Isnin, 25 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Negara jiran Singapura juga mengintip Malaysia, dedah risikan

Posted: 25 Nov 2013 04:17 AM PST

OLEH LOOI SUE-CHERN

Menggunakan maklumat Edward Snowden, akhbar Belanda mendedahkan cengkaman Amerika Syarikat ke atas saluran komunikasi trans-Pasifik.Menggunakan maklumat Edward Snowden, akhbar Belanda mendedahkan cengkaman Amerika Syarikat ke atas saluran komunikasi trans-Pasifik.






















Singapura merupakan rakan utama kumpulan risikan "5 Eyes" yang memintas telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur, ia didedahkan di dalam dokumen sama yang dikeluarkan pendedah maklumat Edward Snowden.

Kumpulan media berpengkalan di Australia, Fairfax Media melaporkan hari ini akhbar harian Belanda, NRC Handelsblad menamakan Singapura sebagai kunci utama "pihak ketiga" yang menyalurkan lima negara tersebut akses ke dalam saluran komunikasi di Malaysia.

Akhbar tersebut menerbitkan sebuah peta yang menunjukkan cengkaman Amerika Syarikat ke atas saluran komunikasi trans-Pasifik melalui kemudahan pemintasan di Pantai Barat Amerika Syarikat, Hawaii dan Guam.

Kemudahan fasiliti tersebut memintas semua kabel trafik merentas Lautan Pasifik, dan berhubung dengan Australia dan Jepun, Singapura adalah sebahagian daripada pembinaannya seperti yang ditunjuk dalam peta.

Menurut Fairfax, Malaysia dan Indonesia menjadi sasaran utama bagi kedua-dua perisikan Australia dan Singapura sejak tahun 1970-an, kerana kebanyakan telekomunikasi dan trafik Internetnya akan melalui kepulauan bandar raya negara tersebut.

Pada bulan Ogos, Fairfax juga melaporkan perisikan Singapura merupakan rakan kongsi agensi pengintipan elektronik Australia, Defence Signals Directorate, bagi meneroka kabel SEA-ME-WE-3 yang beroperasi dari Jepun, melalui Singapura, Djibouti, Suez dan Selat Gibraltar ke Utara Jerman.

Perbuatan tersebut didakwa didalangi oleh syarikat pengendali telekomunikasi Singapura, Singapore Telecommunications Limited (SingTel), salah sebuah syarikat yang dimiliki agensi pelaburan kerajaannya, Temasek Holdings.

Syarikat tersebut memiliki Peter Ong, ketua perkhidmatan awam Singapura yang dahulunya bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara dan penyelarasan risikan, diberikan jawatan dalam lembaga sebagai wakil kerajaan.

Singtel juga dipercayai memperluaskan hubungan antara Australia dan Singapura dalam perisikan dan pertahanan sejak 15 tahun lalu, menurut pendedahan tersebut.

Bulan lepas, Snowden mendedahkan Amerika Syarikat menjalankan pengintipan mereka di kedutaan di Kuala Lumpur bagi memintas dan memantau rangkaian komunikasi telefon.

Menerusi peta yang diterbitkan oleh majalah Jerman Der Spiegel dan diteliti oleh Fairfax, menunjukkan 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia, termasuk di pejabat kedutaan AS di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Peta yang bertarikh 13 Ogos 2010, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang kemudahan seperti di Singapura, Australia, New Zealand, Britain, dan Jepun, yang merupakan sekutu rapat AS.

Pada bulan Ogos, sumber perisikan Australia telah mengesahkan alat perisikan rahsia XKeyscore – yang juga didedahkan oleh Snowden – digunakan untuk mengintip Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik yang lain.

Program XKeyscore yang digunakan sejak tahun 2008 tersebut telah dikatakan berjaya menangkap pengganas daripada risikan yang diperoleh menerusi penggunaan alat tersebut.

Najib kata, kalau tidak bayar cukai, itu tidak patriotik. Setuju?

Posted: 25 Nov 2013 04:10 AM PST

Semalam Najib bercakap tentang rukun patriotisma dan salah satu dari rukun itu ialah rakyat mesti membayar cukai. Beliau berkata negara perlukan wang untuk mentadbir negara. Negara perlu membina jalanraya, dan perlu membina sekolah dan banyak lagi keperluan lain dan sumbernya tidak ada yang lain dari mengutip cukai dari rakyat. Itu sebabnya kita perkenalkan GST, kata beliau.

Kita hendak bertanya kepada PM Najib, siapa yang tidak mahu di cukai? Selama ini rakyat membayar cukai kepada kerajaan untuk menampung perbelanjaan pengurusan rakyat. Dari dulu sehingga sekarang semua orang membayar cukai. Saya yang sudah tidak bergiat dan bekerja lagi pun membayar cukai. Dari RM38 dari pembelian rokok sahaja saya membayar lebih dari RM22 sehari. Itu dari pembelian rokok sahaja saya membayar cukai jualan setiap hari. Belum lagi cukai-cukai yang lain.

PM Najib tidak payah memberitahu rakyat yang mengelak dari pembayaran cukai itu adalah tindakan tidak patriotik kepada negara. Itu semua orang tahu. Tetapi yang rakyat ingin tahu pula adakah orang dan pemimpin yang rasuah itu juga tidak patriotik kepada negara.

Tidakkah melakukan rasuah itu bukan sahaja tidak patriotik kepada negara malahan agama kita menyamakannya sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Ia bukan sahaja bertentangan dan tidak patriotik kepada negara malahan ia adalah perlanggaran secara 'head-on' terhadap Tuhan Maha Esa.

Kenapa Najib tidak menyebut isu itu? Tidakkah membenarkan ahli keluarga kita berbelanja harta rakyat secara boros itu juga adalah sama dengan orang yang memakan harta anak yatim. Apa patriotiknya jika kita membiarkan isteri kita berbelanja wang rakyat seperti berbelanja wang mak bapak kita sendiri?

Jelasnya Najib hanya pandai bercakap seperti seorang pahlawan tetapi beliau tidak lebih dari seorang pahlawan tepuk. PM Najib sedang cuba untuk memaparkan 'muka poker' nya dalam berbicara tetapi apa yang tersembunyi di dalam dirinya tidak dapat lagi di lindungi dari pandangan rakyat.

Rakyat tidak pernah mengelak dari membayar cukai tetapi rakyat tidak mahu cukai yang di bayar kepada kantung kerajaan itu di punah-ranahkan oleh keluarga pemimpin yang sedang berkuasa. Ingat, wang cukai yang rakyat bayar dari titik peluh mereka itu perlu di jaga dan di belanjakan dengan baik. Rakyat bukannya mahukan cukai yang mereka bayar itu di bazirkan untuk memenuhi 'glamour' ahli keluarga pemimpin termasuk ahli keluarga Perdana Menteri sendiri.

Seorang pemimpin yang baik perlu ada rasa malu dan rasa bersalah jika membelanjakan wang rakyat dengan tidak berhemah. Seperti PM Najib menasihatkan rakyat supaya hidup secara wasatiyah, kini rakyat ingin memberitahu supaya PM sendiri mengamalkan perbelanjaan secara wasatiyah juga? Sampai bila PM kita ini hendak menggunakan orang lain untuk melindungi kerja yang tidak betul ini.

Takkanlah hendak menggunakan Shahidan Kassim setiap kali rakyat terjumpa salah laku pemimpin kita di Jabatan Perdana Menteri itu? Kita juga sedar dalam UMNO sememangnya ramai manusia seperti Shahidan itu tetapi adil kah jika PM berselindung di sebalik orang seperti ini?

Apakah fungsi Shahidan Kassim dalam kabinet itu sebenarnya? Apa pula fungsi semua ahli-ahli jemaah kabinet kerajaan sekarang ini? Kenapa Muhyiddin tidak berbunyi langsung suaranya? Begitu juga ahli kabinet yang lain. Tidakkah mereka semua sedar bahawa segala tindakan mereka adalah tindakan secara 'collective'? Jika Rosmah membelanjakan wang rakyat secara boros, tidak kah semua ahli kabinet itu turut bertanggungjawab sama?

Isu berbelanja besar ini bukannya isu kecil dan rakyat terpaksa terlibat untuk mempastikan perkara-perkara seperti ini tidak terus-terusan di lakukan tanpa sebarang perasaan bersalah.

Rakyat sudah terlalu lama bersabar dengan sikap dan budaya buruk untuk negara yang cuba di bina dalam poltik negara kita. Setiap pemimpin tidak kira parti dan agama, dan setiap wilayah dan negeri perlu bersatu untuk bersama-sama menjadikan perjuangan ini seperti perjuangan jihad bagi menyelamatkan negara dan bangsa kita di negara ini.

Kita pilih seorang pemimpin yang mempunyai kalibar dan berjiwa rakyat yang sebenarnya serta tidak terlibat dengan kegiatan membina kekayaan dan membina 'empire' kaum keluarga sambil membelanjakan wang rakyat tanpa perasaan malu dan silu.

Seseorang terpaksa bercakap. Oleh kerana tiada yang bercakap secara terbuka dan berani maka saya terpaksa bercakap sebagai 'ordinary citizen' untuk memastikan semua rakyat sedar tentang kecelaruan kepimpinan kerana sikap dan sifat yang sangat tidak berguna untuk negara.

Saya selalu bercakap melalui blog ini yang negara kita terpaksa melakukan transformasi yang sebenarnya dengan memulakan susunan baru dalam siasah dan politik negara. Kita mulakan sebuah negara baru dengan 'ambience' politik baru semata-mata untuk kepentingan negara dan rakyat dan generasi yang akan datang.

Kita tinggalkan jasa ini kepada anak-anak cucu kita tanpa was-was. Percayalah dan yakinlah, jika di izin Tuhan kita semua akan selamat dengan negara yang terhindar dari kerja kerja hina yang tidak berkesudahan ini.

Bab Ini ISMA Betul. Boros Juga Khianat

Posted: 25 Nov 2013 04:07 AM PST

KELAB GREENBOC
Bagi perdana menteri, tidak membayar cukai dianggap pengkhianatan kepada negara.

Bagi NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pula, boros harta awam juga satu pengkhianatan.

Begitu Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman mengingatkan Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya hari ini.

Ini kerana, kata Abdullah Zaik, pemerintah diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal umum berdasarkan syariat.

Malah, hujahnya, hasil cukai serta pendapatan negara adalah harta awam yang harus diuruskan secara berhemah.

"Jangan mengkhianati kepercayaan rakyat yang telah mengundi BN atau Umno sebelum ini.

"Gunalah kebijaksanaan supaya dapat menguruskan harta negara dengan baik.

"Ingatlah bahawa kebijaksanaan bukan semata mata soal teknikal pengurusan tetapi juga melibatkan budi pekerti dan hati perut," katanya. Najib semalam dilaporkan berkata, pihak yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara kerana kewajipan itu merupakan satu daripada semangat patriotisme.

Beliau juga berkata, tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara. -mk



Mengelak bayar cukai perbuatan khianat, kata Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

"Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.

"Kebaikannya ialah kita akan mempunyai sumber kewangan dan hasil yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negara dan rakyat akan lebih bahagia kerana berdasarkan sumberlah, negara akan menjadi maju," katanya.

Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutamanya dalam membangunkan kemudahan infrastruktur.

"Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan dalam sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara di mana kampung-kampung tradisional, bandar-bandar kecil bertukar wajah.

"Kita nak jalan raya baharu, sekolah dan universiti yang baharu dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

"Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita akan menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini," katanya.

Najib turut membidas pembangkang yang menjanjikan pelbagai perkara termasuklah ada ketikanya menentang pelaksanaan GST tetapi kemudian menyokongnya kembali dengan syarat ia dilaksanakan setelah kerajaan menutup semua ketirisan.

"Kita tadbir negara mestilah ada `sense of responsibility', kita akui mungkin ada ketirisan tetapi kita mempunyai iltizam untuk memperbetulkan sebab itu kita bentangkan secara umum Laporan Audit, mana ada negara yang sempurna," katanya.

Mengenai agenda pemerkasaan Bumiputera, beliau berkata ia menjadi agenda nasional bagi memastikan kelompok Bumiputera dapat berkongsi kekayaan negara secara adil dan saksama.

Seminar sehari yang dianjurkan Sekretariat Pena itu bertujuan memberi kefahaman dan penerangan mengenai GST, intipati Bajet 2014 dan agenda pemerkasaan Bumiputera.
- Bernama

ULASAN GB

Jika Pakatan Rakyat yang sebut bahawa Najib dan kerajaan UMNO BN adalah boros, lansung tidak diindahkan. Sekarang NGO yang mesra dengan UMNO BN sendiri yang sebut - bahawa pemborosan yang dilakukan oleh kerajaan Najib itu adalah stau pengkhianatan terhadap amanah rakyat.

Rakyat dipaksa untuk membayar cukai, kemudian kamu-kamu yang diamanahkan untuk menguruskan wang rakyat bertindak untuk berbelanja dengan boros. Apa ke jadahnya?

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Najib dan kerajaaan UMNO BN akan tetap menerima hukuman.

Ahli Parlimen PAS dilantik anggotai Majlis Konsultatif Perpaduan Negara

Posted: 25 Nov 2013 04:05 AM PST

ANTARA POS.COM
Post Pic



SHAH ALAM: Seorang wakil rakyat PAS yang berperanan menganjurkan dialog antara agama dengan penganut Kristian, dilantik menganggotai Majlis Konsultatif Perpaduan Negara (MKPN) oleh kerajaan pusat.

Perlantikan Datuk Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAS, ke dalam panel itu, yang diharap dapat membantu mengatasi dan mencari penyelesaian kepada beberapa isu perpaduan antara kaum, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Selain Mujahid, 26 anggota lain MKPN termasuk bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Saifuddin Abdullah, bekas Presiden Majlis Peguam, Lim Che Wee, aktivis Datin Paduka Marina Mahathir, pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Samsudin Osman selaku pengerusi dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye (Naib Pengerusi).

Penubuhan MKPN dirancang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu yang menyaksikan perpaduan rakyat Malaysia diuji beberapa kali apabila beberapa isu timbul, termasuk yang menjejaskan sensitiviti pelbagai komuniti di negara ini.

Isu terbabit termasuk penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, kanak-kanak dipaksa makan di bilik mandi merangkap bilik persalinan sebuah sekolah rendah pada bulan Ramadan dan penyembelihan lembu korban di sekolah kebangsaan yang menimbulkan kemarahan penganut Hindu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang mengetuai Jabatan Integrasi dan Perpaduan Negara berkata, MKPN akan mengumpul maklum balas dari pelbagai masyarakat tempatan mengenai perpaduan dan integriti kebangsaan.

Menurutnya, rumusan yang dikumpul akan diserahkan kepada kerajaan dalam satu 'blue print' oleh MKPN.

Bekas pengerusi SPR sertai PERKASA, bantu Melayu terus berkuasa

Posted: 25 Nov 2013 04:01 AM PST

 
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan harapan membantu orang Melayu untuk terus berkuasa.
 
Abdul Rashid berkata, beliau menyertai PERKASA enam bulan lalu untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan memastikan ia terus relevan selepas pilihan raya umum akan datang.
 
"Dengan pengalaman dan pengetahuan saya bersama SPR, saya akan membantu PERKASA mencapai matlamat itu," katanya kepada Malaysian Insider yang ditemui semasa Mesyuarat Agung PERKASA Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam.
 
Abdul Rashid, 69, berkata beliau sudah berulang kali dijemput menyertai pertubuhan itu oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali.
 
"Ketika saya memutuskan untuk turut serta, saya memberitahu Ibrahim tidak mengapa sekiranya saya menjadi ahli biasa namun beliau meminta saya untuk menjadi ahli majlis kerana menurutnya lebih mudah bagi saya melontarkan pandangan bagi menambah baik organisasi," katanya.
 
Abdul Rashid dalam ucapannya berkata, orang Melayu perlu kekal mendapat kuasa politik kerana negara ini kepunyaan mereka.
 
"Tanah ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu. Semasa mendapatkan kemerdekaan ia telah ditukar kepada Malaya dan selepas beberapa negeri menyertainya, ia ditukar kepada Malaysia Barat.
 
Beliau berkata, selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.
 
Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu.
 
"Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?" tanya Abdul Rashid.
 
Beliau berkata terdapat orang Melayu sekarang yang mengkritik bangsanya sendiri kerana melindungi kepentingan orang Melayu.
 
"Ini yang kita panggil Melayu haprak. Mereka bukan Melayu sebenar tidak seperti (ahli PERKASA). Kita bukan jenis yang menghina kaum sendiri," katanya.

Saman fitnah Anwar terhadap Khairy akan dibicarakan

Posted: 25 Nov 2013 03:56 AM PST

ANTARA POS.COM

 
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
 
Ini susulan keputusan sebulat suara panel lima anggota Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak permohonan Khairy bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman sivil itu yang difailkan terhadapnya.
 
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mempengerusikan panel itu berkata, kebenaran tidak boleh diberikan kepada Khairy untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan kerana beliau gagal memenuhi syarat utama Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
 
Beliau berkata, persoalan yang dikemukakan untuk ditentukan Mahkamah Persekutuan tidak berbangkit daripada penghakiman mahkamah lebih rendah.
 
Hakim Zulkefli memerintahkan Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan membayar RM15,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.
 
Turut bersidang ialah empat Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.
 
Pada 7 Mac, 2008, Anwar, 66, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Khairy, mendakwanya sebagai Ketua Pemuda Umno mengeluarkan kenyataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' dimuat naik dalam laman web termasuk Malaysiakini.com.
 
Ketua Pembangkang itu mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai di Kuala Lumpur pada atau sekitar 20 Februari 2008.
 
Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
 
Pada 21 Disember, 2011, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Khairy untuk membatalkan saman fitnah itu.
 
Khairy memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan selepas beliau gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 Ogos tahun lalu.
 
Peguam yang mewakili Anwar, Datuk Sulaiman Abdullah memberitahu pemberita, Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis dan Jumaat ini bagi perbicaraan saman itu.
 
Khairy diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Selangor akan bina lebih 15,000 unit rumah mampu milik sehingga 2021 - Exco

Posted: 25 Nov 2013 03:53 AM PST

  Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
 
 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mampu menawarkan sekurang-kurangnya 15,251 unit rumah mampu milik kepada rakyat negeri ini, melalui 38 projek sehingga 2021, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.
 
Kesemua rumah itu akan mula dibuka untuk urusan jual beli setelah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mendapatkan permit iklan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
"LPHS hanya akan mula menawarkan kepada pembeli setelah sesuatu projek itu memperoleh Permit Iklan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)," katanya.
 
Iskandar turut memberitahu sidang DUN Selangor bahawa kira-kira 1,682 unit projek perumahan mampu milik siap dibina di kawasan Bukit Botak, Selayang, Bandar Baru Bangi dan Sungai Long, Kajang dengan harga jualan bermula RM60,000 hingga RM99,000 seunit.
 
"Pecahan serta kedudukan 1,682 unit projek perumahan mampu milik yang telah siap dibina adalah terdiri daripada Bukit Botak, Selayang mempunyai 1,422 unit dengan harga jualan RM99,000 seunit berkeluasan 850 kaki persegi hingga 2,200 kaki persegi.
 
"Projek kedua adalah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi yang dibina sebanyak 124 unit berkeluasan di antara 700 hingga 800 kaki persegi dan dijual pada harga RM60,000 hingga RM90,000 seunit. 
 
"Manakala baki 136 unit lagi terletak di Bandar Sungai Long, Kajang," jelas Iskandar.
 
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan ADUN Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan mengenai jumlah rumah mampu milik yang telah dibina dan sedang dibina melalui program Rumah Mampu Milik oleh kerajaan negeri.

Rock metal: Pas masih ikut prinsip

Posted: 25 Nov 2013 03:48 AM PST


Dr Muhaimin Sulam  
 
Dr Muhaimin Sulam


SHAH ALAM - Persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar Pas kali ke-59, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan dan persembahan itu berlangsung secara terkawal.

Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.

Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'Pas For All' (Pas untuk semua) dan persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda.

"Kehadiran empat lima anak muda di atas pentas dengan rambut panjang, seluar jeans, kemeja-T tidak bersongkok dan terenjut di pentas menyebabkan penonton seakan terkena serangan jantung.

"Tetapi persembahan itu adalah salah satu cara kita menarik anak muda yang sememangnya sukakan hiburan rancak, namun tidak melanggar prinsip parti," katanya dalam ucapan penggulungan, semalam.

Beliau berkata, ahli Pas jangan tutup kamus pemikiran dengan isu-isu keagamaan sahaja, tanpa melihat persekitaran masyarakat yang luas untuk didekati.

"Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, juga sudi merasmikan persembahan itu dan main dram, walaupun tidak seperti pemain profesional.

"Kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi ke majlis itu juga menunjukkan keterbukaan beliau pada persembahan yang berbeza dengan persembahan sebelum ini yang secara tidak langsung mungkin menjadi penyebab Selangor masih kekal menang di Selangor," katanya.

Beliau berkata, asalkan sesuatu persembahan tidak lari dari prinsip parti maka, ia pasti akan memberi kebaikan kepada perjuangan Pas.

"Terimalah kami anak-anak seni untuk bersama tuan puan," katanya.

Menteri digesa beri jaminan pembinaan insinerator Kepong bukan pilihan tetap kerajaan

Posted: 25 Nov 2013 03:45 AM PST


insenerator1
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming meminta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi jaminan bahawa pembinaan insinerator di Taman Beringin, Kepong bukan pilihan tetap walaupun ia dijalankan melalui tender terbuka antarabangsa.

Beliau berkata, ini kerana penduduk bimbang cadangan pembinaan itu akan menjejaskan kesihatan mereka.

Menurutnya, penduduk bimbang selepas proses pembakaran itu akan menyebabkan gas dioksin beracun bebas, kos pembinaan yang tinggi dan mungkin harga hartanah jatuh.

"Saya mahu menteri memberi jaminan kepada penduduk di Kepong yang terjejas dengan pembinaan insinerator. Jaminan itu adalah seperti terma rujukan bagi tender terbuka antarabangsa akan didedahkan kepada umum dan tidak berat sebelah.

"Semua tawaran pilihan 'sisa buangan kepada tenaga' juga harus disediakan secara umum agar mendapat penelitian awam.

"Jika Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA) menunjukkan teknologi yang dipilih tidak sesuai, penyelesaian 'sisa buangan kepada tenaga' daripada bida antarabangsa tidak perlu dilaksanakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, setakat ini ternyata Abdul Rahman tidak telus melaksanakan tanggungjawabnya terutama dalam proses pembidaan, terma rujukan tawaran, kos dan maklumat lain yang relevan berkaitan penyelesaian 'sisa buangan kepada tenaga' ini.

Tegasnya, jika Abdul Rahman gagal memberi jaminan seperti yang dinyatakan, ia hanya akan meningkatkan rasa tidak percaya penduduk Kepong bahawa bidaan terbuka antarabangsa dan DEIA hanya satu cara untuk membenar pembinaan insinerator itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 pagi, sekumpulan penduduk Kepong yang diketuai badan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) telah berarak sejauh 15 kilometer dari Taman Sri Murni ke Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Parlimen menyerahkan memorandum bantahan mereka.-Roketkini.com

Undi Melayu punca kegagalan Pas

Posted: 25 Nov 2013 03:40 AM PST


Undi Melayu punca kegagalan Pas  
Muktamar Pas ke-59 yang bermula di Shah Alam, malam Rabu lalu dengan perasmian Muktamar Pemuda dan Muslimat tamat semalam, dengan penggulungan presidennya.
 
 
 
SHAH ALAM - Kemerosotan undi Melayu kepada Pas pada PRU13 Mei lalu menjadi faktor utama mengapa parti itu gagal dalam usaha mengganti Umno sebagai parti tunggal Melayu di negara ini.

Ketua Lajnah Penyelidikan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan hasil bedah siasat PRU13, Pas didapati mengalami kemerosotan sokongan undi kaum Melayu sebanyak dua peratus.

Menurutnya, disebabkan itu impian parti mahu menggantikan Umno sebagai parti tunggal Melayu masih belum dapat dilaksanakan.

"Kekurangan undian itu hasil penelitian di seluruh negara, melibatkan semua peringkat.

"Sementara PKR mengalami kemerosotan undi Melayu tujuh peratus. DAP pula ada penambahan undi 20 peratus daripada etnik Melayu," katanya pada ucapan penggulungan Muktamar, semalam.

Beliau berkata, sokongan umum pengundi Melayu kepada Pas berdasarkan PRU13 lalu sekitar 40 peratus.

"Ia menunjukkan sokongan, termasuk wanita Melayu masih tidak memuaskan, iaitu 30 peratus sahaja. Sokongan pemuda Melayu pula 45 hingga 46 peratus," katanya.

Katanya, kehilangan undi ini masih dalam kawalan dan tidak menjadi parah, tetapi perwakilan tidak boleh terus leka dan perlu bersama-sama mencari jalan menarik semula undi Melayu.

"Penurunan undi Melayu ini boleh dibahagikan mengikut tempat dan mengikut negeri.

"Misalnya, jumlah undi di Terengganu dan Johor menunjukkan peningkatan. Secara tidak langsung kita masih mendapat sokongan positif dari kaum Melayu," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian terkini, Pas perlu menangani masalah kemerosotan ini dengan kembali fokus kepada isu sosial ekonomi, terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kelompok wanita juga perlu diberi tumpuan oleh Muslimat Pas demi menempah kemenangan pada PRU14 nanti," katanya.

PKR gesa mansuh AP gula

Posted: 25 Nov 2013 03:37 AM PST

rafizi ramli
 
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli


KUALA LUMPUR - [Dikemaskini]PKR mencadangkan supaya permit import (AP) untuk membeli gula mentah pada harga lebih rendah dibuka sekali gus dapat menurunkan harga gula tapis di pasaran.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa, apabila monopoli AP membeli gula mentah dimansuhkan, ia akan memberi peluang kepada banyak syarikat untuk membawa masuk gula mentah dan gula bertapis pada harga yang lebih murah.

"Dalam keadaan harga gula mentah pasaran dunia adalah lebih rendah, dengan lebih banyak syarikat diberi peluang untuk membawa gula mentah dan gula bertapis sudah tentu ia lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.

"Keengganan BN melunturkan monopoli gula yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary mengesahkan mereka lebih mementingkan beberapa kroni berbanding rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengesahkan dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu bahawa kerajaan telah memeterai kontrak jangka panjang untuk membeli gula mentah pada harga yang kini lebih tinggi dari harga pasaran.

Dalam pada itu, Rafizi turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang memasuki kontrak pembelian gula mentah jangka panjang bagi pihak swasta sedangkan keuntungan adalah milik swasta.

"Kenapa dalam keadaan harga bekalan gula mentah tidak menguntungkan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary akibat rundingan kontrak jangka panjang yang tidak sempurna, kerajaan juga dilibatkan kerana kontrak itu dimeterai oleh kerajaan.

"Risiko untung rugi pembelian gula mentah perlulah ditanggung oleh syarikat pemegang AP gula mentah yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana mereka diberikan monopoli industri gula di Malaysia," katanya.

PKR yakin kes NFC akan dilepas seperti PKFZ

Posted: 25 Nov 2013 03:30 AM PST

Oleh : NORHAYATI UMOR





SHAH ALAM  : Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak akan dibicarakan secara serius dan menjadi seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik bebas daripada pertuduhan.

Naib Presiden PKR, N Surendran, menganggap perbicaraan kes itu dijalankan hanya kerana desakan pembangkang yang mahu pencuri dana rakyat dihukum.

surendran

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes berkenaan apabila Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya, baru-baru ini.

"Saya mengalu-alukan keputusan itu dan yang penting di sini bahawa tuduhan berkenaan dilakukan disebabkan tekanan pembangkang.

"Jadi, kita minta pendakwaan dapat dijalankan bagi memastikan keadilan dilakukan dan pesalah tidak terlepas seperti yang berlaku dalam banyak kes antaranya PKFZ," katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Beliau berkata, kes skandal itu akan dilepaskan kerana keengganan Barisan Nasional (BN) menghukum pemimpinnya yang terbabit dalam kes penipuan dana rakyat.

Katanya, hal itu dibuktikan dengan pengekalan isteri Mohamad Salleh, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita Umno.

Baru-baru ini, Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menolak permohonan Mohamad Salleh selepas mendapati pertuduhan yang dihadapi tertuduh tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui proses perbicaraan dan mahkamah menetapkan dua hari, bermula 20 Januari 2014 untuk perbicaraan kes itu.

Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, selaku pengarah syarikat NFCorp didakwa melakukan pecah amanah RM9,758,140 untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, pada 2009.-NFN-

Impian Sarawak: Kampung Serikin semesra orangnya, paluan gong pembangkit semangat

Posted: 25 Nov 2013 12:31 AM PST

 Hafiz Zainuddin

impian sarawak2


KAMPUNG Serikin terkenal bukan semata-mata kerana bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Kalau tidak kerana kerepek sukun atau pelbagai jenis mini samosa dan popiah goreng, ia mungkin tidak semeriah sekarang.

Bagaimanapun, bukan sebab kerepek dan popiah semata-mata, kalau mahu mencari telekung bunga dan baju Melayu Indonesia yang boleh bertawar murah-murah, inilah tempatnya.

Maka, setiap hujung minggu, riuh rendah kampung yang sepi dan aman ini dengan kedatangan pelancong dari pelbagai tempat di Sarawak, Semenanjung Malaysia malah dari luar negara.

Ada yang sanggup datang 80 kilometer dari Kuching semata-mata mahu memborong kerepek. Ada yang datang semata-mata mahu mencari telur penyu atau madu dari Kalimantan.

Tidak cukup kalau ke sini semata-mata mahu membeli belah. Seperkara yang perlu diketahui semua, kampung nan permai ini juga duduk letaknya lebih 200 keluarga kaum Bidayuh yang rata-ratanya bekerja kampung, berniaga dan bertanam kecil-kecilan dan sudah tentu, sambutan Hari Gawai dengan etnik Dayak tidak dapat dipisahkan.

Bagaimanapun, difahamkan sudah beberapa tahun mereka tidak menyambut Hari Gawai kerana Rumah Gawai kampung itu sudah terlalu uzur untuk digunakan. Walhal, Rumah Gawai ini merupakan tonggak simbol perpaduan masyarakat selain digunakan bagi ritual dan sambutan Hari Gawai. Di sinilah nadi dan semangat gotong royong dan jalinan silaturrahim dapat dipupuk.

Krew Publisiti DAP dan Roketkini.com berpeluang mengikuti secara dekat aktiviti Impian Sarawak yang mengorak langkah mengambil inisiatif membaik pulih Rumah Gawai Kampung Serikin yang berusia kira-kira 30 tahun.

Orang pejabat bancuh simen…

Tukul dipalu, bata diangkut, papan disusun, nasi ditanak, ayam direbus. Semua kerja ini dilakukan secara bergotong-royong. Kelat-kelat pucuk betik, tidak kelat mengukir senyum.

Dengan tenaga empat kerat 15 sukarelawan Impian Sarawak bersama kira-kira 20 penduduk kampung yang bergilir-gilir bersama membaik pulih Rumah Gawai ini, maka, malam Gawai Kampung Serikin akan kembali meriah bagi tahun depan.

Menurut Pengerusi Rumah Gawai Kampung Serikin, Ragin Anak Noit, 62, usaha yang dilakukan Impian Sarawak ini amat bermakna buat komuniti mereka.

"Di sini ada 200 keluarga dan 42 keluarga masih berpegang pada adat lama. Rumah Gawai ini memang akan memberi kegembiraan untuk mereka. Saya ucapkan terima kasih kepada DAP dan Impian Sarawak sebab membantu kami," kata beliau.

Hampir semua sukarelawan Impian Sarawak kali kedua ini teruja kerana aktiviti gotong-royong bersama masyarakat Kampung Serikin memberi satu pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan.

"Aktiviti gotong-royong bina Rumah Gawai ini memberi saya pengalaman yang berharga. Kalau dulu saya hanya duduk di pejabat. Hari ini saya berpanas membancuh simen, angkat kayu dan macam-macam. Pertama kali saya terbabit dengan aktiviti seperti ini," demikian kata Elian Woo yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

Semata-mata mahu terbabit dalam aktiviti kesukarelawan dan mengenali masyarakat kampung di Sarawak dengan lebih dekat, Joshua, 20 yang berasal dari Kuala Lumpur gembira dan berpuas hati.

"Orang di sini ramah dan mesra, saya berbangga dapat menyertai program sukarelawan yang dianjurkan Impian Sarawak," katanya.

Beliau berharap lebih ramai dapat mendaftar sebagai sukarelawan Impian Sarawak kerana melalui cara begini, jurang pemahaman antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat didekatkan.

Pandangan yang serupa turut diluahkan Chu Yin Harn, 25, yang menjadi sukarelawan Impian Sarawak buat kali kedua.

"Sebelum ini saya hanya mendengar apa yang berlaku di Sarawak. Sekarang saya dapat lihat sendiri dan dapat membantu mereka," ujar beliau.

Bagi Johari Anak Bomo, 36, DAP melalui Impian Sarawak telah membuka mata sebahagian daripada kelompok masyarakat terutamanya masyarakat pedalaman terhadap parti itu.

"Kalau orang tua, memang susah, mereka hanya nampak dacing (BN) dan bila DAP masuk, beri khidmat, orang baru dapat fikir.

"Kita selalu beritahu orang kampung, kerja ini sepatutnya dibuat kerajaan dan bukan parti politik.

Tetapi DAP sudah buktikan komitmennya untuk buat perubahan di Sarawak," ujar beliau yang juga pernah terbabit dalam projek Impian Sarawak pertama membina sistem air graviti di Kampung Sait.

Seindah orangnya, begitulah Kampung Serikin

Rumah Gawai Kampung Serikin dibuka dengan rasminya oleh Ketua Adat Gawai bersama tiga orang pembantu beliau dalam upacara yang dinamai Pisian.

Antara pimpinan DAP yang hadir ialah Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua; Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen; Ahli Dewan Negeri (ADN) DAP Kampung Tunku, Lau Weng San; Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping, Pengerusi DAP Tasik Biru, Mordi Bimol dan seorang JKKK Kampung Serikin, saudara Jipis.

Bunyi gong lalu berdengung memecah riuh rendah penduduk kampung yang semakin ramai. Ketua Adat bersama pimpinan DAP masuk ke rumah dan mengambil seekor ayam jantan.

Ayam hidup itu dipusing-pusingkan di hadapan dua tampi yang diisi beras, ayam bakar, air putih, akar sintok dan beberapa lagi bahan tertentu dengan iringan mentera.

Setelah itu, ayam diletakkan di tepi dan beliau bersila menghadap tampi-tampi di hadapannya sambil terus membacakan mentera. Akhirnya beliau membakar seutas akar sintok yang mengeluarkan asap kemudian diselitkan pada tingkap Rumah Gawai sambil merenjiskan air di kawasan sekitar.

Menurut Mordi, upacara turun temurun ini juga dinamakan 'Gawai Rumah' untuk memasuki rumah baru. Ia adalah simbol kepada kesyukuran dan memohon restu semangat agar penghuni dan penduduk kampung makmur, selamat dan sejahtera.

Majlis turut dimeriahkan dengan jamuan dan persembahan kugiran yang dijemput khas.

Difahamkan bahawa acara ini merupakan aktiviti pertama yang pernah dianjurkan DAP.

"Sebelum ini ketika kempen memang masuk tapi kita tak pernah buat majlis seperti ini. Saya rasa bangga dan terkejut dengan kerjasama yang diberikan penduduk Kampung Serikin kerana hadir beramai-ramai memeriahkan majlis yang dianjurkan parti," demikian kata Pengerusi DAP Tasik Biru, Mordi Bimol yang juga bekas calon DAP Parlimen Mas Gading.

Beliau berpendapat, usaha DAP melalui Impian Sarawak ini perlu diteruskan demi memberi khidmat kepada masyarakat luar bandar yang seolah-olah dipinggirkan kerajaan BN yang memerintah.

"Kita mahu masyarakat lihat bahawa DAP komited dengan agenda perubahan. Walaupun Pakatan Rakyat belum memerintah, tetapi dengan sumbangan ini masyarakat dapat menilai," ujar beliau.

Semangat gotong-royong dan kemesraan yang ditunjukkan penduduk kampung dan sukarelawan adalah bukti setiap kelompok masyarakat saling perlu memerlukan. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Krew publisiti DAP dan Roketkini.com pulang ke Kuala Lumpur keesokkan harinya dengan merakam saat indah yang tidak dapat dilupakan. Alunan gong yang dipalu masih terngiang-ngiang.

Lagu Anak Kampung oleh Jimmy Palaikat yang dimainkan kugiran malam itu terus mengukir senyuman tidak dilupakan. Terima kasih orang Serikin! Sampai kita bersua kembali.-Roketkini.com

Pengguna Internet Kurang Senang Blog Siar Koleksi Gambar Gadis Bawah Umur

Posted: 25 Nov 2013 12:22 AM PST




PETALING JAYA: Sebuah blog didapati menyiarkan nama dan gambar anak gadis Malaysia yang kebanyakan daripada mereka adalah di bawah umur, dipercayai diambil tanpa persetujuan mereka.

Sejak beberapa hari lepas, pengguna Facebook telah berkongsi pautan yang mempunyai keterangan "koleksi gadis muda Malaysia".

Blog ini menghimpunkan gambar-gambar anak gadis yang kebanyakannya bawah umur, dengan tag seperti "perkara manis bagi anak muda", "remaja perempuan" dan "Chio bu" yang bermaksud gadis cantik (Hokkien) bersama-sama dengan kompilasi gambar yang agak lucah dan pautan ke laman web lain.

Paparan skrin blog yang menunjukkan gambar-gambar gadis di Malaysia.
Gambar-gambar terbabit dipercayai telah diambil dari sumber-sumber internet yang lain seperti blog, portal berita dan laman rangkaian sosial.

Pengguna Facebook, terutama ibu bapa menggesa agar blog berkenaan ditutup.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak-anak mereka tidak berkongsi terlalu banyak gambar mereka dalam talian.

"Sukakan fotografi dan berkongsi dengan rakan-rakan adalah baik. Tetapi apabila seseorang meletakkannya dalam talian, ia boleh dilihat orang awam.

"Kita tidak boleh menghentikannya daripada terus tersebar dan sudah tiada privasi lagi," katanya ketika dihubungi Ahad.

"Kita juga tidak boleh mengharamkan anak-anak kita daripada menggunakan internet, tetapi saya fikir adalah lebih baik memberi nasihat dan bercakap dengan mereka," tambah beliau.

Gula: 'K'jaan tanggung risiko, taikun kaut untung'

Posted: 25 Nov 2013 12:16 AM PST


MALAYSIA KINI
 
 
 
Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menuntut penjelasan berhubung tindakan kerajaan memeterai perjanjian jangka panjang membeli gula mentah daripada negara lain pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran sedangkan permit gula dimonopoli dua syarikat swasta.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Rafizi berkata syarikat gula yang dikuasai taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Felda perlu menanggung risiko apabila harga pasaran gula mentah meningkat kerana mereka juga akan mengaut keuntungan apabila harga gula mentah pasaran dunia menjadi lebih rendah.

NONE"Oleh kerana kerajaan Malaysia terus mahu menanggung kerugian hasil daripada kontrak pembelian gula mentah jangka panjang ini, maka monopoli gula yang diberikan kepada syarikat dikuasai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary perlulah ditarik balik kerana syarikat itu tidak menanggung risiko untung rugi pembelian gula mentah," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar permit import (AP) gula mentah dan bertapis dibuka untuk mewujudkan persaingan harga dan seterusnya menurunkan harga gula pasaran.

"Dalam keadaan harga gula mentah pasaran dunia adalah lebih rendah, dengan lebih banyak syarikat diberi peluang untuk membawa masuk gula mentah dan gula bertapis sudah tentu ia lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli," katanya.

Kerajaan sewaktu membentangkan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober lalu mengumumkan pemotongan subsidi gula berkuat kuasa serta merta pada hari yang sama.

Ia menyebabkan harga gula naik sebanyak 34 sen bagi setiap sekilogram.

Yang Menang Menangis, Yang Kalah Tersenyum Manis....

Posted: 25 Nov 2013 12:10 AM PST

Indahnya ukhuwwah Fillah.
Yang menang menangis, yang kalah tersenyum manis..
-ayat oleh Hapizah Mamat
 

Mahfuz: Saya redha kalah Naib Presiden

KELAB GREENBOC

 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menerima keputusan Naib Presiden PAS yang gagal dipertahankannya dalam sesi pemilihan kali ini.

"Bertanding mesti ada kalah dan menang, tiada apa masalah samalah macam Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir) bertanding (Umno) tak menang juga.

"Jadi tiada masalah, saya masih lagi ahli parlimen kawasan Pokok Sena yang akan terus menggalas tanggungjawab untuk membawa misi parti dalam Dewan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Melawati di sini kelmarin.

Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya dua penggal berturut-turut sebelum ini apabila kalah tipis dengan penyandang, Datuk Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364). Beliau bagaimanapun menolak dakwaan proses kiraan semula undi kelmarin menyebabkan kekalahannya dan mahu semua pihak menghormati keputusan 1,086 perwakilan yang memilih.

Beliau turut menepis dakwaan kekalahannya itu ada kaitan dengan prestasi PAS di Kedah semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dan menegaskan tidak adil jika beliau dihukum berdasarkan atas faktor tersebut.

"Saya tidak pasti perwakilan keliru atau tidak tapi apa pun bagi saya itu bukan persoalan kerana perwakilan telah buat keputusan dan ini harus dihormati semua pihak yang bertanding termasuk diri saya yang menerima keputusan itu dengan lapang dada," katanya.

Tidak berkecil hati

Mahfuz juga dalam responnya tidak berkecil hati dengan keputusan Ketua Penerangan PAS Pusat sebelum ini, Tuan Ibrahim untuk bertanding Naib Presiden menyebabkan peluangnya menjadi sukar.

Sebaliknya, beliau berkata dirinya tidak berasa kecewa malah sudah bersedia dengan jangkaan tewas dalam pemilihan kali ini.

"Setiap kali saya bertanding dalam pemilihan parti atau PRU saya menyiapkan ritual diri untuk kalah.

"Sebab itu saya tidak rasa apa-apa sebab saya telah bersedia untuk tewas.

"Saya terima dan redha kerana semua itu adalah ketentuan Allah," katanya yang pernah tiga kali tewas bertanding Naib Presiden sebelum ini.

Ditanya sama ada mahu meneruskan khidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfuz berkata itu terpulang kepada Pusat untuk memutuskannya.

"Saya dari dulu tolak Pesuruhjaya tu, sekiranya ditawarkan itu agak berat untuk memikul jawatan Pesuruhjaya jadi bagi saya itu akan diputuskan oleh parti.

"Jika diberi (amanah) akan dipertimbangkan, sini pun banyak calon dari Kedah kerana kelayakan untuk jadi Pesuruhjaya bukan saya seorang sahaja," katanya. -FMT

Husam nangis kesal kerana mahfuz tewas

Husam menangis sebaik sahaja keputusan diumumkan dalam pemilihan Naib Presiden PAS dalam muktamar kali ke 45 yang berakhir kelmarin.

Mahfuz Omar yang duduk bersebelahan dengan Husam hanya tersenyum menerima berita kekalahannya kepada tiga calon pilihan perwakilan termasuk Husam.

Beliau memeluk bahu Husam bagi mententeramkan rakannya itu.

Terbaik daripada semua pemimpin PAS
sama ada yang menang mahupun yang kalah -waksukalu


ULASAN GB

Hanya di dalam PAS, Mahfuz yang kalah mententeramkan Husam yang menangis kerana menang...

LIHAT VIDEO DI SINI

Pengguna, Pengedar Kereta Merungut Dengan Kelewatan Sistem MySikap JPJ

Posted: 24 Nov 2013 11:58 PM PST




PETALING JAYA: Pengguna dan pengedar kereta merungut dengan masalah teknikal yang melanda Sistem MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sistem yang dipertingkatkan, dilancarkan pada 1 November lalu masih belum stabil dan menyebabkan beribu-ribu orang menunggu berhari-hari untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan serta mendaftar kenderaan mereka.

Seorang peniaga kereta, yang hanya mahu dikenali sebagai A.S. Lee, berkata pelanggan menuduh peniaga seperti dia melewatkan pendaftaran kereta baru mereka dengan sengaja.

"Pendaftaran kereta baru sebelum ini telah memakan masa berhari-hari, tetapi kini kelewatan kadang-kadang sampai seminggu. Semua pelanggan saya mengadu mengenainya tetapi tiada apa-apa yang boleh kami lakukan," katanya.

Seorang peniaga kereta yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Forest Chin, 27, berkata beberapa pelanggan enggan mempercayainya tentang kelewatan itu sehingga dia membawa mereka ke pejabat JPJ untuk melihatnya sendiri.

"Apabila kita membawa mereka ke JPJ , mereka melihat barisan beratur dan menunggu begitu panjang, dan mereka sedar bahawa ia bukannya salah kami," katanya.

Chin berkata, masalah teknikal adalah sedemikian rupa sehingga dia tidak dapat membantu sesetengah pelanggannya untuk menukar alamat mereka.

Beliau berkata, beliau telah bercakap dengan teman-temannya di JPJ yang mendakwa masalah pendaftaran dan pembaharuan itu terus berlaku.

"Beberapa pegawai JPJ tidak biasa menggunakan sistem MySikap dan hanya sedikit yang tahu untuk menggunakannya," dakwanya.

Para pengguna turut menyuarakan kekecewaan mereka di laman Facebook JPJ.

Pengguna Facebook di bawah nama Arvin DiNozzo berkata, dia telah pergi ke cawangan JPJ minggu lepas tetapi sentiasa diberitahu bahawa sistem itu mengalami masalah.

"Ada sekali itu, saya menunggu dalam barisan di cawangan JPJ di Maju Junction selama 30 minit hanya untuk diberitahu oleh pegawai bahawa sistem itu mengalami masalah. Seorang lelaki yang duduk di belakang saya juga mengadu yang dia telah mengambil cuti untuk hari itu tetapi urusannya di sini (JPJ) belum lagi diselesaikan," katanya.

Seorang lagi pengguna, Anak Rantau, berkata: "Sistem baru sepatutnya diuji dahulu untuk mengesan kelemahan, dan bukannya untuk ia dilaksanakan dengan segera."

Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor mencadangkan JPJ supaya menggunakan sistem Sikap sebelum ini sehingga keadaan kembali seperti biasa.

"Kami amat menyokong sistem MySikap tetapi kami berharap JPJ boleh bertindak untuk menyelesaikan perkara ini kerana tidak ada sebarang isu dengan sistem Sikap sebelum ini," kata beliau sambil menambah bahawa mereka telah memantau keadaan itu setiap hari.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, masih terdapat kelewatan walaupun transaksi JPJ yang berkaitan telah bertambah baik sejak beberapa hari lepas.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, masa diperlukan untuk peralihan sistem kepada MySikap daripada sistem sebelumnya untuk ia dapat berfungsi dengan stabil sepenuhnya.

"Ini kerana ia adalah satu sistem yang besar. Kami berharap orang ramai dapat memahami dan memberikan kami masa," katanya.

Paderi: Tukar cuti Johor sedikit masalah saja

Posted: 24 Nov 2013 11:54 PM PST


 
Pertukaran cuti mingguan daripada Ahad kepada Jumaat di negeri Johor hanya memberikan sedikit masalah kepada gereja, terutama kepada pelajar sekolah, kata paderi Gereja Holly Light Johor Bharu Gan Kim Choon.

"Setakat ini kita lihat cuma ada sedikit sahaja masalah melibatkan pelajar sekolah tetapi (akan) dapat kita dapat selesaikan dengan menyusun semula jadual mereka agar mereka dapat ke sekolah, pada masa yang sama ke gereja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

NONEBagi golongan dewasa pula tidak mendatangkan masalah kerana menurut beliau bukan semua akan bekerja pada hari Ahad.

Justeru itu, tambahnya, tiada sebarang pertukaran masa beribadat bagi gereja tersebut akan dibuat.

"Waktu beribadat masih dikekalkan pada hari Ahad kerana dirasakan tidak memberi masalah serius dan (masih) bersesuaian diadakan pada hari tersebut," kata Paderi Gan.

Pertukaran cuti minggu negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (atas) berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

Titah pertukaran cuti tersebut bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari sekali gus memudahkan kaum lelaki yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat dalam keadaan sempurna dan tidak tergesa-gesa.

45,550 Peminjam PTPTN Tampil Selesai Pinjaman Selepas Tindakan Undang-Undang

Posted: 24 Nov 2013 11:51 PM PST




KUALA LUMPUR: Seramai 45,550 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil ke hadapan untuk menyelesaikan pinjaman yang belum dibayar berjumlah RM23.44 juta, kata Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kai Ching.

Beliau berkata, peminjam tampil ke hadapan untuk menyelesaikan tunggakan mereka berikutan tindakan undang-undang mula dikenakan terhadap 132,801 peminjam termasuk menyenarai hitam mereka dengan pihak berkuasa imigresen.

"Berikutan itu, seramai 45,550 peminjam tampil ke hadapan untuk berunding mengenai pembayaran balik pinjaman dengan pentadbir PTPTN untuk menyelesaikan pinjaman berjumlah RM23.44 juta," katanya di Parlimen ketika menjawab soalan oleh Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) pada Isnin.

Beliau berkata, graduan diberi tempoh 16 bulan selepas tamat pengajian untuk mendapatkan pekerjaan dan mula membuat pembayaran balik pinjaman, jika tidak, tiga surat peringatan akan dikeluarkan kepada peminjam dalam tempoh enam bulan sebelum tindakan undang-undang dimulakan terhadap mereka.

"Bagaimanapun, tindakan undang-undang dan menyenarai hitam mereka dengan pihak berkuasa imigresen hanya akan diambil sebagai pilihan terakhir.

"Apa yang penting ialah mereka (peminjam) tampil ke hadapan untuk berunding mengenai pembayaran balik pinjaman PTPTN mereka," tambah beliau.

Ong Tee Keat Akan Tanding Jawatan Presiden MCA

Posted: 24 Nov 2013 11:48 PM PST




 
Ong Tee Keat.


KUALA LUMPUR: Bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan akan bertanding bagi jawatan tertinggi pada pemilihan parti itu 21 Disember ini.

Bercakap pada sidang media di sini Isnin, Ong berkata, beliau telah mengenal pasti kelemahannya sambil menambah bahawa beliau mahu membawa parti lebih dekat kepada rakyat.

Beliau yang menawarkan khidmatnya kepada parti berkata, pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen sejak 1989 dan keupayaan untuk berinteraksi secara tenang dengan rakyat akan membantu mengeratkan lagi hubungan dan mendapatkan keyakinan mereka.

"Saya akan lakukan apa yang saya boleh bawakan parti lebih dekat kepada rakyat, tanpa mengira kaum," katanya.

Ong menyedari bahawa beliau dianggap sebagai "bersendirian tanpa sokongan" tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan menjadi Ahli Parlimen sekiranya beliau benar-benar tiada sokongan ramai.

"Sama ada betul ataupun tidak, saya akan meletakkan kebijaksanaan anggota parti dan rakyat.

"Saya dengan rendah diri dan seikhlasnya mahu mendapatkan sokongan ramai dan parti," tambahnya.

Ong sebelum ini dipilih sebagai Presiden MCA pada Oktober 2008 dan mempertahankan jawatan itu sehingga Mac 2010 apabila beliau disingkirkan oleh presiden parti ketika ini, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau turut merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004, dan menjadi Menteri Pengangkutan dari 2008 hingga 2010.

Ong tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Polis: Serah senapang 'paintball' dalam sebulan

Posted: 24 Nov 2013 11:45 PM PST

 

 
 
Individu yang memiliki dan menyimpan senjata tiruan termasuk untuk kegunaan sukan seperti paintball marker dan senapang angin diberi sebulan untuk menyerahkannya kepada polis bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap mereka.

Pengarah jabatan logistik polis Datuk Zulkifli Abdullah berkata, lesen senjata itu hanya boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dengan modal berbayar RM 400,000 atau kelab sukan yang diiktiraf Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Menurutnya lagi, ia tidak boleh dipohon individu.

"Pemilikan paintball marker, airsoft gun dan BB gun tanpa lesen sah adalah salah mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan boleh membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan," kata beliau dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut Zulkifli, sejak 2012 pihak polis menyiasat 47 kes melibatkan penggunaan senjata tiruan dan dua individu telah dipenjara kerana sabit kesalahan.

Zulkifli turut menyatakan, sukan paintball yang kian popular perlu dikawal untuk menghindarkan kebimbangan masyarakat umum kerana alatan yang digunakan boleh mendatangkan kecederaan.

"Kita memang hendak galakkan sukan ini (paintball) tetapi pada masa sama kita perlu mengawalnya," tegas beliau.

Semua pemilik dikehendaki menyerahkan senjata mereka kepada balai polis atau ibu pejabat polis daerah berhampiran sebelum 25 Disember depan.

Pemilik boleh menghubungi Pegawai Turus Lesen Pasukan Bukit Aman Supt Noorsiah Mohd Saaduddin di talian 03-22661041/42 untuk sebarang maklumat.

Apa lagi PAS mahu?

Posted: 24 Nov 2013 11:44 PM PST

 

 
 
ULASAN Muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam telah melabuhkan tirainya.

Kepada yang menang, tanggungjawab dan amanah besar sedia menanti di bahu masing-masing; manakala bagi mereka yang kalah, terusan bekerja dalam perjuangan politik yang tidak pernah selesai.

Namun, dalam menyingkap detik-detik manis dan pahit ketika PAS di ambang dan semasa muktamar tersebut, jelas menunjukkan kecenderungan pimpinan terutama Pemuda untuk 'menyerang' DAP, lebih banyak menghentam rakan sekutunya itu daripada menyerang musuh sebenar, Umno dan BN.

Satu persatu 'serangan' dihalakan ke atas DAP, bermula dari kritikan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh, ugutan keluar dari Pakatan Rakyat sehinggalah menyelar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Antara yang ketara ialah kenyataan bekas naib ketua Dewan Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar yang memberi tempoh lima hari kepada Pengerusi DAP Karpal Singh untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan.

Kenyataan Raja Ahmad disahut oleh bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mahu Karpal bersikap jujur dan mengakui kesilapan manakala Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Muhammad Hafiz Musa mahu pemimpin DAP sendiri bertindak ke atas Karpal sekiranya pemimpin veteran itu masih enggan memohon maaf.

Tidak cukup dengan itu, Karpal turut dilabel sebagai angkuh dan sombong kerana enggan meminta maaf atas kenyataan kontroversinya semasa sidang akhbar selama 25 minit 47 saat di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

Hanya kuasai 3% kerusi

Pada masa yang sama, PAS turut menjadikan kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai 'sasaran' apabila mendakwa mereka hanya sekadar boneka dan dipinggirkan sejak pilihan raya umum (PRU) 2008.

Perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Raduan Ramli dipetik sebagai berkata: "Ini bukan soal gila kuasa, bukan soal minta jawatan tapi soalnya adalah mereka beri kereta kepada kita dan mereka suruh kita jadi penumpang tapi mereka pegang stereng kereta."

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof pula membidas kerajaan negeri DAP kerana gagal mengamalkan sistem kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) terutamanya dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Bagi mengendalikan 'suara-suara' ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk mengadakan rundingan tertutup dengan pemimpin Pakatan bagi membincangkan kemelut isu dalaman antara parti itu dengan pentadbiran di Pulau Pinang.

Hadi berkata: "Sehingga kini, saya tak jumpa lagi rakan di Pulau Pinang, hanya baca melalui media sahaja. Saya akan jumpa dalam masa terdekat bila dapat penjelasan dan bincang sama-sama dengan Pakatan."

Namun begitu, sebelum 'perbincangan' tersebut dilakukan, wajarlah sekiranya fakta-fakta berikut diamati sedalam-dalam dan dengan penuh rasional berhubung 'layanan' oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Pas sejak 2008.

Pertamanya, PAS hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam dua PRU sejak 2008 manakala PKR dan DAP masing-masing mempunyai 10 dan 19 kerusi DUN pada PRU yang lalu.

Kalau dari segi peratusan, PAS hanya menyumbang sekitar 3 peratus daripada 30 kerusi milik komponen Pakatan dalam DUN Pulau Pinang.

Berkaitan kontrak Salleh Man?

Bagaimanapun, di sebalik 'kekurangan' PAS ini, kerajaan negeri Pulau Pinang masih mengiktiraf dan menghargai sumbangannya pada PRU yang lalu dan masih berharap PAS akan terus bersama dalam mendepani PRU14.

Buktinya, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dattuk Salleh Man dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk itu oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang hasil daripada keterlibatan PAS bersama Pakatan.

Salleh Man juga diangkat sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) selain turut menjawat kerusi Pengerusi As Sahabah Urus Zakat dan Timbalan Yang Dipertua Lembaga Perpustakaan Pulau Pinang.

Selain Salleh Man, pimpinan PAS Pulau Pinang mendapat lantikan dua kerusi sebagai ahli majlis majlis perbandaran di samping Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar kali ini dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Atau apakah 'serangan-serangan' sebelum ini ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai perkaitan dengan kontrak Salleh Man sebagai Yang Dipertua MAINPP yang akan tamat pada 31 Disember ini?

Salleh Man sebelum ini mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Yang Dipertua MAINPP untuk tempoh dua tahun iaitu daripada Januari 2012 sehingga 31 Disember 2013.


AMRAN AHMAD merupakan ahli seumur hidup DAP sejak 2009 dan pernah berkhidmat sebagai pegawai khas ketua menteri Pulau Pinang. Anak bekas naib pengerusi DAP allahyarham Ahmad Nor itu melihat slogan "Berani Ubah" mesti bermula dari dalam parti itu sendiri.

Tiada ulasan: