DIALOG RAKYAT |
- Indonesia diintip sejak 2007
- Bangunan LHDN RM94j terus digenangi air
- ATM teliti dakwaan intipan
- PRK Sungai Limau: 76.69% Keluar Mengundi Hingga 3 Petang
- Balu Azizan Nafi Minta Pengundi Sokong BN
- Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji & Kenaikan Gred November 2013. SEMAK!
- Pelajar UUM tidak lagi dijajah Umno?
- Pilihan Raya Kecil :Jangan mudah percaya keputusan awal PRK Sg Limau
- Insiden Baling Batu : Jentera Wanita BN PRK Sg Limau Tercedera
- SELEPAS DI KANTOIKAN ...
- Sg Limau: Kegagalan ketiga Mahathir, Mahathirisme?
- SMM serah ‘baton’ kepada kepimpinan sesi 2013/2014
- Berikanlah Tumpuan Kepada Ekonomi...
- Calon PAS antara terawal buang undi di Sungai Limau
- Rasuah & penyelewengan, BN tak layak pimpin negara – Wan Azizah
- Isteri Azizan dan Mukhriz tiba serentak di pusat pembuangan undi Bukit Besar
- Lagi serangan Utusan Malaysia terhadap GLC, kali ini pemimpin pelajar
- Tertekan dengan kritikan, Felda henti beli hotel
- Tiket palsu: 50 penyokong TRW, Pahang ditahan
- GST : Kos perubatan juga bakal meningkat
- Keputusan PRK DUN Sungai Limau Dijangka Umum 9 Malam Isnin - SPR
- Pahang Rangkul Juara Piala Malaysia 2013
- Sg Limau: SPR dan SPRM tidur, rasuah berleluasa
- Ustaz Azam seru pengundi keluar awal
Posted: 04 Nov 2013 12:30 AM PST Bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd (kiri) bersama Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bertemu ketika Persidangan Perubahan Iklim PBB di Bali pada 2007. WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Satu laporan mendedahkan, Amerika Syarikat (AS) dan Australia telah melancarkan operasi pengintipan terhadap Indonesia sejak enam tahun lalu. Menurut laporan Jakarta Post, Intipan itu dilakukan ketika Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bali pada 2007. Akhbar Guardian edisi Australia melaporkan, pembocor program perisikan AS Edward Snowden yang membuat pendedahan itu berkata, agensi perisikan Australia, dan unit pertahanan direktorat bekerja sama dengan Agensi Keselamatan Negara (NSA) untuk mengumpul nombor telefon pegawai keselamatan Indonesia. Pendedahan itu memburukkan lagi hubungan yang sedia tegang antara Jakarta dan Canberra selepas media mendakwa Pejabat Kedutaan Australia dan konsulatnya di China dijadikan pusat pengumpulan maklumat. Bagaimanapun, Snowden berkata, ketika operasi pengintipan di Bali itu, Australia dan AS hanya berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit Ketua Polis Bali. | ||||
Bangunan LHDN RM94j terus digenangi air Posted: 04 Nov 2013 12:21 AM PST MP Serdang Ong Kian Ming mendakwa kerajaan memberi kenyataan bercanggah kepada Ketua Audit Negara berhubung status bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Bangi, yang didapatinya masih terus menakung air setiap kali hujan. Beliau melawat bangunan berkenaan pada Khamis lalu dan mendapati bahagian hadapan dan kawasan parkir bawah tanah kompek Jabatan Pemprosesan Maklumat itu digenangi air. Kementerian Kerja Raya pada 13 Mac lalu dalam jawapannya kepada Ketua Audit Negara menyatakan bahawa perkara itu cuba diatasi dengan membina dinding kaca, dan pembaikan juga dijalankan untuk mengelakan kebocoran ke tingkat bawah tanah. Laporan Ketua Audit Negara 2012 menegur projek bermasalah tersebut yang melibatkan peningkatan kos dari RM68 juta kepada RM94 juta. Pembinaan bangunan tersebut bermula pada 12 Februari 2008 dan dijadualkan siap dalam tempoh 643 hari, namun berlarutan sehingga 1,259 hari. Bangunan tersebut siap pada Oktober 2011, namun masih belum dapat digunakan kerana tidak mematuhi ketetapan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Oleh itu, sijil penyiapan dan pematuhan juga tidak dapat dikeluarkan. "Sebagaimana yang anda dapat lihat, gambar yang diambil ini dari hari Khamis lalu dan menunjukkan ia masih dinaiki air," kata Ong yang membawa wartawan untuk melawat bangunan tersebut pagi ini. Bagaimanapun beliau dihalang dari memasuki premis tersebut dan diberitahu bahawa beliau hanya boleh berbuat demikian jika ditemani oleh pegawai JKR. Ong yang ditemani Senator T Chandra Mohan berkata JKR telah memberi kebenaran untuk memasuki bangunan tersebut pada Khamis lalu ketika Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan. Katanya, kejadian banjir yang berterusan menyebabkan kerosakan dan bahagian bangunan itu juga berlumut dan berkarat. Walaupun masih belum digunakan, ia telahpun menanggung bil utiliti sebanyak RM758,400 sejak November 2011 hingga bulan lalu. Jelasnya, lampu perlu dipasang pada waktu malam dan pengawal keselamatan juga ditempatkan di kawasan tersebut. | ||||
Posted: 04 Nov 2013 12:14 AM PST KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap meneliti sejauh mana kebenaran dakwaan pengintipan oleh pihak asing, sekalipun tiada laporan mengenai kebocoran maklumat dan rahsia ketenteraan negara setakat ini. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, isu itu perlukan pengesahan kerana membabitkan kedaulatan negara. "Kita tahu satu daripada tugas kedutaan negara luar yang ada di negara ini ialah untuk mendapatkan butir-butir kemajuan ekonomi dan sebagainya namun kita perlu lihat sejauh mana maklumat yang mereka perolehi itu dan adakah ia dapat menjejaskan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Anggota Cedera Peringkat Pusat di Kem Sungai Besi di sini, hari ini. Dalam majlis itu 65 anggota yang cedera sewaktu bertugas, iaitu 14 yang masih berkhidmat manakala bakinya telah bersara, menerima sumbangan RM500 setiap seorang. Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, ATM sentiasa mengemas kini prosedur operasi standardnya berhubung rahsia dan maklumat ketenteraan berdasarkan perkembangan teknologi terkini. Isu pengintipan itu timbul berikutan laporan akhbar berhubung dakwaan pemberi maklumat perisikan, Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur. - Bernama | ||||
PRK Sungai Limau: 76.69% Keluar Mengundi Hingga 3 Petang Posted: 04 Nov 2013 12:06 AM PST YAN: Setelah tujuh jam proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dibuka, seramai 20,879 orang atau 76.69 peratus pengundi sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi. Orang ramai mula membanjiri 17 pusat pembuangan undi sejak proses pengundian dibuka tepat pukul 8 pagi Isnin. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menjangkakan jumlah keseluruhan peratus keluar mengundi ialah sebanyak 90 peratus berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13. Proses pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang. | ||||
Balu Azizan Nafi Minta Pengundi Sokong BN Posted: 04 Nov 2013 12:04 AM PST YAN: Balu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah kesal dengan penyebaran mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya beliau menyeru pengundi supaya menyokong Barisan Nasional (BN). Menafikan perkara berkenaan, Faekah berkata beliau menyedari nombor telefon bimbitnya digunakan bagi menyebarkan mesej fitnah itu kira-kira pukul 11 malam Ahad. "Mereka gunakan nombor saya menghantar mesej kononya saya ralat dengan perbuatan menggantung 'patung kaki'. Jadi dalam mesej itu dikatakan saya memohon dan merayu kepada penerima supaya mengundi BN. Ini tidak benar," katanya. Beliau berkata demikan ketika ditemui selepas selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar di sini, Isnin. Selain itu ditanya mengenai harapannya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kali ini, beliau berkata: "Tentulah saya harap PAS akan menang." Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis. | ||||
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji & Kenaikan Gred November 2013. SEMAK! Posted: 03 Nov 2013 11:31 PM PST Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan berita mengenai pelarasan gaji kakitangan awam sekitar 1 bulan lebih yang lalu iaitu pada 23 September [klik : DI SINI]. Nampaknya proses menambahbaik skim penjawat awam berjalan seperti yang dirancang. Terbaru…. Terbaru, daripada 1.4 juta kakitangan awam, sejumlah 600,000 penjawat awam akan terlibat sama akan menrima "durian runtuh" apabila bakal menerima kenaikan gaji kakitangan awam naik yang mana akan melibatkan 81 skim perkhidmatan awam kesemuanya. Antaranya : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji : Senarai Skim?
Senarai 81 skim seperti di atas termasuk dalam Bajet 2014 yang mana anda semua akan mula menrima surat tawaran opsyen bermula November 2013 ini. Nantikan….. Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred 2013 : Initpatinya?
Jika skim anda belum tersenarai lagi untuk menerima kenaikan gaji dan gred dalam tempoh terdekat ini, Cuepacs Malaysia sedang berusaha keras untuk membolehkan lebih banyak skim menerima tempias penambaikan dan kenaikan. Termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan. Skim-skim yang lain tetap akan ada harapan untuk menerima berita kenaikan gaji selepas ini. Nantikan berita gembira tersebut tidak lama sahaja lagi. Apa kata penjawat awam mengenai berita kenaikan gaji yang terbaru ini? | ||||
Pelajar UUM tidak lagi dijajah Umno? Posted: 03 Nov 2013 09:19 PM PST Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Selain mengikuti perkembangan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, saya cukup teruja dengan beberapa keputusan pilihan raya kampus (PRK), terutama yang mencatat keputusan luar jangka, sekali gus mempamerkan keberanian mahasiswa untuk bersuara. Apabila kumpulan Pro-Mahasiswa (walaupun dengan nama-nama berbeda) mempertahankan kemenangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Wufi), ia bukanlah berita yang mengejutkan; cuma bilangan kerusi yang dibincangkan. Situasi berbeda di kampus-kampus utara Semenanjung -- Universiti Sains Malaysia, apatah lagi Universiti Utara Malaysia -- meskipun Pro-M belum berjaya sepenuhnya. Sekurang-kurangnya kumpulan Aspirasi (yang disokong kuat pentadbiran universiti) tidak lagi menguasai politik kampus universiti berkenaan secara mutlak. Kerancakan gerakan pelajar selalunya terserlah jika bukan hanya satu kumpulan yang begitu dominan. Keadaan bertambah buruk apabila Hal Ehwal Pelajar, yang sepatutnya mengendalikan PRK secara bebas dan adil, bertindak menyebelahi Aspirasi. Istilah "pembangkang sifar" sememangnya tidak selari dengan makna sebuah demokrasi yang segar. UUM pernah diberi jolokan nakal "Universiti Untuk Mahathir" ataupun "Universiti Umno Malaysia" (UUM), untuk menunjukkan warga kampus tersebut "terjajah" dengan satu aliran sahaja. Pentadbiran kanannya, termasuk naib canselor, didakwa bersikap tidak toleran dengan gerakan mahasiswa independen. Ramai pemerhati agak terkejut dengan kebangkitan kumpulan Pro-M di UUM, dikenali Transformasi Mahasiswa. TMUUM merekodkan prestasi cemerlang apabila lima calonnya menang kerusi Umum, yang menawarkan lapan kerusi, manakala Aspirasi hanya satu. Salah seorang daripada calon TMUUM, Bawani Kaniapan, yang pernah popular dengan fenomena "Listen! Listen!" mendapat 5,707 undi, pada kedudukan kelima tertinggi. Dua calon teratas juga mewakili TMUUM. Bagaimanapun, Aspirasi yang hanya menang satu kerusi Umum, masih menguasai kerusi terbanyak Pusat Pengajian (14 kerusi), sedangkan TMUUM hanya lapan. Kedudukan Majlis Perwakilan Pelajar UUM akan ditentukan oleh sokongan kumpulan Hijrah dan Bebas, masing-masing memperolehi enam dan dua kerusi. Lupakan perincian kerusi yang dimenangi Aspirasi mahupun Pro-M. Lebih menarik ialah kampus-kampus di luar Lembah Klang, termasuk UUM, kini tidak lagi dianggap IPTA yang "mudah dijinakkan" oleh elit penguasa. Pelajarnya tidak takut lagi untuk bersuara dan mahu pandangan mereka didengar. Fenomena "Listen! Listen!" yang menggambarkan mahasiswa boleh dipersenda begitu rupa adalah episod malang yang mahu dilupakan warga UUM. Ya, universiti berkenaan mahu bersama dengan proses transformasi, mengangkat martabat pusat keilmuan dan meninggalkan imej lama yang suram. Saya tidaklah sampai mahu mentafsirkan apa yang berlaku itu sebagai kemenangan kepada Pakatan Rakyat atau kekalahan buat BN. Realiti kampus adalah berbeda. Biar anak-anak muda di menara gading selesa bereksperimen, mengungguli idealisme, mencinta hikmah dan berani mencabar. Suara kritis mahasiswa tidak bermakna mereka cenderung kepada mana-mana parti politik. Ia sekadar mengembalikan ciri sebenar gerakan pelajar yang sudah lama hilang, yang sentiasa resah, prihatin dan cuba menawarkan solusi umat dan negara. | ||||
Pilihan Raya Kecil :Jangan mudah percaya keputusan awal PRK Sg Limau Posted: 03 Nov 2013 09:14 PM PST
| ||||
Insiden Baling Batu : Jentera Wanita BN PRK Sg Limau Tercedera Posted: 03 Nov 2013 09:05 PM PST Radhi Razak YAN - Salah seorang jentera Wanita Barisan Nasional (BN) sebentar tadi dikejarkan ke Hospital Yan di sini setelah dilaporkan tercedera di kepala di baling batu oleh beberapa penyokong pihak lawan. Kejadian yang membabitkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sri Perak, Batu itu susulan insiden kekecohan di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) berpunca dari tindakan beberapa penyokong PAS cuba menyekat lalu lintas di beberapa kawasan mengundi tersebut. Pihak polis kini sedang mengawal kekecohan di beberapa kawasan PDM yang didakwa dilakukan penyokong PAS sejurus mendapat laporan dari beberapa pengundi. | ||||
Posted: 03 Nov 2013 08:59 PM PST omakkau.blogspot.comSELEPAS DI KANTOIKAN ... FB JAMIL KHIR BAHAROM DAH PADAMKAN GAMBAR-GAMBAR KONONNYA 351 AHLI PAS MASUK UMNO?Asalkan pemimpin UMNO pasti terlibat dalam penipuan tidak kiralah siapa termasuk berlatarkan belakangkan pendidikan Agama.. Inilah yang terjadi .. bila dah di londehkan betapa Jamil Khir Baharom, Menteri Jaga Agama Kerajaan UMNO 1M'sia turut menipu dalam insiden kononnya 351 ahli PAS melompat dalam UMNO adalah penipuan yang nyata, jijik dan tidak bermoral.... kini masih lagi mau menyatakan kononnya memang benar seramai 351 ahli PAS melompat masuk kedalam UMNO. Omak Kau belek-belek akaunnya rakaman gambar masih lagi tidak dipadamkan. UMNO KALAU TIDAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYA. Rupa-rupanya, Jamil Khir yang dijulang UMNO sebagai ulamak ternyata seorang penipu. Malah beliau telah memuatnaik gambar-gambar penyerahan borang di majlis itu di dalam facebooknya di album Majlis Berani Hijrah. Cukup menjijik dan memalukan. Sebelum ini Bernama telah melaporkan kononnya sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai UMNO.. Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Menteri Agama yang kemudiannya dilaporkan pula oleh Bernama itu adalah satu pembohongan semata-mata, kerana individu yang dimaksudkan oleh Jamil Khir telah menafikannya.. Seorang ahli PAS, Ismail Said mendedahkan bahawa beliau telah ditipu kononnya telah menyertai UMNO dengan "penyerahan borang" kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sedangkan sebenarnya beliau ke majlis itu kerana telah dijemput untuk menerima sumbangan sebanyak RM100. Drama ahli PAS masuk Umno di Sg Limau dibongkar JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan. Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100. Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut. "Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100. "Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini. Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK. "Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot. "Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya ~ Harakahdaily Walaupun pihak UMNO dengan megah dan bangga mengatakan hasil culaannya dengan bantuan para wanita UMNO dengan squad sayang, Puteri UMNO dengan aktiviti kejar itik di bendang, Pemuda UMNO aktiviti merempit dan UMNO induk tabur janji projek kata BN akan menang bergaya sekurang-kurangnya 600 undi majoriti tetapi masih sanggup ada Menteri taraf ":Ulama" konon yang sanggup buat kerja menipu!!! | ||||
Sg Limau: Kegagalan ketiga Mahathir, Mahathirisme? Posted: 03 Nov 2013 08:55 PM PST
KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil Sungai Limau hari ini akan menjawab persoalan, apakah Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir sejak enam bulan lalu, kata Lim Kit Siang. Minggu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata kumpulan pelampau sedang menguasai Malaysia pada ketika Barisan Nasional sedang bergelut untuk menangani masalah kemerosotan sokongan orang ramai terhadap pakatan parti pemerintah itu walaupun ia masih menguasai kerajaan. Bagi Kit Siang, benar dakwaan Mahathir bahawa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lemah dan ia merasa perlu untuk melayan 'tuntutan-tuntutan tidak munasabah' daripada puak pelampau untuk mengekalkan sokongan orang ramai. "Tetapi beliau melakukan kesilapan dengan mendakwa puak pelampau itu terdiri daripada anggota Pakatan Rakyat," tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, semalam. Hakikatnya, kata beliau Mahathir sendiri boleh dianggap mewakili puak pelampau berkenaan yang menjadikan 'kumpulan majoriti yang moderat' sebagai tebusan dengan segala pembohongan mereka sehingga menjejaskan usaha pembinaan dan pembangunan negara serta penyatuan warga. "Dalam majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat di Sungai Limau 21 Oktober lalu, saya telah menyatakan harapan agar pilihanraya kecil itu menjadi model bagi politik bersih, jujur, dan bermaruah dengan memastikan pembohongan dan kepalsuan tidak disebarkan dan taktik serangan peribadi atau politik wang tidak digunakan," ujarnya. Tetapi, katanya sejak hari pertama kempen lagi, pembohongan dan taktik serangan peribadi menjadi isi utama kempen Umno BN dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, antaranya pembohongan tentang DAP yang kononnya mahu membentuk negara Kristian di Malaysia, menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan, anti-Melayu dan anti-Islam. Katanya lagi, segala pembohongan yang karut itu tidak berbeza dengan pembohongan yang disebarkan oleh Mahathir dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila membuat tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab. Menurut Lim, Mahahthir mengatakan beliau bertanding di Gelang Patah untuk menimbulkan ketegangan antara Melayu dan Cina di Johor dan mahu orang Cina Johor 'membenci Melayu', serta DAP menolak konsep perkongsian kuasa Melayu/Cina/India kerana kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik orang Melayu. Tetapi, jelasnya Mahathir dan Mahathirisme menanggung kegagalan enam bulan lalu dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila para pengundi Melayu tidak termakan dengan pembohongan dan dusta dan memenangkannya di Gelang Patah dengan majoriti lebih 14,000 undi. "Dalam kempen Pilihanraya Umum ke-13 di Gelang Patah saya menyeru ke arah yang sama sekali berlawanan dengan pembohongan Mahathir dan Mahathirisme itu, iaitu apabila saya menyeru kaum Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan untuk bersatu di bawah wawasan Impian Malaysia untuk membina masyarakat Malaysia yang lebih bersatu, demokratik, bebas, adil, berdaya saing serta makmur demi kebaikan semua warga Malaysia," jelasnya lagi. Menurut beliau lagi, Mahathir dan Mahathirisme juga gagal memberikan kemenangan kepada puak pelampau di Pasir Mas dan Shah Alam dan yang diwakili oleh Presiden Perkasa dan naibnya, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin. Malah, ujarnya selepas pilihanraya umum, ketua bahagian Umno Shah Alam menyebut bahawa jika Mahathir tidak berkempen di Shah Alam, BN mungkin mendapat lebih banyak undi. Kata Lim lagi, Mahathir dan Mahathirisme seterusnya berdepan kekalahan dalam pemilihan parti Umno bulan lalu dan Mahathir lalu menyalahkan politik wang sebagai punca beliau gagal memastikan anaknya, Mukhriz Mahathir, menang sebagai Naib Presiden Umno. Tambahnya, Mahathir muncul dalam kempen Umno BN di Sungai Limau dan mengambil pendirian bahawa politik wang ke atas Mukhriz dalam pemilihan parti Umno adalah sesuatu yang jelek tetapi 'OK' untuk diamalkan oleh Umno dan Mukhriz dalam pilihanraya kecil Sungai Limau. Persoalan lebih menarik, ujarnya ialah sama ada Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau mungkin yang terakhir sejak enam bulan selepas PRU13 dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, hari ini. "Inilah yang akan terjadi jika calon PAS dan Pakatan Rakyat, Mohd Azam Abd Samat mampu mempertahankan kawasan itu, terutama dengan perbezaan undi lebih besar," ujarnya. Pilihanraya kecil Sungai Limau pada hari ini berlangsung genap enam bulan setelah PRU13 yang diadakan pada 5 Mei lalu. "Kemenangan calon Pakatan Rakyat itu akan menjadi berita terbaik bagi negara ini," tegasnya. | ||||
SMM serah ‘baton’ kepada kepimpinan sesi 2013/2014 Posted: 03 Nov 2013 08:53 PM PST
KUALA LUMPUR: "Pasca Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu telah genap setahun saya dan pimpinan lain memegang tampuk kepimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bagi sesi 2012/2013," ujar Safwan Anang. Pengerusi SMM sesi 2012/2013berkata, kenyataan media itu dibuat bagi mengumumkan peralihan jawatan kepimpinan SMM kepada tampuk kepimpinan yang baru. Katanya, umum perlu mengetahui bahawa SMM adalah gabungan daripada beberapa kesatuan mahasiswa bagi menghasilkan suatu ketumbukan mahasiswa yang lebih fokus terhadap sesuatu yang bersifat isu nasional malahan turut juga kepada isu global. Beliau berkata, hasilnya keputusan kepimpinan SMM adalah diputuskan melalui kesepakatan semua ketua-ketua kesatuan mahasiswa yang bergabung ini. Maka tidak hairanlah, jelasnya pemilihan SMM tidak melalui undi ahli-ahlinya. "Uniknya pula SMM ini adalah apabila ia menjadi sebuah gabungan yang merentasi fahaman ideologi, agama, bangsa, bahkan fahaman politik sekalipun," ujarnya. Biarpun begitu, tambah beliau SMM adalah sebuah gerakan mahasiswa yang lebih mementingkan prinsip gerakan iaitu apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan rakyat lebih-lebih lagi mahasiswa dan anak muda maka SMM akan turut serta dalam isu berikut. Sebagai contoh, katanya SMM adalah sebahagian daripada gabungan Bersih dalam menuntut pilihanraya yang bersih adil (walaupun diletak label agenda pembangkang) dan SMM juga terlibat dalam gabungan Bantah TPPA yang gabungannya adalah turut melibatkan NGO-NGO pro-kerajaan. Terbaru pula, ujar beliau SMM dijemput untuk satu sidang meja bulat bersama Datuk Saifudin Abdullah selaku CEO-GMM (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi). Baginya, biarlah polemik itu terus berlaku tanpa henti asalkan kepentingan rakyat diutamakan. Tambahnya, tugas berat dan mencabar pastinya menanti rakan-rakan aktivis kepimpinan SMM yang baru bahkan lebih-lebih lagi rakyat sedang bergelut dalam pelbagai isu terbaru seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, pengenalan GST dan sebagainya. "Sedang suasana di kampus pula berdepan dengan bahang pilihanraya kampus yang menyaksikan kebangkitan mahasiswa di beberapa kampus yang telah melalui fasa pilihanraya kampus lebih kurang seminggu yang lalu," katanya. Justeru, beliau kira masa ini adalah tepat untuk menyerahkan baton kepimpinan kepada kepimpinan baru SMM yang sudah semestinya akan lebih mengerti berkenaan situasi semasa yang memerlukan corak dan orientasi yang tersendiri. "Kami berkeyakinan penuh terhadap kepimpinan baru ini akan dapat melunasi kehendak rakyat termasuk mahasiswa dalam jangka masa terdekat ini," katanya lagi. Pengerusi SMM bagi sesi 2013/2014 ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Bukhairy Sufian; setiausaha, Tarmizi Anwar (Pro-Mahasiswa UPM); bendahari, Khair Sujud (Naib Presiden PKPIM) dan Setiausaha Media, Edikoup Lakip Sediyanto (Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional). | ||||
Berikanlah Tumpuan Kepada Ekonomi... Posted: 03 Nov 2013 08:51 PM PST SAYA selalu merasa resah – dan saya percaya banyak rakyat Malaysia yang lain turut mengalami perasaan yang sama – melihat ahli-ahli politik, khususnya yang menjadi anggota parti yang terlibat dalam menguruskan negara, tidak mampu bercakap tentang perkara selain politik. Sesiapa yang mengikuti perjalanan perhimpunan tahunan parti-parti politik akan melihat bagaimana persoalan ekonomi negara amat jarang diberikan keutamaan. Anggota-anggota parti yang berucap dalam perhimpunan sedemikian lebih suka memperkatakan isu politik. Mereka mengikut arus dan menyampaikan retorik yang mampu menarik perhatian agar mendapat tempat dalam media dan seterusnya meraih khalayak lebih luas daripada yang hadir dalam dewan perhimpunan. Kita pernah menyaksikan segala jenis permainan. Ada yang memuji-muji pemimpin mereka, ada yang mengemukakan tuntutan-tuntutan tidak munasabah, ada pula yang tampil seperti badut tanpa sepenuhnya menyedari bahawa jenaka yang mereka lontarkan itu adakalanya menyakitkan hati. Memang, ada waktu yang diperuntukkan untuk perbahasan ekonomi, tetapi biasanya pihak yang berucap gagal melihat gambaran yang lebih luas. Sebaliknya, mereka sering bercakap tentang bagaimana sesuatu kelompok berhak ke atas habuan yang lebih besar atau tentang siapa yang sepatutnya mendapat kontrak dan projek lumayan. Pembangkang pula tampak gemar mengkritik semata-mata untuk menghentam tanpa mengemukakan Belanjawan alternatif yang lebih berdaya-maju. Dalam perhimpunan agung tahunan mereka, ekonomi turut dijadikan agenda kurang penting. Namun, ironinya, pembentangan Belanjawan mendapat liputan meluas dan ia boleh disebut sebagai acara paling banyak dianalisa sepanjang tahun. Dalam perhimpunan tahunan parti politik, kita jarang sekali mendengar sebarang perbincangan yang rasional atau bijak tentang ekonomi dan tentang bagaimana negara ini perlu melangkah maju dalam persekitaran global yang sengit persaingannya. Sedangkan hakikatnya habuan yang boleh kita kongsi semakin mengecut. Tiada guna bercakap tentang pembahagian habuan jika kita tidak mampu menjana hasil dengan baik. Lalu kita menghabiskan masa bertelagah tentang isu-isu yang tidak menyumbang kepada pengeluaran atau membantu mengukuhkan hubungan antara kaum. Ahli-ahli politik kita diketahui suka bercakap tidak bertempat, lalu kita terkenal sebagai kaum yang suka membuat pengumuman tanpa terlebih dahulu mengkaji kesan-kesannya. Tidak kira dalam soal dasar mahu pun undang-undang, para pemimpin kita cenderung untuk membuat pengumuman terlebih dahulu dan kemudian menunggu reaksi. Jika reaksi yang diterima adalah negatif, mereka membuat semakan semula, berundur atau langsung mengabaikannya. Padahal ketika itu kemudaratan telah terhasil dan dunia melihat kita sebagai masyarakat yang tidak memikirkan secara bersungguh-sungguh perkara yang serius. Belanjawan 2014 dibentangkan pada Jumaat lalu dan kita tidak terperanjat mendengar perbelanjaan operasi telah ditingkatkan. Dalam ungkapan mudah, kita berbelanja lebih daripada penghasilan. Berdepan dengan keadaan sedemikian, siapa saja yang terlibat dalam perniagaan akan mula mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan, merendahkan biaya dan mencari jalan untuk meningkatkan penghasilan. Ahli-ahli politik kita terlalu banyak berjanji dalam pilihan raya dan kini mereka perlu menunaikan janji. Malangnya, beban daripada pendekatan populis mereka terpaksa ditanggung rakyat, khususnya para pembayar cukai yang terdiri daripada individu dan syarikat perniagaan. Kerajaan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk memberikan 'habuan' kepada rakyat. Lumrahnya, sesuatu yang tidak bagus dari segi ekonomi apabila kita mula menggunakan wang wimpanan. Malangnya, dalam negara yang penduduknya sebanyak 28 juta orang ini, kumpulan pembayar cukainya adalah kecil, iaitu sekitar sejuta orang yang sebahagian besarnya terdiri dari anggota kelas menengah. Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem percukaian kita. Kata sesetengah orang, orang kaya boleh menjaga diri sendiri, manakala golongan miskin perlu dijaga. Kelas menengah tersepit di tengah. Mereka yang paling merasa terbeban kerana tidak dapat mengelak daripada membayar cukai pendapatan tetapi pada masa yang sama terpaksa bergelut dengan kos sara hidup. Mereka bukan seperti golongan kaya yang mampu untuk terus menjalani kehidupan mewah tidak kira apa masalah yang muncul. Pada masa yang sama, mereka tidak cukup miskin untuk layak menerima bantuan kerajaan. Masalah yang sedang kita hadapi ialah golongan kaya masih terus menerima manfaat berupa barangan keperluan harian yang disubsidi seperti petrol, gula, dan tepung, sedangkan pada masa yang sama mereka mampu berbelanja membeli barangan mewah. Kerana itu, lebih baik dan adil jika dilaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) supaya seseorang itu dikenakan cukai berdasarkan tabiat dan bentuk perbelanjaan. Dengan mengembangkan cukai menerusi GST, ia juga diharapkan akan membekalkan dana untuk golongan miskin. GST telah ditetapkan pada kadar 6% dan akan dilaksanakan mulai 1 April 2015. Pada masa yang sama, kadar cukai individu dikurangkan antara satu hingga tiga peratus, manakala kadar cukai korporat akan dikurangkan satu peratus, iaitu dari 25% kepada 24%. Sebahagian ahli politik telah mula menggunakan GST sebagai senjata politik. Ini menyedihkan kerana begitu banyak negara Asean, termasuk Indonesia, Vietnam, dan Kemboja telah mula melaksanakan GST. Malah, lebih 160 buah negara di dunia sedang menguatkuasakan GST. Cukai patut dikembangkan kerana semua pihak yang berbelanja, termasuk golongan yang gemar mengelak daripada cukai dan para penjaja yang berjaya dalam perniagaan tetapi tidak perlu membayar cukai, kini akan membayar cukai menerusi GST. Tiada siapa perlu membayar GST untuk sebungkus nasi lemak atau char koay teow. Terdapat sekitar 3,000 barang yang dikecualikan daripada GST nanti, termasuk barangan makanan. Pendek kata, barangan seperti beras, gula, dan garam, serta perkhidmatan seperti bekalan air menerusi paip, bas, kereta api, kesihatan, dan tol lebuh raya tidak termasuk dalam senarai yang dikenakan GST. Pelancong juga akan dibolehkan untuk mendapat potongan cukai jika mereka berbelanja lebih daripada jumlah tertentu, dengan tujuan mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang tidak membebankan. Ahli-ahli politik tidak sepatutnya membantah GST tetapi sebaliknya meluangkan waktu untuk memastikan dana awam diuruskan dengan baik dan dibelanjakan secara tidak membazir dan tanpa kebocoran. Rakyat Malaysia merasa marah apabila mereka membaca tentang pembaziran dan kebocoran yang dilaporkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara. Mereka juga merasa putus asa melihat tiada tindakan diambil ke atas pihak yang melakukan kesalahan. Tindakan pihak terbabit adalah tindakan jenayah, bukan semata-mata kerana kecuaian atau kebodohan. Dalam sektor swasta, pelaku kesalahan pasti akan dikenalpasti dan dipecat. Berlainan dengan kakitangan kerajaan. Mereka tidak dipecat jika berbuat salah. Jumlah kakitangan awam Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia dan kadar gaji kumpulan ini sentiasa meningkat. Tahun lalu, kadar gaji mereka meningkat sebanyak 20%. Malaysia memerlukan lebih banyak usahawan yang mampu membuka peluang pekerjaan, bukan lebih banyak kerani dan birokrat. Rakyat Malaysia juga muak membaca tentang projek-projek yang biayanya tampak mengelembung. Bagi mereka, ini kerana banyak pihak yang perlu dihulurkan 'pelincir'. Korupsi perlu dipandang serius jika kita mahu rakyat menyokong langkah berjimat-cermat. Banyak isu berkaitan ekonomi yang boleh dijadikan tumpuan ahli-ahli politik. Semua mereka, tidak kira dari parti mana, perlu mengubah sikap dan tindakan. Berikanlah tumpuan pada ekonomi. | ||||
Calon PAS antara terawal buang undi di Sungai Limau Posted: 03 Nov 2013 08:39 PM PST Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat antara yang terawal membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau pagi ini. Mohd Azam tiba di perkarangan sekolah seawal jam 8 pagi dan bersarapan dengan penyokong sebelum masuk ke pusat membuang undi sekitar jam 8.30 pagi. "Saya harap pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar dan telus, serta proses demokrasi kali ini berjalan dengan baik," kata Mohd Azam semasa ditemui wartawan di luar kawasan sekolah. Beliau turut menyeru pengundi supaya keluar awal ke pusat membuang undi memandangkan cuaca buruk diramal pada tengahari ini. Sementara itu, pengundi warga emas antara yang terawal hadir ke pusat mengundi SK Bukit Besar, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota polis sibuk berkawal sekitar kawasan sekolah. Petugas-petugas SPR juga sibuk membantu pengundi yang tidak dapat berjalan dengan menyediakan kerusi roda serta memapah pengundi masuk ke dalam sekolah. Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir juga dijadualkan singgah di SK Bukit Besar untuk meninjau proses pilihan raya yang berlangsung di sini. Kawasan sekitar tenang dan tiada sebarang provokasi tercetus. Hari ini penduduk Sungai Limau keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah selepas penyandangnya arwah Tan Sri Azizan Razak kembali ke rahmatullah. PRK kali ini adalah yang pertama sejak 28 tahun ia dipegang oleh bekas menteri besar Kedah sepenggal tersebut, masyarakat kampung di sini teruja dan terkejut apabila menjadi tumpuan seluruh negara. Seramai 27,222 pengundi di Sungai Limau akan membuang undi hari ini, daripada jumlah keseluruhan pengundi, 93% adalah Melayu, 6% Cina manakala selebihnya adalah kaum India dan lain-lain. Pengkritik melihat pilihan raya kali ini adalah pertarungan "maruah" bagi PAS mahupun Umno, terutamanya selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Bagi PAS, kemenangan di Sungai Limau penting untuk menebus maruah mereka selepas gagal bertahan menjadi sebuah kerajaan negeri Kedah. Bagi Umno pula, PRK kali ini penting untuk menteri besarnya, Mukhriz membuktikan kemampuan dirinya sebagai pemimpin terutamanya selepas tewas dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Selain itu, ia juga ujian litmus untuk melihat sama ada pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad masih relevan ataupun tidak pada PRK kali ini, tambahan ia adalah negeri kelahiran negarawan tersebut. Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan PAS, Mohd Azam | ||||
Rasuah & penyelewengan, BN tak layak pimpin negara – Wan Azizah Posted: 03 Nov 2013 08:34 PM PST Oleh Nazar Hashim YAN : Barisan Nasional (BN) bukan parti terbaik untuk dijadikan teladan sebagai pentadbir negara berikutan pelbagai salah laku dan penindasan ke atas rakyat, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menurutnya, rasuah yang berleluasa, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pemborosan dan ketirisan sepertimana didedah Laporan Ketua Audit Negara membuktikan BN tidak boleh dibiarkan untuk terus memimpin negara. "Pimpinan BN tidak mementingkan rakyat bawahan dan golongan miskin. Mereka kayakan kaum kerabat dan kroni masing-masing. "Kenaikan harga barang, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi juga bukti jelas mereka menjadikan rakyat bawahan hanya untuk mendapat undi semata-mata. "Setelah berjaya mendapat undi, luahan dan keperitan yang ditanggung rakyat mereka ketepikan sebagaimana berlaku sejak kebelakangan ini," katanya di sesi turun padang pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Sabtu lalu. Justeru, kata Wan Azizah, BN perlu ditolak secara total sebagai peneraju kepimpinan negara. | ||||
Isteri Azizan dan Mukhriz tiba serentak di pusat pembuangan undi Bukit Besar Posted: 03 Nov 2013 08:32 PM PST Isteri bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tiba serentak di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar pada 11 pagi ini. Faekah sejurus tiba singgah di pondok semakan daftar pemilih PAS untuk menyemak namanya sebelum menuju terus ke pusat pembuangan undi di SK Bukit Besar. Bukit Besar adalah kubu kuat PAS sejak dimenangi mereka pada tahun 1995, serta dianggap deposit tetap setiap kali pilihan raya. Dalam pada itu, Mukhriz juga tiba di SK Bukit Besar bersama penyokong Barisan Nasional (BN) sekitar jam 10.30 pagi dan berkunjung ke markas operasi yang tidak jauh daripada pusat pembuangan undi. Kehadirannya disambut dengan laungan semangat "Hidup BN" oleh para penyokong yang berada di situ. Beliau yang ditemui menyeru agar para pengundi supaya keluar mengundi awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan serta memberikan semangat kepada perayu undi yang bertugas. "Saya harap pengundi keluar awal dan lebih ramai lagi yang keluar, ramai yang boleh bantu kemenangan," kata Mukhriz. Hari ini penduduk Sungai Limau keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah selepas penyandangnya arwah Tan Sri Azizan Razak kembali ke rahmatullah. Pilihan raya kecil kali ini adalah yang pertama sejak ia dipegang oleh bekas menteri besar Kedah sepenggal itu, masyarakat kampung di sini teruja dan terkejut apabila menjadi tumpuan seluruh negara. Seramai 27,222 pengundi di Sungai Limau akan membuang undi hari ini, daripada jumlah keseluruhan pengundi, 93% adalah Melayu, 6% Cina manakala selebihnya adalah kaum India dan lain-lain. | ||||
Lagi serangan Utusan Malaysia terhadap GLC, kali ini pemimpin pelajar Posted: 03 Nov 2013 08:24 PM PST Bukan lagi rahsia apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih berminat untuk membantu syarikat bukan Bumiputera, dakwa seorang pemimpin pelajar dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim, mendakwa keengganan GLC membantu syarikat Bumiputera kini diketahui ramai dan mengingatkan syarikat yang menjadi milik negara tidak mengamalkan pilih kasih apabila menawarkan pekerjaan. Beliau turut memberi amaran jika trend ini berterusan, ia bakal memberi kesan negatif terhadap usaha kerajaan meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti Melayu. "Menggunakan contoh kami sendiri, kami pernah meminta bantuan GLC untuk pelancaran program pendidikan. Sebaliknya mereka bertanya apa yang akan diperoleh mereka jika mereka menolong kami. "Ini menunjukkan mereka lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab sosial membantu orang Melayu," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia hari ini. Jais turut merujuk kepada salah satu GLC yang dakwanya memberikan 70% pembangunan projek di Tanjung Tokong, Pulau Pinang kepada bukan Bumiputera. "Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya kecewa dengan tindakan GLC itu. Tiada lagikah syarikat Melayu yang mampu melakukan kerja dengan memberikan lebih separuh kerja projek kepada bukan Bumiputera," katanya. Utusan Malaysia mula menyerang beberapa GLC termasuk laporan Awang Selamat semalam yang enggan mengiklankan produk mereka dalam akhbar berbahasa Melayu. Menggunakan alasan bahasa kebangsaan, Awang Selamat berkata GLC berkenaan umpama melupakan jati diri mereka dan asal usul penubuhan syarikat berkenaan. "Ramai peneraju GLC itu seperti sudah hilang jati diri dan lupa hakikat kewujudan GLC itu sendiri. Mereka menyerahkan penentu iklan misalnya kepada pihak industri terutama agensi yang banyak dikawal ekspatriat, golongan rasis dan liberal yang tidak bertunjangkan perlembagaan," katanya. Memetik Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Awang Selamat turut berkata beberapa bank ternama dan syarikat telekomunikasi kurang mengiklan di akhbar berbahasa Melayu. "Awang pun sudah hilang rasa setia menjadi pelanggan Celcom. Pilihan terbentang luas. Untuk apa lagi menyokong GLC yang lesu agenda mendaulatkan bahasa dan pemerkasaan ekonomi Bumiputera," katanya. "Mesejnya, GLC telah memperkatakan pihak yang salah kerana membenarkan diri terperangkap dalam putaran ganas yang dicaturkan oleh industri iklan. Isu berkaitan keengganan GLC mengiklan dalam akhbar berbahasa Melayu bermula apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa syarikat berkenaan membantu survival akhbar dengan meletakkan iklan mereka dalam akhbar berkenaan semasa perasmian bangunan baru Utusan Malaysia. The Malaysian Insider juga telah melaporkan Putrajaya telah membuat "pusingan U" daripada kenyataan terbabit apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, dalam jawapan bertulis mengatakan kerajaan tidak pernah mencadangkan Utusan diberikan keutamaan bagi tujuan pengiklanan. Setiausaha Publisi Kebangsaan DAP Tony Pua berkata gesaan Najib menunjukkan akhbar berkenaan kehilangan pembaca disebabkan laporan yang bersifat perkauman. Malah, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dalam laporan Utusan turut menggesa CEO GLC yang enggan mengiklan dalam akhbar Melayu akan dipecat. "Jadi POKB mahu Kementerian Kewangan lebih tegas dalam memastikan saranan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu dipatuhi dan memecat mana-mana CEO GLC ingkar dan sengaja mengabaikan tanggungjawab mereka," katanya. | ||||
Tertekan dengan kritikan, Felda henti beli hotel Posted: 03 Nov 2013 03:44 PM PST Gergasi perladangan negara akan berhenti daripada melabur dalam sektor hospitaliti selepas menerima kritikan ekoran pembelian kompleks apartmen bernilai £98 juta (RM497 juta) di London, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim (gambar). Beliau berkata, syarikat perladangan kelapa sawit itu kini hanya akan memberikan fokus kepada hotel milik mereka yang stabil dengan dua daripadanya terletak di dalam negara. "Buat masa ini, Felda tidak merancang untuk membeli mana-mana hotel. Konglomerat itu hanya akan fokus kepada hotel sedia ada beroperasi," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen minggu lepas. Felda kini memiliki tiga hotel - Hotel Seri Costa di Melaka dengan nilai belian berjumlah RM24 juta, Hotel Grand Borneo di Sabah bernilai RM86 juta, dan Apartment Service Plaza di Bayswater, London yang bernilai RM500 juta. Kesemuanya dibeli sejak setahun lalu. Sejak 1990 menurut Razali, Felda melalui anak syarikatnya menguruskan enam kediaman di Perak, Terengganu, Johor, Pahang, dan Sabah. The Malaysian Insider melaporkan berkenaan pembelian di London yang mengejutkan pemain industri dengan harga terlalu tinggi dibuat oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties. Lokasi berkenaan adalah popular di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di London. Pengkritik berkata, Felda seharusnya melabur dalam bidang yang berkaitan kepakaran mereka iaitu pertanian berbanding hartanah mahupun pelancongan. Menjelaskan pembelian tersebut, Razali berkata, Felda mahu bersaing dalam sektor pelancongan dalam dan luar negara sebagai usaha mengukuhkan perniagaan yang bukan menjadi teras mereka. Sehubungan itu, syarikat berkenaan telah memilih Melaka dan Sabah untuk industri pelancongan sebelum melebarkan sayapnya ke United Kingdom, yang dirasakan mempunyai potensi. Sebelum itu Razali menegaskan pelaburan di London akan membuahkan hasil, namun tidak memberi sebarang anggaran. "Kos membeli apartment adalah £98 juta (RM502 juta), namun perkiraan atas kertas adalah £115 juta dan menurut kajian kami, lokasi tersebut akan membawa keuntungan kerana kadar sewaan sebanyak 90% setiap bulan. "Pelaburan adalah peluang untuk anak syarikat, namun saya tidak dapat menjawab sama ada pelaburan berkenaan akan memberikan keuntungan atau capex akan mencukupi," katanya. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanya kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad untuk mendapatkan "sebab sebenar" di sebalik keputusan Felda melabur sehingga hampir RM600 juta dalam sektor hospitaliti, dengan mengatakan syarikat perlu memaklumkan kepada peneroka yang berjumlah sejuta orang. Isa mempertahankan pembelian hotel berkenaan dan mengatakan ia bukanlah isu luar biasa. "Tabung Haji turut membeli beberapa unit bangunan di London," katanya. Beliau turut berkata apartment berkenaan berada di kedudukan tertinggi dalam jaringan rangkaian enjin carian Google dan 75% adalah pembelian dalam talian. The Grand Plaza adalah apartmen mewah terbesar di London yang mengandungi 198 unit meliputi 13 peringkat dengan keluasan lebih 105,044 kaki persegi. Terletak berhampiran stesen keretapi bawah tanah Bayswater, ia mempunyai purata kadar diduduki sebanyak 90% setiap bulan. | ||||
Tiket palsu: 50 penyokong TRW, Pahang ditahan Posted: 03 Nov 2013 03:35 PM PST SINAR HARIAN LEBIH 50 penyokong pasukan Kelantan dan Pahang ditahan setakat pukul 5 petang ini atas kesalahan menggunakan tiket palsu dan membawa bahan larangan seperti mercun serta bunga api ke Stadium Shah Alam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kira-kira 40,000 hingga 50,000 penyokong daripada kedua-dua pasukan telah memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan kedua-dua pasukan malam ini. Katanya, jumlah anggota polis mencukupi bagi memantau keadaan dan keselamatan di kawasan stadium sepanjang perlawanan itu. "Ingin saya nasihatkan kedua-dua penyokong agar jangan membuat sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kekacauan atau membawa barangan terlarang ke dalam stadium," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini. Mengenai isu intipan pihak luar terhadap kepentingan negara, beliau berkata tindakan sepatutnya akan diambil sekiranya pihak dari negara luar mengintip tahap keselamatan negara. Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menjalin kerjasama rapat dengan negara luar termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Kanada. PDRM, katanya, sentiasa bertukar-tukar maklumat berkenaan pelbagai isu seperti dadah dan keganasan. "Kita juga jalin kerjasama keselamatan dengan negara-negara seperti Mesir, China, Jepun dan Korea bagi menguatkan lagi keselamatan negara," katanya. Isu itu timbul berikutan laporan akhbar mengenai dakwaan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur. - Bernama | ||||
GST : Kos perubatan juga bakal meningkat Posted: 03 Nov 2013 03:25 PM PST SHAH ALAM : Dakwaan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa kos perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak akan meningkat dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 adalah tidak berasas. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tee Zin, berkata walaupun ubat-ubatan tidak dikenakan GST tetapi pembungkusannya tetap dikenakan GST. Katanya, malahan dengan kenaikan kos pengangkutan ia juga akan menjadi penyebab kepada kepada kenaikan kos perkhidmatan kesihatan. "Kos penghantaran ubatan juga akan naik sebab ada GST, malahan kos kepada pengeluar juga dikenakan GST, walaupun ubatan tidak dikenakan GST tetapi ia kesemuanya akan ditanggung kepada pembeli," kata Sim ketika dihubungi TVSelangor. Sim berkata, kadar pengenalan sebanyak 6 peratus yang diumumkan Kerajaan Pusat adalah tinggi. Katanya, Negara Jepun pada peringkat awal memperkenalkannya hanya pada kadar tiga peratus pada 1989 selepas 24 tahun masih hanya lima peratus. "Kadar GST negara kita terlalu tinggi, kadar yang bersesuaian yang sepatutnya dikenakan kerajaan adalah empat peratus," kata beliau. Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Umno-BN perlu menangani isu rasuah, pembaziran melampau wang rakyat dan memperbaiki kualiti taraf hidup rakyat sebelum melaksanakan GST. Anwar berkata, kaedah melaksanakan GST pada ketika ini tidak kena pada masanya kerana masalah kebocoran dan ketirisan dalam kerajaan masih belum diatasi.-EZY | ||||
Keputusan PRK DUN Sungai Limau Dijangka Umum 9 Malam Isnin - SPR Posted: 03 Nov 2013 03:20 PM PST MSTAR ONLINE YAN: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dijangka dapat diumumkan kira-kira pukul 9 malam, Isnin. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau juga berpuas hati dengan persediaan SPR bagi pengundian PRK pada Isnin. Berdasarkan tinjauan petang Ahad, kesemua pusat mengundi, saluran mengundi telah pun lengkap disediakan, selain pegawai yang akan bertugas esok telah dilatih dengan baik, katanya ketika ditemubual secara langsung oleh Berita Perdana RTM1 di Studio Mini RTM, di sini malam Ahad. "Kita cuma berharap mereka masing-masing akan dapat bertugas pada masa ditetapkan, kerana selewat-lewatnya pusat mengundi mesti dibuka pukul 8 pagi," katanya. Beliau turut menasihatkan pemimpin dan penyokong parti yang bertanding supaya menghormati peratuan berkempen yang berakhir tepat pukul 12 tengah malam Ahad. "Dan kepada pengundi, kita harap mereka bersedia dengan maklumat seperti saluran mengundi, sekolah pusat mengundi dan nombor siri undian mereka, selain tidak lupa membawa kad pengenalan, esok," katanya. Sementara itu, bercakap kepada Bernama mengenai bekalan elektrik sepanjang pengundian dan pengiraan undi pada Isnin, Abdul Aziz berkata, Tenaga Nasional Berhad(TNB) telah diberi tanggungjawab bagi memastikan tiada gangguan sepanjang tempoh tersebut. Katanya, TNB membuat persediaan awal dengan menyediakan 18 set generator untuk ditempatkan di pusat penjumlahan undi serta di pusat pengundian DUN Sungai Limau. Beliau berkata, SPR sememangnya sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk gangguan bekalan elektrik. - BERNAMA | ||||
Pahang Rangkul Juara Piala Malaysia 2013 Posted: 03 Nov 2013 03:18 PM PST SHAH ALAM: Pahang berjaya menjulang trofi Piala Malaysia selepas 21 tahun dengan menewaskan Kelantan 1-0 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, di sini malam Ahad. Anak buah Dollah Salleh mencatat kemenangan tipis hasil jaringan tunggal penyerang kelahiran Argentina, Matias Conti pada babak kedua permainan. Kejayaan ini pastinya memusnahkan impian pasukan Kelantan untuk mempertahankan trofi ini yang dijulang tahun lalu. Pada aksi perlawanan ini, keadaan padang yang basah menyaksikan permainan sedikit terencat memandang semua pemain kelihatan berhati-hati dalam melakukan gerakan. Namun barisan pemain-pemain Pahang mula melakukan serangan selepas sepuluh minit permainan. Minit ke-20 rembatan kencang Azamuddin melambung tinggi, sebelum kapten Kelantan Badri Radzi (m-25) menyempurnakan sepakan percuma namun terbias ke benteng pertahanan. Peluang Pahang untuk mencatat jaringan sulung hadir pada minit ke-27, namun Conti gagal menanduk hantaran tinggi daripada Gopinathan. Minit ke-35 Norfarhan cuba melakukan serangan kencang namun berjaya ditepis penjaga gol Pahang, Khairul Azhan. Kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang gol pada separuh masa pertama dengan mempamerkan permainan yang seimbang. Bersambung ke babak kedua, Pahang bangkit dengan corak serangan cuba mengucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan dan menguji gawang Khairul Fahmi Che Mat. Conti, 23, berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-58 melalui tandukannya yang gagal ditepis Khairul Fahmi. Pasukan Kelantan di bawah bimbingan Bojan Hodak kelihatan gagal menguasai posisi tengah, ditambah pula dengan kawalan ketat setiap pemain yang menyukarkan pergerakan mereka. Percubaan skuad Kelantan untuk mencari gol penyamaan gagal dilakukan biarpun banyak peluang terbaik dicipta di depan gol lawan. Pahang kekal dengan kedudukan 1-0 sehingga permainan berakhir. Kejayaan ini juga merupakan trofi ketiga Pahang selepas turut mencatat kemenangan pada tahun 1983 dan 1992, manakala aksi ketujuh skuad Tok Gajah ini di pentas akhir. Senarai Pemain Kelantan: Azizi Mat Rose, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Zairo Anuar Zalani, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmin Che Mat, Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak Pahang: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar, Damon Deland Stewart, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren, Matias Ruben Conti, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R.Gopinathan | ||||
Sg Limau: SPR dan SPRM tidur, rasuah berleluasa Posted: 03 Nov 2013 03:11 PM PST
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi 'kayu mati' yang gagal menghalang rasuah pilihan raya yang berlaku secara berleluasa dalam PRK N20 Sungai Limau. "Pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit, dan barangan atas pelbagai nama," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan. Tambahnya, SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku. "Alasan bodoh yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah," katanya dalam satu kenyataan. Kata beliau lagi, kegagalan Malaysia untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar telah jadi bahan ketawa pemerhati asing. Kini, ujarnya ia telah menjadi budaya yang diterima oleh umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihanraya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka. Beliau menambah, bila mana kekuasaan diperolehi melalui rasuah dan salah guna kuasa, bagaimana pemimpin tersebut akan tampil menentang rasuah. Mustahil berlaku Akibatnya, kata Tuan Ibrahim rasuah semakin membesar dan kini menjadi barah dalam setiap sektor. Tambah beliau lagi, ternyata perubahan nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM hanyalah sekadar penukaran botol tapi isinya masih sama, kerana pemimpin yang rasuah tidak akan menggubal peraturan dan undang-undang bagi mencegah rasuah, dan agensi yang diamanah pula terikat dengan peraturan yang ada. "Ada yang berkata rakyat akan berubah apabila pemimpin berubah. Tapi bagi PAS, pemimpin akan berubah kalau rakyat berubah. "Budaya salah guna jentera kerajaan untuk kempen BN akan berhenti jika rakyat ambil pendekatan tidak menyokong penyalahgunaan sebegini," ujar beliau lagi. Justeru, beliau berharap para pengundi Dun Sungai Limau dapat menghantar isyarat jelas menolak calon BN bagi menyatakan tentangan mereka kepada amalan rasuah. | ||||
Ustaz Azam seru pengundi keluar awal Posted: 03 Nov 2013 03:09 PM PST
Katanya, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di sebelah petang, peluang mengundi lebih awal adalah waktu terbaik untuk pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. Selain itu, beliau juga meminta para pengundi yang berada di luar agar pulang bagi memastikan legasi perjuangan PAS dapat diteruskan. "Membuat pilihan yang bijak, terus memilih PAS agar segala apa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dapat kita teruskan. Ingat satu undi adalah satu bantah kenaikan harga barang," jelasnya ketika ditemui semalam. Katanya, Allahyarham Ustaz Azizan berada pada satu tahap nilai tersendiri dan sukar untuk mencari pengganti yang seratus peratus menyamai beliau. Namun, beliau yakin dengan sokongan dari semua pihak, jentera, ahli dan rakan-rakan Pakatan Rakyat termasuk rakyat Dun Sungai Limau akan memberi semangat baru kepadanya meneruskan amanah yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Azizan. "Kita belajar dari Allahyarham Ustaz Azizan di mana beliau amat mendekati pengundi di sini, harapan beliau agar penduduk dan pemimpin berada dekat dengan rakyat. "Beliau mahukan setiap masalah rakyat didengari, rakyat senang mendekati pemimpin dan tidak ada sebarang protokol yang boleh memisahkan pemimpin dengar rakyat. "Itu yang kita pelajari dan akan kita teruskan sampai bla-bila, harapan saya agar pengundi di sini mengambil peluang dan berfikir matang dalam membuat keputusan esok (hari ini)," jelasnya. Justeru, beliau mengharapkan pengundi memberi sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS agar isyarat bantahan terhadap tindakan kerajaan menekan rakyat dapat diperolehi. Tegasnya, kebajikan rakyat perlu diutamakan dan mereka perlu meletakkan hari pengundian hari ini sebagai hari protes rakyat kepada kerajaan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan