam

Posted: 06 Nov 2013 01:56 AM PST

alt
 
 
KUALA LUMPUR - Empat pertubuhan mahasiswa hari ini menghantar Memo bantahan Pro Mahasiswa UIAM 'Pemilihan Presiden MPP Tidak Sah' kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
 
Menurut Pengerusi We Unite For Islam (WUFI) Najib Abd Rahim, desakan campurtangan Suhakam terpaksa dilakukan berikutan terdapat salahlaku yang berlaku dalam Pemilihan Office Bearers MPP UIAM 2013 / 2014 baru-baru ini.
 
"Terdapat lima salahlaku antaranya, keraguan yang berlaku ketika proses pengundian iaitu kertas undi merupakan bukan kertas undi rahsia apabila kesemua pengundi perlu menulis nama dan fakulti, kedua adalah berkaitan dengan pemilihan Timbalan Presiden 1 MPP dimana sepatutnya proses pengundian dilakukan oleh semua MPP namun ia diubah sekaligus bercanggah dengan Perlembagaan UIA.
 
"Selain daripada itu kaedah yang dilaksanakan terhadap empat jawatan tertinggi dibuat dengan cara 'angkat tangan' ," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut di Pejabat Suhakam di ibunegara tadi.
 
Penyerahan itu diketuai Najib mewakili WUFI sambil diiringi Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Ma'ruf Club UIAM serta menerima sokongan solidariti daripada Pro M Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Dalam masa sama memorandum bantahan itu juga mempersoalkan tentang penggunaan kotak pembuangan undi yang dikatakan tidak transparen serta tiada pemerhati dikalangan pelajar.

MPP: Gamis kecam kebiadapan HEP UIAM

Posted: 05 Nov 2013 09:27 PM PST

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengecam dan membantah terhadap kebiadapan HEP UIAM, Dr. Mizan Hitam yang melakukan pencabulan demokrasi ke atas perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM dan dalam proses pemilihan Presiden MPP UIAM yang telah diadakan pada 4 November) lalu.

Timbalan Presiden Gamis, Eikhwan Ali berkata, tahun lalu, PRK UIAM yang juga di bawah seliaannya telah dicemari dengan peristiwa pembatalan keputusan PRK sehingga terpaksa diadakan semula PRK buat kali kedua.

Kata beliau, sebelumnya lagi dan sejak dia berkhidmat di UIAM, telah banyak kali berlaku tragedi malang yang menjatuhkan maruah dan wibawa UIAM dan seluruh warganya sehinggakan UIAM yang dikenali dengan jolokan Taman Ilmu dan Budi bertukar kepada Taman Tangguh dan Batal.

Ini, katanya kerana banyak acara utama yang mendapat sambutan mahasiswa UIAM dibatalkan secara 'adhoc' dan tanpa sebab munasabah.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya, mewakili Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dahulukan kenyataan ini dengan kecaman dan bantahan terhadap kebiadapan HEP UIAM, Dr. Mizan Hitam yang melakukan pencabulan demokrasi ke atas perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM dan dalam proses pemilihan Presiden MPP UIAM yang telah diadakan pada Isnin (4 November) lalu.

Tahun lalu, PRK UIAM yang juga di bawah seliaannya telah dicemari dengan peristiwa pembatalan keputusan PRK sehingga terpaksa diadakan semula PRK buat kali kedua. Sebelumnya lagi dan sejak dia berkhidmat di UIAM, telah banyak kali berlaku tragedi malang yang menjatuhkan maruah dan wibawa UIAM dan seluruh warganya sehinggakan UIAM yang dikenali dengan jolokan Taman Ilmu dan Budi bertukar kepada Taman Tangguh dan Batal kerana banyak acara utama yang mendapat sambutan mahasiswa UIAM dibatalkan secara 'adhoc' dan tanpa sebab munasabah.

Tahun ini pula, 'shock news' yang 'diumumkan' oleh Dr. Mizan Hitam ialah dia berkuasa menentukan Presiden, tatacara pemilihan empat jawatan utama MPP UIAM adalah atas budi bicaranya, Timb. Presiden 1 (Antarabangsa) hanya boleh dipilih oleh calon antarabangsa dan dia mengendalikan pengiraan undi membelakangkan MPP yang hadir. Perbuatan-perbuatan ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan UIAM dan bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi. Dari aspek akhlak Islamiyyah pula, dia tidak amanah bahkan khianat terhadap tanggungjawab yang telah dipikulkan ke atasnya. Dia tiada integriti dalam melaksanakan tugasnya.

Meneliti peristiwa ini, saya mendesak supaya:

1. Rektor dan Majlis Senat (Senate Council) UIAM menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat salah laku yang dilakukan oleh Dr. Mizan Hitam serta menggantung semua jawatan yang sedang disandangnya.

2. Rektor mengumumkan kebenaran diadakan semula syura pemilihan Presiden dan jawatan lain yang berkaitan serta menyerahkan proses itu sepenuhnya kepada MPP sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan UIAM.

3. Pentadbiran UIAM memulihkan perjalanan PRK UIAM dengan cara melibatkan wakil pelajar yang terdiri daripada bekas MPP sebagai anggota dalam Election Committee (EC) dan menyerahkan EC untuk dipengerusikan oleh individu yang dicadangkan namanya oleh bekas MPP.

Apa yang memusykilkan saya ialah, berdasarkan 'track record' buruk yang dimilikinya, mengapakah dia masih dipilih mempengerusikan EC untuk PRK kali ini? Siapakah Dr. Mizan Hitam ini sehingga Rektor selaku orang nombor satu UIAM tidak berani campur tangan dalam urusannya? Kenapa dia bebas pula untuk lakukan apa juga misinya tanpa halangan? Apa juga jawapannya, integriti dan kredibilitinya sudah jelas tiada dan punah ranah. Keberadaannya di UIAM merosakkan nilai ilmu dan budi yang telah dibina oleh warganya sekian lama.

Satu penyelesaian sahaja, "NO MIZAN, NO CORRUPTION". Ayuh, saya seru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia, untuk gerakkan dan sebarluaskan kempen ini sebagai desakan kepada Dr. Mizan Hitam supaya meletak jawatan dan juga sebagai simbolik bantahan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam PRK di semua kampus. Ayuh kempen! "NO MIZAN, NO CORRUPTION" sehingga pemilihan Presiden MPP UIAM kembali diadakan secara telus.

Tahniah Mukhriz, sekali lagi ‘menang dalam kalah’

Posted: 05 Nov 2013 09:25 PM PST

Zulkifli Yahaya,
 
ANTARA soalan menarik dalam menganalisis keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau adalah mengapa berlaku kemerosotan undi PAS serentak menyumbang kepada pengurangan majoriti berbanding pilihan raya umum ke-13 (PRU13)?

Pada PRU13 majoriti diperolehi calon PAS,  Ustaz Azizan Razak adalah sebanyak 2,774 sedangkan kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samat hanya memperolehi majoriti 1,084. Ia mengingatkan kita kepada majoriti yang diperolehi oleh Ustaz Azizan sewaktu mengalahkan Dato' Mohd Suhaimi Abdullah iaitu sebanyak 1,080 pada PRU 2004 - kurang hanya empat undi.

Sebab yang terang lagi bersuluh mengapa berlaku kemerosotan majoriti kali ini adalah ini pilihan raya kecil, bukan pilihan raya umum. Pelbagai kementerian Kerajaan Pusat, badan berkanun, GLC, pihak swasta yang pro-BN bergabung kekuatan dengan kerajaan negeri dengan kekuatan logistik dan sumber dana yang berjuta-juta menghadapkan serangan kepada PAS sebagai sebuah parti politik!

Analoginya macam Amerika Syarikat sebagai sebuah negara berperang dengan tentera Sulu. Layakkah? Demikianlah rakyat patut bertanya layakkah kerajaan Pusat dan Negeri (atas nama BN) berlawan dengan PAS sebuah parti politik pembangkang? Pihak yang mempersoalkan kemerosotan undi PAS sepatutnya merasa hairan, kerana logiknya PAS bukan setakat patut kalah tetapi hilang deposit!   

Para penghitung janji BN melaporkan, parti berimej rasuah itu membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau. Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

Portal berita Malaysiakini melaporkan BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan. Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman Tekun serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Semua itu diterjemahkan kepada peningkatan undi BN hanya sebanyak 465, bermakna kos satu kepala untuk membeli undi BN ialah RM32,258. Nah, apa yang hendak dibanggakan.

Tidak dapat dinafikan bahawa Ustaz Azizan dahulu mempunyai sokongan peribadi, selain dari sokongan berasaskan parti. Mereka adalah saudara mara dan kenalan beliau, juga orang yang mengkaguminya kerana Menteri Besar. Dahulu mereka ini mengundi PAS dan kini beralih mengundi BN. Jumlah itu juga terkandung dalam 465 undi tersebut, jadi pencapaian sebenar BN nampaknya indah khabar dari rupa.

Dalam ruangan yang terhad ini saya tidak berniat untuk memperincikan bagaimana mewahnya BN berbelanja dalam pesta membeli undi, tapi percaya ramai akan geleng kepala dengan tindakan BN 'merasuah' pengundi. Ia sungguh luar biasa dan 'gila-gila'.

PAS kehilangan 1,225 undi dari perolehan PRU13 lalu. Peratus keluar mengundi kali ini berkurang sebanyak 4.5 peratus iaitu 1,100 berbanding PRU13. Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar mendakwa ramai pengundi PAS tidak pulang adalah antara faktor kemerosotan majoriti. Dakwaan itu betul, namun ia bukanlah satu-satunya sebab yang menyumbang kemerosotan kerana kalau semua 1,100 (jumlah yang berkurang) adalah pengundi PAS pun ia belum mencecah majoriti 2,774 yang diperolehi dahulu. Perlu juga diambil kira bahawa sebahagian kecil yang tidak pulang itu juga adalah penyokong BN.

Pengundi Cina

Adakah pertambahan 465 undi BN itu, sebahagian besarnya datang dari pengundi Cina yang merupakan 1,800 dari jumlah pengundi keseluruhan? Arah aliran undi Cina sangat sukar dikenal pasti, lebih-lebih lagi dalam PRK. Tidak seperti orang Melayu yang tidak menunjukkan sokongan kepada parti yang tidak disukai, orang Cina menampakkan diri mereka menyokong semua parti. Mereka mengangguk dan berkata "ya" kepada semua parti yang datang berkempen. Malahan dalam PRU13 lalu, orang Cina hadir beramai-ramai ke majlis jamuan makan anjuran BN tetapi beramai-ramai pula menolak BN.

Terdapat dakwaan sebelum ini bahawa masyarakat Cina mahu mengambil langkah selamat memandangkan mereka adalah minoriti di Sungai Limau, lantas memilih BN untuk PRK. Oleh kerana bilangan pemilih Cina adalah kecil dan berselerakan di merata daerah mengundi, maka sukar untuk mengesan kecenderungan mereka. Tetapi kita dapat mengesan bahawa undi BN meningkat banyak di Simpang 3 (BN menang 397 berbanding 46 pada PRU13) iaitu peti undi Cina paling ramai, iaitu sebanyak 380 dari 1433 pemilih.

Begitu juga di Titi Batu, BN menang dengan majoriti 163 sedangkan PRU13 kalah 276. Di samping faktor keluarga calon BN, daerah mengundi ini menyumbang sejumlah 217 pemilih Cina. Di Kabu 10, PAS kalah 106 undi sedangkan PRU13 pas menang 87 undi. Peti undi ini juga terdapat pengundi Cina yang agak ramai iaitu 197 undi. Berdasarkan keputusan tersebut saya mengesyaki sebahagian pengundi Cina yang dahulunya menyokong PAS kini beralih kepada BN tetapi tidaklah melebihi 50 peratus dari jumlah pengundi Cina yang keluar mengundi.

Isu semasa

Kecenderungan pemilih membuat pilihan selalunya dikaitkan dengan isu semasa, namun perkara ini tidak terpakai untuk PRK Sungai Limau. Kajian yang dibuat oleh Ilham Center menemui kebenarannya, iaitu hanya 4 peratus dari pemilih dianggarkan membuat keputusan berdasarkan isu. Sejumlah 81 peratus membuat keputusan berdasarkan parti politik yang mereka sedia sertai atau menyokongnya. Kira-kira satu pertiga dari kekuatan jentera bertumpu kepada gerakerja kempen penerangan yang tentunya berkaitan dengan isu semasa, sedangkan hanya 4 peratus yang menjadikannya faktor pembuat keputusan. Situasi yang agak ganjil ini berlaku di Sungai Limau.

Sebab itu agaknya BN memilih strategi menghulur habuan kebendaan sebagai senjata utama menghadapi semua golongan, khususnya golongan atas pagar yang membentuk kira-kira 10 peratus jumlah pengundi. Ia beretepatan dengan kajian yang menunjukkan bahawa majoriti golongan atas pagar menjadikan; siapa yang dapat menghulur lebih banyak habuan kebendaan maka parti itu akan disokong. BN mempunyai kelebihan di sini.

Mukhriz (gambar) seawal permainan sudah mengumum tidak akan menjawab serangan oleh pembangkang. Serangan terhadap Menteri Besar itu sangat agresif dan saban hari pelbagai isu ditujukan kepadanya. Ia melibatkan kegagalannya walaupun baru lima bulan mentadbir.

Serangan lain adalah isu tekanan kos hidup akibat kenaikan harga barang, cadangan GST dalam Bajet 2014, Laporan Audit 2012, desakan kenaikan harga padi dan juga kelemahan infrastruktur jalan dan air di Sungai Limau. Semua isu itu menyentuh kehidupan penduduk Sungai Limau tetapi BN berjaya mengalpakan pemikiran rakyat untuk sementara terhadap isu-isu tersebut dengan pemberian habuan duniawi. Memang BN sentiasa menang dalam perkara ini.

Sementara itu, BN lebih gemar bermain dengan isu picisan seolah-olah tidak menghormati tahap pemikiran rakyat Sungai Limau. Antaranya mengungkit kembali konflik PAS Kedah suatu ketika dahulu, 'PAS alat DAP', kafir mengkafir, putarbelit isu kalimah Allah, Anwar – kesemuanya dari piring hitam rekod cap anjing yang rakyat umum sudah terlalu bosan mendengarnya akibat sering diulang-ulang. BN kalah dalam aspek isu semasa.

PRK Sungai Limau bukan penentu kerajaan. BN menghadapinya dengan segala kekuatan selayak mempertahankan sebuah kerajaan. Ia berpunca dari keegoan bahawa BN masih gagah walaupun imej kegagahan itu dibeli menggunakan jutaan ringgit wang rakyat. Rakyat terbanyak di Sungai Limau menghukum BN.

Tak apalah BN sekurang-kurang boleh mendabik dada mereka 'menang dalam kalah'. Menang dalam kalah kali kedua berturut-turut bagi Mukhriz selepas kekalahan Naib Presiden Umno.

Pas menang bukan faktor Azizan

Posted: 05 Nov 2013 09:18 PM PST

PRK Dun Sg. Limau

SHAH ALAM - BN yang berjaya mengurangkan majoriti undi Pas bagi PRK Dun Sungai Limau membuktikan pengaruh  bekas Adunnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bukan kayu ukur kemenangan Pas.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, apa yang dilakukan BN dalam misi merampas Dun Sungai Limau boleh dibanggakan kerana berjaya menembusi kubu kuat Pas itu.

"Ia adalah perkembangan yang baik kepada BN walaupun kalah, tapi kita sudah berjaya kurangkan majoriti undi.

"Kalau kerana pengaruh Allahyarham  Ustaz Azizan, tidak juga kerana ia merupakan kawasan kubu kuat Pas yang sudah ada penyokong tegarnya ekoran Pas sudah lama bertapak di sana," katanya.

Kata beliau, adalah tidak relevan jika hanya mengambil kira kemenangan Pas kerana pengaruh Allahyarham Ustaz Azizan.

"Sedikit sebanyak mungkin ada, tapi kalau berjaya kurangkan 50 peratus majoriti undi, itu bermakna bukan hanya sebab pengaruh Ustaz Azizan.

"BN perlu  buat post mortem mendalam punca kekalahan yang saya fikir agak tipis. Tambahan pula berdasarkan pola pengundian, pengundi muda yang pertama kali mengundi memberikan sokongan padu kepada kita (BN)," katanya.

Dalam PRK Dun Sungai Limau pada 4 November lalu, Pas berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 1,084 undi.

Calon Pas, Mohd Azam Abd Samat, 37, memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang mendapat 10,985 undi.

Pada PRU13 Mei lalu, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak memenangi kerusi Dun Sungai Limau dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti pembangkang itu adalah sebagai permulaan baik untuk parti itu menembusi kubu kuat Pas di Kedah dan negeri lain.

"Semua kejayaan ini hasil daripada kerja keras jentera demi menawan Sungai Limau. Walaupun kalah, tapi ini permulaan yang baik bagi BN yang sebelum ini agak sukar masuk ke Sungai Limau.

"Dengan kejayaan Pas itu, bagaimanapun saya harap kedua-dua parti bertanding dapat menunaikan janji mereka semasa tempoh berkempen," kata beliau.

Azam: Majoriti turun bukan sebab pilih BN

Posted: 05 Nov 2013 09:17 PM PST


Azam: Majoriti turun bukan sebab pilih BN  
 
Mohd Azam (tiga, kiri) menggaul kari daging yang dimasak secara gotong royong hari ini. - Foto Sinar Harian

YAN - Penurunan majoriti undi Pas pada PRK Dun Sungai Limau bukan kerana pengundi beralih kepada BN tetapi kekangan tertentu termasuk mereka tidak dapat keluar mengundi.

Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat berkata, ia disebabkan hari mengundi diadakan pada hari bekerja.

"Saya masih belum membuat analisis mengenai penjumlahan undi, cumanya saya difahamkan undi BN hanya meningkat sebanyak 450.

"Ramai pengundi Pas yang tinggal di luar kawasan tidak sempat balik dan ada yang duduk dalam Dun Sungai Limau, tetapi bekerja di luar tidak dapat menunaikan tanggungjawab kerana bekerja," katanya.

Beliau menyifatkan kekurangan undi Pas kerana ramai ahli tidak balik mengundi semalam.

"Saya percaya ramai yang tidak balik mengundi sebab maklumat dari bilik gerakan kita pun sedemikian. Ramai pengundi tidak sempat untuk balik mengundi," katanya.

Pada masa sama, beliau bersyukur dan menyatakan penghargaan kepada semua saf pimpinan yang memberi kepercayaan, jentera parti yang bertungkus lumus berkempen dan rakyat yang mengundinya.

Selepas diumumkan sebagai Adun Sungai Limau yang baru pada malam semalam, Mohd Azam menemui ibunya, Mariani Hamid dekat Bukit Besar semalam untuk mengucapkan terima kasih kerana mendoakan kejayaannya.

"Ibu ada menasihatkan saya supaya melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik. Sebelum ini kita hanya terlibat dengan pelajar, tetapi hari ini bersama masyarakat.

"Jadi, ibu menasihati supaya amanah itu dijaga dan jangan abaikan kebajikan penduduk di Dun Sungai Limau," katanya.

Keputusan PRK Dun Sungai Limau kelmarin memperlihatkan Pas menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding pada PRU13 lalu mendapat majoriti 2,774 undi.

Mohd Azam telah menang dengan 12,069 undi menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang mendapat 10,985 undi. - Bernama

Nombor telefon bimbit pemimpin DAP pula digodam

Posted: 05 Nov 2013 09:15 PM PST

Nombor telefon bimbit pemimpin DAP pula digodam  
 
Guan Aik menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat

ALOR SETAR - Seorang lagi pemimpin PR Kedah, Lee Guan Aik yang juga bekas Pengerusi DAP Kedah turut menjadi mangsa apabila nombor telefon bimbit miliknya, digodam pihak tertentu untuk menghantar mesej di luar pengetahuannya, seperti dialami beberapa pemimpin Pas Kedah sebelum ini.

Sejak malam Sabtu lalu, beliau menerima balasan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada lebih 40 penerima SMS yang tidak dikenali, yang berbentuk hasutan, marah dan maki hamun.

Berikutan itu, Guan Aik membuat laporan  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, pagi semalam.

"Saya terima balasan SMS itu sejak malam Sabtu berterusan hingga 3 etang Ahad, saya terpaksa hubungi Maxis supaya menyekat talian saya buat sementara waktu. SMS yang saya terima itu antaranya menyentuh isu DAP Kedah," katanya.

Menurutnya, beliau percaya penyebaran SMS itu ada kaitan dengan isu DAP Kedah yang dibangkitkannya kebelakangan ini, khususnya berkaitan rasa tidak puas hati terhadap penubuhan jawatankuasa interim DAP Kedah.

"Walaupun saya tidak menerima SMS berbaur ugutan namun, demi keselamatan diri dan keluarga, laporan polis dibuat. Saya percaya ada orang politik tertentu yang berniat jahat cuba merosakkan nama baik saya melalui SMS itu. Saya tidak tahu apa yang ditulis kerana tidak
mendapat SMS asal terbabit," katanya.

Guan Aik berkata, tindakan itu tidak profesional selain tidak bermoral kerana ia berunsurkan fitnah.

"Saya mahu polis siasat siapa dalang di sebalik penyebaran SMS itu. Sebagai ahli politik yang masih setia dengan DAP, saya anggap ia suatu yang serius kerana boleh mengancam keselamatan diri," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan tindakan beliau mempertahan kedudukannya sebagai Pengerusi DAP Kedah yang sah, walaupun Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) melantik Zairil Khir Johari Abdullah sebagai pengerusi baru jawatankuasa interim, Julai lalu.

"Saya adalah Pengerusi DAP Kedah yang sah mengikut perlembagaan parti kerana dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan 2010. Malah saya sering tekankan masih sayangkan parti dan tidak berniat untuk merosakkan imej parti," katanya.

"Saya hormati perlembagaan parti dan tetap bersama DAP. Malah ketika kempen PRK Dun Sungai Limau, saya dan ahli turun padang berkempen," katanya.

Seramai 470,395 Calon Duduki SPM Hari Ini

Posted: 05 Nov 2013 09:13 PM PST

MSTAR ONLINE

 
KUALA LUMPUR: Seramai 470,395 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini (Rabu) hingga 5 Disember depan.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebanyak 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 22,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa dan SMK Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, tinjauan Bernama mendapati calon-calon membuat keputusan bijak untuk datang awal ke sekolah dan mengelak kesesakan lalu lintas.

Terdapat juga beberapa calon yang dilihat mengambil kesempatan untuk membuat rujukan terakhir bersama rakan-rakan mereka sebelum menduduki peperiksaan.

Calon dikehendaki menduduki bilik atau dewan peperiksaan seawal 7.50 pagi bagi mendengar taklimat dan mengisi butiran maklumat diri di kertas jawapan, iaitu 10 minit sebelum peperiksaan bermula.

Hari ini, calon menduduki dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual bagi calon yang mengambilnya.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 22,483 calon SPM menduduki peperiksaan itu di 180 buah peperiksaan melibatkan 1,513 petugas di seluruh negeri, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Zakaria Hussien.

"Seramai 58 calon SPM merupakan Calon Berkeperluan Khas (CBK)...kita sediakan kertas peperiksaan khas mengikut keperluan calon ini dan peruntukkan lebihan masa setengah jam untuk mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri di sini hari ini.

Menurutnya seramai 10 calon SPM menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan seorang calon menduduki peperiksaan di Hospital Dungun.

Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata seorang calon SPM, Mohd Nor Alif Harun, 17, yang mengambil jurusan automotif dari SMK Sultan Omar di Dungun meninggal dunia pagi ini setelah lima hari koma akibat kemalangan jalan raya.

"Beliau telah dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) pada Jumaat di HSNZ dan meninggal dunia pagi tadi," katanya.

Di JOHOR BAHARU, seramai 57,090 calon menduduki SPM di 382 pusat peperiksaan di seluruh Johor.

Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A Ghani berkata daripada jumlah itu, seramai 51,170 calon adalah dari sekolah kerajaan, 2,836 calon dari sekolah swasta dan 751 calon dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 121 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 2,212 calon persendirian.

"Tahun ini, seramai sembilan calon yang menduduki peperiksaan SPM sebagai calon tahanan di Sekolah Menengah Integriti, Kluang dan seramai 19 calon di Sekolah Menengah Integriti, Muar. Mereka merupakan calon persendirian," katanya kepada Bernama.

Menurutnya sebanyak 290 sekolah kerajaan dan swasta terlibat dengan peperiksaan itu tahun ini dengan 3,682 petugas dilantik bagi memastikan kelancarannya.

Jabatan Pendidikan Johor juga membuat persediaan untuk menghadapi banjir sepanjang tempoh peperiksaan ini.

Revolver Dan Semi Auto Jadi Pilihan Penjenayah Untuk Diseludup Ke Malaysia

Posted: 05 Nov 2013 09:09 PM PST

 MSTAR ONLINE

 
KUALA LUMPUR: Mudah dilerai dan disembunyikan dalam bahagian tertentu kenderaan ketika melepasi sempadan terutama sempadan Malaysia-Thailand, menjadi faktor mengapa senjata api jenis 'Revolver' dan 'Semi Auto' menjadi pilihan penjenayah untuk diseludup ke negara ini.

Berdasarkan risikan polis, dua pistol jenis itu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran gelap selain harganya murah dan sukar dikesan apabila bahagian senjata tersebut dilerai dan disembunyi dalam kenderaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah beberapa kali menggagalkan cubaan menyeludup senjata api terutama daripada dua jenis tersebut apabila ia disembunyikan di bahagian kenderaan yang telah diubah suai.

"PDRM terima maklumat risikan dan periksa beberapa kenderaan yang disyaki cuba menyeludup senjata tersebut dan memang tepat maklumat risikan kita apabila pistol-pistol itu telah dilerai dan disembunyikan bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.

Justeru, mengambil kira peningkatan penyeludupan senjata api sejak kebelakangan ini, PDRM telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dengan bertukar maklumat risikan terutama di kawasan sempadan.

Beliau berkata PDRM turut menggunakan platform Persidangan Ketua-ketua Polis Asean yang bersidang setiap tahun bagi membincangkan perkara tersebut serta menanganinya secara berkesan melalui sudut risikan dan operasi.

Mazlan berkata peningkatan penyeludupan senjata api yang dipercayai banyak didalangi pihak kongsi gelap perlu dibanteras secara habis-habisan melalui gerakan dan perancangan yang diatur PDRM.
Katanya menurut statistik, sejak tahun 2011 hingga Sept 2013 terdapat peningkatan dari segi rampasan dan tangkapan senjata api yang berjaya ditumpaskan PDRM.

"Pada 2011 PDRM merampas 160 senjata api pelbagai jenis dan menahan 121 orang, manakala pada 2012 PDRM merampas 199 senjata api dan menahan 163 orang dan sehingga September tahun ini polis berjaya rampas 214 senjata api dan menahan 216 orang," katanya sambil menambah peningkatan rampasan dan tangkapan pada tahun ini didorong dengan kejayaan Operasi Cantas Khas.

Beliau berkata peningkatan penyeludupan senjata api terutamanya pistol jenis semiautomatik menunjukkan peningkatan yang paling tinggi, iaitu daripada 2011, sebanyak 62 pistol jenis itu dirampas di dalam negara, pada 2012 sebanyak 72 pucuk dirampas dan pada tahun ini sehingga September, sebanyak 78 pucuk pistol jenis itu dirampas.

Menurut statistik Polis Bukit Aman, rampasan kedua tertinggi ialah senjata api jenis revolver iaitu sebanyak 24 pucuk dirampas pada 2011, 72 pucuk dirampas pada tahun lepas dan sehingga September tahun ini, sebanyak 23 pucuk senjata itu dirampas.

Statistik itu melaporkan, sebanyak 16 pucuk senapang patah dirampas pada 2011, 15 pucuk dirampas pada 2012 dan lima pucuk senjata itu dirampas sehingga September tahun ini.

Selain itu sebanyak tujuh bom tangan dirampas pada 2011, sebutir dirampas pada 2012 dan tujuh butir dirampas sehingga September tahun ini.

Mazlan berkata antara faktor penyumbang kepada peningkatan penyeludupan senjata api ke dalam negara ialah aktiviti penyeludupan dadah, pertumbuhan kumpulan kongsi gelap dan peningkatan kegiatan maksiat dan perjudian.

Mengulas lanjut mengenai kaedah penyeludupan, katanya pihak polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) mengesan beberapa kaedah iaitu menyeludup senjata melalui bas ekspres dengan menyorokkannya di dalam beg, mengubah suai kenderaan dengan menyediakan tempat simpanan rahsia dan menyorokkan senjata dileraikan di dalam bekas simpanan bahan makanan seperti beras, sayuran dan buah-buahan.

Beliau memberikan amaran kepada mereka yang melanggar peraturan lesen senjata api boleh didakwa di bawah Seksyen 8 (b) Akta Senjata 1960.

Sementara orang yang didapati memiliki senjata api tanpa lesen boleh didakwa di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak lebih tujuh tahun penjara atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, katanya.

Beliau berkata mereka yang disyaki menyeludup senjata api atau seseorang didapati memiliki lebih dari dua pucuk senjata api pada satu-satu ketika boleh didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

"Jika didapati bersalah di bawah Seksyen berkenaan, pesalah akan menerima hukuman mati atau penjara seumur hayat," katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim mencadangkan kerajaan perlu membekalkan kelengkapan logistik yang canggih kepada PDRM terutama teknologi pengimbas kenderaan terkini yang telah digunakan di negara barat yang kelengkapan itu mampu mengimbas senjata api mahupun dadah yang disembunyikan di bahagian kenderaan walaupun ia telah diubah suai.

Katanya walaupun mesin pengimbas berkenaan mahal namun ia perlu dimiliki PDRM mahupun pihak berkuasa yang lain agar masalah penyeludupan dapat dibanteras habis-habisan terutama membabitkan senjata api dan dadah. - BERNAMA

Pemilik stesen Petronas tertekan

Posted: 05 Nov 2013 09:02 PM PST

Pemilik stesen Petronas tertekan  
 
Pemilik stesen minyak Petronas mendakwa Petronas menetapkan pelbagai peraturan baru yang membebankan perniagaan mereka. (Gambar hiasan)

BUKAN hanya dakwaan syarikat minyak dan gas menghadapi masalah mendapatkan kontrak Petronas, pemilik stesen minyak Petronas juga mendakwa menerima tekanan daripada syarikat petroleum itu.

Menurut sumber yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam perniagaan stesen minyak Petronas, kepentingan Bumiputera, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perniagaan milik Petronas Dagangan Bhd (PDB) didakwa telah terhakis kerana dasar baru yang mula menular dalam Petronas.

PDB adalah cabang perniagaan Petronas yang bertanggungjawab terhadap pemasaran dan agihan minyak di seluruh negara melalui stesen minyak Petronas.

Menurut sumber itu, stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia sebelum ini diketahui menjual pelbagai jenis makanan tempatan seperti nasi lemak, nasi dagang, sandwic dan lain-lain yang diletakkan di stesen Petronas oleh penduduk setempat atau syarikat kecil.

"Tetapi baru-baru ini, PDB tidak benarkan lagi kami menerima bekalan makanan ini daripada penduduk setempat dengan alasan mahukan syarikat berdaftar sahaja menjadi pembekal bagi menjamin kualiti produk di kedai Mesra.

"PDB mahu berikan hak membekalkan produk itu kepada sebuah syarikat dari luar negara yang akan bekalkan semua kuih, nasi lemak, roti dan makanan tempatan di stesen Petronas selepas ini," dakwa beliau.

Beliau berkata, individu yang membekalkan kuih-muih selama berbelas tahun ke stesen Petronas akan kehilangan mata pencarian apabila tidak lagi dibenarkan berbuat demikian.

"Kami malu dengan penduduk tempatan kerana selama ini kita bantu-membantu antara masyarakat setempat. Ada yang berbelas tahun sudah bekalkan makanan ke stesen Petronas. Mereka yang beli minyak di stesen kami, jadi kami bantu dengan beri ruang untuk mereka bekalkan makanan.

"Kami juga langsung tidak diberi kuasa untuk buat keputusan dalam hal ini. Kami sudah berbincang dengan PDB mengenai isu ini tetapi mereka bertegas akan tetap meneruskan rancangan menggunakan khidmat syarikat luar itu," dakwanya.

Stesen Petronas diberi kepada bukan Bumiputera

Sumber itu turut mendakwa trend paling membimbangkan sejak dua atau tiga tahun lalu adalah peluang membuka stesen Petronas baru diberikan kepada bukan Bumiputera.

"Padahal Petronas sepatutnya beri keutamaan kepada peniaga Bumiputera untuk buka stesen minyak mereka. Kami mahu dasar Petronas kembali memberi keutamaan kepada peniaga Bumiputera," gesa beliau.

Selain itu, beliau mendakwa pengusaha baru stesen Petronas juga ditekan dengan kewujudan perjanjian baru untuk membuka stesen minyak Petronas.

Menurutnya, jika perjanjian sebelum ini laku sehingga pemilik stesen itu meninggal dunia, perjanjian baru pula hanya laku bagi tempoh lima tahun.

"Selepas lima tahun, pemilik stesen akan dinilai semula, boleh teruskan perniagaan atau tidak.

"Kadar sewa juga dinaikkan daripada lapan peratus dalam perjanjian lama kepada 24 peratus dalam perjanjian baru," dakwanya.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa apabila Petronas didakwa menghalang dan mengongkong pemilik stesen minyak Petronas meluaskan perniagaan mereka.

"Kami dihalang mempunyai perniagaan lain, dengan alasan mahu kami bagi perhatian penuh kepada perniagaan (stesen minyak).

"Padahal kita bila dah maju, mungkin kita nak cuba jadi pembekal atau kembangkan perniagaan dengan buka stesen kedua tetapi ini tidak dibenarkan melalui perjanjian baru ini," katanya.

Petronas diminta perjelas maksud 'tak layak'

Posted: 05 Nov 2013 08:57 PM PST

Petronas diminta perjelas maksud 'tak layak' 
 
Muka depan Sinar Harian hari ini

PETRONAS perlu memberi penjelasan apa kriteria yang digunakan syarikat minyak negara itu untuk mengukur kelayakan syarikat vendornya sebelum menggunakan alasan 'tidak layak' untuk menolak memberi kontrak kepada syarikat Melayu.

Pengarah eksekutif sebuah syarikat yang pernah menyediakan perkhidmatan kepada Petronas mendakwa, terdapat syarikat Bumiputera dan Melayu yang diiktiraf negara dan syarikat luar tetapi diketepikan daripada menerima kontrak Petronas.

"Kenapa negara lain seperti Jepun, Arab Saudi dan syarikat minyak antarabangsa yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada Petronas boleh bagi projek kepada syarikat Malaysia tetapi kenapa Petronas tak bagi?

"Ada syarikat Melayu yang dapat anugerah dari luar negara kerana teknologi yang dicipta untuk industri gas dan minyak ini sangat bagus, tetapi bila mereka mohon untuk sertai program pembangunan vendor (VDP), ditolak Petronas. Jadi kelayakan macam mana yang diperkatakan?," soalnya.

Beliau juga berkata, tempoh lima tahun di bawah VDP Petronas terlalu singkat dan syarikat perlu diberikan tempoh lebih lama.

"Lima tahun itu seolah-olah kita baru dapat rentak, tiba-tiba kita perlu berhenti. Tetapi saya tidak lah kata syarikat Bumiputera perlu duduk di bawah program itu selama-lamanya.

"Kalau langsung tidak ada tempoh akhir, nanti syarikat jadi terlalu selesa dan tidak cekap. Apa yang kami mahu adalah tempoh minimum 10 tahun diberikan kepada peserta VDP," katanya.

Beliau berkata, Petronas boleh menamatkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam VDP lebih awal dari 10 tahun jika mereka tidak mencapai tahap diperlukan, tidak mengikut peraturan atau berhadapan masalah lain.

Menurutnya, jika isu ini tidak diselesaikan, beliau bimbang syarikat Bumiputera (dalam sektor minyak dan gas) akan terkubur.

"Walaupun ada antara kami (bekas vendor Petronas) masih boleh bertahan dengan mempelbagaikan perniagaan dan memasuki bidang selain minyak dan gas, kami tetap rasa perit untuk pertahankan perniagaan.

"Tetapi kita pun tidak boleh hanya kata Petronas sahaja perlu mainkan peranan untuk selesaikan isu ini. Vendor sendiri perlu ada usaha untuk majukan perniagaan tetapi kami perlukan tunjuk ajar dan sokongan Petronas," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga perlu menetapkan peraturan untuk melindungi syarikat tempatan dan memantau pelaksanaan undang-undang yang telah ditetapkan.

Salahudin sahkan tidak tanding timbalan presiden PAS

Posted: 05 Nov 2013 04:22 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER
 





















Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) memutuskan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan parti Islam itu pada 22 hingga 24 November ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, Salahudin berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Jawatankuasa Pemilihan PAS.

"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan timbalan presiden," katanya dalam kenyataannya itu.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawasan yang mencalonkan beliau.

Dengan keputusan ini, calon timbalan presiden tinggal empat iaitu penyandangnya Mohamad Sabu yang mengesahkan bertanding, Datuk Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Tiga lagi calon sehingga kini masih belum membuat keputusan.

Husam dalam kenyataannya semalam berkata, beliau sebagaimana ahli PAS yang lain menunggu keputusan Tuan Ibrahim yang mendapat pencalonan terbanyak.

Salahudin berkata, beliau juga sudah menyerahkan surat kepada Jawatankuasa Pemilih berhubung jawatan naib presiden.

"Bagi jawatan naib presiden, saya juga meneliti dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab daripada pencalonan yang saya terima. Saya sudah buat keputusan dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan parti.

"Sama ada saya menerima atau menolak untuk bertanding jawatan naib presiden tunggu pengumuman daripada jawatankuasa pemilihan parti nanti," katanya.

Laut China Selatan kini semakin “lebar”

Posted: 05 Nov 2013 04:20 PM PST

Oleh Desmond Davidson

Isu kalimah Allah mencetuskan jurang kaum dan agama hingga menjejaskan perpaduan. Gambar fail. Isu kalimah Allah mencetuskan jurang kaum dan agama hingga menjejaskan perpaduan. Gambar fail.























Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahan kalimah Allah eksklusif hanya untuk umat Islam serta kemelut di antara peguam Islam dan bukan Islam di Semenanjung Malaysia menjauhkan lagi jurang integrasi nasional, kata kajian rawak yang dijalankan oleh The Malaysian Insider.

Kakitangan badan bukan kerajaan (NGO), Philip Tero, 58, berkata Laut China Selatan kini menjadi semakin luas apabila Najib tidak lagi menganjurkan integrasi nasional.

"Perpaduan kini hanya menjadi impian dalam bayangan politik. Pelbagai isu seperti sosial, ekonomi, akademik, kaum dan agama semakin jelas kelihatan jurangnya.

"Tiada usaha serius oleh kerajaan bagi menggalakkan integrasi nasional. Apa yang mereka tahu hanya menjaga kepentingan politik. Bagaimana hendak berbicara tentang integrasi jika mereka terus bersikap sedemikian," katanya merujuk kepada pemimpin Umno yang kerap memainkan api perkauman bagi memenangi jawatan dalam parti.

Tero berkata, jurang kaum dan agama semakin besar berbanding sebelum ini dan negara masih aman berikutan belum ada rakyat yang mati kebuluran.

Najib dalam perutusan sempena menyambut Tahun Baru 1435 Hijrah bertegas akan tetap mempertahankan kalimah Allah demi bangsa, agama dan negara namun usaha itu perlu dilakukan secara berhemah melalui konsep Wasatiyyah yang menjadi asas kemakmuran Malaysia.

Sementara itu, kemelut di antara peguam bermula apabila Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengecam Majlis Peguam atas sokongan mereka terhadap mingguan Katolik, Herald.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh kemudian menggesa PPMM dibatalkan pendaftarannya atas alasan badan profesional mahu pun politik tidak harus ditubuhkan berasaskan kaum atau agama.

"Dengan pengasingan politik yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional (BN), konsep integrasi nasional semakin sukar difahami terutama oleh masyarakat pedalaman Sarawak.

"Sikap kumpulan pendesak dan ketaksuban ahli politik di Semenanjung memainkan sentimen kaum demi kepentingan peribadi dan politik sukar diterima oleh penduduk Malaysia Timur yang mengamalkan sikap toleransi dalam hubungan kaum dan agama.

"Kita semakin jauh kepada integrasi nasional yang sepatutnya wajar didekatkan," kata ahli politik Dayak dari DAP, Leon Jimat Donald.

Surirumah, Josephine S Henry, 40, berkata Malaysia tidak menuju kepada perpaduan sebaliknya perpecahan kerana Kuala Lumpur tidak berminat mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan bersama berikutan mempunyai kepentingan lain.

"Mereka berminat dengan minyak dan gas di sini malah sekarang Putrajaya berminat dengan undi kami yang membolehkan mereka kekal berkuasa. Integrasi nasional tiada dalam fikiran mereka," katanya.

Sementara itu, setiausaha politik kepada timbalan menteri yang hanya mahu dikenali sebagai R K Leopard, berkata Sarawak kini semakin jauh dari Semenanjung bagi mencapai tujuan perpaduan apabila sikap ketaksuban terhadap agama dan kaum jelas ditunjukkan oleh penduduk Semenanjung.

"50 tahun lalu, perkara ini tidak menjadi isu. Kenapa baru sekarang ditimbulkan? Secara tiba-tiba kalimah itu eksklusif kepada pihak tertentu," katanya yang menyalahkan ahli politik dan kerajaan kerana tidak mengendalikan perkara ini dengan penuh bijaksana.

Pegawai perhubungan awam, Ivy Sekai, 31, berkata semangat 1Malaysia yang dipromosikan Najib sudah terpisah akibat perbezaan kaum dan agama yang semakin ketara.

"Kita semakin terpisah. Di Sarawak, kami masih bersatu tetapi malangnya kami dipisahkan penduduk Semenanjung," katanya.

Turut berkongsi pandangan, wartawan akhbar mingguan perniagaan, Joseph Wong yang melihat situasi di Semenanjung menjadikan penduduk Sarawak lebih peka dengan apa yang berlaku di Kuala Lumpur.

Beliau turut melahirkan kebimbangan pemikiran masyarakat Semenanjung akan memberi kesan kepada kedamaian serta toleransi kaum dan agama di Sarawak.

"Masyarakat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama boleh duduk bersama di kedai kopi yang menghidangkan makanan halal dan tidak halal yang sama sekali tidak dapat dilihat di Semenanjung," katanya.

Pilihan Raya Kecil: Yang menang dan yang kalah di Sungai Limau

Posted: 05 Nov 2013 04:07 PM PST



Oleh Zulkifli Sulong


Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar adalah orang yang paling gembira ekoran kemenangan PAS di Sungai Limau manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula adalah pihak paling terasa kesan kegagalan Barisan Nasional mengalahkan PAS semalam. 

Sementara itu, badan penyelidik bebas Ilham Centre antara pihak yang sangat gembira dengan kemenangan ini ekoran jangkaan mereka menjelang pemilihan adalah tepat manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin pula meleset apabila jangkaan beliau BN akan menang tersasar.

Berikut adalah pihak yang menang dan kalah dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

Yang menang

1) PAS

Sudah pasti pemimpin dan penyokong PAS di seluruh negara paling gembira dengan kemenangan ini. Sudah tentu mereka akan membuat pelbagai kenduri-kendara bagi meraikan kemenangan ini. Pilihan raya kecil ini juga berjaya meredakan ketegangan antara pucuk pimpinan mereka ekoran pemilihan pucuk kepimpinan parti yang akan berlaku 22 hingga 24 November ini.

2) Mahfuz Omar

Beliau menjadi individu yang paling gembira dengan kemenangan PAS kali ini. Beliau baru saja mengambil alih jawatannya ini daripada allahyarham Tan Sri Azizan Razak selepas pilihan raya umum lalu ketika Azizan mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang. Kemenangan ini bakal menjadi modal besar kepadanya yang akan berdepan dengan pemilihan parti kerana beliau akan mempertahankan jawatan naib presiden. Kalau sebelum ini beliau antara penyandang yang paling risau, kini beliau mempunyai harapan yang sangat cerah untuk menang.

3) Ustaz Azam

Mohd Azam Abdul Samat, 37 tahun, adalah Penolong Pengetua Sekelah Menengah Agama Bantuan Kerajaan An-Nahzah, Bukit Besar sebelum dipilih sebagai calon. Beliau tidak dikenali sebelum ini. Selepas menjadi wakil rakyat sudah tentu beliau mempunyai rutin yang berlainan selepas ini.

4) Ilham Centre

Ramalan yang dibuat oleh penyelidik bebas Ilham Centre bahawa PAS akan menang sekitar 53 - 55 peratus dalam pilihan raya ini menjadi kenyataan. Ilham mengulangi ketepatan ramalan menjelang pilihan rayanya yang dibuat sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 2008 lalu. Kerisauan jelas terbayang kepada Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar apabila berita awal menunjukkan BN menang. Namun selepas terbukti ia hanya perang saraf BN, Hisom antara yang menang dalam pilihan raya kecil ini.

5) Penduduk Sungai Limau

Mereka menang kerana berjaya mendapat wakil rakyat yang mereka mahukan di samping mendapat segala macam daripada kerajaan negeri Kedah dan kerajaan pusat menjelang pilihan raya lalu. Gula dijual dengan harga RM1 sekilo, beras 5kg hanya RM5 dan lain-lain lagi bantuan termasuk anak pokok mempelam, cermin mata, baja padi dan sebagainya.

Pihak yang kalah 

1) Mukhriz Mahathir

Pihak yang paling terasa apabila BN kalah dalam pilhan raya kecil ini sudah tentulah Mukhriz. Ini kerana, ia kekalahan kedua selepas beliau gagal memenangi naib presiden Umno dalam pemilihannya baru-baru ini. Mukhriz adalah orang yang paling kuat bekerja untuk mempastikan kemenangan calon BN kali ini. Beliau berada di Sungai Limau siang dan malam untuk memastikan jentera BN berjalan lancar. Di saat-saat akhir beliau membawa turun ayahandanya Tun Dr Mahathir Mohamad, namun pengundi Sungai Limau tetap menolak BN.

2) Umno

Umno sudah tentu paling terasa apabila calonnya tewas dalam pilihan raya kecil ini. Ini kerana pertembungan di Sungai Limau adalah antara Umno dan musuh tradisinya PAS bukan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Kekalahan ini bererti kegagalan untuk Umno memecahkan kubu PAS di Sungai Limau padahal dalam pilihan raya umum lalu Umno berjaya menang di Parlimen Jerai dan dua lagi DUN di bawah Parlimen Jerai.

3) Dr Ahmad Sohaimi

Sudah tentu pihak yang terasa kecewa dengan kekalahan ini adalah calon BN sendiri Dr Ahmad Sohaimi Lazim. Sohaimi terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pensyarah kanan di UPSI untuk menyertai pertandingan ini. Walaupun mungkin boleh masuk balik kerana semua boleh dibuat oleh Umno tetapi sudah tentu air muka beliau yang hilang.

4) Muhyidin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tentu pihak yang kalah dalam pilihan raya ini. Selaku pengarah utama pilihan raya bagi BN, Muhyiddin banyak menghabiskan masa dan tenaga beliau untuk memastikan calon BN menang. Namun apakan daya pengundi Sungai Limau menolak beliau. Sudahlah terpaksa meminta maaf daripada keluarga allahyarham Azizan kerana tersalah cakap, pilihan raya kalah pula.

5) Kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Kedah

Ini kerana, berapa banyak wang daripada kedua-dua kerajaan ini digunakan untuk "membeli" undi pengundi di sini. Namun ia tetap ditolak. Bagaimana pemimpin kerajaan hendak jawab apabila gula dijual RM1 sekilo saja sedangkan ketika harganya dinaikkan alasan yang diberikan adalah untuk mengelakkan kencing manis.  Apakah kerajaan mahu penduduk Sungai Limau diserang kencing manis apabila gula dijual dengan harga murah di sini. Kerajaan yang kena tanggung. Duit rakyat juga yang hilang.

Zulkifli Sulong, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA THEMALAYSIANINSIDER

Pemilihan MIC: Sothinathan Umum Tanding Naib Presiden

Posted: 05 Nov 2013 03:58 PM PST



S.  
Sothinathan


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden MIC, Datuk S.Sothinathan mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu kali ini.

"Saya telah berbincang dengan presiden parti (Datuk Seri G.Palanivel) mengenai perkara ini dan meminta nasihatnya.

"Tetapi pada masa sama, saya juga mengambil pandangan pemimpin di peringkat akar umbi dan masyarakat.

"Demi perpaduan parti, saya mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti 30 November ini," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Sothinathan, yang pernah memegang jawatan itu antara 2006 dan 2009 berkata, keputusannya adalah berdasarkan perpaduan parti di mana para perwakilan cukup bijak untuk membuat keputusan mereka pada pemilihan kali ini.

Tiada ulasan: