DIALOG RAKYAT |
- Selangor kekalkan tawaran RM9.65 bilion untuk ambil alih air
- BN belanja RM15.15 juta di Sungai Limau, kata PAS
- Bekas pegawai polis saman peguam negara, polis RM128.5 juta
- Erti kekalahan Mukhriz
- Zunar hadiah buku kartun kepada hakim Mahkamah Rayuan
- Ayah Ahmad Shabery pun orang PAS
- Perkasa: Gerakan ‘berjaga-jaga’ dalam pilihanraya akan datang
- GST bakal jejas pendapatan peniaga
- KEADILAN desak kedutaan AS, Australia jelaskan isu risikan terhadap Malaysia
- Flat Kerinchi terbakar, MP Lembah Pantai lancar derma kilat
- Syukur Pak Baharum ahli PAS Sg Limau
- Jentera Umno menyerupai PAS untuk tarik pengundi
- Kegiatan Pengintipan: Wisma Putra Dapatkan Penjelasan Duta AS
- Penyanyi Aishah Dakwa BN Tolak Islam
- Kini Mizz Nina Berhijab
- Zainuddin Maidin jadikan Azizan Razak sebagai bahan kempen
- Mengapa Mat Sabu perlu kekal Timbalan Presiden
- Pengawal keselamatan samun kedai emas
- Kes tembak: Siasat dakwaan polis disogok
- GST: Pengguna mula belek resit
Posted: 01 Nov 2013 08:18 AM PDT Gagal bantu, baik tutup saja Jabatan Orang Asli, desak NGOJaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) mendesak kerajaan menutup saja Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) memandangkan institusi itu gagal membela hak Orang Asli, khususnya berkaitan tanah dan wilayah adat Orang Asli di Kelantan. Timbalan Pengerusi JKOAK Harum Asir, 60, mengulas mengenai tindakan jabatan itu yang tidak menggalas tanggungjawab mempertahankan kepentingan Orang Asli berhubung isu pengukuran tanah. Menurut Harum, perbuatan jabatan itu membayangkan mereka bersekongkol dengan kerajaan Kelantan untuk membenarkan tanah Orang Asli dicuri. "Untuk apa jabatan ini ditubuhkan bila timbul isu-isu begini, dimana mereka," kata Harum kepada media selepas penyerahan memorandum di Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini. Harum juga mendakwa pengukuran tanah yang dilakukan oleh Kelantan melanggar undang-undang kerana ia bertentangan dengan polisi sedia ada untuk Orang Asli. "Kerajaan negeri sepatutnya menunggu keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu pengukuran tanah ini kerana isu tersebut masih dalam proses perbincangan oleh Jawatankuasa Khas yang mengkaji laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli oleh Suhakam. "Namun bukan sahaja mereka meneruskan kerja pengukuran tersebut malah turut bersubahat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli," katanya. Sementara itu Ketua Persatuan Belia Orang Asli Kelantan Dandi Johar, 21, turut mendedahkan JKOA telah merekrut di kalangan Orang Asli agar menghasut kaum asli lain untuk memihak kerajaan. "Itu yang kita kesalkan mereka tubuhkan satu pertubuhan lain yang pro kepada kerajaan untuk menghasut yang lain, mereka melihat JKOAK ini sebagai ancaman untuk mereka meneruskan niat jahat mereka,"katanya. Sehubungan itu JKOAK bertegas dalam hal ini untuk menghantar memorandum kepada Suhakam membantah isu pengukuran tanah. Selain mendesak kerajaan negeri membatalkan kerja-kerja pengukuran tanah, memorandum tersebut juga mendesak kerajaan Kelantan tidak melaksanakan apa-apa polisi tanah sedia ada yang akan melibatkan tanah diduduki Orang Asli serta tidak melakukan apa-apa tindakan boleh menjejaskan hak dan kawasan wilayah tanah adat Orang Asli. Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Suhakam Rodziah Abdul yang mewakili Pengerusi Tan Sri Hasmy Agam. Rodziah berkata Suhakam akan mengkaji mengenai tuntutan JKOAK itu terlebih dahulu. "Kita terima memorandum itu dan kita akan mengkaji terlebih dahulu baru kita akan kemukakan syor tersebut kepada Jawatankuasa Laporan Inkuiri," katanya. | ||||
Selangor kekalkan tawaran RM9.65 bilion untuk ambil alih air Posted: 01 Nov 2013 08:15 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk menyemak semula tawaran berjumlah RM9.65 bilion yang ditawarkan kepada kepada syarikat-syarikat konsesi air pada Februari lalu bagi memuktamadkan penyusunan semula perkhidmatan pembekalan air di negeri ini. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri berpendapat tawaran yang memberikan 12% keuntungan kepada pemegang saham itu adalah lebih adil kepada syarikat-syarikat konsesi. "Penswastaan air bertujuan untuk memberi perkhidmatan air yang lebih cekap dengan tarif yang munasabah. "Dasar ini tidak bertujuan untuk membolehkan pemegang konsesi membuat keuntungan melampau di atas kesusahan rakyat selaku pengguna. "Walau bagaimanapun, tawaran yang kami berikan ini adalah lebih munasabah jika dibandingkan dengan amalan korporat," katanya. Abdul Khalid membuat penjelasan sebagai susulan laporan media baru-baru ini yang menyatakan kerajaan negeri menyemak semula harga tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi. Katanya, pegawai kanan kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta agensi Persekutuan lain seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) bagi memastikan tarikh akhir rundingan ini diselesaikan pada hujung tahun ini akan dicapai. "Dalam mesyuarat-mesyuarat ini, kerajaan Persekutuan telah memberi maklum balas positif dengan pengiraan tawaran yang kami berikan untuk membolehkan kami membeli syarikat konsesi ini dan seterusnya menyusun semula perkhidmatan industri air," kata Abdul Khalid. AbdulKhalid melahirkan harapan agar kerajaan Persekutuan terus menyokong usaha kerajaan Selangor ini supaya rundingan yang terbantut sejak beberapa tahun lalu dapat diselesaikan secepat mungkin. | ||||
BN belanja RM15.15 juta di Sungai Limau, kata PAS Posted: 01 Nov 2013 08:12 AM PDT PAS hari ini mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut diperoleh menerusi pengumuman projek dan bantuan oleh pemimpin BN di Sungai Limau. "Mereka (BN) menabur pelbagai janji dan menurunkan bantuan secara segera dalam tempoh berkempen. Pemimpin Umno-BN tanpa segan silu melakukannya dan langsung tidak mengendahkan Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954). "Apabila dikira semua ini, ia berjumlah RM15.15 juta," katanya pada sidang media di bilik operasi induk PAS, Sungai Limau pagi ini. Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama, RM1.2 juta kepada 12 sekolah lain, program Bantuan Azam Tani Mara sebanyak RM802,700, bantuan zakat Agrobank sebanyak RM19,700, pinjaman Tekun sebanyak RM30,000, peruntukan masjid Simpang Empat sebanyak RM300,000, sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain sebanyak RM118,000, bantuan baiki rumah sebanyak RM1 juta, pemberian cermin mata sebanyak RM1.18 juta, peruntukan jeti perikanan sebanyak RM500,000, peruntukan tukun tiruan sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Mahfuz mendakwa, sumbangan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara, minyak masak dan sabun mandi juga diberikan kepada penduduk kampung sekitar Sungai Limau. "Kami lihat BN ini seperti ketagihan dan hanya tahu umum projek saja. "Ini sudah jadi budaya harian yang tidak dapat ditinggalkan, seperti sudah jadi tradisi mereka (BN)," katanya. Mahfuz berkata, pemimpin BN melakukan perkara yang sama ketika berkempen di Kuala Besut. "Sekali lagi, kita lihat pengumuman program projek dalam PRK Sungai Limau. "Saya juga ada menerima aduan daripada penduduk Kuala Besut yang setakat ini tidak melihat sebarang projek berjalan d isana seperti yang diumumkan oleh pemimpin BN. Sebab itulah saya kata BN ini hanya tahu umum saja," katanya. Beliau berkata, pada PRK Kuala Besut lalu, BN menghabiskan sekurang-kurangnya RM337 juta untuk berkempen, manakala jumlah yang dihabiskan pada kempen kali ini lebih kecil. "Projek mereka ini adalah 'projek air liur'," katanya. Bagaimanapun, katanya, beliau berharap pengundi Sungai Limau dapat membuat pertimbangan dengan baik dan tidak termakan dengan janji manis pembangunan yang dijaja oleh BN pada PRK kali ini. | ||||
Bekas pegawai polis saman peguam negara, polis RM128.5 juta Posted: 01 Nov 2013 08:06 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff (gambar) hari ini memfailkan saman berjumlah RM128.5 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia dan sembilan yang lain atas dakwaan mendakwanya secara salah. Ramli, 61, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di Kuala Lumpur melalui Tetuan Vin Partnership. Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai-pegawai polis sebagai defendan. Ramli mendakwa defendan dengan niat jahat dan tanpa sebab munasabah menyiasat dan menuduhnya di mahkamah terhadap empat pertuduhan mengikut SPRM dan satu pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan. Beliau mendakwa antara Julai 2009 dan Ogos 2010, beliau telah dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu. Bekas pegawai polis itu berkata akibat pendakwaan terhadapnya itu, beliau telah mengalami kecederaan dari segi reputasi, kerjayanya dan mengalami kesusahan, kesulitan dan kerugian. Beliau menuntut ganti rugi khas, am, teruk, teladan dan faedah kos yang kesemuanya berjumlah RM128.5 juta. – Bernama, | ||||
Posted: 01 Nov 2013 07:49 AM PDT Oleh Subky Latif Dalam kempennya ketika merebut jawatan Naib Presiden Umno dulu, Datuk Mukhriz Mahathir menyebut akan peri perlunya dia bertanding dan memenangi jawatan itu, demi memudahkan Umno/BN menghadapi PRU 14 nanti. Umno jangan melihat mudah PRU itu memandangkan prestasinya yang hambar dalam dua Pilihan Raya Umum sebelum itu. Demi demikianlah beliau perlu menembusi pimpinan tertinggi parti itu. Yang Mukhriz sebut itu dapat diertikan sebagai kebimbangannya atau tidak yakinnya keupayaan Umno bagi memastikan Umno dapat kembali cemerlang, malah belum tentu dapat mempertahankan prestasi yang hambar sekarang. Maka baginya dia mesti menang dan kalau mahu Umno tidak kecundang, maka pemilihan Umno itu mesti menerimanya sebagai salah seorng dari tiga Naib Presiden itu. Dia tidak berjaya sekalipun pencapaian percubaan pertamanya itu dikira cemerlang, tetapi dia kalah. Dengan kekalahannya itu maka kebimbangannya terhadap kemampun Umno menghadapi PRU 14 tidak hapus. Ertinya, percubaan awalnya bagi menjamin kejayaan PRU14 itu gagal. Gagal jadi Naib Presiden tidak mengapa kerana dia boleh mencuba lagi, tetapi payah bagi memenangi PRU14 adalah suatu yang bukan mainan. Pelan A Mukhriz bagi menawan PRU14 sudah rosak. Sekarang dia terpaksa memikirkan Pelan B bagi menghadapi suatu yang logik masa depan yang gelap. Itu perspektif politik nasionalnya. Perspektif dalaman partinya dan politik peribadinya, kagagalan itu dia dapat memintas politik Khairy Jamaludin dalam perlubaan menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri masa depan. Jika dia memangi pemilihan itu dulu, dia sudah berada selangkah di hadapan Khairy. Dalam apa keadaan pun dia akan dilihat dulu dari Khairy. Menyerti pertandingan Naib Presiden itu dulu pun adalah jalan pintasnya bagi menyekat Khairy. Bapanya pun juga dipercayai berfikiran bebgitu. Tiada orang yang tidak disukai oleh bapanya selain dari Anwar Ibrahim ialah Khairy. Itu andaian semasa bapa mertua Khairy Perdana Menteri dulu. Mungkin sekarang sudah berubah. Mengapa Mukhriz hendak merebut jawatan Naib Presiden yang sedia ada penyandangnya tetapi tidak sedia merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang juga ada penyandangnya? Harapan untuk menewaskan Khairy adalah kosong. Khairy bukan lembik seperti Ketua Pemuda sebelumnya. Jika Khairy selembik itu, maka Mukhriz mudah masuk. Ketua Pemuda dulu tidak nampak sangat lembiknya kerana ada Khairy. Prestasi Khairy setakat ini pada Pemuda Umno adalah kelas. Tambahan pula dia sudah jadi menteri. Bukan Mukhriz saja susah menghadapi Khairy, Presiden FAM pun susah. Tiada harapan Khairy boleh digantikan masa ini. Maka akan membuang masa bagi Mukhriz mencubanya. Peluang meninggalkannya ialah dengan mencuba satu dari kerusi Naib. Jika tunggu sekali lagi baru hendak mencuba, maka ia pasti meninggalkan Mukhriz jauh ke belakang. Setakat ini, perlumbaan ke puncak itu antara Khairy dan Mukhriz saja sama seperti persaingan antara Musa Hitam dan Tengku Razleigh pada zaman Tun Razak dan Tun Hussein bagi tempat pertama dalam politik dan akan sama pula kedudukan Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir setelah Tun itu menjadi Perdana Menteri. Ku Li sentiasa di belakang. Kini Mukhriz masih di belakang. Bagaimana dia hendak ke depan? Caranya hanya satu iaitu Najib atau Mahyuddin melakukan apa yang Tun Hussein lakukan terhadap Mahathir apabila dia mengambil orang di belakang Ghafar Baba dan Ku Li untuk jadi TPM. | ||||
Zunar hadiah buku kartun kepada hakim Mahkamah Rayuan Posted: 01 Nov 2013 07:46 AM PDT
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque (gambar) akan menghadiahkan sebuah buku kartun kepada tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menolak kesnya hari ini. Zunar ketika bercakap kepada The Malaysian Insider berkata, beliau akan cuba menyerahkan buku itu minggu depan sebaik saja buku kartunnya yang terbaru siap dicetak. Zunar melahirkan rasa kesal ekoran tindakan tiga Hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap polis dan kerajaan yang merampas buku-buku kartunnya (Cartoon-o-phobia) pada 2011. Susulan daripada tangkapan terhadapnya tahun lalu, Zunar menyaman polis dan kerajaan Malaysia. Mahkamah Tinggi tahun lalu memutuskan tindakan polis menahan Zunar selama satu setengah hari di bawah Akta Hasutan adalah sah namun buku kartun yang dirampas polis tidak bersalah Zunar kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan. Turut membuat rayuan adalah polis yang meminta Mahkamah Rayuan mengkaji balik keputusan Mahkamah Tinggi yang mengatakan bukunya tidak bersalah. Dalam rayuannya, Zunar berkata, jika bukunya tidak salah, kenapa pula pelukisnya bersalah. "Macam saya bawa pisang lalu polis tangkap saya. Mana boleh saya salah kalau pisang itu tidak salah," katanya. Zunar berkata, polis sepatutnya merampas buku itu sahaja dan menyiasatnya sama ada ia bersalah atau tidak. Bagaimanapun, katanya, polis tidak berbuat demikian kerana ketika tangkapan itu dibuat bukunya sendiri belum dikeluarkan. Sehubungan itu, katanya, beliau mengambil keputusan untuk menghadiahkan buku kartunnya yang terbaru bertajuk "Pirate of The CaryBN" kepada setiap hakim Mahkamah Rayuan itu untuk membolehkan hakim memahami buku kartunnya. Katanya, tindakan mahkamah hari ini seolah-olah mengesahkan tindakan kerajaan yang menjadikan akrtiviti menulis kartun adalah salah. Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Aziz Abdul Rahim membaca keputusan panel tiga hakim terhadap rayuan itu. Dua lagi panel ialah hakim Mohd Arif Md Yusof and David Wong. Zunar diwakili peguam Sivarasa Rasiah manakala Nor Mastura Ayob mewakili polis dan kerajaan. | ||||
Ayah Ahmad Shabery pun orang PAS Posted: 01 Nov 2013 06:30 AM PDT Sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. PETALING JAYA: Seorang wartawan veteran, Subky Latif mendakwa bukan sahaja ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir orang PAS, malah ayah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery pun orang PAS. Dalam tulisannya yang berjudul "Syukur Pak Baharom ahli PAS Sungai Limau" dalam www.harakahdaily.net , Subky menulis, " Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya". Tulisnya lagi, sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Subky menulis, jika tidak kerana PRKl Sungai Limau tidak ramai yang tahu bahawa Jamil Khir adalah anak seorang ahli PAS Sungai Limau dan pernah jadi ahli jawatankuasa parti itu di kawasan Parlimen Jerai satu masa dulu.. Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya. "Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat mendidik anak hingga ke Universiti Azhar, Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu," tulis Subky. Beliau menambah, bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ. "Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain," tulisnya lagi, Beliau menyambung, bukan Pak Baharum saja orang PAS yang anaknya tidak jadi ahli PAS. "Dua Pesuruhjaya PAS Pahang tahun 50-an dan awal 60-an dulu anaknya jadi pemimpin Umno. Pertama Datuk Abu Samah, anaknya Datuk Hamzah jadi orang kuat Umno dan menteri. Kedua Datuk Mohd Yasin, anaknya Tan Sri Kamarul Arifin jadi peguam Umno," tulisnya lagi. | ||||
Perkasa: Gerakan ‘berjaga-jaga’ dalam pilihanraya akan datang Posted: 01 Nov 2013 06:26 AM PDT Ketua Wira Perkasa Irwan mendakwa, tanpa menamakan sesiapa, bahawa seorang pemimpin tertinggi parti itu telah memberi amaran kepada Perkasa untuk tidak bermain api. PETALING JAYA: Dalam satu lagi siri pertelingkahan di antara parti Gerakan dan Perkasa, Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris hari ini memberi amaran supaya parti komponen Barisan Nasional itu untuk 'berjaga-jaga' dalam pilihanraya akan datang. Irwan mendakwa, tanpa menamakan sesiapa, bahawa seorang pemimpin tertinggi parti itu telah memberi amaran kepada Perkasa untuk tidak bermain api. "Kalau nak berperang, sila cakap anytime… Perkasa bukan parti politik dan tak bertanding dalam PRU…tunggu election, bila Gerakan bertanding, tengok nanti," kata Irwan dalam siaran medianya. Senada dengan Presidennya Datuk Ibrahim Ali, beliau turut mempersoalkan adakah Gerakan masih lagi relevan setelah gagal merampas kembali Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu mereka pada tahun 60an pada pilihanraya umum yang lalu, . "Gerakan sudah tidak relevan dalam arena politik Malaysia bilamana peranan parti itu dilihat hanya sekadar mencukupkan kuota dalam pilihanraya. "Lihat sahaja Pulau Pinang yang telah jatuh ketangan pembangkang walaupun semua maklum bahawa Pulau Pinang adalah kubu kuat bagi Gerakan buat sekian lama. Di situ boleh dilihat kesinambungan Gerakan telah telah terkubur bila mana gagal mempertahankan Pulau Pinang malah gagal juga untuk merampas kembali Pulau Mutiara itu," ujar beliau lagi. Irwan turut menggesa Gerakan untuk mencari mekanisma yang lebih logik bagi menjustifikasikan kekalahan teruk mereka dalam pilihanraya umum yang lepas. "Umum mengetahui bahawa Gerakan didominasi oleh bukan Melayu dan mana mungkin orang Melayu memegang tampuk pimpinan tertinggi di dalam parti itu. "Siapa yg lebih rasis disini? Dengan secara terang terangan menyalahkan Perkasa atas kekalahan mereka pada PRU-PRU yang lepas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Perkasa kerana secara logiknya tuduhan itu tidak munasabah," tegasnya. Perbalahan diantara Gerakan dan NGO ini bermula pada sejak minggu lalu apabila Pemangku Presiden Gerakan Chang Ko Youn melabel Perkasa sebagai 'esktrimis Melayu' dalam ucapan aluannya ketika Kongres Gerakan ke-42 yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Chang, antara lain turut mendakwa bahawa Najib tidak pernah menyokong politik perkauman yang diperjuangkan NGO itu. Ucapan Chang itu dibalas dengan respon yang keras dari Ibrahim, termasuk mengatakan bahawa Perkasa tidak akan teragak-agak untuk menyokong DAP sekiranya Gerakan berterusan menyalahkan mereka sebagai punca kemerosotan kaum Cina. | ||||
GST bakal jejas pendapatan peniaga Posted: 01 Nov 2013 06:19 AM PDT SHAH ALAM : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) dijangka akan menjejaskan pendapatan seharian peniaga berikutan daya membeli pengguna semakin berkurangan. Peniaga makanan dan minuman, Zamri Kassim, 50, berkata sekiranya GST dilaksanakan kelak, keuntungan harian yang diperoleh peniaga bakal merosot antara 20 ke 30 peratus disebabkan kekurangan pelanggan. Katanya, pelaksanaan cukai itu sememangnya menguntungkan pihak kerajaan, namun membebankan pengguna dan peniaga yang tidak mempunyai pendapatan tetap. "Pada awalnya, kerajaan umumkan harga gula naik sehingga RM0.34 sen, sekarang hendak laksanakan GST pula. Perkara ini memang membimbangkan peniaga seperti kami. "Kesannya peniaga akan mengalami kerugian kerana kebanyakan pelanggan lebih memilih untuk memasak dan tidak membeli makanan di luar lagi," katanya kepada TV Selangor, di sini, hari ini. Bagaimanapun, Zamri berkata, dia tidak akan menaikkan harga sesuka hati kerana kebanyakan pelanggannya adalah golongan pelajar. Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pengenalan serta mencadangkan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai salah satu langkah mengukuhkan pengurusan fiskal bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan, bermula April 2015. Seorang lagi peniaga, Mohamed Mokhsin, 54, pula menyifatkan pelaksanaan GST bakal menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. "Sekiranya keadaan tidak dapat dikawal, saya terpaksa menaikkan harga barangan yang dijual, namun bukan secara mendadak. Orang berkemampuan tidak terasa dengan pelaksanaan cukai ini, tetapi golongan berpendapatan rendah pasti rasa terbeban," katanya. Sementara itu, Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, menasihatkan peniaga, khususnya di Selangor supaya berfikiran kreatif dalam usaha memastikan produk mereka dapat dijual. "Usahawan kita perlu kuat dari segi semangat juang kerana GST akan memberi banyak cabaran kepada mereka bila dilaksanakan kelak," katanya.NFN- | ||||
KEADILAN desak kedutaan AS, Australia jelaskan isu risikan terhadap Malaysia Posted: 31 Oct 2013 09:27 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan mengenai risikan terhadap Malaysia menggunakan kedutaan dan suruhanjaya tingginya. Akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan 'whistleblower' Edward Snowden bahawa risikan dibuat bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet. "Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi 'STATEROOM' turut melibatkan Britain dan Kanada," kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil. Tambahnya, tindakan itu turut mendapat kecaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut. "Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan tentang dakwaan ini kepada kerajaan dan rakyat Malaysia," kata Fahmi. Beliau turut mendesak Putrajaya bertindak tegas dan menghantar nota bantahan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut. 'Ada kemungkinan risikan ini diguna untuk kelebihan strategik negara-negara tersebut. Lebih-lebih lagi tatkala Malaysia terlibat di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)," katanya. Katanya risikan seperti ini pernah berlaku, seperti dibangkitkan kerajaan Timor Timur yang menyatakan risikan pihak Australia diguna untuk memintas komunikasi pejabat kerajaan sewaktu perundingan rizab minyak dan gas di Timor Gap. "Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara," tegasnya. | ||||
Flat Kerinchi terbakar, MP Lembah Pantai lancar derma kilat Posted: 31 Oct 2013 09:25 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melancarkan tabung derma kilat bagi membantu mangsa kebakaran di Flat PKNS 17, Kampung Kerinchi. "Flat PKNS 17 tingkat alami kebakaran. Makluman untuk penghuni dan penduduk setempat. Innalillah. "Saya sedang berusaha untuk mengutip derma untuk membantu keluarga-keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Flat PKNS 17 Tingkat petang tadi. "Sumbangan boleh dibuat melalui Akaun Ahli Parlimen Lembah Pantai," tulis Nurul Izzah di laman facebook. Derma boleh dibuat melalui transaksi di Maybank (Bangsar Baru) di akaun bernombor 564128345008 atas nama "Ahli Parlimen Lembah Pantai" Penderma turut diminta menghantarkan gambar resit transaksi kepada pejabat@nurulizzah.com untuk pengesahan. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang tadi, kebakaran memusnahkan kira-kira enam unit rumah di tingkat 17 flat tersebut. "Semoga mangsa-mangsa diberikan kekuatan dan tabah menghadapi musibah yang melanda. Sama-samalah kita doakan, ya," katanya. | ||||
Syukur Pak Baharum ahli PAS Sg Limau Posted: 31 Oct 2013 09:20 PM PDT
Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya. Atas rasa kesyukuran, maka calon PAS Mohd Azam Abd. Samat bersama PJ Mahfuz mengadakan kunjungan hormat kepada pengundi veteran itu bagi meraikannya dan supaya dia tidak terasa dipinggirkan PAS disebabkan anaknya jadi orang besar Umno dan menteri. Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat menduduk anak hingga ke Universiti Azhar, Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu. Bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ. Syabas! Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain. Bukan Pak Baharum saja orang PAS yanag anaknya tidak jadi ahli PAS. Dua Pesuruhjaya PAS Pahang tahun 50-an dan awal 60-an dulu anaknya jadi pemimpin Umno. Pertama Dato Abu Samad, anaknya Dato Hamzah jadi orang kuat Umno dan menteri. Kedua Dato Mohd Yasin, anaknya Tan Sri Kamarul Arifin jadi peguam Umno. Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya. Sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ramai orang lulus Mesir dan Madinah Allah tidak pilih jadi orang PAS. Pak Hamzah orang Umno tegar Kuala Kedah, anaknya Amiruddin tidak mengaji di institusi pengajian tinggi Islam sebaliknya menuntut ilmu kejuruteraan tetapi Allah pilih jadi orang PAS dan sekarang menjadi Pengarah Operasi PRK Pas Sungai Limau. Bukan salah Pak Baharum anaknya jadi Umno dan bukan salah ibu mengandung Jamil Khir jadi Umno tetapi ia adalah pilihan anak yang pendidikannya lebih tinggi dari ibu dan bapa. Tiadalah pula PAS kesal atas perkembangan itu kerana bukan pula sedikit anak orang Umno menjadi pejuang tegar PAS. Kunjungan calon PAS ke atas ayah Jamil Khir tidak bertujuan untuk memalu dan mengelirukan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu tetapi bagi mengukuhkan semangat dan pendirian ahlinya supaya moga-moga istiqamah dengan jamaah Islam. Terutama dalam masa pilihan raya, supaya seboleh-bolehnya tidak menukar undinya kepada calon parti yang dilawannya selama ini. Kunjungan dibuat semasa kempen, maka tidak terlepas ia dari tuduhan berpolitik dan mengambil apa jua kesempatan berpolitik. Kalau calon PAS berpolitik dengan kunjungan itu apa salahnya kerana dia mengamalkan politik Islam. Tiada itu yang politik dan yang bukan politik. Yang ada masa politik dan ada masa tidak politik ialah politik dunia pegangan orang sekular seperti Umno dan MIC. | ||||
Jentera Umno menyerupai PAS untuk tarik pengundi Posted: 31 Oct 2013 09:18 PM PDT
Menurut Pengarah Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, BN sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impian mereka tercapai. Katanya, ada di kalangan jentera wanita Umno yang sanggup bertudung labuh dan berjubah manakala jentera lelaki pula berkopiah ketika menjalankan kempen di kawasan pengundi PAS. "Umno BN kelihatan sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau dan sanggup melakukan apa sahaja taktik," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau yang berada di Dun Sungai Limau sejak sebelum hari penamaan calon berkata, BN juga sanggup menipu pengundi dengan menggunakan kononnya Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak memberi amanat kepada mereka supaya merampas Sungai Limau. Amanat tersebut kata beliau digunakan oleh BN untuk menyakinkan pengundi khususnya di kawasan PAS supaya mengundi BN pada 4 November nanti. "Penipuan ini dilakukan ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah," tegasnya. Selain itu tambah beliau, Umno-BN juga berusaha menempatkan keluarga angkat daripada kalangan orang Umno di rumah pengundi PAS sekaligus memberi peruntukkan bertujuan mendapat sokongan. Ini merupakan satu cara politik kotor dan tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kesusahan rakyat sebagai modal penting untuk terus berkuasa, tegasnya. Tambah beliau, pelbagai bantuan segera yang bersifat one off diperuntukkan bagi mengelabui mata dan hati rakyat. Beliau menegaskan, taktik kotor BN itu jauh berbeza dengan PAS yang bersandarkan politik damai iaitu menerangkan serta membimbing rakyat untuk mengenali sikap sebenar Umno BN. Menurut beliau, PAS seperti biasa berlawan bukan dengan calon BN sahaja tetapi dengan sebuah kerajaan Persekutuan yang lazimnya menggunakan dan memperalatkan semua jabatan dan agensi kerajaan untuk berhadapan dengan PAS. "Persaingan yang berat sebelah ini meletakkan PAS dalam keadaan yang bukan mudah untuk menang. Insya Allah semua ini tidak pernah mematahkan semangat jentera Muslimat untuk mempertingkatkan program menyantuni rakyat," katanya. Justeru beliau mengingatkan semua jentera HalWa dan PAS supaya jangan terlalu yakin sehingga jam 5 petang 4 November dan seterusnya hal yang melibatkan pengiraan dan perjumlahan undi. | ||||
Kegiatan Pengintipan: Wisma Putra Dapatkan Penjelasan Duta AS Posted: 31 Oct 2013 09:15 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Wisma Putra telah mendapatkan penjelasan daripada Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Joseph Y. Yun berhubung dakwaan mengenai kegiatan pengintipan di kedutaan negara itu di sini. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Khamis berkata Yun menyatakan semua kegiatan pengawasan yang dijalankan oleh AS di seluruh dunia adalah bagi tujuan keselamatan. Ini khususnya untuk mengenal pasti kewujudan ancaman seperti keganasan dan senjata pemusnah besar-besaran. Isu itu timbul berikutan laporan akhabar mengenai dakwaan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa AS mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaan AS di Kuala Lumpur. "Duta itu menyatakan Kedutaan AS telah menerima arahan daripada Washington D.C. untuk menyemak semula skop kerjanya dalam perkara itu," kata Anifah dalam kenyataan. Menteri itu berkata Duta Amerika itu turut memberi jaminan bahawa privasi individu tidak akan terjejas. "Wisma Putra sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa relevan Malaysia berhubung perkara ini dan sekiranya terdapat bukti sahih, kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya. "Wisma Putra memberi jaminan keselamatan dan kedaulatan Malaysia adalah menjadi keutamaan kerajaan Malaysia," kata Anifah. - BERNAMA | ||||
Penyanyi Aishah Dakwa BN Tolak Islam Posted: 31 Oct 2013 09:12 PM PDT YAN: Penyanyi Aishah mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak Islam apabila pemimpin parti berkenaan tidak menjadikan ajaran Islam sebagai panduan dalam urusan pentadbiran negara. Dakwa bekas calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan itu lagi, penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sedia ada membuktikan kepimpinan parti pemerintah mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. "Atas dasar-dasar kemanusiaan pun kau sudah buat salah. Bila kau (kerajaan) menyeleweng duit rakyat, tidak menjalankan amanah, apa-apa agama pun tidak boleh terima. "Apa sudah jadi kepada Malaysia? Kata (mengaku) orang Islam tapi perlakuan mereka (pemimpin kerajaan) tidak membayangkan keislaman itu," katanya pada forum di Markas Pemuda PAS di Dulang Kecil di sini pada Khamis malam. Forum penerangan politik sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau itu turut membariskan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali sebagai ahli panel. Aishah hadir di DUN Sungai Limau buat kali kedua sepanjang tempoh berkempen bagi membantu calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan. | ||||
Posted: 31 Oct 2013 05:14 PM PDT Penyanyi, Mizz Nina dikatakan sudah mengenakan hijab sekembalinya daripada menunaikan haji bersama suaminya, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, Jumaat lalu. Perkara itu disahkan pegawai perhubungan awamnya, Joe Saiful kepada Mstar Online. Namun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu. "Buat masa ini, Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. "Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya. Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian. "Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak. "Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," kata Joe. -SH
| ||||
Zainuddin Maidin jadikan Azizan Razak sebagai bahan kempen Posted: 31 Oct 2013 05:08 PM PDT MSOWah.. arwah Azizan Razak benar-benar berharga dan bernilai. Harganya lebih mahal semasa beliau mati berbanding semasa hayatnya. Alangkah baiknya kalau semua orang mengikhtiraf bekas MB Kedah sepenggal itu semasa beliau hidup daripada semasa beliau telah tiada. Manusia ini selalu terlepas bas dan mulai merasai kehebatan seseoarng itu selepas ianya sudah tidak ada?
Wajar bagi Pas menggunakan (bangkit) jasa dan bakti Azizan sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Sungai Limau yang sedang berlangsung kini. Selain dia MB Kedah, dia juga bekas Adun di kawasan yang kini diadakan pilihan raya kecil itu. Tetapi apa yang aneh Umno juga turut menjadi Azizan sebagai modal kempen. Umno juga mahu 'syufaat' Azizan Razak untuk menang. Umno memuji-muji Azizan Razak sebagai pemimpin terbuka atau membawa stail berlainan dengan pemimpin Pas lain. Mereka (UBN) menghargai Azizan sebagai MB. Memuji Azizan ini (saya percaya tidak ikhlas dan sebagai cara 'mengikan sepilarkan' Pas tetapi tidak disedari oleh Azizan dan Pas sendiri) ialah Mahathir Mohamad. Mahathir pernah memuji kepimpinan Azizan lebih baik dan lebih berkesan berbanding dengan pemimpin Umno sendiri hatta dengan bekas MB Kedah sebelum itu. Tidak hairan kalau Mahathir memuji Azizan sebab dia ada kepentingan-kepentingan tertentu di Kedah. Udang di sebalik batu dalam pujian Mahathir inilah yang tidak disedari oleh sesetengah orang Pas Kedah. Projek Mahathir banyak di Langkawi di mana Langkawi adalah sebahagian wilayah Kedah. Tentu Mahathir mahu sesuatu dari kerajaan Kedah. Pujian itu juga bagi dijadikan benteng untuk menyelamatkan anaknya, Mukhriz dari diserangan Pas atau Azizan Razak. Hari ini kepentingan Mahathir itu telah tercapai dan pujian beliau kepada Azizan telah berbaloi. Mukhriz telah menjadi MB menggantikan Azizan Razak. Hari ini Mahathir memerintah Kedah menerusi kuasa anaknya. Kita tidak hairan dengan telatah dan galagat Mahathir itu. Tetapi hari ini apabila Zainuddin Maidin juga memuji Azizan Razak ia amat mengejutkan. Bila masa orang kenal Zainuddin Maidin ini boleh menerima orang Pas atau mempunyai persepsi baik terhadap Pas. Bukankah orang ini yang menuduh Abdul Hadi sebagai 'Nabi' menyebabkan majikan tempatnya berkerja disaman Hadi? Dan tidakkah Abdul Hadi itu presiden kepada parti Azizan Razak? Selama beliau memimpin Utusan Malaysia orang Paslah yang menjadi mangsa Zainuddin Maidin. Zainuddin melihat Pas seperti hantu jerongkong. Semasa menjadi menteri penerangan dialah membuat agenda, rancangan khas melanyak kerajaan Pas Kelantan. Tetapi hari ini bila dia puji Azizan Razak mengejutkan seolah Zainuddin baru tersedar dari mimpi yang tertidur di jerami kering. Zainuddin hanya mengambil kisah kehadiran Azizan ke majlis perlancaran buku seorang ulamak sebagai alasan untuk memuji Azizan dan melihat perbezaan arwah. Itu sahaja. Mudah Zainuddin menilai atau menerima kebaikan Azizan. Apakah beliau mengasingkan di antara Azizan sebagai individu dengan sebagai ahli Pas? Apakah kesudian Allahyarham Azizan melancaran buku berjudul; Haji Abdul Rahman Merbok, Azizan telah menanggalkan baju Pas. Tidakkah dia hadir itu sebagai MB Kedah, dan MB itu adalah MB kerajaan Pas dan Pakatan Kedah? Azizan pula hadir atas hubungan beliau dengan Haji Abdul Rahman kerana dia adalah guru bapanya. Nampak sangat Zainuddin mencari-cari sebab untuk memuji Azizan dengan tujuan menarik pengundi agar mengundi calon UBN. Atau bagi menggambarkan calon Pas hari ini tidak seidea Azizan maka ia perlu ditolak. Apakah dengan insiden kecil itu pengundi akan terpesona dengan Zainuddin Maidin dan akan memberi undi kepada calon BN? Oh, rasanya tak segampang itu. Itu sebab saya katakan Azizan Razak dinilai begitu tinggi selepas beliau tidak ada sampai orang macam Zainuddin yang bermusuh 'mak anak' dengan Pas pun dapat memuji Azizan sebagai seorang pemimpin yang lain dengan pemimpin Pas yang lain. Zainuddin menyifatkan Azizan sebagai ulamk yang bukan jumud. Apakah erti kata-kata itu, mungkin dia menyifatkan ulamak lain adalah jumud. Bukankah apabila dia menganggap pemimpin lain sebagai jumud ia menghina Pas, menghina parti Azizan Razak juga? Saya tidak jamin keterbukaan munafik Zainuddin itu akan berlaku kalau Azizan Razak masih hidup. Cara pemikiran Zainuddin ini ternyata tidak pernah berubah baik semasa beliau menjadi ketua pengarang Utusan Melayu, menjadi menteri penerangan dan setelah tidak menjadi menteri dan kini 'pekebun anggur'. Adakah dia patut dalam memuji Azizan beliau memberi ingatan orang Pas agar jangan undi Pas kerana kalau undi Pas bermakna undi Anwarisme? Inilah kesongsangan dan keganjilan akal fikir tokoh wartawan negara ini. Manipulasi Zainuddin dengan kisah itu juga menyerlahkan kebencian beliau kepada Anwar Ibrahim. Beliau dikenal sebagai seorang yang cemburu dan sakit hati dengan Anwar Ibrahim. Katanya kalau pengundi mengundi Pas bermakna mengundi Anwarisme kerana dia mengira Pas Kedah hari ini dikuasai oleh golongan Anwarisme. Terlalu rendah jangkau fikir politik Zainuddin dan terlalu murah dan remeh. Mungkin dalam pemahaman politik Zainuddin, bahawa Azizan Razak bermusuh dengan Anwar. Inilah menyebabkan dia berkata demikian. Soal ketidak-hadiran Anwar melawat Azizan semasa sakit dihospital dijadikan isu dan dijadikan sandaran untuk mengiyakan tanggapan jahatnya. Inilah saya katakan bentuk (kejahatan akal fikir) Zainuddin Maidin tidak pernah berubah. Zainuddin melihat apa yang berlaku dalam tempoh dua tiga hari ini dan tidak mengkaji apa yang dilakukan oleh kedua mereka lama sebelum ini. Semua pemerhati politik bersetuju kemenangan Pas (Azizah) itu adalah persapakatan dalam Pakatan Rakyat. Macam mana beliau boleh dilantik menjadi ketua pengarang sebuah akhbar arus perdana (PB) kalau tahap pemikirannya tahap 'ibu congkak' sahaja. Kesongsangan cara beliau berfikir di sini jelas. Satu masa beliau memuji Azizan sebagai pemimpin yang lain dari yang lain dan dalam masa sama melarang orang Pas mengundi calon Pas yang bakal menjadi pengganti Azizan sebagai undi Anwarisme. Zainuddin tidak dapat memahami atau pun terlupa bahawa di antara Azizan dengan Anwar itu perkara berbeza. Azizan adalah Pas, Anwar bukan Pas hanya rakan kepada Pas. Jadi cara Zainuddin memuji Azizan cuba mengelirukan pengundi. Cara Zainuddin berkempen hendak menggunakan badan tubuh Azizan Razak itu menjelaskan keterdesakan tukang-tukang kempen Umno. Mereka sudah tidak ada modal lagi dan secara tidak langsung hilang kepercayaan kepada tokoh dewa mereka Mahathir Mohamad. Orang seperti Zainuddin sepatutnya membuat anologi kalau undi BN bermakan undi Mahathir. Bukankah Mahathir adalah dewa bagi sesetengah orang Umno dan Zainuddin sendiri yang menulis buku "Mahathir di sebalik tabir"? Meletakkan undi Pas sebagai undi Anwar, secara sedar atau tidak cara Zainddin menghina Mahathir Mohamad tokoh Umno nombor satu di Kedah. Apa lagi yang memimpin Kedah hari ini adalah putera politik Mahathir, Mukhir bin Mahathir. Jelas fikiran Zainuddin sudah sesat di hujung jalan. Dang cerita-cerita klasik begitu sudah tidak menghiburkan rakyat moden hari ini lagi. | ||||
Mengapa Mat Sabu perlu kekal Timbalan Presiden Posted: 31 Oct 2013 05:04 PM PDT Mohamad Sabu Lawan Pas ialah Umno. Pas perlu menumbangkan Umno untuk kemajuan politiknya. Perlu diakui melawan Umno ini bukan satu tugas yang mudah. Ia juga bukan satu tugas yang singkat Ini memerlukan kekentalan jiwa, ketaatan pada perjuangan dan kekuatan semangat untuk mengharungi segala serangan yang bakal dilemparkan oleh Umno. Ini termasuk ditahan tanpa bicara, dihina sehingga telanjang, diremeh setiap hari dan difitnah sepanjang masa. Seseorang ini juga harus kental meneruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun terpaksa mengharungi kekecewaan berkali-kali. Seseorang yang tidak pernah diuji dengan ujian berat sedemikian susah untuk memikul perjuangan onak duri ini. Antara lima calon Timbalan Presiden Pas yang bakal bertanding kali ini, hanya Abang Mat kita pernah diuji dengan segala macam ujian. Menjadi orang kedua Pas, yang paling dipentingkan ialah kepimpinan politik dan aura untuk menarik orang bukan Pas untuk bersama dengan Pas melawan batil dan kejahilan yang dibawa Umno. Perlukah orang kedua Pas mahir dalam selok-belok agama sebagaimana seorang ulama? Bagi saya, tidak perlu kerana Presiden Pas sendiri adalah satu ensiklopedia agama yang boleh dirujuk oleh sesiapa sekiranya ada masalah yang berbangkit mengenai agama. Selain itu, Abang Mat juga rapat dengan NGO-NGO yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang disaksikan di himpunan-himpunan Bersih. Sebagai seorang aktivis, kegigihan Abang Mat sememangnya disanjung tinggi oleh pelbagai pihak. Dan aspek yang dibawa Abang Mat ini adalah apa yang diperlukan Pas sehinggalah ia menumbangkan Umno. Saban hari, semakin ramai menyuruh calon-calon yang kononnya mendapat pencalonan terbanyak untuk masuk pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas. Jawatan Timbalan Presiden Pas bukanlah satu jawatan main-main berdasarkan populariti seseorang sahaja. Jawatan ini adalah jawatan untuk berkhidmat untuk parti, berkorban untuk parti dan mengembangkan parti ke saluran-saluran pengundi yang tidak berjaya ditembusi parti sebelum ini. Yang penting dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas ialah memilih berdasarkan kebolehan, kemampuan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh. Mereka yang dipopularkan musuh, terutamanya Umno mesti ditolak. Mereka yang hanya popular tanpa pernah diuji juga tidak harus menjadi pilihan. Fitnah-fitnah khalwat dan isu Syiah yang dilemparkan pada Abang Mat semuanya hanya fitnah kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan tersebut. Ada yang bertanya jika Abang Mat layak, apakah Husam tidak layak diberikan peluang. Manusia berpegang pada janji, Husam pernah berkata tiada sebab untuk melawan Abang Mat. Kalau Husam mungkir janji, beliau pun tidak layak diberi undi. Bagi Tuan Ibrahim, ramai yang kata beliau mendapat pencalonan tertinggi. Siapa yang boleh sahkan? Ini cumalah psywar media. Tuan Ibrahim seorang yang baik, masih muda dan juga dihormati, tapi masa untuk beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden masih awal kerana beliau belum pernah diuji. Lebih-lebih lagi, ada dakwaan mengatakan bahawa beliau terlalu rapat dengan orang bukan Islam dan bukan ahli parti yang menasihatinya tidak seperti perangai seorang ulama yang biasa. Walaupun ramai yang mendesaknya bertanding, namun Tuan Ibrahim nampaknya tidak berminat bertanding mungkin kerana beliau sedar kemampuan dan kebijaksanaan politiknya tidak setanding Abang Mat jika beliau bergerak bersendirian. Diharap beliau tidak membuat U-turn walaupun beliau belum membuat keputusan secara rasminya. Bagi Nik Amar, yang dikatakan ingin bertanding berlawan Abang Mat – dinasihatkan beliau harus faham risiko pada Kelantan dan kedudukan dan imejnya jika beliau ditakdirkan tewas. Abang Mat pernah tewas dan tidak meninggalkan perjuangan. Bukan semua dapat bertindak sedemikian. Yang layak bertanding, nak tanding, tandinglah. Artikel ini ditujukan pada perwakilan PAS yang bakal mengundi bukan untuk mereka yang nak bertanding mahupun menarik diri. Saya menulis kerana saya menyokong Abang Mat dan percaya parti memerlukan Abang Mat daripada 4 calon yang lain buat masa ini. Itu sahaja yang saya boleh buat untuk Abang Mat, walaupun banyak SMS saya padanya tidak berbalas kerana beliau tidak sudi mengenali saya. | ||||
Pengawal keselamatan samun kedai emas Posted: 31 Oct 2013 04:55 PM PDT Khairy Ahrasa KUALA LUMPUR - "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Itulah yang terjadi kepada pemilik sebuah kedai emas di pusat beli-belah KL Festival, Setapak di sini apabila pengawal keselamatan yang diupah menyamun kedai itu hari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisoner Khairy Ahrasa berkata dalam kejadian 9 pagi itu, suspek yang lengkap beruniform bertindak mengacukan senjata api kepada empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher. Beliau berkata kejadian yang mengambil masa kira-kira lima minit itu terjadi semasa pekerja premis berkenaan sedang melakukan kerja menyusun atur barang kemas sebelum suspek datang dan mengarahkan pekerja tersebut menyerahkan dulang berisi barang kemas. "Polis sedang menyiasat sama ada pengawal keselamatan tersebut melarikan diri dengan motosikal ataupun ada rakannya yang sudah menunggu di luar pusat membeli-belah itu. "Kita akan teliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terlebih dahulu," katanya kepada pemberita. Khairy berkata polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan suspek yang berusia 26 tahun dan dipercayai berasal dari Sabah. Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek baru bertugas sebagai pengawal keselamatan di premis itu selama sebulan. Pihak polis sedang menyiasat latar belakang suspek serta rekodnya sebagai pengawal keselamatan dan sama ada dia mempunyai rekod jenayah lampau, katanya. "Kita akan semak dengan syarikat keselamatan yang mengupah suspek bekerja dan kita akan siasat senjata api yang digunakan suspek sama ada milik dia ataupun dibekalkan oleh syarikat keselamatan," katanya. Kes itu berlaku susulan kejadian seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang pegawai wanita sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu dan melarikan wang RM450,000. - Bernama | ||||
Kes tembak: Siasat dakwaan polis disogok Posted: 31 Oct 2013 04:52 PM PDT Laman blog yang menyiarkan keratan Facebook rakan suspek yang mendakwa bayar suapan RM100 sebulan kepada polis. SHAH ALAM - Polis akan menyiasat dakwaan sebuah laman blog yang menyiarkan gambar serta perbualan dipetik dari laman Facebook milik seorang lelaki dikenali sebagai 'Mahesa Birawa' yang dipercayai rakan suspek utama menembak mati seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya Sentral 2 pada 23 Oktober lalu. Berdasarkan artikel blog tersebut, kandungan perbualan menyentuh bayaran yang dibuat oleh lelaki terbabit kepada anggota polis di Shah Alam untuk tujuan mendapatkan perlindungan. Difahamkan, wang berjumlah RM100 dibayar setiap bulan oleh lelaki berkenaan kepada polis di Shah Alam bagi 'menjaganya' sepanjang berada di negara ini. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara itu (anggota menerima sogokan). Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum mengambil sebarang tindakan. Menurutnya, polis menerima banyak maklumat termasuk berbentuk tohmahan serta tuduhan sepanjang tempoh siasatan dijalankan terhadap kes tembak mati Norazita. "Jika perkara itu wujud, kita akan panggil mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis termasuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya selepas Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas Piala Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam. | ||||
GST: Pengguna mula belek resit Posted: 31 Oct 2013 04:47 PM PDT BAHANG cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semakin terasa meskipun pelaksanaannya setahun lebih daripada sekarang. Jika sebelum ini resit-resit pembelian barangan dan makanan terus disimpan di dalam dompet ataupun sekadar direnyuk dan kemudiannya dicampak ke dalam tong sampah tetapi kini, selain jumlah baki wang yang dipulangkan, resit turut dibelek pengguna. Penulis juga tidak terkecuali mula membelek setiap resit pembelian barang dan makanan yang diterima sejak akhir-akhir ini. Bukan senarai atau harga barangan yang diteliti tapi mata penulis terus mencari perkataan 'tax' ataupun GST. Manalah tahu GST itu sudah mula dilaksanakan sebelum tarikh rasminya kan? Ada resit yang mencatatkan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus, ada juga cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus dan ada juga resit yang sudah siap sedia dengan ruangan GST tetapi kadarnya masih sifar peratus. Penulis beranggapan itu mungkin persiapan awal pihak peniaga. Hanya tinggal ubah angka sifar menjadi angka enam. Berbalik kepada pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014, minggu lalu. Katanya, GST tidak akan melibatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan barang keperluan asas seperti gula, garam, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, belacan serta budu. Cukai jualan (umumnya 10 peratus) dan cukai perkhidmatan (6 peratus) yang bermula masing-masing pada tahun 1972 dan 1975 lagi akan dimansuhkan. Soal pelaksanaan GST ini sebenarnya diakui semua pihak dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara. Cuma, soal masa menjadi pertikaian banyak pihak. Mereka beranggapan pelaksanaan GST masih belum sesuai ekoran pendapatan rakyat masih belum meningkat. Ada pihak mengatakan, pelaksanaan GST akan menyebabkan harga barang semakin mahal tapi ada juga yang mendakwa harga barang akan menjadi murah. Sebelum ini, dalam satu temu bual eksklusif penulis bersama Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, beliau menyebut, harga barang ditentukan kadar GST yang dikenakan kerajaan. Ketika itu masih belum tahu lagi berapa kadarnya dan penganalisis menjangkakan kadar GST yang akan dilaksanakan adalah 4 peratus. Kini, kadarnya sudah pun ditentukan sebanyak 6 peratus, agak tersasar daripada jangkaan tersebut. Namun, penulis masih tertanya-tanya sama ada harga barang turun atau naik? Wan Saiful menyebut, jika kadar GST rendah dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dihapuskan, maka harga barang mungkin turun. Mungkin turun. Masih belum menjawab persoalan penulis. Mungkin kita perlu menanti 1 April 2015 untuk mengetahui turun naik harga barang. Tetapi apa yang sudah pasti adalah kadar 6 peratus itu boleh menjadi 10 peratus, 20 peratus bahkan 30 peratus pada masa akan datang. Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan 2016, kadar GST menjadi 8 peratus. Pelarasan cukai ini mungkin ada baiknya tetapi kadarnya yang akan terus meningkat saban tahun akan terus menjerut rakyat berpendapatan rendah. Jadi, ada benarnya sesetengah pihak yang berpendapat agar pendapatan rakyat ditingkatkan dahulu sebelum GST dilaksanakan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan