Khamis, 28 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pertemuan MB dengan PM bincang agenda rakyat - Exco

Posted: 28 Nov 2013 03:21 PM PST


ASLANI M 


KOTA BHARU: Agenda rakyat dibincang pada pertemuan rombongan kerajan Kelantan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi tadi.

Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan yang menyertai sama pertemuan tersebut berkata, perbincangan menyentuh kerjasama untuk faedah rakyat di Kelantan.

Antaranya keperluan asas termasuk rumah, lebuh raya, bekalan air, lapangan terbang, ECER, permohonan menaik taraf KIAS kepada kolej universiti dan pelaksanaan perundangan Syariah di Kelantan.

"Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan tertib. Perjumpaan tersebut antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukan antara Umno dan PAS.

"Sebagaimana Menteri Besar jelaskah ia adalah lawatan mahabbah antara ketua kerajaan negeri dengan ketua kerajaan di peringkat pusat," katanya dalam laman sosialnya.

Turut hadir pada pertemuan itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota Exco, Datuk Hanifa Ahmad.

Selain itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Difahamkan sebelum ini, Menteri Besar Kelantan menghantar beberapa pucuk surat bagi mengunjungi hormat Perdana Menteri dan ia akhirnya menjadi kenyataan hari ini.

Dr Fadzli berkata, pertemuan bersejarah itu tidak dapat diadakan tanpa kedua-dua pihak mengambil tanggungjawab secara bersama dan ikhlas.

PAS Wilayah gerak kempen tolak kenaikan cukai DBKL

Posted: 28 Nov 2013 03:19 PM PST

azmi 


KUALA LUMPUR: Rakyat khususnya warga kota diminta tidak berasa selesa dengan pengumuman kerajaan untuk menangguhkan kenaikan cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, penduduk sebaliknya perlu mengambil peluang untuk mengadakan bantahan agar cukai pintu tidak dinaikkan.

"Pengumuman penangguhan kenaikan kadar cukai pintu bukan berita baik untuk rakyat jadi kita jangan keliru.

"Menteri umum untuk tangguhkan sahaja, lambat laun akan laksanakan juga," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sedang mengadakan Kempen 'Jom Bantah Kenaikan Cukai Pintu' dengan mengumpul tandatangan penduduk untuk diserahkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Selain itu katanya, contoh surat bantahan juga akan diedarkan kepada penduduk supaya mereka dapat menyediakan surat bantahan kepada DBKL.

"Bantahan perlu dilakukan secara bertulis jadi kita edarkan contoh surat bantahan kepada penduduk dan kita juga minta penduduk isi nama, alamat dan nombor akuan cukai pintu sebelum ini untuk diserahkan kepada DBKL.

"Kita tak ada banyak masa kerana tarikh akhir bantahan sehingga 17 Disember. Jadi pusat khidmat perlu bergerak segera termasuk buka kaunter di pasar malam dan pasar pagi," kata bekas calon Parlimen Titiwangsa pada PRU13 lalu.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata penangguhan itu diputuskan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dapat dilaksanakan bermula Januari hingga Mac depan.

Warga kota bagaimanapun katanya, masih boleh mengemukakan bantahan atau aduan seperti mana yang ditetapkan iaitu sehingga 17 Disember.

Tambah Ahmad Zamri lagi, cadangan kenaikan ini akan membebankan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Saya katakan, inilah pakej hadiah kemenangan BN untuk rakyat selepas menang PRU13. Cukai pintu mahu dinaikkan, tahun depan tarif elektrik pula akan dinaikkan.

"Isu ini isu rakyat, melangkaui isu politik jadi saya minta semua pihak memainkan peranan untuk menjayakan bantahan kita," katanya.

Boleh naik gaji tapi biar munasabah - Muslimat PAS

Posted: 28 Nov 2013 03:18 PM PST

SAIDAH HAIRAN 


SHAH ALAM: Kenaikan gaji Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terlalu tinggi dan tidak relevan di saat rakyat sedang menghadapi pelbagai tekanan hidup akibat kenaikan harga barang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan, kerajaan Selangor sepatutnya memikirkan keperluan rakyat terlebih dahulu kerana masih ramai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan.

"Kenaikan gaji itu boleh dilakukan tetapi tidak wajar dinaikkan sehingga ke tahap yang tidak munasabah," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, kenaikan gaji Timbalan Speaker sebanyak 300 peratus iaitu daripada RM3,327.50 kepada RM15,570 sedangkan jawatan itu tidak berkhidmat secara langsung terhadap rakyat. 

Katanya, lebih elok jika duit kenaikan itu disalurkan kepada pembangunan ekonomi membantu ibu-ibu tunggal dan rakyat miskin serta boleh menurunkan indeks kemiskinan rakyat Selangor.

Beliau berkata, berbanding jawatan Ketua Kampung yang melakukan kerja hampir sepenuh masa menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya diberi elaun sebanyak RM800.

"Elaun Ketua kampung amat tidak sesuai dengan keadaan sekarang dengan pelaksanaan GST. Sepatutnya mereka ini yang diberi keutamaan kenaikan gaji," tegasnya.

Tambah beliau, kenaikan gaji Exco pula meningkat 231 peratus iaitu daripada  RM6,109.29 bakal meningkat kepada RM20,250 dan mereka juga mendapat elaun tambahan.

"Sepatutnya Menteri Besar membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengumumkan kenaikan gaji," tegasnya.

Beliau berharap dengan kenaikan gaji bermula tahun hadapan, semua Exco dan Adun perlu melipat gandakan kerja berkhidmat untuk rakyat bukan melakukan kerja dengan tahap yang sama.

"Saya harap motivasi kerja lebih kuat. Semua Adun dan Exco juga perlu ingat mereka menang dan berada di atas disebabkan pengorbanan dan sokongan daripada ahli atau aktivits parti, bukan atas kehebatan masing-masing," katanya.

Gaji Menteri Besar berjumlah RM14,175.15 bakal meningkat kepada RM29,250 iaitu pada kadar 106.4 peratus, Speaker Dewan (RM6,109.29 meningkat 268 peratus kepada RM22,500).

Melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan itu, saraan bagi setiap Adun mengikut Seksyen 3 juga dipinda, daripada RM6,000 kepada RM11,250 atau kenaikan 87.5 peratus.

Tok Guru Nik Aziz kunjungi lelaki berusia 160 tahun

Posted: 28 Nov 2013 03:16 PM PST



Foto Zamani Mohd Zain 


TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.

Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.

Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

"Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas," katanya di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.

Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

"Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.

"Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.

"Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula," katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.

Gaji MB Selangor lebih rendah dari Sarawak - Abdul Khalid

Posted: 28 Nov 2013 03:10 PM PST

Harakahdaily 


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan negeri menaikkan gaji Menteri Besar, anggota Exco, speaker dan timbalan speaker yang dianggap masih rendah dan munasabah.

Beliau berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima Adun serta anggota pentadbiran negeri Sarawak, lapor Bernama.
   
"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.
   
"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya kepada pemberita di lobi Dun Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa gaji baru beliau lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
"Gaji di Selangor dikira berdasarkan formula 75 peratus daripada kenaikan yang diterima di Sarawak.
   
"Sebagai contoh kalau gaji ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah RM29,000.
   
"Selain itu, sejak lima tahun lepas kita dapat kutip hutang yang sebelum ini gagal dikutip kira-kira RM500 juta. Dengan 10 peratus daripada hasil kutipan hutang ini, kita sudah dapat bayar gaji ini," katanya.

Sementara itu beberapa anggota pembangkang Dewan Negeri (Adun) Selangor hari ini berbeza pendapat dengan ketua pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) berhubung isu kenaikan gaji itu.

Shamsuddin seperti dilapor Selangorkini menganggap kenaikan saraan untuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Speaker dan Timbalan Speaker juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu adalah berpatutan serta wajar  namun beberapa Adun BN menganggapnya tidak wajar dan terlampau tinggi.

Adun Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus berkata berdasarkan kenaikan gaji dan elaun bagi tiga jawatan itu, timbalan speaker DUN mencatatkan peratusan kenaikan tertinggi iaitu 373 peratus bersamaan RM15,750 sebulan daripada RM3,327.
   
"Begitu juga dengan gaji menteri besar yang naik 106 peratus iaitu RM29,250 daripada RM14,175 sebulan diikuti gaji Speaker DUN yang turut naik mendadak pada kadar 268.3 peratus iaitu kira-kira RM22,500 daripada RM6,109 sebulan.
   
"Bagi saya, kenaikan (bagi ketiga-tiga jawatan ini) tidak mengambil kira denyut nadi rakyat di peringkat bawahan yang masih memerlukan lebih pembelaan daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di luar sidang dewan di sini.

Adun Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz pula berkata peratusan kenaikan gaji itu sepatutnya diselaraskan dan bukan hanya untuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker, lapor Bernama.
   
"Melihat gaji menteri besar, speaker dan timbalan speaker, kadar kenaikannya jauh lebih tinggi. Sepatutnya, kalau semua naik, maka peratusannya perlu selaras serta munasabah bagi semua jawatan," katanya.

Namun, Johan bersetuju dengan kenaikan gaji termasuk elaun bagi Adun di negeri ini yang mendapat pertambahan 87.5 peratus iaitu RM11,250 daripada RM6,000 sebulan kerana sebahagiannya mungkin dipulangkan semula kepada rakyat atas peranan serta tanggungjawab seorang wakil rakyat.

Perbelanjaan Kementerian Pelancongan Untuk Cardiff Dibenarkan - Nazri

Posted: 28 Nov 2013 03:03 PM PST




 
Nazri Aziz
 
 
KUALA LUMPUR: Jersi tajaan bernilai RM15 juta oleh Kementerian Pelancongan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff adalah dibenarkan dari segi menjana pulangan pendapatan negara, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Kami merasakan bahawa perbelanjaan itu adalah wajar jika anda mengambil kira RM15 juta untuk iklan yang membawa pendapatan pelancongan berjumlah RM65 bilion," katanya ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Hee Loy Sian (PKR- Petaling Jaya Utara ) ketika menggulung ucapan belanjawan kementerian di Parlimen pada Khamis.

Hee mempersoalkan penajaan jersi oleh kementerian kepada penyokong dengan menyatakan ia adalah satu pembaziran kerana wang itu boleh digunakan dengan cara yang lebih kreatif.

"Mengapa tidak ada penajaan untuk pasukan bola sepak lain seperti Liverpool atau Manchester United?."

"Adakah penajaan semata-mata untuk membantu mempromosikan pasukan milik Tan Sri Vincent Tan?," kata Hee.

Mohamed Nazri berkata kementerian telah menghubungi kelab bola sepak Cardiff ketika pasukan masih di peringkat Divisyen Pertama untuk mempromosikan negara ini.

"Mereka bersetuju untuk memaparkan perkataan 'Malaysia' pada jersi mereka secara percuma.

"Bagaimanapun, pasukan itu menghubungi kami untuk penajaan apabila memasuki liga perdana dan kita hanya bersetuju jika perkataan 'Visit Malaysia' dipaparkan pada jersi mereka," katanya.

Beliau menambah pasukan bola sepak itu bermain lebih dari 60 perlawanan menggunakan jersi promosi berkenaan di mana secara global, lebih dua bilion penonton yang melihatnya.

Beliau berkata tahun lepas, kira-kira 420,000 pelancong British melawat ke negara ini dengan purata perbelanjaan RM1.5 bilion.

"Penajaan ini tiada kaitan dengan dia (Vincent Tan), ia kerana Malaysia" katanya.

Kelab bola sepak Cardiff ditubuhkan pada tahun 1899 dan telah dinaikkan ke LIga Perdana Inggeris untuk musim 2013/2014 berikutan pengambilalihan kelab oleh Vincent Tan pada tahun 2012.

Hari Nuzul Al-Quran Hari Kelepasan Am Ketiga-Tiga Wilayah Persekutuan Mulai 2014

Posted: 28 Nov 2013 02:57 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun depan.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis mengumumkan hari kelepasan am tersebut telah pun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan tersebut pada 3 Februari 2014, iaitu pada hari Isnin, berikutan pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada hari Sabtu, 1 Februari, 2014.

Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.

"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

RAKYAT SABAH HARUS REDHA 'KATAK-KATAK' ITU DITERNAK OLEH BN

Posted: 28 Nov 2013 02:38 AM PST

 
 
AKU sedikit pun tidak terkejut jika terlalu banyak 'katak' di Sabah.  Isu terbaru 11 Ketua Cabang PKR dan orang-orangnya telah istihar keluar parti, sedikit pun tidak mengejutkan kerana di Sabah bab kehebatan melompat ini memang tidak boleh ditandingi sebelum PKR bertapak di Sabah lagi.  
Pemimpin PBS sendiri mesti setuju dengan pendapat aku, bahkan parti awal yang hebat seperti USNO pun sudah lali dengan spesis katak ini.  Aku boleh terima ada di antara mereka yang melompat keluar PKR itu menyalahkan sikap campurtangan beberapa pimpinan PKR Pusat yang keterlaluan di negeri tersebut kerana bukan saja di Sabah, di negeri-negeri Semenanjung pun ada pimpinan Pusat yang cuba menjadi Pengarah mencatur orang-orangnya termasuk untuk menjadi calun Pilihanraya.  Itu memang aku akui.  
Aku hampir percaya tindakan mereka itu adalah kerana sikap tidak betul beberapa pimpinan Pusat, tetapi apabila mereka mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyokong Bn iaitu kerajaan 47% ini, kepercayaan aku langsung hilang terhadap alasan mereka.  Kini aku lebih yakin mereka melompat keluar kerana mereka tidak tahan mengalami kesukaran perjuangan, dan mereka mahu hidup lebih senang dan berjuang dengan mudah di bawah kerajaan yang majoriti rakyat telah pun tolak itu.  Aku tidak tuduh mereka diberi imbuhan untuk keluar parti, tetapi jika ada yang mendakwa sedemikian aku tidak sukar untuk bersetuju dengan pendapat mereka.  
Kita tidak pelik rakyat Sabah semenjak dulu hingga sekarang masih ditakuk lama kerana perangai orang-orang politik mereka yang seolah-olah 'badi katak' turun temurun.  Rakyat Sabah harus ubah tabiat ini.  Kita di Semenanjung tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah tabiat pelik orang-orang politik di Sabah yang suka melihat rakyat Sabah terus diperkudakan asalkan mereka senang lenang.  Apa pun ini tidak bererti PKR mesti berputus asa di Sabah.  Tidak semua rakyat Sabah murah harga diri.  PKR mesti terus mencari pemimpin Sabah dari akar umbi yang telah sekian lama teruji dengan kesusahan perjuangan.  Jangan pilih yang sudah biasa senang untuk dilantik sebagai pemimpin walaupun mereka berpendidikan tinggi atau berpengalaman politik kerana orang seperti ini tidak boleh merasai kesusahan.
Ini bukan bermakna kita mesti pilih orang miskin sebagai pemimpin.  Ada juga orang miskin yang tiada harga maruahnya.  Orang miskin yang sanggup jual maruah diri demi perut pun melambak di Sabah.  Terpulanglah kepada rakyat Sabah pemimpin bagaimana yang mereka harapkan untuk membawa perjuangan PKR bagi mengubah nasib rakyat Sabah.  Rakyat Sabah perlu melihat Selangor atau P.Pinang di bawah PR.  Tidakkah mereka mahu Sabah menjadi seperti kedua-dua negeri itu?  Jika mahu, redhakan saja katak-katak itu diternak oleh Umno/Bn, kita terus melangkah ke hadapan.

Walaupun suara serak, MB tetap jawab soalan Dewan

Posted: 28 Nov 2013 02:07 AM PST

Oleh : NAZLI IBRAHIM
 
SHAH ALAM: Sekalipun hampir hilang suara dan bernada serak, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN termasuk dari BN-Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

pc khalid dun

 "Tidak boleh cakap panjang tetapi Insya Allah saya tetap akan jawab. Saya akan terangkan kelemahan sebelum ini ialah tidak meninjau kelemahan belanjawan secara total," katanya menceriakan Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Memberi jawapan kepada soalan Sulaiman berkaitan rizab simpanan , beliau berkata, kerajaan negeri bercadang memberi latihan pengurusan kewangan kepada semua ADUN Selangor bagi meningkatkan keupayaan mereka mengawal kewangan.

Abdul Khalid yang juga ADUN (PKR-Pelabuhan Klang) berkata, latihan itu penting bagi memastikan dana rakyat dibelanja dengan betul dan lebih mudah untuk mengesan kesilapan dalam pengurusan kewangan.

Semalam, beliau mengambil masa hampir dua jam bagi membentang Belanjawan Selangor 2014 iaitu belanjawan keenam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Belanjawan yang dijadual selesai sebelum jam 1 tengah hari itu terpaksa dilanjutkan sehingga jam 1.30 tengah hari.

Abdul Khalid turut menjawab beberapa soalan berkenaan potfolionya dalam sesi soal jawab secara lisan, malah menjawabnya secara panjang lebar sekalipun mengalami sakit tekak.NFN FZL

Najib Guna Stail Kudeta Perak Kukuhkan BN Di Sabah

Posted: 28 Nov 2013 01:56 AM PST


Pemimpin 11 Cabang PKR Sabah Keluar Parti, Sokong BN

KELAB GREENBOC
 
 
Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti semalam dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.

Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katanya. Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Hanya wakil Beluran tidak hadir.

Turut serta ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 Nov lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.

Najib berkata turut sama mengisytiharkan keluar parti pada hari ini ialah bekas anggota Parlimen Bandau Henry Madatang dan calon PKR Parlimen Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Jomi Kamadan.

Beliau telah dimaklumkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka atas keyakinan untuk mengalih sokongan kepada BN dan ini menggambarkan usaha kita untuk melakukan perubahan dan transformasi kepada negara khususnya Sabah, mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka.

"Mudah-mudahan dengan ini BN akan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat Sabah," katanya.

Najib berkata tindakan mereka keluar parti tidak sekali-kali dipengaruhi BN.

"Tak mungkin, sebab mereka sudah hilang kepercayaan (kepada parti PKR), itu pokoknya," katanya.

Ditanya sama ada PKR akan terus lumpuh dengan perkembangan itu, beliau berkata PKR akan cuba mengumpulkan semula kepimpinan parti itu di Sabah tetapi kekuatan sebenar parti terletak kepada pemimpin yang keluar PKR hari ini dan mereka yang bakal keluar parti. - BERNAMA

ULASAN GB

Ini stail Najib berpolitik.

Tak perlu susah-susah nak pujuk rakyat sokong BN yang umum sudah tahu rakyat takkan beri sambutan terhadap pujukan itu. Cara paling mudah, kepala-kepalanya dipegang dulu, sama macam kudeta di Perak satu ketika dulu. Apa bezanya? Najib jugak yang ada di sidang media berkenaan, tak begitu?

Cara yang paling tidak bermaruah... tapi itu sudah menjadi stailnya... matlamat menghalalkan cara...

Hukum kebenaran dan keadilan akan menjelaskan kaedah itu tidak mampu menyelamatkan Najib dan UMNO kerana ia bukan sokongan akar umbi yang sebenarnya.

"You may go...I stay!!"

Posted: 28 Nov 2013 01:44 AM PST

ASPAN ALIAS



Masalah yang di sebut di khalayak ramai sekarang ini lebih besar dari isu-isu yang rakyat perbahaskan sebelum pilihanraya yang lalu. Isu-isu bertambah besar dan berat kerana ia melibatkan janji-janji pihak yang memenangi pilihanraya itu. Tidak usah kita kritik pembangkang jika ada lagi janji-janji mereka tidak tertunai kerana mereka tidak dapat untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Tetapi yang menjadi isu sekarang ini ialah janji-janji BN khususnya Najib Razak, kerana janji-janji BN jika benar dilaksanakan, masakan masalah dan persekitaran politik negara bertambah meruncing.


Janji-jani Najib itu bukannya janji yang susah hendak dilaksanakan jika beliau dan kabinetnya menguruskan negara dengan baik. Rakyat telah memberi lagi peluang kepada BN dalam PRU yang lepas, tetapi kali ini juga keadaan bertambah teruk dan seolah-olah negara kita sudah tiada kerajaan lagi. Semuanya tidak terurus.

Begitu cantik dan menarik segala janji-janji BN Najib. Negara akan menjadi negara termaju dan terhebat jika BN di berikan kuasa lagi. Maka rakyat tertipu lagi malahan apa yang berlaku lebih buruk dari keadaan sebelum pilihanraya lalu. Pendeknya negara kita tidak seperti negara yang mempunyai kerajaan dan pimpinan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap negara.

Setelah pilihanraya, isu peribadi pimpinan dan juga ahli keluarga bertambah hebat dan menjadi buah mulut perbualan diantara rakyat yang ramai. Kita tidak ada masa untuk menumpukan usaha membina dan membimbing rakyat ramai tetapi segala tenaga tertumpu kepada masalah pemimpin-pemimpin. Kita berhadapan dengan sikap dan masalah pemimpin yang begitu besar dan entah bila akan dapat di selesaikan.

Sekarang kita berhadapan dengan masalah pemimpin dan keluarganya yang tidak mempunyai 'finesse' yang sepatutnya sebagai pemimpin dan ahli keluarga pemimpin besar. Mereka tidak malu-malu berbelanja wang yang ditagih dari rakyat melalui pencukaian dan berbangga-bangga dengan tindakan salah mereka itu.

Oleh kerana sudah menjadi ahli keluarga pemimpin utama, bagi mereka, berbelanja besar menggunakan wang rakyat itu merupakan 'privilege' dan tidak boleh di soal dan di tanya oleh empunya wang itu, iaitu rakyat. Apabila terbang walaupun bukan atas urusan kerajaan, mereka terbang dengan jet eksekutif dan di sokong pula oleh mereka yang mewakili rakyat bersama dalam perjalanan itu.

Masalah kewangan negara juga menjadi perhatian rakyat. Negara yang begitu kaya raya dengan pendapatan hasil buminya habis begitu sahaja seolah-olah pemimpin kita tidak mempunyai tanggungjawab moral dan agamanya. Tidak payah ditanya-tanya, kita tahu kantung kerajaan sudah tiada isinya lagi. Kerana apa? Kerana pimpinan dan kerajaan tidak membelanjakan wang secara 'prudent' kerana mereka tidak tahu bagaimana susahnya rakyat bekerja membayar cukai kepada kantung kerajaan.

Apabila kantung kerajaan sudah kosong kerana mereka berbelanja tanpa mempunyai 'prudent' itu, rakyat pula di anggap sebagai penderhaka kepada negara jika cuba mengelak dari membayar cukai. Pemimpin tidak juga bersalah, yang bersalah hanya rakyat sahaja.

Cara mereka berbelanja secara korup itu tidak pula dianggap sebagai penderhaka, sedangkan itulah sebenarnya penderhaka yang paling besar kepada negara. Jangan kita nafi-nafikan berbelanja wang rakyat secara tidak berhemah itu adalah penderhakaan kepada negara.

Jangan pula cari pemimpin lembab dan suntuk pemikiran untuk membela sebagaimana Shahidan Kassim, di gunakan oleh kaki joli negara itu. Pimpinan mesti ingat tidak semua orang seperti Shahidan Kassim, yang menganggap kerja salah pemimpin itu adalah halal dan mesti di pertahankan.

Pendeknya yang paling menyedihkan kita ialah sikap dan nilai pemimpin-pemimpin kita terlalu rendah sampai tidak mengenali yang mana satu yang bernilai dan yang mana pula yang hina dan mengaibkan. Sudah tidak tentu lagi mana yang betul dan mana yang salah. Betul nampak salah, salah pula nampak betul.

Rendahnya nilai kemanusiaan dan kepimpinan ini sebenarnya sudah bermula begitu lama dalam kerajaan dan parti pemerintah negara ini, tetapi pimpinan utama tidak sedar atau tidak mahu memperbetulkannya kerana mereka sendiri seronok dengan cara itu.

Jika mereka perbetulkan cara berbelanja itu, misalnya, maka mereka sendiri tidak akan dapat menggunakan kesempatan itu untuk berbelanja dan mendapatkan keuntungan besar dengan budaya yang kotor itu. Akhirnya mereka tergulung diantara yang menutupi kerja jahat dan tidak mengambil tindakan terhadap pesalah laku pimpinan yang ada di sekelilingnya.

Sekarang segala kerja salah mereka selama ini semakin hari semakan sukar untuk di tutupi dan dilindungi. Ianya telah menghasilkan krisis kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun kadangkalanya betul pun, sudah tidak diyakini oleh rakyat. Pucuk pimpinan sudah tidak di hormati lagi. Setiap kata-katanya menjadi bahan ejekan dan bahan lawak oleh rakyat. Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Sampai bila?

Apabila pucuk pimpinan sudah menjadi bahan jenaka di kedai-kedai kopi dan warung, itu merupakan petanda sahih yang pimpinan itu perlu dan wajar berundur kerana hasilnya nanti akan membawa padah kepada rakyat dan negara. Slogan-slogan yang dicanang dan dilaungkan tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada kepimpinan negara. Pemimpin yang terlalu banyak slogan itu adalah pemimpin yang paling lemah diantara kepemimpinan yang lemah.

Penyelesaiannya amat mudah secara relatifnya. Tetapi semudah mana pun ia memerlukan pengorbanan. Dalam isu ini Najib perlu berhenti dan bersara agar negara boleh mencari pemimpin yang lebih rasional dan mengembalikan nilai politik kita kepada nilai yang di hormati yang pernah dialami rakyat sebelum pimpinan Dr Mahathir dahulu.

Tetapi jika Najib bersetuju untuk berhenti semasa berunding, takut-takut pula apabila sampai kerumah, berbunyi pula suara yang amat ditakutinya, berteriak dari dapur, "you can go if you wish to,….I stay!!"

OH NO! Ibrahim Ali dilantik lembaga pengarah UiTM

Posted: 28 Nov 2013 01:42 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE




Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) sejak sebelum Pilihan Raya 2013, menurut seorang ahli Perkasa.

Beliau bagaimanapun tidak pasti tarikh sebenar berhubung pelantikan Ibrahim.

"Tak silap saya sebelum PRU. Tapi saya tak ingat tarikh sebenar," katanya ketika dihubungi.

Semakan The Malaysian Insider di laman portal rasmi institusi pendidikan tinggi berkenaan turut menemui nama Ibrahim dalam ruangan Ahli Lembaga Pengarah.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu merupakan alumni UiTM dan pernah menuntut di universiti untuk pelajar Bumiputera berkenaan antara tahun 1971 hingga 1974.

Sebelum ini pada 2011, timbul isu berkenaan Anugerah Ibrahim Ali oleh UiTM melalui Institut Kepimpinan Melayu (Impak) yang menawarkan RM5,000 kepada penerimanya.

Pada 19 November lalu, pemimpin lantang yang memperjuangkan hak istimewa Melayu itu telah dipenjara selama sehari dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana menghina mahkamah berhubung artikel berkaitan seorang hakim yang mendengar kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Hukuman itu dibuat hakim Datuk John Louis O'Hara dan Ibrahim ditahan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebelum dibebaskan selepas jam 5 petang.

Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan pelantikan berkenaan apabila dihubungi.

"Saya memberi jaminan kes (Ibrahim dipenjara sehari) tidak memberi sebarang masalah terhadap jawatan itu," kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu. - TMI

Khalid Samad diperintah bayar Hasan Ali ganti rugi RM300,000

Posted: 28 Nov 2013 01:35 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE




SHAH ALAM  - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Dr. Hasan Ali setelah didapati memfitnah Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) itu.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam turut menetapkan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar oleh Khalid kepada Hasan pada prosiding bagi menetapkan jumlah ganti rugi dan kos dalam kes saman fitnah membabitkan kedua-dua individu terbabit.

Pada 31 Oktober lalu, mahkamah tersebut memutuskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu 'pemimpin parasit' yang ditimbulkan oleh Hasan.

Hasan memfailkan saman tersebut pada 12 April tahun lalu selepas Khalid mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataannya dalam sidang akhbar itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.

Dalam prosiding hari ini, Hasan diwakili peguam Hasnal Rezua Merican manakala Khalid diwakili peguam, Azhana Mohd. Khairudin.

Selain menetapkan ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM100,000, Hakim Yaacob turut menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dikenakan ke atas jumlah ganti rugi bermula dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh. - Utusan


MAS rugi lagi, AirAsia terus untung

Posted: 28 Nov 2013 01:32 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


Syarikat penerbangan negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mencatat kerugian bersih RM375 juta bagi suku tahun ketiga 2013.

Kerugian itu dialami walaupun syarikat mencatat perolehan RM3.91 bilion, meningkat daripada RM3.47 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

The Edge keluaran 25 Nov melaporkan bahawa kerugian MAS disumbangkan oleh peningkatan pesaing yang menjejaskan hasil dan peningkatan kos diakibatkan daripada kelemahan nilai ringgit (RM) berbanding dolar Amerika.

Akhbar yang sama   juga melaporkan lonjakan keuntungan 46 peratus diperolehi AirAsia X bagi suku tahun ketiga berakhir 30 September 2013.

Lonjakan keuntungan ini didorong oleh kempen promosi besar-besaran.

Perolehan syarikat  meningkat kepada RM601.49 juta berbanding RM486.55 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu. - Harakahdaily

MB Selangor nafi kadar premium tanah negeri dinaikkan

Posted: 28 Nov 2013 01:25 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE




SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan kerajaan negeri menaikkan kadar premium tanah, sebaliknya menegaskan kenaikan disebabkan perubahan nilai pasaran tanah itu sendiri.

Beliau mengakui harga semasa tanah di Selangor semakin meningkat setiap tahun dan ia adalah punca utama kenaikan kadar premium itu.

"Sebagai contoh harga tanah di Petaling Jaya dalam lima tahun lalu sehingga sekarang kenaikannya melebihi 100 peratus," katanya menjawab pertanyaan mulut Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mengenai dasar penentuan premium tanah oleh kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, kadar premium tanah negeri adalah mengikut jenis-jenis seperti ditetapkan mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005) dan kadar pengiraan premium tanah adalah sama mengikut daerah tetapi berbeza mengikut kegunaan tanah.

Menjawab soalan tambahan daripada Gan Pei Nei (PKR-Rawang), Abdul Khalid berkata jika tanah yang dimiliki ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) bukan atas tujuan komersial, mereka boleh memohon kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan potongan pembayaran (kadar premium tanah) atas dasar kebajikan.

"Jika tanah itu bertujuan komersial, kita tidak boleh bagi diskaun sewenang-wenangnya, sebab kalau kita hendak bagi (diskaun), kita kena bagi kepada semua," katanya.  - BERNAMA

Apa perlu dilakukan Suhaizan Kaiat dalam tempoh 3 minggu?

Posted: 28 Nov 2013 12:51 AM PST



Oleh Ahmad Syukri Ab Razab

 
Tulisan ini saya tulis berdasarkan kepercayaan teguh, bahawa PAS adalah Parti masa depan, yang berkuasa dalam menentukan halatuju Politik Malaysia. Perkembangan yang berlaku dalam Muktamar PAS baru-baru ini memberi isyarat jelas bahawa seluruh ahli PAS mahu melihat lonjakan di lapangan kerja kepemudaan.

MENGENAL POTENSI PEMUDA

Bercakap soal potensi Pemuda PAS Malaysia, saya kira semua orang sangat mengenali kekuatan yang dimiliki sayap terpenting PAS ini. Dengan susunan rekrutmen yang kemas, program-program tarbiah yang teratur, serta kerja buat akar umbi yang efisyen, menjadikan Pemuda PAS sentiasa memiliki generasi pelapis kepimpinan yang berkualiti.

Saya kira sudah banyak nama-nama anak muda dalam PAS yang mempamerkan potensi yang boleh dibanggakan. Pemuda PAS sudah miliki penganalisis politik muda seperti saudara Hasbie Muda, Pemuda PAS juga memiliki barisan Peguam Muda melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Pemuda PAS juga memiliki tokoh ekonomi muda seperti saudara Syahir Sulaiman, Pemuda PAS juga ada dua tokoh Pemuda yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka di  Parlimen. 

Namun, polemik mengenai Pemuda PAS yang dilihat terpinggir dalam isu-isu nasional terus menjadi topik perbincangan sejak kebelakangan ini. Saya kira, polemik ini berlanjutan kerana Pemuda PAS tewas dengan sentimen yang membandingkan kepimpinan Pemuda PAS dengan ikon Pemuda yang lain seperti Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin, atau Pemuda-pemuda dari Parti lain. 

HEBAT SANGATKAH RAFIZI? 

Kita perlu akui yang sememangnya Rafizi Ramli merupakan Ikon Idea Baru untuk Malaysia. Tetapi, pada pandangan saya, Pemuda PAS sebenarnya tidak perlu 'Stuck" atau terperangkap dalam sentimen "Ingin bersaing dengan Rafizi". Terlalu banyak potensi lain yang ada di dalam Pemuda PAS yang boleh digarap untuk melonjakkan nama Pemuda PAS jauh kehadapan. 

Bahkan sekiranya dilihat dengan mata kasar, Pemuda PAS sebenarnya memiliki terlalu banyak kelebihan berbanding organisasi pemuda yang lain. Jika dilihat dari segi tenaga kepimpinan secara kolektif, Pemuda PAS memiliki banyak wajah pemimpin muda yang belum diketengahkan. Lebih unik, kepimpinan Pemuda dalam PAS ini lahir hasil daripada sistem tarbiah PAS sendiri. 

Jika dilihat pula dari segi kekuatan ahli, Pemuda PAS jauh dihadapan berbanding sayap pemuda parti-parti lain. Malah kekuatan itu sering ditumpang oleh parti-parti lain semasa Pilihanraya Umum. Tidak keterlaluan jika saya katakan, tanpa kekuatan ahli PAS, PKR mungkin akan lumpuh di beberapa kawasan semasa PRU 13 yang lepas.

Bukan setakat ahli yang ramai, Pemuda PAS juga memiliki ahli yang setia. Lihat sahaja program-program  PAS seperti Ijtimak Tarbawi yang dianjurkan di beberapa buah negeri, ribuan ahli PAS turun untuk mendengar amanat pemimpin parti. Begitu juga dengan himpunan-himpunan mega yang pernah berlangsung seperti BERSIH 3.0, sekiranya tidak ada arahan daripada pemimpin PAS terhadap ahlinya untuk turun ke himpunan tersebut, saya kira BERSIH akan kehilangan 40 % daripada jumlah pesertanya. BERSIH 3.0 contohnya, PAS Terengganu telah mengerah lebih 20 ribu ahlinya turun ke himpunan tersebut. 

JANGAN BAZIRKAN POTENSI

Maka, saya tidak faham, mengapa dengan kelebihan yang ada, Pemuda PAS masih dilihat tenggelam. Saya suka mengambil contoh CheguBard daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Walaupun beliau daripada PKR, namun beliau membina kekuatan tersendiri yang menyebabkan beliau tidak tenggelam disamping pengaruh yang dibina Rafizi Ramli. 

Sebut sahaja Roadshow seluruh Malaysia, pasti orang akan menyebut CheguBard sebagai the best.
Sehinggakan perjuangan Badan Bertindak Bantah TPPA juga menggunakan khidmat CheguBard untuk memobilisasi isu tersebut ke seluruh Negara. Begitu juga dengan aksi di jalanraya, keberadaan CheguBard akan dirasai semua orang ekoran kemahiran beliau mengendalikan demonstrasi rakyat. 

CheguBard juga berjaya membina jaringan anak muda di bawah nama SAMM sehingga mempunyai cawangan di seluruh Negara. Bahkan jaringan ini bagi saya lebih hebat berbanding jaringan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sendiri. 

Maka saya melihat, CheguBard telah berjaya membina reputasi tersendiri tanpa perlu terikat dengan sentimen ingin bersaing dengan individu tertentu. Saya percaya apa yang diterobosi oleh CheguBard, sukar untuk dilakukan orang lain termasuk Rafizi Ramli. 

Dengan memberi contoh CheguBard, saya tidak bermaksud Pemuda PAS perlu menjadi panglima di jalanraya. Apa yang cuba saya sampaikan ialah, Pemuda PAS perlu memaksimakan penggunaan segala potensi yang ada. 

BERANI TAMPILKAN MUKA BARU

Dengan potensi yang ada, saya kira Pemuda PAS boleh melangkah melangkau Rafizi dan CheguBard. Apa yang perlu ialah, Pemuda PAS perlulah memberi kepercayaan kepada kepimpinan Muda untuk tampil kehadapan. Tidak semua isu negara perlu ditanggung oleh Ketua Pemuda. Jika isu Felda, PAS meletakkan Mazlan Aliman sebagi pejuangnya, maka Pemuda PAS perlu berani melantik nahkoda-nahkoda muda untuk menerajui isu-isu yang banyak dalam Negara ini. 

Shazni Munir misalnya, Ketua Pemuda PAS kawasan Sekijang Johor, selaku mantan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), saya kira beliau cukup kompeten untuk memimpin isu-isu yang melibatkan polisi Negara seperti GST dan TPPA. Persoalannya ialah, samada Pemuda PAS mahu memberi kepercayaan atau tidak? 

Maka saya kira Saudara Suhaizan Kayat perlu mengerah semula segenap potensi yang ada untuk meletakkan Pemuda PAS pada posisi yang sepatutnya. Kebelakangan ini, ramai tertanya-tanya apakah pembawaan sebenar Pemuda PAS?, Pemuda PAS tidak menjuarai perjuangan di Jalanraya, Pemuda PAS juga tidak menjuarai persaingan idea, Pemuda PAS juga tidak menjuarai persaingan di dalam Parlimen. Bahkan dikeruhkan lagi dengan isu seperti pertembungan Kerusi PRU13 Kota Damansara dan Sungai Acheh. Akhirnya, untuk tiga tahun yang lepas, Pemuda PAS dilihat sebagai liabiliti kepada PAS.

TERAJUI HAK ASASI ISLAM MELALUI JENDELA DEMOKRASI

Saya kira, saudara Suhaizan Kayat juga perlu menimbangkan untuk membuka lembaran perjuangan Hak Asasi dalam diari Pemuda PAS. Dalam arus global yang semakin rancak membincangkan soal Hak Asasi Manusia, Pemuda PAS perlu hadir dengan idea baru untuk membincangkan konsep hak asasi secara konstruktif. 

Sebelum ini, Pemuda PAS tampil garang dengan mengecam tuntutan Coalition of Malaysian NGO (COMANGO) yang ingin pengiktirafan hak LGBT dan beberapa tuntutan lain yang dilihat bercanggah dengan Islam. Namun pembantaian terhadap tuntutan NGO itu tidak diselangi dengan langkah penyelesaian yang tuntas. Akhirnya Pemuda PAS hanya mencipta ketegangan yang tidak langsung memberi imej positif kepada Pemuda PAS sebagai organisasi Politik dan Dakwah. 

Pemuda PAS perlu tampil sebagai sebuah organisasi penyelesai yang mampu menaungi perbezaan dalam kalangan masyarakat. Apakah mustahil untuk Pemuda PAS menganjurkan sebuah Persidangan Hak Asasi di peringkat nasional dengan menjemput semua organisasi berkepentingan bagi membincangkan prinsip Hak Asasi Manusia dari kaca mata masyarakat Malaysia. Walaupun tugas ini sepatutnya dimainkan oleh JAKIM, tetapi tidak salah untuk Pemuda PAS mendahului JAKIM.

Melalui Persidangan ini, Pemuda PAS bukan sahaja dapat membina kesepakatan mengenai perjuangan Hak Asasi di Malaysia, bahkan Pemuda PAS dapat menyelami rialiti masyarakat Malaysia yang selama ini terpinggir sehinggalah suara mereka diketengahkan oleh COMANGO, seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian yang boleh disenangi semua pihak. 

JADIKAN BORNEO PRIORITI

Jika berbicara soal dakwah, Sabah dan Sarawak adalah medannya. Sangat rugi jika potensi ilmuan yang ada dalam kepimpinan Pemuda PAS tidak dimaksimakan untuk penyebaran pengaruh Pemuda PAS di Sabah dan Sarawak.

Pengalaman 24 tahun di Sabah termasuk 4 tahun di Labuan, saya sangat faham betapa perjuangan PAS di bumi borneo berhadapan dengan limitasi tenaga pendakwah dan pejuang. Dengan muka bumi dua negeri ini yang menyamai keseluruhan semenanjung Malaysia, sememangnya kerja-kerja parti memerlukan keazaman yang tinggi. 

Saya masih ingat rutin perjuangan mantan Ketua Pemuda PAS Sabah Cikgu Anuar Ali, yang sering mengembara dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan Tawau. Kadang-kadang beliau melajakkan perjalanan ke Labuan walaupun Labuan bukan berada di bawah tanggungjawab PAS Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan mengambil masa tujuh jam. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau pula mengambil masa 9 jam. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Labuan mengambil masa 3 jam. 

Rutin ini perlu beliau lalui kerana kekurangan tenaga penggerak di Sabah. Oleh itu, saya mencadangkan kepada saudara Suhaizan Kayat untuk mewujudkan sistem Kawasan Angkat bagi setiap Ajk Pemuda PAS Pusat. Ulama Muda dalam PAS boleh menjadi pemudah cara kepada usaha dakwah di Sabah dan Sarawak. Sebagai contohnya, saudara Suhaizan Kayat sendiri boleh mengambil kawasan Menumbok di Sabah sebagai kawasan angkat. Begitu juga dengan Ajk Pemuda yang lain dengan kawasan angkat masing-masing.

Langkah ini bukan sekadar mampu menyemarakkan usaha dakwah Pemuda PAS, tetapi juga membina kebangkitan rakyat Sabah untuk memperjuangkan hak mereka yang telah lama diseleweng oleh Kerajaan Barisan Nasional.

MAJULAH PEMUDA PAS UNTUK MALAYSIA

Sekiranya ditanya kepada saya, apakah perkara yang perlu dilakukan oleh Suhaizan Kayat dalam masa tiga minggu selepas dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS yang baru, maka saya akan katakan, Jumpalah rakan-rakan aktivis di luar kerangka PAS, terutamanya aktivis anak muda, dengar pandangan mereka.

Saya amat mengharapkan, saudara Suhaizan Kayat dapat menghimpunkan aktivis anak muda yang begitu ramai diluar sana. Selain nama-nama organisasi pemuda yang terkenal seperti SAMM, PKPIM, GAMIS dan sebagainya, masih ada nama kumpulan anak muda yang berjuang dengan cara mereka sendiri seperti Angkatan Pembebasan Bangsa Merdeka (APBM), Geng Kotak, Dapur Jalanan Kuala Lumpur dan pelbagai lagi kumpulan anak muda yang bercita-citakan perubahan. 

Menghimpunkan mereka bukan bermakna memaksa mereka bersetuju dengan cara Pemuda PAS, tetapi lebih penting mencipta kebersamaan yang selama ini dibazirkan. Kebersamaan ini boleh menjadi sumber idea kepada Pemuda PAS. Kebersamaan ini juga penting untuk menyatukan momentum bagi menumbangkan rejim yang masih berkuasa. 

Akhir sekali, dengan kekuatan Pemuda PAS Pusat yang baru ini, saya ingin menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat tinggal kepada Barisan Nasional walaupun PRU14 masih jauh dihadapan.


Penulis adalah Mantan Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS 2009-2010, Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia 2010-2011. Sekarang bertugas sebagai Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Isu Peguam Negara: Berdiam Diri Bukan Lagi Jawapan

Posted: 28 Nov 2013 12:39 AM PST

shahbudindotcom.-


Pendedahan terbaru yang dibuat oleh bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim bahawa Peguam Negara, Gani Patail menerima sejumlah wang yang besar dalam transaksi yang berlaku di Hong Kong dalam kes kehilangan Pulau Batu Puteh, bukanlah isu yang boleh dipandang ringan. Tuduhan ini jelas membawa maksud bahawa Gani telah menerima rasuah dan kemudian membuat pembelaan yang lemah supaya pulau yang begitu strategik itu jatuh ke tangan Singapura.

Lebih-lebih lagi, Mat Zain membuat dakwaan ini bukanlah di tepi jalan atau melalui surat layang yang mungkin boleh ditafsirkan sebagai tuduhan tanpa bukti dan melulu, tetapi melalui akaun bersumpah yang jelas kewibawaannya. Beliau tentunya tidak akan membuat dakwaan sedemikian dalam akaun bersumpah jika tidak mempunyai bukti mengenainya.

Sebagaimana dakwaan melalui ucapan atau kenyataan dalam sidang akhbar pun terdedah kepada tindakan saman, membuat dakwaan dalam akaun bersumpah pastinya lebih mengundang risiko undang-undang yang lebih besar kiranya dakwaan yang dibuat itu palsu dan tidak berasas.

Oleh itu, sikap berdiam diri Gani Patail dalam hal ini bukanlah tindakan yang boleh diterima. Setelah sekian banyak tuduhan dan dakwaan dikaitkan terhadap dirinya, dakwaan beliau menerima rasuah sehingga mendorong kehilangan Pulau Batu Puteh ini adalah tuduhan yang serius dan memerlukan jawapan. Setidak-tidaknya beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Zain.

Gani tiada alasan lagi untuk berdiam diri dan berharap segala dakwaan terhadapnya akan dilupakan seiring dengan peredaran masa. Berdiam diri hanya membuktikan beliau bersalah dan dakwaan Mat Zain mempunyai asas serta kebenarannya.

Begitu juga dengan Perdana Menteri, Najib Razak turut tidak boleh sekadar berdiam diri dan membisu dalam hal ini. Jika Gani mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan namanya jika dakwaan itu tidak benar, Najib pula sebagai Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab moral kepada rakyat dalam isu ini.

Sudah sampai masanya beliau bersuara dan menjelaskan kepada rakyat berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan Peguam Negara ini. Membiarkan rakyat tertanya-tanya dan mempunyai persepsi yang buruk terhadap Peguam Negara bukan saja akan menyebabkan kewibawaan dan ketelusannya sebagai Perdana Menteri turut dipertikai, bahkan juga akan meletakkan negara dalam keadaan tidak lagi diyakini oleh rakyat.

Kalau pun Najib tidak mahu sampai mengambil tindakan menggantung tugas atau merehatkan Gani Patail, beliau sekurang-kurangnya bersuara untuk menyiasat kebenaran dakwaan rasuah yang dibuat oleh Mat Zain. Tambahan pula, akaun bersumpah tersebut turut juga dihantar kepadanya.

Memang tiada alasan, baik untuk Najib atau Gani terus berdiam diri dan membisu dalam hal ini. Jika Najib boleh menggelarkan rakyat yang tidak membayar cukai sebagai pengkhianat kepada negara, jika benar dakwaan bahawa Gani Patail telah menerima sejumlah wang yang besar sehingga menyebabkan Pulau Batu Puteh berpindah tangan, ini merupakan pengkhianatan yang jauh lebih besar lagi.

Bukan sikap pemimpin yang bertanggungjawab jika terus-menerus tidak bersuara dalam isu Gani Patail ini. Membisu hanya meletakkan Najib turut dikaitkan bersekongkol untuk melindungi Peguam Negara itu dan mungkin pula dikaitkan ada kepentingan dengannya.

Menerima rasuah dalam kes sekecil apa pun tetap dipandang hina dan jijik serta merupakan kesalahan dari segi undang-undang, dakwaan menerima rasuah oleh mereka yang memegang kitab undang-undang dan melibatkan kedaulatan negara pula tentulah jauh lebih hina dan jijiknya. Tidak ada rakyat yang boleh menerima perbuatan seperti itu.

Inilah masanya Najib membuktikan slogannya "kami mendengar", "rakyat didahulukan" dan banyak lagi yang indah-indah sebelum ini tidak sekadar slogan semata-mata. Sudah sampai masanya ia dibuktikan

Pepatah "Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih" Tidak Pernah Berbohong

Posted: 28 Nov 2013 12:29 AM PST

shahbudindotcom


Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi bahawa kertas siasatan tidak dapat dibuka berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah KL, Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Gani Patail kerana akaun bersumpahnya bukanlah laporan polis, sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda-tanya kepada umum.

Ia hampir mengesahkan kebenaran dakwaan Naib Presiden PKR, N Surendran bahawa ia merupakan konspirasi untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh pegawai kanan kerajaan itu sedangkan akaun bersumpah Mat Zain itu mempunyai merit untuk dilakukan siasatan.

Kenyataan Zahid ini juga bertentangan sama-sekali dengan kenyaaan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini yang menyatakan kes yang melibatkan Gani bukanlah bidang kuasa polis untuk menyiasatnya tetapi dibawah SPRM. Khalid tidak menyebut tentang perlunya laporan polis.

SPRM pula sehingga kini masih bisu tanpa bahasa walaupun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed baru-baru ini telah dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Penguatkuasaan Anti Rasuah Antarabangsa atau IAACA dan Najib juga berbangga dengan perlantikan itu.

Jika dulu siasatan tidak dilakukan kerana dikatakan bukan dibawah bidang kuasa polis tetapi kini dikatakan pula tiada laporan polis dan akaun bersumpah bukanlah laporan polis. Nampaknya macam pelbagai alasan dan helah sedang dicari untuk tidak menyiasat Gani Patail ini.

Secara umumnya juga, isu yang dibangkitkan mengenai Gani adalah melibatkan kepentingan awam, selain pelbagai pihak juga sudah meminta agar polis menjalankan siasatan. Peguam terkenal, Karpal Singh juga berpandangan bahawa polis boleh menjakankan siasatan tanpa menunggu laporan polis kerana ia pernah belaku sebelum ini.

Bahkan, menurut Karpal, pihak polis juga boleh membuat laporan polis mengenainya.

Namun demikian, kiranya Zahid terlepas pandang dan mengatakan siasatan mengenai Gani tidak dapat dilakukan kerana Mat Zain tidak membuat laporan polis, sebaliknya hanya membuat akaun bersumpah, sebenarnya Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM sudah pun membuat beberapa laporan polis mengenai Gani.

Apakah laporan polis SAMM itu tidak mencukupi dan memerlukan Mat Zain juga membuat laporan polis?

Tetapi dalam beberapa kes sebelum ini, ada siasatan polis dilakukan tanpa pihak yang menuduh membuat laporan polis. Dalam kes antara Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza beberapa tahun lalu, polis telah menjalankan siasatan berhubung email yang dikatakan memburukkan memburuk-burukkan Siti Nurhaliza walaupun penyanyi itu tidak membuat laporan polis, sebaliknya laporan polis dibuat oleh seorang wartawan hiburan.

Jika kes itu boleh dijadikan rujukan, pihak polis sebenarnya sudah boleh membuka kertas siasatan keatas Gani berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh SAMM itu dan tidak perlu menunggu sehingga Mat Zain membuat laporan polis mengenainya.

Tetapi jika itu yang disyaratkan oleh Menteri Dalam Negeri yang baru saja mendapat undi tertinggi dalam pemilihan UMNO dan dilihat tegas sebelum ini, dan supaya tiada lagi alasan untuk melindungi Gani Patail, maka ada baiknya agar Mat zain segera membuat laporan dan lampirkan sekali akaun bersumpah yang telah dibuatnya.

Apa yang berlaku sekarang ini, ternampak bahawa pelbagai alasan dan helah sedang dicari untuk tidak menyiasat Gani Patail ini walaupun hampir semua rakyat yang prihatin dan mempunyai akses kepada maklumat, sudah memperkatakan mengenainya dirinya.

Sudah pelbagai perkara diperkatakan oleh rakyat mengenainya tetapi dakwaan Mat Zain bahawa Gani menerima rasuah dalam sejumlah wang yang besar dipercaya beratus-ratus juta dalam kes kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan transaksi wang itu berlaku di Hong Kong adalah tuduhan paling serius dan melibatkan aspek pengkhianatan paling besar kepada negara.

Perlakuan itu tidak boleh diterima sama-sekali oleh sesiapa pun yang waras dan jawapan Zahid Hamidi bahawa kertas siasatan tidak dapat dibuka kerana tiada laporan polis bukanlah jawapan yang diharapkan oleh oleh rakyat. Ia juga bukanlah jawapan daripada seorang menteri yang bertanggungjawab tetapi lebih kepada jawapan untuk "mengelak" dan "mengelat".

Daripada Ketua Polis Negara menolaknya kepada SPRM dan SPRM terus bisu, kini Zahid pula seperti berdalih dengan mengatakan akaun bersumpah bukanlah laporan polis, barangkali jika Najib mendapat ilham untuk membuka mulut dan bersuara pula selepas ini, jawapannya barangkali sudah boleh dijangka. Ia pasti tidak tergelincir daipada garisan mahu mempertahan dan melindungi Gani Patail.

Maka terbuktilah pepatah orang tua-tua, "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" sentiasa benar sampai bila-bila pun

Perjuangan Nurul Izzah tangguh kenaikan cukai pintu berjaya

Posted: 27 Nov 2013 10:11 PM PST

MSO


Nurul Izzah Anwar
Warga Kuala Lumpur yang terlibat dengan penotisan taksiran cukai pintu oleh DBKL boleh menarik nafas lega seketika apabila cadangan kenaikan taksiran sepatut bermula 1 Januari 2014 ditangguhkan.

Perkara ini diumumkan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Loga Bala Mohan di perlimen semalam semama menggulung perbahasan perbekalan untuk kementerian berkenaan.

Penangguhan yang dibuat itu menunjukkan kerajaan peka kepada sunggutan dan desakan rakyat berhubung perkara itu yang dirasakan membebankan. DBKL telah menghantarkan notis bertarikh 18 November lalu untuk mengenakan kasar cukai baru.

Kenaikan itu sehingga mencecah 300% hingga 500% menimbulkan kemarahan. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang mula-mula membangkitkan perkara itu di parlimen. Beliau kemudian membentuk sebuah komiti bagi menguruskan desakan dan bantahan secara berkelompok agar kenaikan itu dinilai semula.

Apa yang diusahakan Nurul Izzah mendapat perhatian ahli parlimen Kuala Lumpur yang sependapat mengenai notis kenaikan itu sebagai tidak relevan dan tepat pada masanya. Semasa perbahasan perbekalan untuk kementerian Wilayah Persekutuan hampir  semua ahli parlimen Kuala Lumpur ikut menyuarakan hal yang sama.

Loga Bala Mohan semasa mengumumkan penangguhan itu menjelaskan ia dibuat agar membolehkan warga Kuala Lumpur terlibat membuat rayuan dan bantahan sehingga Januari hingga Mac tahun depan.

Tiada tarikh perlaksanaan ditetapkan. Sewajarnya diucapkan seklaung terima kasih dan syabas kepada Nurul Izzah dan juga ahli parlimen yang ikut sama menimbulkan hal itu.

Naik cukai pintu 300% bersifat balas dendam

Posted: 27 Nov 2013 10:08 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan membantah keras kenaikan cukai pintu 300 peratus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara mendadak dan tidak masuk akal.

Penyelarasnya, Azmir Mustafa berkata, kehidupan warga kota penuh kesempitan, ditambah pula dengan kenaikan harga petrol, harga barang-barang keperluan harian, namun kerajaan terus menghukum rakyat yang menolak BN.

Ujarnya, SAMM menyifatkan tindakan itu sebagai siri balas dendam terhadap warga Kuala Lumpur kerana hampir semua Parlimen kekal di tangan Pakatan Rakyat sedangkan kerajaan 'melabur' dengan jumlah yang besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Kenyataan penuh di bawah.

Belum pun lagi mencapai tempoh setahun dalam pembentukan kerajaan Malaysia selepas Pilihan raya Umum ke-13, warga Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan satu lagi 'bala' yang diberikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, iaitu dengan kenaikan cukai pintu sebanyak 300 peratus.

Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan (SAMM Wilayah) membantah sekeras-kerasnya akan kenaikan cukai ini secara mendadak dan tidak masuk akal.

Warga kota hidupnya penuh kesempitan, ditambah pula dengan kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang-barang keperluan harian, namun kerajaan terus menghukum rakyat yang menolak mereka.

SAMM menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan cukai pintu sebanyak 300 peratus adalah satu siri balas dendam terhadap warga Kuala Lumpur kerana hampir semua parlimen kekal di tangan pembangkang sedangkan kerajaan telah 'melabur' dengan jumlah yang besar menjelang PRU13.

Adalah diingatkan bahawa pihak Datuk Bandar dan DBKL tidak wajar sewenang-wenangnya menaikkan cukai pintu.

Apakah benar ia rasional hanya kerana untuk menaikkan nilai hartanah di Kuala Lumpur sedangkan sebelum ini nilai harta tanah di Kuala Lumpur sememangnya telah meningkat tanpa kenaikkan cukai taksiran.

Pendapatan DBKL juga dilihat cukup besar jumlahnya dan tetap meningkat walaupun cukai taksiran berada pada kadar yang sama selama 21 tahun.

Peningkatan jumlah pendapatan sebanyak RM511 juta kepada RM1.69 billion dari tahun 2010 adalah cukup memberangsangkan, ia tanpa kenaikan cukai pintu.

Malah DBKL turut menyatakan dalam buku Bajet 2013 bahawa prestasi hasil ini akan meningkat bagi tahun kewangan 2012.

Tidak cukupkah sumbangan warga kota setakat hari ini?

Justeru, SAMM melihat cadangan DBKL untuk menaikkan cukai taksiran 300% adalah keterlaluan dan hasrat seperti ini harus dilupakan.

Sebaliknya DBKL harus menumpukan usaha penuh bagi mengutip hasil-hasil yang tertunggak seperti tunggakan cukai taksiran, tunggakan sewa perumahan dan sewaan gerai penjaja.

Kenaikan kadar cukai pintu yang tidak seimbang dengan prestasi keselamatan dan perkhidmatan yang ala kadar adalah satu bentuk penganiayaan.

Ternyata, Menteri Wilayah cuba menyembunyikan tindakan khianat mereka atas nama 'pembangunan'.

Tidak ada satu pun alasan yang boleh mewajarkan tindakan kerajaan untuk menaikkan harga cukai pintu terhadap rakyat di mana-mana wilayah sekalipun.

Bagi SAMM, sebelum bercakap tentang pembangunan, kerajaan perlu terlebih dahulu membangunkan nilai amanah dalam pentadbiran dan pengurusan dana negara yang semakin tiris.
Sekali lagi SAMM Wilayah mencabar kerajaan agar berhenti mengkhianati rakyat!

Perlu diingat, tidak ada kenaikan cukai tanpa pilihan raya kerajaan tempatan. Wang cukai juga dibazirkan tanpa pertanggungjawaban kepada rakyat.

Hentikan kenaikan cukai pintu atau rakyat tidak akan teragak-agak menghumban DBKL keluar dari 'pintu' pentadbiran!

MP BN tak puas hati ‘Reformasi’ bergema di Dewan Rakyat

Posted: 27 Nov 2013 10:06 PM PST

Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : 'Reformasi' bergema di Dewan Rakyat hari ini sebaik Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian (gambar) melaungkan ungkapan keramat itu sewaktu memulakan soalan.

Hee_Loy_Sian

Laungan yang menghangatkan Dewan Rakyat itu mencetuskan tidak puas hati beberapa Ahli Parlimen BN dan mereka membuat bising sebelum Speaker menegur agar senyap.

"Saya jemput Tuan Hee Loy Sian," kata Speaker.

"Terima kasih, Salam Reformasi. Soalan saya nombor dua Datuk Speaker," kata Hee membuatkan beberapa Ahli Parlimen BN mencebik-cebikkan mulut dan membuat bising.

"Sila Yang Amat Berhormat Menteri," balas Speaker.

Ketika Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bangun dan membacakan Bismillahirahmanirrahim…, sekumpulan Ahli Parlimen BN sekali lagi membuat bising kerana masih tidak berpuas hati terhadap laungan oleh pemimpin KEADILAN itu.

"Jam 1 baru ada durian Yang Berhormat, tak payah makan durian sekarang," kata Speaker menyindir Ahli Parlimen BN itu merujuk durian yang disediakan di belakang dewan persidangan.

Laungan Reformasi mula terkenal dan menjadi semangat anak muda di negara ini sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah sehingga dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998.

Sehingga kini, laungan itu terus bergema dalam mana-mana program anjuran KEADILAN dan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Kenyataan fitnah: Bekas pemandu saman pelakon Zahida Rafik

Posted: 27 Nov 2013 10:03 PM PST

Oleh Ain Ismail


KUALA LUMPUR: Bekas pemandu Zahida Mohamed Rafik, Noor Azman Azemi memfailkan saman fitnah terhadap pelakon itu berhubung tuduhan kononnya beliau melarikan RM200,000 wang Zahida yang disiarkan di akhbar.

court

Noor Azman, 38, memfailkan saman itu hari ini melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.

Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'

Pada 5 Mac tahun lepas, dakwa Noor Azman, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dan berniat jahat dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan kononnya Noor Azman melarikan wang tunai miliknya.

Berikutan kenyataan fitnah itu, Noor Azman mendakwa gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman empat hari.

Sebelum ini, Noor Azman membuat laporan polis pada 13 Mac 2012 mengenai kenyataan palsu Zahida terhadap beliau.

Noor Azman dalam laporan itu menjelaskan, beliau diminta oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal untuk berurusan secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu dan menyerahkan wang tunai sejumlah antara RM100,000 hingga RM200,000 kemudiannya dimasukkan ke akaun Zahida.

Pada 29 Februari 2012, Azman mendedahkan beliau tidak diberi wang secara tunai dan tidak pernah diberi wang jumlah besar tanpa ditemani Zahida tetapi hanya dibayar RM25,693 untuk membayar dua kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah, Ampang milik Zahida.

Azman berkhidmat selama tiga tahun sejak 2009 dan meletakkan jawatan pada 29 Februari 2012 selepas menerima gaji terakhir secara tunai.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain, namun tidak menyatakan jumlah tuntutan.

Azman yang diwakili peguam Latheefa Koya ditemani Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian KEADILAN, Dayangku Intan yang juga ibu saudaranya.

SD Mat Zain: Sengaja ditutup?

Posted: 27 Nov 2013 09:59 PM PST

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

 


















Keengganan Putrajaya menjalankan siasatan berhubung tuduhan terhadap Peguam Negara oleh bekas polis kanan dilihat sebagai konspirasi untuk "menutup" kesalahan yang dilakukan pegawai kanan kerajaan, kata Pakatan Rakyat.

Mereka berkata akuan bersumpah (SD) oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) membawa merit kepada siasatan tetapi sikap berdiam diri Putrajaya menunjukkan ada unsur untuk menutup perkara itu.

Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran, mendakwa ini adalah senario biasa apabila membabitkan rasuah dan salah laku oleh mereka di dalam kerajaan.

"Daripada peringkat tertinggi di Putrajaya hingga ke bawah, sudah jelas mereka mahu menutup tuduhan ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Surendran berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa polis tidak akan menyiasat tuduhan dalam SD Mat Zain berikutan tiada laporan polis dibuat.

Mat Zain berkata, dua hari lalu, beliau menyerahkan salinan SD kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pegawai kanan Putrajaya, menuduh salah laku Gani berhubung kes pemilikan Pulau Batu Puteh.

Menerusi SD setebal 31 halaman itu, Mat Zain mendakwa, jutaan ringgit bertukar tangan dan didepositkan ke dalam akaun bank di Hong Kong berhubung kes Pulau batu Puteh, di mana keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berpihak kepada Singapura.

Mat Zain mendakwa, Abdul Gani dengan sengaja menyebabkan kes itu kalah sehingga membawa kepada keputusan ICJ berpihak kepada Singapura.

Beliau mendesak pihak berkuasa menyiasat sebab sebenar Malaysia kehilangan pulau itu kepada Singapura dengan menyatakan ia adalah perkara membabitkan kedaulatan negara.

Ahmad Zahid berkata, pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk menyiasat tuduhan itu jika laporan polis dibuat mengenainya dan pengisytiharan SD tidak membawa kepada laporan polis, maka tidak ada kertas siasatan yang dibuka.

Surendran yang menyelar kenyataan itu berkata, mengikut Akta Polis, tidak ada dinyatakan keperluan laporan polis untuk menjalankan siasatan.

"Bagaimana jika kes bunuh atau rompakan bersenjata? Adakah mereka tidak akan siasat kes seperti itu sehingga ada laporan dibuat?

"Sepatutnya, jika polis tahu atau dengar mengenai apa-apa salah laku, mereka bertanggungjawab untuk menyiasat walaupun tidak ada laporan," katanya yang juga seorang peguam.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata "sangat pelik" apabila Putrajaya tidak mengambil tuduhan Mat Zain secara serius.

"Ia adalah jelas satu tuduhan yang serius. Ia membabitkan pengkhianatan dan rasuah yang mengancam kedaulatan negara.

"Dan siasatan tidak dilakukan hanya kerana tidak ada laporan polis dibuat," katanya.

Menggambarkan alasan Ahmad Zahid untuk tidak menyiasat tuduhan Mat Zain sebagai tidak kukuh langsung, Khalid berkata, kes itu perlu dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Ia kelihatan seperti kedaulatan negara kita dijual. Ini bukan perkara kecil," kata ahli politik PAS itu.
Mat Zain sebelum ini turut mempersoalkan sikap Najib yang berdiam diri terhadap SD itu.

Beliau berkata, jika Najib memaklumkan SD yang dihantar ke pejabatnya pada 9 Oktober itu kepada umum, hasil keputusan pemilihan Umno yang diadakan penghujung bulan berkenaan pasti berbeza.

Mat Zain berkata, perwakilan Umno pasti dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir dan keputusan pemilihan mungkin berbeza kerana Abdul Gani dikatakan melindungi beberapa perwakilan yang bertanding bagi jawatan tertinggi parti.

"Semua orang boleh membuat kesimpulan bahawa selama ini Peguam Negara berperanan melindungi pemimpin Barisan Nasional yang dituduh rasuah apabila mahkamah sering membebaskan mereka daripada tuduhan dengan alasan kes pendakwaan lemah," kata Ahli Parlimen Pandan daripada PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, ini adalah kali pertama pegawai kanan kerajaan mendedahkan punca kekalahan Pulau Batu Puteh kepada Singapura; yang membawa kepada kesalahan lebih serius iaitu rasuah.

"Jika Perdana Menteri menuduh rakyat yang tidak membayar cukai sebagai pengkhianat, maka keengganan Putrajaya untuk bertindak terhadap SD Mat Zain menunjukkan pembabitannya melindungi tuduhan pengkhianatan yang dilakukan Peguam Negara," katanya yang merujuk kepada kenyataan Najib sebelum ini iaitu sesiapa yang tidak membayar cukai boleh dianggap sebagai mengkhianat negara kerana tanggungjawab membayar cukai adalah tiang patriotisme.

"Tiada tindakan daripada Najib memberi gambaran bahawa Peguam Negara memegang ahli politik Barisan Nasional sebagai tebusan kerana aktiviti rasuah yang menjadi-jadi di semua peringkat dalam kerajaan," katanya.

Surat Profesor Jusa B : Gaji Guru Lebih Lumayan Berbanding Gaji Pensyarah. Sedangkan Tugas Pensyarah Lebih Berat Daripada Guru!

Posted: 27 Nov 2013 09:54 PM PST

  S 

Gaji Pensyarah
Gambar Hiasan



Keluhan seorang Profesor Jusa B, bekas Dekan dari sebuah IPTA

SAYA mulakan surat ini dengan rasa rendah diri yang amat sangat. Saya merupakan seorang profesor Jusa B yang kini masih berkhidmat dengan salah sebuah universiti perdana tanah air. Dalam usia yang kian menuju ambang persaraan dan dengan sedikit pengalaman yang Tuhan berikan ketika menetap sepuluh tahun di luar negara, izinkan saya meluahkan perasaan yang sudah tidak dapat ditahan-tahankan lagi.

Dalam tempoh hampir 30 tahun bergelar pensyarah, saya turut pernah menyandang jawatan sebagai Dekan juga pengarah dalam beberapa jabatan lain di universiti. Oleh itu, dengan pengalaman itu saya berpendapat bahawa saya berhak untuk menyuarakan isi hati setelah suara saya dan rakan-rakan profesor tidak pernah didengari oleh pihak pendaftar universiti mahupun Kementerian Pengajian Tinggi.

Bulan April adalah bulan yang paling ditakuti oleh para pensyarah universiti IPTA kerana penilaian prestasi (Key Performance Indicator – KPI) mereka akan dinilai. Sejak kebelakangan ini, apabila KPT terlalu mementingkan "rangking dunia," maka ramai (sebahagian besar pensyarah) ini akan mendapat markah di bawah prestasi 80 markah kerana gagal menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa (SCOPUS dan ISI).

KPI Pensyarah Malaysia Mengikut ketentuan Kuasa Barat?

Masalah ini kian parah apabila jurnal SCOPUS dan ISI ini turut menjadi syarat wajib untuk permohonan kenaikan pangkat. Persoalannya di sini ialah, siapakah yang menentukan pengiktirafan SCOPUS dan ISI ini? Seperti yang dimaklumi bahawa pengiktirafan SCOPUS dan ISI ini adalah di bawah bidang kuasa penerbitan yang bernaung di Barat. Hal ini bermakna juga bahawa KPI pensyarah-pensyarah ini berada di bawah ketentuan kuasa Barat. Bukankah aneh, seorang kakitangan kerajaan Malaysia, prestasinya dinilai atau ditentukan oleh negara Barat? Dan, hal ini tidak berlaku kepada kakitangan awam Malaysia yang lain.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang kakitangan awam Malaysia, KPInya ditentukan oleh kuasa Barat? Lebih malang lagi nasib ini menimpa kepada pensyarah yang berada dalam bidang sains sosial yang kajian dan penyelidikan mereka benar-benar terbatas kepada mempertahankan maruah dan nasib bangsa, agama, bahasa, sejarah, sastera dan kebudayaan Melayu yang kita sedia maklum tidak pernah dihargai atau mendapat pengiktirafan kuasa penjajah.

Gaji Pensyarah 2013 

Jika hal ini berterusan, maka tidak hairanlah pada hari ini jawatan pensyarah bukan menjadi pilihan golongan muda. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak KPT ialah memberi pengiktirafan kepada jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh universiti mahupun institusi tempatan yang lain. Perkara yang paling penting ialah budaya penulisan jurnal dapat berkembang hebat dan budaya penulisan penyelidikan dapat terus subur dalam negara. Menerbitkan jurnal bukanlah semudah yang disangkakan. Sekirannya hal ini masih dipandang sebelah mata, maka adalah malu seorang pensyarah yang kelulusan sarjana atau doktor falsafah (PhD) dan bekerja di universiti tempatan, markah KPInya berada pada bawah paras "malas" atau "sakit" sedangkan mereka mempunyai dedikasi yang tinggi dalam pengajaran dan melakukan tugas-tugas rasmi universiti seperti membentang kertas kerja, menghadiri seminar, menjadi perunding kepada beberapa organisasi kerajaan dan sebagainya.

Perkara kedua ialah tentang gaji pensyarah. Aneh dan pelik kerana sepanjang 30 tahun saya bertugas sebagai pensyarah, gaji pensyarah tidak pernah melalui penstrukturan semula berbanding gaji guru yang saya lihat begitu drastik perubahannya. Bayangkan seorang guru pakar (guru cemerlang) yang hanya berkelulusan ijazah pertama layak menerima gaji bergred DG52 (setaraf dengan gred gaji pensyarah berkelulusan PhD) atau DG48 sedangkan seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana dan bergred DS45, mengajar pula calon-calon sarjana tetapi menerima gaji yang lebih rendah daripada itu.

Lebih malang lagi ialah, sebahagian besar pensyarah bergred DS45 ini merupakan bekas-bekas guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan guru mereka yang berada di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Kolej Matrikulasi, maka golongan pensyarah ini seperti sengaja dizalimi. Lebih memalukan lagi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah yang mengajar Tingkatan 6 (pra-universiti), dengan pengalaman kurang 10 tahun tetapi turut menerima gaji gred DG48/DG44.

Inilah satu kezaliman dalam kes pembayaran upah dan guna tenaga kerja kepada pensyarah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya gred gaji pensyarah tanpa PhD perlu dinaiktarafkan kepada DS52 (atau setara dengan tingkat gaji DG48) dan pensyarah berkelulusan PhD dinaik taraf ke Gred DS54 dan begitulah seterusnya. Situasi ini akan dapat menunjukkan status dan kedudukan pensyarah di mata dunia setanding usaha memartabatkan golongan profesional.

Secara peribadi, saya melihat skim perkhidmatan pensyarah IPTA pada zaman ini adalah amat menyedihkan berbanding guru sekolah. Golongan ini terpaksa berhadapan dengan satu persaingan dunia yang jumud dan amat menekan. Pensyarah hari ini lebih teruk daripada seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan cabaran atau kemungkinan pertembungan budaya ilmu. Tentunya pertembungan ini menuntut iltizam dan komitmen yang tinggi sebagai satu usaha persaingan yang sihat.

Malangnya, semua usaha yang dilakukan oleh pensyarah bagi melonjakkan impian Malaysia untuk menjadi pusat pengajian ilmu terbaik Asia tidak pernah dihargai. Inilah kelemahan bekas Menteri Pengajian Tinggi, iaitu YAB Dato' Khalid Nordin yang tidak pernah memikirkan nasib dan kebajikan pensyarah IPTA berbanding YAB Tan Sri Mahyudin Yassin yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh membela nasib guru.

Sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah pelawat di Amerika, hal-hal sebegini tidak berlaku. Penilaian prestasi (KPI) seseorang pensyarah dinilai kepada sebanyak mana mereka menyumbangkan ilmu dan kepakaran mereka kepada masyarakat. Sumbangan mereka menulis untuk penerbitan berkala, akhbar, majalah mahupun buku cerita kanak-kanak amat dihargai kerana para pensyarah itu dikatakan milik masyarakat.

Penerbitan jurnal berwazit dan bertaraf SCOPUS dan ISI hanya satu hambatan penerbitan untuk tujuan mendapatkan bonus tahunan. Hal ini bermakna, pensyarah yang berada di Barat itu amat rapat hidupnya dengan masyarakat dan mereka amat dihormati jiran tetangga atau masyarakat setempat. Situasi ini tidak berlaku di negara kita. Oleh sebab ingin mengejar penerbitan SCOPUS dan ISI, mereka seperti menjadi makhluk asing di taman perumahan atau menjadi kera sumbang yang mementingkan diri sendiri. Demi kerana mengejar "rangking" dunia universiti, adakah ini yang diinginkan oleh KPT? Kita perlu sedar bahawa untuk menandingi atau menyaingi Univesiti Havard, Oxford, Yale, Cambrige atau mana-mana universiti terbaik dunia bukan satu usaha mudah. Kita sepatutnya berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu jangan tergila-gila merebut status universiti terbaik dunia tetapi berfikir bagaimana untuk menjadi fakulti yang ada di dalam sesebuah universiti itu boleh menjadi fakulti terbaik dunia dengan menggunakan sepenuh tenaga dan kepakaran yang ada.

Universiti of Tokyo misalnya mempunyai Fakulti Kejuruteraan Automobil ketiga terbaik di dunia tetapi universiti ini berada dalam kelompok ke-100 dalam "rangking" dunia. Hal ini sepatutnya boleh berlaku kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bagi menjadi Pusat Tamadun Melayu Dunia seperti Universiti of Leiden, Belanda atau juga Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengambil alih fungsi Universiti Al-Azhar, Mesir. KPT tidak berfikiran sedemikian sebaliknya yang difikirkan ialah "kegilaan" mengejar "rangking" dunia tanpa pernah mengukur pakaian pada badan sendiri.

Tugas Pensyarah Lebih Berat Daripada Guru , Tetapi Gaji Guru Lebih Lumayan!

Kepada KPT, fikirkanlah kebajikan dan nasib para pensyarah yang akan membawa impian dan nama universiti tempatan ke mata dunia sebelum mereka berhijrah ke universiti swasta (IPTS) yang menjanjikan pulangan yang lebih baik. Tugas pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah. Mereka perlu membuat penyelidikan, menyelia tesis sarjana mahupun PhD, mengajar dan mereka juga menjadi milik masyarakat.

Adilkah mereka dibayar dengan gaji yang setara upahnya dengan guru jika beban tugas yang terpaksa dipikul itu lebih berat? Beberapa bulan lalu, dalam ruangan "Surat Pembaca" Berita Harian, jawapan oleh Unit Komunikasi Koprat terhadap keluhan seorang Profesor Pencen amat melucukan. Jawapan itu menunjukkan bahawa pegawai di KPT hanya memikirkan perut sendiri. Cuba kita bayangkan, wajarkah seorang pensyarah Gred DS45 (tanpa PhD) boleh menjawat jawatan profesor atau pengarah di universiti?

Tangga Gaji Pensyarah 2013

Apakah ertinya pengalaman 15 tahun bergelar guru, 5 tahun bergelar pensyarah dengan kepakaran yang dimiliki jika tidak dihargai oleh universiti? Jawapan-jawapan mereka yang merujuk juga kepada universiti mempunyai kuasa autonomi hanya satu jawapan bodoh dan menolak prinsip kemanusiaan. Ingin saya bertanya juga kepada KPT, sejauh mana kuasa autonomi KPM yang diberikan kepada IPTA?

Akhirnya, sebagai seorang profesor Gred Jusa B, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap gaji dan jawatan kerana saya sudah menikmati kesemuanya itu. Apa yang saya harapkan ialah belalah nasib golongan pensyarah ini kerana di tangan merekalah akan lahirnya generasi hebat negara dan generasi bermodal insan yang bakal menyambung gagasan kepimpinan negara.

Seperti yang selalu saya suarakan di dalam mesyuarat dengan anggota senat-senat universiti bahawa sudah sampai masanya pihak KPT berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu memastikan bangsa mereka berada di baris hadapan tanpa membunuh jati diri bangsa. Budaya menginsafi falsafah Melayu "kera di hutan disusukan; anak mati dalam pelukan" perlu difahami sebaik-baiknya.

Gaji Pensyarah Malaysia VS Gaji Pensyarah Warga Asing?

Wajarkah rakyat Malaysia membayar gaji yang lumayan kepada pensyarah warga negara asing yang berkelulusan sarjana dan tidak menyumbangkan apa-apa dalam dunia penerbitan? Fikirkan kebajikan dan nasib pensyarah-pensyarah warga tempatan ini, khususnya pensyarah-pensyarah muda yang bakal memikul tanggungjawab dan amanah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Jika Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan banyak penambahbaikan dalam mengangkat martabat guru, sepatutnya hal yang sama juga berlaku kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sebagai penutup surat ini, sekali lagi saya merayu agar KPT dapat memikirkan kewajaran pandangan dan cadangan saya ini supaya kita sama-sama dapat mengangkat martabat dan memikirkan kebajikan golongan pensyarah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Mesej jelas kepada rakyat Malaysia: DAP, PR akan tawan Putrajaya pada PRU-14 untuk capai Impian Malaysia Oleh Lim Kit Siang

Posted: 27 Nov 2013 09:42 PM PST

Roketkini.com


lks-sufi_MG_7500 (572)


KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, satu mesej jelas perlu disampaikan kepada rakyat Malaysia pada Konvensyen DAP negeri beberapa minggu lagi bahawa pemimpin DAP negeri bersama pemimpin peringkat kebangsaan dan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi mencapai Impian Malaysia.

Katanya, perhatian kini beralih semula kepada DAP selepas Kongres Khas untuk memilih semula barisan kepimpinan DAP kebangsaan, pada 29 September lalu, pemilihan UMNO pada Oktober dan Muktamar PAS ke-59 minggu lalu yang memilih barisan kepimpinan PAS unrtuk tempoh dua tahun.
Beliau berkata, mulai hujung minggu ini, Konvensyen DAP Negeri akan memilih barisan pimpinan baru peringkat negeri dan selari dengan itu pengatur konspirasi UMNO/BN mula bekerja keras untuk memburuk-burukkan pemimpin DAP dan memecah-belahkan parti dan PR.

Pengatur konspirasi UMNO/BN menerusi media cetak dan Internet gagal untuk menghancurkan PR dan parti komponennya iaitu DAP, PAS dan PKR, sebelum, semasa, dan sepanjang enam bulan selepas PRU-13.

"Kesempatan yang baik ini perlu diambil perwakilan Konvensyen DAP Negeri yang akan diadakan sepanjang beberapa minggu akan datang untuk bersatu padu di belakang barisan kepimpinan DAP kebangsaan bagi menyampaikan satu mesej yang jelas kepada UMNO/BN dan semua rakyat Malaysia.

"Mesej jelas perlu disampaikan bahawa DAP di semua peringkat berdiri teguh di belakang pemimpin DAP kebangsaan dan dua rakan kongsi dalam PR iaitu PAS dan PKR, untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 bagi mencapai Impian Malaysia –Malaysia untuk semua warga tanpa mengira latar kaum, agama, kelas, atau negeri yang demokrasi, tadbir urus, dan keadilan sosio-ekonomi berkembang dengan baik bagi membolehkan setiap rakyat mencapai sepenuhnya potensi mereka demi kebaikan semua dan demi kecemerlangan negara.

"Saya sudah sebutkan kelmarin bahawa ketiga-tiga parti iaitu DAP, PAS dan PKR mendapat faedah daripada kerjasama dalam PR," katanya dalam kenyataan media.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, PAS, misalnya, sudah berkembang daripada sebuah parti yang berpengaruh umumnya di utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, menjadi sebuah "parti nasional" pada Pilihan Raya Umum ke-13 dengan memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri di Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.

Prestasi DAP (1999 hingga 2013)

Katanya, DAP juga mendapat manfaat apabila menjadi anggota PR dan perlu terus bergerak dalam kerangka kerja PR yang berasaskan kerjasama dan saling kebergantungan untuk memenangi lebih banyak kerusi.

Daripada segi jumlah kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi, DAP telah melangkah jauh sejak 1999.

Daripada hanya memenagi 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia pada PRU 1999 serta 11 kerusi Parlimen dan 15 DUN pada PRU 2004, DAP terus melonjak jauh dengan memenangi 26 kerusi Parlimen dan 72 kerusi DUN pada PRU 2008.

Jumlah kerusi yang dimenangi DAP terus meningkat pada PRU 2013 dengan 31 Parlimen dan 91 DUN di Semenanjung Malaysia. (Lihat jadual di bawah)

Jadual 1: Bilangan Kerusi Parlimen dan Negeri yang dimenangi DAP di Semenanjung Malaysia (termasuk kawasan yang pengundi Cina <60 strong="">

DAP (Semenanjung)
1999
2004
2008
2013
# Parlimen
10
11
26
31
# Parlimen < 60% Cina
1
0
11
16
% Parlimen <60 cina="" p="">
10%
0%
42%
52%
# Negeri
11
15
72
91
# Negeri < 60% Cina
1
1
24
45
% State < 60% Cina
9%
7%
33%
48%

Peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi DAP pada 2008 dan 2013 berlaku di kawasan yang gagal dimenangi DAP sebelum itu iaitu di kawasan yang pengundi Cina kurang daripada 60%.

Contohnya, pada 1999 hanya satu daripada 10 kerusi Parlimen yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Nibong Tebal, Pulau Pinang, 47% pengundi Cina) dan hanya satu daripada 11 kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Bachang, Melaka, 45% pengundi Cina).

Pada 2004, tidak ada satu pun kerusi Parlimen yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% dan hanya satu daripada 15 kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Sekinchan, Selangor, 57% pengundi Cina).

Keadaan berubah pada 2008 apabila 11 daripada 26 kerusi Parlimen (42%) yang dimenangi DAP mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Tiga daripada 11 kerusi Parlimen ini (Puchong, Seremban, Bakri) mempunyai lebih 40% pengundi Melayu.

Daripada 72 kerusi negeri yang dimenangi DAP pada 2008, sepertiga (24 kerusi) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Dua daripada 24 kerusi ini mempunyai pengundi Melayu lebih daripada 40% (Sekinchan dan Bachang).

Walaupun PR belum dibentuk menjelang PRU 2008, DAP jelas mendapat manfaat daripada penyelarasan dengan PAS dan PKR bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, selain kerjasama menerusi beberapa gerakan, termasuk Bersih 1.0.

Kerjasama rasmi menerusi PR telah membantu DAP memenangi lebih banyak kerusi pada 2013.

Daripada 31 kerusi Parlimen yang dimenangi DAP itu, 16 (52%) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Malah, sembilan daripada 15 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina (lihat Jadual 2).

Banyak kerusi Parlimen yang gagal dimenangi DAP pada 2008 tetapi berjaya direbut pada 2013 merupakan "kerusi campuran", termasuk Kluang (49% Cina), Gelang Patah (52% Cina) dan Kulai (56% Cina).

DAP juga berjaya memenangi kerusi Parlimen Raub yang majmuk (49.7% Melayu dan 40.3% Cina). Ini adalah pencapaian besar DAP daripada banyak segi.

Daripada 91 kerusi DUN yang dimenangi DAP, hampir separuh daripadanya – 44 kerusi (48.4%) – mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60%. 15 daripada 45 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina (lihat Jadual 3).

Lebih penting daripada itu, DAP memenangi tiga kerusi negeri yang merupakan kerusi majoriti Melayu, iaitu Derga, Kedah (56% Melayu), Mentakab, Pahang (52% Melayu) dan Duyong, Melaka (50.3% Melayu).

DAP tidak mungkin dapat meningkatkan bilangan kerusi yang dimenanginya tanpa peningkatan sokongan orang Melayu, hasil kerjasama dalam PR, khususnya bagi kerusi yang jumlah pengundi Melayunya agak besar.

Kerjasama dan saling bergantungan dalam PR inilah yang akan terus mengukuhkan DAP dan memperbaiki pencapaiannya pada PRU ke-14.

Jadual 2: 16 kerusi parlimen DAP yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina dalam PRU tahun 2013
Negeri
Kod Parlimen
Kerusi Parlimen
% Melayu
% Cina
% India
% lain-lain
PULAU PINANG
P046
BATU KAWAN
20.5%
55.7%
23.2%
0.6%
PERAK
P060
TAIPING*
37.1%
47.9%
13.3%
1.7%
PERAK
P068
BERUAS
32.6%
52.3%
14.9%
0.2%
PERAK
P076
TELOK INTAN*
38.2%
41.9%
19.0%
0.9%
PAHANG
P080
RAUB*
49.7%
40.3%
6.4%
3.5%
SELANGOR
P102
SERDANG*
39.4%
48.6%
11.0%
1.0%
SELANGOR
P103
PUCHONG*
39.1%
43.5%
15.8%
1.6%
SELANGOR
P110
KLANG*
32.2%
45.8%
19.8%
2.2%
W.P. KUALA LUMPUR
P117
SEGAMBUT
33.1%
52.8%
12.0%
2.1%
NEGERI SEMBILAN
P128
SEREMBAN*
43.6%
41.1%
13.5%
1.8%
NEGERI SEMBILAN
P130
RASAH*
27.8%
48.3%
22.1%
1.8%
MELAKA
P138
KOTA MELAKA
35.7%
59.1%
3.6%
1.6%
JOHOR
P145
BAKRI
43.6%
53.2%
2.3%
0.9%
JOHOR
P152
KLUANG*
39.1%
49.3%
9.7%
1.8%
JOHOR
P162
GELANG PATAH
33.7%
52.4%
12.4%
1.5%
JOHOR
P163
KULAI
32.5%
56.1%
10.2%
1.2%

(*) Kerusi yang mempunyai < 50% pengundi Cina

Jadual 3: Kerusi negeri DAP yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina dalam PRU tahun 2013

NEGERI
KOD PARLIMEN
NAMA PARLIMEN
KOD NEGERI
NAMA NEGERI
% MELAYU
% CINA
% INDIA
% LAIN-LAIN
KEDAH
P008
POKOK SENA
N11
DERGA*
55.9%
38.9%
4.4%
0.8%
PULAU PINANG
P043
BAGAN
N09
BAGAN DALAM
25.1%
50.6%
23.6%
0.7%
PULAU PINANG
P046
BATU KAWAN
N16
PERAI
11.2%
52.1%
35.7%
1.0%
PULAU PINANG
P047
NIBONG TEBAL
N19
JAWI
22.5%
53.5%
23.8%
0.2%
PULAU PINANG
P050
JELUTONG
N29
DATOK KERAMAT
28.9%
56.6%
13.8%
0.7%
PULAU PINANG
P050
JELUTONG
N30
SUNGAI PINANG
31.4%
54.1%
14.0%
0.5%
PERAK
P060
TAIPING
N18
AULONG
26.2%
56.8%
15.1%
1.9%
PERAK
P062
SUNGAI SIPUT
N22
JALONG
14.2%
56.1%
26.5%
3.2%
PERAK
P065
IPOH BARAT
N30
BUNTONG*
5.8%
44.0%
47.9%
2.3%
PERAK
P077
TANJONG MALIM
N57
SUNGKAI
23.3%
53.8%
18.6%
4.3%
PAHANG
P078
CAMERON HIGHLANDS
N01
TANAH RATA
12.7%
53.4%
20.2%
13.7%
PAHANG
P088
TEMERLOH
N30
MENTAKAB*
51.9%
40.1%
5.8%
2.2%
PAHANG
P089
BENTONG
N33
BILUT
32.5%
57.2%
9.3%
1.0%
PAHANG
P089
BENTONG
N34
KETARI*
44.7%
47.3%
4.7%
3.3%
PAHANG
P089
BENTONG
N35
SABAI*
36.4%
39.7%
19.9%
4.0%
SELANGOR
P093
SUNGAI BESAR
N04
SEKINCHAN
39.3%
57.3%
2.3%
1.1%
SELANGOR
P094
HULU SELANGOR
N06
KUALA KUBU BAHARU*
32.7%
42.7%
20.8%
3.8%
SELANGOR
P100
PANDAN
N22
TERATAI
34.7%
58.6%
5.8%
0.9%
SELANGOR
P102
SERDANG
N27
BALAKONG
33.4%
55.4%
10.3%
1.0%
SELANGOR
P103
PUCHONG
N30
KINRARA
24.9%
59.2%
14.6%
1.3%
SELANGOR
P104
KELANA JAYA
N31
SUBANG JAYA
29.1%
56.8%
11.8%
2.3%
SELANGOR
P110
KLANG
N47
PANDAMARAN
23.0%
59.0%
16.0%
2.0%
SELANGOR
P110
KLANG
N48
KOTA ALAM SHAH
15.4%
56.9%
25.4%
2.4%
SELANGOR
P112
KUALA LANGAT
N52
TELUK DATUK*
29.0%
44.8%
20.2%
6.0%
SELANGOR
P113
SEPANG
N56
SUNGAI PELEK*
45.4%
32.8%
20.6%
1.2%
NEGERI SEMBILAN
P126
JELEBU
N01
CHENNAH
42.6%
50.8%
2.2%
4.4%
NEGERI SEMBILAN
P128
SEREMBAN
N10
NILAI*
30.6%
45.5%
22.1%
1.9%
NEGERI SEMBILAN
P128
SEREMBAN
N12
TEMIANG
30.9%
56.4%
11.2%
1.4%
NEGERI SEMBILAN
P130
RASAH
N21
BUKIT KEPAYANG
17.0%
59.8%
21.6%
1.6%
NEGERI SEMBILAN
P130
RASAH
N22
RAHANG*
30.7%
45.8%
21.0%
2.5%
NEGERI SEMBILAN
P130
RASAH
N24
SENAWANG
22.4%
52.0%
24.7%
0.9%
NEGERI SEMBILAN
P132
TELOK KEMANG
N30
LUKUT
18.3%
57.6%
23.7%
0.4%
NEGERI SEMBILAN
P133
TAMPIN
N36
REPAH
36.7%
43.0%
19.4%
0.9%
MELAKA
P137
BUKIT KATIL
N15
BACHANG
48.4%
46.3%
4.5%
0.8%
MELAKA
P137
BUKIT KATIL
N16
AYER KEROH
35.5%
55.5%
8.0%
1.0%
MELAKA
P138
KOTA MELAKA
N21
DUYONG
50.3%
44.3%
4.8%
0.6%
JOHOR
P140
SEGAMAT
N02
JEMENTAH
36.3%
54.5%
8.7%
0.6%
JOHOR
P142
LABIS
N06
BEKOK
25.6%
53.6%
18.0%
2.7%
JOHOR
P144
LEDANG
N10
TANGKAK
37.7%
51.2%
9.7%
1.5%
JOHOR
P152
KLUANG
N28
MENGKIBOL
27.3%
58.3%
13.8%
0.6%
JOHOR
P159
PASIR GUDANG
N42
JOHOR JAYA
42.8%
47.1%
7.5%
2.7%
JOHOR
P160
JOHOR BAHRU
N45
STULANG
38.7%
55.1%
4.5%
1.7%
JOHOR
P161
PULAI
N46
PENGKALAN RINTING
42.5%
44.7%
10.6%
2.1%
JOHOR
P165
TANJONG PIAI
N55
PEKAN NENAS
39.3%
57.8%
1.2%
1.7%

(*)Kerusi yang mempunyai < 50% pengundi Cina

Esok kami akan meneruskan perbincangan mengenai kepentingan PR bagi DAP, PAS, dan PKR bukan saja di Semenanjung Malaysia, malah di Sabah dan Sarawak.-Roketkini.com

Tiada ulasan: