Selasa, 26 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Zambry Tempelak Nizar Kaitkan Kes Gagal Dapatkan MyKad Sebagai Isu Perkauman

Posted: 26 Nov 2013 03:33 PM PST


 MSTAR ONLINE
 
 
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Selasa menempelak ketua pembangkang yang mengaitkan kes kegagalan seorang kanak-kanak perempuan S.Mahalachime mendapatkan MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai isu perkauman.

Beliau berkata dakwaan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah satu kesimpulan dan tuduhan liar di samping anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu dilihat cuba menggunakan kes itu untuk mengaut laba politik.

"(Adun) Changkat Jering boleh tuduh kerajaan BN rasis sekiranya kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membetulkannya. Kita pun tidak tahu apa yang berlaku tiba-tiba dia mempunyai satu kesimpulan.

"Ini satu perbuatan dan kesimpulan yang terlalu liar yang diucapkan oleh ketua pembangkang," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau turut mempersoalkan Mohammad Nizar Jamaluddin yang 'mengheret' BN dalam isu itu kerana apa yang terjadi kepada Mahalachime, 12, tidak melibatkan isu perkauman kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Terdahulu ketika membahaskan Bajet 2014 negeri Perak pada Selasa, Mohammad Nizar membangkitkan beberapa isu yang menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan wakil rakyat BN.

Ini termasuk apabila wakil PAS itu mengaitkan kes Mahalachime, 12, yang gagal mendapatkan MyKad daripada JPN kerana paras rupa dan warna kulitnya berbeza dengan ibunya, V. Kamalla, 60, sebagai isu perkauman serta mendakwa kanak-kanak itu dinafikan hak untuk hidup sejahtera sebagai seorang warganegara kerana masalah warna kulit.

Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) kemudian bangkit mencelah mengatakan pandangan Mohammad Nizar itu melanggar Perkara 36 (1) Perintah- perintah Tetap DUN Perak kerana terkeluar daripada topik perbahasan.

Bagaimanapun ia tidak diendahkan Mohammad Nizar yang mempertahankan pandangannya itu dengan memberikan alasan sifat perkauman perlu dikikis sekiranya kerajaan negeri mahu mencapai 'Perak Aman Jaya, Rakyat Sejahtera'.

Speaker DUN Perak Datuk Seri S.K Devamany kemudian menenangkan kedua-dua pihak dan meminta Mohammad Nizar meneruskan perbahasan tanpa menyentuh isu perkauman. - BERNAMA

Umno Wajar Beri Respons Positif Hasrat PAS Bermuzakarah - Muhyiddin

Posted: 26 Nov 2013 03:31 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno wajar memberi respons positif terhadap usul PAS untuk bermuzakarah dengannya seperti disuarakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presiden Umno itu berkata PAS boleh mengemukakan secara rasmi menjelaskan maksud muzakarah itu, sama ada membincangkan hal berkaitan Islam sahaja atau yang lebih besar dari itu.

Jika perkara itu dapat disampaikan, Umno akan meneliti kandungan topik khususnya untuk kepentingan umat Islam dan negara, katanya mengulas hasrat presiden PAS itu.

"Kalau tujuan untuk wujudkan kerjasama dan perpaduan antara umat Islam yang didokong oleh Umno dan PAS, manfaat ada untuk Islam dan negara, saya kira satu langkah yang wajar dan kita harus beri respons yang positif," kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan pendirian ini selepas menutup Latihan Amal Krisis Siber Negara 2013 (X-Maya 5) di sini Selasa.

Muhyiddin menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam Ahad lalu sebagai kenyataan yang ikhlas.

"Kalau hal itu baik, lagi cepat lagi baik (dilaksanakan)," katanya.

Abdul Hadi ketika berucap menyatakan kesediaan untuk mengadakan muzakarah dengan Umno namun terbatas kepada hal ehwal Islam.Beliau turut menegaskan kerjasama itu adalah bagi kepentingan umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berharap muzakarah antara Umno dan PAS dapat disegerakan kerana ia memberi kesan positif kepada budaya baharu politik Melayu-Islam.

Yang di-Pertuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, sudah tiba masanya untuk pemimpin kedua-dua parti terbesar mewakili Melayu berlapang dada dalam menangani isu yang menyentuh kepentingan agama dan bangsa.

"Yadim juga menyeru supaya semua pihak menyokong usaha ini kerana permuafakatan sesama Islam adalah tuntutan agama.

"Usaha ini mempunyai nilai yang sangat tinggi dan hanya mereka yang berjiwa kecil sahaja tidak menginginkan usaha ini dilaksanakan," katanya.

Beliau menambah Yadim menyokong penuh sebarang usaha mengadakan muzakarah itu dan berpendapat kenyataan pemimpin kedua-dua parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar disambut secara positif.

Asyraf Wajdi juga berkata umat Islam sudah mulai jemu dengan polemik kepartian dan pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan, hingga ada yang menggadaikan prinsip dan kepentingan agama serta bangsa. - BERNAMA

Perwakilan Pemuda MIC Dilarang Mengundi Dalam Pemilihan Parti 30 November

Posted: 26 Nov 2013 03:26 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Tiga puluh lapan anggota perwakilan Pemuda MIC termasuk ketua Pemuda yang baru dipilih C.Sivarraajh dilarang mengundi pada pemilihan parti peringkat nasional pada 30 November ini berikutan beberapa keraguan yang timbul.

Ini diumumkan oleh setiausaha agung parti A.Sakthivel di ibu pejabat MIC di sini Selasa.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi, beliau berkata keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa pemilihan parti berikutan dakwaan berlaku penipuan undi dan salah laku pada pemilihan sayap Pemuda MIC Kebangsaan pada 16 November lalu.

Pada pemilihan itu, Sivarraajh mendapat 278 undi, 44 melebihi undi penentangnya, timbalan ketua pemuda V.Mugilan.

"Kami terima aduan dua hari lepas, yang mendakwa berlaku penipuan semasa pemilihan. Pengadu mendakwa sembilan wakil muflis, bukan anggota, termasuk wakil yang berada di luar negara telah mengundi pada tarikh tersebut".

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan memandang serius aduan ini, dan akan menyiasat secara mendalam.

Mengenai kemungkinan diadakan pemilihan semula, Sakthivel berkata: "Biar kami siasat dulu. Kemudian kami beritahu tarikh pemilihan". - BERNAMA

Wisma Putra akan panggil duta Singapura

Posted: 26 Nov 2013 03:19 PM PST

 

 
 
Wisma Putra dalam proses memanggil duta Singapura bagi memohon penjelasan mengenai dakwaan terhadap intipan republik itu terhadap Malaysia, seperti dilaporkan media, kata timbalan perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun enggan mengulas lebuh lanjut dan menyatakan perkara tersebut kerana ia dalam bidang kuasa nenteri luar.

"Kita memandang serius dakwaan (pengintipan) ini, jadi kita sudah ambil langkah (berkaitan)," kata beliau.

Muhyiddin enggan ulas pertukaran cuti Johor

Posted: 26 Nov 2013 03:17 PM PST

 

 
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memberi komen mengenai pertukaran cuti mingguan Johor daripada Ahad kepada Jumaat di negeri itu.

"Ini, saya tidak mahu komen, kata beliau apabila diajukan soalan ketika sidang media selepas merasmikan penutupan latihan amal krisis siber negara 2013 (X-Maya 5) di Damansara hari ini.

NONETerdapat pihak melihat pengumuman Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari keputeraannya Sabtu lalu sebagai tamparan kepada Muhyiddin (kiri) yang bertanggungjawab mengubah cuti kepada Ahad 19 tahun lalu.

Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994 sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad di masa pentadbiran Muhyiddin.

Muhyiddin mentadbir negeri di Selatan semenanjung itu selama sembilan tahun bermula 1986 hingga 1995.

Ketika mengisytiharkan pertukaran terkini itu, Sultan Ibrahim bertitah, cuti pada Jumaat dikembalikan memandangkan ia penghulu segala hari dan supaya orang Islam dapat mengambil peluang memperbanyakkan ibadat.

Bagi pembangkang, terutamanya PAS, mereka melihat pertukaran ketika era Muhyiddin itu sebagai sejarah hitam atas nama ekonomi dan pelaburan asing.

"Pertukaran cuti tersebut telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam Johor. Ia turut diulas melalui teks khutbah hari Jumaat di masjid-masjid seluruh Johor.

"Bukan itu sahaja, wujud bantahan dan protes yang agak lama dari seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik," timbalan pesuruhjaya PAS negeri Mazlan Aliman dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily sebelum ini.

Bagaimanapun, tambah Mazlan lagi, meskipun bantahan dan protes dilakukan rakyat, Muhyiddin dan kerajaan Johor ketika itu tetap berkeras.

'Ini bukan dewan rakyat, ini dewan Adnan'

Posted: 26 Nov 2013 04:25 AM PST

 

 


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada PKR Lee Chean Chung digantung dua sesi persidangan bermula hari ini kerana menggelar belanjawan surplus Pahang sebagai "palsu".

Lee ketika dihubungi berkata, beliau dikenakan tindakan itu tanpa diberi peluang mempertahankan diri di hadapan jawatankuasa hak dan keistimewaan DUN.

Seramai 29 orang mengundi menyokong penggantungannya manakala 12 lagi sebaliknya.

Sebelum itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaacob membentangkan usul bawah Peraturan Tetap 36(4) dan 36(6) berkaitan perkataan biadap dan sangkaan jahat.

"Ini menunjukkan demokrasi palsu," kata Lee.

"Ini bukan dewan rakyat (DUN), ini dewam Adnan," tambahnya lagi.

Khalid ajak rakyat lawan penentang air percuma

Posted: 26 Nov 2013 04:09 AM PST

 
Syabas berdosa besar kepada rakyat Selangor kerana selama ini gagal menguruskan bekalan air terawat secara mencukupi 





SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat di Selangor menentang mana-mana pihak yang menghalang usaha kerajaan negeri menguasai aset air dan memberikan 20 meter padu air percuma.

"Tugas negeri sekarang selesaikan masalah air dan saya akan bawa rakyat Selangor untuk menentang sesiapa yang tak memberikan kita menguasai aset air negeri ini," katanya yang kemudian mendapat tepukan gemuruh ahli Dewan  Undangan Negeri.

Beliau berkata sedemikian apabila menerima desakan daripada wakil pembangkang yang meminta penjelasan mengenai krisis bekalan air di Selangor.

Namun mempertahankan pihaknya sudah beberapa kali menerangkan isu ini kepada umum dan tidak punya masa untuk menerangkan secara panjang lebar dalam Dewan Negeri.

Tambahan, katanya masalah bekalan air yang diuruskan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) wujud sejak tahun 2006 dan diakui kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu.

Katanya, Syabas berdosa besar kepada rakyat Selangor kerana selama ini gagal menguruskan bekalan air terawat secara mencukupi yang melibatkan kepentingan semua pengguna tak kira kaya atau miskin memandangkan ia adalah perkara utama dalam kehidupan.

Jelasnya, Selangor menghadapi masalah apabila penswastaan air ini tidak dapat diuruskan dengan cara yang dijanjikan dalam penswastaan air Syabas.

Melalui perjanjian dengan Syabas pada tahun 2011, terdapat penurunan bekalan air tak terawat (NRW) daripada 30% kepada 19.98% tetapi menurut Khalid apa yang berlaku sekarang NRW meningkat menjadi 33%.

"Jadi ini yang sebabkan kita kekurangan air terawat, jawapan kita ialah kita mesti selesaikan NRW," katanya.

Beliau berkata, Syabas membelanjakan dana RM1.169 juta yang diperoleh daripada kerajaan Pusat tetapi NRW tetap naik 33% .

"Syabas punya kabel yang besar untuk dapat RM500juta daripada Pusat dengan faedah yang tak dibayar selama lima tahun awal," katanya.

Katanya, Selangor ada 4.8 juta liter air, yang boleh diagihkan ialah 4.6 juta liter sehari daripada 32 loji rawatan air yang ada di negeri itu.

Malangnya, menurut Khalid terdapat kebocoran 30% NRW apabila hanya 3.9 juta liter air terawat sehari sahaja yang sampai kepada pengguna.

Malah berlaku juga isu tender bekalan dan kontrak penyelenggaraan paip air Selangor yang bermasalah sejak dulu lagi.

"Saya tak nak sebut perkara ini…saya tak nak menambahkan dosa lagi," katanya.

Mendapati Syabas dan Puncak Niaga tidak berupaya dari segi pengurusan dan kekuatan modal untuk menyelesaikan isu ini, kerajaan negeri memutuskan untuk ambil alih industri air dan kini sudah diperingkat akhir proses tawaran dengan Pusat, katanya.

Isu FAM : Annuar Musa Sedia Berundur

Posted: 26 Nov 2013 03:03 AM PST

Radhi Razak


alt


KUALA LUMPUR  - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kini dalam tempoh penggantungan, Tan Sri Annuar Musa, menyatakan kesediaan untuk berundur daripada Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara sekiranya pembabitan beliau menyebabkan FAM enggan berkerjasama dengan jawatankuasa berkenaan.

Katanya, pembabitan organisasi adalah lebih penting daripada individu dan beliau sangggup mengambil keputusan itu kerana ingin melihat perubahan positif pada sukan bola sepak negara.

"Jika pelantikan saya menyebabkan FAM tidak mahu kerjasama dengan jawatankuasa ini adalah lebih baik sekiranya saya berundur.

"Apa yang lebih penting ialah menteri perlu diberi sokongan oleh persatuan dan mereka yang berkepentingan dalam bola sepak negara," katanya selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Sebelum ini pelantikan Annuar dalam jawatankuasa itu dipersoal FAM berikutan beliau masih dalam tempoh penggantungan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak oleh badan induk itu.

Annuar digantung selama dua tahun setengah bermula April tahun lalu kerana melanggar Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila mengeluarkan kenyataan berunsur negatif terhadap skuad Harimau Malaya .

Menurut artikel berkenaan hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM sahaja yang boleh menyeluarkan kenyataan media.

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu berkata pembabitan kerajaan dalam membantu pembangunan bola sepak amat diperlukan kerana badan induk persatuan sukan tidak mampu melakukan semua kerja tanpa bantuan dan sokongan daripada kerajaan.

"Dalam pembangunan peringkat akar umbi, tiada persatuan induk dalam dunia ini yang mampu melakukannya secara sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan.

"Saya tahu perkara ini sebab saya pernah menjadi menteri, berada dalam persatuan dan juga mengendalikan pasukan," katanya.

Annuar, bagaimanapun, menambah lantikan dalam jawatankuasa itu dilakukan atas budi bicara menteri dan tiada kena-mengena dengan penggantungan.

Katanya, pelantikan itu adalah sahih dan tidak akan menimbulkan apa-apa masalah.

"Saya dilantik menteri dalam jawatankuasa ini atas tiket Ahli Parlimen Ketereh dan bukannya sebagai timbalan presiden FAM dan penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Isu Air : MB Selangor Tetap Salahkan SYABAS

Posted: 26 Nov 2013 02:56 AM PST

RAKYAT NEWS




alt
 


SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi pendirian bahawa masalah bekalan air terawat di Selangor berpunca dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS).

Beliau berkata, kekurangan bekalan air terawat di Selangor adalah akibat kegagalan mengatasi ketirisan kira-kira 30 peratus daripada bekalan 4,635 juta liter sehari yang dikeluarkan .

"Inilah yang menyebabkan kita kekurangan air terawat, jawapannya kita mesti menyelesaikan masalah NRW (air tidak membawa hasil akibat ketirisan)," kata beliau menjawab soalan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Amiruddin ingin tahu sama ada bilangan loji air dan kapasitinya mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Selangor kini dan jangka panjang.

Menteri Besar berkata menurut perjanjian, pemegang konsesi Syabas sepatutnya menurunkan kadar NRW (non-revenue water) daripada 30 peratus kepada 19.9 peratus tetapi sekarang sebaliknya meningkat kepada 33 peratus.

Terdapat 34 loji rawatan di Selangor.

"Kesimpulannya: Kerajaan Negeri berpendapat Syabas dan syarikat induknya Puncak Niaga tak punya keupayaan dari segi pengurusan, kedua dari segi kekuatan modal untuk selesaikan perkara ini," kata Abdul Khalid.

Menjawab soalan tambahan Sulaiman Razak (BN-Permatang) bahawa pembekuan perbelanjaan modal (capex) Syabas menyebabkan Syabas tidak dapat mampu menurunkan kadar NRW, Abdul Khalid berkata nampaknya "suara Permatang macam suara Syabas."

Beliau berkata Syabas dalam perjanjian mengatakan ia boleh menurunkan NRW dengan perbelanjaan RM784 juta tetapi capex sebenar Syabas ialah RM1.2 bilion untuk tujuan itu.

Abdul Khalid juga berkata capex Syabas diperolehi daripada pinjaman kerajaan Persekutuan berjumlah lebih RM500 juta tanpa faedah selama lima tahun.

Bagaimanapun, Sulaiman bangkit dan mengulangi soalannya berhubung kesan pembekuan capex kepada usaha Syabas.

Beliau turut memaklumkan dewan bahawa pinjaman kepada Syabas hanya akan dibayar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengikut kemajuan kerja yang dilaksanakan Syabas.

Abdul Khalid pula berkata pada tahun 2006 lagi Kerajaan Persekutuan berpendapat Syabas tidak mempunyai keupayaan dalam mengurangkan NRW.

Beliau berkata terdapat krisis tender bagi pembekalan paip di mana Puncak Niaga didapati adalah pihak yang memasuki tender berkenaan, setelah semakan dilakukan.

"Kerajaan Negeri akan menyelesaikan perkara ini. Negeri dah bersetuju untuk ambil alih dan saya akan bawa rakyat Selangor untuk menentang siapa yang tidak memberikan kita menguasai aset air," katanya.

Kes NFCorp : Mahathir Turut Diheret dalam Pindaan

Posted: 26 Nov 2013 02:54 AM PST

alt
 
 RAKYAT NEWS


KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini meminda lima pertuduhan menipu bekas Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang dihadapi Datuk Shamsubahrin Ismail dengan memasukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lima pertuduhan itu.

Hakim Rozilah Salleh meminda kelima-lima pertuduhan menipu itu dalam penghakimannya semasa memerintahkan Shamsubahrin membela diri atas lima pertuduhan menipu Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta, dua tahun lepas.

Rozilah membuat pindaan itu mengikut Seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim itu juga memerintahkan Shamsubahrin, 47, seorang ahli perniagaan membela diri terhadap 17 lagi pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang sama (RM1.755 juta).

Dalam keputusannya, Rozilah berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Selepas membacakan keputusannya, Rozilah meminta jurubahasa mahkamah membacakan semula kesemua pertuduhan pindaan itu kepada Shamsubahrin. Dia mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Shamsubahrin, didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir bagi membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Sid's Pub di H2, Taman Tunku, Off Langkat Tunku di sini pada 6 petang, 20 November 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua hingga kelima, Shamsubahrin didakwa menipu iaitu secara tidak jujur memujuk Mohamad Salleh dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir membantu dan menawarkan untuk melakukan kerja-kerja konsultan.

Perbuatan itu mendorong Mohamad Salleh menyerahkan empat keping cek yang kesemuanya bernilai RM1.755 juta dan mempercayai sebahagian daripada wang itu adalah untuk bayaran perkhidmatan rundingan, nasihat dan untuk diberikan kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, bagi menutup kes yang sedang disiasat polis berkaitan NFCorp.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di beberapa buah bank di Taman Tun Dr Ismail; Kuala Lumpur City Centre (KLCC); dan di Petaling Jaya antara 25 November 2011 dan 5 Disember 2011.

Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.  

Dia juga berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kerana terdapat elemen baharu dalam pertuduhan yang memerlukan pihaknya menentukan saksi-saksi yang bakal dipanggil dalam perbicaraan membela diri.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan dan tiga hari mulai 20 Februari tahun depan untuk perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa.

11 Ketua Cabang PKR Isytihar Keluar Parti

Posted: 26 Nov 2013 02:52 AM PST

alt

 Radhi Razak


KUALA LUMPUR  - Seramai sebelas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengisytihar  keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Keputusan yang turut melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah itu dilakukan setelah hilang kepercayaan terhadap parti pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

11 Cabang PKR tersebut adalah Kota Belut, Kudat, Kota Merudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi,Silam, Kalabakan dan Semporna.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan perkara tersebut pada sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.

Berikut merupakan 11 Ketua Cabang PKR yang bertindak keluar parti :-

1) Angki Addek (Kota Marudu)
2) Anthony Mandiau
3) Juhani Abd Halim
4) Mohd Jun (Kelabakan)
5) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6) Lokuan Ureh (Semporna)
7) Timoty Lim (Sepangar)
8) Apandy Sipin (Persiangan)
9) Soloh Yuna (Kota belud)
10) Jelani Hamdan
11) Jeremmy Malajad (Kedamaian)

Zahid selar negara luar ceroboh kerahsiaan negara

Posted: 26 Nov 2013 02:49 AM PST

SINAR HARIAN

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  
 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan amat tidak wajar.

Beliau menegaskan melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

"Pada prinsipnya, maklumat-maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia sepatutnya tidak ada sebuah pun negara yang berhak untuk melakukan intipan.

"Jadi tidak perlu menceroboh atau cuba memantau negara kita," katanya dalam  sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media itu berhubung dakwaan pembabitan Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura hari ini untuk mendapat penjelasan.

Sementara itu, Ahmad Zahid akan memperhalusi cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya menukarkan pegawai Imigresen di pintu masuk negara setiap enam bulan bagi memastikan penyampaian sesuatu perkhidmatan dijalankan tanpa ada unsur rasuah.

"Kami dirunding oleh Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) sendiri untuk tindakan dilakukan dengan tidak menyembunyikan soal imej tetapi soal bagaimana penyampaian sesuatu perkhidmatan ini harus dijalankan tanpa unsur rasuah terutama dalam keizinan membawa masuk pekerja asing," katanya.

Beliau berkata, pemantauan dan tindakan akan dilakukan terhadap mana-mana pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dalam rasuah. - Bernama

Shamsul Iskandar kesal usul pengintipan ditolak

Posted: 26 Nov 2013 02:48 AM PST




Shamsul Iskandar


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang, Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) kesal apabila usul beliau berhubung isu keselamatan akibat aktiviti pengintipan negara asing di negara ini dihalang untuk dibahaskan.

Shamsul juga mempertikaikan tindakan itu sambil menyifatkan usul itu sepatutnya mendapat perhatian serius dan wajar dibahaskan dalam Dewan Rakyat memandangkan ia melibatkan kepentingan ramai dan mencabar kedaulatan negara.

"Tindakan yang tidak bertanggungjawab negara-negara ini mengintip aktiviti-aktiviti pemimpin negara merupakan satu tindakan biadap serta mencabar kedaulatan negara.

"Lebih malang lagi negara jiran seperti Singapura juga terlibat dalam pengintipan itu dan ia telah melanggar prinsip kepercayaan kita selama ini," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, dekat sini, hari ini.

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Shamsul bagi mengecam Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura berhubung dakwaan pengintipan terhadap Malaysia yang boleh menjejaskan negara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, usul itu ditolak kerana beliau difahamkan Kementerian Luar telah mengemukakan nota bantahan dan memanggil Duta Besar AS dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk penjelasan lanjut.

"Tindakan telah dibuat, dengan itu perkara ini tidak perlu disegerakan, saya menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1)," katanya selepas selesai sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini.

Sementara itu, menurut Shamsul, merujuk kepada pendedahan akhbar Der Spigel dan Sydney Morning Herald yang melaporkan pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden bahawa berlaku risikan dibuat ke atas Malaysia oleh Kedutaan Amerika dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Dakwanya, Singapura juga didedahkan media Belanda, NRC Handelsblad sebagai turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan "5-Eyes" yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantai rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, beliau mengulangi mendesak terhadap kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengeluarkan pendirian yang tegas dan mengecam sekerasnya aktiviti pengintipan ketiga-tiga negara tersebut.

"Beberapa tindakan tegas pimpinan negara lain yang didedahkan berlakunya aktiviti pengintipan ke atas negara mereka seperti Brazil, Jerman dan Indonesia sewajarnya kita contohi," katanya lagi.

Peguam saman Peguam Negara, 10 lain lebih RM47j

Posted: 26 Nov 2013 02:45 AM PST

SINAR HARIAN

Rosli Dahlan  
 
Rosli Dahlan


KUALA LUMPUR - Seorang peguam telah memfailkan saman berjumlah lebih RM47 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan  Malaysia dan tujuh lagi atas dakwaan mendakwanya secara salah.
  
Rosli Dahlan, memfailkan saman itu Jumaat lepas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Kumar Partnership.
  
Media memperoleh writ samannya hari ini.
  
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, SPRM, Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, tiga Timbalan Pendakwa Raya, seorang pegawai penyiasat SPRM, dan seorang pegawai polis sebagai defendan.
 
Rosli mendakwa defendan-defendan dengan niat jahat menangkapnya dan mendakwanya di mahkamah berhubung kes di bawah SPRM.
  
Peguam itu berkata bagaimanapun beliau telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 Disember 2010.
  
Beliau mendakwa tindakan defendan-defendan telah menyebabkannya dan keluarganya mengalami trauma, penghinaan, cemuhan, ejekan, kesakitan dan penderitaan.
  
Rosli menuntut ganti rugi punitif, teruk dan teladan berjumlah RM47 juta dan ganti rugi khas berjumlah RM750,000, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - Bernama

Bolehkah kita tersenyum lagi?

Posted: 26 Nov 2013 02:29 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


 
 

Semalam Najib menyatakan bahawa mereka yang mengelak daripada membayar cukai adalah dianggap telah melakukan pengkhianatan kepada negara. Ini kerana, menurut tafsiran Perdana Menteri, membayar cukai adalah sebahagian daripada ciri semangat patriotisme kepada negara.

Dalam bahasa yang mudah ialah mereka yang tidak membayar cukai tidak ada semangat patriotisme dan adalah pengkhianat negara.

Hujah Perdana Menteri ini lantas menimbulkan perdebatan banyak pihak, tetapi lebih ramai yang tidak bersetuju berbanding menyetujui cakap Najib itu.

Ada pula yang berkata, gelaran pengkhianat kepada yang tidak membayar cukai itu sebagai keterlaluan dan agak melampau. Tidak wajar seorang Perdana Menteri mengucapkan perkataan demikian.

Ia sama seperti tidak wajarnya Najib mengucapkan perkataan "haram jadah" kepada peneroka Felda suatu ketika dahulu.

Hari ini pula, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan memberitahu Parlimen bahawa hutang negara sehingga Oktober 2013 adalah berjumlah RM529.6 bilion atau 53.6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK. Had hutang yang dibenarkan ialah 55% daripada KDNK.
Tetapi Ahmad Maslan juga memberitahu, keadaan sebenarnya masih lagi terkawal.

Sudah tentu ramai yang tidak bersetuju dengan Ahmad Maslan kerana setelah hampir tergelincir ke dalam lubang yang dalam pun, beliau masih lagi berkata, hutang negara dalam keadaan terkawal.

Dengan hutang yang kian meningkat ini, ramai yang berkata, "patutlah Najib begitu terdesak mahu rakyat membayar cukai sehingga melabelkan pengkhianat kepada yang cuba mengelaknya".

Semuanya saling kait-mengait sebenarnya. Jika usaha menakutkan rakyat supaya membayar cukai ini berjaya, maka bertambahlah pendapatan negara untuk tahun depan. Mungkin itu sebabnya Ahmad Maslan kata hutang negara masih boleh dikawal.

Namun demikian kebimbangan tentang hutang di zaman Najib memang ada asasnya. Rakyat wajar berasa bimbang dengan hutang yang sudah mencecah 53.6% daripada KDNK sedangkan had yang dibenarkan cuma 55%. Bagaimana pula kedudukan hutang negara pada tahun depan atau lima tahun akan datang?

Apa jadi jika hutang negara nanti melebihi had yang dibenarkan itu? Adakah negara akan bankrap? Adakah kita akan menuruti jejak negara Greece yang terbeban dengan kemelut hutang yang berpanjangan?

Bagaimana pula nasib rakyat? Bagaimana dengan kos hidup dan peluang pekerjaan? Sudah tentu deretan persoalan panjang akan bermain di fikiran setiap rakyat, ditambah dengan keceluparan Najib menggelarkan pengkhianat, resah dan bimbang juga turut bertambah jadinya.

Ketika Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara pada 2009, hutang negara cuma RM362.4 bilion.

Hanya dalam tempoh hampir lima tahun, hutang negara sudah mencanak hampir sekali ganda kepada RM529.6 biliion. Lagi banyak transformasi, lagi banyak hutang rupanya.

Dalam tempoh lima tahun juga, bayaran kepada konsultan saja berjumlah RM7.2 bilion. Bil letrik Seri Perdana pula berjumlah RM2.2 juta walaupun Najib mendakwa beliau hanya menumpang tinggal di kediaman milik rakyat itu. Apakah itu cara menumpang namanya?

Jika dikira kos lawatan Najib ke luar negara antara 2008 hingga 2013 yang berjumlah RM44 juta, kos jamuan rumah terbuka Aidilfitri hampir RM3 juta serta lain-lain dan isterinya juga turut menggunakan wang pembayar cukai untuk perjalanan ke luar negara, jumlahnya tentulah lebih besar lagi.

Dalam tempoh setahun atau lima tahun akan datang, belum ternampak tanda-tanda Najib mahu berjimat cermat dalam perbelanjaannya.

Begitu juga isterinya, selepas menyatakan beliau langsung tidak terganggu dengan pelbagai kritikan terhadapnya, jadual Rosmah ke luar negara dan tempahan jet eksekutif juga barangkali sudah siap menanti dengan lebih banyak lagi.

Dengan semua keadaan ini, rakyat sudah tidak mampu tersenyum lagi sebenarnya dalam memikirkan nasib masa depan negara ini. Kalau pun ada yang masih tersenyum, hanyalah senyum pahit dan terpaksa saja. – shahbudindotcom

Terdesak jalankan GST, Najib akui-MALAYSIA BAKAL BANKRAP

Posted: 26 Nov 2013 02:27 AM PST

Oleh Maria Begum, Malaysia Chronicle




KUALA LUMPUR - Akhirnya Perdana Menteri Najib Razak telah mengaku. Memang ada kemungkinan bahawa Malaysia akan jatuh bankrap.

Prospek menakutkan ini pertama kalinya didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala pada tahun 2010 dengan memberi amaran bahawa Malaysia berkemungkinan akan jatuh tersungkur seawal 2019, yang mana ironinya akan berlaku setahun lebih awal daripada tarikh 2020 yang dijangkakan oleh kerajaan Umno-BN dimana negara boleh mencapai status 'negara maju'.

Kekecohan yang berlaku sejurus amaran Idris menyebabkan orang ramai mengecam pentadbiran Najib yang dilihat telah melakukan salah urus dari segi pengurusan ekonomi. Ini telah mencetuskan beberapa siri penafian dari pemimpin berprofil tinggi antaranya termasuk Najib sendiri, timbalannya Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Walau bagaimanapun kelmarin, Najib telah mengulangi semula akan kemungkinan Malaysia akan jatuh muflis. Mungkin sekali Najib sudah tidak boleh lari lagi dan cuba mencari jalan untuk memujuk rakyat menerima Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang sememangnya telah menjadi langkah yang tidak popular. Walau bagaimanapun, ramai pakar tidak menolak kemungkinan kebankrapan seperti Greece boleh berlaku kepada Malaysia.

Malah, agensi-agensi penilaian seperti Fitch memberi amaran terhadap hutang negara yang mencatatkan rekod tertinggi dan masih lagi bertambah berserta dengan defisit fiskal. Walaupun pada minggu lalu Moody telah meletakkan Malaysia dari aras 'stabil' kepada 'positif', pengakuan terbaru Najib melonjakkan spekulasi bahawa keputusan Moody mungkin telah didorong oleh perbuatan melobi dan memujuk oleh pegawai-pegawai Kementerian Kewangan.

"Kita perlu mencari sumber pendapatan tambahan dan itulah sebabnya kita perlu melaksanakan GST," Star melaporkan Najib sebagai berkata pada satu seminar mengenai Pemerkasaan Ekonomi Negara pada hari Ahad.

Najib juga memegang portfolio Menteri Kewangan walaupun terdapat ramai yang mendesaknya untuk melepaskan jawatan itu dimana ramai pengkritik menegaskan telah ia telah diabaikan oleh Najib yang juga tidak berkelayakan untuk memegangnya.

Tidak boleh lari lagi? Bankrap seperti Greece

Menurut Najib, Malaysia mempunyai dua pilihan iaitu menaikkan pendapatan melalui cukai GST atau meminjam dari luar.

Dengan mempertahankan GST, Najib menegaskan bahawa ia penting dilaksanakan kerana negara mungkin berhadapan dengan kebangrapan jika ia memilih untuk meminjam.

Dia juga berkata bahawa keputusan kerajaan untuk memperkenalkan GST telah menjadikan Moody bersetuju untuk menilai semula prospek Malaysia, oleh itu, tidak mungkin cukai baru adalah sesuatu yang negatif seperti yang dicanangkan oleh mereka yang membantahnya.

"Ini adalah kerana mereka tahu Malaysia telah mengambil langkah-langkah pengukuhan fiskal yang tidak popular tetapi perlu untuk kebaikan negara ini," kata Najib.

Najib membidas pembangkang kerana komen mereka yang seolah-olah keliru kerana ada antara mereka menyokong GST tetapi pada masa yang sama mencampuradukkan isu ini dengan hujah-hujah yang menyimpang termasuk bil elektrik di kediaman rasminya yang amat tinggi.

Dia menjelaskan bahawa Sri Perdana merupakan hak rakyat dan dia hanyalah mendiami tempat itu buat sementara waktu seperti dua orang PM sebelumnya.

"Ia mempunyai tempat khusus untuk majlis. Jika seorang ketua negara datang, adakah kami akan makan dalam gelap? Jika presiden China datang melawat, adakah kami akan ajak mereka makan dengan diterangi lilin sahaja dan bilang ini lebih romantis?" Kata Najib sambil berseloroh.

'Tunjukkan contoh yang baik terlebih dahulu sebelum menyuruh rakyat'

Walau bagaimanapun, ahli-ahli politik pembangkang belum yakin dengan hujah-hujahnya. Mereka menegaskan bahawa Najib perlu mengamalkan penjimatan terlebih dahulu, seperti pemotongan ke atas perbelanjaan mewah untuk "dasar yang sering dipersoalkan" serta gaya hidup rasmi mewah yang diamalkan olehnya dimana ramai sudah sedia maklum, sebelum menggesa rakyat untuk membayar cukai lagi.

"Dia menunjukkan kedangkalannya dan licik dalam memberi jawapan bodoh. Kami bertanya mengapa dalam masa yang sukar ini dia tidak cuba untuk mengurangkan kos dan menjimatkan wang. Bil elektriknya lebih daripada RM2 juta dan jika dia boleh mengurangkannya, ia pasti akan membantu," Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Tentang GST, apa yang kami tidak faham? Pembangkang sudah jelas berkenaan GST bukan kerana sistem cukai itu sendiri tetapi kerana kita percaya majoriti rakyat masih miskin dan tidak mampu menanggung beban tambahan pada ketika keadaan ekonomi sebegini.

"Najib juga cuba untuk menjustifikasikan GST dengan mengatakan bahawa sebahagian besar daripada penduduk tidak membayar cukai. Ini membawa kita kepada satu persoalan yang bagus untuk dijawabnya kepada rakyat -. Mengapa selepas bertahun-tahun Umno-BN memerintah, majoriti rakyat masih begitu miskin sehingga mereka jatuh di bawah garisan pembayar cukai? Adakah ia berkaitan dengan rasuah besar-besaran dalam pentadbiran Najib dan Umno-BN sehingga rakyat jelata tinggal dalam kemiskinan manakala negara dihimpit hutang yang besar? Kini, Najib mahu rakyat membayar GST pula untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang yang telah diciptanya melalui rasuah dan merompak - adalah ini adil dan wajarkah ini berlaku?

Tidak patriotik jika tidak bayar GST

Tian merujuk kepada komen Najib bahawa dalam 14 juta pekerja di Malaysia, hanya 1.34 juta sahaja yang membayar cukai.

"Itu hanyalah dalam 10% yang membayar dan ada lagi yang sepatutnya membayar tetapi tidak berbuat begitu," Najib mempertahankan dirinya serta kerajaannya.

Dia kemudian merujuk kepada definisi patriotik iaitu menjalankan tanggungjawab kepada negara termasuk membayar cukai.


Dia juga menambah bahawa jangkaan rakyat terhadap kerajaan semakin tinggi dan lebih banyak perbelanjaan akan diperlukan untuk memenuhi permintaan rakyat.

PM juga mengingatkan bahawa kita tidak boleh hanya bergantung kepada hasil petrolium sahaja yang sememangnya akan menyusut.

Dia juga menambah bahawa kebimbangan bahawa GST akan menyebabkan kenaikan harga barang yang mendadak tidak berasas sama sekali.

Menurut Najib, 160 buah negara lain telah pun mengimplimentasikan GST dan mengikut pengalaman mereka, hanya akan berlaku kenaikan harga yang sedikit pada tahun pertama ia diimplimentasi.

"Tidak mungkin kesemua negara ini telah melakukan kesalahan dalam mengimplimentasikan GST," tambahnya lagi.

Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle

Bajet Perak: Tiada apa boleh disuluh kerana tiada bateri

Posted: 26 Nov 2013 02:22 AM PST



 MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR


IPOH: Bajet Perak 2014 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak memberi harapan baru kepada rakyat negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan tidak prihatin serta serius untuk menyelesaikan permasalahan utama rakyat iaitu kos kehidupan yang semakin meningkat.

Rakyat Perak juga kata beliau mengalami masalah peluang pekerjaan yang sangat minimum dan ia tidak menjadi keutamaan kerajaan untuk menyelesaikannya.

"Apakah pengharapan orang Perak kepada belanjawan itu? Sebagai rakyat negeri Perak, apa harapan baru yang nak dipergantungkan kepada bajet itu? Tidak ada.

"Saya nampak bajet itu tidak memberi harapan baru kepada rakyat negeri Perak. Masalah rakyat negeri Perak yang besar tidak ditunjukkan cara penyelesaiannya," katanya ketika membuat sidang media selepas perbentangan Bajet Negeri Perak 2014 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, di sini semalam.

Beliau menyifatkan, kerajaan yang dipimpin oleh Zambry hanya meneruskan tradisi belanjawan defisit yang kali ini melebihi sehingga RM40.2 juta.

Kerajaan negeri juga katanya tidak mengemukakan pembaharuan dalam belanjawannya dan ianya masih mengikut 'stail' lama.

"Walaupun di penutup pembentangan, Pangkor (Zambry) kata bajet itu adalah penyuluh jalan untuk masyarakat, tapi tidak apa yang boleh disuluhkan kerana tiada ada bateri," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Adun Changkat Jering itu menjelaskan, kerajaan juga gagal mewujudkan kaedah serta cara alternatif untuk menghasilkan dana baru bagi meningkatkan hasil negeri.

Saya terus berperanan sebagai ahli parlimen - Mahfuz

Posted: 26 Nov 2013 02:20 AM PST

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Ahli Perlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetap tenang walaupun diperli ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berikutan tidak dapat mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 yang berakhir Ahad lalu.

Beliau dikatakan emosi dan marah ketika berbahas semalam di Dewan Rakyat yang telah menjadi tajuk dalam media milik Umno BN.

Mahfuz ketika ditemui menjelaskan walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai Naib Presiden PAS, beliau tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Whip Parlimen PAS yang akan sentiasa membawa isu-isu semasa di parlimen bagi mendapat penjelasan kerajaan.

"Walaupun ada ahli-ahli parlimen BN bangkit mengatakan saya kalah dalam pemilihan baru-baru ini, itu tidak mematah semangat saya untuk terus berjuang dengan parti dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parlimen.

"Jawatan hanyalah hieraki kedudukan di dalam sesebuah parti dan bukan pengakhiran kepada apa yang kita laksanakan sebelum ini.

"Sebagai Ketua Whip saya bertanggungjawab untuk mendesak kerajaan memperjelaskan setiap penyelewengan yang berlaku, setiap nada perbahasan kita itu bukan marah tetapi geram apabila isu penyelewengan sentiasa berulang," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau yang turut menegaskan Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat dilihat lebih telus jika dibandingkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Jawatankuasa Pemilihan Umno.

Katanya apabila kesilapan teknikal dapat dikesan, pihak Jawatankuasa Pemilihan PAS dengan segera menangguhkan pemilihan dan memohon maaf di atas kesilapan tersebut dan bukan meneruskan pemilihan.

Tambahnya, sehubungahn itu mereka meletakkan kerana merasa bertanggungjawab dan bersalah dengan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Perkara itu dipersoalkan oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan pemilihan PAS gagal dan tidak terurus sehingga terpaksa melakukan undian semula.

"Mereka terus bertindak menangguhkan pemilihan apabila mengesan berlakunya kesilapan teknikal dan terus meminta maaf sehingga sanggup meletakkan jawatan dari jawatankuasa.

"Ini tidak berlaku pada SPR yang terus memekak telinga walaupun terdapat kesilapan serta keraguan yang telah didedahkan pada pilihanraya umum yang lalu," tegas Mahfuz.

Mahfuz menegaskan walaupun apa yang ingin dilebalkan oleh Ahli Parlimen BN terhadap kekalahan beliau, baginya itu tidak mematah semangatnya untuk membawa suara rakyat di parlimen.

Sebagai ahli PAS, beliau mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan parti itu terus berjuang mengikut apa yang telah ditetapkan dan suara rakyat akan dibawa sehingga mendapat pembelaan.

Kerajaan gadai kem Tebrau dan Plentong RM465 juta?

Posted: 25 Nov 2013 10:27 PM PST

Oleh : Selangor Kini


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan status kem tentera di Tebrau dan Plentong, Johor.

Mahfuz turut mempersoalkan sama ada dua kem itu digadai kepada Malaysian Buildings Society Sdn Bhd (MBSB) dengan harga RM465 juta, yang mana projek itu pada asalnya bernilai RM256 juta, namun tidak berjaya disiapkan pada tempoh ditetapkan.

mahfuz omar

Katanya, projek itu bermula pada 2002 tetapi laporan audit 2012 mendedahkan perkembangan projek di bawah syarikat KCSB Konsortium Sdn Bhd hanya berjaya disiapkan 18 peratus sahaja.

"Kalau ikut laporan audit, kerajaan mesti tamatkan segera syarikat ini. Adakah ia sudah ditamatkan kerana tanah kem sudah tergadai. Hal yang berlaku itu adalah pengkhianatan dan penderhakaan sebenar kepada negara.

"Kita cakap pasal ingin membela kebajikan tentera tetapi mereka dikhianati," katanya yang dipetuk daripada HarakahDaily ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Mahfuz berkata, KCSB mendapat untung dengan mudah walaupun projek yang diberikan belum siap sepenuhnya.

"Saya minta penjelasan bagaimana kontraktor ini dipilih. Ini bukan pondok durian boleh digadai sesuka hati tetapi ini tempat duduk tentera, anak dan keluarga mereka yang mesti dijaga kebajikannya," katanya.-NFN-

Anwar kritik Khalid dua kali, saya berkali-kali, kata Azmin

Posted: 25 Nov 2013 10:25 PM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


















Kritikan yang dilemparkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah teguran membina demi kebaikan pentadbiran kerajaan Selangor, kata Mohamed Azmin Ali (gambar).

Timbalan Presiden PKR itu berkata, kritikan yang dibuat Anwar semasa Kongres Khas PKR semalam juga bukanlah bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak berbeza dengan budaya parti pemerintah Umno.

"Dia (Anwar) dua kali, saya dah banyak kali (kritik)," kata Azmin apabila ditemui The Malaysian Insider di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam.

"Teguran ini dibenarkan dalam Islam. Kita disuruh nasihat menasihati bagi perkara bertujuan baik, bukan meruntuhkan, tapi membina kekuatan yang lebih lagi," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, teguran Anwar itu juga adalah untuk memastikan kekuatan yang lebih tinggi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

"Teguran itu satu teguran bertujuan meningkatkan prestasi sistem penyampaian selangor.

"Ia perlu dilihat secara positif untuk kebaikan pentadbiran. Ini penggal kedua, rakyat sudah beri mandat besar sudah tentu harapan mereka untuk memastikan prestasi dan penyampaian itu cukup tinggi," katanya.

Anwar semalam berkata, meskipun Abdul Khalid seorang "pendengar yang baik", beliau bagaimanapun "lambat melaksanakan arahan yang diberikan."

Ketua Umum PKR itu berkata, Abdul Khalid juga banyak tidak mengamalkan apa yang disarankannya.

"Dia adalah seorang sahabat yang paling setia mendengar berbanding pemimpin PKR yang lain. Tan Sri Khalid seorang yang paling patuh mendengar cuma paling lambat laksanakannya kadang-kadang.

"Saya tegur seorang pemimpin dengan perkara yang baik. Saya tegur supaya dia dapat baiki skru longgar sebelum ini," katanya dalam ucapan penutup Kongres Nasional Khas PKR 2013 di Shah Alam semalam.

Sementara itu, Abdul Khalid yang ditemui pemberita semalam tidak mengambil hati terhadap kritikan Anwar, sebaliknya menerima teguran berkenaan secara terbuka.

"Tiada (kecil hati). Baguslah. Saya tak jadi masalah.

"Ia perkara baik kerana nak jelaskan kepada rakyat, kami PR, terutamanya PKR ada perbincangan bagaimana kami mentadbir," katanya.

Abdul Khalid turut menjelaskan "kelewatannya" dalam melaksanakan sesuatu arahan adalah disebabkan sikap berhati-hati dalam mengurus dana rakyat.

"Saya implementor, saya perlu berhati-hati dalam implementasi. Setiap kali saya implement ia perlu berhati-hati. Ia (kritikan) bagus, kami tahu apa kami nak, kami perlu berhati-hati, ia duit rakyat.
"Apa niat baik kami tak menggambarkan apa yang sebenar," katanya.

Semalam, meskipun sindiran itu ditujukan secara terus kepada Abdul Khalid yang duduk berhampiran dengannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tetap memuji pentadbirannya di Selangor yang dilihat dapat mengurangkan pembaziran berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

Anwar berkata, rekod pentadbiran Abdul Khalid lebih baik berbanding menteri besar di negeri lain dan menteri besar sebelumnya di Selangor.

"Bila kita tegur, kita lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor daripada segi kepimpinan, kewangan, agihan dan pembaziran jauh lebih terkawal yang bukan sedikit. Saudara boleh teliti akaun pengurusan ekonomi zaman Umno-BN dan zaman Pakatan Rakyat, perbezaannya terlalu jauh.

"Saya yakin dia tak curi wang, tak ambil balak, tak ambil tanah dan tak khianati amanah. Itu paling besar," katanya

Unisel, IPT pertama terima Sijil Green 5-S Program

Posted: 25 Nov 2013 10:19 PM PST

SELANGOR KINI


Pada 15 November 2013 dalam Majlis SIRIM Industri 2013 bertempat di Sunway Resort Hotel & SPA, UNISEL telah dianugerahkan pensijilan Green 5-S Program oleh SIRIM Berhad.

Naib Canselor UNISEL, Prof. Dr. Hj. Anuar bin Hj. Ahmad, telah hadir dalam majlis tersebut untuk menerima sijil 5S hijau bagi pihak UNISEL. Dengan penganugerahan ini UNISEL adalah Institut Pengajian Tertinggi (IPT) yang pertama di Malaysia menerima sijil ini daripada SIRIM Berhad.

Unisel-Grafik

Usaha mendapatkan persijilan ini bermula dengan pelantikan Jawatankuasa Pemandu Pensijilan Green 5S UNISEL, pada 23 Januari 2013 yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd. Nasir bin Saadon.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh kakitangan daripada tiga jabatan di UNISEL iaitu Fakulti Sains dan Bioteknologi, Pejabat Kewangan serta Pejabat Pengurusan dan Sumber Manusia.

Bagi menjayakan pensijilan ini jawatankuasa serta kakitangan daripada ketiga-tiga jabatan telah menghadiri tiga kursus yang dianjurkan oleh SIRIM Berhad. Kursus-kursus itu ialah: 5S – ke arah amalan persekitaran berkualiti (pengiktirafan pensijilan Green 5S pada Januari 2013, Audit 5S Blue Belt pada Febuari 2013 dan Pengurusan, Pelaksanaan dan Pemeliharaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S SIRIM pada April 2013. Ke Semua kursus ini dijalankan di kampus UNISEL Bestari Jaya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh ketiga-tiga jabatan untuk memastikan kejayaan pensijilan ini. Antara aktivitinya ialah: Big Cleaning Day peringkat UNISEL dan peringkat Jabatan, Pertandingan Kebersihan peringkat UNISEL dan peringkat Jabatan, Pertandingan Sistem Fail dan Pertandingan Sudut 5S. Program ini bukan saja melibatkan kakitangan ketiga-tiga jabatan malah pelajar dan pencuci juga turut dilibatkan.

Kemuncak kepada pensijilan ini ialah penilaian pengiktirafan bagi Skim Pengiktirafan 5S Hijau SIRIM oleh auditor-auditor SIRIM pada 8 dan 9 Julai 2013.

Penilaian ini telah dijalankan di kedua-dua buah kampus UNISEL. Dan hasilnya ialah penganugerahan Green 5-S Program oleh SIRIM kepada UNISEL pada 15 November 2013.

Objektif utama adalah untuk memastikan semua kakitangan dan pelajar UNISEL mengamalkan persekitaran tempat kerja dan belajar berkualiti mengikut piawai yang ditetapkan dalam Green 5-S Program.

Dengan pengamalan sistem ini akan memastikan keselamatan kakitangan dan pelajar UNISEL, menjimatkan tenaga elektrik dan air, mengurangkan pembaziran, menjaga keharmonian alam sekitar dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan fasiliti di UNISEL.

Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan

Hapus monopoli gula untuk turun harga

Posted: 25 Nov 2013 10:17 PM PST

Oleh : Rafizi Ramli


YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) telah mengesahkan di dalam Dewan Rakyat pada sidang hari Khamis (21 November 2013) bahawa Kerajaan Malaysia telah memeterai kontrak jangka panjang untuk membeli gula mentah pada harga yang kini lebih tinggi dari harga pasaran (rujuk Hansard Parlimen).
Keadaan ini menimbulkan beberapa tanda tanya seperti berikut:

1. Kenapa Kerajaan Malaysia memasuki kontrak pembelian gula mentah jangka panjang bagi pihak syarikat swasta sedangkan segala keuntungan adalah milik hak swasta?

2. Siapakah yang bertanggungjawab meluluskan kontrak pembelian gula mentah jangka panjang yang tidak dirunding dengan baik sehingga harganya lebih rendah dari harga pasaran semasa di dunia yang mempunyai kesan terus kepada harga gula bertapis di Malaysia?

Saya telah pun menanyakan kedua-dua soalan ini kepada YB Timbalan Menteri dalam sidang hari Khamis lalu tetapi tidak pun berjawab.

Umum mengetahui bahawa industri gula di Malaysia dimonopoli oleh beberapa syarikat sejak berdekad-dekad. Dulunya oleh syarikat yang dikuasai Tan Sri Robert Kuok, kini ia dikuasai pula oleh syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dan Felda.

Monopoli gula ini diberikan kepada syarikat-syarikat ini melalui satu sistem permit import (approved permit) gula mentah yang hanya diberikan kepada syarikat-syarikat ini.

Dalam keadaan Malaysia langsung tidak mempunyai ladang atau perusahaan yang mengeluarkan gula mentah, industri gula di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari pasaran antarabangsa.

Oleh itu, hanya syarikat yang diberikan permit import atau AP yang boleh mengimport gula mentah dan memonopoli pengilangan dan pembekalan gula bertapis.

Monopoli industri gula yang kini dipegang oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary sudah tentu satu perniagaan yang cukup menguntungkan. Sudah menjadi lumrah perniagaan bahawa harga bekalan turun naik.

Bagi industri gula, apabila harga bekalan gula mentah naik, keuntungan syarikat pengilang gula bertapis akan turun dan sebaliknya apabila harga bekalan gula mentah turun, keuntungan syarikat pengilang gula bertapis akan meningkat.

Oleh sebab itulah, saya mempersoalkan kenapakah dalam keadaan harga bekalan gula mentah tidak menguntungkan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary akibat rundingan kontrak jangka panjang yang tidak sempurna, kerajaan juga dilibatkan kerana kontrak itu dimeterai oleh kerajaan.
Risiko untung rugi pembelian gula mentah perlulah ditanggung oleh syarikat pemegang AP gula mentah yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana mereka diberikan monopoli industri gula di Malaysia.

Oleh kerana Kerajaan Malaysia terus mahu menanggung kerugian hasil dari kontrak pembelian gula mentah jangka panjang ini, maka monopoli gula yang diberikan kepada syarikat yang dikuasai Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary perlulah ditarik balik kerana syarikat itu tidak menanggung risiko untung rugi pembelian gula mentah.

Untuk menurunkan harga gula dengan serta merta supaya meringankan bebanan rakyat, saya mencadangkan supaya permit import (AP) untuk membeli gula mentah pada harga yang lebih rendah dibuka dan permit import (AP) untuk membeli gula bertapis juga dibuka untuk mewujudkan persaingan harga.

Dalam keadaan harga gula mentah pasaran dunia adalah lebih rendah, dengan lebih banyak syarikat diberi peluang untuk membawa masuk gula mentah dan gula bertapis sudah tentu ia lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.

Keengganan Barisan Nasional melunturkan monopoli gula yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary mengesahkan mereka lebih mementingkan beberapa kroni berbanding rakyat terbanyak.

* Rafizi Ramli adalah Ahli Parlimen Pandan dan Pengarah Strategi KEADILAN

Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh

Posted: 25 Nov 2013 10:16 PM PST

OLEH MD IZWAN




Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007.

Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu.

"Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh.

"Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.

Beliau mempertahankan dakwaannya sebelum ini ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menuduhnya menjadi punca kepada kekalahan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007 tersebut, yang menyebabkan pulau itu terpaksa diserahkan kepada Singapura.

"Dalam perenggan penting ini,telah dirakamkan maklumat menyatakan bahawa Gani Patail telah dengan sengaja,  menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura,ketika prosiding di-Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berlangsung dalam tahun 2007," katanya lagi.

Mat Zain mengulangi tuduhannya ke atas Gani dengan mengatakan beliau meletak gambar salah ketika perbicaraan tersebut.

"Untuk membuat penilaian mengenai kebenaran maklumat ini,ianya hendaklah dibaca bersama dengan nota prosiding ICJ berkaitan perbalahan Pulau Batu Puteh yang diumumkan pada 23.5.2008.

"Kajian menunjukkan memang benar terdapat perbuatan memasukkan satu keping 'gambar kontroversi' beberapa hari sebelum prosiding bermula, yang boleh dilihat sebagai percubaan untuk memperdayakan Panel ICJ.

"Bagi membuat appraisal yang lebih tepat,maklumat mustahak ini juga hendaklah dibaca bersama dengan apa apa perbuatan memalsukan keterangan dan termasuk gambar yang dikemukakan sebagai keterangan dalam sesuatu prosiding kehakiman yang lampau dan melibatkan Gani Patail jika ada," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Putrajaya telah menafikan tuduhan tersebut menerusi jawapan di Dewan Rakyat, dengan berkata tuduhan tersebut tidak berasas dan dilakukan tanpa menyemak terlebih dahulu.

"AG tidak mengetuai kes tersebut dan mempunyai kata putus dalam mengendalikan kes tersebut.

"Jadi tuduhan bahawa AG menunjukkan gambar salah seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berasas dan dibuat tanpa semakan," jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri selepas isu tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Menurut Mat Zain, sekiranya pendedahan awal dibuat sebelum pemilihan Umno yang berakhir baru-baru ini, ia pasti memberikan impak kepada perwakilan dari Sabah yang bertanding memandangkan pertalian yang wujud antara Gani dengan ahli politik negeri tersebut.

Sementara itu, Mat Zain menggesa supaya Putrajaya menimbangkan untuk membuat rayuan di ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh demi maruah negara.

"Kita masih mempunyai empat setengah tahun lagi,untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ sekiranya mempunyai bukti kukuh untuk berbuat demikian.

"Walau sekecil mana pun peluang yang kita ada,kita tidak boleh membiarkannya begitu sahaja," tegasnya lagi.

Media sebelum ini mendedahkan pertemuan Mat Zain dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan salah laku Gani. Pertemuan itu dikatakan turut dihadiri peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan  bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang.

Selain kes Batu Puteh, mereka juga dikatakan berbincang mengenai kes mata lebam Anwar.

Selepas pertemuan itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara lain mendakwa salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan salinan kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

PAS Perlu Akui Kejayaan SPR - Shahidan

Posted: 25 Nov 2013 10:10 PM PST

MSTAR ONLINE
 

Jawatankuasa Pemilihan PAS pada Jumaat lalu terpaksa membatal dan menangguhkan bagi mengadakan pengundian semula bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas berlaku kesilapan pada kertas undi.
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu PAS mengakui kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses pilihan raya dengan telus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini, Shahidan memberitahu Bernama, pada muktamar PAS yang berakhir semalam, walaupun jumlah perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.

"Akibat daripada itu, proses pengundian ahli jawatankuasa PAS dihentikan serta-merta dan ditunda pada hari seterusnya," katanya.

Menurut Shahidan lagi, pihak pembangkang yang begitu lantang menuduh SPR melakukan penipuan gagal membuktikan mereka boleh menjalankan proses pemilihan dengan lebih telus tanpa sebarang masalah.

"Kini mereka tahu sebenarnya kerja SPR bukan mudah dan dengan lebih 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU13 yang lalu, saya puji kejayaan SPR yang telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya," katanya.

Sementara itu, Shahidan turut menegur pihak media dan blogger yang banyak menyebarkan pembohongan oleh pihak pembangkang namun tidak melaporkan fakta dan bukti yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

"Segala pembohongan dan kenyataan tidak berasas oleh pembangkang dianggap berita namun apabila pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan berasaskan fakta dan bukti yang jelas, tiada pihak yang melaporkannya," katanya.

Shahidan mahu semua pihak terutama media yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat serta perbahasan yang berlangsung di Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya melakukan "check and balance" dalam laporan mereka.

"Kita lihat sekarang pemberitaan di Parlimen kini hanya mengambil kira pendapat seorang atau dua ahli parlimen sahaja dan itu sudah cukup bagi mereka menyatakan ia adalah pendapat semua ahli parlimen," katanya.

Menurut Shahidan lagi, keadaaan ini amat bahaya kerana ia boleh mencetuskan keadaan huru-hara dan panik di kalangan rakyat yang mungkin keliru dengan laporan yang tidak lengkap atau tidak tepat itu.

Kekalahan Mahfuz Kecohkan Dewan Rakyat

Posted: 25 Nov 2013 10:08 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Kegagalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti yang diumum semalam, menjadi bahan usikan beberapa penyokong kerajaan di Dewan Rakyat hari ini sekali gus mencetuskan kekecohan.

Mereka menyifatkan Mahfuz yang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, berucap seolah-olah "melepas geram".

Mahfuz yang dalam perbahasannya menganggap kerajaan tidak serius menjaga kebajikan tentera kedengaran berkata: "Walaupun tak ada jawatan, saya datang sini pagi-pagi untuk lawan Umno".

Kenyataannya mendorong Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) bangun mencelah dengan mengatakan walaupun kalah, Mahfuz masih bersemangat dan ternyata anggota PAS silap kerana tidak mengekalkannya sebagai naib presiden parti itu.

Bekas Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar (kiri) berpelukan dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Husam Musa selepas diumumkan sebagai Naib Presiden yang baharu bagi penggal 2013 - 2015, pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, di Shah Alam pada Ahad.
 
 
Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang turut bangun mencelah berkata PAS sendiri gagal menguruskan pemilihan parti dengan baik sehingga Mahfuz gagal mempertahankan jawatan itu.

"Saya dengar ucapan Pokok Sena ada bernasnya, tetapi peliknya orang PAS tidak pilih. Dok (Sibuk) cakap pengurusan negara, kewangan dan tanah, yang PAS urus pilihan raya parti pun tak betul pasal apa?

"Jadi, sebab pengurusan parti tidak betullah Yang Berhormat (YB) kalah, mungkin kalau kira kali keempat YB boleh menang," katanya.

Sindiran Noh itu menyebabkan Mahfuz membalas dengan menyasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai "pekak badak" kerana tidak mendengar aduan berhubung proses pilihan raya umum baru-baru ini.

"SPR orang dah beritahu berpuluh kali, tunjuk perasaan pun tak reti, pekak badak...mereka (penunjuk perasaan) kena tangkap, sembur dengan gas pemedih mata pun buat tak reti juga," katanya.

Keputusan pemilihan PAS yang diumum semalam menyaksikan Mahfuz kalah dengan perbezaan 16 undi kepada Datuk Husam Musa yang meraih tempat ketiga selepas menerima 520 undi.

Dua lagi jawatan naib presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub (917 undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (849 undi).

Persidangan Dewan bersambung esok. BERNAMA

Tiada ulasan: