Isnin, 18 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Gambar Misteri 23 Remaja Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru JB Palsu @ Benar? Cerita & Kisah Terkini?

Posted: 18 Nov 2013 04:13 AM PST

  S

villa nabila Johor


Berita cerita 23 remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru (JB) : Sekarang tersebar luas di Internet terutamanya di Facebook dan blog Malaysia dikatakan seramai 23 remaja hilang daripada 30 orang remaja yang telah masuk ke Villa Nabila, Johor Baru pada 18 November 2013. Sehinggakan…..
Ada cerita yang mengatakan 23 remaja yang hilang didakwa telah disorok oleh hantu (makhluk halus yang menghuni Villa Nabila, Johor Bahru itu). Itu kata mereka…..
Berita & tersebarnya cerita 23 remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru telah menyebabkan jalan sesak di depan Pantai Lido seawal pagi tadi. Kesesakan telah berlaku dari Jalan Skudai ke Danga Bay dek kerana penyebaran cerita dan kisah 23 remaja hilang ini.

kisah villa nabila johor

Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa terhadap laporan & kenyataan rasmi pihak polis sehingga ke sekarang ini hanya menerima 1 laporan polis mengenai kehilangan anak mereka. 

 Persoalan Berita Semasa yang lain, Kemana perginya 22 keluarga lain??

 Gambar Remaja Hilang di Villa Nabila Johor Bahru?

Cerita Villa Nabila Johor Laporan tepat yang Berita Semasa perolehi adalah di mana Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh mengatakan, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga ke hari ini selepas remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, Johor Bahru (JB) berkenaan bersama beberapa rakannya.

Ibu kepada remaja hilang di Villa Nabila Johor ini, Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun telahpun membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013 (isnin)

misteri villa nabila johor

 

Gambar Sekitar Kejadian Kisah Kehilangan Remaja di Villa Nabila Johor Bahru?

 P/S : Jadi, nasihat Berita Semasa untuk mengelakkan keadaan tidak senang seperti yang berlaku sekarang, lebih-lebih lagi pelbagai versi cerita dan kisah berkenaan kononnya misteri 23 remaja yang hilang ini, nantikan sahaja tindakan dan pengesahan daripada pihak polis sendiri.

Selongkar misteri Pejabat Peguam Negara

Posted: 18 Nov 2013 04:03 AM PST

DETIK DAILY

 

Oleh Ahmad Lutfi Othman


Naratifnya seakan-akan filem James Bond.  Sememangnya saya tidak berminat dengan cerita-cerita konspirasi, komplot atau pengintipan, yang didakwa berlaku di alam nyata. Saya juga tidak tertarik dengan kisah pengkhianatan atau seumpama double agent, kecuali menontonnya di kaca televisyen.

Tentu ada yang bertanya, kalau begitu, mengapa kontroversi berkaitan Pejabat Peguam Negara, yang dikatakan terdapat dua agen perisik CIA, dan sumbernya dipercayai datang daripada Dr Mahathir Mohamad, mendapat tempat utama pada muka depan Harakah, dua keluaran berturut-turut?

Agen CIA di Jabatan Peguam Negara, yang menyusup masuk membawa agenda jahat Amerika Syarikat? Adegan yang suspens, 'kan? Mengapa tiba-tiba Abd Gani Patail pula, yang selama ini bertindak mempertahankan kerajaan, terutama dalam kes-kes politikal, dijadikan sasaran dan nampak seolah-olah ada usaha terancang untuk menyingkirnya.

Segera saya teringat babak-babak mendebarkan 15 tahun lalu, semasa Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dalam kerajaan dan Umno, seterusnya diaibkan, dengan bermacam-macam tuduhan. Anwar juga didakwa menjadi ancaman kepada negara apabila dikaitkan dengan CIA dan perisik asing.

Bukankah Dr Mahathir juga "pengarah filem" ketika itu? Tidak terhenti setakat itu, timbul isu terdedahnya rahsia negara kepada pihak luar, dan keselamatan nasional terancam, disulami dengan kisah sensasi tilam, lendir, pelacur datang haid yang dipaksa, lelaki memakai rambut palsu ...

Ingatan saya tidaklah begitu kuat terutama selepas dua kali diserang angin ahmar, tetapi saya sukar melupakan adegan berkaitan percubaan Peguam Negara untuk "membeli" saksi, dengan mengancam membuat pendakwaan berkaitan senjata api yang boleh membawa hukuman bunuh.

Dan di situlah minat saya sebenarnya --  kedudukan, keistimewaan dan kuasa tidak terbatas Peguam Negara, tetapi begitu berkait rapat dengan Perdana Menteri --  sehingga menyebabkan kami memilih kontroversi terbaru ini sebagai laporan utama.

Peguam Negara bukan saja bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan -- yang adakalanya bercanggah dengan fungsinya untuk mewakili kepentingan umum -- tetapi kuasanya yang "menggerunkan" adalah seperti diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan: "... mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan ...."

Justeru, walaupun selalu timbul  soal pendakwaan terpilih, terutama membabitkan kes yang berimpak politik, tetapi yang jarang diketahui ialah  Peguam Negara juga boleh memilih untuk melakukan pendakwaan di bawah undang-undang atau akta yang difikirnya lebih sesuai.

Maknanya, bagi kesalahan yang sama oleh dua pelaku berbeda, misalnya memiliki senjata api tanpa permit, tetapi dengan memilih akta yang berlainan, seorang pesalah boleh dihukum gantung mandatori dan seorang lagi boleh terlepas daripada hukuman mati.

Saya sendiri tidak pasti bagaimana Dr Mahathir, yang sudah sepuluh tahun meninggalkan jawatan Perdana Menteri, tetapi bertindak sebagai aktor penting dalam drama tersebut, yang juga membabitkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah. Kedua-duanya, Mat Zain dan Shafee menyimpan misteri yang menarik untuk diselongkar.

Apabila peguam muda PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi mendedahkan perancangan Dr Mahathir sedang berjalan, bagi menyingkirkan Gani dan menggantikannya dengan Shafee, yang cukup rapat-intim dengan pemimpin Umno, saya terbayang sosok bekas Ketua Hakim Negara yang juga berperwatakan begitu.

Ya, apa saja boleh berlaku di tanahair tercinta ini. Malaysia Boleh, 'kan?

Maka, babak seterusnya mengekori; rekod dan sisi gelap Gani, terutama membabitkan kes-kes pendakwaan yang lemah dan ditolak mahkamah, termasuk di peringkat antarabangsa -- tuntutan Pulau Batu Putih di ICJ -- dibicarakan secara terbuka.

Pelik juga memikirkan, apakah pihak tertentu mahu menyampaikan mesej bahawa Gani telah "dibeli" oleh Singapura sehingga warga Malaysia berputih mata dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, atau sekadar mengingatkan kedaifan Jabatan Peguam Negara kita berdepan pasukan brilliant di seberang Tambak Johor?

Pastinya publik masih mengingati begitu banyak kes korupsi membabitkan VVIP boleh terlepas dengan mudah. Yang terakhir, bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dalam isu PKFZ (Port Klang Free Zone), dibebaskan pada 25 Oktober lalu.

Sebelumnya pada 2009, bekas menteri, Kasitah Gadam yang didakwa atas salahguna kuasa sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, juga dibebaskan. Seorang lagi, yang "bernasib baik", Eric Chia, bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, didakwa pada 2004 dan dibebaskn pada 2007.

Itu belum dikira kes-kes rasuah yang dibincangkan secara terbuka, misalnya membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, bukan saja melalui pendedahan Sarawak Report tetapi juga kemewahan keluarganya yang disebut di mahkamah. Tidak terkecuali kes Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Langsung tidak dibawa ke mahkamah!

Dan anda tentu mempunyai senarai lebih panjang, tentang ahli-ahli politik BN dan "jerung-jerung" yang boros kehidupan mereka, tidak segan silu mempamerkan kekayaan melimpah-ruah, tetapi langsung tidak diusik.

SPRM yang mahu diperkasa khususnya setelah diangkat menjadi suruhanjaya oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi -- tetapi tanpa kuasa pendakwaan walaupun telah menerima cadangan daripada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Rasua --  mungkin dpat menyiapkan kertas siasatan dengan baik, tetapi siapa tahu, ia sengaja ketika pendakwaan dibawa ke mahkamah ia telah  dilemahkan Peguam Negara sendiri?

Sebenarnya bukan hanya kredibiliti Gani terpalit tetapi seluruh warga Jabatan Peguam Negara tercemar, dan ia tidak boleh dibiarkan begitu saja. Mungkin penubuhan suruhanjaya siasatan diraja boleh membantu dan Mahathir tentu akan menjadi saksi utamanya!

Syanie Pilih 1 Mac 2014

Posted: 18 Nov 2013 03:54 AM PST

Mahirah Zakaria


alt
 
 
 
Pelakon, Syanie memilih tanggal 1 Mac 2014 sebagai tarikh untuk mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Nadi Putera.
 
Memetik laporan SinarHarian, Syanie berkata, keputusan memilih tarikh tersebut membuatkan tali pertunangan mereka yang diikat selepas Hari Raya Aidilfitri lalu diakhiri dengan ikatan yang sah.
 
"Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014.
 
"Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa bertunang pun kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang. Saya rasa tarikh itu adalah sangat sesuai," ujarnya.
 
alt
 
Pada 10 Ogos lalu, Syanie telah mengikat tali pertunangan dengan Nadi yang juga merupakan seorang duda anak dua.
 
Nadi yang pernah berkerja di bawah syarikat keluarga Syanie telah berkenalan hampir tujuh tahun.

Anwar, Kit Siang Enggan Ditemui Pemberita

Posted: 18 Nov 2013 03:48 AM PST

alt
 
 Alif Mustapha
 
 
KUALA LUMPUR  - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang enggan bertemu dengan pemberita gara-gara isu hukum hudud di negeri Kelantan menjadi topik utama pengamal media.
 
"Saya ulas kemudian, tumpu debat dulu," ujar Anwar Ibrahim di lobi parlimen pagi tadi.
 
Sementara itu, pemberita juga gagal untuk mendapatkan reaksi Kit Siang apabila pemimpin utama DAP itu dilihat bergegas meluru keluar daripada pintu Dewan Rakyat.
 
Dalam pada itu bagi Ahli Parlimen Ketereh (BN), Tan Sri Annuar Musa berpendapat isu hukum hudud ini merujuk dalam konteks perlaksanaan.
 
Sehubungan itu kesiapsagaan di peringkat negeri telah dibuktikan menerusi sokongan penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) peringkat negeri Kelantan.
 
Namun yang demikian parti pemerintah negeri iaitu PAS perlu bersedia dengan mengajak rakan sekutu mereka iaitu PKR mahupun DAP supaya turut bersetuju dengan apa yang diputuskan diperingkat negeri.
 
"Saya fikir perkara ini sudah terlalu lama dan hampir 20 tahun digembar gemburkan."
 
"Ini merupakan hukum yang berlandaskan kepada prinsip Islam, yang menjadi isu ialah bagaimana mahu melaksanakannya,"
 
"Pertama, pihak yang melaksanakan dalam konteks ini ialah kerajaan negeri Kelantan maka segala urusan berkaitan tanggungjawab yang perlu diambil oleh pihak yang hendak melaksanakan di peringkat negeri perlu diselesaikan,"
 
"Kedua, ada pihak berpendapat ia merupakan undang-undang berkaitan jenayah maka ia melibatkan perlembagaan dibawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Maka dalam proses hendak melaksanakan kerajaan negeri harus melihat bagaimana perkara ini dapat dilaksanakan dengan kelulusan di peringkat parlimen kerana mungkin ada pindaan-pindaan tertentu.
 
"Maka ditahap itu pihak kerajaan negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS dan parti gabungan bersama mereka iaitu PKR perlu diselesaikan.
 
"PKR perlu memberi signal yang jelas. Seterusnya mendapat pertimbangan BN (kerajaan pusat) berdasarkan kepada kesiapsiagaan itu," tegas beliau.

Ahli Parlimen Setiawangsa Minta DBKL Tangguh Kenaikan Cukai Pintu

Posted: 18 Nov 2013 03:45 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari pada Isnin meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan cadangan menaikkan kadar cukai pintu.

Beliau berkata DBKL harus mempertimbangkan beban kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat ditanggung penduduk Kuala Lumpur berikutan penghapusan subsidi gula, pengurangan subsidi bahan api dan seterusnya peningkatan harga barang keperluan.

"Jika pihak DBKL terpaksa juga menaikkan kadar cukai tersebut, ia harus dilakukan dengan cara yang tidak terlalu membebankan rakyat, iaitu tidak secara mendadak kadar kenaikannya," katanya.

Jelas Ahmad Fauzi, walaupun terdapat peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan DBKL mengkaji dan meningkatkan kadar cukai pintu setiap lima tahun, namun DBKL seharusnya mempertimbangkan kesan kenaikan cukai mendadak itu kepada rakyat.

"Benar, DBKL telah lama tidak menaikkan kadar cukai pintu iaitu sejak 21 tahun lalu, tetapi tidak adil jika kadar cukai itu dinaikkan mendadak tanpa mengambil kira kesannya kepada rakyat yang kini dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi," katanya.

Ahmad Fauzi berkata DBKL sepatutnya menumpukan kepada peningkatan kecekapan dalam kutipan hasil badan berkuasa tempatan itu bagi meningkatkan lagi pendapatannya.

"Peningkatan kecekapan ini telah berjaya dilaksanakan pihak lain seperti Lembaga Hasil Dalam Neg

40% Orang Melayu Berpendapatan Isi Rumah RM1,700 Sebulan Tak Mampu Beli Rumah RM200,000 & ke Atas!

Posted: 18 Nov 2013 03:40 AM PST

  S 


Rumah Mampu Milik



Macam-macam dasar yang diperkenalkan khasnya untuk orang Melayu. Dalam pada masa yang sama satu demi satu tanah rizab orang Melayu yang British tinggalkan untuk orang melayu dahulu semakin hilang dan terlepas kepada orang lain (DI SINI)

Dahulu dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudiannya diteruskan dengan Model Ekonomi Baru yang mana fokus untuk membantu orang Melayu supaya benar-benar merasa bergelar majoriti tinggal di tanahair sendiri bukannya sekadar menumpang di sebuah negara yang terknal dengan kekayaan hasil mahsul yang dilimpahkan oleh Tuahn kepada kita. Tetapi……

Tetapi orang Melayu masih lagi dilihat seperti menumpang di tanahair sendiri kerana masih tercari-cari rumah sendiri yang sesuai dengan kehidupan mereka sekarang ini. Apa silapnya? Silap mentaliti orang Melayu sendiri yang masih mengamalkan kehidupan "biar papa asal bergaya" ataupun dasar yang cantik dirangka kerajaan tidak benar-benar sampai membantu rakyat Malaysia umumnya dan orang Melayu amnya di bawah selama ini?

Terbaru, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berasa risau melihat realiti kalangan Bumiputera sekarang menghadapi cabaran yang cukup sukar dan masih tidak berjaya untuk memiliki rumah mampu milik dengan harga di bawah RM200,000 seunit. Keadaan bertambah parah apabila Bank Negara Malaysia (BNM) terus memberikan arahan untuk bank-bank mengetatkan pinjaman bank Malaysia.

 

Statistik Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) : Rumah Mampu Milik Orang Melayu

  • 40% Bumiputera di Malaysia hanya mempunyai pendapatan isi rumah purata RM1700 sebulan
  • 40% orang Melayu tidak mampu membeli lambakan rumah oleh kalangan pemaju berharga RM200,000 dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah setahun perlu digandakan kepada 4-8 kali bagi melepasi syarat pembiayaan perumahan yang ditetapkan oleh pihak bank
  • Pemaju perumahan di negara ini yang menawarkan harga rumah antara 12 dan 20 kali lebih tinggi daripada pembiayaan yang mampu dibuat oleh orang ramai.
Mungkin orang Melayu terpaksa berkampung di sekitar Bukit Beruntung ataupun Bukit Sentosa asalkan rumah mampu milik menjadi realiti. Apa kata anda?

Obesiti: Kaji Semula Tempoh Operasi Kedai 24 Jam - Subramaniam

Posted: 18 Nov 2013 02:56 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan bersetuju dengan saranan agar tempoh operasi kedai makan 24 jam disemak semula dalam usaha menangani obesiti, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya satu kajian lanjut mengenai perkara itu boleh dilaksanakan oleh pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan dan mengeluarkan garis panduan bagi mengehadkan tempoh operasi kedai terbabit.

"Walaupun kementerian setuju supaya kedai makan 24 jam ini dikurangkan, namun yang lebih utama sebenarnya adalah kesedaran individu itu bagi mengawal pemakanan mereka sekali gus mengelakkan obesiti," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dalam persidangan Dewan Rakyat, di sini, Isnin.

Noraini ingin tahu sama ada kementerian itu bercadang untuk mengehadkan tempoh operasi restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti rakyat. -BERNAMA

Penguat Kuasa Agama Terengganu Dibenar Bawa Senjata Api Sejak Lima Tahun Lalu - Exco

Posted: 18 Nov 2013 02:51 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu membenarkan pegawai penguat kuasa agamanya membawa senjata api sewaktu bertugas sejak lima tahun lalu, kata Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Ghazali Taib.

Beliau berkata langkah itu bagi menjamin keselamatan pegawai terbabit ketika menjalankan operasi.

"...memang setiap kali menjalankan operasi mereka dibekalkan senjata api dan memang mereka digalakkan membawa senjata tersebut," katanya dalam sidang media sempena perasmian Pameran Haiwan Berbisa 2013 di Muzium Terengganu, di sini, Isnin.

Menurut Ghazali semua pegawai terbabit dilatih dengan penggunaan senjata api. "Mereka juga disahkan oleh doktor tidak mempunyai masalah kesihatan seperti sakit mental," katanya.

Sementara itu, Pengarah Muzium Negeri Mohd Yusof Abdullah yang turut hadir, berkata pameran yang bermula hari ini sehingga 31 Dis tersebut bertujuan mendidik masyarakat untuk mengenali haiwan berbisa dengan lebih dekat.

"Sebanyak 18 spesies ular berbisa dari luar negara dan tempatan dipamerkan antaranya ular orok-orok (Rattle snake), 'Equatorial spitting cobra', 'Suphan cobra', ular tedung selar serta ular senduk. "Selain itu, turut dipamerkan ialah reptilia air berbisa, haiwan aquatik berbisa seperti landak laut, pari, obor-obor, serta serangga berbisa seperti labah-labah dan kala jengking," katanya.

Menurutnya Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyasarkan 100,000 pengunjung melawat pameran berkenaan. -BERNAMA

DAP Pecat Adun Pujut Fong Pau Teck

Posted: 18 Nov 2013 02:50 AM PST

 
Fong Pau Teck
 
MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: DAP telah memecat anggota Dewan Undangan Negeri Pujut di Sarawak iaitu Fong Pau Teck, demikian diumumkan oleh timbalan pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Tan yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin parti berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti, dengan itu beliau telah melanggar disiplin parti.

"Kegagalan Fong untuk membayar sumbangan bulanan yang mandatori kepada partidan juga kegagalan menyelesaikan tunggakan hasil kenaikan dalam elaun bagi anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, merupakan satu tindakan membelakangkan arahan parti," katanya.

Dengan itu, Tan berkata jawatankuasa itu mendapati bahawa Fong adalah contoh tidak baik bagi parti, dan tidak boleh dimaafkan dan dengan itu jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan sebulat suara untuk memecat beliau daripada parti.

Fong diberi 14 hari untuk merayu secara rasmi terhadap keputusan parti.

Jika rayuan Fong ditolak, bilangan wakil DAP di Dewan Undangan Negeri itu akan berkurang daripada 12 kepada 11.

DAP juga memenangi enam kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sebelum itu pada Sept, anggota Dewan Undangan Negeri DAP bagi Luyang di Sabah, Hiew King Cheu meninggalkan parti dan meneruskan sebagai wakil bebas kerana tidak sebulu dengan pemimpin-pemimpin lain DAP di negeri itu.

Hiew menyatakan sokongan beliau kepada anggota Dewan Undangan Negeri Klias Datuk Lajim Ukin daripada PKR sebagai ketua barisan pembangkang di Sabah sementara partinya pula memilih anggota dewan undangan negeri Tamparuli Datuk Wilfred Bumburing. -BERNAMA

Belum Pun Apa-Apa, Pas Sudah Mahu DiHasan-Alikan

Posted: 18 Nov 2013 02:44 AM PST





Oleh Shahbudin Husin


Tanpa angin, tanpa ribut, bahkan mungkin tidak ada sesiapa yang mempelawanya pun, secara tiba-tiba saja bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali membayangkan kemungkinan untuk kembali menyertai Pas, parti politik Islam yang telah memecatnya tidak lama dahulu.

Mungkin muktamar dan pemilihan Pas yang bakal berlangsung tidak lama lagi telah membangkitkan kembali ghairahnya terhadap parti itu.

Tetapi keinginannya itu bukan tidak bersyarat, bahkan syaratnya pula seolah-olah beliau lebih besar daripada Pas itu sendiri.

Dalam sidang medianya semalam, Dr Hasan berkata, beliau sedia menimbangkan untuk menyertai semula Pas jika parti itu betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan Negara.

"Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan Pas di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi Raja dan menghormati peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Negara, saya sedia mempertimbangkannya," tambah beliau lagi.

Mengenai muktamar Pas yang bakal berlangsung tidak lama lagi, beliau berkata, Pas perlu dipimpin oleh golongan ulama agar perjuangannya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya yang kini goyah disebabkan wujud golongan Anwarinas yang didakwanya seperti anai-anai yang mahu merosakkan parti itu.

"Saya secara peribadi mahu golongan ulama kembali memimpin Pas - presiden, timbalan presiden, naib presiden daripada kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati golongan sebegitu masih ada dalam Pas," katanya yang juga Presiden NGO Jati atau jalur tiga.

Dalam pada itu, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu juga berpendapat supaya Pas mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat kerana peranan Pas seakan-akan tidak menonjol, lebih-lebih lagi selepas PRU 13 yang lalu.

"Saya harap perkara ini dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya ialah Pas meninggalkan PR," jelasnya lagi.

Melihat kenyataan beliau ini, rasanya ramai yang geleng kepala dengannya. Beliau seperti gila talak dengan Pas dan dalam masa yang sama ingin mengajar Pas cara berpolitik secara Islam yang sebenarnya. Terlihat juga seperti beliau sedang memasukkan jarum agar golongan bukan ulama disingkirkan dalam pemilihan ini. Jika ingin kembali kepada Pas tetapi belum apa-apa sudah meletakkan pelbagai syarat dan kehendak, rasanya ini bukanlah cara yang betul.

Memang diketahui sejak dipecat daripada Pas, Dr Hasan mempunyai kecenderungan fitrah dengan UMNO dan BN. Beliau yang lebih dikenali sebagai pakar motivasi sebelum menceburkan diri dalam politik, bukan saja menentang golongan bukan ulama dalam Pas, bahkan berkali-kali meminta parti itu keluar dari PR, selain kerap juga menyerang PKR dan DAP yang merupakan rakan gabungan Pas dalam PR.

Setelah dipecat, beliau tidak menyertai UMNO walaupun banyak pandangannya lebih UMNO daripada pemimpin UMNO sendiri, sebaliknya menubuhkan Jati yang dilihat sebagai sebuah NGO yang mesra dan rapat dengan UMNO, kerajaan dan Perdana Menteri.

Dengan tidak menyertai mana-mana parti mungkin membuktikan jiwa tebalnya masih dengan Pas. Cinta dan kasihnya terhadap Pas barangkali tidak dapat diganti mana-mana parti lain. Tidak salah beliau ingin kembali menyertai Pas tetapi meletakkan pelbagai syarat dan mahukan itu dan ini sebagai syarat lainnya, barangkali agak keterlaluan.

Seorang pejuang tidak melakukan demikian. Mereka akan masuk dulu dan kemudian berusaha merubahnya berdasarkan keyakinan dan kekuatan yang dimiliki. Dr Hasan tidak sewajarnya mahu "menghasan-alikan" Pas sebelum pun beliau menyertai parti itu.

Jika benar beliau seorang hebat dan pejuang yang berpengaruh, masuklah kembali dalam Pas dan kemudian melalui kekuatan yang ada, ubahlah parti itu dan "hasan-alikanlah" Pas sebagaimana kehendaknya. Tetapi sebelum itu, beliau mestilah "memPaskan" dirinya terlebih dahulu.

Tindakan beliau mempersoalkan arah tuju perjuangan Pas dan mempertikaikan kedudukannya dalam PR hanya seolah-olah memperkecilkan kepimpinan Pas yang bukan saja ada presiden, timbalan presiden dan naib presiden tetapi juga mempunyai dewan ulama, majlis syura serta ramai golongan agawaman yang berpengetahuan tinggi. Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pula begitu dihormati dan disanjung kerana ketinggian ilmu agamanya.

Tidak guna beliau meroyan di luar dan bercakap macam-macam tentang Pas kerana lagi banyak bercakap, lagi terserlah gila talaknya itu. Jika betul mahu memperbetulkan Pas yang dirasakannya sudah menyimpang daripada perjuangan asalnya, kembalilah dengan cara baik serta tanpa syarat dan ubahnya daripada dalam.

Jika tidak, jagalah Jati baik-baik sebagaimana "kembar siamnya" Ibrahim Ali menjaga Perkasa.http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Muktamar: Sanggupkah Muhyiddin beri jawatan TPM kepada Hadi?

Posted: 18 Nov 2013 02:35 AM PST



Oleh Timmy Say


Muktamar PAS ke-59 bakal berlangsung minggu ini. Pelbagai tulisan diketengahkan, secara tersurat dan tersirat untuk mempengaruhi minda perwakilan PAS yang bakal pengundi.Dua tahun lepas, muktamar PAS dikatakan penting di mana ia dikatakan menjadi penentu kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) di PRU13.

Apa yang terjadi tidak perlu diulas, para penganalisa yang membuat bidaan mengapa seseorang itu perlu menjawat jawatan tertentu untuk meningkatkan peluang PAS dan PR hilang entah ke mana?
Bukan mereka hilang, tapi yang membacanya lupa.

Kali ini, para penganalisa cuba bermain sentimen yang sama. Apakah keputusan pemilihan PAS kali ini akan menguatkan PR untuk PRU14 atau sebaliknya?

Ada juga tuduhan bahawa jika golongan tertentu menguasai PAS, mereka akan membawa keluar PAS untuk bersama Umno-BN. Oleh itu pandai-pandailah mengundi.

Bukan itu sahaja, ada juga yang membawa ketakutan tidak terhingga jika apa yang ada dikekalkan maka PAS akan hilang sinar Islamnya.

Semua mereka ini menjadi tukang tilik yang hebat, seolah-olah boleh mengetahui apa yang  Tuhan tahu di depan.

Apakah tukang-tukang tilik ini berjaya meramal ketika Nasharuddin Mat Isa menjadi Timbalan Presiden PAS, PAS mampu berjaya menguasai tiga negeri, Kedah, Perak dan Kelantan di 2008?

Bukankah tukang-tukang tilik ini yang meramal PAS dengan Mohamad Sabu sebagai timbalan, Putrajaya akan menjadi milik PR di 2013?

Artikel ini bukanlah untuk mempertikaikan mana-mana individu yang bakal bertanding di muktamar, ia lebih untuk menyedarkan para pembaca bahawa tulisan para penganalisa hanyalah sekadar tulisan untuk menambahkan hits kepada laman-laman yang menyiarkannya.

Berbalik kepada mainan jahat pihak tertentu yang mendakwa kerjasama PAS  dengan PR akan terjejas dan kemungkinan PAS akan kembali bersama Umno-BN jika golongan tertentu menang di muktamar ini. Pada pandangan saya, ini cumalah saraf untuk menakutkan perwakilan yang bakal mengundi.

Jika betul Umno sanggup bekerjasama dengan PAS, apakah Muhyiddin sanggup melepaskan kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada Presiden PAS?

Berapa banyak kerusi pertembungan antara PAS dan Umno yang sanggup dilepaskan Umno untuk PAS berkuasa di kerusi tersebut di PRU14? Berapa ramai dalam Umno yang sudi berkorban untuk memberi laluan pada PAS?

Begitu juga dengan dakwaan bahawa PAS akan hilang undi Melayu jika barisan kepimpinan PAS yang ada ini dikekalkan.

Dakwaan ini tidak betul, kerana PAS sememangnya mendapat undi Melayu yang semakin meningkat di PRU12 dan PRU13 jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di 2004.

Hujah hanya mendapat 21 kerusi parlimen di PRU13 terlalu rapuh untuk digunakan untuk justifikasi bahawa PAS hilang sokongan Melayu.

Kehilangan 2 kerusi parlimen berbanding 2008 tidak boleh memadamkan fakta bahawa PAS memenangi 85 kerusi DUN, kedua tertinggi belakang DAP 95 dan PKR 49.

Jika kita melihat dari segi jumlah kerusi (parlimen dan DUN) yang dimenangi antara tiga komponen parti Pakatan Rakyat – DAP (38 + 95 = 133), PAS (21 + 85 = 106) dan PKR (30 + 49 = 79), sebenarnya prestasi PAS di PRU13 tidaklah seburuk yang digambarkan.

Bayangkan jika PAS berjaya mempertahankan Kedah? PAS sebenarnya adalah parti yang terkuat di dalam PR.

Oleh itu, para perwakilan tidak perlulah termakan dengan hujah-hujah yang dibawa oleh mana-mana tulisan sebelum mengundi di muktamar kali ini.

Dua-dua hujah bahawa PAS akan hilang sokongan Melayu jika golongan ini diundi dan PAS akan bersama Umno jika golongan itu diundi semuanya tidak berasas dan cumalah mainan saraf, ahli sendiri dan juga pihak musuh.

Undilah dengan adil dan ikut kesukaan hati, tapi jangan sesekali mengundi atas dasar termakan fitnah, hujah menghasut dan persepsi menyeleweng yang telah ditanam daripada mainan jahat pihak tertentu.

Muktamar PAS ialah tempat meraikan demokrasi. Buatlah yang sepatutnya supaya demokrasi terus bergetar dengan sihat dalam PAS.

Saya juga mencadangkan agar setiap kepimpinan PAS yang dipilih diberikan KPI. Umpamanya KPI 2 tahun yang saya terfikir ialah:

1.     Peningkatan ahli baru sebanyak 20% di semua peringkat.

2.     Peningkatan jumlah cawangan dan kawasan sebanyak 20%.

3.     Mendapat kedudukan pertama dalam daftar pemilih baru oleh parti politik di Malaysia.
4.     Mengumpul dana PRU14 sebanyak RM5 juta.

5.     Jika ada PRU, mesti mencatat jumlah kerusi meningkat di kawasan bertanding dan menang, dan pengurangan majoriti di kawasan yang tewas.

6.     Membesar dan merakyatkan isu penyelewengan dana kerajaan sebagaimana popularnya tuntutan Bersih.

7.     Dakwah Islam – jumlah forum yang dianjurkan yang diukur keberjayaannya melalui keberkesanan program tersebut menarik minat golongan muda dan penyokong Umno.

Ini cumalah cadangan KPI tetapi tidak semestinya sesuai.

Bagaimanapun dengan KPI, para perwakilan tidak perlu bersusah-payah dan tidak perlu ditakut-takutkan dengan sentimen saraf setiap kali datangnya muktamar pemilihan.

Kerana perhitungannya mudah, apakah kepimpinan yang ada mencapai KPI yang telah dipersetujui?
Jika tidak, buatlah pertukaran. Jika ya, apakah alasan yang lebih baik (bukan kerana fitnah, tohmahan dan gosip yang tidak dapat dibuktikan) untuk menukar mereka? –M/Insider

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk rawatan jangkitan dada

Posted: 17 Nov 2013 11:42 PM PST


THE MALAYSIAN INSIDER
 




Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan jangkitan dada, lapor Bernama.

Kali terakhir bekas perdana menteri itu dirawat untuk jangkitan dada semasa lawatan ke Australia pada 2010

Azeez Rahim Kena Hempap Besi Khemah Di FIlipina

Posted: 17 Nov 2013 11:34 PM PST

Abdul Azeez Abdul Azeez (tengah) dipapah setelah mengalami kecederaan di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez di Tacloban hari ini. - Foto Bernama

Presiden KP1M cedera dihempap besi khemah

KELAB GREENBOC


FILIPINA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.45 petang waktu tempatan itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, di sini, dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. - Bernama

ULASAN GB

Jika dulu, Azeez didakwa berbohong dan berlakon masuk hospital kerana mendakwa dirinya dipukul oleh penyokong PAS di PRK Bagan Pinang, kali ini betul-betul "kena pukul" dengan besi khemah sehingga betul-betul berdarah dan betul-betul kena bawa ke klinik dan kena empat jahitan.

Berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.

Apa-apa pun semuga lekas sembuh dan diucpakan Inalillahiwainna ilahi rajiun.

p/s Lafaz Tarji (Innalillah..) ini pun ada kesnya. Semasa GB melaporkan musibah menimpa Sdra Azeez dulu, maka GB tulislah Inalillah... maka ketika itu bangunlah beberapa orang pro-UMNO marah kat GB menyatakan GB mendoakan Sdra Azeez supaya mati. Maka GB menjawab inilah padahnya bila orang UMNO tak baca Al-Quran. Di dalam Surah Al-Baqarah:156 dah jelas


الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون

"(Yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Susah betul bila nak berdebat/bercakap dengan golongan UMNO ni... botingkek-botingkek bodohnya akibat tak baca AL-Quran. Itu pun kita kena sebut Innalillah jugak..kena kebodohan itu adalah satu musibah yang menimpa bangsa Melayu kerana tinggalkan Al-Quran.

Hassan JATI Sokong Ulama - Sokongan Yang Membawa Rebah?

Posted: 17 Nov 2013 11:31 PM PST

Kami sokong ulama, kata Jati

KELAB GREENBOC
 

PETALING JAYA: Kumpulan pembela Melayu dan Islam, Jalur Tiga Malaysia (Jati) hari ini menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kepimpinan ulama didalam parti PAS untuk muktamar pemilihan yang bakal berlangsung minggu depan.

Presiden Jati, Datuk Hassan Ali turut menempelak golongan profesional di dalam PAS yang menurut beliau adalah serpihan parasit yang cuba memecah-belahkan parti Islam itu.

Beliau turut berkata PAS pada saat ini sedang berada di persimpangan untuk memilih antara dua kelompok untuk menentukan hala tuju masa depan parti tersebut.

"Jati amat mengharapkan kelompok ulama akan terus menerajui PAS. Syukur presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicabar dan kami harap beberapa jawatan penting turut dimenangi oleh golongan ulama,"

"Kelompok profesional ini bagi saya adalah parasit yang cuba meruntuhkan asas perjuangan PAS selama ini," beliau bertegas. Dalam pada itu, Hassan Ali berkata bahawa masanya juga telah tiba untuk PAS menimbang semula perjuangan meraka di dalam parti Pakatan Rakyat.

Beliau menambah bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS ketika piliharan raya umum yang lepas menunjukkan bahawa PAS telah hilang sokongan besar undi orang Melayu ekoran penglibatan mereka bersama DAP dan PKR.

"Muktamar ini juga satu peluang besar untuk PAS menimbang semula hubungan mereka di dalam Pakatan Rakyat,"

"Jelas sokongan orang melayu sudah merosot kepada PAS kerana PAS sedang dilihat membawa dasar perjuangan liberal yang lari dari wadah perjuangan Islam," Hassan menambah.

PAS lebih ke hadapan

Norman Toha yang juga Setiausaha Agung Jati pula yakin bahawa PAS akan lebih ke hadapan jika parti itu berpisah daripada Pakatan Rakyat.

Norman yang turut mengakui bahawa beliau adalah ahli sah PAS, menyoal parti itu yang dikatakan sedang menjadi alat kepada DAP dan PKR.

"PAS sudah mula lari daripada perjuangan, oleh sebab itu orang Melayu enggan mengundi PAS dan sekarang jelas PAS dilihat sebagai alat politik sahaja," beliau menambah.

Turut diperkatakan adalah peranan beberapa individu didalam Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai gangguan untuk PAS memacu ideologi Islam yang menjadi asas penubuhan parti tersebut.

"Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara individu dalaman yang menggangu PAS. Boleh dikatakan mereka ini adalah gangguan dalaman dalam PAS,"

"PAS akan hidup semula jika kembali menjadi parti politik tunggal,"

Walaubagaimanapun, ketika disoal samada Hassan akan semula menyertai PAS, bekas ahli exco Selangor itu berkata bahawa beliau akan menimbangkan jika mendapat jemputan kepimpinan tertinggi parti tersebut tetapi turut berkata bahawa beliau harus berbincang bersama ahli Jati yang lain.

"Setakat ini tiada. Saya tidak menerima apa apa jemputan jikalau ada daripada kepimpinan tertinggi saya akan mempertimbangkan,"

"Tetapi saya harus berbincang bersama sama ahli Jati yang lain. Saya tidak rasa timbalan presiden Jati akan membenarkan saya untuk menyertai PAS," kata beliau sambil berseloroh. -FMT


Timbalan presiden PAS: Sokongan Utusan "membawa rebah" kepada Mohd Amar?


Pertembungan satu lawan satu bagi jawatan timbalan presiden PAS di antara Mohamad Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilihat sebagai pertembungan di antara kumpulan anti ulama dan pro ulama walaupun ironinya, Mohamad dan rakan-rakannya dalam Pemuda pada tahun 1982 yang membawa usul kepimpinan ulama dalam parti Islam itu.

Mohamad kini dianggap sebagai mewakili golongan profesional atau Edorgan manakala Mohd Amar dikatakan mewakili suara golongan ulama.

Hari ini Mohamad umpama mendapat "vitamin tambahan" apabila akhbar milik Umno Utusan Malaysia memberikan sokongan terbuka kepada Mohd Amar bagi jawatan timbalan presiden PAS itu.

"Orang PAS ni siapa yang Utusan sokong mereka tolak," kata seorang aktivis parti Islam itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.

"Utusan Malaysia ni akhbar Umno, bila dia sokong, mesti ada agenda jahat," katanya.

Dalam pemilihan PAS pada 2011, Utusan Malaysia memberikan sokongan kuat kepada Nasharudin Mat Isa dan bekas Timbalan Presiden PAS itu mendapat 224 undi, undi tercorot berbanding Mohamad (420 undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399).

Dalam rencana yang ditulis pengarang Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar bertajuk "Memperkasa ulama dalam PAS", beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.

"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam heirarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi 'lebai malang' melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.

"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu," kata beliau dalam tulisannya di Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

Zukiflee turut mendakwa Mohamad yang dianggap sebagai "ayam sabung PAS" itu sudah menurun populariti dan kehadiran orang ramai dalam ceramah-ceramahnya semakin berkurangan.

"Jumlah kehadiran orang ramai pada ceramah beliau semakin menurun dan ada dalam kalangan pemimpin PAS sendiri berasa Mat Sabu sudah tidak relevan lagi untuk berada dalam barisan kepimpinan kanan PAS pusat apatah lagi timbalan presiden," katanya.

Mohamad dan Mohd Amar bakal bertembung satu lawan satu dalam pemilihan PAS kali ini apabila calon-calon lain yang layak Tuan Ibrahim, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri dan hanya bertanding merebut jawatan naib presiden.

Kemenangan bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden PAS pada 22 November ini akan menentukan masa depan parti Islam itu terutamanya sama ada terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) atau keluar daripada gabungan itu.

Mohamad dilihat sebagai mewakili kumpulan yang mahukan PAS terus bersama PR manakala Mohd Amar pula dilihat sebaliknya.

Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutamanya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.

Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merupakan "penyokong kuat" Mohamad daripada PR walaupun tidak boleh mengundi dalam pemilihan PAS kali ini.

"Mat Sabu memainkan peranan positif dalam Pakatan Rakyat. Beliau dilihat sebagai seorang negarawan," kata Lim kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Menurut Lim, beliau mula mengenali Mohamad secara rapat apabila kedua-duanya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting pada tahun 1987, semasa Operasi Lalang dilancarkan.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi mengumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama Harun mengekalkan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding.
– TMI 10 November, 2013.


ULASAN GB

GB tangguhkan seketika untuk membuat sebarang komen dan ulasan. Tunggu posting selepas ini. Stay tuned!

Jenayah dan rasuah berleluasa kerana kerakusan BN kejar kuasa, kata Kit Siang

Posted: 17 Nov 2013 11:16 PM PST

Oleh Md Izwan





Lim Kit Siang (gambar) menyalahkan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang rakus mengejar kuasa sehingga terlupa tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia.

 Ahli Parlimen Gelang Patah dan juga penasihat DAP tersebut mengecam pengabaian tanggungjawab yang diberikan rakyat sehingga menyebabkan nyawa mereka tidak berdosa menjadi mangsa.

"Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak di Kuantan, Pahang; keluarga Allahyarham Norazita Abu Talib, yang menjadi mangsa rompakan Ambank tempoh hari; serta Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, yang turut menjadi mangsa tembakan tidak berapa lama dahulu.

"Kesemua mangsa jenayah ini adalah korban-korban tidak berdosa akibat kelalaian dan kerakusan pihak berkenaaan mengejar kuasa dan jawatan, sehingga mengabaikan persoalan integriti, tanggungjawab kepada negara dan impian besar rakyat Malaysia," kata Lim semasa dalam ucapan perbahasan Bajet 2014 peringkat Jawatankuasa hari ini.

Lim membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang gagal menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan rakyat Malaysia hilang kepercayaan.

"Walaupun Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri menyifatkan ini sebagai kejadian terpencil, nyawa yang hilang pasti tidak dapat diganti.

"Keyakinan rakyat terhadap kesungguhan pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara dan rakyat jelata sekali lagi berkecai," katanya lagi.

Menurut Lim, sikap tidak bertanggungjawab tersebut juga menyebabkan rakyat Malaysia ketika ini hidup dalam ketakutan.

"Namun hakikatnya hari ini kita dapat lihat bahawa rakyat ramai hidup dalam ketakutan.

"Ketakutan ini tidak boleh dinafi dan disembunyikan sepertimana grafiti dan seni mural yang menampilkan kritik sosial yang benar, boleh disorok dengan selapis cat putih seperti yang dibuat pihak berkuasa tempatan di Johor," kata Lim yang merujuk kepada grafiti hasil karya  Ernest Zacharevic yang menjadi kontroversi minggu ini.

Lim juga mendakwa tuduhan Pakatan Rakyat (PR) selama ini tentang kewujudan kad pengenalan palsu yang digunakan dalam pilihan raya lalu adalah benar. Ia dibuktikan lagi dengan kes tembakan membabitkan warga Indonesia yang memegang kad pengenalan biru kononnya identiti palsu.

"Bagaimana orang ini boleh mendapat MyKad, dan kalaupun MyKad itu palsu, bagaimana orang ini boleh membuka akaun bank, menerima gaji setiap bulan, malah boleh diberikan lesen senjata api oleh pihak Kementerian Dalam Negeri?

"Adakah orang ini turut mengundi dalam PRU 13 yang lalu? Adakah kerana tuan punya syarikat keselamatan itu merupakan kroni parti pemerintah maka kementerian boleh pejam sebelah mata?" kecamnya lagi.

Lim mendakwa kes-kes pemalsuan IC sama ada palsu ataupun diberikan secara sah oleh pemerintah seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak seperti didedahkan dalam Suruhanjaya Inkuiri lalu menunjukkan kedaulatan negara telah dicabul oleh Umno dan juga BN selama ini.

"Sistem yang ada inilah yang membuatkan negeri berdaulat seperti Sabah dan Sarawak semakin hilang kedaulatannya, apabila warga asing senang-senang mendapat MyKad dan mengambil alih ekonomi rakyat serta secara langsung menggugat kestabilan dan keselamatan negara.

"Sistem ini lah yang mencabuli hak rakyat Sabah, yang hidup dalam negeri yang sangat kaya, tetapi warganya sangat miskin; malah dilayan dengan amat berbeza sekali oleh kerajaan persekutuan," katanya lagi.

Beliau turut menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk sempena ulang tahun ke-50 pertubuhan Malaysia, untuk mengkaji dan menyiasat sama ada janji-janji yang tertera dalam Perjanjian 20 Perkara dengan Sabah dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak telah ditunaikan ataupun telah dikhianati oleh kerajaan BN.

Dalam isu integriti, Lim mempersoalkan kredibiliti pemerintah BN yang disifatkannya tidak serius dalam menangani isu rasuah, beberapa isu seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan kes balak di Sarawak.

"Lihat sahaja bagaimana Jabatan Peguam Negara langsung tidak merayu keputusan mahkamah yang membebaskan Tun Dr Ling Liong Sik daripada tuduhan rasuah skandal PKFZ.

"Sehingga kini pihak SPRM tidak berani menyentuh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud walaupun banyak aduan telah dibuat dan bukti telah didedahkan," katanya lagi.

Lim semasa menutup ucapannya berkata, "Masanya sudah tiba untuk kita berusaha bersama demi merealisasikan impian Malaysia, dan menyelamatkan rakyat daripada 'mimpi ngeri Malaysia' yang panjang ini."

Perkauman alat selindung aktiviti rasuah pemimpin, kata bekas Naib Canselor UM

Posted: 17 Nov 2013 11:14 PM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK & TRINNA LEONG





Isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin terbabit, kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon (gambar).

Beliau berkata isu perkauman juga dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.

"Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian.

"Adalah penting kita memisahkan manusia dengan politik. Di Malaysia, kita selalu diingatkan oleh ahli politik tentang masalah perkauman malah terdapat juga kumpulan tertentu yang menyokong isu tersebut," katanya semasa ucaptama Persidangan Asia Barat dan Afrika 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kerajaan harus menyisihkan pemimpin yang mengamalkan rasuah agar agenda pembangunan negara tidak tergendala selain mengakibatkan kerugian perbendaharaan negara.

Katanya, jika negara dipenuhi ahli politik yang rasuah, ia adalah resipi kehancuran.

"Saya fikir kita perlu mengenal pasti pemimpin darpadai parti, kumpulan mahu pun latar belakang agama supaya mereka tidak menggunakan isu lain bagi melindungi kegiatan mereka.

"Namun apa yang unik di Malaysia adalah orang Melayu mempunyai kuasa politik manakala kaum Cina memiliki kuasa ekonomi. Saya melihat ada keseimbangan di sini kerana jika ada sesuatu kaum memiliki kuasa ekonomi dan politik secara serentak maka tidak berlaku keseimbangan di situ," katanya.

Ghauth turut melihat kaum Cina merupakan kumpulan yang ‎akan mencipta kemewahan di mana sahaja mereka berada seperti di Sri Lanka, Sudan dan kebanyakan tempat di dunia.

Katanya, orang Cina semasa datang ke Malaysia dalam keadaan miskin dan sehelai pinggang tetapi hari ini mampu menguasai ekonomi Malaysia

Setelah gagal tunai janji turun harga, hadkan pula jangka hayat kereta, dakwa Rafizi

Posted: 17 Nov 2013 11:09 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 



Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan pula harga minyak dan kini  akan menghadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.

"Ini akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli (gambar), ahli Parlimen Pandan.

Beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.

Lebih membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan "perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat".

Bagi beliau, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.

Ini kerana, kebanyakan pembeli kereta daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang.

"Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

"Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata Rafizi, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya.

Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta katanya, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.

Bagi beliau, cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang (dengan tipu helah) dalam PRU13.

Menurut Rafizi, pakar strategi daripada PKR itu, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.

"Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.

"Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.

"Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus,"katanya.

Akibatnya, dakwa beliau,  harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Oleh itu kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif KEADILAN telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.

\Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca daripada tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.

Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara lain bagi model yang sama, katanya.

"Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan.

"Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain," tegas beliau.

Kumpulan jemaah haji terakhir tiba di KLIA

Posted: 17 Nov 2013 11:04 PM PST

Bernama,


SEPANG: Kumpulan terakhir seramai 281 jemaah haji Malaysia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini menerusi pesawat MH8309.

Mereka yang tiba pada kira-kira 7 pagi disambut pegawai pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH), Malaysia Airlines System (MAS) dan anggota keluarga masing-masing.

Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH Anis Zuhani Ahmad berkata, seorang jemaah haji bagaimanapun masih menerima rawatan di Hospital King Fahd Jeddah, Arab Saudi.

"Pesakit yang dirawat kini dalam pemerhatian doktor dan petugas Tabung Haji di Tanah Suci akan terus memantau keadaan beliau," menurutnya dalam kenyataan yang diedarkan kepada media di sini.

Sebanyak 64 buah penerbangan terdiri daripada 39 penerbangan MAS dan 25 penerbangan Saudi Airlines telah digunakan untuk membawa pulang seramai kira-kira 22,000 jemaah haji secara berperingkat, bermula 21 Okt lepas.

Pada musim haji tahun ini, jumlah kematian jemaah haji Malaysia di tanah suci adalah seramai 26 orang iaitu 15 lelaki dan 11 wanita.  - Bernama

PRK: Apa dan bagaimana selepas menang?

Posted: 17 Nov 2013 11:02 PM PST

Ahmad Lutfi Othman,



 Gambar: Calon-calon Pro-M (Transformasi Mahasiswa) di UUM menang besar untuk kerusi Umum tetapi dinafikan jawatan kanan dalam pembentukan kabinet majlis perwakilan pelajar (MPP).



Kontroversi proses pilihan raya kampus masih jauh daripada penyelesaian. Sebelum hari mengundi, pelbagai kaedah dan taktik licik digunakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi memberikan kemenangan mudah kepada calon Aspirasi pro-BN.

Bermula dengan tarikh-tarikh penting PRK yang dipilih HEP untuk menyukarkan kempen  kumpulan Pro-Mahasiswa, diikuti peraturan karut-marut dan kaedah e-voting yang boleh dimanipulasi. Peruntukan kerusi, sama ada untuk Umum atau Fakulti, juga dibuat dengan motif untuk memenangkan Aspirasi.

Malah apabila keputusan rasmi diumumkan, HEP masih berpeluang untuk menaja calon yang dikehendakinya bagi mengisi jawatan strategik, khususnya presiden, seperti berlaku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Walaupun Pro-M menang dengan majoriti besar di UIAM, melalui muslihat Timbalan Rektor HEP, Dr Mizan Hitam, calon Pro-M (Wufi) tidak berpeluang dilantik presiden SRC. Mujur, Rektor, Prof Zaleha Kamarudin, menunjukkan jalan keluar, dan diharap pemilihan baru dapat dibuat secara demokratik dan telus.

Merujuk kategori kerusi, agak pelik juga apabila pemenang kerusi Umum, iaitu yang dipilih oleh semua mahasiswa tidak kira fakulti, langsung tidak mempunyai keistimewaan untuk menduduki posisi kanan, seperti presiden, timbalan atau naib presiden, setiausaha dan bendahari.

Anggapan bahawa kerusi Umum seumpama Parlimen dan kerusi fakulti seperti Dewan Undangan Negeri ternyata salah.

Selalunya majoriti pemenang kerusi Umum adalah calon-calon mewakili Pro-M. Dalam kes di UUM misalnya, lima daripada lapan kerusi Umum yang dipertandingkan telah dimenangi Pro-M, walaupun mereka belum berjaya meraih majoriti daripada semua kerusi yang dipertandingkan.

Namun begitu, semasa proses pembentukan kabinet majlis perwakilan pelajar UUM dibuat, yang dikendalikan oleh HEP, tiada seorang pun wakil Pro-M (Transformasi Mahasiswa), termasuk lima calonnya yang menang kerusi Umum, yang dipilih ke jawatan kanan.

Sepatutnya rundingan dan penyelarasan awal dibuat, terutama dalam kes tiada pemenang yang nyata seperti di UUM, agar semua pihak (Aspirasi, Pro-M mahupun selain daripada kedua-dua kelompok ini) diberi kedudukan sewajarnya dalam jawatan strategik.

(Saya sendiri berpengalaman dalam kes serupa itu di UTM pada sesi 1984/85 apabila tiada kumpulan menang dengan majoriti dua pertiga. Pada mulanya mesyuarat pertama tidak dapat dijalankan kerana kumpulan minoriti tidak bersedia hadir, bimbang keputusan menentukan jawatan penting dibuat dengan suara majoriti, yang tentunya menyebabkan mereka tidak mendapat tempat. Persetujuan dibuat di luar mesyuarat supaya kedua-dua kumpulan berpuas hati. Saya masih ingat, jawatan presiden diserahkan kepada kumpulan Pro-PAS dan timbalannya kepada Pro-Umno!)

Malah ada kampus tertentu yang tidak menyediakan langsung kerusi Umum disebabkan HEP merasakan calon Aspirasi sukar memenanginya. Dari segi populariti, jelas calon Pro-M jauh ke depan.

Secara peribadi, saya gembira dengan trend politik kampus yang lebih terbuka apabila mahasiswa semakin berani bersuara, tidak gentar untuk meluahkan pendapat, berinovasi tinggi menggerakkan persatuan dan bersedia untuk bertembung pentadbiran universiti jika mereka yakin berada di pihak yang benar.

Malang sekali apabila HEP masih bermentaliti lapuk, ketinggalan zaman dan hanya mencetuskan suasana permusuhan sesama pelajar apabila mengamalkan pilihan kasih yang keterlaluan.

Cuma, kepada pihak yang menang, jangan hanya bertungkus-lumus semasa kempen PRK tetapi mengabaikan amanah selepas dipilih. Ataupun hanya aktiviti kemahasiswaan hanya tertumpu kepada skop kebajikan yang sempit dan kurang peduli dengan lingkungan.

Sedangkan gerakan pelajar yang terkenal dengan "tradisi mencabar" sentiasa dikaitkan dengan isu-isu kritikal dalam masyarakat, tidak terkecuali pergolakan dunia antarabangsa. Mereka menjadi jurubicara umat, yang resah dengan gelodak rasa golongan bawahan atau kelompok yang dipinggirkan.

Sebenarnya isu-isu kemiskinan seperti Telok Gong (1967), Tasik Utara (September 1974) dan Baling (Disember 1974) masih wujud pada hari walaupun dalam versi berbeza. Apakah isu bahasa kebangsaan (1966-70) sudah dianggap selesai?

Tentu sekali siri demonstrasi isu global, seperti pengeboman Amerika ke atas Hanoi (1966), pencerobohan Soviet ke atas Czechoslavakia (1968), membantah lawatan PM Thailand Thanom Kittikachorn (1971) cukup relevan dengan situasi kacau dunia hari ini.

Malah, tanpa terlalu merujuk dengan dokumen lama, segala konflik dan krisis mutakhir, termasuk yang membungkus dunia kampus sendiri sudah terlalu mendesak untuk ditangani mahasiswa, dengan kebulatan tekad dan kesepaduan suara.

Ya, sekurang-kurangnya, Pro-M sudah menang di UKM dan UIAM; saya amat mengharapkan mereka dapat menunjuk jalan bagaimana majlis perwakilan pelajar kedua-dua kampus ini dapat diuruskan sebaiknya.

Muktamar PAS ke-59 dan serangan media perdana

Posted: 17 Nov 2013 11:00 PM PST

Dr Syed Azman Syed Ahmad,

Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profesional dalam PAS. Isu ini dimainkan sejak sekian lama terutamanya setiap kali menjelang pemilihan pucuk pimpinan di dalam Muktamar PAS.  Gambaran yang diberikan sengaja dibesar-besarkan dan amat menakutkan banyak pihak termasuk daripada kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri.

Misalnya akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memainkan besar bagi memaparkan isu bahawa golongan ulama di dalam PAS sedang dipinggirkan oleh kelompok profesional yang sedang menguasai kepimpinan PAS. Gambaran yang cuba diberikan adalah kelompok profesianal ini barkiblatkan kepimpinan Anwar Ibrahim dan bukannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi dan para ulama dalam Pas.

Bagi penulis dan editor Utusan, sikap ini adalah amat bahaya kepada perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam dalam negera. Ini ditambah lagi hubungan diantara PAS dan parti DAP yang dilihat oleh lidah rasmi Utusan itu sebagai merugikan Melayu dan umat Islam di negara ini. Jesteru, Utusan menyarankan perlu kepada perubahan pucuk pimpinan agar golongan Ulama dapat 'menyelamatkan PAS dan kembali kepada landasan yang benar-benar dihayati oleh PAS terutamanya memutuskan hubungan dengan DAP dan keluar daripada Pakatan Rakyat.

Sementara itu di dalam akhbar berbahasa Inggeris milik MCA, The Star, penulis pojoknya Joceline Tan yang dikatakan sebagai seorang 'pakar dalam mengorek maklumat dalaman PAS, sudah dua kali dalam minggu menjelang Muktamar ini memaparkan rencana besar tentang pertembungan antara golongan 'Erdogan' dan ulama di dalam PAS. Joceline Tan dalam tulisannya cuba memberi gambaran bahawa kelompok Erdogan lebih setia kepada Anwar Ibrahim dan ini amat tidak disenangi oleh kelompok ulama didalam PAS.

Namum inilah realiti akhbar-akhbar perdana milik UMNO/BN setiap kali menjelang Muktamar PAS. Mereka akan mencari apa jua jalan bagi memecah-belahkan PAS dengan segala kepakaran media yang ada pada mereka.

Persoalamnnya, apakah ahli PAS akan mengikut rentak dari paluan gendang media Umno/BN ini menjelang Muktamar? Apakah benar kepimpinan PAS kini sedang menuju jalan kehancuran akibat daripada penguasan kelompok profesional dalam kepimpinan tertinggi PAS kini? Dan apakah benar tohmohan bahawa kelompok Erdogan kini sedang membawa PAS kepada pemikiran yang 'liberal' dan 'anti ulama' akibat dari hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat?

Jawapan dan penegasan daripada Presidan PAS dan Mursyidul Am PAS adalah jelas. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor menegaskan bahawa adalah haram bagi setiap ahli PAS mengikut permainan media luar kononnya berlaku pertembungan  antara golongan ulama dengan profesional dalam PAS. Tegas beliau; "Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu,".

Presiden PAS turut menegaskan akan tanggung jawab semua ahli dan pimpinan PAS menyatukan semua pendokong parti dan bukan memecahbelahkan mereka. Bagi beliau, PAS kini bukan sahaja berjaya menarik sokongan golongan muda malah telah berjaya memecahkan paradigma kalangan orang bukan Islam yang menjadi sebahagian masyarakat majmuk untuk memberi sokongan kepada PAS. "Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam," tegasnya.

Datuk Seri Abdul Hadi juga menegaskan bahawa Tahalluf Siyasi yang dilaksanakan oleh PAS, telah membenarkan PAS menjalin hubungan dengan parti DAP dan bukannya dengan Umno. Apatah lagi PAS telah menghadapi pengalaman pahit dikhianati Umno ketika menyertai kerajaan campuran dan bekerjasama dengan Umno/BN pada 1973.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika  ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan turut menegaskan bahawa sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu. Bagi beliau; "Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan. Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional.  Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,"

Ya, penegasan berharga dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS ini sudah cukup bagi menolak fitnah jahat yang dimaiNkan oleh media Perdana milik Umno/BN menjelang pemilihan pada Muktamar PAS kali ini. Gandingan antara Ulama dan profesional inilah yang kini meletakkan Pas di persada politik negara. Dan gabungan utuh antara kedua-dua kelompok ulama dan profesional inilah juga yang sebenarnya menjadi igauan yang amat ditakuti oleh pemimpin Umno/BN. Selamat Bermuktamar.

Dr Syed Azman Syed Ahmad, Penolong Setiausaha Agong PAS.

Kes Culik Di Semporna: Mangsa Culik Ada Hubungan Dengan Isteri Presiden Taiwan

Posted: 17 Nov 2013 10:52 PM PST



Berbincang...Naib Presiden, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Gan Sau Wah (tengah) dan Dewan Perniagaan dan Perdagangan Kapitan Semporna, Ho Kim Chang (kiri) bertemu dengan Setiausaha Pertama Kerajaan Taiwan ke Malaysia, Charles Chou di Semporna.
 
 
KUALA LUMPUR: Pelancong warga Taiwan, Chang An Wei yang dilarikan dari sebuah pulau di Sabah, berkemungkinan menjadi sasaran utama kumpulan lelaki bersenjata yang menculiknya.

Kumpulan tersebut mungkin menganggap wanita berusia 58 tahun itu sebagai sasaran berprofil tinggi kerana kaitannya dengan Christine Chow Mei-ching, isteri kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou.
Mereka merupakan rakan sekolah.

Beliau dan suaminya mungkin menjadi sasaran utama kerana kekayaan yang dimiliki mereka.
Kedua-dua mangsa dikatakan telah bersara selepas menjual kilang pakaian mereka untuk melancong ke seluruh dunia.

Abang kepada Chang, Da Gong memberitahu sebuah stesen TV Taiwan pada Sabtu bahawa Chang dan Chow pernah bersama-sama menuntut di Sekolah Persendirian Tsai Hsing.

"Saya juga menuntut di sekolah yang sama," katanya dalam temubual itu.

Beberapa anggota polis menggunakan bot peronda melakukan pemantauan di sekitar Pulau Pom Pom.
 
Kumpulan bersenjata itu melarikan Chang dan membunuh suaminya pada awal pagi Jumaat lalu.
Kumpulan Abu Sayyaf dipercayai dalang utama penculikan tersebut yang bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan.

Sekiranya mereka mengetahui spekulasi hubungan Chang dengan Chow, kumpulan tersebut mungkin akan meminta wang tebusan yang banyak untuk membebaskannya.

Kira-kira tiga minggu lalu, sumber perisikan kedua-dua pihak di perairan Malaysia-Filipina melaporkan khabar angin mengenai rancangan kumpulan Abu Sayyaf di Patikul, Jolo untuk memasuki perairan pantai timur Sabah.

Suami Chang, Hsu Lin Min, 57, dikatakan mati ditembak selepas menyedari kumpulan bersenjata itu cuba menculik isterinya.

Laman web The Liberty Times di Taiwan memetik abang kepada Hsu, Li Ren sebagai berkata, Li Min mungkin dibunuh kerana berbadan tegap.

Katanya, lelaki bersenjata itu mungkin melepaskan tembakan daripadabergelut dengan Li Min yang berketinggian 180cm dan mempunyai berat badan 100kg.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya Chang masih lagi hidup.

Menurut beliau, pihak polis sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menyelamatkan Chang.

Khalid berkata beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua pegawai menutup mulut dalam siasatan yang dijalankan agar tiada butiran lanjut didedahkan kerana ia boleh mengancam nyawa dan proses menyelamatkan mangsa.

Pertarungan Sengit Kumpulan Ulama-Anwarisme Pada Pemilihan PAS

Posted: 17 Nov 2013 10:50 PM PST

























 
PETALING JAYA: Pemilihan PAS akan menyaksikan pertarungan sengit antara golongan ulama dan profesional (Anwarisme) di mana 1,200 perwakilan akan memilih barisan kepimpinan parti yang baharu pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 di Shah Alam, mulai 22 November ini.

Satu perempat daripada 61 calon bertanding untuk merebut 18 kerusi bagi jawatankuasa pusat mempunyai latar belakang pendidikan agama.

Namun, golongan ulama di dalam parti kelihatan berasa terancam dengan kumpulan minoriti yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara tradisinya, PAS telah menyaksikan perebutan kuasa antara kumpulan ulama dengan profesional yang biasanya dirujuk sebagai Erdogan.

Nama tersebut diambil dari Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan yang disifatkan sebagai pemimpin Islam moden.

Dan ia masih samar jika undi seramai 1,230 perwakilan akan mencerminkan sentimen sebenar di peringkat akar umbi kerana ada segelintir pihak melihat PAS sebagai sekutu yang lemah dalam Pakatan Rakyat.

"Malangnya, ahli yang pro-Erdogan juga seolah-olah menyokong kumpulan Anwarisme kerana kepentingan politik," kata seorang pakar.

Beberapa bulan lalu, golongan ulama muda di dalam parti melaksanakan strategi kempen agresif menerusi laman media sosial untuk mengkritik kenyataan golongan Anwarisme dan Erdogan yang didakwa menjejaskan parti.

Ini termasuk kenyataan mereka berhubung penggunaan 'kalimah Allah' di kalangan bukan Islam dan keperluan untuk menyerahkan beberapa kerusi PAS kepada sekutu mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, yang menang tanpa bertanding, baru-baru ini mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan mereka di dalam Pakatan.

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan jawatannya.

Penyandang Timbalan Presiden, Mohamed Sabu akan dicabar Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk merebut jawatan itu.

Tiga lagi yang dicalonkan untuk bertanding jawatan No.2 menolak pencalonan itu dan akan merebut jawatan Naib Presiden.

Mereka adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dan penyandang Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Calon lain yang akan bertanding jawatan Naib Presiden adalah Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Selain Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa pusat, Datuk Abu Bakar Chik antara seorang lagi kumpulan ulama yang akan mencabar tiga calon kumpulan profesional.

Bekas Ketua Penerangan PAS, Suhaizan Kaiat, Zulhazmi Sharif dan Kamarulzaman Muhammad akan berdepan saingan tiga penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda.

Anak kepada Abdul Hadi, Mohd Khalil akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda dalam pertembungan satu lawan satu dengan Dr Raja Ahamd Iskandar Raja Yaakob Al-Hiss.

Dewan Muslimat PAS akan menyaksikan pertembungan pusingan kedua antara penyandang jawatan ketua, Siti Zailah Mohd Yusof dengan Nuridah Salleh.

Nuridah tewas kepada Siti Zailah pada pemilihan parti 2011.

Penyandang Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud akan dicabar Mumtaz Mohd Nawi.

Sementara itu, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, antara 23 calon yang akan bertanding merebut 12 kerusi yang ditawarkan bagi jawatankuasa kerja sayap itu.

Johor Catat Nilai Pelaburan Terbesar, Atasi Sarawak & Selangor

Posted: 17 Nov 2013 10:19 PM PST

MSTAR ONLINE

 
Mohamed Khaled Nordin.
 
 
NUSAJAYA: Johor kekal sebagai destinasi pelaburan terbesar di negara ini dengan menerima RM8.8 bilion pelaburan baru dalam sektor pembuatan, mengatasi negeri seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu, setakat Ogos tahun ini adalah lebih tinggi berbanding dengan Sarawak yang menduduki tempat kedua dengan RM5.6 bilion, Selangor (RM3.49 bilion) dan Pulau Pinang (RM1 bilion).

Beliau berkata, jumlah tersebut dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut mencerminkan keyakinan pelaburan asing dan domestik terhadap prestasi ekonomi di negeri itu.

Mohamed Khaled berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri itu di Kota Iskandar di sini Isnin.

Hudud perlu jaminan Pusat, kata Salahuddin

Posted: 17 Nov 2013 10:08 PM PST


Salahuddin Ayub  
 
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub


SHAH ALAM – Kelantan memerlukan kerjasama dan persetujuan kerajaan Pusat dalam usaha meneruskan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, inisiatif pemimpin Pas untuk melaksanakan hukum hudud sentiasa berterusan, dan isu yang lebih utama ialah komitmen kerajaan Pusat.

Menurutnya, pihaknya memerlukan jaminan dari kerajaan Pusat jika benar ahli Parlimen BN ikhlas mahu bersama-sama melaksanakannya.

"Tiada masalah (bawa usul ke Parlimen) sebab pemimpin Pas tidak putus asa dan berhenti memperjuangkannya.

"Walaupun Akta Mahkamah Syariah dipinda, tetapi apa yang lebih penting ialah kerjasama daripada pihak penguatkuasaan. Maknanya Kelantan tidak boleh buat bersendirian," katanya.

Salahuddin berkata, kuasa negeri itu sangat terhad untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan ia membabitkan banyak pihak.

Beliau menegaskan, sekiranya ingin membantu, ahli Parlimen BN kena menunjukkan kesungguhan, komitmen dan kesediaan membawa usul tersebut ke parlimen.

"Bagaimana dengan Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Bagaimanapun pula dengan  penguatkuasaan dalam undang-undang tersebut?

"Itu semua memerlukan kerjasama dan persetujuan  jelas daripada kerajaan Pusat. Perlu ada satu jaminan," katanya.

Dalam pada itu katanya, sebelum ini Kelantan ada menerima surat amaran dari Pejabat Perdana Menteri untuk tidak meneruskan pelaksanaan tersebut, setelah Dun Kelantan meluluskan perlaksanaan hukum Hudud pada 1993.

"Saya ingin ingatkan balik, satu ketika dulu Pas belum ke peringkat pelaksanaan,  namun bila sahaja kanun yang diluluskan Dun itu diwartakan. Sampai satu surat dari Pejabat Perdana Menteri ketika itu memberikan amaran keras.

"Surat itu masih disimpan hingga hari ini, Kelantan diberi amaran keras, sekiranya bertindak meneruskan pelaksanaannya. Mereka akan dikenakan tindakan," katanya.

Najib takut tegur Obama, kata Anwar

Posted: 17 Nov 2013 10:05 PM PST


Anwar Ibrahim  
 
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR


KUALA LUMPUR -[DIKEMASKINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak berani membuat kenyataan bagi menegur Amerika Syarikat (AS) berkaitan isu pengintipan.

Katanya, Malaysia sehingga kini hanya satu kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Perdana Menteri dilihat masih "mendiamkan diri".

"PM tak berani keluar kenyataan menegur kebiadaban keterlanjuran yang dilakukan oleh AS," katanya ketika membangkitkan isu pengintipan AS yang didakwa berlaku ke atas beberapa negara termasuk Malaysia pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Memetik laporan The Malaysian Insider, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat dua orang ejen agensi perisikan AS  di Pejabat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Kita masih menunggu penjelasan. Saya hairan kenapa isu ini tidak dibangkitkan hari ini terutama dari ahli Parlimen Umno.

"Jika bukan pegawai, apa tugas dua orang ejen CIA dalam Jabatan Peguam Negara?" katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut memberikan contoh tindakan berani Presiden Brazil, Dilma Rousseff  membatalkan lawatannya ke AS sebagai membantah berhubung dakwaan berlaku pengintipan di negara itu.

"Presiden Brazil sendiri telah membatalkan lawatannya ke AS termasuk pertemuan dengan Presiden Barack Obama," katanya.

Tiada ulasan: